Rakyat khususnya orang Melayu sudah sampai masanya untuk berfikir jauh diluar kotak. Sampai masanya rakyat memilih untuk memulakan pembetulan dengan merubah keadaan negara dari mula. ‘We have to start anew’. Cara berfikir yang usang patut dibuang kerana kita orang Melayu yang sudah kononnya dibela oleh parti Melayu, UMNO selama 54 tahun tidak berdaya untuk membantu bangsanya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain walaupun perlembagaan telah memperuntukkan keistimewaan untuk orang Melayu.
Jika selama 54 tahun UMNO gagal menaikkan taraf ‘competitiveness’ orang Melayu, apa pula alasan pimpinan kita untuk meminta orang Melayu untuk terus menyokong UMNO dalam pilihanraya yang akan tiba ini. Peluang untuk mendapat hasil yang sama juga adalah besar…..walhasil balik asal.. Kalau kita berikan mandat lagi kepada UMNO keadaan Melayu akan lebih teruk lagi. Yang pasti akan berterusan dan berkesinambungan ialah bertambahnya gejala rasuah dan menyalahgunakan kuasa akan bertambah besar lagi.
Kita tidak boleh lagi memberikan harapan kepada UMNO kerana jika selama lebih 5 dekad parti itu telah gagal masakan kali ini dengan kepimpinan yang lebih tidak senonoh ini akan memperbaiki keadaan orang Melayu. UMNO dan kegagalan adalah dua perkataan yang sinonim. UMNO itu kegagalan, kegagalan itu adalah UMNO. Jangan malu-malu untuk mengakuinya.
Lagi satu ‘attribute’ UMNO itu ialah ia sinonim dengan rasuah. Saya selalu berkata ‘UMNO dan rasuah itu adalah ibarat aur dengan tebing…saling menyandar diantara satu dengan lain. UMNO tidak boleh hidup tanpa rasuah dan rasuah tidak akan berkembang tanpa UMNO’. Maka UMNO, kegagalan dan rasuah itu adalah ‘attribute’ penting sebagai cara pengenalan parti itu. Masakan parti ini boleh diyakini setelah membuktikan kegagalan setelah mendapat mandat selama 54 tahun.
Saya agak ramai kenalan dikalangan OKU-OKU (orang kuat UMNO) kerana kehadiran saya dalam UMNO itu mencecah 4 dekad lamanya. Hanya saya tidak begitu bergaul dengan pemimpin-pemimpin besar kerana saya ini tidak sama dengan ‘wave length' mereka, tetapi saya tidak putus-putus berhubung dan dihubungi ramai pemimpin-pemimpin kecil-kecilan parti ini.
Mereka juga bersetuju yang UMNO itu sudah hilang segala plot untuk mentadbir sebuah negara demokrasi seperti negara kita. Mereka bukan tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak berubah. Setakat ini mereka hanya tahu untuk mendapat undi dan mentadbir, tetapi apa yang hendak ditadbir atau apa yang perlu dilakukan untuk mengisi keperluan negara ini mereka sudah tidak berdaya lagi. Kerana apa mereka jadi begini? Jawapannya ialah kerana mereka tidak dapat menanggalkan budaya memikirkan kehidupan mereka secara peribadi.
Jika pemimpin tidak dapat memberikan tumpuan terhadap fungsi siasah mereka, maka tidak mungkin mereka dapat menggubal dasar-dasar baru untuk kepentingan negara. Mereka menjadi lesu kerana mereka enggan dan tidak berani berfikir diluar kotak. Rakyat sudah berfikir dalam ruang lingkup yang luas tetapi UMNO masih lagi tidak berubah dan pemikiran UMNO tidak berkembang mengikut perkembangan masa dan waktunya. Itulah sebabnya UMNO dan penyokong tegarnya sentiasa menyalahkan orang lain apabila rakyat mempersoalkan mereka disisi siasah negara kita ini. UMNO tidak pernah menyalahkan diri sendiri.
