Berbagai-bagai spekulasi yang
berlaku dalam politik tanah air. Isu yang paling kuat berlegar sekarang ialah
isu kerajaan campuran yang di usahakan oleh dua orang pemimpin ‘famous’ negara
kita, iaitu Najib dan Anwar. Kedua-dua yang sangat ‘famous’ ini telah berperang
sebelum dan semasa pilihanraya tetapi dalam masa mereka berperang mereka
berjumpa dan berunding dan merancang beberapa hal politik masing-masing.
Mereka berunding bukan untuk
mencari penyelesaian masalah negara seperti rasuah dan salah guna kuasa, tetapi
bagaimana mereka boleh mempertahankan kuasa dan menikmati kuasa dalam politik
tanahair. Dalam pada itu rakyat telah berbelah dan bermusuhan dengan ‘team’
masing-masing, BN dan Pakatan Rakyat. Apabila diketahui ramai yang mereka
berdua pernah berjumpa dan bertemu dan berunding untuk kepentingan mereka, sudah
lihat kecenderungan rakyat sudah mula yakin yang pimpinan samada dipihak BN
atau pun Pakatan Rakyat adalah sama…iaitu untuk kuasa peribadi. Mereka berpakat
kerana kedua-dua mereka dalam ‘desperation’ untuk kembali menjadi relevan.
Ramai yang merasa tertipu dan
merasa yang mereka di permainkan oleh pimpinan masing-masing. mereka yang ramai
ini sedar yang mereka hanya digunakan oleh pimpinan masing-masing sebagai ‘kuda
pelejang’ sahaja. Berdemo di sana,
berdemo disini, memekik disana sini menaikkan serta menegakkan pimpinan
masing-masing. Akhirnya mereka sedar mereka telah dijadikan perkakas
semata-mata. Ada
yang berkata dibawah-bawah ini yang mereka tidak akan membiarkan diri mereka
untuk jadi ‘anjing salak’ sahaja.
Pendeknya penyokong-penyokong
Pakatan hanya diperguna oleh Anwar sebagai ‘parang bengkok’ untuk menebas semak
dan samun yang menghalang Anwar untuk maju mendapatkan kehendak dan kemahuan
beliau. Begitu juga di pihak BN, Najib hanya menjadikan penyokong-penyokong
beliau untuk dijadikan ‘parang bengkok’ untuk menebas pihak yang cuba
menerajang beliau dari Putrajaya.
Ramai yang berkata yang
sebahagian besar meereka di dalam UMNO tidak bersetuju dengan kerajaan
perpaduan itu kerana mereka bukan sesungguhnya mahu mencari formula untuk
negara sebaliknya ‘kerajaan perpaduan’ itu hanyalah helah untuk mendapatkan
kuasa peribadi mereka sahaja. Kedua-dua Najib dan Anwar adalah dua orang pemimpin
yang tidak sampai hajat mereka walaupun sebahagian doa mereka telah terkabul.
Doa Anwar untuk melemahkan UMNO
dan BN terkabul tetapi hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak terkabul.
Disebaliknya doa Najib untuk terus menjadi PM itu terkabul tetapi hajat untuk
mendapatkan kememangan 2/3 tidak kesampaian. Ini adalah kes doa terkabul hanya
hajat tidak kesampaian.
Akhirnya kita melihat keadaan
dalam mana Anwar begitu kecewa kerana yang beliau lihat sebagai sokongan yang
akan membawa beliau ke Putrajaya tidak menjadi kenyataan. Ternyata Anwar
bukanlah pilihan rakyat untuk dijadikan Perdana Menteri dan Najib juga bukanlah
PM yang dimandatkan untuk menjadi seorang pemimpin dari BN yang mendapat
sokongan kuat dari rakyat.
Bagi kedua-dua pemimpin ini,
mereka perlu melakukan introspeksi yang mendalam kenapa mereka tidak kesampaian
hajat mereka. Tentunya ada hikmah disebalik kegagalan mereka berdua untuk
mendapatkan apa yang mereka kehendaki serta hajati.
Dua orang yang gagal tidak
mungkin mendapat mandat dari pihak masing-masing untuk berunding bagi
menentukan masa depan negara. Selesai masalah mereka berdua tidak semestinya
boleh menyelesaikan masalah negara.
Diantara yang di sebut ramai
ialah kedua-dua Najib dan Anwar telah berunding untuk Najib terus jadi PM buat
sementara waktu dan Anwar sementara itu menjadi Timbalan Perdana Menteri
pertama dan Muhyiddin telah diputuskan oleh mereka sebagai Timbalan Perdana
Menteri kedua sahaja.
Najib dan Anwar mesti memahami
yang negara ini bukannya kepunyaan mereka berdua sahaja. Ia kepunyaan seluruh
rakyat. Jika ada pun kerajaan perpaduan tidak ada diantara mereka boleh
dijadikan PM kerana yang merosakkan negara tdak sepatutnya di lantik dan
dipilih untuk menerajui pemulihan negara.
