17 September 2014

Peringatan TGNA tentang dunia dan akhirat kepada UMNO itu salah sasaran

Tok Guru Nik Aziz mempersoalkan kenapa Sarawak dapat royalti minyak, Sabah pun dapat. Begitu juga Terengganu. Kenapa Kelantan ada JPP (Jabatan Penyelaras Persekutuan) sedangkan rakyat Kelantan ada kerajaannya. Kenapa JPP wujud untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan. Jika royalti minyak diberikan mengikut perjanjian dahulu, orang Kelantan tidak payah diberikan wang ehsan.

Perjanjian pada 1975 dahulu jelas Kelantan mempunyai hak sebanyak 5 peratus dari hasil jualan minyak yang keluar dalam perairan Kelantan berdasarkan kepada harga F.O.B sebanyak dua kali setahun, setiap awal bulan Mac dan bulan Septembar secara tunai. Wang royalti itu sepatutnya dibayar kepada kerajaan pilihan rakyat Kelantan.

TGNA berkata tindakan Kerajaan Pusat itu tidak berkat dan berdosa di dunia dan akhirat. Kata-kata Nik Aziz ini betul dan benar, tetapi salahnya beliau mencari sasaran yang salah dalam menyebut dunia dan akhirat tadi. Mana UMNO faham apa yang TGNA cakap itu. Mana UMNO berfikir tentang dunia dan akhirat ini?

Bagi UMNO dunia pun tidak ada, akhirat pun tidak ada. Bagi mereka ‘at all costs’ kuasa mesti dipertahankan, tanpa mengira hal moral dan agamanya, maka manakan mereka sensitif jika TGNA menyebut tentang dunia dan akhirat itu?

Mereka tahu yang mereka (Kerajaan Persekutuan) mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi janji-janji itu tetapi mereka sengaja tidak mahu memenuhi tuntutan itu kerana rakyat Kelantan memberikan sokongan kepada PAS. Dalam perjanjian itu tidak disebut samada pembayaran royalti itu hanya kepada kerajaan yang dikuasai oleh UMNO.

Satu lagi perkara yang rakyat perlu tahu semua negeri-negeri dalam Persekutuan kita ini mempunyai perjanjian yang sama walaupun negeri-negeri tersebut belum menghasilkan minyak. Perjanjian yang sama ditandatangani diantara Petronas dengan Negeri Selangor, Negri Sembilan, Johor dan lain-lain negeri dalam Persekutuan ini.

Perjanjian itu bukan setakat diperairan negeri-negeri tetapi ia juga termasuk minyak yang dijumpai di daratan. Maknanya jika suatu hari nanti terjumpa minyak di Bahau misalnya, Petronas wajib membayar royalti itu kepada kerajaan Negeri Sembilan kerana perjanjian itu sudah tersedia ditandatangani dengan semua negeri pada tahun 1975 yang lalu.

Tetapi Kerajaan Pusat memilih untuk tidak mahu memenuhi tuntutan oleh Negeri Kelantan kerana negeri itu adalah negeri yang dikuasai oleh PAS.

Oleh yang demikian kata-kata TGNA itu betul dan benar, tetapi mereka di Putrajaya itu ambil pedulikah tentang dunia dan akhirat ini? Jawabnya tidak!!

Justeru TGNA hanya membuang tenaga menyebut perkara yang tidak mahu difahami atau dipedulikan oleh Putrajaya. Putrajaya hanya perlukan kuasa dan menggunakan kuasa itu dengan sewenang-wenangnya.

Saya percaya pemimpin-pemimpin Persekutuan di Putrajaya tidak tersentuh pun hati dan jiwa mereka apabila TGNA menyebut tentang pembalasan di akhirat itu. TGNA hanya membuang tenaga dan masa secara percuma sahaja menyebut isu dunia akhirat itu. kepada Putrajaya.

Mereka tidak tahu apa yang akan dihadapi diakhirat nanti kerana mereka belum sampai lagi ke akhirat. Apabila sudah sampai nanti baru lah mereka tahu. Pendeknya semua akan tahu tentang dunia akhirat ini.

Perbezaannya hanyalah setengahnya tahu tentang dunia akhirat ini sebelum mati, setengah yang lain hanya tahu adanya akhirat ini setelah mati.

