06 February 2015

TELCO GERGASI TIDAK ADIL KEPADA RAKYAT.....di mana dan siapa yang bersalah?


Malaysia seperti juga kebanyakan negara lain yang sedang meningkat maju, juga sedang menghadapi fenomena kebanjiran pekerja-pekerja asing. Hanya perbezaannya dengan sesetengah negara lain, kita dibanjiri oleh jutaan 'unskilled labours' yang bekerja dalam sektor perladangan, sebagai pembantu rumah dan pelbagai lagi bidang yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan ini tidak menambah nilai kepada tenaga kerja negara kita, malah ia lebih mendatangkan masalah sosial yang besar kepada negara kita.

Di antara rakyat asing yang teramai membanjiri negara kita ialah dari Bangladesh dan jumlahnya ialah dalam jutaan dan kesemuanya adalah pekerja tidak mahir. Inilah perbezaan di antara negara Singapura dengan negara kita misalnya. Singapura menjadi negara idaman bagi pekerja mahir dan profesional sedangkan negara kita mengimport jutaan mereka yang tidak mahir kerana mereka mendapat banyak keistimewaan dan kemudahan di negara ini.

Di sebaliknya ramai di antara tenaga kerja mahir negara kita sedang berhijrah keluar negara bagi mendapatkan pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik dari negara kita. Malahan ramai yang tidak lagi merasa canggung untuk menjadi rakyat negara lain dan bertindak meninggalkan negara ini buat selamanya.

Mengikut perangkaan seramai lebih dari enam juta rakyat asing membanjiri negara ini tetapi hanya sejumlah lebih dari dua juta yang berada di sini secara halal. Di katakan seramai hampir dua juta rakyat asing dari Bangladesh berada di negara ini dan menikmati hidup yang jauh lebih baik dari berada di negara asal mereka.

Malahan dalam beberapa hal mereka lebih istimewa dari rakyat tempatan kita. Selain dari mendapat perlindungan keselamatan yang mereka mendapat keistimewaan yang tidak diperolehi oleh rakyat tempatan. Yang hendak saya sentuh ialah isu yang melibatkan orang ramai dan rakyat biasa yang agak tersinggung dengan keistimewaan yang diperolehi oleh warga Bangladesh ini di atas keresahan rakyat tempatan.

Di antara banyak isu yang boleh disebut, saya memilih untuk menyentuh tentang ketidak adilan terhadap rakyat tempatan dalam kos membuat panggilan telefon (mobile) tempatan yang ditanggung oleh pengguna rakyat tempatan berbanding dengan kos panggilan antara bangsa (IDD) rakyat Bangladesh kepada negara mereka. Kadar kos panggilan tempatan jauh lebih tinggi dari seorang rakyat Bangladesh memanggil keluarganya di Dhaka dan ini menghairankan pengguna tempatan.



Saya ingin membawa isu ini ketengah dan berharap pihak (Malaysian Communications and Multimedia Commission) MCMC akan meneliti isu ini dengan serius kerana ia melibatkan seluruh rakyat negara ini. Pihak berwajib seperti MCMC disaran mengambil perhatian serius bagaimana setengah syarikat Telco negara ini mampu memberikan perkhidmatan yang murah keterlaluan.

Apakah keadaan sebenarnya disebalik berlakunya perkara dan isu ini? 
Adakah rakyat Bangladesh ini mendapat perkhidmatan yang murah dengan 'cross subsidy' yang diberikan oleh pengguna tempatan yang membayar harga yang tinggi itu?

Isu ini penting dan wajar mendapat perhatian pihak yang berwajib. Jika MCMC tidak memberikan apa-apa tindakan maka Kementerian Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (KKMM) berwajib mengambil tahu kerana sesebuah kementerian itu diketuai oleh seorang penggubal undang-undang (Menteri) dalam dalam KKMM ini. Menterinya ialah Ahmad Shabery Cheek. 

Isu ini bukannya isu yang kecil kerana tidak ada rakyat yang tidak terlibat dalam isu ini. Semua rakyat mempunyai telefon bimbit dan mereka adalah di antara rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Bagi mereka yang membayar kos panggilan yang berlipat kali ganda lebih tinggi dari seorang rakyat Bangladesh memanggil negaranya amat tidak adil dan dalam isu ini MCMC dan KKMM wajar mengambil isu ini dengan serius.

Mengikut Contohnya:-
RM0.06sen/minit panggilan dari Malaysia ke Bangladesh berbanding dengan RM0.36sen/minit panggilan domestik di antara rakyat Malaysia

Blog ini akan memberikan ulasan lanjutan tentang harga dan perbandingan-perbandingan di antara kos yang ditanggung oleh pengguna tempatan dan panggilan IDD rakyat Bangladesh ini serta kos panggilan-panggilan tempatan di antara syarikat-syarikat Telco yang ada di negara ini dalam posting saya yang seterusnya (mungkin hari Isnin). Kalau diteliti contoh di atas, perbezaan di antara kos panggilan tempatan dan panggilan IDD ke Bangladesh adalah tidak munasabah.



Kepada YB Ahmad Shabery Cheek, isu ini jangan diabaikan kerana wajar mendahulukan rakyat seperti yang dislogankan oleh pemimpin-pemimpin negara.

9 comments:

  1. kiTA BOIKOT JE,AKU PUN DAH LAMA PERASAN,SEBAB SYARIKAT TELCO NI DAH PUAS DENGAN RAKYAT MALAYSIA,DAH KAUT BANYAK UNTUNG,SEKARANG BAGI LEBIH KEMUDAHAN PADA IMIGRAN INDON,BANGLA DAN MACAM-MACAM...AKU PUN DAH JEMU DENGAN SYARIKAT TELEKOMINIKASI NI,DAH NAIK LEMAK..

    ReplyDelete
  2. nak pinjam kata seoarang tu.... dah ketentuan Allah ..terima jer la.

    ReplyDelete

  3. This issue is real issue that faces the ordinary public sir. It touches everyone's soul and i hope everyone will come to support this issue to be brought to the fore

    ReplyDelete
  4. Siapa sebenarnya rakyat malaysia ni.

    ReplyDelete
  5. Kalau berfikiran objektif tanpa emosi akan nampak sebab kenapa kadar yg lebih murah tsb. iaitu jangkamasa setiap kali panggilan yg dibuat mereka adalah lama. It is just purely marketing strategy to increase profit.

    ReplyDelete
  6. kenapa telco disalahkan? sebut dala tajuk, tapi tak de penerangan pon.

    ReplyDelete
  7. Telco calculated based on volume in arriving at the rate Of charging .Now we can imagine how many illegal bangladeshi in Malaysia even to the extent Of obtaining very low rates at the expense of legal citizen .

    ReplyDelete

  8. I personally will send letter to Shabri Cik and request for an answer as why this happens.

    It's sickening news to me.

    ReplyDelete

  9. I think the authorities do not know what's happening.

    Aspan Alias, it's dutiful on yr part to disseminate this issue country-wide .

    ReplyDelete