DAP sedang menghadapi keadaan
yang tidak ada siapa yang tahu kenapa mereka berada di dalam situasi yang
sedang mereka alami sekarang ini. Hanya kepada pelaku kesalahan dan yang
terlibat diantara mereka dalam DAP sendiri serta pihak penguasa pertubuhan serta
mereka yang sengaja mewujudkan keadaan ini untuik kepentingan peribadi beberapa
orang pemimpin dalam parti itu.
Sekarang berlaku peperangan secara
terbuka diantara pihak RoS dan parti itu dan nampak juga ada di dalam DAP yang
tidak terkejut dengan keadaan ini berlaku kerana mereka sudah percaya DAP
seperti parti lain juga adalah pertubuhan politik yang lain juga. DAP juga ada
perebutan kuasa diantara mereka yang memimpin dan parti itu juga mempunyai jiwa
seperti manusia yang lain yang mempunyai budaya yang sama seperti rakyat Malaysia yang
lain.
Apatah sebelum pilihanraya lalu
kita telah nampak jelas yang DAP amat berkeyakinan akan berjaya menguasai
Putrajaya dengan rakan-rakan kongsi mereka yang lain dalam Pakatan Rakyat.
Parti ini juga telah menampakkan kemahuan untuk berkuasa buat kali pertamanya
selepas pilihanraya 13 yang lalu sehingga parti ini telah melakukan kesilapan
dan kesalahan moral yang agak ketara juga.
Kita tidak dapat lari dari
mempersoalkan kenapa ada kesilapan dalam pengiraan undi pada 15 Disember 2012
dan tanpa pengetahuan ramai semasa itu berlaku pembetulan dalam pengiraan undi
itu setelah berminggu-minggu pemilihan itu berlaku. Ada yang kalah telah menjadi menang dan yang
menang telah menjadi calon kalah dan di sinilah mulanya keadaan sekarang
bermula.
Siapa yang melakukan perubahan
dan pembetulan itu, dan siapakah yang menjadi saksi tentang kesilapan dan
seterusnya membetulkan kembali senarai mereka yang menang itu? Adakah ia
dibetulkan oleh CEC sendiri atau siapa?. Apabila aduan dilakukan oleh ahli-ahli
yang tidak berpuas hati, maka ia menjadi isu dan penyiasatan terhadap pemilihan
itu mula dilakukan oleh RoS, badan penguasa kepada semua pertubuhan yang
terdaftar dinegara ini.
DAP telah diminta memberikan
keterangan dan penjelasan. Apa penerangan dan penjelasan itu tidak ada siapa
yang tahu, hanya DAP dan Pendaftar Pertubuhan sahaja yang tahu isi perbincangan
diantara mereka. Hasilnya sekarang RoS telah meminta DAP melakukan pemilihan
semula dan DAP bertindak menunjukkan sikap ‘defiance’ mereka terhadap arahan
itu dan mempersoalkan undang-undang mana yang dipakai oleh RoS untuk
mengarahkan mereka melakukan pemilihan sekali lagi.
Disinilah mula tahap yang lebih
tinggi dan krisis ini mula menjadi besar dan menjadi tumpuan ramai sehinggakan
saya sendiri menerima banyak email bertanyakan apa yang terjadi seolah-olah
saya ini adalah seorang yang tahu hal sebenar di dalam parti itu. Walaupun saya
telah memohon untuk menjadi ahli parti itu diatas desakan dua orang ahli dalam
CEC sekarang secara tergesa-gesa tetapi setelah saya menghantar permohonan pada
8hb Januari 2012 itu sampai kehari ini saya tidak tersenarai sebagai ahli parti
itu.
Pimpinan cawangan yang saya
memohon untuk menjadi ahli itu memberitahu saya yang nama saya masih belum tersenarai
sebagai ahli dan ada kebenarannya kerana sampai sekarang ini saya belum pun
menerima walaupun satu notis untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan cawangan
itu.
Sehingga ke hari ini ada beberapa
orang ahli cawangan itu bertanyakan soalan ini kepada saya, tetapi saya memilih
untuk berdiam diri kerana banyak lagi waktu untuk memberikan jawapan sebenarnya
nanti. Saya pasti suatu hari nanti akan tiba masa dan waktunya untuk sesiapa
yang ingin mengetahuinya untuk memahami keadaan sebenarnya dalam isu ini
memahami permainan sebenar yang berlaku di dalam DAP itu. Buat masa ini elok di
diamkan sahaja isu ini kerana DAP sedang menghadapi krisis yang lebih besar
sekarang ini dalam isu pemilihan sekali lagi yang diarahkan oleh RoS itu.
Bagi pandangan ramai termasuk
diri saya sememangnya DAP wajar melakukan pemilihan sekali lagi kerana
pembetulan itu tidak siapa yang tahu cara bagaimana ia telah dilakukan.
