06 August 2013

Buang semua atur-peraturan perlembagaan, kekalkan BAB 3 saja

UMNO sebuah parti yang teramat unik sekali dalam pembacaan kita yang berada di dunia ini. UMNO adalah sebuah parti lemah kepimpinannya tetapi tetap memegang kuasa kerana keunikan politik di negara ini. UMNO perlu diubah hanya dalam keadaan tertentu sahaja.

Semasa UMNO lemah ia tidak perlu diubah kerana kelemahan itu dilakukan oleh semua yang berkuasa. UMNO terpaksa mengubah kepimpinannya apabila parti itu hanya mendapat 140 kerusi dan hilang dua pertiga. Itu yang dihadapi oleh Abdullah Badawi pada PRU ke 12 dahulu. Jika mendapat rendah dari angka itu UMNO tidak perlu diubah.

Dalam pilihanraya yang akan datang pula UMNO mesti mendapat kemenangan jauh rendah dari 133 seperti yang diperolehinya pada PRU yang ke 13 baru-baru ini dan ia tidak perlu berubah. Yang perlu diubah jika parti itu mendapat 140 kerusi sahaja.

Sekarang ini jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh ditandingi maka jawatan Naib Presiden juga tidak perlu ditandingi dan hanya mengekalkan ketiga-tiga yang menyandang jawatan itu sahaja. Ada suara lagi, iaitu jawatan Ketua Pemuda dan Wanita juga jangan dipertandingkan.

Jika begitu keadaannya elok semua jawatan yang dipegang oleh penyandang dari semua lapisan kepimpinan parti itu jangan dipertandingkan. Alasannya ialah supaya tidak ada perpecahan dalam parti. UMNO hanyalah satu-satu parti yang akan bersatu jika tidak ada pertandingan jawatan. Saya pernah mencadangkan agar UMNO itu di ubah Perlembagaan nya. Jawatan kosong itu hanya boleh dipertandingkan jika penyandangnya mati atau sudah bercakap seorang diri (gila).

Buku perlembagaan parti itu dipenuhi dengan atur peraturan mesyuarat dan cara serta kaedah untuk memilih kepimpinan setiap peringkat sahaja. Oleh kerana terlalu banyak suara-suara yang tidak membolehkan ahlinya melaksanakan atur peraturan perlembagaannya elok hanya kekalkan BAB 3 (Asas dan Tujuan) perlembagaan itu sahaja dan yang lainnya dibuang sahaja melalui satu Perhimpunan Agung khas.

Dengan cara ini ia akan membolehkan kumpulan dan ‘warlords’ yang tertentu sahaja menentukan semua kes pertelingkahan dalam parti. Banyak parti dalam negara ini mempunyai perangai dan nilai seperti ini dan ia tentunya satu fenomena yang tidak akan mampu menjaga kebaikan ahli-ahli parti dan seterusnya akan melemahkan kepimpinan negara. Justeru, itu lah sebabnya berlaku situasi jika 140 kerusi dimenangi maka pimpinan perlu diubah jika lain dari angka 140 malahan lebih kurang dari itu, pimpinan semua peringkat tidak perlu diubah.

Di negara ini kuasa itu ialah untuk pimpinan dan orang tertentu sahaja. Hanya mereka yang mempunyai otot yang keras dan kuat sahaja boleh melakukan apa-apa yang mereka kehendaki. Ada parti yang melakukan kesilapan dan kesalahan dalam pengkiraan undi dalam partinya,  tidak mahu akur kepada ROS kerana hendak tahu mana undang-undang yang diguna-pakai untuk meminta pemilihan parti dibuat sekali lagi.

Tetapi mereka tidak bertanya apa pula undang-undang yang dipakainya jika kesalahan pengiraan undi yang di syaki dilakukan dengan sengaja itu, untuk menukar jumlah undi tanpa diketahui oleh mereka yang mengundi itu. Parti itu sendiri tahu yang mereka telah melakukan kesalahan dan berbagai permohonan untuk menangguhkan keputusan dari ROS telah diterima dengan baik oleh ROS.