13 comments:

  1. Salam tuan,
    Mungkin juga mereka itu tahu akan hal dunia dan akhirat, tapi tak sama dengan apa yang kita ini tahu. Hal di dunia mereka boleh lolos dan di akhirat nanti mereka fikir tentu boleh lolos juga. 'Bukankah tuhan itu maha pengampun?' itulah yang tersemat kukuh dalam minda mereka.

    ReplyDelete
  2. Pak Aspan,

    Sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).
    Al Israa’: 41

    Sabda Rasulullah SAW:

    "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat."

    ReplyDelete

  3. Mungkin penyokong PAS lebih mengenal akhirat, kerana mereka berangapan ,syurg telah dijamin untuk mereka.

    Kobou Den menguak .tanda tak setuju.

    ReplyDelete
  4. silap tu bro, TGNA telah menjalankan amar makruf nahi mungkar. TGNA memberi nasihat/teguran bukan sia-sia, beliau telah menjalankan tugasnya. soal mereka nak terima atau tidak terserah kepada Allah, kerana Allah jualah yang memberi pertunjuk dan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya mengikut peraturan dan undang2Nya.

    ReplyDelete
  5. Dalam politik lidah mesti berbelit. Jika tidak berbelit, pengaruh dan sokongan rakyat tidak dapat di kekalkan. Itu cara Pas dulu. TGNA boleh membodohkan penyokong / pengundi dengan ceramah agama sehingga beliau menjanjikan syurga kepada pengundi2 Pas ! Mengikut pandangan sdr AA, boleh ke manusia menjanjikan syurga ? Jika faham dunia dan akhirat, maka fatwa TGNA ini tidak berlawanan dengan hukum Islam. Semua pun tahu kecuali yang taksub.

    Jika Putrajaya tidak melayan cara terus, itu lah terbaik supaya riak dan toghut Pas akan menjadikan dosa itu lebih besar. Pembangunan tetap di berikan melalui saluran terkawal supaya rakyat tidak di mangsakan berterusan. Tidak di nafikan juga strategi politik. Apa-apa pun semua ini bukan kebenaran untuk Pas kerana cengkam pengaruh ulama-ulama Pas begitu berbisa sehingga kini. Kesian, atas dasar politik, Allah itu satu 'mainan'. Nauzubillah min zalik. Maka sebab itu kemelut di Timur Tengah amat mudah di rencanakan tangan-tangan ghaib...

    Sekarang sudah wujud puak(balasan Tuhan) di mana wujud nya kepentingan duniawi Pas - kelompok anwarinas yang secara terangan atau halus menyanggah MSU Pas. Termasuk sebahagian Pemuda / muslimat Pas.

    Jika kita selalu melakukan kejahatan dan kemungkaran dalam hidup, setidak-tidak nya dalam usia kita, Allah tetap akan perturunkan balasan dan ujian, terus atau terlindung, supaya mengambil hikmah untuk bertaubat. Malang nya manusia itu tidak pernah bersyukur sehingga lah nyawa menghampiri kerongkong.. waktu yang sudah tiada nilai di mana azab besar sudah pasti menanti...

    Jika TGNA itu selari Islam benar, tutur kata yang keluar dari mulut nya bagai emas, pasti nya Putrajaya itu selesa bersama beliau. Umpama MB Kelantan sekarang yang pada mula nya, berbeza politik tetapi satu keperluan dunia akhirat dengan Islam Putrajaya, urusan beliau menjadi mudah. Malang jua, masih ada sebahagian yang mendabik bahawa mereka lebih Islamik dari Islam kebanyakkan, menghalang tujuan murni, konon nya, mereka lebih tawadduk dan suci yang wajib di patuhi. Hakikat nya manusia itu penuh dengan angan-angan...
    Ada kah sama orang2 beriman berbanding fasik ?

    Jika royalti minyak di beri terus, apa kah kelebihan nya ? Terengganu satu masa di bawah Pas, apa yang berlaku ? Semua salah laku cuba di nafikan seada nya... dan tuding kepada orang lain. Dalam politik Pas hanya Umno sahaja musuh dunia akhirat Pas ! Tidak ada yang lebih jahat selain dari memakan daging saudara sendiri...

    Sesungguh nya nafsu manusia itu menjadi lebih buas apabila di berikan segala-gala nya... kesyukuran bukan lagi satu nikmat lempah kurnia Allah. Mereka mendabik, sesungguh nya itu semua usaha jerih mereka !