Perbuatan UMNO selalu membuatkan orang marah, tetapi bila orang marah mereka melakukan berbagai fitnah melalui media massa yang diketuai oleh Utusan dan TV3. Mereka tidak memahami kenapa orang ramai marah tetapi bertindak untuk melakukan tekanan terhadap mereka yang mengkritik mereka.
Kalau begitu keadaannya, apakah lagi alasan untuk mempertahankan parti ini? Isu yang kita semua dengar setiap hari ialah isu mengenang budi dan membalas budi, satu isu yang sudah luntur kerana itulah isu yang diperbesarkan sejak negara merdeka dahulu. UMNO mahukan orang ramai membalas budi dengan menyokong mereka melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
Bagi UMNO mereka mesti disokong walaupun melakukan berbagai-bagai kemungkaran politik dan ekonomi terhadap rakyat dan negaranya. Rupa-rupanya UMNO mengharapkan rakyat memberikan sokongan walaupun mereka tidak lagi memperjuangakan bangsanya lagi……semata-mata kerana budi lama.
Yang kita tahu yang berbudi itu ialah UMNO yang telah dibunuh oleh Dr Mahathir dahulu. UMNO lama dahulu ditubuhkan diatas premis kesatuan dan penyatuan rakyat, sebaliknya UMNO yang baru ini diwujudkan diatas perpecahan orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO itu.
Oleh kerana pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak mengubah partinya kita meminta semua orang Melayu melakukan perubahan ini. Kita boleh melakukannya. Dalam pilihanraya 2008 dahulu jumlah pengundi Melayu adalah 5.5 juta dan dari jumlah ini hanya 2 juta sahaja orang melayu memberikan undi kepada calon-calon Melayu, lebih dari 3 juta Melayu telah menolak UMNO tanpa segan silu.
DAN dari jumlah itu 1.5 juta ahli UMNO telah memilih untuk mengundi parti-parti alternatif. Asas untuk memberikan waktu berihat kepada UMNO memang sudah ada dengan jumlah ahlinya yang ramai yang telah mengundi pembangkang. Tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh lakukan sekali lagi bagi memberikan impak besar terhadap kumpulan perasuah tegar ini.
Selamatkan harta benda rakyat yang masih terbaki sedikit sebanyak itu. Mereka yang telah menyapu bersih harta rakyat itu tidak akan bertanggungjawab kepada tindakan mereka. Yang akan sengsara adalah generasi kita yang akan datang. Menyelamatkan generasi kita merupakan fardhu kifayah besar dan itu adalah tuntutan agama kita juga.
Tetapi kita harus menerima hakikat yang usaha untuk melakukan kebaikkan merupakan satu usaha yang perlu melalui kepayahan. Kata seorang ulamak yang muktabar, 'jalan ke syurga itu berliku-liku dan penuh ranjau dan onak dan jalan ke neraka itu pula penuh dengan roti dan keju yang teramat enak rasanya'.
Kepada semua yang insaf, marilah kita berjuang walaupun terpaksa melalui segala onak dan duri itu, kerana penghujung perjuangan itu adalah adalah kebahgiaan kepada rakyat dan negara.
Satu penulisan yang telah lama saya tunggu.
ReplyDeleteTuan telah bersabar lebih dari 4 dekad untuk UMNO berubah tetapi tuan semakin dihampakan.
Hakikatnya, tuan dan yang lain telah sabar begitu lama sehingga pemimpin UMNO menjadi terlampau berani.
Persoalannya, mampukah pemimpin dan mereka yang telah terima madu sebegitu lama mudah mengalah dan melepaskan tampok kuasa yang telah dibina selama 5 dekad?
Pastinya mereka tidak ingin maruah yang telah dianuti sebegitu lama tercalar. Pemimpinnya sudah tentu tidak mempunyai kesabaran menunggu dibicara sekiranya tampok pimpinan beralih.
Sudah pasti tembok yang dibina oleh mereka itu sangat kukuh bagi menghadapi cabaran Pakatan Rakyat. Mereka tidak akan mudah dikalahkan sebab tuan dan yang lain telah memberikan mereka masa yang begitu lama sehingga sempat untuk mereka membina tembok yang terlalu kebal!