Bagi saya jika mahu merosakkan
negara berikanlah negara ini kepada mereka berdua untuk memimpin negara. Jika
mahu menambah buruknya kerosakan negara, berikanlah juga kepada kedua-dua
pemimpin ini untuk membetulkannya kembali.
Sekian…
15 comments:
Tuan Aspan!
Jangan pandang lekeh untuk kedua-dua belah pihak nak berpadu. Keadaan sekarang adalah tak baik untuk negara sejak BN memerintah.
Tindakan Najib adalah betul, dan saya yakin ramai pendokong PR begitu. Kerana Anwar boleh jadi check and balance bagi perangi rasuah, jangan samakan Anwar kini dan masa dahulu. Dia dah banyak berubah.
Pihak BN kena respect pada Najib sebab berani. Itu yang rakyat mahu. Tengok PR dapat 51% undi popular, BN 47%. Silent majoriti yang Utusan Malaysia war-warkan adalah kelentong taik kucing, silent majorti meyokong PR.
Tuan harus ingat. Najib ada strategi yang mungkin akan mudaratkan dan melenyapkan Umno. Jika umno tendang dia, saya yakin BN akan tumbang!!!!
Ingatkah insiden 16 Sept? kali ini bukan Sabah, tapi Najib dan teamnya akan melompat masuk dalam kem PR, dan mahathir pasti kena sekali ni....
Najib and anuwar must be investigated and charged for treason for consorting with foreign powers in the internal affairs of this country,prior to elections of 5.5.13.
Najib and anuwar conspire to play politikal games to prolong their public life at taxpayers expenses in perpetuity.
arjuna waspada
changkat lobak
Dua-dua desperate. Dua-dua ada isu mereka sendiri. Kalau bersatu dapatlah menjaga masalah masing-masing dan berlindung disebalik kuasa. Dua-dua tak layaklah...titik!
Anwar tidak melangsungkan cita-cita kita yang menyokong beliau. Sekarang dia nak berkompromi pulak dengan Najib tu.
Pnat kita kata Najib tak baik. Najib itu dan ini, mengikut lenggok Anwar. Sekarang dia kompromi pulak
Kita tinggalkan Anwar kerana perjuangannya tak selesai sampai bila-bila.
Kita bergaduh dibawah ni pasal membantu Anwar. betul-betul cila.... budak ni.
najib dan Anwar, bagaimana kita yang dah bengkak bengkek kepala kerana kamu berdua ini?
Salam semua and anon 22.32,
1.Yang mustahak BN menang 133 kerusi dan hanya 89 bagi PR.UMNO sahaja 88 kerusi hampir menyamai kerusi PR secara total.PR gagal membentuk kerajaan after so much hype and fad by Anwar/PR.
2.Undi popular adalah disebabkan 30% jumlah semua pengundi adalah dari kaum Cina dimana 90% memihak PR dan perpecahan Melayu dan bersatunya pengundi China.63% pengundi Melayu masih memilih BN (Ref: Dah Ikhwan weblog)-Bagi analisa undi PRU 13 secara Statistical Analysis tanpa emosi.
3.Final analysis and consequences Chinese are not well represented in the gomen which is NOT good for multiracial Malaysia.If this is what the Chinese wanted then let it be.After all they desire to change a proven Muslim Malay govt led by UMNO believing Anwar would deliver this time, and sadly,as expected,they miserably failed!!.They wanted Malaysia becoming more secular and not more orthodox like now according to Lee Kuan Yew (Reaf: LKY book- One man's Visions of the World).Dismantling a proven system is like moving a mountain-not being practical and realistic demographically.
4.Have predicted all along it has to be a BN win without reservation in the final analysis.Najib has given too much face to Chinese voters demands and request and they(Chinese Voters) did not return the favours and reciprocate.Why trusted DSAI in the first place.He is a no no PM and he appear dubious by many.
5.Tun sets too high a standard of reference as a PM in his 22 years tenure for other PM to follow whether one likes it or not .His contemporary Mugabe won big again and is now 89.Mahathir stepped down voluntarily and not voted out like Anwar the PM wannabe.Since Malaysia is not like Egypt and other troubled Arab countries,alhamdulillah, we are doing fine with no more street rallies and blackot 505 hopefully,insyallah.
6.DAP more democratic ?.Congratulations for respecting ROS,at last.Hopefully those 753 Indian voters are allowed to vote this time and a fair CEC election held.Still believing Zairil is a Malay?.Who LGE is fooling?.Window dressing.DAP is a Chinese leftist and extremist party.Forget Multirscialism .It does not exist in DAP, period.
7.No reason for Najib and team to lompat for PR, the loser.For what?.Who in the right mind would believe and trusted Anwar after that 16 Sept.?.
Provocative and disagree ?.Lets hear your opinion.It is only my views.Don't get offended.Cheers and thank you.
@ Kampong man.
Apa lagi ada pada mereka berdua ni.Seorang berbaki kehancuran dan seorang lagi kemusnahan, itu sahaja saki baki perjuangan yang tertinggal dalam perjuangan merdia. Maka jalan selamat ujudkan KERAJAAN PERPADUAN.
