30 September 2010

PRK DUN Galas - bukan pertandingan diantara BN dan PR.

PRK Galas akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak lama lagi berikutan kematian ADUN kawasan tersebut dari PAS, Chek Hashim Sulaiman 46 tahun akibat kansur usus. Pilihanraya ini merupakan pilihanraya yang tidak seperti PRK yang terdahulu, kerana J/K Pengurusan UMNO telah melantik Tengku Razaleigh Hamzah (TR) menjadi Pengarah Pilihanraya kecil tersebut.

TS Muhyiddin yang sepatut dan lazimnya menjadi pengarah PRK-PRK, mengumumkannya sendiri perlantikkan TR sebagai Pengarah Pilihanraya tersebut dan Mustapha Muhammad, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menjadi Timbalan Pengarahnya.

Kepada banyak pihak perlantikanya (TR) sebagai pengarah dan Pengerusi Perhubungan sebagai Timbalan Pengarah menimbulkan seribu satu persoalan tetapi tidak payahlah kita kaji perkara ini sampai terperinci.

Kita hanya perlu mengetahui yang PRK kali ini merupakan PRK yang sangat penting kepada kedua-dua belah pihak, PAS dan UMNO. Bagi saya ini bukan pertandingan diantara PR dengan BN tetapi pemilihan diantara sesama kita orang Melayu seAgama dan sebangsa. Disinilah ‘acid test’ samada apa yang dilaungkan oleh ramai pemimpin yang beretorik tentang perpaduan dan perjuangan orang Melayu mampu diikuti dengan praktikalnya.

Kita mahu lihat bagaimana pemimpin kita yang melaungkan perpaduan bangsa dan sebagainya bertindak dalam pilihanraya kecil ini. Bagi siapa yang memahami keadaan setempat akan mengambil perhatian yang teliti dan sempurna jika kita inginkan UMNO mengambil kembali kawasan DUN ini dengan cara yang 'civil'.

Elok pemimpin-pemimpin pusat tidak membuat-kenyataan-kenyataan yang semborono sahaja untuk mendapat pubisiti murahan. Kali ini biarkan orang Gua Musang sahaja yang sibuk kerana ditakuti kedatangan orang dan pemerhati-pemerhati dan penyibuk-penyibuk dari luar yang keterlaluan mungkin akan menjejaskan kelancaran PRK itu.

Biarlah pemimpin-pemimpi tertentu sahaja yang datang memberikan sokongan yang diperlukan dan tidak payahlah pihak-pihak yang tidak diperlukan menyibukkan keadaan disana. Tak perlulah Puteri UMNO datang dengan baju dan gelang emas yang sampai kesiku dengan wangian yang semerbak untuk berkempen. Pergi kesana mesti membantu menambah undi, bukannya untuk mengurangkan undi.

Ramai berpendapat, biarlah TR sahaja yang berunding diantara sesama mereka disana dan saya mempunyai keyakinan besar kejayaan akan memihak kepada UMNO.Kalau pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO memahami keadaan ini maka bergembiralah kita dalam UMNO selepas pilihanraya itu.

Elakkanlah dari pergi keGua Musang untuk menunjuk-nunjukkan kereta-kereta mewah dengan ceru-cerut besar dan panjang dan menayangkan harta kekayaan disana. Lakukanlah kerja-kerja itu ditempat lain, jangan diGua Musang.

Semua pihak mesti mengambil berat segala adat dan adab supaya proses mengambil kembali kerusi Galas boleh dilakukan dengan baik. Hormati jugalah pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti lawan. Kita bukan hendak bergaduh; kita hanya hendak melalui proses demokrasi dengan elok dan tidak memecah belahkan rakyat disana.

Bagi diri saya, sikit-sikit tu fahamlah sentimen masyarakat disana. Janganlah pergi keGua Musang kali ini untuk berpesta dan bersukaria. Kalau hendak menghisap cerut yang besar-besar hisaplah ditempat penginapan masing-masing. Kita inginkan rakyat Galas memilih kita; itu yang penting.

Bak kata orang tuo-tuo dikampong saya, jangan ‘togah dek lonjak posuk ketayap kek kopalo’.

28 September 2010

Alhamdulillah!! - Dr Mahathir kembali menjadi Melayu.

