Saya ingin membetulkan kata-kata
saya yang di petik oleh FMT hari ini yang saya berkata yang DAP terbukti sebuah
parti berbilang kaum. Saya ingin memperjelaskan yang saya tidak berkata begitu
dan saya tidak berbohong dalam isu ini.
Petikan itu mungkin akan di salah
takrifkan oleh pembaca FMT kerana saya tidak pernah berkata yang DAP itu
terbukti sebagai parti berbilang kaum. Yang saya sebut hanyalah PRK Teluk Intan
ini memberikan peluang kepada DAP untuk membersihkan imejnya sebagai parti yang
hanya melaungkan multiracialism yang tidak pernah dilaksanakannya.
Saya menyebut lagi yang PRK Teluk
Intan ini merupakan peluang bagi DAP untuk cuba membuktikan kepada rakyat yang
parti itu adalah parti berbilang kaum dengan tercalonnya Dyana Sofia sebagai
calon DAP. Saya telah menyebut lagi yang rakyat akan tahu samada DAP
serius dan jujur untuk melaksanakan keperbilangan bangsa dalamnya dalam
pilihanraya umum yang akan datang. Jika jumlah nya masih kecil nanti maka DAP
akan dianggap meneruskan sikap chauvinisnya seperti apa yang telah
dipersepsikan oleh rakyat, terutamanya dikalangan orang Melayu.
Saya mengingatkan DAP supaya
jujur terhadap pencalonan Dyana, bukan setakat untuk dijadikan ‘window
dressing’ semata-mata.
Pendeknya walaupun saya memberikan
sokongan kepada pencalonan Dyana sebagai calon, tetapi saya tidak pernah
berkata yang DAP telah membuktikan yang parti itu adalah parti berbilang kaum
kerana tidak ada apa-apa ‘attribute’ sebagai parti berbilang kaum.
Sila baca tulisan sepenuh saya
dalam blog saya (aspanaliasnet.blogspot.com), untuk mendapatkan pandangan saya
yang sebenarnya tentang isu parti berbilang kaum ini. Saya tidak mahu petikan
oleh FMT itu memesongkan apa yang saya ingin sampaikan.
Terima kasih.
6 comments:
Salam En Aspan.
Ini masaalahnya dengan penyokong dan media taksub pada parti parti mereka.
Cepat sahaja membelit berita dengan separuh benar dan separuh liar.
Diharap saudara bersabar.
Argonite.
Aden dah lamo tak baco FMT , Malaysia insider , aden balik pado Utusan jugo ,lagi bonar.
Baco FMT ni kobou bulih jadi gajah.
Right... bersikap jujur lah. FMT konon hendak jadi media ideal. Masaalah nya masih berat sebelah.
Terus terang, makin banyak di baca makin mual nak muntah ! Dari situ kita boleh menilai jiwa dengan lebih. Fitrah yang betul atau salah kerana setiap tahun di wajibkan membayar fitrah. Untuk apa ?
Kita fikir berbeza demi tidak mempengaruhi. Jika Tuhan kita SATU, ikutlah akidah tanpa sedikit pun keraguan di hati. Itu yang terpenting.
I sokong dyana sebelum pencalonan. Tapi menarik balik sokongan dan akan mengundi BN apabila dia minta UiTM mengambil pelajar bukan melayu. Macam mana nak sokong sedangkan beliau yg belajar di UiTM tidak faham bagaimana ITM itu diwujudkan.
glamour terlalu awal.
salam tuan - tarif tnb
Tarif elektrik diramal naik 39% lagi 18 bulan
http://www.malaysiakini.com/news/263443
Bro, there is no such thing as multiracial party in this country.
As long as DAP' slogan of Multiracial nobody trusts the party. That party is impregnated with deceits and lies.
It's a Chinese party nothing more and nothing less. If the party takes over the federal gov, what RSN Ryer from Penang will be heard every time, everywhere.
What was said by the Dap rep in Penang Legislative assembly is just tips of the ice berg.
Time will tell the truth.
Post a Comment