Kepada rakyat Melayu, China dan India kita dalam era persimpangan baik atau buruknya negara kita yang akan ditagam dlm perjudian kuasa mereka dan ditambah pula oleh Mahathir akan rakan kongsi untuk kearah itu. Awas tuan tuan. Sekarang TIDAK boleh lagi di pakai pepatah ini " BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT"
Maaflah, itulah hakikat hidup manusia di akhir zaman, terutama pemimpin Melayu.
Good one Kampong Man..Whatever this fella said or try to "putar putar"; Tun Mahathir is still the best PM and BN was and is still the best party to rule the nation.
Rakyat should take stock of the situation in Egypt and take few lessons.You deposed an autocratic man and replaced with Morsi.Under Mubarak you got security and chance to be employed but minimal political freedom. Under Morsi you got a lot of political freedom , less security and you expect this man got a magic wand to resolve long outstsnding problems.You kicked out Morsi and now you get military dictatorship.Salah siapa? Salah orang Mesir kerana mudah diperlekehkan dan dipergunakan dan yang merana adalah mereka sendiri.
Eloklah kita berasa bersyukur dengan apa yang ada, ada kelemahan kita perbaiki kerana pemerintan yang tak diuji mungkin akan membawa bencana kepada negara.
Batu Ronson
fahami politik...no permanent friends and enemies but interest so what the issue as long as national interest is protected...Aspan just define national interest and if in line with Najib and Anwar so be it...rather than being suspicious ...you know politic but don't think politic macam orang kampong...
Mungkin kedua-dua perlu ditolak dan cari pihak yang ketiga. Siapa? Dulu pada zaman ada Jemaah al Arqam, pemimpin al Arqam menyatakan dialah pihak ketiga.
Salam semua,
Let's drift a bit away from endless politics of Najib, Anwar and Mahathir and focus on what we as fathers can do and expect our sons to do and to be.
1.We have always wanted to change for the better as we progrees through life like what Yusuf Islam, once known as Cat Stevens message to his son in his song below.
FATHER AND SON
It's not time to make a change, just relax, take it easy
You're still young, that's your fault, there's so much you have to know
Find a girl, settle down, if you want you can marry
Look at me, I am OLD , but I'm HAPPY !!
I was once like you are now and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot, why, think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not....
2.You may wish to google a father's expectations of the sons in the U-Tube below.
"A Parent's Love-I cried after watching this "
It has over 4 million hits !!
Too much politics is bad for health.Sorry for the diversion.Gracias !
@ Kampong man.
My dear kampong man,
Our government and politics shape how we live. Your education, your speech, your opinions, your way of life—they are all things that have been protected for you by our legislation.
Politics affects everything we do in our lives. Politics is the driving force in how and where we live, matriculate, and recreate.
Politics touches everything in our life!
Politics is not just a hobby; it is our civil duty to care, follow, and help shape our politics.
We have to realize that most of what we cherish in this nation is a result of the political process; it did not appear out of thin air.
Just as any good things were attained through the political process, they can be taken away by the political process, too.
That is why politics is so important. Politics colors the canvas of our lives every day. Politics is too important to be apathetic about.
Salam bro above,
Indeed ,politics is important.It shapes our life greatly.I am in agreement.Thank you.Bro Aspan and I we both spent not less than half dozen years in the UK studying and working as well.My story is then is about British politics.
Now,back to this cerita father and son relationship and their perception on politics seemed so different than us. Let's hear their version of politics then as per below.
FATHER AND SON- ON POLITICS
Son: Dad, I have to do a special report for school. Can I ask you a question?
Father: Sure, son. What's the question?
Son: What is politics?
Father: Well, let's take our home for example. I am the wage earner, so let's call me “Tony Blair.†Your mother is the administrator of money, so we'll call her “Gordon Brown.†We take care of your needs, so we'll call you “the People.†We'll call the maid “the Working Class,†and your baby brother we can call “the Future.†Do you understand, son?
Son: I'm not really sure, Dad. I'll have to think about it.
That night, awakened by his baby brother's crying, the boy went to see what was wrong. Discovering that the baby had seriously soiled his diaper, the boy went to his parents' room and found his mother sound asleep. He went to the maid's room where, peeking through the keyhole, he saw his father in bed with the maid. The boy's knocking went totally unheeded by his father and the maid, so the boy returned to his room and went back to sleep. The next morning he reported to his father.
Son: Dad, now I think I understand what politics is.
Father: Good, son! Can you explain it to me in your own words?
Son: Well, dad, while Tony Blair is screwing the Working Class, Gordon Brown is sound asleep, the People are being completely ignored and the Future is full of s**t.
Just another anecdote what politics is to some people.Just taking a breather on the lighter side of politics bro.
Thank you.
T A M M A T
@ See ya on other blogs.Have fun.
Cakap tak serupa bikin
Setuju, Anu-war ni cakap tak serupa bikin.Apa ke jadahnya perpaduan dengan Anu-war.
Post a Comment