06 August 2013

Dakwat kekal: boleh diguna di Hari Raya juga, bukan semasa PRU saja

Posting kali ini adalah posting yang relaks dan tidak tertumpu kpada isu serius seperti politik dan keselamatan negara yang terancam dengan siri pembunuhan bersenjata yang berlaku 9 hari berturut-turut itu. Kita sedang berada di ambang Hari Raya Aidilfitri yang sangat ditunggu-tunggu setelah sebulan beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun hijrah 1434 ini.

Saya terjumpa seorang yang baru keluar dari bank untuk mengeluarkan wang kertas satu ringgit (RM1) yang agak banyak juga. Wang kertas seringgit itu tentulah untuk dijadikan sebagai wang untuk diberikan kepada kanak-kanak yang sangat bergembira di hari raya ini. Dia berkata yang dia ada ramai anak-anak saudara dan kanak-kanak kampungnya selalu akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan duit raya semata-mata.

Seperti juga kita semua, ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan wang raya ini tentulah berasa gembira melihat anak-anak kecil bersukaria apabila mendapat duit raya seringgit dua dari kita. Saya bertanya kepadanya bagaimana kalau yang ramai-ramai itu datang berulang kali kerana tentu dia tidak akan dapat tahu siapa yang sudah menerima dan belum menerima duit raya dia itu?

Kawan saya itu berjenaka, “Itulah, saya ingat saya hendak pergi ke SPR sahaja untuk mendapatkan dakwat kekal dari Suruhanjaya itu,” Bila saya tanya apa kena mengena dengan dakwat kekal dengan duit raya itu dia menjawab, “Ialah…apabila anak-anak saudara atau kanak-kanak kampung datang menerima duit raya, kita suruh dia celup jari telunjuk mereka ke dalam dakwat kekal tu supaya kita dapat mengenali siapa yang sudah menerima duit raya dan siapa yang belum menerimanya!” jawapannya ini amat menggelikan hati saya mendengarnya.

Rupa-rupanya dakwat kekal ini bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada hari Raya Puasa juga. Kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa daripada mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya. Kalau tidak berpuas hati penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya gunakanlah semasa Hari Raya. Kepada pemimpin UMNO pula, dakwat ini boleh digunakan untuk memastikan penyokong yang ramai-ramai itu tidak meminta duit raya berulang kali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, dan pada sesiapa yang ramai anak-anak saudara dan cucu saudara itu jangan lupa untuk membawa balik kampung bersama dengan dakwat kekal.

6 comments:

Anonymous said...

Ok jgk tu.hehehe.
Tapi kesian kat budak2,kalau pegi satu rumah kene celup 1 jari,so kalau dah pergi 10 rumah,penuh jari kat tgn kene celup,so utk next punye 10 rumah terpakse celup jari kaki plak.
Kalau dah cukup 20 rumah,x tau la nak celup kat mane dah nanti.
Mule2 ingatkan nak ckp yang dakwat kekal bleh gune utk pewarne biskut raye,but anyway this is even better,dakwat kekal utk yg dah terime duit raye.hehehe.good one.

Anonymous said...

Bagus juga idea ni..gunakan dakwat kekal untuk memastikan budak budak tak mintak berulang kali.Bernas idea ni sepatutnya sipemberi idea diberi hadiah nobel kot.

Ibni Ismail said...


Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat tuan sekeluarga. Semoga tuan sekeluarga sentiada berada didalam rahmat Allah SWT.

Maaf saya pohon sekiranya terdapat 'perbualan' saya yang menyakitkan hati tuan.

Selepas tarawih ini saya akan bergerak balik kampung di Batu Pahat..

Kampong man said...

Bro Aspan dan rakan semua,

Assalammualaikum. Bahasa ditulis/diucap adakala berbisa, janji dilafaz tidak semua dikota,Tugasan dilaksana ada yang tak sempurna, Dalam perbahasan ada terguris jiwa, Dalam bersenda- loka ada yang terluka. DEMIKIANLAH INSAN BERNAMA MANUSIA.

Mohon ampun dan maaf atas segalanya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir Batin ikhlas dari : Kampong man & Family.

Anonymous said...

Beberapa siri tulisan ini tak dapat saya baca sebab sibuk berniaga waktu siang dan sibuk beribadat diwaktu malam. Cuma hari ini saya berihat 7/8/13 dan ini masanya saya melepaskan kerinduan saya pada blok yang saya kagum dan minati ini.Disamping menunggu tibanya Aidil Azhar, blok ini berjenaka sehingga saya ketawa terbahak depan computer.saya seronok membacanya.
Di kesempatan ini saya mohon maaf untuk setiap goresan di hati pembaca yang baca komen dari saya. Yalah saya pun manusia macam tuan-tuan juga dan hanya manusialah yang dapat menggores hati sesama manusia.

Orang padang besar

Anonymous said...

ye betul, hadiah nobel itu dianugerahkan dpd ambiga (yg mendesak spr guna dakwat kekal).