Benteng UMNO dikukuhkan sejak tahun 1990.
ReplyDeleteWaktu Mahathir kalah kepada Razaleigh dan masa Umno lama diharamkan, maka ilham untuk memperkukuhkan kedudukan Umno untuk selama-lamanya telah dilahirkan.
Hegemony untuk melaksanakan agenda Umno telah diperkasakan selama 13 tahun. Masakan Mahathir boleh lepaskan jawatan PM dan control secara remote?
Apa yang sedang berlaku pada hari ini adalah semua sandiwara. Minda Rakyat dipermainkan oleh media massa saja.
Realitinya ialah Umno akan tetap menerajui negara untuk selama-lamanya.
"Sebarang perubahan akan dilihat sebagai penyimpangan, dan akan ditakuti, dan kebiasaannya akan menjadi sasaran kebencian dan prejudis."
ReplyDeleteRenungkanlah...
--ziggy
Umno tidak akan mati.
ReplyDeleteUmno telah lama melacurkan diri demi politik survival di Malaysia.
Umno bukan LDP seperti di Jepun. Jaringan Umno terlampau mantap untuk dilumpuhkan.
SPR memihak Umno. PDRM memihak Umno. SB memihak juga kepada Umno. Segala telekomunikasi dalam negara memihak kepada Umno. Undang-undang negara memihak kepada Umno. Segala institusi kerajaan memihak kepada Umno.
Maka, rakyat boleh marah dengan Umno. Sayangnya dimaklumkan segala kuasa yang ada tetap memihak kepada Umno.
Mungkin ramai yang tidak faham realiti hidup sebenar dalam dunia.
ReplyDeleteKebanyakan mereka yang menipu dalam hidup akan berjaya kemudian.
Mereka yang lurus dan baik dan tidak menipu akan ditipu hidup-hidup dan dimanipulasi oleh penipu dan penyanggak.
Realiti dalam hidup ialah si penipu ketahui terdapat ramai orang bersedia untuk ditipu.
Janganlah menuduh si penipu jahat kerana yang ditipu membenarkan dirinya ditipu.
Kehidupan duniawi kita penuh dengan penipuan dan ketidakadilan.
ReplyDeleteSamada kita benarkan atau tidak, penipuan tetap ada.
Begitu juga dengan Umno, samada anda sokong atau tidak, Umno tetap akan ada. Umno telah lama mengenali prinsip penipuan. Jadi adalah salah untuk mengatakan Umno bodoh. Umno bijak sebab berjaya dalam prinsip penipuan.
Umno telah lama mempelajari bahawa sejak dari penjajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan manusia dari kehidupan yang sebenar.
"Ketaksuban atau prejudis dalam apa jua bentuk adalah lebih daripada masalah, ia adalah kejahatan yang berakar umbi dalam masyarakat kita"
ReplyDelete"Those who believe in freedom, tolerance and human rights have a responsibility to oppose bigotry and prejudice based on race, religion or political orientation"
"If people are informed they will do the right thing. It's when they are not informed that they become hostages to prejudice"
"Prejudice is a burden that confuses the past, threatens the future and renders the present inaccessible"
"The less secure a man is, the more likely he is to have extreme prejudice"
To all our readers: if you free your minds from the shackles of prejudice and bigotry, the choices you will make during GE13 will be clear and accurate, insya-Allah.
Di Sel : Setelah 4 tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri,bukan shj berupaya melunaskan hutang yang ditinggalkan kerajaan Toyol, bahkan mampu menghasilkan RM1.9 bilion.
ReplyDeleteDi Melaka : Rezab simpanan tunai kerajaan negeri Melaka pada tahun 1999 adalah RM234juta,selepas 13 tahun bawah UMNO/BN ianya cuma tinggal RM8juta..hmm..banyak lagi duit rezab tunai kilang cap Ayam. Kuat betoi menterkedarah duit geng2 Dacing ni,sampai duit rezab utk kecemasan rakyat pun disonglapnya....lahabau punya UMNO/BN.
