08 April 2012

"Jangan bersikap sombong dan mungkir janji" kata Najib. Sejuk rasanya hati mendengarnya, tapi.......

"Dua perkara yang terpenting untuk diingati oleh pemimpin, pertamanya jangan bersikap sombong, dan jangan tidak tepati janji", kata PM Najib di Temerloh semalam. Saya dan sesiapa juga bersetuju dengan ungkapan Najib itu, baik kawan dan lawan dalam politik. Kata-kata itu memang satu nasihat dan peringatan yang baik kepada semua. Bak kata anak-anak muda sekarang ‘gua caya lu Najib’.

Tetapi itulah diantara sebab kenapa UMNO dimarahi dan dipersoalkan oleh rakyat. ‘Attribute’ pemimpin UMNO adalah kesombongan mereka serta sikap tidak menepati janji. DAN dalam artikel ini kita boleh tambah lagi apa-apa yang melekat sebagai stigma yang tidak dapat dipisahkan dari parti pemerintah itu. Apa yang dinasihati Najib itu, itu lah yang ada kepada UMNO.

UMNO begitu sombong kepada rakyat dengan mengugut rakyat supaya jangan tinggalkan UMNO kerana jika UMNO ditinggalkan, mereka tidak akan dapat menentukan nasib yang baik untuk rakyat yang ramai. Hanya UMNO sahaja yang boleh mempastikan kehidupan yang baik untuk rakyat dan ‘there is no life without UMNO’. Kepercayaan yang segala-galanya adalah dari Tuhan Semesta Alam tidak dipakai lagi. Mereka telah cuba mengalihkan keyakinan ramai yang, ‘there is life without UMNO’.dan ‘there is life after UMNO’.

Justru, sikap UMNO yang cuba mengambilalih kerja Tuhan itulah yang menyebabkan rakyat bertambah jemu terutamanya kepada mereka yang berfikir dan diselarikan dengan keimanan didalam diri mereka. UMNO hanyalah sebuah parti yang dipergunakan akhir-akhir ini (sejak 3 dekad yang lalu) hanya untuk membina kesombongan dan ke egoan pemimpin-pemimpin yang menerajui parti itu.

Janji-janjinya untuk membela bangsanya tidak pernah diberikan tumpuan. Jika benar UMNO menunaikan janji-janjinya, kenapa Melayu masih berada ditahap ini walaupun UMNO telah menerajui kepimpinan negara sejak merdeka sehinggalah ke hari ini? Janji-janji untuk membela bangsanya semakin menghampakan apabila hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra itu hanya diambil kesempatan oleh hanya segelintiran Melayu yang istimewa sahaja. Mereka tidak membela bumi-putra dan mereka hanya memberikan pembelaan kepada putra-putra semata-mata.

Yang ‘bumi’ tidak dapat pembelaan dan apabila bumi yang rata-rata masih miskin ini diambil kesempatan diatas kesusahan mereka dengan membeli sokongan dengan harga RM500 sahaja sekali dalam 5 tahun. Maka beraturlah ribuan ‘bumi’ yang fakir dan lapar untuk menerima RM500 dari pemimpin-pemimpin UMNO.dan pemberian sebanyak itu dipaparkan kepada dunia melaluii media massa perdana untuk menunjukkan yang rakyat mereka boleh dijadikan sebagai peminta sedekah dimata masyarakat sehingga keperingkat antarabangsa.

Segala daging batang pinangnya dibolot oleh ‘putra-putra’ mereka sahaja. ‘Putra-putra’ ini adalah dari keluarga pemimpin sahaja. Lepas bapa pindah pula kuasa kepada putra-putra mereka. Nasihat Najib dan pimpinan yang lain di Temerloh itu sepatutnya di arahkan kepada mereka sendiri. Pemimpin sepatutnya membela Bumi-putra, bukannya hanya membela putra-putra semata-mata. Jangan ditinggalkan ‘Bumi-bumi’ melata ditepian masyarakat yang dikuasai oleh ‘putra-putra’ sahaja. Kerajaan dan pimpinan mesti membela Bumi-bumi bersama dengan putra-putra yang sudah kaya raya melalui jalan halal dan haram itu.

TETAPI, benarkah rakyat hanya marah terhadap pemimpin yang sombong dan mungkir janji sahaja? Tidak kah pemimpin-pemimpin yang berkuasa hari ini tidak diyakini oleh rakyat kerana banyak isu lain? Isu yang utama yang berhadapan dengan pimpinan UMNO dan BN hari ini ialah isu rasuah yang berada dalam lingkungan RM ratusan billion dan sekarang sudah ada bukti yang angka itu sudah mencecah sehingga RM.1.3 trillion sejak sepuluh tahun lalu?

Rakyat marah-marah kerana rasuah yang berlaku disetiap peringkat pentadbiran, dari peringkat Persekutuan sehingga keperingkat Daerah dan berlaku diseluruh Negara. Di peringkat daerah para pentadbir berlumba-lumba dengan rakyat biasa untuk merebut peluang kehidupan melalui jalan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang dan moral. Pegawai-pegawai diperingkat daerah ramai yang mendaftarkan syarikat diatas nama anak atau isteri untuk merebut peluang yang sepatutnya untuk rakyat yang mereka tadbir.

Siapa diantara pemimpin yang memantau keadaan ini? Jawapannya tidak ada. Gejala rasuah ini telah diabaikan sejak sekian lama dan sampai ketahap rakyat sudah tidak lagi dapat menerimanya. Sekarang ini gejala rasuah yang sangat mengerikan ini sudah tidak dapat dikawal lagi kerana hampir semua yang berada dalam kuasa hari ini terlibat secara ‘direct’ atau ‘indirect’ dalam kegiatan hina ini.

