11 August 2013

'The awakening': Peluang mentelaah sejarah pimpinan UMNO (preamble)

Perihal ‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang diterbitkan oleh professor James UH Chin dan Bridget Welsh itu sudah mula membawa bahangnya dengan begitu ramai yang memberikan komen negatif terhadap Abdullah. Ia menjadi panas kerana buku itu dikeluarkan serta diterbitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang sangat besar akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Ramai berpendapat penerbitan buku ini merupakan satu sau isu politik dalaman UMNO kerana ia dilancarkan semasa perhimpunan agung UMNO semakin hampir.

Sesungguhnya kita wajar mengetahui kenyataan yang buku ini bukanlah buku tulisan Abdullah Badawi tetapi buku yang diterbitkan oleh dua orang ahli akademik dan Abdullah hanyalah menjawab persoalan yang timbul semasa temu bual diantara editor penerbitan ini dengan Abdullah Badawi sahaja.

Tetapi isunya bukan siapa yang menulis dan hal siapa yang ditulis dalam buku itu. Isunya sekarang apa yang disebut oleh Abdullah dalam temubual yang di selitkan didalam buku tersebut. Dalam temubual itu Abdullah telah memberikan pandangan peribadi beliau tentang apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap beliau (Abdullah). Abdullah hanya menjawab bagaimana beliau dibenci dan tidak disukai oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sebagai pengganti kepada Dr Mahathir yang telah ‘meraja’ selama 22 tahun di negara kita ini.

Yang sangat menarik, Abdullah telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan terhadap beliau dan memberikan pandangan beliau dengan nyata dan jelas tanpa ada halangan. Jika ada pihak yang menggunakan isu ini sebagai bahan perbahasan dalam menghadapi perhimpunan agung UMNO nanti, itu bukan hal bagi saya dan yang ‘sebalok’ dengan pandangan saya. Biarlah UMNO atau perwakilannya membahaskannya.

Bagi saya, yang penting ialah isu sebenar yang menjadikan pertelingkahan diantara Dr Mahathir dan Abdullah yang sangat serius seolah-olah dua orang pemimpin yang telah berputus arang sekarang ini. Bagaimana berpatah arang itu berlaku perlu diketahui umum kerana ia melibatkan ego dari satu pihak dan maruah bagi satu pihak yang lagi satu.
 
Mahathir kesal kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya sebagaimana Tun Hussein Onn yang kesal memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau. Saya lebih berminat untuk memberikan olahan terhadap bagaimana Dr Mahathir begitu berkesan menjadi Timbalan lantikan Hussein Onn dan menyebabkan Hussein Onn terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO hasil dari ‘insubordination’ Dr Mahathir sendiri.

Yang lebih menarik lagi bagaimana setelah berjaya menurunkan Hussein Onn, Dr Mahathir telah berjaya menurunkan pengganti beliau sendiri, iaitu Abdullah Badawi setelah beliau meletakkan Abdullah sebagai penggantinya. Pendeknya Dr Mahathir dalam sejarah politik beliau hanya pandai menjatuhkan pemimpin termasuk yang telah memilih beliau dan yang menjadikan beliau sebagai pemimpin besar negara.

Perkara ini perlu difahami untuk mengetahui bagaimana Dr Mahathir berupaya dan berkesanggupan menjatuhkan pemimpin pilihan beliau sendiri. Tentunya Dr Mahathir mempunyai ‘kemahiran’ luar biasa kerana berjaya menjatuhkan orang yang menaikkan beliau dan menurunkan orang yang menjadi pilihan beliau sendiri. Itu sebabnya saya pernah memberikan anologi yang Dr Mahathir ini adalah seperti kelendan lori, boleh menaikkan barang kedalam lori dan menurunkan barangan yang dinaikkan oleh beliau apabila sampai ketempat dan waktu pilihan beliau.

