Isu hudud nampaknya sudah mula
reda dan PAS pun sudah kurang bercakap tentang hudud kebelakangan ini. Mungkin
kerana pilihanraya Teluk Intan yang menyebabkan PAS sudah kurang bercakap
tentang hudud ini kerana kepentingan pilihanraya di kawasan majoriti Cina itu yang
sudah pasti tidak mahu hudud dilaksanakan.
Ramai yang bersetuju dengan hudud
ini menganggapkan yang PAS sudah sepatutnya memulakan penerangan tentang hudud
yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Tetapi apa yang jelas akhir-akhir
ini nampaknya PAS sendiri tidak bercakap lagi tentang hudud itu. Malahan
TGNA sendiri meminta supaya isu hudud
tidak disebut dalam PRK Teluk Intan sekarang ini.
Kita mesti ingat yang memulakan
isu hudud ini adalah PAS dan tidak kurang yang menyokongnya, tetapi mereka yang
menyokong sekarang sudah ada yang merasakan mereka telah terdorong untuk
menyokong dan sudah terasa mereka akan kecewa kerana PAS sudah berehat untuk
bercakap dan menyusun tata-cara bagi perlaksanaannya.
Rupa-rupanya perjuangan ada
rehatnya. Ada
masa perlu diperjuangkan dan ada pula masanya untuk tidak memperkatakannya. Isu
ini begitu hangat dan telah berjalan jauh, malahan sepatutnya sekarang ini
sudah ada rangka penerangan yang patut diketahui umum tetapi kita masih
tertunggu-tunggu bila isu ini akan digiatkan semula.
Kalau isu GST mudah untuk
diterangkan kenapa isu hudud ini susah sangat untuk diterangkan jika pihak yang
ingin melaksanakan undang-undang Islam ini sudah memahami segala-galanya
tentang hudud ini terutamanya dalam hal perlaksananaannya.
Apakah PAS sendiri sudah
merasakan was-was tentang kejayaan usaha melaksanakan undang-undang Islam ini?
Kita tidak mengatakan yang undang-undang ini perlu dilaksanakan secara
tergesa-gesa tetapi eloklah diberitahu kami yang menyokongnya bagaimana cara
dan bila dalam jangkaan PAS yang hukum ini akan terlaksana.
Setidak-tidak perancangannya
wajar diberitahu rakyat sekarang ini agar dapat orang ramai memberikan
pandangan tentang perlaksanaannya asalkan sahaja ia tidak keluar dari parameter
hukum syariat agama ini.
Justeru sekarang ini apa yang
sangat perlu bagi PAS menjawabnya ialah samada parti itu benar-benar serius
untuk perlaksanaannya atau hanya untuk meriuhkan keadaan rakyat yang masih
ramai berbelah bagi tentang perlaksanaan hukum ini.
Isu ini jika terus senyap seperti
hari ini maka kita tidak hairan jika PAS akan berhadapan dengan desakan rakyat
untuk perlaksanaannya dan akhirnya ia akan menghilangkan banyak keyakinan orang
ramai terhadap PAS.
Apa rakyat takuti PAS bercakap
tentang isu ini sebelum mereka benar-benar bersedia untuk perlaksanaannya. Yang
akan menghadapi masalah nanti bukannya pihak-pihak mana, tetapi yang akan
menerima beban politiknya nanti ialah parti PAS itu sendiri.
Kita takut jika orang ramai akan
menganggap PAS seperti 'menceduk masakan yang belum sempat masak' sahaja. Jika
PAS gagal melakukan apa yang dijanji dan diperjuangkannya, maka ia akan
dianggap kemenangan bagi mereka yang tidak selesa dengan hukum Islam ini.
Lain-lain perkataan PAS telah
memulakan isu untuk menggagalkan parti mereka sendiri. Itu yang kita takutkan,
bukannya semata-mata untuk mencari salah terhadap parti itu.
Janganlah ada masa tidak boleh bercakap tentangnya dan ada masa boleh disebut pula. Kalau benar-benar serius, apa yang hendak ditakutkan ada pihak yang tidak bersetuju dengannya.
Ini bukannya isu politik, tetapi isu agama, kerana kita mempunyai agama yang sarat dengan perlembagaan agamanya dan undang-undang Tuhan. Jika ia menjejaskan perlembagaan negara, PAS patut memberikan penyelesaian untuk mencari 'point of reconciliation' diantara perlembagaan sekarang dengan undang-undang hudud yang mereka berjanji untuk melaksanakannya.
6 comments:
Sebelum ini PAS sudah kurang bercakap tentang negara Islam, kini hudud, lepas ini entah apa pulak.... Apa yg boleh diperhatikan satu persatu prinsip perjuangan PAS telah tergadai menyebabkan ramai umat Islam semakin hilang keyakinan terhadap perjuangan PAS. PAS mesti segera sedar dengan perkara ini..
Saya tidak nampak PAS sudah berhenti berkenaan hudud. Bbrp seminar telahpun di adakan dan terbaru di kelantan. Jawatankuasa teknikal telah pun ditubuhkan dan diberi mandat utk perbetul/perbaiki mana yg perlu. Biarlah mrk melakukan kerja mereka dan kita tengok sejauh mana outputnye. Bagi pihak yg sering melaungkan freedom of religion, mengapa apabila umat islam ingin melaksanakan tunntutan agamanya ssering dinafikan.....
Aspan,
Your good friend from NS has spoken
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/zan-azlee/article/if-a-pig-drank-from-a-river
Hisham Rais from Jelebu
Orang macam Aspan patut berhati-hati takut nanti terdorong mempertikaikan pelaksanaan hudud.Bila hajat atau niat telah diberikan maka kini masa membuat kerja. Takkan semua nak lapor pada orang macam Aspan. Bersihkan hati, tuluskan tekad untuk benar-benar bersama mereka yang inginkan pelaksanaan hukum hudud ini.Insya Allah Allah bersama kita.
Anon 22:50,
Alhamdulillah lah jika benar serius dalam usaha perlaksanaan hudud itu.
Jangan berundur lagi...laksanakan betul betul.
Hanya saya takut ia terjadi seperti banyak janji-janji partilain, tetapi tidak jujur untuk melaksanakannya.
Itu sahaja...
Lebai PAS mesti punya lah dop pertegak benang basah ,PAS ni mcm2..idea nk kaperkan org pun dia,nak buat hudud x jadi,kronikan sumber balak pun dia..pastu ramai yg suka menjual hadis nak membenarkan hujah yang lemah..Akhirnya PAS akur bhwa cara politik org kaper tu juga cara mereka..betul lah kata pak Aspan,deme ni berjuang ada rehat..kah kah kah..
Post a Comment