15 May 2014

UMNO bergaduh sesama sendiri kerana 'harta rampasan' sahaja, bukan kerana isu negara

Krisis UMNO Terengganu akhirnya selesai. Yang keluar parti telah kembali dan membatalkan tindakan keluar parti. Tindakan ini berlaku agak biasa dalam UMNO. Dalam tempoh dua hari sahaja Ahmad Said, dan dua orang ADUN Terengganu telah kembali kepada UMNO dan kembali ‘bersatu’ setelah Najib memohon maaf kepada Ahmad Said diatas kesilapannya (kata Ahmad Said) yang cuba-cuba hendak menjadi orang tegas dalam keputusannya. Najib telah bertegas tidak mahu menangguhkan tarikh untuk Ahmad Said bersara hanya seminggu.

Dalam rekod ahli parti keluar UMNO ialah dalam kes Datuk Yahya Lampong dari Sabah yang keluar parti tidak sampai sehari dan kembali kepangkuan UMNO semasa pilihanraya negeri Sabah suatu ketika dahulu. Yang agak lama sedikit keluar parti sebelum kembali kepada UMNO ialah Dr Mahathir semasa beliau marah-marah dengan Abdullah Badawi dahulu. Kalau tidak silap saya tidak sampai setahun beliau kembali kepangkuan UMNO setelah Abdullah meletakkan jawatan dan terus memegang nombor keahlian nombor satu.

Keluar masuk dalam UMNO ini sudah menjadi kebiasaan dan mereka yang keluar parti itu akan kembali setelah apa yang mereka tidak berpuas hati itu telah dipenuhi. Dalam kes-kes ini ia mudah diselesaikan kerana mereka bergaduh dan keluar bukan kerana perjuangan dan kepercayaan, tetapi hanya melibatkan isu persendirian. Oleh kerana isu-isunya adalah isu persendirian maka ia mudah diselesaikan kerana berikan sahaja kehendaknya atau gantian kepada sesuatu yang hilang, maka selesailah perbalahan dan kembali bersalaman dan berpelukan.

Yahya Lampong kembali kepada UMNO setelah keluar dari parti beberapa jam sahaja setelah dipujuk oleh pimpinan UMNO. Apa yang menyebabkan pujukan itu berjaya dilakukan, berbagai-bagai spekulasi boleh dibuat. Yahya Lampong lebih kuat sokongan kepada UMNO setelah kembali kepada parti itu dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Ahmad Said juga begitu. Beliau kembali kepada UMNO setelah pucuk pimpinan Najib melalui beberapa orang pimpinan UMNO memujuk beliau untuk kembali. Apakah dia ‘benda’ yang dijadikan alat pujukan itu, tentunya kita akan ketahui tidak lama lagi. Kita boleh lihat, jika ‘benda pemujuk’ itu besar tentulah Ahmad Said akan lebih kuat sokongan beliau kepada UMNO.

Dr Mahathir kembali kepada UMNO setelah kemahuannya tercapai, iaitu bersaranya Abdullah Badawi dari jawatan PM pada tahun 2009 dahulu. Tindakan Dr Mahathir itu juga menjadi senjata serampang dua mata kerana ia memberikan kelebihan kepada Mukhriz dan pucuk pimpinan kita memberikan anak bekas Perdana Menteri itu tempat dalam pilihanraya dan akhirnya menjadi Menteri Besar Kedah sekarang ini.

Semua yang berlaku ini berkisar disekeliling kepentingan peribadi diatas nama perjuangan. Gertak menggertak dalam UMNO ini sekarang sangat efektif kerana kelemahan pimpinan. Kelemahan Najib membuatkan seorang pemimpin seperti Ahmad Said yang tidak ber ‘consequence’ itu penting kepada beliau (Najib) dan memohon maaf kepada beliau (Ahmad Said).

Begitulah budaya dalam UMNO. Budaya ini sudah wujud selama 30 tahun dan ia masih wujud. Mereka tidak bergaduh kerana perbezaan cara dalam perjuangan, tetapi semuanya kerana kepentingan dan ego peribadi sahaja. Itu sebab mudah mendapat penyelesaiannya.

Kalau pergaduhan diantara suami isteri itu selesai kerana memikirkan anak yang sudah besar, pergaduhan dalam UMNO pula selesai kerana ada ‘benda’ yang mahal-mahal diantara mereka yang bergaduh itu. Bahagi-bahagi sahaja ‘benda’ itu selesailah pergaduhan.

Yang letih bertekak dan bergaduh ialah penonton diluar padang sahaja. Yang bermain itu dapat banyak wang ringgit dan menjadi kaya raya, yang diluar padang bergaduh, bakar-membakar kenderaan dan membaling botol dan mendapat kecederaan.

Isu-isu besar negara masih tidak terlerai dan masih terbiar tanpa ada usaha konkrit untuk penyelesaiannya. Pimpinan setiap peringkat masih bergaduh sesama sendiri dalam hal-hal ‘harta rampasan’ perang yang tidak berkesudahan.

12 comments:

maae said...

ha..ha.. ada kebenaran nya, saya akui benar sepert AA tuliskan.

Iya lah, bila sudah bergelumang lama dalam politik, laba mesti dapatkan jua.

Cara bagaimana seperti contoh kerajaan Selangor naikkan elaun dan gaji. Wow ! Pendapatan lain nya, pada pengaruh dan kuasa politik masing-masing.