Dalam masa beliau berkuasa beliau tidak mempunyai selera dan kemahuan untuk membina kepimpinan negara kerana beliau lebih tertumpu kepada memelihara kedudukan dan kemudahan beliau sendiri diatas ‘penyeksaan’ pihak yang lain. Beliau berbeza dengan Tun Abdul Razak yang telah membina dan mendidik ramai pemimpin yang berkualiti untuk negara bagi menerajui negara dalam jangka masa yang panjang.

Tetapi Dr Mahathir ingin menggunakan masa yang panjang itu untuk kegunaan dan kepentingan beliau sendiri. Justeru negara telah menghadapi ketandusan kepimpinan yang tidak mungkin dapat diselesaikan jika tidak ada kemahuan dari ahli-ahli UMNO untuk melakukannya. Jika ramai pun dikalangan ahli-ahli UMNO mahukan perubahan mereka tidak pun memahami apa yang hendak diubah. Budaya yang terbentuk dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang ini tidak memungkinkan UMNO itu mampu diubah dan di lakukan transformasi terhadapnya.

Jawapan Abdullah Badawi dalam temubualnya dengan penerbit dan editor buku ‘The awakening’ ini, memberikan peluang untuk sesiapa yang mahu tahu bagaimana perkara yang dilakukan terhadap Abdullah itu boleh berlaku. Bahkan bukan setakat itu sahaja, Ia juga boleh memberikan jawapan kenapa mereka yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin negara dijadikan pemimpin sehinggalah pemimpin yang ada pada hari ini.

Kalau diteliti dengan halus lagi kita akan mendapat jawapan bagaimana tanggungjawab diberikan kepada mereka yang tidak mahir ahlinya. Saya pernah menulis beberapa minggu lalu yang UMNO itu sudah hilang punca kepimpinannya sehinggakan mereka yang diberikan tanggungjawab besar itu adalah orang yang tidak berkemampuan. Saya memberikan anologi sebagai menempah songkok dari tukang kasut atau menempah kasut dari tukang songkok.

Apa yang berlaku terhadap Abdulah itu sebenarnya hanya lah sekelumit dari masalah yang Abdullah dan ramai yang lain menghadapinya. Untuk memahami dengan lebih terang elok kita mulakan mengikuti sedikit rentetan sejarah yang menyebabkan Dr Mahathir menjadi PM dan apa-apa yang terhasil dari beliau menjadi PM Yang paling lama dalam rantau ini.

Tidak salah jika saya katakan jika kita mengkritik Abdullah dan Najib, ia bermakna kita mengkritik Mahathir sendiri kerana kedua-duanya ini adalah pemimpin ciptaan Dr Mahathir. Tentunya apa-apa yang di cipta oleh penciptanya itu adalah taggungjawab penciptanya jika ada kesalahan dan kesilapan yang terhasil dari yang diciptanya itu.

Kita elok membuat sedikit rentetan dari waktu sebelum Dr Mahathir menjadi PM dahulu agar lebih mudah kita memahami kenapa perkara-perkara seperti yang di sebut oleh Abdullah itu berlaku dan kenapa ia berlaku kepada Abdullah.

DAN kita akan lebih memahami kenapa Najib sekarang seolah-olah akan menghadapi masalah seperti yang dihadapi oleh Abdullah dahulu.

(bersambung)

16 comments:

Anonymous said...

Salam usaha yg dibina dr mahathir contohnya projek jambatan bengkok dibatalkn mcm tu sje tanpa alasan yg detail dr pak lah antara penyebab mahathir kesal dgn pak lah..tuan x boleh nafikan kemajuan dan pembangunan yg dibawa mahathir, jgn lupa peristiwa krisis ekonomi 1997, kalau x de pemimpin yg bijak malaysia akan jd mcm indon, semua rakyat malaysia kene ingat dan kenang jasa mahathir ini sampai bila2..sebab tu dia berhak untuk menegur ape yg dia rasa x betul..dan apa ygditegur pun bnde yg betul walaupun kita x nmpak masa skrg tp kesan die kita nmpk masa akan dtg...sbb tu slh satu ciri2 pemimpin yg hebat kene ade kebolehan predict apa akn berlaku akan dtg dan mahathir slh seorg pemimpin yg kita ada..

zeinjb said...