Sekarang apabila ROS terpaksa melakukan tanggungjawabnya maka ROS pula yang menjadi sasaran parti itu. Sekarang siapa yang menjadi penentu kepada keputusan itu? Parti itukah atau badan yang dikhaskan untuk menjadi pemantau kepada semua pertubuhan di negara ini?

Lakonan dan sepak terajang parti itu sangat jelas dan mereka tahu jika tidak di laksanakan arahan ROS itu,  parti itu mungkin akan di batalkan pendaftarannya. Adakah ini sebenarnya yang dikehendaki parti itu? Kalau itu kehendak parti itu maka nyatakan dengan jelas yang mereka mahu melakukannya seperti apa yang dilakukan oleh UMNO dahulu. Dengan cara itu sahaja kumpulan yang sedang hebat dengan kuasa itu boleh menentukan siapa yang hendak dikekalkan dan siapa yang hendak dibuang apabila jawatankuasa penaja kepada parti penggantinya nanti ditubuhkan.

Itu sebabnya ada pihak dalam parti itu hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap ROS kerana telah membuat kenyataan yang ada pihak dalam parti itu hendak menubuhkan parti baru. Mereka terasa malu apabila kehendak mereka yang ada di dalam hati mereka dikeluarkan dipengetahuan umum oleh ROS.

Apabila kita mendengar dan mengetahui perkara ini berlaku maka ramai yang rasa tertipu dengan permainan mereka yang berkuasa. Rakyat yang mahukan perjuangan yang jujur di selewengkan oleh pimpinan yang semakin hari semakin lemah itu. Sesungguhnya penyakit yang dihadapi UMNO selama ini merupakan penyakit yang begitu ‘contagious’ dan kumannya telah hidup dalam sebuah parti pembangkang  itu juga.

Maka dimana dia pihak yang sebenarnya jujur untuk rakyat? Rakyat berarak kehulu kehilir untuk menyokong mereka tetapi akhirnya rakyat sudah sedikit semi sedikit sedar yang mereka yang menyokong perubahan itu juga tidak mempunyai kejujuran. Malahan menerima budaya yang ada didalam UMNO untuk dimesrakan dengan budaya parti pembangkang itu.

Mereka terlalu takut menghadapi pemilihan sekali lagi kerana mereka tahu yang mereka tidak begitu ‘legitimate’ kepimpinan mereka. Tetapi orang ramai tahu. Mereka bolehlah lakonkan berbagai-bagai adegan politik mereka akhirnya mereka akan menghadapi masalah jua. Itu lah sebabnya mungkin mengapa mereka tidak pernah mendapat kuasa kerajaan pusat kerana mereka mesti percaya yang segala-galanya ditentukan oleh ‘nature’.

Kemenangan yang sudah sampai kebibir tidak dapat ditelan malahan kejayaan itu lari sekelip mata sahaja. Maka sangat besar hikmahnya dengan kegagalannya mendapatkan mandat rakyat dalam pilihanraya dahulu kerana usaha mereka tidak di bawa bersama niat dan kejujuran yang sebenarnya.

Selepas ini jangan di salahkan mana-mana pihak diatas kegagalan masing-masing. Bagi mereka yang sayangkan negara nilai dan pemikiran ‘migrant’ ini perlu dikikis habis-habisan sebelum boleh mengaku berjuang untuk kepentingan negara yang tercinta ini.

Sesungguhnya jika niat kita terlalu tidak bersih di dalam, ia akan terzahir juga diluaran dan mudah dibaca dan di fahami oleh manusia yang kini lebih berfikir dan berbudaya.

Mereka yang mempunyai ‘migrant mentality’ tidak akan berjaya memperjuangkan kehendak negara Malaysia yang penuh dengan adat dan budaya berbilang kaum ini. Mereka yang masih mempunyai ‘migrant mentality’ tidak boleh berjuang untuk kepelbilangan kaum dinegara ini.

Bolehlah berlakon sana sini sedikit-sedikit tetapi rakyat ramai akan tahu juga akhirnya. Rakyat juga pandai mengintai-ngintai niat dan tujuan apa yang kita lakukan itu.

Saya selalu bercakap yang rakyat yang matang boleh ‘menyelam air didalam tunggak’

3 comments:

chang said...

