Demokrasi itu mudah difahami.
Pihak mana yang menang pihak itulah yang mentadbir dan menjadi kerajaan kepada
negara yang mengamalkan demokrasi itu. Kepada yang kalah pihak itu akan menjadi
pembangkang di dewan Legislatif dalam apa-apa perbahasan terhadap dasar dan
keputusan dibuat oleh pihak yang memerintah. Itu definasi yang simple untuk
kefahaman ramai.
Di dalam parti-parti politik yang
mengambil demokrasi sebagai sistem parti itu, sesiapa yang menang untuk jawatan
tertinggi parti itu misalnya, dia lah yang menjadi peneraju kepada parti itu. Dalam
demokrasi selalunya yang menang ambil semua dan yang kalah, kalah semua dan
kembali menjalankan fungsinya sebagai pembangkang dalam negara demokrasi
tersebut.
Tetapi dalam apa-apa sistem
sekali pun yang paling penting ialah untuk mengenakan dan memperkayakan semangat
demokrasi itu sendiri. Pemilihan oleh pengundi itu adalah ‘hardware’ kepada
demokrasi itu, dan semangat kepada demokrasi itu adalah ‘software’ nya.
Adalah penting bagi kita memperkayakan
‘hard ware’ serta ‘soft ware’ kepada demokrasi tersebut. Maksud saya dengan
hanya memenangi dalam pemilihan itu sahaja tidak memungkin demokrasi itu
terlaksana dengan sempurna. Contohnya setakat kita menyempurnakan syariat dan
hukum agama itu sahaja tidak memberikan kesempurnaan kepada hidup beragama kita
jika kita tidak selarikan dengan ketuhanan. Kita tahu, syariat tanpa hakikat
itu hampa, hakikat tanpa syariat iu batal.
Pengendali demokrasi yang betul
ialah dengan pengendalian hakikat demokrasi dan semangatnya dengan betul.
Demokrasi itu ada moral dan semangatnya sendiri. Tetapi pengendali dan pengamal
demokrasi kini sudah tidak lagi mengamalkan demokrasi itu selari dengan
kehendak moral pemimpin lagi. Bagi mereka menang dengan satu undi pun itu menang
namanya. Tetapi tidak pula ada yang menilai apa kah cara dan kaedah mendapatkan
kemenangan setipis satu undi itu?
Dulu-dulunya pemimpin kita
mengendalikan demokrasi itu dengan semangatnya sekali. Tunku Abdul Rahman
mengambil keputusan untuk bersara setelah beliau mendapat isyarat untuk bersara
apabila Perikatan yang dipimpin beliau hampir kehilangan mandat dari rakyat
untuk menubuhkan kerajaan. Hussein Onn pun begitu. Apabila ada permainan
politik dalam UMNO menyebabkan Sulaiman Palestin tampil menentang jawatan
Presiden UMNO yang disandang beliau (Hussein). Walaupun Hussein mendapat
kemenangan yang begitu besar beliau mengambil keputusan untuk tidak
mempertahankan jawatannya dalam pemilihan berikutnya.
Hussein tidak melakukan tindakan
politik dengan berunding dan bermuafakat dengan sesiapa pun, kerana beliau
mahukan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya. Beliau bukan menumpukan masa
politik beliau untuk bertindak semata-mata untuk memaksa keadaan menambah
sokongan terhadap diri mereka. Yang penting bagi pemimpin seperti dan sejenis
Hussein Onn dan pimpinan sebelum beliau. Hussein tidak mahu menjadi pemimpin
dengan cara memaksa dan permainan politik yang disusun secara politiking yang
kotor.
Bagi Hussein mendapatkan
kedudukan dengan permainan politik kotor itu tidak bermoral pada anggapan
beliau. Beliau sanggup meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada
Timbalannya yang tidak sabar untuk mengambil alih jawatan beliau sehinggakan
melakukan beberapa kaedah politik yang tidak bermoral terhadap rakan-rakan
seperjuangan.
Margaret Thatcher tidak tewas apabila ditandingi oleh Micheal Hesseltine tetapi beliau meletakan jawatan kerana beliau merasakan sudah ramai dikalangan ahli partinya sudah menunjukan tentangan terhadap beliau. maka laluan diberikan kepada John Major untuk menerajui kerajaan Consevative Britain. Margaret Thatcher tidk pula mengharamkan parti Consevative nya apabila menang dengan tipis ditangan Hesseltine.
