Bekas Menteri Besar BN Selangor,
Muhamad Taib meminta PAS supaya jangan mengorbankan sokongan bukan Melayu
terhadap PAS. Kenyataan ini menunjukkan yang masalah perkauman masih belum
pergi kemana walaupun di pihak ‘alternative’ kepada BN tidak lekang melaungkan
isu keperbagaian kaum di negara ini. Bagi Muhamad dan mereka yang serupa dengan
beliau, PAS parti yang baru beliau sertai itu, mesti memikirkan sentimen bangsa
dan perkauman dalam menentukan hala tuju PAS itu.
Jika sebenarnya Muhamad begitu
kuat kemahuannya, apa yang menjadi masalah bagi PAS dan apa masalahnya bagi
kaum-kaum lain untuk menyokong parti Islam itu? Semua yang bercakap tentang isu
kepelbagaian kaum itu sekarang ini, hanya melaungkan retorik kosong kerana
sesungguhnya dipihak Pakatan Rakyat sendiri memainkan isu ini dengan begitu
hebat, malahan dijadikan isu perkauman ini sebagai landasan bagi mereka
mendapat sokongan rakyat.
Kita faham yang kesatuan diantara
kaum perlu ditunjukkan dan dipaparkan melalui berbagai bidang dan sektor
penting kehidupan kita. Salah satu sektor yang dijadikan wadah perjuangan kita
dahulu ialah penyertaan Melayu dan Bumiputra dalam bidang ‘commerce and industry’
melalui penyertaan berbilang kaum dalam pengurusan syarikat dan badan-badan
korporat besar di negara ini.
Itu dasar yang telah lama digubal
dan dilaksanakan dengan baik satu ketika dahulu. Perkara ini harus di fahami
dahulu terutamanya kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan bukan Melayu yang masih
muda. Dasar ini digubal dengan persetujuan semua kaum dahulu dan pemimpin semua
kaum telah ‘commited’ untuk melaksanakan dasar ini dengan telus dan jujur.
Hasil dari penggubalan dasar ini,
setiap kaum begitu jujur dan bersemangat untuk menjayakannya dengan sepenuhnya
kerana masing-masing mengakui yang bidang ini perlu dilihat dan terlaksana
dasar ini semata-mata untuk melihatkan penglibatan semua kaum dengan saimbang
dalam pengurusan dan pentadbiran badan-badan swasta dan syarikat besar-besar
khususnya yang tersenarai dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.
Tentulah Bukan Bumiputra yang
sepatutnya memberikan sokongan kuat terhadap dasar ini kerana bangsa yang
majoriti di negara ini tidak boleh diabaikan untuk mempastikan kestabilan
negara dan mencapai idaman kerajaan untuk membentuk perpaduan kaum itu. Kita
tahu dan menerima yang ‘national unity’ adalah ‘ultimate’ bagi mana-mana negara
berdaulat yang mempunyai berbagai-bagai kaum di dalamnya. Matlamat semasa itu
ialah untuk membina rakyat berbilang kaum yang ‘berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah’ yang menghasilkan kerukunan hidup dalam negara yang sebenarnya
merdeka.
Yang masih muda atau mereka yang
belum lahir elok jangan terus melompat dan membidas saya kerana pandangan saya
ini. Saya selalu berkata kita (negara) pernah berada di dalam situasi politik
dan berbaik sangka yang kuat semasa itu dan saya akan menyebutnya sedikit
dengan tujuan untuk bersama-sama kita merenungi dan cuba merasakan keseronokan kami
semasa itu.
Peningkatan suasana perpaduan
diantara kaum itu sangat dirasakan dengan masing-masing memberikan komitmen dan
keyakinan terhadap dasar yang digubal dan ketelusan pemimpin semua kaum semasa
itu. Banyak diantara gedung-gedung perniagaan dan syarikat-syarikat besar dalam
negara kita telah mewujudkan ‘Management trainee programme’ dalam
syarikat-syarikat besar dan gergasi untuk melatih Bumiputra yang tatkala itu
masih terlalu berkurangan di pasaran kerja negara.
Kita telah melihat kejayaannya
dan dalam beberapa tahun sahaja kita telah melihat begitu banyak
syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Bukan Bumiputra telah menampakkan
penyertaan yang agak seimbang di dalam tahap pengurusan syarikat-syarikat
tersebut. Sangat berbangga sesiapa yang masih ingat tentang keadaan yang
memberangsangkan ini.
Tetapi keadaan ini tidak
disuburkan lagi pada tahun lapan puluhan kerana kerajaan lebih menumpukan
kepada pembangunan yang cepat dan deras dan mengambil tanggungjawab untuk
membina apa yang sedang nampak kejayaan itu amat berat bagi pimpinan semasa
itu, maka dasar yang sempurna ini diabaikan terus.
Tiada siapa lagi yang membuat
pantauan terhadap isu penyertaan Bumiputra dalam isu ini kerana kerajaan
terlalu fokus kepada perkembangan industri yang ‘obsessive’ sehinggakan
menggagalkan segala dasar dan program ‘economic and social engineering’ yang
telah pesat perkembang semasa itu.
