Perhimpunan Agung UMNO yng baru
sahaja selesai Sabtu lalu, walaupun tiada apa yang ‘significance’ berlaku, ia
juga membawa satu paparan yang jelas tentang ketakutan UMNO akan jatuh dan
tersungkur dihadapan mata rakyat yang kini sedang dalam kemarahan dan kritikal
terhadap parti itu.
Timbalan Presidennya dengan
ringkas merumuskan yang UMNO perlu berubah jika tidak mahu diubah. Beliau telah
memasukan isu ini sebagai inti parti dalam ucapan perasmian tiga sayap parti itu
Selasa lepas.
Elok juga kita tanya setidak-tidaknya
dua soalan penting dalam usaha untuk berubah ini. Pertamanya apa yang hendak
diubah dahulu, kerana UMNO perlu melakukan perubahan dalam terlalu banyak
perkara. Kesemua perkara yang perlu diubah itu semuanya dalam keadaan tenat
sehinggakan UMNO sudah tidak tentu rupanya lagi dan parti itu sedang berada
dalam keadaan ‘brain-death’, hanya tubuh sahaja yang nampak besar tetapi tidak
berfungsi lagi.
UMNO bagi setengah orang sedang
bergantung kepada ‘life-support’ ia itu kuasa dan jentera kerajaan yang kian
hari kian lemah dan tidak diyakini lagi oleh rakyat yang ramai dibawah-bawah
ini. Apabila ‘life-support’ itu sudah tidak berguna lagi atau dicabut dari
tubuh UMNO itu UMNO akan mati dan akan tinggal nama sahaja. Itu lah kemungkinan
maksud Muhyiddin itu.
Tetapi persoalan terhadap
Muhyiddin ialah, mahukan Muhyiddin sendiri menjadi agen kepada perubahan itu?
Bagaimana jika salah satu dari perkara yang perlu dilakukan ialah Muhyidn
sendiri yang perlu melakukannya waimma jika beliau sendiri terpaksa berhenti
dan bersara bagi meninggalkan jasa beliau kepada UMNO. Berkorban untuk parti
bukan sahaja kekal dengan jawatan, tetapi bersara dan meninggalkan jawatan dan
tanggungjawab juga adalah pengorbanan yang besar.
Najib sudah pasti tidak mahu
berundur dan jika boleh beliau mahu memerintah negara ini selama 22 tahun
sekurang-kurangnya. Masalah UMNO itu bukan masalah ahli-ahlinya. Masalah UMNO
ialah masalah pemimpin-pemimpin mereka termasuk ‘warlords’ yang disebut oleh
Muhyiddin itu.
Ahli-ahli UMNO seperti biasa
adalah pengikut tegar yang tidak tahu pun apa masalah yang dihadapan mereka.
Ahli-ahli biasa UMNO itu hanyalah diperguna oleh pemimpin mereka untuk
memberikan dokongan kuat dan selalunya untuk mendapatkan representasi untuk
menampakkan sokongan itu ialah melalui perhimpunan parti itu sekali setahun.
Perhimpunan yang baru selesai Sabtu lepas boleh memperlihatkan mentaliti dan
nilai perwakilan yang datang yang berjumlah beribu-ribu orang itu.
Perhimpunan itu adalah premis
untuk memperlihatkan yang UMNO itu adalah parti yang kuat dan bersatu. Tetapi
hakikatnya ahli-ahli parti itu hanya bersatu dengan teguh ialah semasa
menyanyikan lagu UMNO itu sahaja. Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, itulah
cogan kata lagu yang dinyanyikan oleh semua perwakilan dalam perhimpunan itu.
Selepas sahaja mereka menyanyikan lagu itu, mereka tidak menampakkan bersatu dan bersetia, lebih jauh lagi untuk berkhidmat.
Mereka, terutamanya
pemimpin-pemimpinnya betul-betul bersatu tetapi bersatu untuk menambah kekuasaan
kepada segelintir ahli-ahli UMNO dan orang Melayu. Mereka setia dengan pemimpin
mereka yang rasuah dan menguruskan negara dengan ketirisan yang amat besar
sehinggakan kantung kerajaan semakin menurun malahan ramai yang berpendapat
kerajaan kita sedang dalam keadaan kering kontang. Mereka tidak ada lagi
khidmat kepada ahli-ahlinya jauh sekali untuk berkhidmat dengan jujur terhadap
rakyat keseluruhannya.
UMNO itu sudah bertukar menjadi
kelab untuk elitis dan bukannya untuk ahli-ahli dan orang ramai yang berbilang
kaum ini. Rakyat tidak boleh menyalahkan UMNO kerana tidak mahu berkhidmat
untuk rakyat, kerana parti itu telah menganak tirikan ahli-ahlinya sendiri,
masakan parti itu ada waktu dan kemampuan untuk memberikan fokus kepada rakyat
yang ramai.
Pimpinan elitis UMNO mempunyai
dokongan dari segelintir ‘industrialists’ dan peniaga-peniaga besar. Mereka
lebih cenderung untuk bersama dengan elitis dan kumpulan ‘industrialists’ ini
kerana pimpinan kita akan lebih menerima untung dan laba yang besar.
Mereka beranggapan rakyat yang
ramai ini adalah kumpulan yang banyak masalah dan mereka rimas dengan tindakan
ramai yang membuat kritikan terhadap mereka (pimpinan). Memperjuangkan rakyat
itu dianggap mereka sebagai kerja yang membosankan. Parti ini di kuasai oleh
elitis ini yang sekarang memparmirkan kumpulan mereka sebagai kumpulan yang
mewakili orang Melayu.
“Dah beri BRIM setahun sekali,
apa yang mereka hendak lagi?” mungkin itulah yang terpahat dalam jiwa dan nilai
itulah yang ada dalam diri kepimpinan kita. Tetapi diperingkat zahiriahnya
mereka melaungkan slogan yang besar-besar. Laungan untuk menjadikan negara ini
sebagai negara maju menjelang tahun 2020 dan rakyat negara yang berpendapatan
tinggi. Apa ini semua? Sedangkan rakyat sedang berhadapan dengan kemungkin
menjadi rakyat yang termiskin dengan kos sara hidup yang tidak dapat di
zahirkan oleh rakyat yang ramai.
Sesungguhnya seperti yang
disebutkan diatas tadi, persoalan yang penting itu sekarang ialah apakah yang
hendak diubah itu? Pendeknya yang pelu diubah ialah perubahan persepsi rakyat
terhadap mereka yang memimpin negara. Melaunglah dengan sekuat yang boleh
rakyat tetap dengan persepsi yang pimpinan
UMNO parti ini adalah pemimpin-pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan
itulah lagunya tahun demi tahun dalam perhimpunan agung parti itu.
Mereka hanya pandai menunjukan
otot yang besar dan memberikan ugutan yang bodoh-bodoh terhadap rakyat yang
ramai. Pengekalan akta hasutan oleh Najib itu adalah tindakan membesarkan otot
untuk menakut-nakutkan sesiapa yang cuba mengkritik kerajaan.
Mereka memberikan alasan yang
tindakan itu ialah untuk menurunkan suhu perbezaan kaum dan agama bagi menjamin
keselamatan negara. Mungkin itu sahaja lah alasan yang agak boleh diterima. Itu
sebabnya saya selalu berkata kepada parti-parti diluar BN itu, supaya beragak
sedikit untuk membuat kritikan, kerana mereka mengkritik apa sahaja yang dilakukan
oleh kerajaan dan menganggapnya sebagai rasis. Kita pun hendak melihat
bagaimana Akta Hasutan ini dipergunakan oleh pihak kerajaan dari sekarang.