Salam hormat Tuan AA.
ReplyDeleteUMNO adalah suatu lambang di mana kepala-kepala munafik Melayu dan Mamak mengaut dan memeras segala hasil mahsul negara dan titik peluh rakyat secara mudah dan bersahaja untuk dimasukkan ke dalam tembolok mereka dan kroni, kononnya atas dasar mempertahankan hak Melayu dan bumiputera di negara ini. Manakala media-media perdana serta badan-badan kerajaan seperti kehakiman, SPR, PDRM, SPRM dan sebagainya menjadi talibarut serta pembuli kepada rakyat yang membayar gaji mereka dengan hasil darah dan titik peluh. Sikap sebahagian kecil bangsa Melayu yang mengkhianati amanah bangsa ini amat tidak sesuai sebagai penganut agama Islam. Mereka ini lebih sesuai menjadi penganut agama Yahudi dan Majusi yang sinonim dengan perbuatan khianat mereka itu (mengkhianti amanah bangsa dan merendahkan martabat agama Islam). Semoga minoriti rakyat Melayu yang bodoh ini bangun dari lena yang panjang dan bersama-sama menyalakan api perjuangan menentang dari kalangan kaum mereka yang munafik ini.
Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19.
ReplyDeleteDi dalam sistem ini adalah unsur penindasan, penipuan, eksploitasi dan sebagainya.
UMNO BN menggunakan sistem kapitalis.
Pakatan Rakyat akan guna sistem apa?
Ingatlah, bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
ReplyDeleteAl-Hadid : 20
Satu masalah bagi orang salah ialah dia menganggap dirinya betul. Sikap ini kita dapati di mana-mana hari.
ReplyDeleteOleh sebab sikap inilah banyak kekalutan berlaku pada masa kini.
Apabila orang yang salah menganggap diri betul, lantas secara kebalikannya perbuatan orang lain yang betul akan dianggap salah.
Persepsi tentang salah dan betul ini sudah tentu akan mencetuskan konflik yang berpanjangan.
Dalam hubungan ini, tidak gunanya dua pihak ini duduk berhadapan untuk bersemuka atau berdiskusi kerana mereka tidak akan mendapat kata putus kerana pandangan persepsi mereka bukan dari perspektif yang sama.
Penyokong Umno akan kata mereka betul. Apa yang dilakukan oleh Umno adalah betul.
Sementara penyokong Pakatan akan kata tindakan Umno adalah salah.
Oleh sebab itu, dalam politik Melayu hari ini kita dapati hal ini berlaku. Masing-masing bertegas dengan persepsi sendiri yang dianggap lebih betul.
Dari perspektif pihak yang lain, sudah tentu persepsi itu salah. Jadi jika perspektif ini tidak diubah dan dihalakan ke arah yang sama, sampai kiamat pun manusia tidak akan mencapai kata sepakat.
Hakikatnya, sebagai manusia kita perlulah bermuhasabah dan bertanya pada diri sendiri.
Jika kita terlalu banyak yang memusuhi dan mempertikaikan, barangkali yang kita anggap betul pada diri itu salah bagi orang lain. dan yang kita anggap salah itu betul bagi orang lain.
Jika perkara ini dapat dilakukan, maka kita dapat memperbaiki diri sendiri dan membina rangkaian ukhuwah yang lebih luas.
anon 17.05,
ReplyDeleteTak kanlah tuduhan PR yang UMNO itu rasuah satu tuduhan yg tidak betul.
Tak usah berkhutbah di sini. Jelas-jelasnya UMNO itu sudah menyeleweng, hangan nak main tengah-tengah pula.
baidin man,
ReplyDeletePersepsi buruk seperti rasuah dan salah guna kuasa merupakan elemen yang telah menjejaskan UMNO dan BN sehinggakan parti pemerintah itu telah mendapat amaran yang begitu kuat dari rakyat dan telah hampir tersungkur didalam pilihanraya dahulu.
Mujurlah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) telah menyelamatkan keadaan dan BN mampu lagi memerintah kerajaan pusat walaupun dengan majoriti yang tipis.