Sekarang kita dengan mudah melihat
paparan iklan-iklan untuk pekerjaan yang telah menjadikan bahasa Mandarin yang
fasih sebagai syarat untuk diambil sebagai kakitangan eksekutif dalam banyak
syarikat dan ini merupakan satu kaedah menyekat kemaraan Bumiputra dalam bidang
‘commerce and industry’ tadi. Malahan dalam syarikat-syarikat awam yang
dikuasai oleh kaum Bukan Bumiputra tidak mempunyai eksekutif Bumiputra lagi,
lantaran menggagalkan niat dan ‘ultimate’ kita untuk menyaksikan keseimbangan dalam
pengurusan syarikat dan korporat besar-besar dinegara ini.
Oleh itu elok kita berikan
peringatan kepada Muhamad Taib supaya berfikir secara adil dan saksama jika
beliau benar-benar seorang yang prihatin terhadap kepelbagaian kaum ini. Kata-kata
beliau itu betul tetapi asas bagi beliau untuk memberikan amaran kepada PAS itu
sangat longgar jika beliau memahami apa yang telah terjadi kepada Bumiputra dan
melayu dalam sektor yang saya sentuh ini.
Muhammad Taib patut meminta DAP
memperjuangkan kepelbagaian kaum dalam sektor ini dan jangan setakat meriuh
rendahkan slogan kepelbagaian kaum sahaja sedangkan mereka melelapkan mata
melihat salah satu dari kaum dan yang terbesar dinegara ini dipermainkan
semata-mata kerana pemimpin kerajaan yang Melayu diatas sana telah buta hati
dari melihat bagaimana kaum Melayu dan Bumiputra di persendakan dalam sektor
ini.
Katakan kepada DAP kalau parti
itu benar-benar ‘racial blind’, kenapa mendiamkan diri sahaja dengan kejadian
ini, sedangkan bagi mana-mana pemimpin yang faham politik di negara ini, negara
tidak akan aman tanpa penyertaan seimbang dalam sektor ‘commerce’ dan industri
ini.
Jangan cari kesalahan PAS sahaja
kerana rakan-rakan PAS juga tidak lekang dari kesalahan yang lebih besar lagi.
Tetapi oleh kerana pemimpin Melayu macam Mat Taib itu sentiasa tidur sejak dari
dulu maka apa yang dilakukan oleh setengah pihak kepada Melayu itu tidak di
sedari oleh semua termasuk Mat Taib sendiri.
Perkara ini sekarang tidak ada
siapa yang menyebutnya maka itu menjadi ‘advantageous’ kepada Bukan Bumiputra
kerana mereka tahu semua pemimpin Melayu dan Bumiputra sedang tidur nyenyak
tidak dapat dibangunkan sampai sekarang.
Baru-baru ini Khairy Jamaludin
pernah menyuarakan isu ini, tetapi sekarang isu yang beliau sebut itu telah
mati dan tidak menguit lagi. Apa tindakan susulan terhadap isu yang beliau
bangkitkan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu atau dalam bahasa yang pendeknya
berbunyi ‘wallahualam!’
We are not against Islamic value that's common with other religion/secular value such as racism, corruption, crime rates, helping the poor, etc. Is the Ulama not aware that we are not against values that common with secular value? Why some of us against Hudud? The reason is simple - In PAS, some believe that Ulama has the final say. That mean no compromise or discussion is allowed among everyone. The religious teache has the final say. For instance, the Naming of the MB. If Ulama wing is serious about leaving Pakatan so be it. This will definitely help BN remain in power forever. Let us agree that DAP and PAS can forget about governing Malaysia. Salam
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteApa yg diutarakan oleh Muhamad Taib adalah kpd barisan kepimpinan parti yang dianggotainya untuk kelangsungan perjuangan partinya sendiri. Bukan berniat untuk menidakkan isu yang tuan sebutkan tetapi saya berpendapat isu tersebut elok dilontarkan kepada pimpinan PAS untuk menjayakannya.
I read this article with great interest and enthusiasm. That is why from my humble opinion, I would suggest that Mr Anwar should take a bold step to be a Deputy Chief Minister of Penang to prove to the world that a Malay leader can elevate the standard of living Malay and Indian to greater heights as a genuine showcase for all that we are really equal and racial blind. It is a much better step to look for from unwanted bickering about Selangor MB. Sorry and thanks. Plymouth.
ReplyDeleteIni politik bukan berkelah.Logik nya perebutan kuasa kena banyak strategic.
ReplyDeleteTiap2 pengundi ada hajat dan kemahuan
Depa ni ahli2 politik pergi kemana2 dirai oleh bkn bumi betul2...maka terlena sdgkan kami golongan marhaen terpaksa menahan hati melihat gelagat sebenar mereka yg semakin tamak kuasa dan kekayaan.
ReplyDeleteMat Taib kini sudah selesa dengan kekayaan yang dikautnya semasa dalam UMNO/BN dulu. Keselesaan seperti ini menyebabkn terlupa tentang kedudukan sebenar Melayu/Bumiputera. Yang menjadi minatnya ialah menjatuhkan pihak yang mengecewakannya agar dapat membalas dendam dan sekali gus menyertai semula lapangan penguasaan politik.
ReplyDeleteUntuk apa? Itu kena tanya Mat Taib yang merupakan hartawan megah di Selangor. Sudah banyak kumpul harta, sudah selesa. Apa nak sibuk2 dengan nasib Melayu/Bumiputera?
Setuju dgn artikel ini. DAP Dan PKR sudah menjaga hati Bukan melayu...habis siapa dlm PR nak jaga hati melayu?
ReplyDelete