05 February 2015

Selepas Portugese, Belanda, British,Jepun dan British, kini kita dijajah oleh segelitiran elit negara

Dalam tulisan saya semalam saya telah menyentuh bagaimana pemimpin dahulu menterjemahkan semangat nasionalis mereka terhadap negara dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran dalam bidang ‘corporate take over’ yang diketuai oleh YBM Tengku Razaleigh untuk kepentingan negara. Rakan-rakan yang mahir dalam bidang ini telah menunjukan sikap nasionalis mereka dengan menggunakan kepakaran mereka dan membawa kembali syarikat besar yang dikuasai British yang menggunakan perniagaan mereka di negara ini.

Sebahagian nama-nama yang melaksanakan pengisian kemerdekaan itu telah saya sebut dalam posting saya semalam dan semuanya tidak mendapat dan tidak memilih untuk kepentingan peribadi mereka selain dari kepentingan rakyat dan negara. Hasil dari sikap nasionalis mereka kebanyakan syarikat yang berniaga di negara ini tetapi mempunyai pengkalan di London telah dibawa kembali dengan menggunakan ilmu dan kepakaran mereka untuk menyaksikan rakyat Malaysia menikmati hasil dari perniagaan perladangan dan bijih timah dari Malaysia.

Seperti yang disebutkan semalam hasil dari tindakan ini maka keuntungan dari perladangan yang luas itu tidak mengalir lagi ke London  tetapi kekal di dalam negara ini untuk kepentingan dan rakyat dan negara ini. Semasa penjajahan dahulu, penjajah British telah membawa dan memunggah keuntungan besar ke Britain dan negara itu telah mendapat keuntungan yang banyak sejak ratusan tahun sebelum itu hasil dari kekayaan negara kita ini.

Dalam pengisian kemerdekaan itu, mengambil alih syarikat-syarikat gergasi itu telah mengekalkan dan mengelak dari mengalirnya sumber kewangan negara keluar. Ini telah menambahkan pendapatan negara yang hakiki dan ia memberikan impak besar terhadap pembangunan negara. Kita tidak lagi terjajah dan kita telah menggunakan sumber kekayaan kita untuk membangunkan negara dengan rasa bangga dengan nilai maruah yang tinggi semata-mata untuk negara kita.

Tetapi nilai nasionalisma kita mula luntur pada tahun 1981 dahulu dalam mana budaya baru dalam pimpinan wujud, iaitu pemimpin sudah mula menunjukan sikap berlumba-lumba dengan rakyat untuk mendapatkan kekayaan peribadi. Apabila pemimpin-pemimpin mula berlumba-lumba untuk menjadi kaya-raya dan sentiasa dalam ‘competition’ dengan rakyat pimpinan mereka maka bermulalah situasi dalam mana pemimpin tidak lagi boleh dan berdaya untuk membuat keputusan dengan baik kerana dalam setiap keputusan ia terpaksa menyelitkan kepentingan peribadi mereka.

Berbagai-bagai cara dan kaedah baru dilakukan dalam proses membangunkan negara dalam mana kaedah-kaedah baru dalam pembangunkan itu menyelitkan dan memasukkan unsur-unsur kepentingan peribadi pimpinan dan membuat ‘inventions’ baru dalam pemberian kontrak dan sebagainya diatas nama pembangunan negara.

‘Express projects’ menjadi budaya pembangunan dengan kadar yang raksaksa dengan kaedah runding terus dan sebagainya, dalam mana unsur rasuah dan salah guna kuasa mula terbina dan di lindungi pula dengan menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan berbagai cara lagi untuk mengelak rakyat dari mengetahui apa yang mereka lakukan. Dalam lain-lain perkataan kegiatan rasuah dilindungi oleh OSA sedangkan projek-projek tersebut kebanyakannya adalah projek yang melibatkan rakyat ramai yang berwajib untuk mengetahui apa yang dilakukan terhadap negara dan diri mereka.

Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka seolah-olah dijajah oleh segelintiran elit yang hampir dengan parti pemerintah dan jika difikirkan halus-halusan kita sesungguh sama seperti berada di zaman penjajahan dahulu. Dulu kita dijajah oleh British kini kita semua dijajah oleh segelintiran pemimpin-pemimpin elit negara yang telah mengaut segala laba dan kekayaan negara melalui pemberian projek-projek ‘expresses’ yang banyak dan berulang-ulang kali.

Oleh kerana kita belum lagi maju dalam perindustrian ‘precision’ kita telah meng’import’ ‘capital goods’ yang begitu besar untuk menyiapkan  ‘express projects’ yang kesemuanya raksaksa dan itu merupakan salah satu penyumbang kepada kelemahan ringgit semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dahulu. Kita beriya-iya menyalahkan penyangak matawang antarabangsa yang menyebabkan kejatuhan ringgit Malaysia semasa itu.

Ringgit kita telah mengalir dengan begitu besar dan selain dari itu telah juga dilaporkan di antara tahun 2001 sehingga pengakhir tahun 2009 sebanyak RM1.03 trillion wang negara telah dipindahkan secara haram keluar negara oleh mereka yang hampir dan dekat dengan kuasa.

Dalam pada itu pimpinan yang sama yang beretorik dan bercakap dengan lantang yang mereka adalah penyelamat bangsa dan negara sedangkan mereka tidak menyumbang dalam pengisian kemerdekaan malah merobohkan semangat kemerdekaan negara dengan membiarkan sejumlah lebih dari satu trillion wang negara dipindahkan secara haram keluar negara.