    Maka yang zuhud itu sebenar nya hanya zahir di dunia dan akhirat nya yang paling utama. Mampu kah kita yang sentiasa dalam dosa, mengejar keindahan duniawi? Vellfire menjadi idaman ? Rumah agam tersergam ? Kenalan semua YB, vip, vvip dan para Sultan ? Nama sendiri mesti di agongkan ?

    Mungkin atau tidak Pas begitu ? Berbohong besar lah jika jawapan nya hanya tidak dan mengabui seperti amalan biasa nya...

    ReplyDelete
  6. Pak Aspan;

    Sabah dan Sarawak adalah Negeri Negeri BN/UMNO...Jika PAS masuk BN, tentunya dapat, percayalah...

    Orang UMNO mana takut pada akhirat.Jika mereka benar benar takut maka tentu mereka akan tadbir Negara in dengan baik dan jujur...Tentunya tidak ada KORUPSI dan KRONISMA...HANYA ORANG YANG BERAGAMA SAJA TAKUT PADA AKHIRAT...

    ReplyDelete
  7. Salam tuan Aspan,
    pada pandangan saya itu lah sebab nya Allah swt mengadakan neraka, kalau semua orang baik baik belaka kosong lah pula neraka tu,mohon maaf jika komen ini bersifat provokasi

    ReplyDelete
  8. Tuan. Banyakkan lagi crita semacam ni. menarik dan mendorong pembaca berfikir. Dan komen-komen diberi dapat menambah lagi asam garam cerita tuan itu. memang syok dibaca....

    ReplyDelete
  9. maae....

    TGNA tidak pernah menjanjikan syurga…mesej beliau sebenarnya umpama jika anda berada di New York , anda terjumpa restoran China, Vietnam , Bali dan Kelantan sahaja . Maka sbg orang Islam , anda akan menempah neraka jika memilih makan di restoran selain dari restoran Kelantan . TGNA hanya menyampaikan rasa dukacitanya jika ada orang Islam yg memilih selain dari PAS , kerana PAS dgn jelas menetapkan perlembagaannya ialah AlQuran dan Hadis iaitu selari dgn pegangan seorang muslim . Berdepan dgn realiti semasa , PAS memilih bekerjasama dgn beberapa parti lain spt yg diputuskan oleh majlis tertinggi mereka .
    Maae…anda memilih utk berprasangka buruk & memburuk2kan ulama2 PAS….yg hidup mereka yg sangat sederhana itu . Kalau MB Kelantan skrg mampu memujuk krjn pusat bayar duit royalty minyak , masa itulah anda buleh mula bandingkan Ahmad Yaakob dgn TGNA . Kalau tidak jgn buang masa dgn pembandingan2 dangkal tersebut . Pemberian royalty minyak adalah berkait “ dgn. memenuhi janji “ , jika anda tidak faham apa maksud memenuhi janji , maka anda memang bermasalah ! Terimakasih .

    ReplyDelete
  10. Maae,

    Bila mati nanti elok diletakkan sekali sijil keahlian AMNO dlm keranda supaya munkar dan nakir tidak tersilap soal....
    Bila ada sijil AMNO dlm keranda senang dapat laluan vvip dlm kubur.

    ReplyDelete
  11. maae....

    masa PAS memerintah Terengganu, royalti minyak kene sekat dan ditarik balik sampai BN dapat semula Terengganu baru royalti diserah semula semasa bekas menteri besar DS Ahmad Said... takkan tak tau pasal ni.

    ReplyDelete
  12. Umno treat PAS as enemy of the state period!

    ReplyDelete
  13. Tebing Tinggi...
    Penyokong-penyokong PAS TIDAK PERNAH beranggapan yang syurga telah dijamin untuk mereka. Bagaimanapun, mereka yakin bahawa jalan yang mereka ikuti adalah jalan yang benar dan diredhai Allah. Jika penyokong-penyokong UMNO pun merasakan bahawa jalan yang mereka ikuti adalah jalan yang benar dan diredhai Allah... Silakan. Bukan setakat itu, penganut-penganut agama selain Islam pun menyakini bahawa agama yang mereka ikuti adalah benar dan diterima tuhan. Setakat fahaman politik apalah sangat!

    ReplyDelete