PAS bertambah jelas yang parti
itu masih mahukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan tidak payah
kita sebut kenapa parti itu tidak mahu Khalid diketepikan dan digantikan
dengan Wan Azizah.
Seperkara yang kita harus
menerimanya ialah Akuan Bersumpah 30 ADUN untuk menyokong Wan Azizah itu tidak
boleh diguna pakai selagi ia tidak di buktikan di dalam Dewan Undangan Negeri
Selangor yang bakal bersidang November ini.
Dalam waktu yang sama bukan
seorang dua dari mereka yang menandatangani Akuan Bersumpah itu akan bersama
memberikan sokongan kepada usul tidak percaya kepada Menteri Besar Khalid,
kerana beberapa orang yang telah melahirkan akan tidak mahu bersama dengan
Pakatan dalam penentuan usul itu nanti.
Jika usul itu dicadangkan oleh
PKR dan DAP November nanti, ia tidak semestinya mendapat 30 orang yang
menandatangani Akuan Bersumpah itu menyokong usul undi tidak percaya itu. Maka
jika itu berlaku niat dan kemahuan PKR untuk meletakkan Wan Azizah sebagai
Menteri Besar akan gagal.
Setengah berpendapat yang semasa
itu tidak ada lagi Pakatan Rakyat di Selamgor untuk dipertimbangkan oleh Tuanku
Sultan sebagai satu identiti tetapi di sebaliknya parti-parti dalam Pakatan
Rakyat akan mengemukakan cadangan bagi pihak parti masing-masing. Itulah pendapat
setengah pemerhati politik yang memberikan pandangan dalam isu ini.
Tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat
tidak pernah wujud di Selangor atau di mana-mana kerana kewujudan PR itu bukan
kewujudan secara formal kerana Pakatan Rakyat tidak pernah terdaftar sebagai
entiti badan politik di Pendaftar Pertubuhan. PR itu hanya gabungan tidak
formal diantara tiga parti dan bekerjasama untuk mendapatkan sokongan rakyat
secara umumnya sahaja.
PAS itu bersendirian sebagai
entiti pertubuhan politik. Begitu juga PKR dan DAP, maka tidak timbul masalah
PAS keluar Pakatan Rakyat kerana PAS tidak berada dalam pertubuhan induk
politik yang terdaftar. Setelah Khalid Ibrahim dipecat, PKR hanya mempunyai 13
kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor, satu kerusi melebihi UMNO yang
mempunyai 12 buah kerusi dalam Dewan Legislatif itu.
Maka PKR tidak mempunyai ‘clear
majority’ dan moralnya tidak lah parti yang terkuat untuk dianggap sebagai pihak
yang mempunyai ‘consequence’ besar di Selangor kalau dikira dari kehadiran
parti-parti secara individu di Dewan Legisltif Selangor sekarang ini.
Penyelesaian di Selangor masih
jauh untuk dimuktamadkan. Jauhnya adalah sejauh ‘Langkah Kajang’ dimulakan
dahulu. Jika ditoleh ke belakang nampak begitu jauh pilihanraya Kajang dahulu
berlaku, dan jika memandang ke hadapan terlalu sayup dan jauh dari mendapat
hasil yang diharapkan dengan pilihanraya kecil Kajang dahulu. Hasilnya masih belum pasti diperolehi. Takut-takut ibarat 'berniaga buluh kasap, hujungnya hilang pangkalnya lesap'.
Itu pun harapan untuk mencapainya
semakin hari semakin menjauhi kemahuan PKR yang disokong DAP itu. Bak kata
pepatah Melayu, ‘malang
itu tidak berbau’. Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam perjalanan kita yang
jauh itu. Dijangkakan ‘panas hingga ke petang, tetapi hujan pula di
tengah hari’.
LKS pun satu...dia kata bn ni say one thing do one thing....xper lah mmg dh perangai bn...tp depa? berapa byk iklan kerja kt suratkhbr...mandarin speaking only...depa dok laung2 msian msia...tp apa tindakan mereka dgn kaum mereka...dok asyik suruh melayu je...
ReplyDeleteKebanyakan atau hampir keseluruhan konglomerat dan firma besar dimiliki oleh kaum cina, adalah dimiliki oleh taikun MCA dan Gerakan. Sepatutnya Umnolah yang pergi menyalak rakan sekelambunya itu, tak kan nak serahkan kepada DAP untuk melakukannya. Bukankah Umno dikatakan 'pejuang melayu tulen'?
DeleteUmno itu parti. Juga Pas, Dap dan Pkr. Mana-mana parti berdaftar, itu yang rasmi. PR itu rasmi kah ? Kata Pas hanya Tahaluf Siasi. Senang kata, persetujuan dan persefahaman yang di ikat secara setiakawan. Tiada ikrar dan tiada rasmi bertulis.
ReplyDeleteSesiapa atau mana2 parti boleh berlaku curang. Tiada denda boleh caj kerana tidak terikat undang-undang tubuh. Bayangkan jika Dap layak di calonkan ? Sudah tentu geseren menyemarak api yang lebih besar.
Selasa datang satu peristiwa yang di tunggu-semua pihak yang mengharap. Ini bukan lagi parti, tetapi melibatkan kepentingan indivdu2 utama yang merekacipta kuasa MB baru !
Manusia itu berlaku baik apabila menjaga kuat amanah nya. Sebalik nya tidak lain menjadi penghuni neraka apabila bersifat zalim, pembohomg dan menjadikan nafsu serakah sebagai tuhan. Legasi kroni dan nepotism tetap yang utama. Ada kah salah parti ?
yg nyata... jika keruh dihulu... maka keruhlah dihilir.
DeleteSebenarnpya UMNO yg tak boleh dharap depa hanya membahagi2kan kekayaan negara dantara depa sahaja rakyat hanya dapat kuah saja.
ReplyDeleteYang dapat kuah pun bukannya ramai mana, yang ramainya dapat bau sahaja dan selebihnya hanya setakat mendengar.
Delete