Budaya ini telah menjalar ke segenap lapisan kepimpinan sehinggakan ramai diantara mereka menjawab kritikan seperti yang kita buat terhadap mereka dengan berkata, “kalau kau berkuasa pun kau akan belasah juga”. Mereka menyamakan sikap kita dengan sikap mereka kerana mereka sudah percaya yang rasuah besar itu adalah budaya kepimpinan hari ini.

Bagi kumpulan ini rasuah itu adalah kemestian bagi sesiapa yang memerintah kerana semasa mereka yang sudah mula berfikir dalam kehidupan sudah melihat rasuah ini dihadapan mata mereka sendiri. Tetapi mereka tidak sedar yang negeri-negeri kepimpinan PR telah membuktikan yang rasuah itu boleh ditangani.

Di Pulau Pinang contohnya kontraktor tidak payah menggunakan ‘cable’ politik untuk mendapatkan kerja kontrak. Kontraktor-kontraktor hanya memerlukan ‘internet cable’ sahaja kerana semua sebutharga dilakukan ‘on-line’. Dengan cara ini kos sesuatu kontrak itu akan menjadi rendah kerana elemen kos pembayaran komisyen sudah tidak ada dalam didalam sebutharga mereka itu.

Tidak ada kronisma dan tidak ada rasuah dan kepada sesiapa yang tidak mempunyai 'connection' politik pun boleh bersama-sama berpeluang mendapatkan kerja-kerja yang sebelum ini hanya diperolehi oleh sekumpulan kecil orang-orang istimewa sahaja. Bagi kerajaan P Pinang dan Selangor serta kerajaan PR yang lain, semua rakyat itu adalah istimewa belaka.

Dengan acara itu tidak akan adalah situasi dalam mana kos yang diperuntukkan untuk membeli peralatan senjata yang bernilai RM5 billion dinaikkan kapada RM9 billion kerana hendak memasukkan elemen komisyen kepada mereka yang berkuasa didalam pembelian peralatan senjata dan perang negara kita.

Bayangkan jika BN tidak lagi berkuasa maka peluang untuk membenteras jenis rasuah yang begitu sistematik yang dilakukan oleh pemimpin hari ini akan dihapuskan. Wang yang digunakan untuk rasuah sekarang ini, sebaliknya akan dapat digunakan oleh PR untuk kesejahteraan rakyat. Jumlahnya bukannya kecil...tetapi berbillion-billion ringgit.

60 comments:

  1. AA, your writing is so easy to digest and I am addicted to yr simple words and sentences in it.

    Cheerslah bro. You have clarity of mind.

    My perpetual prayer for you and I hope you remain courageous in our struggles.

    ReplyDelete
  2. Salam hormat Tuan AA.
    "Jangan bersikap sombong dan memungkiri janji". Kalau kata-kata itu keluarnya dari mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau Tuan Guru Hadi Awang ianya ibarat Qari yang sedang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al- Quran. Tetapi jika ianya keluar dari mulut PM Malaysia (Najib) sekarang ini, ianya boleh disamakan seperti Iblis/Syaitan yang sedang membaca khutbah atau ayat-ayat suci Al-Quran di atas mimbar masjid. Sesungguhnya orang Munafik itu tarafnya sama dengan Iblis dan lebih rendah martabatnya dari kaum kafir.

    ReplyDelete
  3. tell that to Nazri Aziz

    ReplyDelete
  4. Pada saya apa yang rakyat patut lakukan ialah " dengar apa Najib & UMNO BN ucap " dan " banding dengan apa yang Najib, keluarga, kroni & UMNO BN buat ".

    UMNO BN berkuasa lebih 50 tahun. Mereka dakwa perjuangkan Islam. Adakah umat Islam lebih terbela. Peliknya kenapa PERKOSA dan JAKI salahkan PR yang tak pernah memegang teraju pemerintahan bila berlakunya kes murtad. Tak anih ke ???. Pihak lain yang diberi kuasa, pihak lain yang dipersalahkan.

    Lihat slogan berjimat dari UMNO BN. Pandai kempen minta rakyat berjimat tapi berbilion duit rakyat lesap gitu jer mereka buat senyap. Perangai boros bini Najib berapa kerat orang UMNO BN tegur ? Najib sendiri ada tegur ke ?. Jimat kepala bapak dia !.

    UMNO BN dan pimpinannya utamakan keadilan, menentang rasuah dan segala macam penyelewengan. adakah KOMISYEN SCORPEON tak ada unsur2 rasuah?. Kalau tak ada...kenapa perlu dibiarkan 1 nyawa warga asing melayang di Malaysia?. Adakah Hazilah & Sirul yang terlibat dengan rasuah serta Altantuya sehingga dua orang ini terpaksa membunuh. Ooopp..lupa saya. MOTIF TAK PENTING DALAM KES PEMBUNUHAN INI. Ha ha...adakah pimpinan UMNO BN termasuk Najib merasakan dua orang bekas pengiring keselamatan Najib ini bunuh Altantuya kerana hobi dan suka2.

    Pada saya Najib dan majoriti pemimpin UMNO BN adalah golongan cakap tak serupa bikin. Mereka ini adalah golongan pemimpin MUNAFIK !. Selagi rakyat berpaut bawah Najib dan selagi Najib "sujud" pada Mamak Kutty dan PERKOSA, selagi itulah Malaysia akan makin teruk menuju binasa.

    NAjib baik kerana beri RM500 ???. Adakah sebulan sekali ? 1 tahun sekali ? 5 tahun sekali ?. Kalau tak kerana serangan dan himpitan PR, rakyat kebanyakan jangan mimpikan RM500 tu. Hai... kalau pemimpin UMNO BN boleh sebat rasuah dan komisyen ratusan juta malah billion RM, korang pencacai dapat RM500 dah sanggup jual maruah diri ke ???.