Itu sebabnya sudah ramai rakyat yang sudah mula membezakan pimpinan terdahulu dengan pimpinan sejak 30 tahun dahulu. Jika dahulu pimpinan kita berusaha membawa kembali syarikat-syarikat besar dari London ke negara kita untuk menyekat pengaliran wang negara ke negara penjajah kita itu, sekarang penjajah yang baru iaitu bangsa dan pimpinan kita sendiri pula yang membawa wang-wang ringgit kita keluar negara dalam jumlah yang amat besar.

Tentulah rakyat merasakan kesedihan dengan perasaan marah apabila mereka sedar yang mereka telah bebas dari penjajahan British tetapi berpindah pula kepada penjajahan yang dilakukan oleh pimpinan mereka sendiri.

Pendeknya kita dijajah oleh Portugese dan selepas itu dijajah oleh Belanda dan selepas itu dijajah oleh British dan Jepun. Selepas penjajahan Jepun kita kembali dijajah oleh British. Selepas kita terlepas dari penjajahan British kini kita dijajah pula oleh bangsa dan kaum kita sendiri setalah mendapat nikmat kemerdekaan sementara sehingga awal tahun lapan puluhan dahulu.

Kini kita masih terjajah. Kali ini kita dijajah oleh segelintiran elit yang berkeliaran di sekeliling pucuk pimpinan dan kuasa dalam negara kita. Upah membenarkan kita dijajah, ketua keluarga dalam negara kita yang berpendapatan bawah dari RM3000 diberikan BRIM sebanyak RM900 setahun.

Maka beraturlah rakyat dalam cuasa panas untuk mendapatkan BRIM sebagai upah mereka merelakan diri mereka dijajah oleh pimpinan mereka sendiri.

5 comments:

  1. Pendatang asing juga punca pengaliran wang kita keluar negara

    ReplyDelete
  2. Tahun 1981 adalah satu tarikh malang bagi rakyat malaysia. Rakyat malaysia telah disuap candu berjenama "Bersih Cekap Amanah".."Kepimpinan Melalui Teladan" dll.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan.

    Saya pernah memberikan komen yang menyentuh isu ini kira-kira setahun yang lalu, persisnya pengurusan dan pentadbiran negara dibawah penjajahan British lebih baik dari pasca merdeka, terutama sekali dalam ehwal ekonomi, pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Saya rasa saudara masih lagi ingat pada komen tersebut. Jika penjajah pra-merdeka dulu telah merembat sekitar 30% hasil kekayaan komoditi negara, tetapi kini terutamanya mulai tahun 1981 penjajah dari golongan oportunis UMNO itu sendiri telah merembat dengan peratusan yang lebih besar lagi. Akibatnya kehidupan rakyat bertambah sengsara.

    Ibarat nira kelapa yang enak lagi halal untuk diminum, selepas beberapa waktu akan bertukar menjadi todi yang memabukkan jika diminum haram hukumnya untuk satu sela waktu dan akhirnya akan bertukar pula menjadi cuka yang masam walaupun halal, tetapi siapakah yang mampu untuk meminum cuka tersebut sebagaimana meminum nira kelapa? Begitulah jika hendak diumpamakan dengan UMNO yang amat molek segalanya pada fasa permulaan, diikuti dengan keadaan kemabukan menyebabkan UMNO diistiharkan haram oleh mahkamah masih mabuk menggila sehingga ketika ini dan, saya yakin tidak lama lagi masanya akan tiba UMNO hanyalah sebagai bahan perisa masam sahaja dalam arena politik negara ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan.

    Saya pernah memberikan komen yang menyentuh isu ini kira-kira setahun yang lalu, persisnya pengurusan dan pentadbiran negara dibawah penjajahan British lebih baik dari pasca merdeka, terutama sekali dalam ehwal ekonomi, pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Saya rasa saudara masih lagi ingat pada komen tersebut. Jika penjajah pra-merdeka dulu telah merembat sekitar 30% hasil kekayaan komoditi negara, tetapi kini terutamanya mulai tahun 1981 penjajah dari golongan oportunis UMNO itu sendiri telah merembat dengan peratusan yang lebih besar lagi. Akibatnya kehidupan rakyat bertambah sengsara.

    Ibarat nira kelapa yang enak lagi halal untuk diminum, selepas beberapa waktu akan bertukar menjadi todi yang memabukkan jika diminum haram hukumnya untuk satu sela waktu dan akhirnya akan bertukar pula menjadi cuka yang masam walaupun halal, tetapi siapakah yang mampu untuk meminum cuka tersebut sebagaimana meminum nira kelapa? Begitulah jika hendak diumpamakan dengan UMNO yang amat molek segalanya pada fasa permulaan, diikuti dengan keadaan kemabukan menyebabkan UMNO diistiharkan haram oleh mahkamah masih mabuk menggila sehingga ketika ini dan, saya yakin tidak lama lagi masanya akan tiba UMNO hanyalah sebagai bahan perisa masam sahaja dalam arena politik negara ini.


    ReplyDelete
  5. insyaallah,cerita2 ini akan sy jadikan pegangan sekiranya diberi kuasa & akan dijadikan cerita teladan pd anak cucu nanti.

    ReplyDelete