Good morning Encik Aspan, dan selamat hari raya puasa kepada saudara.

Tidak semua kaum Cina sokong Dap dan tidak semua sokong MCA.

Saya dulu bersama Dap sekarang sudah tidak lagi menyokongnya kerana mereka terlalu gahirah dan menyebabkan kita keliru.

Dap hanya tunggu masa untuk enunjukan sikap dan sifat sebenarnya. Mereka tidak berbuat apa yang mereka kata.

Mereka sedang seronok kerana mereka sangka mereka akan jadi kerajaan. Tetapi harapan mereka tidak kesampaian kerana hati tidak betul.

kami orang cina pun mengakui yang kita dijaga oleh Tuhan.

Kampong man said...

Salam bro,

Didalam isu yang sama diatas tajok pemilihan UMNO saya ada memberi komen diblog DAKJ saperti dibawah:


"1.Pemilihan UMNO dan politik masih menjadi fokus di MSM dan juga di banyak blog.Kemenangan UMNO/BN di PRU 13 dan terbaru di Kuala Besut dengan lebihan undi majoriti adalah satu permulaan dan petanda baik dan mampu memberi keyakinan baru pada penyokong kerajaan BN dengan pemulihan dan penambahbaikan DEMOKRASI dalam parti UMNO, parti tunjang orang Melayu dan BN ini.Tidak dapat di nafikan UMNO kini adalah lebih demokratik, terbuka dan inklusif dengan format pemilihan yang baru ini.Yang tegar anti UMNO dan kerajaan tetap juga ada di luar sana dan kita ketepikan pandangan negatif mereka dahulu buat kali ini.

2.Saya faham dan amat perihatin akan kehendak ramai termasok Dato sendiri mahukan pertandingan di semua peringkat termasok bagi Presiden dan Timbalan juga demi demokrasi total.Pastinya Najib mahukan 150,000 perwakilan UMNO dari 191 bahagian sendiri membuat keputusan dan yang penting ia dilakukan mengikut perlembagaan parti dan ketetapan ini dibuat pada tahun 2009 salepas landscpe baru politik Malaysia bermula.Bandingkan cara UMNO ini dan cara pemilihan parti lain saperti DAP dan PKR yang penuh dengan berbagai kontroversi.Yet they (PR) claim they are more democratic than thou.Cakap tak serupa bikin kata orang cina.

3.Kita harus memberi peluang bagi gandingan Najib dan Mohy to perform first sebelum kita mudah menghukum dan menggantikan mereka dan parti UMNO dengan muka baru.Kita harus berlaku rasional membuat cadangan dan membuat keputusan baik demi parti bukan hanya untuk individu.The party is bigger than the individual anytime and all the time.

Perwakilan yang banyak/ramai akan dapat memberi satu sampling pemilihan yang lebih baik dan tepat akhirnya.Pilihlah.

4.Ada yang meramalkan BN kalah di PRU 14.Ramalan yang sama selalu kita dengar dari media alternatif dan blogger tertentu di PRU 13 dulu.Saya yakin UMNO akan terus cemerlang.Melihat apa yang terjadi di Mesir mengingatkan kita jangan mengambil KEAMANAN yang kita kecapi "for granted".Percubaan Arab Spring sebelum dan selepas PRU 13 oleh pembangkang jelas gagal dan mereka tewas menakloki Putrajaya.

5.Dalam kita terlalu sibok membincangkan pemilihan UMNO bagaimana pula dengan parti Pas.Dengarnya sdra Husam berkemungkinan akan bertanding bagi Presiden Pas di muktamar Pas November ini.Bolehkah Pas menjadi parti induk PR saperti UMNO dalam BN di PRU 14 pula?.Pas mungkin mahukan muka dan idea baru pula.Mungkin Hadi lebih berminat pada demonstrasi jalanan dan memancing ikan sahaja.Ada kedengaran beliau tidak mahu mempertahankan kedudukanya bagi memberi ruang pada muka baru yang lebih ummphh..gamaknya.