Margaret Thatcher tidak tewas apabila ditandingi oleh Micheal Hesseltine tetapi beliau meletakan jawatan kerana beliau merasakan sudah ramai dikalangan ahli partinya sudah menunjukan tentangan terhadap beliau. maka laluan diberikan kepada John Major untuk menerajui kerajaan Consevative Britain. Margaret Thatcher tidk pula mengharamkan parti Consevative nya apabila menang dengan tipis ditangan Hesseltine.
Bagi Hussein untuk berkuasa
selama-lamanya bukan ‘ultimate’ bagi beliau. Tetapi adakah nilai-nilai itu di
zaman ini? Jawapannya sudah tiada kerana pimpinan selepas itu lebih mementing
politiking sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa. Ada pemimpin yang berkata menang satu undi pun
menang.
Bagi pemimpin seperti Hussein dan
sebelumnya bilangan undi dan sokongan itu adalah 'indicator' samada seseorang
pimpinan itu mendapat sokongan padu. Jika memenangi undi dari kalangan ahli
dengan majoriti kecil itu adalah isyarat untuk berundur. Tetapi pemimpin
sekarang kekurangan majoriti itu adalah indicator atau tunjuk arah bagi mereka
melakukan inovasi politiking untuk memperkuatkan kedudukan peribadi walaupun
sehingga merosakkan parti yang dipimpinnya.
Justeru ada pemimpin yang setelah
diberikan isyarat untuk bersara melakukan perundingan bagaimana untuk
meneruskan kekuasaan dengan cara apa sekali pun. Dalam mencari kaedah
mendapatkan formula untuk terus berkuasa berbagai-bagai cara dilakukan untuk
memenuhi kehendak nafsu dan kemahuan mereka.
Ada pemimpin yang mengharamkan partinya dan
ada pemimpin yang menukar perlembagaan parti seperti menukar seluar dalam.
Sekarang pula ada pemimpin yang beriya-iya untuk mengambil kuasa bertemu dan
berbincang dengan pihak yang diisyaratkan untuk berhenti dengan diatas nama
kerajaan perpaduan dan berbagai-bagai lagi. Tetapi tidak sedar dengan hakikat
kedua-dua yang sedang berunding itu sudah di isyaratkan oleh rakyat yanga
menyandang itu patut bersara dan yang pihak yang kepingin untuk mengambil alih
kuasa itu juga telah di isyaratkan untuk tidak menjadi gantian kepada
penyandang itu.
Itu sebabnya saya sebut dalam
posting yang lepas, kedua-dua yang merundingkan kerajaan itu sesungguhnya tidak
selayaknya menjadi perunding kepada kerajaan perpaduan atau apa-apa nama pun
kepada kerajaan itu.
Isyaratnya telah diberikan oleh
rakyat yang Najib perlu meletakkan jawatan dan bersara, Anwar pula mendapat
isyarat yang rakyat tidak mahu beliau menjadi gantian kepada pimpinan UMNO
yang rosak itu.
Kedua-duanya patut bersara kerana
telah pun di isyaratkan oleh rakyat dalam pilihanraya yang baru berlalu itu.
3 comments:
Umat islam akan kalah kalo terlalu percaya dgn demokrasi...demokrasi bukan la satu undang undang atau sistem yg betul mengikut islam...
Org islam mesti sedar kemana dia akan pergi jika telah meninggal dunia..demokrasi hanya momokan ahli politik yg menceduk idea dari barat...sehinnga boleh menyebabkan org islam sesat...
Hanya pemimpin yang benar-benar berjiwa besar sahaja sanggup mempertahankan sistem dan memperjuangkan 'semangat' sistem itu.
Pemimpin sekarang hanya pegang sistem, tapi tidak berani memperjuangkan semangat sistem itu. Kenapa? Kerana yang mengancam kedudukan mereka ialah 'semangat' itu bukan sistemnya.
Pak Aspan,
Satu waktu dulu Mahathir menyerang Tun Abdullah Badawi bermacam cara dan bentuk dan dibantu oleh Muhyiddin Yassin. Malangnya Pak Lah menyerah kerusi perdana menteri kepada Najib Razak. Ramai waktu itu dibutakan dengan agenda Mahathir yang sebenar. Ramai yang hanya nampak Pak Lah dan bukannya agenda Mahathir.
Mengapa Mahathir tidak serang Najib sebagaimana beliau serang Abdullah?
Sebab agenda beliau sudah mulai tercapai dengan Pak Lah berundur dan beliau tidak inginkan UMNO kalah pada PRU13.
UMNO perlu kekal berkuasa supaya agenda Mahathir untuk melihat salah seorang anaknya menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri Malaysia berlaku.
Kini semboyan telah dibunyikan untuk Najib Razak berundur supaya agenda anak Mahathir menjadi timbalan perdana menteri menjadi semakin dekat.
Post a Comment