Sejak akhir-akhir ini Tun Dr Mahathir seringkali membuat kenyataan-kenyataan politik dan nampaknya beliau masih berpolitik. Kali ini Dr Mahathir bercakap agak lantang tentang Melayu dan beliau menarik perhatian ramai. Setelah bersara dari jawatan tertinggi negara, beliau lantang pula bercakap tentang mempertahankan Melayu.

Isu perkauman memang ‘forte’ politik Dr Mahathir kerana beliau menaikki tahkta kuasa negara melalui imej ‘ultra’ Melayu selepas sahaja beliau ditewaskan oleh Murshidul Am Pas Haji Yusuf Rawa dikawasan Kota Setar pada tahun1969 dahulu.

Dr Mahathir sememangnya mendapat tempat kerana memainkan isu Melayu dan perkauman yang kuat. Malahan apabila beliau mula-mula dilantik oleh Husein Onn pada tahun 1976 sebagai Timbalan Perdana Menteri, kaum asing terutamanya kaum Cina mempunyai kesangsian yang tinggi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara dan bakal menggantikan Husein Onn sebagai Perdana Menteri.

Beliau tewas dalam pilihanraya itu kerana kehilangan sokongan kaum Cina dikawasan Kota Setar. Beliau telah menyalahkan semua pihak termasuk Tunku Abd Rahman dan beliau telah membuat kenyataan-kenyataan perkauman dan dalam sekelip mata beliau dianggap sebagai ‘ultra’ Melayu.

Perlembagaan telah menentukan keistimewaan orang Melayu terjamin melalui Bab 153 tetapi perlembagaan juga telah mempastikan setiap penduduk yang berbangsa lain itu juga dipertahankan. Peruntukkan ini bukannya peruntukkan baru. Ianya telah diperuntukkan sejak Perjanjian Kemerdekaan lagi dan ianya telah meletakkan setiap rakyat dijamin tentang keselamatan setiap bangsa yang ada didalam negara ini.

Keadaan kucar kacir yang kita dengar dan lihat sekarang ini adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kita yang bermain politik seperti bermain api. Api semasa kecil menjadi kawan tetapi jika ianya membesar akan menjadi lawan. Saya menyalahkan setiap pemimpin, tidak kira pemimpin UMNO atau pun pemimpin komponen yang lain khususnya MCA.

BN tidak boleh menggunakan isu-isu perkauman untuk mendapatkan undi dan sokongan kerana isu itu hanya laku dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Mendapat sokongan dengan menakut-nakutkan, menekan serta memaksa rakyat untuk menyokong kita akan menghasilkan kepimpinan negara yang lemah. BN tidak boleh menggunakan isu perkauman hanya kerana mereka sudah nampak sokongan rakyat sudah berubah.

Apa yang sangat perlu dicari sekarang ini ialah pemimpin Melayu yang berkebolehan tinggi serta berpengalaman dan yang mendapat penghormatan dari setiap kaum dinegara ini supaya segala usahanya untuk mentadbir negara secara adil boleh dilakukan.

Buat masa ini kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terperangkap dengan isu perkauman dan diantara pemimpin-pemimpin kita semuanya terpaksa bermain dengan isu-isu perkauman yang menebal untuk mendapat perhatian rakyat. NGO Melayu seperti PERKASA dan penaungnya Dr Mahathir sekarang terperangkap dengan sensitivity perkauman dan jika kumpulan ini mendapat 100 peratus sokongan dari orang Melayu dan berjaya mendapat kuasa politik sekali pun tidak akan menjamin keutuhan bernegara diantara bangsa-bangsa di Malaysia ini.

Malaysia tidak mampu menjadi negara yang aman makmur jika negara ini hanya dikuasai secara politik oleh hanya satu kaum sahaja. Orang-orang Cina pun sepatutnya memahami yang negara ini tidak akan aman dan makmur jika Melayu merasakan mereka dihimpit oleh kaum-kaum lain kerana dari awal orang-orang Melayu merasakan yang moralnya negara ini adalah negara yang asalnya adalah milik Raja dan rakyat Melayu.

Saya secara peribadi mengharapkan Dr Mahathir memainkan peranan untuk mencari ‘point of reconciliation’ diantara kaum dari memainkan isu yang menyuburkan sentiment perkauman. Beliau yang mengaku yang segala-galanya adalah terbaik dizaman pemerintahan beliau sepatutnya memainkan isu-isu yang boleh menyejukkan perasaan kaum-kaum dinegara ini.

