Tun Dr Mahathir sudah memberikan
reaksi terhadap anggapan Abdullah Badawi yang tindakannya membatalkan projek
yang telah diambil semasa pentadbiran beliau (Mahathir) ialah untuk mengelakkan
negara menjadi muflis. Abdullah menjawab kenapa beliau membatalkan keputusan
yang telah diambil oleh Mahathir apabila beliau (Abdullah) mengambil alih kepimpinan
negara dalam wawancara beliau didalam buku ‘The awakening’ hasil kerja Professor
Chin dan Welsh.
Saya sememangnya tertunggu-tunggu
jawapan Dr Mahathir kerana kata-kata beliau sejak menjadi Timbalan Perdana
Menteri lagi sememangnya menjadi minda saya untuk mengikutinya. Oleh kerana
saya sejak tiga puluh tahun dahulu mengikuti setiap kata-kata dan kenyataan
beliau , maka saya tahu dimana beliau bercakap benar dan dimana beliau
berbohong atau dimana beliau bercakap untuk mengelirukan semua orang.
Beliau boleh berbahas dengan
menggunakan bahasa yang kasar dan juga boleh mengambil tindakan menyindir jika
beliau sudah tidak mempunyai ruang untuk membalas perbahasan musuhnya dengan
tepat dan jelas.
Kali ini beliau menjawab tanggapan
Abdullah Badawi itu dengan sindiran. Beliau menjawab dengan menyindir Abdullah jika beliau (Mahathir) bersara lama sebelum
itu negara akan berada dengan wang yang menggunung, tetapi Abdullah tidak juga
dapat mempertahankan kemenangan tradisi BN dengan majoriti 2/3 dalam
pilihanraya ke12 yang lalu.
Mahathir berkata, jika beliau
berhenti jauh sebelum tarikh yang beliau sebenarnya bersara dahulu beliau
membayangkan yang negara tidak akan ada KLCC, jambatan P Pinang, Putrajaya,
KLIA dan berbagai-bagai projek raksaksa yang kita lihat sekarang ini.
Bagi saya diantara Mahathir
dengan Abdullah pergesiran mereka bukan kerana perjuangan. Sebenarnya Mahathir
merasakan Abdullah tidak menunjukkan sikap berterima kasih kepada beliau
(Mahathir) dengan secukupnya. Beliau mahukan Abdullah terus-terusan menunjukkan
perasaan bersyukur yang tidak terkira kerana menjadi Perdana Menteri diatas
pilihan beliau (Mahathir). Mahathir tidak mahu setakat Abdullah mengucapkan
terima kasih sahaja. Mahathir mahu Abdullah sentiasa berhutang budi kepadanya
dan sentiasa ‘berzikir’ dan ‘mengtauhidkan’ beliau ‘in perpetuity’.
Itu sebabnya setelah Abdullah
mengambil keputusan membatalkan projek jambatan bengkok itu, beliau mengambil
isu itu sebagai alasan untuk memulakan serangan terhadap Abdullah. Sebenarnya
Mahathir sudah mempunyai perasaan marah dan kecewa terhadap Abdullah hanya
sebulan dua selepas Abdullah mengambil pimpinan negara. Pembatalan projek
jambatan bengkok itu hanya di jadikan penyebab untuk menyerang dan melepaskan
perasaan marah dan kecewa beliau sahaja.
Dr Mahathir kecewa dengan
Abdullah kerana Abdullah tidak menghormati keputusan kerajaan pimpinannya
sebelum ini dengan membatalkan apa yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan.
Tetapi ini adalah perkara yang biasa bagi seseorang yang mengambil alih
pentadbiran baru. Mahathir sendiri tidak menghormati banyak perkara yang telah
dipersetujui oleh Kabinet Hussein Onn sebelum beliau.
Kabinet Hussein Onn telah mengambil
keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana kerajaan negeri atau mana-mana
agensi kerajaan supaya tidak menubuhkan syarikat yang menubuhkan Saham Amanah
untuk memberikan tumpuan kepada Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh
Amanah Saham Nasional Bhd sahaja.
Selain dari ASNB tidak dibenarkan
mana-mana pihak menubuhkan sekim amanah kerana ia akan membantutkan usaha
terancang untuk memindahkan hasil kekayaan negara kepada Bumiputra. Kerajaan
hanya bersetuju untuk membenarkan sekim Amanah yang diurus oleh TKMB (Tabung Kumpulan Modal Bumiputra) yang di
urus oleh Amanah Saham MARA Bhd sahaja.
Tetapi Mahathir mengenepikan
keputusan ini apabila mengambil alih kepimpinan negara dan membenarkan banyak
negeri-negeri menubuhkan Amanah Saham mereka sendiri seperti Amanah Saham
Terengganu, Selangor, Johor dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan lain menubuhkannya.