    ReplyDelete
  5. Pada saya apa yang rakyat patut lakukan ialah " dengar apa Najib & UMNO BN ucap " dan " banding dengan apa yang Najib, keluarga, kroni & UMNO BN buat ".

    UMNO BN berkuasa lebih 50 tahun. Mereka dakwa perjuangkan Islam. Adakah umat Islam lebih terbela. Peliknya kenapa PERKOSA dan JAKI salahkan PR yang tak pernah memegang teraju pemerintahan bila berlakunya kes murtad. Tak anih ke ???. Pihak lain yang diberi kuasa, pihak lain yang dipersalahkan.

    Lihat slogan berjimat dari UMNO BN. Pandai kempen minta rakyat berjimat tapi berbilion duit rakyat lesap gitu jer mereka buat senyap. Perangai boros bini Najib berapa kerat orang UMNO BN tegur ? Najib sendiri ada tegur ke ?. Jimat kepala bapak dia !.

    UMNO BN dan pimpinannya utamakan keadilan, menentang rasuah dan segala macam penyelewengan. adakah KOMISYEN SCORPEON tak ada unsur2 rasuah?. Kalau tak ada...kenapa perlu dibiarkan 1 nyawa warga asing melayang di Malaysia?. Adakah Hazilah & Sirul yang terlibat dengan rasuah serta Altantuya sehingga dua orang ini terpaksa membunuh. Ooopp..lupa saya. MOTIF TAK PENTING DALAM KES PEMBUNUHAN INI. Ha ha...adakah pimpinan UMNO BN termasuk Najib merasakan dua orang bekas pengiring keselamatan Najib ini bunuh Altantuya kerana hobi dan suka2.

    Pada saya Najib dan majoriti pemimpin UMNO BN adalah golongan cakap tak serupa bikin. Mereka ini adalah golongan pemimpin MUNAFIK !. Selagi rakyat berpaut bawah Najib dan selagi Najib "sujud" pada Mamak Kutty dan PERKOSA, selagi itulah Malaysia akan makin teruk menuju binasa.

    NAjib baik kerana beri RM500 ???. Adakah sebulan sekali ? 1 tahun sekali ? 5 tahun sekali ?. Kalau tak kerana serangan dan himpitan PR, rakyat kebanyakan jangan mimpikan RM500 tu. Hai... kalau pemimpin UMNO BN boleh sebat rasuah dan komisyen ratusan juta malah billion RM, korang pencacai dapat RM500 dah sanggup jual maruah diri ke ???.

    ReplyDelete
  6. Astafirullah.... Menyamakan dengan iblis itu keterlaluan.

    ReplyDelete
  7. Transaksi MAS dan Air Asia berlaku di hadapan mata Rakyat yang melambangkan betapa tidak kisahnya pucuk pimpinan sehinggakan manipulasi korporat berlaku tanpa malu dan segan.

    Budaya menenggekkan GLCs yang wujudnya di atas matlamat memegang kepentingan bagi pihak Rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu yang dibiarkan sahaja oleh pucuk pimpinan UMNO. Arahan kerajaan kepada semua GLC untuk menarik balik segala pertuduhan terhadap Tajuddin Ramli merupakan kemuncak kepada ketidakjujuran pihak yang berkuasa.

    Segala-gala yang dilakukan tidak menunjukkan sedikit pun nilai amanah seperti yang dijuarai oleh UMNO selama ini. Kata-kata yang manis itu sekadar untuk menyedapkan telinga pendengarnya sementara Rakyat sedar yang itu hanyalah menanam tebu di tepi bibir sahaja.

    Segala ini tidak akan ada kesudahannya. Rakyat dan hartanya akan tetap dimanupulasi.

    UMNO bukan parti yang membangunkan bangsanya tetapi sebagai parti yang memberi masalah bukan hanya kepada orang Melayu, tetapi kepada bangsa lain dan negara secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  8. Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu.

    Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

    Menurut bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said, contohnya dalam video seks, Rakyat kenal siapa Tan Sri Rahim Thamby Chik.

    ReplyDelete
  9. Khabarnya isu NFC bukan masalah UMNO atau Kerajaan. NFC adalah masalah Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Syarikatnya. Kerajaan telah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM 250 juta tetapi mereka gagal membuktikan pinjaman itu digunakan seperti yang termeterai dalam perjanjian.

    Khabarnya Datuk Seri Sharizat Jalil juga tidak bersalah kerana beliau tidak terlibat dengan syarikat itu. Jadi, UMNO, Kerajaan dan Shahrizat tidak bersalah dalam isu NFC ini dari sudut perniagaan.

    ReplyDelete
  10. Saudara AA, Cara berhalus membuat teguran dan kritikan dari saudara membuatkan saya tidak jemu membaca pemikiran anda. Syabas saudara. Inilah cara yg paling baik untuk menegur dan jgn sekali kali terpengaruh cara perongos banyak penulis yang ada di alam cyber sekarang. Saudara melambangkan adab melayu yang sebetulnya.

    Saya bergembira masih ada amnusia yang masih mempunyai budiluhur. Salam.

    ReplyDelete
  11. Kenapa Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan?

    Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini?

    Kenapa sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, kebanyakan orang-orang Melayu masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif?

    Kenapa sehingga ke hari ini, kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka?

    Kenapa Umno mendakwa dirinya jaguh Melayu, tapi masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka?

    Kenapa ramai muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya.