Setakat ini beliau hanya mendapat sokongan dari orang Melayu sahaja dan beliau belum lagi memberikan pandangan yang boleh mengimbangi pihak-pihak yang bertentangan dalam isu perkauman seperti yang ada semasa beliau mentadbir negara dulu. Tetapi sebaliknya beliau kembali menjadi ‘ultra’ Melayu seperti beliau lakukan untuk mendapat tempat dihati orang Melayu selepas kejadian berdarah 1969 dahulu.

Dalam pada beliau memperjuangkan nasib Melayu tetapi beliau tidak dapat mendisplin pemikiran beliau untuk menyatukan orang Melayu dengan mencerca Tuan Guru Nik Aziz diPasir Mas Sabtu lepas.. Beliau mencerca Nik Aziz secara terbuka sedangkan Nik Aziz adalah seorang pemimpin Melayu yang sangat dihormati ramai. Hanya ahli-ahli politik yang bertentangan sahaja yang tidak mahu menerima hakikat yang Nik Aziz mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja didalam PAS tetapi juga orang Melayu dan bukan Melayu amnya.

Justru apa yang beliau (Mahathir) katakan itu bertentangan dengan niat dan tujuan beliau menjelajah keseluruh negara untuk meminta Melayu bersatu dan saling mengasihi diantara satu dengan yang lain. Beliau hendak menyatukan Melayu tetapi menolak kumpulan Melayu yang besar.

Sesungguhnya Dr Mahathir hanya berpolitiking sahaja. Semasa hendak naik dahulu beliau adalah ‘ultra’ Melayu, tetapi beliau menjadi seorang yang sangat liberal setelah memerintah sehinggakan nama-nama usahawan besar Cina yang kita lihat sekarang ini dibentuk semasa pemerintahan beliau. Orang Melayu menjadi cemuhan beliau kerana kononnya Melayu tidak mahu maju dan sebagainya didepan pemimpin-pemimpin bangsa lain.

Sekarang ini beliau sudah balek menjadi ‘ultra’ kerana beliau berkehendakkan nama beliau masih menjadi sebutan ramai. Beliau tahu yang beliau masih ada sikit-sikit pengaruh maka beliau gunakan kesempatan ini untuk menjadi seorang yang masih relevan.

Walau bagaimana pun saya seronok menyokong beliau kerana beliau sudah kembali menjadi pejuang Melayu. Semasa beliau menjadi PM beliau lebih hiraukan pembangunan jangka panjang negara tanpa mengendung sekali dasar yang dikhususkan untuk orang Melayu.

Sekarang Mahathir sudah menjadi Melayu kembali. Saya gembira kerana beliau sudah teringat kembali kepada bangsa Melayu. Rupa-rupanya bersara dulu barulah ingat kepada bangsa kita…..alhamdulillah!

27 September 2010

"I shall be around still" - Taib.

Taib Mahmud is not stepping down. “His family members do not want him to stop serving the people” he said. “l shall continue on as the people want him to continue, and therefore I must not disappoint the people” he said it aloud to some 6500 people at Hornbill Skyhawk hangar in Kuching recently.

The statement by this 74-year old Sarawak BN leader ends the speculation of whether he stays in the feverish political ambience of Sarawak. In other words he is telling everyone that he is indispensible and does not have the time to retreat and retire. He still remains as the one and the only leader available to serve the people among the 2 million odd population of Sarawak.

The heavy issues against him that led to the defeat of SUPP candidate that represent BN in Sibu by-election months ago does not shirk his urge and appetite to stay at the helm like an emperors the Chinese dynasties. The Chinese dynasties ended with the Qing in 1910 when the people initiated ‘the people revolution’.

He insists that he stays while the process of forming a new team is in progress. No one knows how the up-to-the-minute team is like but this can be another justification for him the stay on in the subsequent election as by then this new team would still be ill-equipped to take on the mantle. So Taib’s plan is meandering towards reassuring him to stay on even in the subsequent state election in 2016. Hence he is not retiring; as no one in Sarawak is fit replace him, at least within his life time.

The multi-ethnic and multiracial attribute of population in Sarawak make up for Taib to rule with tight fist that anyone that he sees as a threat to him will always encounter with problems which in the end be shown exit door and consequently be in political oblivion. Names like Abang Abu Bakar, Adnan Satem, Effendi Norwawi and numerous others within PBB were taking turn to be ostracized unceremoniously.