Buku ini sama dengan SH*** yang telah dikeluarkan oleh team Anwar dan dibakul sampahkan. Itulah 'standard',cuma kali ini dikeluarkan di negara yang sememangnya dengki dengan kejayaan Malaysia dan kejayaan dibawah Tun Dr Mahathir.

Anonymous said...

Tak perlu bincang mendalam hal ini. Umno akan hancur dgn ego dan duitnya...Itulah apa yang diperjuangkan oleh pemimpinnya pada masa kini.

Anonymous said...

Pak Lah ni dari Team B tapi dilantik juga oleh TDM jadi TPM walaupun mengikut hieraki pengundian beliau dibawah Najib. Kalau kat negara Arab atau kat negara lain, kalau dah jadi seteru dan kalah, dah tentu tak akan menjadi duri lagi.

Difahamkan TDM memilih Pak Lah atas desakan orang kuat UMNO yang lainnya kerana label Pak Lah..nampak 'bersih' dan nampak kuat 'agama'.Kalau ketika itu kalau Pak Lah tak nampak 'bersih' dan tak nampak 'agama'; saya rasa Najib akan jadi pilihan TDM.

Dah ditakdirkan Allah, yang nampak bersih dan yang nampak kuat agamanya tak pulak nampak bersih dan tak pulak nampak kuat agamanya dizaman pemerintahannya.Bukan sahaja TDM malah ramai rakyat Malaysia menentangnya.

ulitmayang said...

Assalaimualikum
Tuan AA

saya cuma berminat untuk menyentuh tentang manusia bernama mahathir ni

1957 , malaysia merdeka dari penjajah , British , walaupun ada seorang 'proFesor' menyebut malaysia tidak pernah dijajah

kelahiran mahathir di bumi malaysia , oleh ayah dan ibu nya yang dikatakan berasal dari benua kecil india , kerala , ada sebab dan muslihat Tuhan menjadikannya

sejarah telah tercatat , selama 55 yahun merdeka , hanya rakyat dari kumpulan melalyu UMNO sahaja yang ditatang kerajaan

Rakyat dari golongan lain hampir keseluruhannya diketepikan sepenuhnya dalam banyak hal dan urusan

skrip perjalanan malaysia semacam telah ditulis lengkap oleh manusia bernama mahathir ini

dengan teori 'RAHMAN', ianya semacam betul2 berlaku dan bukanya suatu kebetulan sahaja

begitu lah hebatnya manusia bernama mahathir

bukan susah untuk memahami mengapa Pak Lah hanya sempat satu penggal sahaja

Begitu juga ,, bagaimana Tun Husein di paksa turun oleh manusia bernama mahatir ini

bukan kah skrip ini ada dalam tangan mahathir belaka

begitu juga, najib pun hanya menunggu masa sahaja untuk disingkirkan

ini kerana, mukhriz tidak mahu menunggu terlalu lama , untuk ke puncak kuasa

bgeitu lah perancangan mahathir

sejarah perjalanan hidup 50 tahun selepas merdeka , now bersedia untuk ditulis semula

PR yang menerajui perubahan telah dan sedang menyediakan platform terbaik ke arah itu

PAS , PKR & DAP , yang mewakili seluruh kaum2 utama di malaysia sedang secara progresif bergerak ke arah itu

sedang UMNO selaku tunjang BN sedang mereput di semua peringkat , terbaru melibatkan mahatgir & Pak Lah

sesudah MCA, MIC & GERAKAN lumpuh

Biarkan UMNO begitu
Inilah peluang untuk rakyat malaysia melakar sejarah baru malaysia

'Hasil' kerja tangan mahathir selama 55 tahun ini adalah buah tangan terbaik untuk rakyat malaysia memerdekakan diri , bangsa, masyarakat & negara dari anak didik penjajah UMNO ini

ada baik nya rakyat malaysia terbanyak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada manusia bernama mahathir ini

kalau tidak kerana kerja2 jahat beliau selama 22 tahun regim nya memerintah , sudah tentu rakyat malaysia tidak mungkin akan tersedar dengan kejahatan dia & umno selama ini

cuma , tidak lain dan tidak bukan , majoriti rakyat malaysia perlu bersabar menunggu kematian mahathir yang sduah berumur 88 tahun ini

harap bersabar

Anonymous said...

