Sebagai yang dijangka dan diharapkan oleh ramai pemerhati diluar, termasuk diri saya sendiri pengumuman
Khairy Jamaluddin untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia
adalah berita yang memberangsangkan.
Keputusan Menteri Belia dan
Sukan yang masih muda ini telah banyak membawa ‘nilai tambahan’ kepada UMNO.
Ramai diantara kita berpendapat Khairy sepatutnya dipertahankan untuk terus
menerajui Pemuda UMNO setidak-tidaknya sepenggal lagi atau sehingga ada tokoh
yang boleh ditonjolkan sebagai pengganti yang agak setanding atau melebihi
beliau nanti.
Buat masa ini Khairy adalah yang
selayaknya terus memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO itu. Bagi saya Ketua Pemuda itu seharusnya seorang yang lebih di pandang baik oleh orang ramai
kerana akhirnya orang ramai yang akan menentukan UMNO itu diterima atau
sebaliknya oleh rakyat. Selama ini ramai pemimpin UMNO itu hanya popular
dikalangan ahli UMNO sahaja oleh kerana faktur luaran selain dari faktur kepimpinan.
Diantara faktur luaran itu
mungkin kerana permainan wang dan berbagai lagi ‘instruments’ untuk menjadi
pemimpin dalam parti itu. Itulah sebabnya ramai pemimpin UMNO samada yang muda
atau yang tua hanya dianggap sebagai jaguh kampung sahaja oleh orang ramai. Akhirnya mereka ini keliru dan tidak tahu samada mereka menjadi pemimpin kerana wang ringgit mereka atau pun kerana ketokohan mereka.
Khairy mempunyai keterampilan dan
perwatakan yang bersesuaian dengan orang ramai. Untuk memperlihatkan yang
UMNO itu serius untuk berubah yang pertamanya yang perlu ialah keterampilan
seseorang pemimpin itu dimata rakyat bukan setakat popular dikalangan ahli UMNO
sahaja. Di sini lah lebihnya Khairy dengan pemimpin Pemuda yang lain.
Najib selalu mengambil tindakan
yang tidak betul. Tetapi tindakannya meletakkan Khairy sebagai Ahli Jemaah
Kabinet merupakan salah satu diantara beberapa keputusan yang tepat yang
diambil oleh Perdana Menteri yang sedang menghadapi masalah kepimpinan itu.
Khairy sepatutnya telah di berikan kedudukan dalam kabinet negara dari dahulu
lagi.
Tetapi ramai yang tahu ada
seorang ‘warlord’ dalam UMNO yang telah memilih untuk memusuhi Khairy dikatakan
penyebab kenapa Khairy tidak dibariskan di dalam Jemaah Kabinet negara pada
penggal yang lepas. Tetapi melantk Khairy sekarang pun ada hikmahnya
tersendiri. Itu Khairy sendiri akan mengetahui apa hikmahnya itu.
Bagi saya jika ada pihak-pihak
tertentu dalam UMNO yang tidak senang dengan keputusan Khairy untuk
mempertahankan jawatan Ketua Pemuda ini pihak-pihak itu semata-mata mereka yang
mengambil sikap politik semata-mata. Mungkin mereka itu adalah diantara
penyokong yang mahukan pihak lain yang sebulu dan ‘sebalok’ dengan mereka sahaja
untuk mengetuai Pemuda UMNO itu. ATAU pun yang tidak memberikan dukungan itu
hanyalah berdasarkan kepada sikap prejudis mereka sahaja.
Itu adalah fenomena biasa. Tetapi
jika dipandang dari kepentingan parti itu sendiri, masa masih diperlukan untuk
mencari tokoh yang lain untuk menggantikan Khairy. Dalam UMNO bukannya kerja
senang untuk mencari tokoh yang bersesuaian mengikut masa dan zamannya.
Sebagai pemerhati saya hanya
mampu mendoakan agar Khairy tidak ada banyak halangan untuk terus memimpin Pemuda,
kerana di dalam diri saya ini kuat mengatakan yang Khairy mampu untuk
memberikan nilai tambah kepada parti yang semakin uzur itu.
Lagi pun biarlah pemimpin itu datangnya dari mereka yang terdidik dari keluarga yang baik-baik kerana ia boleh memberikan berbezaan kepada pimpinan sesebuah pertubuhan dan kerajaan itu.
Lagi pun biarlah pemimpin itu datangnya dari mereka yang terdidik dari keluarga yang baik-baik kerana ia boleh memberikan berbezaan kepada pimpinan sesebuah pertubuhan dan kerajaan itu.
4 comments:
Tuan Aspan,
KJ sekarang ini sedang diuji dengan gelombang besar. Isu buku bapa mertuanya dan Regina Lee perlu beliau tangani dengan berhemah. Statement segera Pak Lah agak membantu namun isu Regina Lee masih jadi duri dalam daging. KJ setakat ini masih bersenyap sunyi dalam dua isu ini. Cuma diharapkan KJ tidak bergantung pada Sdr. Lokman & rakan2 untuk menangkis serangan bertali arus ini.
AA, there's not much disagreements to give Khairy another term as K Pemuda bro.
It's more than fair for him to be maintained and I agree with your opinion totally.
vivi
Saya doakan Khairi kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO. Beliau diyakini mampu mengekangi pengaruh dan legasi Mahathir. Amat baik bagi UMNO menaikkan siapa saja pemimpin yang dimusuhi Mahathir demi survival parti itu sendiri. UMNO akan lebih diterima umum jika tidak lagi dibayangi tokoh perosak parti dan negara itu.
Pak Aspan Alias,
Pd saya KJ hanya berpura pura bersifat demokratik dan mesra rakyat..Dia terpaksa melakukan sedemikian sbb Pak Mertua dah takda dah nak backup dia.Jadi dgn melaungkan isu isupopular dia telah mendapat perhatian rakyat.Prinsip hidup dia sama shj dgn pemimpin pemimpin UMNO lain yg korup.Pau duit rakyat bila berpeluang.
Pada saya tiada seorang pun didlm saf kepimpinan UMNO skg ini yg boleh diharap lagi..Yg ada cuma perompak ,lanun,bajingan,pencuri,putar alam dan spesis seumpamanya.
Post a Comment