Hence the leadership vacuity in Sarawak became so unambiguous and Taib stands tall all alone without fearing anyone outdoing him within Sarawak BN. Now the dummy god Taib is under tremendous pressure from the public instead of the leaders. The voting public feels that he has been over staying and that sentiment over his obsession to cling to power is unbearable to some.

BN Sarawak has more or less identical problem to that of the Peninsula. SUPP represents the Chinese and that party’s support from the Chinese is dwindling and it is going to affect all the urban and sub-urban constituencies. The rejection in Sibu by election was an obvious indication that the Chinese are taking DAP as an alternative party for them. George Chan has mountable problem in demanding to contain the support from the Chinese as had always been before.

If MCA members are deserting BN because of UMNO, in Sarawak SUPP is rejected because of PBB leadership, in particular Taib himself. Of late Taib is facing rejection as his time to call it a day is long overdue.

The voting public is waiting anxiously for a new leader to sit on the driver’s seat as Taib has lost all his appeal and effectiveness to steer the state to a greater height. The voters in the urban and sub-urban are some what ready for political adjustment.

However Taib and his PBB/BN is still confident of getting the majority votes in the hinterland as BN will be more advantageous with their easy accessibility to the voters. BN has all the means to reach the Rumah Panjang with Iban domination.

It is expected that the ruling party will disallow the opposition to get to the hinterland by not allowing helicopters and small planes flying the opposition leaders to fly within the state during the election period. The state government had done that before and nothing can stop from doing it again.

With the power of money of Taib, the voters in the hinterland will incline to give their votes and support for Taib and his party. If the opposition election workers are serious of getting to reach these groups of voters they have to travel by land days or week before the voting date to stay near to them.

Now can Taib and his party win the government by just having the support deep rural voters? Even if Taib wins the whole rural voters the losses in the urban and sub-urban with Chinese majority may only give back the government with razor-thin majority in the State Legislative Assembly without the two third majorities like what is faced by NS State Assembly and Perak dubious State government. BUT some quarters are more inclined to believe that BN is going to experience a simple defeat in this coming crucial State Election.

The wind of change is ever growing in Sarawak and many quarters believe with Taib’s intention to loiter around still, to the best BN will almost loose the government. OR the whole chunk of winning BN candidates will be at the opposition bench.

24 September 2010

PKR - UMNO in the making?

PKR is going through real and democratic goings and comings. As from this weekend some 450,000 of its members are going to vote for their office bearers and officials and it is sizzling and scorching affair. The voting process is going to end on the 21st of November.

I am very enthusiastic to see the ultimate outcome of this party election as the party is going to determine its future outlook and disposition and from there we can safely conclude how the party is going to fare in the coming GE. It is exceedingly exciting and fascinating as PKR for the first time is allowing all its ordinary registered party members to vote for the party leadership line.

This direct voting by its registered members is the mode of election of party leaders which I wish to see to be applied in UMNO for past donkey years as part of the effort to do away with money politics which is at the moment impossible to restrain. In UMNO there were some effort to get some 45,000 members to vote for our national leaders but the issue is now in oblivion and no leader is mentioning anything about it any longer.

Now let us see how it goes with the campaign. Attention is very focused on the Deputy President post which imminently going to be a contest of 2 fashinable leaders Azmin Ali a founder member of the party and a newbie Datuk Zaid Ibrahim a person who is known to me as a strategic minded leader. Zaid, despite of being new has hit a mark as a very popular leader as he has been the darling of ordinary members and he is known as a very hardworking and much focused with what he wants to do.

But Zaid can have lots of lofty intentions and some of it has been visually realized since his entry in the party. Let’s talk about it later, but what disappoints many party members is lack of magnanimity of Anwar the party’s de facto leader who is undetectable with Azmin Ali. Azmin gets everything he wants and Anwar just can’t resist all demands from Azmin.

If Anwar is truly serious to strengthen the party he should be impartial and allow the delegates to choose freely. Nobody denies that Anwar can have his preference but going all out in the open to campaign for his favorite is just unwarrantable. If he succeeds in getting what he wants and whom to win then the party is not a party for its members but for his own family and lovable cronies. So what is the difference between PKR and UMNO?

One of its members said, ‘Let support Kak Wan as President and Nurul as one of the Vices. BUT let somebody from outside the family to be in between and the person proposed to fit in the need is Zaid Ibrahim.”

If Azmin is put in the slot, than the whole top stratum of the party is laden with Anwar’s family members and there is none from outside to represent the members in the lineup and that can be very precarious for a party which has been led by someone who used to shout aloud against cronyism and factionalism while he was in UMNO (baru).