Perlu juga diingat rakan Dato sdra Husam kalah di Putrajaya dan digugurkan dari Exco kerajaan Kelantan.Malah MB baru Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilihat lebih 'friendly 'dengan kerajaan pusat berbeza dengan cara pendekatan dahulu.Apakah ini satu petanda bahawa Pas ingin berjuang bersendirian pula dan akan meninggalkan PR dan mahu kembali balik pada perjuangan asal Islam dan Melayu yang terlalu banyak ditinggalkan dan telah banyak berkompromi dengan DAP dan PKR dalam banyak isu ?.Satu cabaran bagi parti Pas.Saya melihat Pas sama juga UMNO dan parti lain hanyalah parti politik sahaja.No big deal.

Pemimpin Anwarinas dalam Pas telah banyak berjuang hanya mahukan kuasa dan ABU menyebabkan Pas hanya perolehi 21 kerusi parlimen sahaja dan gagal mempertahankan Kedah kerana pentadbiran yang lemah.Bukankah baik diteruskan sahaja muzakarah UMNO dan Pas sahaja?. Sekiranya ini berlaku barulah Islam dan Melayu dihormati oleh kaum lain. Perpecahan tidak menguntungkan kita. Ingat tu. Wallahwualam.

Terima kasih."


Salan hormat dan SELAMAT HARI RAYA .MAAF ZAHIR BATIN.







Kampong man said...

Salam bro Aspan ,

bersambong....

1.Pada pandangan saya UMNO tidaklah selemah mana yang digambarkan. Kemenangan 88 kerusi dari 79 sebelumnya adalah satu peningkatan. Malah parti yang palig terserlah dan berjaya adalah DAP dengan % penigkatan yang mendadak atas sokongan 90% pengundi Cina kali ini.Analysis 'Tsunami Cina'ini telah banyak dibincang dan dibahas di merata blog dan MSM.Kita semua tahu.ita akur dengan pilihan mereka.

2.Kemenangan DAP yang hebat dari 28 kerusi ke 38 kerusi di PRU 13 amat di kagumi ini tidak akan mudah dapat diulangi lagi sekira pengundi kaum Cina sedar bahawa MODERATION is the way forward for multiracial Malaysia and their choice not wishing a representation in the government is a blow to BN spirit of togetherness. Bukankah ini yang UMNO perjuangkan dari dulu lagi sanggup berkongsi kuasa dengan kaum Cina,India dan kaum dan suku lain memelihara dan menjamin kepentingan semua bangsa,kaum dan agama mengikut lunas Perlembagaan?.Malah UMNO terlalu banyak berkompromi dengan kaum kaum lain sahingga penyokong UMNO dan orang Melayu sendiri melihatnya tidak memperjuangkan nasib orang Melayu saolah nya saperti " Kera di hutan disusui anak di rumah mati kelaparan."

3.UMNO tetap akan menerajui negara dibawah BN diatas sokongan tidak berbelah bagi dari ahlinya yang ramai dan tegar dan parti komponan BN di Sabah dan Sarawak buat pru mendatang dan terdekat.Ini hampir satu kepastian walaupun 100% pengundi Cina membelakangkan MCA/Gerakan/BN.Hopefully,Chinese voters see this.However,ultimately it is their choice.You decide maaa...

4.Apa yang akan terjadi di PRU 14 terletak bagaimana performance BN dan PR untuk lima tahun medatang. Saya yakin DAP bukanlah lagi menjadi satu parti pilihan satelah tindak tandok mereka dilihat tidak sesuai bagi negara Malaysia kerana Malaysia bukan Singapura.DAP belum dapat membuktikan lagi perjuangan CHAUVANISTIK dan multiracialism mereka mudah di terima semua.Apa yang akan terjadi pada keingkaran DAP mempersoalkan ROS akan terjawab nanti dan kita tunggu dan lihat.Mereka boleh belajar dari UMNO.

Sekian,Wallahwuallam.


p/s
Puan Shakirin Al Ikram,

Ramai yang dilema dalam Pas dan DAP.Anda boleh perbaiki parti dari dalam.BTW,Puan adalah tenant Puta Apt saya di Setiawangsa satu masa dulu.Saya doakan Puan dan keluarga sihat dan berjaya.Ameen dan salam.