Semua parti sama. Di P. Pinang, bagsimana ? Yang biasa di negeri-negeri lain, sudah lama kaedah nya. Malah yang berserban, berjubah pun mencari peluang yang sama.

Semua ini boleh mengubah apa saja. Siapa yang tulus dalam berpolitik ? Siapa yang tulus dalam beragama ? Dan siapa pula yang tulus dengan janji bulan bintang nya ? Dengan gigi dan lidah, manusia boleh kaya raya sekelip mata atau sebalik nya. Ini lah senario dunia politik Malaysia sekarang. Haram atau halal bukan perkara utama....

Anonymous said...

malaysia yang lucu dan memalukan. tetapi pemimpin tak pernah sedar dan masih ada rakyat yang mampu diperbodohkan

Anonymous said...

Mereka tidak percaya amalan mereka di dunia ini akan dikira untuk dihisab. Kalau mereka percaya tidak mungkin mereka amalkan politik sedemikian. Ringkasnya maksud fa man ya'mal misqollaa zarrotin khoironyyaroh, w man ya'mal misqolla zarrotin syarronyaroh - al ayat tidak diimani. Adakah ini sifat munafik? Anda fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Teringat cara pembahagi harta dlm gua tak adil dlm kesah Alibaba bujang lapok.

tebing tinggi said...


Aden , kalo kobou Den merajok ,Aden biorkanjo ,tak kuaso Den.

Anonymous said...

Dgn puak2 UMNO ni janganlah cerita pasal akhirat atau cerita pembalasan akhirat. Dgn Allah swt pun dia tak takut apatah lagi dgn manusia. Itu sebab dia balun semua sentara ada kuasa....ha..ha..ha..

Suffian said...

Bila kita meletakkan amanah / pimpinan bukan pd yg layak, maka tunggulah malapetakanya...rasanya ramai orang biasa mendengarnya kata2 tersebut.
maae...saya rasa mesej Pak Aspan ialah tentang sifat tidak amanah pemimpin2 umno, meletakkan kepentingan diri dari niat asal masuk politik. Pendek kata dlm dunia nyata bukanlah mudah mana2 pemimpin menukar prinsip semudah berlaku di Nganu itu. Kenapa ianya berlaku semudah itu...tak payah le buat2 tak paham. Kalau nak pukul rata yg semua orang berpolitik utk laba semata2, saya fikir kenaikkan gaji exco krjn Selangor semata2 kerana laba politik tidak cukup bagus walaupun ada logiknya. Buleh tak beri contoh pemimpin2 Pakatan yg anak2 mereka atau mereka sendiri terkaya di M'sia atau koman2 pun kayaraya. Saya bercakap tentang integriti...bukan jealous orang melayu kaya, please lah . Tkasih.

Anonymous said...

Tengku Razaliegh juga keluar UMNO tubuh parti baru S46.Tetapi tidak dapat banyak sokongan.Kemudian merujuk kembali.Adakah faktor 'benda' itu menjadikan Tg Razaliegh kembali?

Anonymous said...

Setuju dgn anon 17.25. Apa yg saya perhatikan, kuasa mereka miliki. Maka digunakan kuasa dgn berleluasa utk memenuhi hasrat mereka. Integriti hancur musnah. Pemimpin kebal dari undang-undang. Salah laku tidak disiasat dan diambil tindakan. Mereka bebas sebebasnya walau pun tidak berintegriti.

Anonymous said...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Masih ingat "tiada fulus, tiada urus"? Agak macamtu la politik kite....................

Batu Giling said...

Isu Melayu DAP di Tekok Anson dicalonkan.Apa cerita Aspan.Budak ITM lagi.Dengarnya minah ni mahukan ITM di buka pada bangsa kain sama.Apa cerita?.Setuju ke?.

Aspan Alias said...

Anon 13:01,

Untuk mengembalikan pendidikan terhadap politik sdr, saya hendak beritahu yang Tengku Razaleigh dan ramai yang lain tidak pernah keluar UMNO.

Dengar baik-baik kerana orang yang buta sejarah sememangnya membuatkan ramai orang yang keliru termasuk sdr sendiri.

Sesungguhnya kami TR tidak pernah keluar UMNO tetapi sebaliknya UMNO yang meninggalkan beliau. Maksud saya dan yang faham, UMNO itu telah mati. Saya dan ramai yang lain telah diberitahu isu ini tetapi sdr masih tidak tahu asas sejarah UMNO itu.

Apabila Mahathir menubuhkan parti baru menggunakan nama UMNO baru, TR tidak dibenarkan masuk parti baru itu.

Maka TR dan ramai yang lain atas nasihat Tunku Abdul Rahman Putra, bapa kemerDekaan sertA Husein Onn meminta TR menubuhkan sebuah parti yang bernama S46 yang menggunakan 100 pewratus perlembagaan UMNO yang telah mati itu dengan hasrat untuk memperjuangkan menghidupkan UMNO asal itu jika mendapat sokongan. Parti yang ditubuhkan itu tidak dibenarkan menggunakan nama UMNO kerana kuasa Mahathir, tetapi perlembagaannya adalah perlembagaan asal UMNO itu.

Saya menjawab ini supaya sdr tidak dianggap bodoh oleh mana pihak yang faham. Nampak sangat sdr tidak tahu langsung asas perbahasan ini, dan jika sdr teruskan juga berfikiran sedemikin nanti sdr akan di ketawa dan dilawakan oleh mereka yang faham.

Terima kasih