    ReplyDelete
  12. Bukti skandal dan penyelewengan waktu pemerintahan UMNO yang sememangnya telah banyak merugikan orang-orang Melayu selama ini:

    1)Skandal Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang menyebabkan kematian,

    2)Penyelewengan saham di dalam Renong Bhd,

    3)Penyelewengan saham dan kerugian di dalam Sime Darby Bhd,

    4)Dana Felda yang hampir kosong dan boleh dikatakan telah muflis kalau bukannya suntikan dana baru oleh kementerian kewangan,

    5)Pemberian permit import kenderaan mewah kepada kroni-kroni Umno,

    6)Skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene yang berakhir dengan kematian,

    7)Skandal dalam PSC-Naval Dockyard yang melihat kos pembinaan kapal-kapal perang meningkat secara mendadak,

    8)Kos pembinaan lapangan terbang KLIA 2 yang semakin meningkat dengan mendadak,

    9)Skandal upahan kepada FBC Media bagi mempromosi imej Najib dan Rosmah dengan pujian-pujian buatan sendiri,

    10)Kerugian berturut-turut Penerbangan Malaysia (MAS),

    11)Kerugian berturut-turut Perusahaan Otomobil Nasional (Proton),

    12)Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mencatatkan kehilangan berbilion Ringgit,

    13)Kerugian pelaburan dalam Tabung Haji,

    14)Skandal kondo-lembu dalam National Feedlot Corporation Bhd (NFC),

    15)Pemberian pinjaman KWSP tanpa faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan,

    16)Pemansuhan pembayaran balik pinjaman kepada KWSP oleh kementerian kewangan.

    Jumlah wang kerugian yang dialami hasil daripada skandal dan pelbagai bentuk penyelewengan tersebut kalau digunakan dengan cara yang telus, cekap dan jujur, sudah tentu jumlah tersebut mencukupi bagi membantu dan memanfaatkan masyarakat Melayu pada keseluruhannya dalam apa jua bentuk, tidak mengira, pendidikan, ekonomi ataupun sosial.

    ReplyDelete
  13. Mereka yang telah menjadi kaya-raya, mendapat jumlah wang dan harta yang banyak hanyalah orang-orang Umno sahaja, bukannya orang-orang Melayu. Orang-orang Umnolah yang selama ini telah meminggir dan merosakkan kredibiliti masyarakat Melayu pada keseluruhannya.

    ReplyDelete
  14. Aspan Alias,
    Najib has over sold himself. Too much talking, too much promises and too much lies and slanders against his political foes.
    Mind you, I do not watch TV3 or RTM since years ago. he is a fake and behaves like bollywood star bro. But his acting is just like the acts of Jailani Kengkang. He has too much to cover. His acting is even less quality than the acts of Jailani Kengkang.

    Bruce

    ReplyDelete
  15. Bruce,

    Kenape Najib sahaja dipersalahkan?

    Pemimpin Majlis Tertinggi UMNO dan jemaah menteri Kabinet UMNO BN semua ok ke?

    Pemimpin UMNO BN semuanya haprak lah. Banyak macam mana pun kabinet pun tapi masih tak dapat selesaikan masalah orang Melayu dan Rakyat membuktikan mereka semua ini tiada kredibiliti dan competency.

    ReplyDelete
  16. Anon 8 April 2012 13:07:00 GMT+08:00

    Amat bersetuju dengan pandangan sdra. NFC bukan masaalah UMNO atau kerajaan ataupun shahrizat. Semuanya salah pembangkang. Kalau tak pembangkang tak timbulkan perkara ini, tak ada sesiapa pun tahu.

    Begitu juga dengan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat sejak merdeka. Semuanya salah pembangkang. Bukan salah kerajaan kerajaan Perikatan atau BN. Kerugian duit RM 40 Billion oleh BNM akibat bermain matawang dulu bukan salah BN tetapi salah pembangkang. Perwaja sampai sekarang bermasaalah salah pembangkang. yang selamatkan syarikat perkapalan Mirzan dulu sebanyak RM 2 billion oleh Petronas juga angkara pembangkang.

    Semuanya salah urus semua kerja membaham harta negara semuanya salah pembangkang, bukan salah kerajaan UBN. Yang dok baham harta negara bukan orang lain, pembangkang jugak.

    Kalau dia orang dok dendiam,- orang tak tahu. Dah la buat segala macam kerja jahat tak mengaku - pi tuduh pulak kerajan BN, parti UMNO, pemimpin UMNO...jahat....jahat sungguh pembangkang. Sedangkan kerajaan BN adalah kerajaan terbaik dalam dunia. Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN terutamanya Chua Soi Lek adalah manusia-manusia ikhlas, berjiwa suci dan bermoral tinggi. Semua mereka adalah contoh-contoh wira wassatiyyah yang tidak akan muncul lagi selepas ini di dunia untuk dijadikan pemimpin dan ikutan.

    mat pendang

    ReplyDelete
  17. Yes Aspan,

    There's good life without UMNO. But you must not deny that there is also life in UMNO.....miserable life!!

    ReplyDelete
  18. Ekonomi adalah merupakan tunggak kemajuan sesebuah negara. Ekonomi yang diuruskan secara efisyen dapat memacu pertumbuhan Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 di samping kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh rakyat.

    Sejak 1957, di sepanjang pemerintahan kerajaan Umno/BN, telah berlaku pelbagai kepincangan ekonomi. Antara kepincangan yang utama ialah:

    1. Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000–2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter hingga RM1.92/liter iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

    2. Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

    3. Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat,

    4. Walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.

    5. Pengurusan wang rakyat yang tidak cekap menyebabkan pembaziran secara berleluasa telah berlaku. Ini termasuk:

    a. Pembatalan pembinaan jambatan bengkok yang menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM257 juta.

    b. Kerugian membeli saham Agusta sebanyak RM510 juta.

    c. Pembatalan projek Incinerator di Broga yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM500 juta untuk membayar pampasan.

    6. Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM 146 billion kepada RM 456 billion.