Amalan rasuah merupakan penyakit yang sukar dihapuskan kerana penyakit itu sudah terbiar sejak lebih dari dua dekad yang lalu dan telah merebak tanpa mampu dibatasi. Perancangan yang baik tanpa sistem ‘delivery’ yang baik tidak akan membawa apa-apa makna kepada rakyat dan negara.
Apakah Pakatan Rakyat mempunyai perancangan yang lebih baik dengan sistem ‘delivery’ yang lebih baik untuk menangani penyakit gejala rasuah yang telah terbiar sejak lebih dari dua dekad yang lalu?
Di negara ini ada melayu bodoh dan melayu pandai.
ReplyDeleteMelayu pandai iaitu UMNO (tapi taklah profesional) kalau boleh mereka nak humban melayu bodoh ni jauh-jauh supaya jangan kacau mereka berpolitik dan berkroni, sementara melayu bodoh mahukan melayu pandai jatuh dari lubuk kuasa tapi mereka takut sebab mereka memang bodoh, sebab itu banyak perkara yang berlaku terhadap mereka, maka mereka berdiam diri saja.
Salam Tuan,
ReplyDeleteMasih ada saki baki golongan melayu yang masih percaya bahawa undi BN bermakna memperkukuhkan ketuanan melayu.
Mereka masih tidak sedar bahawa yang mereka undi itu bukan untuk memperkuikukan ketuanan melayu malah untuk memperkukuhkan ketuanan golongan elite umno putra yang sedang merompak duit mereka.
Mereka merungut dengan kepayahan hidup mereka untuk menyekolahkan anak-anak. Lebih-lebih yang hendak memasuki keperingkat yang lebih tinggi. Mereka mengeluh dengan harga barangan yang semakin naik menghimpit perbelanjaan harian mereka.
Yang mengeluh, Yang merungut adalah mereka yamng tinggal dipinggir-pinggir bandar, rumah haram, setinggan, felda, kampung-kampung. Dalam waktu yang sama merekalah pengundi tegar umnobn.
Kesian, dari dulu, kini dan selama-lamanya kena kelentong oleh pemimpin-pemimpin besar umno mereka.
QD, kalau kamu cerdek dan mahu menjaga diri kamu sebagai graduate univ terkemuka, janganlah berbahas luar tajuk.
ReplyDeleteSaya tidak tahulah nak cakap kerana saya sekolah kg aje diPhg. Tapi kamu berbahas cara loyar buruk aje.
kalau ahli umno lain bercakap seperti kamu tu tak apa sebab mereka agak bodoh sedikit.
Saya tidak faham kenapa pelajaran tidak dapat mengubah kamu kerana terpengaruh dengan mentaliti umno.
Sayang!!!
"Apakah Pakatan Rakyat mempunyai perancangan yang lebih baik dengan sistem ‘delivery’ yang lebih baik untuk menangani penyakit gejala rasuah yang telah terbiar sejak lebih dari dua dekad yang lalu?"
ReplyDelete9 April 2012 17:30:00 GMT+08:00
===================================
Pemerintahan PR di Selangor dan P. Pinang telah terbukti bahawa mereka mempunyai visi pimpinan ke arah "Good Governance" seperti yang dilaungkan (walaupun masih di peringkat permulaan, tidak sempurna, dan mempunyai ruang untuk diperbaiki).
Apa lagi bukti yang anda perlukan?
Nyata sekali minda anda masih terperangkap dengan prejudis dan prasangka dengan soalan anda itu.
Anon 21:31,
ReplyDeleteBenar, kerajaan PR di Pulau Pinang, Selangor, kedah dan lain-lain telahberjaya menunjukan kemampuan mentadbir dengan 'good governace' dan mengikut 'rule of Law'.
Tetapi inilah yang menjadi Bn menyampah kerana mereka(BN) tidak mampu hendak melakukannya. BN tidak mampu melakukannya kerana seyiap perkara atau projek yang hendak dilakukan mereka terpaksa menanggung kos komisyen dan kick back yang besar yang merugikan wang rakyat.
kalu saudar sebut perkara ini dan memuji P Pinang dan Selangor pemimpin serta penyokong UMNO/Bn akan merasa menyampah dan tidak menyukainya.