Hasilnya berbillion wang
Bumiputra telah hilang kerana masing-masing mempunyai pasaran Bumiputra yang
sama. Hasilnya semua sekim amanah yang bercambah itu telah mengalami kerugian
dan ditutup operasinya. Orang Melayu kerugian berbillion ringgit wang simpanan
mereka yang tidak seberapa itu.
Sebenarnya ‘kesilapan’ Abdullah
hanyalah mengecewakan kehendak peribadi Dr Mahathir sahaja. Abdullah tidak
sedar yang beliau telah dipilih oleh Dr Mahathir kerana Mahathir merasakan
beliau boleh di perlakukan apa sahaja oleh beliau (Mahathir) kerana Mahathir
masih banyak agenda peribadi beliau dan memerlukan Abdullah untuk memberikan
ruang bagi mendapatkannya.
Dr Mahathir tidak tahu yang Abdullah
walaupun seorang yang lembut, tetapi lembutnya Abdullah tidak boleh disudu oleh
Dr Mahathir. Abdullah sememangnya seorang yang bukan mudah mendengar kata-kata
nasihat Mahathir kerana beliau juga tahu niat dan kehendak Mahathir itu
selalunya bertentangan dengan aspirasi rakyat yang ramai.
Akhirnya siapa sahaja yang
menjadi pilihan Dr Mahathir adalah pilihan salah dan akhirnya Mahathir juga
yang akan berusaha menurunkan mereka yang beliau naikkan. Musa Hitam pilihan
beliau, akhirnya Musa juga tidak sesuai dengan beliau. Musa digantikan dengan
Ghaffar, akhirnya beliau memilih Anwar untuk menumpaskan Ghaffar. Selepas itu
beliau juga sedar yang Anwar juga bukan pilihan yang betul bagi beliau maka
Abdullah lah yang dijangka orang yang paling sesuai untuk menggantikan beliau.
Apabila Abdullah menjadi gantian
kepada beliau, Abdullah juga tidak sesuai, maka dari persaraan beliau menyuruh
arah Muhyiddin untuk bergerak menolak Abdullah kerana akhirnya beliau berhasil
mendapatkan gantian kepada Abdullah, iaitu Najib.
Sekarang ini sudah dipanggil
ramai perwakilan UMNO oleh Dr Mahathir dan mengkritik Najib pula. Najib juga
tidak betul kepada Dr Mahathir. Mungkin kali ini Mahathir hendak menaikkan
Muhyiddin pula. Ramai pasti yang Muhyiddin juga akan menjadi pilihan yang salah
jika Mahathir masih hidup sehingga umur 100 tahun.
Pendeknya jika kita menerima
pilihan Mahathir keadaan negara tidak akan menjadi aman politiknya.
Pilihan-pilihan Mahathir semuanya pilihan yang salah.
Kenapa pilihan Mahathir itu
salah?
Jawapannya mudah kerana pemilihan
Dr Mahathir oleh Hussein Onn sebagai pengganti beliau itu adalah pilihan yang
salah. Dr Mahathir sentiasa menuduh timbalannya yang salah kerana pemilihan
beliau sendiri oleh Hussein Onn itu dianggapkan oleh ramai orang-orang lama
dalam UMNO itu sebagai pilihan yang salah.
Kalaulah Dr Mahathir itu pilihan
yang betul masakan beliau mewariskan politik yang kacau bilau seperti sekarang
ini? Beliau (Mahathir) sentiasa memilih timbalan-timbalannya yang salah.
Fomula bagi membuat pilihan yang betul elok dipilih mereka yang dari awal Mahathir tidak suka atau cemburui. Kita mengaku yang semua pilihan beliau itu adalah pilihan yang salah. Yang mana Dr Mahathir tidak suka itu, itulah dia pilihan yang secocok dengan politik dan negara.
Fomula bagi membuat pilihan yang betul elok dipilih mereka yang dari awal Mahathir tidak suka atau cemburui. Kita mengaku yang semua pilihan beliau itu adalah pilihan yang salah. Yang mana Dr Mahathir tidak suka itu, itulah dia pilihan yang secocok dengan politik dan negara.
14 comments:
Salam Bro,
Satu analisis yang thesis dan anti-thesis menghasilkn sintesis yang baik. Hussein Onn patut memilih Tengku Razaleigh dulu...Mahathir terlalu banyak politik.
http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/23/antara-tanda-tanda-kiamat-dan-peristiwa-akhir-zaman/
lmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang;-Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)
Seperti kata aruah ust fazil biar lah tun mahathir panjang umur supaya beliau melihat kemusnahan umno kesan dari tindakannya..