    7. Pengisytiharan pelbagai projek Koridor Ekonomi seperti WPI, NCER, ECER, SDC, SCORE dan ETP, yang menelan belanja mencecah lebih 1 trillion ringgit adalah sangat meragukan. Tidak ada sebarang penjelasan yang lengkap bagaimana sumber kewangan yang begitu banyak dapat dijanakan untuk menampung projek-projek berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin memang suka pengikutnya buta,rabun,penakut bodoh ,lemah supaya tak tanya apa yang dibuatnya dan ikut sahaja dan inilah yang berlaku sekarang.mereka yang pandai atau nak memandai dah dicantasnya dan yang memerentah sekarang dah terperangkap kerana pelapis tak ada. Tengoklah yang ada seperti rais yatim,tg razali,mb johor,isa samad,mb pahang,semuanya dah petang2 dan out of date.Umno had done reasonably good job to get independence without drop of blood but those they have been excessively compensated through illegal means to enrich themselves.
      Mereka patut terima kasih kepada rakyat yang telah mengkayakan mereka tetapi mereka jadi angkuh dengan mengatakan dia.saja yang pandai dan tahu memerentah dan mentadbir.Mereka tu bukan sekolah tinggi pun tengoklah macam isa samad,adnan yaakob ,mat hasan mat said hanya memegang ijazah pengajian melayu saja tapi cakap dia sajalah yang pandai. Berapa lama lagi kita nak kena tipu dan ugut dan diperbodohkan dan hanya kita saja bolih merobahnya dengar mengajar mereka yang bodoh buta rabut yang telah dipesongkan olih Umno itu kerana mereka itu celik pandai cuma perlu disedarkan maklumlah dah kena nyanyi olih Umno setengah abad.Harap semua faham dari murtad umno.

      Delete
  19. ini adalah angka kiraan kalau nak sedar , pemberian rm500 kepada rakyat, penyelewengan oleh golongan koridor pemerintah mencecah lebih ber billion billion gunalah contoh salah satu kes PKFZ rm12,500,000,000

    ReplyDelete
  20. Di bawah kerajaan pentadbiran UMNO BN, hutang kerajaan persekutuan telah mencecah 53.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)!

    Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 menetapkan had hutang kerajaan persekutuan berbanding dengan KDNK pada tahap 55 peratus.

    “Siling pinjaman berkanun” sebenarnya telah dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan UMNO-BN sepanjang dekad yang lalu untuk “menghalalkan” tahap hutang kerajaan persekutuan yang telah meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding KDNK Malaysia.

    Siling pinjaman berkanun 55 peratus hanya berkuat kuasa pada Julai 2009 dengan perintah Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sebelum had tersebut disemak, had itu adalah pada 45 peratus pada Jun 2008.

    Lima tahun sebelum itu, had itu dinaikan kepada 40 peratus pada April 2003 oleh Menteri Kewangan II ketika itu Datuk Seri Jamaludin Jarjis.

    Dalam masa enam tahun sahaja, siling pinjaman berkanun telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK.

    Persoalannya ialah jika siling berulang kali dinaikan dengan sesuka hati, kenapa kerajaan menetapkan had pada mulanya?

    ReplyDelete
  21. Umno/BN terpaksa menggunakan pelbagai fitnah dan penipuan serta memperbodoh rakyat di saat Pilihanraya Umum ke-13 kian hampir.

    ReplyDelete
  22. Wahai mat pendang;

    Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.

    ReplyDelete
  23. Oh ya mat;

    Satu lagi mat, rakyat menolak Umno dan BN kerana keangkuhan pemimpin parti tersebut yang disifatkan sudah kini tidak lagi memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
  24. Sejak 1998, kerajaan BN telah bersusah-payah mematahkan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

    Setiap keputusan politik yang dibuat oleh UMNO di bawah pimpinan BN telah dibuat untuk memastikan Anwar tidak boleh bertanding untuk jawatan PM.

    Kobodohan ini telah menyebabkan pemerhati politik percaya bahawa akibat takutkan Anwar, UMNO BN telah menjerat diri sendiri. Sentiasa bingung memikirkan keadilan akan terlaksana dan UMNO BN akan terpaksa menjawab segala perbuatan mereka termasuk menyalahgunakan dana Negara dan penyaluran wang secara haram sebanyak RM888 bilion ke akaun di luar negara.

    UMNO BN juga tidak melaksanakan tanggungjawab ekonomi dan tadbir urus yang lemah telah menyebabkan ramai pelabur luar lari. Pada masa yang sama, perbuatan UMNO BN yang sentiasa menjadikan Anwar dan rakan Pakatannya sebagai target telah menguatkan lagi pendapat bahawa Anwar adalah pencabar kuat bagi calon PM Malaysia.

    ReplyDelete
  25. Jawatan Perdana Menteri adalah tugas eksekutif tertinggi di sesebuah negara. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengukur potensi setiap calon untuk diri mereka sendiri dan tidak boleh tertakluk pada pilihan Umno-BN kerana ini merugikan rakyat.

    ReplyDelete
  26. Jangan pandang remeh apabila ada pemimpin Barisan Nasional mengistiharkan bahawa mereka begitu yakin merampas kembali kawasan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana mereka memang merancang dan bersedia untuk melaksanakan penipuannya!

    ReplyDelete
  27. UMNO tetap akan tumbang tapi mungkin bukan dalam PRU 13. Dan UMNO tidak akan tumbang sekiranya dia tahu apakah sebab rakyat telah menolaknya dan mencari parti alternatif.

    Dalam kepala rakyat, UMNO adalah sebuah parti Melayu yang telah menipu Melayu, pengamal rasuah dan pelbagai dasarnya yang menindas rakyat.

    Dari luar rakyat nampak mewah tetapi sebenarnya mereka hidup dalam sengsara dan tertekan sama ada yang di bandar atau di desa.