Semua pemimpin umno takut dgn dr mahadhir..dengan hanya membiarkn sahaja tindakan dr mahadhir samada melibatkan kerajaan dan umno..kelihataan ahli majlis tertinggi tidak berfungsi langsung serta kelihataan seperti patung...kerana itu rakyat malaysia memerlukan pemimpin dari pakatan rakyat untuk menegur dr mahadhir..

Kemungkinan segala keburukan tindakan dr mahadhir akan di ceritakan berluasa apabila dr mahadhir telah meninggal dunia...


Kemungkinan keburukan

Kampong man said...

Salam semua,

1.Kita bolehlah berterima kasih pada Nurul Izah yang sudi melancarkan buku ini di Singapura,bukan di Malaysia pada 30 Ogos ini.Kenapa Nurul ?tentulah ada yang tersirat dari yang tersurat dan ini akan menimbulkan lebih banyak kontroversi kerana ianya juga ada kaitan dengan perselisihan antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir,idola saya walaupun tidak semua saya bersetuju dengan Tun.Tak salah kan ?.

2.Buku ini bukanlah buku Pak Lah pun dan tentunya punyai banyak penulisan sensasi. Penilaiannya akan hanya dapat dibuat satelah dapat kita membacanya. Ramai yang berpendapat Pak Lah dieksploitasikan.Betul ke ?.Cukuplah Pak Lah dan Khairy di burukkan.Khairy tetap relevan.Kalau tidak masakan beliau di lantik sebagai menteri Belia dan Sukan.

3.Saya tetap mendoakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang kepada Tun dan Pak Lah kerana mereka PM kita. Siapalah kita mendoakan yang tidak baik ?.Tambahan juga kita sudah penat dan jadi mual dengan retorik dan'Art of Deception' yang tidak berkesudahan pada kedua pemimpin ini.

4.Di Indonesia mereka mungkin tidak bersetuju dalam hal politik tetapi mereka bersatu dalam banyak isu negara.Ada dengar " MIHANIKA TUNGGAL IKA " - Berbeza tapi bersatu !!.
Kita macam mana pulak ?.Dipersilakan. Wallahwualam.

Teima kasih.

kueh bakar said...

buku seperti ini tidak menjadi kudis pun kepada mahathir. Dia mahu jawap, cuma dia mahu baca dahulu. Dan menjawap tidak menjadi masalah kepada mahathir. Dia bijak dan amat sinis dan tajam dalam menjawab walaupun spontan.

ini semua berlaku sebab mahathir pilih paklah untuk jadi boneka. Bila paklah jadi no 1, BERKUASA, dia cuma menjadi macam manusia biasa - dia rasa dia kuat. dia rasa dia betol. Apatah lagi dia menang besar dalam sejarah pilihanraya. Sebab ramai benci mahathir dan dia ditafsir MR Clean.

bila mr clean tidak cekap untuk berada dalam posisi perdana menteri - dia diserang dalam dan luar parti.

KJ hanya menambah perisa.

yang betolnya dalam buku ini, umno sukar dipulihkan. Ia penuh pancaroba dan kejahatan untuk menjadi perdana menteri.

Anonymous said...

Hrp ada pendedahan berkaitan surat yg dihantar pd Dr.Mazlan berkaitan Karpal dan Anwar...

Anonymous said...