Madey akan pilih setan bodo daripada setan cerdek. Peguam pulak peguam kaki kencing yg dikencing bukan madey tapi rakyat yg kena kencing, silap2 terus berakkan rakyat je. PM yg paling baik didunia ni kata madey cuma dia seorang je yg lain hampeh belaka.
Salam Sdr Aspan.;
Satu ulasan yg tepat. Mengambarkan umno bukan parti yg betul. Manakan betul jika masih memilih daan dipilih pemimpin yg salah.
Ahli2nya berperinsip kalau nak naik misti mengikut "hairachy", tak bolih melangkah kekanannan. Jika ada yg ingin membuat perubahan yg drastik atau mengenengahkan sesuatu yg baru perlu mengikut giliran.
Sampai matilah umno tak akan berubah.
Hiduplah kamu dalam gelumang yg puak2 kamu duduk kata betul selama ini....
Ingat, kuman pembunuh bermula dari satu. Kuasa pembunuh demokrasi bermula dari seorang pemimpin perancang pengkhianatan.
Selagi dia berkuasa bersuara dan di dokong oleh pengikut2 bodoh cerdiknya maka yang baik diusahakan jadi buruk, yang buruk pula diusahkan jadi baik. Bila bercakap tentang musuhnya dia akan mengunakan bahasa sindiran bodoh dalam senyuman "syaitan"
Berdoalah kita supaya makhluk jahiliah dajalan ini cepat terhapus dibumi yang telah diporak perandakan nya.
Pak Aspan,
Warisan Mahathir telah melahirkan hakim negara yang merayukan bahawa Altantuya sebenarnya telah membunuh dirinya sendiri dengan meletup menggunakan C4 di hutan Punca Alam Shah Alam, Selangor.
Mak oiiii...satu catatan yang bagus untuk direnung dan dimuhasah sedalam dalamnya. Habis terlondeh semuanya. Saya pun nampak begitu, sebagaimna pengulas-pengulas di atas. Berdasarkan komen TDM sebelum ini yang hampir semua kesalahan bermula daripada TAAB dan lani Najib lupa dirinya pun 2x5 atau 5x2. Kesannya seperti yg kita lihat dalam kes Altantuya ni. Saya sebagai rakyat yang pernah mengikuti Kursus Tatacara Mahkamah dan Pendakwaan di ILKAP pun rasa cara pendakwaan tak seperti yg saya belajar. Kata pepatah Indonesia " Lain Ubi Lain Gaplek, Lain Teori Lain Praktek".
Sebenarnya silap ahli umno sendiri samada akar umbi dan pemimpin umno...sudah tentu mahathir itu bukan melayu ..kenapa di pilih mahathir sebagai ketua..jika hendak betulkan sesuatu..betulkan pada pangkalnya...jika sesat perjalanan..balik ke pangkal jalan..
Sekarang ini,mahathir BUKAN pedana menteri..dan BUKAN juga presedin umno..kenapa ahli umno tidak balik ke pangkal jalan..berapa banyak org yg bukan berdarah melayu dlm pucuk pempinan umno..sampai seorang kristian pun menjadi ketua umno bahagian...
Ada otak,letak kat lutut..itu lah masalah org umno..selepas mahathir..2 org presedin yg berdarah melayu/nusantara pun tidak boleh ambil tindakan untuk membersihkan umno..kerana mahathir lah org melayu membenci umno sampai kini..
Kecelaruan dan kekeliruan ahli umno yg menyebabkan apa yg ahli umno umno hadapi hari ini...majaroti org melayu dlm pru lepas menolak umno..tetapi tidak hebohkan..
org melayu terutama ahli umno harus ikut pepatah suntzu `` If you know your enemies and know yourself, you will not be imperiled in a hundred battles..tetapi ahli umno tidak tau sape musuh mereka..musuh melayu adalah mahathir..ahli umno TERTIPU dgn mahathir..
Ahli UMNO tunggu apa lagi, buang Mahathir jauh2; jangan terpengaruh dgn bisikan2 halus beliau.
Transformasi UMNO harus bermula dgn membersihkannya daripada doktrin Mahathir dan kembali kpd Quran dan sunnah
dah tanam pokok beracun (dah jadi acuan), buah boleh dimakan ka?
Dia sengaja memilih timbalan yang salah supaya dia dapat dilihat kelihatan betul sentiasa.
Kenapa kita memakai baju 'baju dipakai menutup tuboh,
apa diharap kapada Melayu 'semuanya digambarkan bodoh.
Elok makan kalau bersila ' supaya senang menyuap nasi,
molek kita menukar rasa ' kalau semua tidak serasi.
Post a Comment