    Rakyat perlu menampung kos tambahan setiap barang atau perkhidmatan yang mereka guna sama ada daripada perkhidmatan awam atau swasta. Kos ini timbul kerana rasuah yang berlaku dalam semua transaksi dan dalam setiap projek-projek kerajaan, tidak kira besar atau kecil.

    Setiap projek akan masuk ke mulut ketua-ketua bahagian UMNO yang gendut, Pemuda, Wanita serta suku sakat mereka. Nasib sangatlah kalau ada yang terpelanting keluar dari pinggan mereka. Untuk makan yang terpelanting inipun mesti hulur juga. Kalau tidak tak merasa, bukan mudah….

    ReplyDelete
  28. Laluan bagi rakyat menuntut reformasi masih berhalangan oleh lekak-lekuk perjalanan serba payah oleh fitnah dan propaganda media arus perdana yang bersemayam di bawah rongga kuasa parti pemerintah.

    Bagaimanapun gelombang demi gelombang reformasi yang membadai kian kuat menerjah jendela dan di setiap ruang dan dalam negeri. Reformasi kini telah menjadi aliran sejagat yang melanda di sana sini yang tiada tangan yang boleh menghalangnya.

    Rakyat semua bangsa dalam negara sudah amat kecewa dan putus asa terhadap rejim yang rasuah, korupsi, autokrasi dan menyalahgunakan kuasa yang memerintah selama setengah abad lebih itu, kini teramat mendambakan perubahan.

    Daripada politik ugutan hegemoni lama kepada politik harapan yang lebih telus dan dinamik.

    Ekonomi negara kita juga menghadapi jalan sendat, tidak boleh terima transformasi lagi jika hendak menapak langkah menuju negara maju. Boleh dikatakan bahawa struktur lama tergoyah-goyah dalam ribut bergelora, order baru meronta-ronta dalam kesulitan yang wujud.

    Akan tetapi, kita tetap yakin akan ramalan dalam peribahasa “air boleh menimbulkan perahu, malah boleh jua mengaramkannya”.

    Segala-galanya berpaksikan kepentingan rakyat, kekuatan dan parti yang berjuang demi kepentingan rakyat, pada akhirnya akan memenangi pendukongan rakyat, sedangkan semua golongan yang menjejaskan kepentingan rakyat yang sering memungkiri kehendak rakyat, akhirnya akan disingkirkan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  29. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

    ReplyDelete
  30. UMNO bukanlah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu secara keseluruhan.

    Pertama, orang Melayu yang dimaksudkan oleh UMNO itu, tidak termasuk Melayu yang bukan dalam UMNO. Melayu yang dimaksudkan oleh UMNO ialah Melayu dalam UMNO itulah jua.

    Dalam kamus UMNO orang Melayu hanya ahli UMNO yang tiga juta itu sahajalah yang layak digelar Melayu.

    Kedua, daripada tiga juta ahli itu, UMNO berjuang untuk kumpulan terpilih. Jika cawangan UMNO mempunyai 50 orang ahli, ketua cawangan akan berjuang untuk 30 orang sahaja. Itu terdiri daripada yang sekabilah dengannya. Amalan ini dilakukan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pada peringkat induk.

    Bayangkan sebuah parti yang membina kekuatannya di atas perpecahan yang bermula di peringkat cawangan lagi - adakah parti seperti ini layak bercakap mengenai perpaduan dan bersatu?

    Dasar yang ada dan diamalkan oleh UMNO ialah dasar BUMIPUTERA - yang berada di hadapan mengaut dan memonopoli segala hasil pejuangan ialah putera-putera pemimpin, putera raja, putera ahli politik, putera ketua cawangan, putera ketua bahagian, putera ahli MKT UMNO dan putera-putera orang berkuasa dan ternama.

    Bumi? Anak Bumi ketinggalan di belakang PUTERA tanpa apa-apa selain dari memegang telur sendiri.

    ReplyDelete
  31. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah?

    ReplyDelete
  32. Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

    Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri!

    ReplyDelete
  33. Episod BERSIH yang lepas telah menawarkan kerajaan UMNO BN ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak.

    Namun perhimpunan tersebut ditempelak oleh UMNO BN dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

    Sungguhpun begitu, kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

    Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.

    ReplyDelete
  34. Rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini.

    Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

    Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

    APA YANG DITAKUTI SANGAT PADA TUNTUTAN BERSIH?

    ReplyDelete
  35. Tan Sri Harussani Zakaria pernah berkata, “Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,”.

    Ke mana hala tuju Negara? Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini?

    Ke mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal KESOPANAN DAN KESUSILAAN?

    ReplyDelete
  36. Dalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.

    Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan.

    Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.

    ReplyDelete
  37. Persoalan lebih penting ialah komitmen kerajaan dan Umno mengangkat undang-undang syariah di negara ini.

    Sekiranya Umno mahu mengukur kejayaannya sebagai parti yang mendokong kaum Melayu dan Islam, maka sudah tentu perjuangan untuk memartabatkan undang-undang syariah penting dan kritikal.

    Apakah mungkin agenda Melayu tercapai tanpa memastikan umat Islam dipacu dengan ajaran Al-Quran dan undang-undang syariah yang mencakupi segala aspek kehidupan di bumi ini demi menjamin syurga di akhirat?

    Amat mendukacitakan apabila Umno, dengan lebih lima dekad dihabiskan menerajui Malaysia, masih belum menegakkan syiar Islam secara tuntas, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

    Undang-undang syariah dijadikan tidak relevan kepada kehidupan harian umat di Malaysia, kecualilah jika mereka ditangkap khalwat, bercerai atau jika orang mati mempunyai harta untuk diagihkan.

    ReplyDelete
  38. Sudah 54 tahun rakyat telah menyaksikan kebobrokan UMNO mentadbir dan mengurus negara.

    Sebuah parti yang menetas dari inkubator penjajah dengan paradigma perjuangan kaum yang memperalatkan quota Melayu dalam DEB demi membina empayar harta kelas bangsawan.