Disamping itu telah ramai yang mempersoalkan
Sekarang timbul persoalan samada
benar apa yang diperkatakan dimana-mana yang DAP tidak mahu melakukan pemilihan
sekali lagi untuk mempastikan parti itu dibatalkan pendaftarannya supaya parti
DAP yang baru ditubuhkan. Dengan menubuhkan parti baru maka mereka yang sedang
berkuasa sekarang boleh menubuhkan jawatankuasa protem yang baru. Dengan cara
itu mereka yang berkuasa dalam DAP sekarang berjaya mengenepikan ahli-ahli yang
tidak sebulu dengan pimpinan sekarang.
Maka tidak hairan kenapa Ketua
Pengarah RoS telah memberi amaran kepada DAP yang parti itu jangan harap akan
dibenarkan menubuhkan parti baru itu. Apabila Ketua Pengarah RoS membuat
kenyataan secara spontan pimpinan tertinggi DAP telah membidas Ketua Pengarah
pendaftar pertubuhan seolah-olah lubang mereka telah bocor dan diketahui umum.
Jika pendaftaran DAP dibatalkan
ia merupakan cara yang terbaik untuk pimpinan yang berkuasa sekarang untuk
menyusun semula keahlian yang mereka rasakan sesuai dengan kehendak kumpulan
pimpinan yang ada sekarang ini.
Mengadakan semula pemilihan yang
moralnya sepatutnya dilakukan itu, ia akan memberikan risiko yang tinggi kepada
mereka yang sudah terpilih sekarang ini kerana umum mengetahui yang ramai
dikalangan perwakilan yang sepatutnya hadir dalam pemilihan pada 15hb Januari
yang lepas mempunyai kecenderungan untuk membeikan sokongan kepada kumpulan
yang lain dalam parti itu.
Jika ia benar-benar berlaku maka
parti ini bolehlah berjabat tangan dengan UMNO yang telah melakukan semua ini
pada tahun 1988 dahulu. Jika betullah tuduhan setengah diantara mereka dalam
DAP ini yang pada hakikatnya pimpinan sekarang lebih suka untuk pendaftarannya
di batalkan maka ia patut belajar dengan sungguh-sungguh dengan UMNO kerana
UMNO sudah berpengalaman mengelirukan ahli-ahlinya dengan menubuhkan parti baru
dengan menggunakan nama lamanya.
Walau bagaimana pun saya berharap
tidak bertindak sedemikian kerana melalui pengalaman yang dilalui oleh UMNO
ahli-ahli parti akan berpecah dan tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada
perjuangan yang sering dilaungkan oleh parti itu selama ini.
Tetapi kalau itu niat dan
kemahuan kepimpinan DAP yang ada sekarang maka nyatalah yang parti ini hanyalah
ibarat ‘kuali mengata buntut belanga hitam’ sahaja. Kali ini giliran kaum Cina pula menjadi mangsa retorik partinya.
8 comments:
AA,
I can't help giving you my gratitude for frank and courageous views on politics and it just fits in the bill for the current happenings sir.
As Salam Tuan Aspan,
Nampak sangat peristiwa sejarah UMNO Lama & UMNO baru akan berulang dalam arena politik DAP.
I know it is a bit disheartening but never the less, Pak Aspan, let us get inspired to continue building a new nation of Malaysia by clicking this link and watch the video.
Remember what you have written,Kita mulakan negara baru and Negara perlu disusun semula dari alif, baa, taa
Tidak ada apa salah nya DAP lama jadi DAP baru sekiranya pertukaran nama berlaku.Perjuangannya tetap sama dan orangnya pun sama.Hanya teknikaliti nya sahaja, disebabkan peraturan ROS.Bagitu juga dengan UMNO lama dan UMNO baru,tidak ada perbezaan.Leaders come and go, party remains.
Anon 1`4:38, dengan orng macam sdr memang tidak ada bezanya Dap baru dan lama, macam Uno baru dan lama.
Srr salah, bukan partinya sama dan orangnya sama. Sebenarnya partinya lain dan nama serta orangnya sama.
Betul betul baca. Jgn ambil sambil lewa isu ini.
Aspan.. I am yr follower. Another opinion looking at different angle...
AA, Dap has only 3 persons who decides everything in the party. The rest are just sycophants having a common duty, ie to amuse LKS and LGE.
I am not at all surprised if Dap leadership takes the step that Mahathir did to survive the control of the party.
Mahathir and LGE and Kit Siang should meet and go on leave together.At last Mahathir has succeeded in changing Dap leaders' mentality.
So Umno=Dap.
joseph
As Salam Tuan Aspan,
Let us get inspired
Post a Comment