Hrp bnyk lg pendedahan berkaitan Pak Lah dgn Tun M ni.X yah dok sorok2 lg hehe

Anonymous said...

anon 10:10... predict tun M yg paling tepat ialaaaaah.... anak dia, darah-daging dia jadi tokey arak...

Anonymous said...

anon 11:22... maaf cakaplah... bila masa pulak UMNO ni bersih dan kuat agama.... dua-dua tu kongkaliong!!!

Anonymous said...

To anon 10.10
Kenapa dgn indon yg ambil pinjaman dr IMF pd 1998 dlu...korea pn ambil...
Blh lihat sekarang kedudukan indon n korea dlm ape jua lapangan berkaitan ekonomi n rasuah..
Jauh lbh baik dr Malaysia...negaraku yg so call aman...syukur

Anonymous said...

Yang nampak bersih dan kuat ugama adalah DAP/LGE dan PKR/Anu-war dan Pas /Mat Sabu.Mereka ini semua amatlah bersih.Tidak hairan mereka terlibat dalam perarakan bodoh Bersih 1,2 dan 3..Akhirnya PR di tolak rakyat juga.Kesian.!

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Baru semalam, sejak cuti Raya ni, saya buka dan membaca blog2 semula termasuk Malaysiakini... setelah beberapa bulan saya sibuk dengan urusan sendiri. Yang nyata the Kampong Man masih belom nak berubah DAN dia amat rindui saya!!...haha

Bab Dr M VS Pak Lah ni, saya simpulkan begini (sebab saya masih berpegang kepada DUA Hadiths Nabi Muhammad saw ie a- Bab LIMA zaman yang Nabi saw sudah gambarkan dan b- Bab kelahiran seorang Mujaddid yang Allah swt janjikan setiap 100 tahun)

Jika kita kaji kedua2 Hadiths ini sekali gus, maka sifir berikut wajar kita halusi....

Kini sudah tahun 2013
1924 tahun berakhirnya Sistem Pemerintahan Khalifah Islam (Kerajaan Uthmaniah di Turki) ie Zaman ke 4 yang Nabi saw sebut dalam Hadiths mengenai 5 zaman itu.
Maka 2013 - 1924 = 89 tahun
Ini bermakna kita sudah tinggal baki 11 tahun sahaja lagi bagi berakhirnya Zaman ke 4 dan akan bermulalah Zaman ke 5 menurut kedua2 Hadiths itu.

So Dr M ka, Pak Lah ka, PM Najib ka TGNA ka, TGHA ka, TG Harun Din ka, Mat Sabu ka, Ku Li ka, DSAI ka, Tunku ka, Tun Razak ka, Tun Dr Ismail ka, Tun Musa ka, Marina Yusof ka, Ibrahem Ali ka, Hassan Ali ka, Pak Aspan ka, Kampong Man ka, Obama ka, Reagan ka, LKY ka, LKS ka, LGE ka, Firaun ka, Namrud ka....pendeknya kita semua neh.....semuanya pelaku @ pelakon2 tambahan sahaja....pelakon dalam Skrip Allah swt melalui ilmu yang Allah sampaikan melalui perantara Ghaib, Jibril as....kepada Rasulullah saw yang baginda sudah lafazkan melalui Al Hadiths itu....

Bila sampai masa nanti....berakhirlah...terhapuslah segala yang bathil....dan akan tertegak yang HAQ....seperti yang Rasulullah saw sudah sabdakan.

Tak yaqinkah dgn Rasulullah saw? Tak berimankah dengan ayat2 suci Al Quran??

Rukun Iman ada berapa?

Sekian,

Gheng Lama

Anonymous said...


bagi saya Mahathir tak ikhlas nak tolong melayu atau negara, dia fikir sendiri saja, apa dia buat untong hanya pada diri dia, keluarga atau krooni sahaja , buktinya jelas, selepas 30 tahon yang senang hanyalah Mahathir , anak2 dan krooni.....umno, melayu dan negara haru biru, kacau bilau...........you get what you sowed............