    Seperti British pernah mendakwa bahawa mereka melindungi kepentingan Melayu, UMNO juga mempunyai slogan yang sama.

    Tanpa mereka sedar selama 54 tahun mereka telah melupakan kepentingan majoriti orang-orang Melayu. Orang Melayu bukan sahaja yang telah memberi undi kepada UMNO tetapi juga merupakan jumlah masyarakat pengguna terbesar di Malaysia.

    Selama 54 tahun itu juga ramai orang-orang Melayu yang miskin terus bersyukur kerana mereka mempunyai sebuah parti Melayu yang sentiasa berjuang untuk mengangkat martabat dan tahap ekonomi yang tidak pernah terangkat itu, malah semakin hari bangsa Melayu semakin jauh tertinggal di belakang bangsa-bangsa lain di Malaysia dalam semua bidang.

    ReplyDelete
  39. Sungguhpunpun diketahui bahawa Malaysia tidak mempunyai comparative advantage dalam pengeluaran kereta namun kerana mimpi Tun Dr. Mahathir projek ini tetap dilaksanakan.

    Akibatnya sudah 30 tahun rakyat menderita. Demi melindungi Proton, rakyat terpaksa membayar harga yang berlipat kali ganda terhadap kereta-kereta yang diimport.

    Sedaya upaya setiap isirumah bertekad untuk memiliki kereta walaupun terpaksa membayar hutang yang tidak pernah akan langsai.

    Berjuta-juta rakyat yang disenarai hitam malah tidak kurang juga yang menjadi bangkrap – hanya kerana kereta dan mereka tidak pernah tahu bahawa harga yang mereka bayar adalah berlipat kali ganda berbanding yang dibayar oleh rakyat di negara jiran.

    Selama lebih 30 tahun dasar mengenai AP dirangka bagi melindungi industri proton dan selama lebih 30 tahun juga AP telah dikurniakan kepada komprador dan Kapitalis Melayu Baru suku sakat UMNO – BN.

    Selama 30 tahun juga di bawah dasar kawalan – perlindungan ini, kerajaan telah merompak berjuta-juta pengguna.

    65 peratus dari masyarakat pengguna ini adalah Melayu. Bukankah dasar ini bertentangan polisi untuk meningkatkan ekonomi Melayu melalui DEB yang sedang didebatkan di luar sana?

    Apakah ini hanya satu muslihat UMNO untuk mengaut kekayaan dalam keadaan rakyat yang sedang mabuk dalam derita? Sepanjang hayat memandu kereta yang mereka hutang.

    ReplyDelete
  40. Kenapa rakyat tidak dapat melihat segala kebobrokan UMNO ini?

    Dalam derita yang dilalui kenapa rakyat masih boleh menyokong UMNO pada setiap pilihanraya?

    Selepas 54 tahun, tidak cukupkah untuk bangsaku menilai tentang kebobrokan dasar-dasar UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang hidup bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa?

    Siapakah yang boleh membangkitkan orang-orang Melayu supaya mereka sedar bahawa sudah 54 tahun mereka telah ditipu?

    DEB hanya satu utopia kerana dasar-dasar UMNO-BN yang mengiringi dasar ini bersifat menindas dan akan menjadikan orang Melayu seperti ayam yang kelaparan di kapok dan itek yang haus di kolam.

    Segala kekayaan negara dibaham oleh suku sakat UMNO dan BN, sedangkan rakyat terus mabuk dalam penderitaan.

    ReplyDelete
  41. UMNO mengkaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit, seperti:

    Pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan; dan

    Kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang Menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian kondominium mewah dan kereta mewah.

    ReplyDelete
  42. Sudah tiba masa untuk menolak dasar perkauman UMNO. Orang Melayu tidak lemah dan tidak perlu parti yang rasuah dan rasis seperti UMNO untuk mempertahankan mereka. Sudah tiba masa untuk rakyat bersatu atas dasar-dasar bersama seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan awam dan demokrasi.

    UMNO sudah pun melenyapkan masa depan generasi rakyat selama 50 tahun.

    Hanya sebuah kerajaan berjiwa rakyat di bawah kerangka Malaysia yang ditawarkan Pakatan Rakyat boleh menjamin masa depan yang terang untuk generasi yang akan datang.

    ReplyDelete
  43. Regim UMNO Baru,pohon yang reput dimakan anai-anai yang cukup memhayakan. Is perlu ditebang.

    ReplyDelete
  44. Hak rakyat menyuarakan ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa diputar menjadi isu 'khianat dan derhaka '.

    ReplyDelete
  45. KESEMUA menteri undang2 malaysia yang di katakan DE FACTO mencerminkan sifat SOMBONG DAN BONGKAK paling maksima.......

    mekaseh!

    The MIND!!!

    ReplyDelete
  46. Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007. Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka.

    Menurut laporan Ketua Audit Negara 2010, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikat Lembaga Beras Nasional (Bernas) yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim.

    Peruntukan yang tidak mencukupi mengakibatkan kerajaan masih belum membayar insentif kepada pesawah berkenaan. Laporan Audit turut mengesyorkan kerajaan memastikan perjanjian penswastaan antara kerajaan dan Bernas dimuktamadkan.

    Ini buktinya Umno BN yang mungkir janji, RM 110.67 juta tidak dibayar kepada pesawah sejak 2007.

    ReplyDelete
  47. UMNO akan melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa sebagai kerajaan pemerintah dalam PRU-13 akan datang.

    Najib tidak akan mungkir janji setelah memberi peringatan berbentuk amaran keras walaupun berkecai tulang Putrajaya mesti dipertahankan.

    Maka janganlah pelik dengan isu-isu kontroversi yang dibangkitkan oleh UMNO.