T kasih
Johan
ReplyDeleteAok jangan ambik pot kat QD. Budak tu suka menyakat. Suka provoke je. Koin kenai ngat dia. Saja buet bodoh bila menulih. Tapi mana komen dia? Takdepun.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteHarapan rakyat kepada negara ini adalah kita boleh bergantung harap dengannya.Apa yang kita mahukan adalah negara yang aman dan memberi peluang kepada rakyatnya mencari rezeki dan mendapat kemudahan yang sepatutnya diterima untuk meneruskan kehidupan.Apa yang kita mahu Malaysia ditadbir dengan adil dan memberi keadilan kepada rakyatnya.
MAHApenipu,
ReplyDeleteContoh yang diambil tentang Melaka kurang tepat.
Ya, Rizab Tunai kurang, tetapi Pelaburan bertambah dari tahun ke tahun. Cuba tengok betul-betul.
Saudara Aspan,
Good writing as always.. tajuknya sahaja cukup untuk kita sepatutnya berfikir... apakah setiap cabaran itu bermaksud kita dijalan yang betul?
Bagaimana jika cabaran itu datang sebagai tanda amaran kita di jalan yang salah?
~ OnDaStreet
Saudara Aspan dan readers,
ReplyDeleteSome food for thoughts in regards to your article..
http://ondastreet.wordpress.com/2012/04/10/nfc-jalan-ke-syurga-penuh-dengan-onak-dan-duri/
~ OnDaStreet
Saudara Aspan dan readers,
ReplyDeleteSome food for thoughts in regards to your article..
http://ondastreet.wordpress.com/2012/04/10/nfc-jalan-ke-syurga-penuh-dengan-onak-dan-duri/
~ OnDaStreet
salam ondastreet...
ReplyDeletedari segi bahasa anda, anda dari golongan yg terbuka pemikirannya berbanding QD..
ok..back into main topic...analogi pak AA dalam mempersembahkan apa yg sedang dilakukan oleh PR bagi menafikan kebobrokan kerajaan yg ada adalah seerti org yg berada dijalan yg penuh onak dan duri..kerana apa...?anda lihat shj apa kemudahan yg ada baik dari segi media kepunyaan rakyat, kemudahan fasiliti rakyat, badan2 kerajaan yg sepatutnya digunakan oleh rakyat,etc...semuanya dicengkam oleh kuku2 UBN...
rakyat yg cerdik pemikirannya akan memilih mana kerajaan yg boleh membantu rakyat dalam pada masa yang sama menidakkan dan menghindar ketirisan, rasuah,kronisme...ye BN banyak membangunkan negara...dan pembangunan bagi BN ditafsir dengan:
1.bangunan tinggi segah KLCC-skrg menjadi tempat pertemuan indon,bangla,myanmar
2.litar sepang-yg kini dianggap projek membazir..kerana ia digunakan setahun sekali (F1 race)utk menarik pelancong asing compare to duet rakyat yg digunakan utk membina dan menyenggara..
3.Mempunyai syarikat penerbangan negara yg menduduki ranking pertama dari segi khidmatnya-walaupon rugi berjuta2...
4.Mempunyai jenama kereta sendiri-walaupon rakyat terpaksa membeli dengan harga yang tinggi...
etc...
bagi rakyat yg berfikir diluar kotak...apalah guna kejayaan yg menaikkan nama jika rakyat susah dan melarat utk hidup...ape guna pembangunan yg pesat jika rakyat kebanyakan tiada nilai moral...
apa yg terjadi sekrg ini terutamanya masalah sosial..adakah disebabkan PR-parti yg tidak pernah memerintah?adakah ketirisan 1 trilion dibuat oleh PR-parti yg tidak memerintah?
justeru itu, mana pihak yg lebih baik...rakyat akan sokong...dan pak AA mengingatkan sokongan ini akan penuh ranjau dan onak duri..
salam pencerahan..