    ReplyDelete
  48. Sungguhpun Umno telah menyalahgunakan mandat yang diberikan oleh rakyat, kebanyakannya masih sayangkan Umno.

    Rakyat tahu dengan memilih Umno, goods and services tax (GST) atau cukai barangan dan perkhidmatan akan dilaksanakan. Seluruh rakyat Malaysia akan terpaksa menanggung cukai ini pada semua barangan harian dan perkhidmatan.

    Rakyat tahu dengan memilih Umno, kes rasuah dan salah guna kuasa akan terus berleluasa. Rakyat sudah biasa dengan skandal kewangan, rasuah, penyelewengan yang kerap berlaku dalam pentadbiran BN.

    Rakyat tahu dengan memilih Umno, ISA mungkin dimansuhkan tetapi diganti dengan undang-undang yang lebih zalim dan kejam.

    Kebanyakan rakyat masih sayangkan Umno sebab mereka percaya Umno masih sebagai pelindung nasib kepada mereka.

    ReplyDelete
  49. Wahai orang melayu, ke mana hilangnya budi bahasa anda? Bukankah orang Melayu dikenali sebagai orang yang lemah lembut budi bahasanya?

    Janganlah bersikap sombong. Maafkan Umno. Maafkan Tun Mahathir. Bukan semua orang boleh jadi kaya.

    Percayalah harta kekayaan keluarga pemimpin adalah pemberian Allah kepada mereka. Pintu peluang untuk menjadi kaya dibuka luas kepada mereka kerana berkhidmat untuk rakyat sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  50. Malay Gentile aka Sribayu9 April 2012 at 09:27:00 GMT+8

    Salam Tuan Rumah,

    UMNO doesn't has anymore good, smart and chrismatic leader with a brilliant idea and vision for the Malaysian in the near future. Wondering who among them has the above criteria ..? Except the leader who are busy making tonne of money for their pocket and funeral's saving.

    Many have predicted that UMNO will be varnished from this land beginning the year 2012 onward. Wallaualam, Allah is the best knower

    ReplyDelete
  51. Sribayu,

    Do you actually want another smart and chrismatic leader with a brilliant idea and vision for the Malaysians like Tun Mahathir?

    Do you actually want another Tun Mahathir?

    ReplyDelete
  52. Dalam beberapa siri pilihan raya umum yang lalu, antara petanda yang cukup jelas detik pilihan raya umum ialah media milik Pakatan Rakyat disekat untuk menutup minda rakyat negara ini daripada mendapat pandangan kedua selain daripada media milik atau kroni Umno-BN.

    Jikalau Pakatan Rakyat yang menerajui negara, apakah mereka juga akan melakukan sekatan seperti Umno-BN?

    ReplyDelete
  53. Bayangkan jika BN tidak lagi berkuasa , PR berperangai macam BN...macam mana?

    ReplyDelete
  54. Parti politik diwakili oleh manusia.

    Apakah manusia dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai sifat tamak dan hilang pertimbangan bila nampak wang atau peluang menjadi kaya?

    Apakah manusia dalam Pakatan Rakyat itu lebih mulia daripada BN?

    ReplyDelete
  55. Rakyat hendaklah memberi peluang pada Pakatan Rakyat memerintah untuk membuktikan keupayaan membela nasib rakyat, membangunkan dan meningkatkan ekonomi negeri dan melebarkan jaringan kebajikan.

    You have to put them to the test. Only then we will know whether they are competent or not.

    ReplyDelete
  56. Pengundi pastinya lebih matang menilai. Saya mengharapkan Pakatan mengotakan janji dan menambah-baik sistem penyampaian sekiranya mereka menang.

    Saya juga berharap PR jangan mengulangi tabiat buruk Umno-BN yang sentiasa dalam keadaan "menafikan".

    Seperti BN, Pakatan juga akan dinilai dari dekat dengan kacamata kritikal.

    Bukankah selama ini yang membentuk dan menyemai sikap kritis rakyat adalah Pakatan sendiri?

    Hakikatnya, pedang yang menusuk musuh, ia juga boleh menikam diri sendiri.

    ReplyDelete
  57. Anonymous said...
    Bayangkan jika BN tidak lagi berkuasa , PR berperangai macam BN...macam mana?

    9 April 2012 11:32:00 GMT+08:00

    ===================================

    PR masih belum berkuasa, tapi anda dah labelkan PR macam BN.

    PR sudah terbukti membuat perubahan memberangsangkan setelah diberi mandat memerintah di Selangor dan Pulau Pinang.

    Tak perlu lah bersikap prejudis. Hanya merugikan sahaja.

    Cuba dulu, baru tau. Setelah dicuba, barulah boleh dikritik sekiranya tiada perubahan.

    ReplyDelete
  58. Apa beza RM 500 najib dengan...
    RM 11 Air di selangor...?


    1. RM 11 untuk semua rakyat.. tak kira bangsa, kaya atau miskin...
    2. Sudah dilaksanakan 4 tahun... membawa jumlah RM 528..
    3. Tiada unsur rasuah.. tetapi lebih pada kebajikan sebab ianya konsisten dan tidak bermusim...
    Cantik sungguh!!

    1. RM 500 jelas seperti amalan orang kaya memberi sedekah kepada orang fakir.. seolah olah rakyat ini peminta sedekah...
    2. Jelas ianya bermusim seperti juga pemberian cukai jalan di zaman akibat kenaikan petrol di zaman pak lah..
    3. Tidak semua rakyat mengecapinya.. Hanya golongan yang berpendapatan RM 3,000 kebawah sahaja.. seperti satu penghinaan pula dari sang kaya pada si fakir... " aku bagi hang duit, hang kena undi aku tau.. jangan lupa..!!.kalu dak.. lain kali jgn mimpi la hang leh dapat lagu ni..."

    ReplyDelete