Can Anwar explain how is he going to reconcile his stand while he was in UMNO (baru) and what he does in PKR at the moment?

22 September 2010

BN dan PR di NS - ibarat Touch N Go

Sehari dua ini saya memberikan tumpuan untuk politik diNS kerana dinegeri ini kedudukkan dan kekuatan parti yang sedang memerintah dan yang cuba mengambil alih mempunyai peluang yang agak ‘even’. Kalau benar-benar demokrasi dilaksanakan dengan berimbang tidak mustahil kerajaan pimpinan BN sekarang akan menjadi pembangkang seperti yang berlaku diKelantan, Kedah, P Pinang dan Selangor.

Pada pandangan hakikatnya Perak memanglah kepunyai PR. Hanya permainan politik yang terlalu kotor menjadikan pihak yang sepatutnya membangkang menjadi yang memerintah.

NS merupakan pertaruhan yang sangat besar bagi kedua-dua belah pihak, BN dan PR. DiNS tidak ada rekod sejarah yang pembangkang pernah mengambil alih kuasa sejak merdekanya negara kita. Setakat ini hanya Kuala Pilah yang tidak ada sekali atau satu kawasan DUN yang terlepas ketangan pembangkang walau dalam keadaan politik semacam mana pun. Dikawasan yang lain semua telah merasakan kehaziran wakil pembangkang yang ada didalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Kuala Pilah merupakan kubu BN dan setakat ini pembangkang masih lagi belum berjaya mendapatkan kerusi dalam mana-mana diantara 5 kerusi DUN dalam kawasan Parlimen ini. Perlu diingat kelima-lima kerusi DUN dalam parlimen ini diwakili oleh UMNO.

Didalam sejarah pilihanraya Kuala Pilah hanya Dato Idris Mat Sil yang hampir tumpas ketangan pembangkang bila beliau hanya memenangi majority 6 undi pada tahun 1969 dulu.

Pendeknya UMNO itu Kuala Pilah, dan Kuala Pilah itu adalah UMNO. UMNO dan Kuala Pilah itu adalah sinonim selama ini. Dulu-dulunya diKuala Pilahlah yang kita mendengar kata-kata ‘calun UMNO tidak payah berkempen. Hantarkan cermin mata atau pun songkok calun pun boleh menang’. Tetapi sekarang keadaan itu tidak lagi wujud. UMNO tidak boleh lagi berkata-kata dengan kata-kata yang takbur seperti dulu.

Seorang sahabat lama saya diKuala Pilah berkata kepada saya baru-baru ini yang UMNO tidak seperti dulu lagi. Dengan berseloroh dia berkata,“lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Dulu lebat bulu, tapi sekarang dah jarang-jarang”.

Kalau ada satu kerusi UMNO akan kalah dimana-mana kawasan DUN diKuala Pilah, itu merupakan indikasi yang UMNO sudah hampir sangat keakhir kalam. Kalau satu kerusi DUN diKuala Pilah jatu ketangan pembangkang maka puluhan kerusi dikawasan Parlimen yang lain akan kecundang. Jangan dinafi-nafikan hakikat ini.

Dinegeri Sembilan keseluruhannya PR memang telah menembusi banyak kubu-kubu BN dan telah pun berjaya menafikan kemenangan 2/3 BN. Dalam keadaan sekarang BN tidak mungkin dapat melakukan apa-apa pindaan didalam DUN jika kelulusan pindaan itu memerlukan sokongan 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri. Bagi setengah pandangan penganalisis politik jika PR telah bersedia untuk menamakan siapa yang akan menjadi MB NS jika PR diberikan mandate maka PR sepatutnya telah menjadi kerajaan diNS selepas pilihanraya umum yang lalu.

Jika kali ini PR serius untuk mengambil alih pimpinan kerajaan NS, seperkara yang mutlak dilakukan oleh kepimpinan PR ialah untuk menamakan seorang yang benar-benar diyakini peribadinya oleh rakyat dan pengundi NS. Jika pihak PR berjaya melakukan ini maka BN terpaksa melakukan ‘mind conditioning’ untuk mereka yang menang duduk dikerusi pembangkang.

Dipihak BN sekarang ini tidak lagi muncul nama yang dianggap bersih untuk dinamakan sebagai MB kerana yang ada sekarang ini semuanya menghadapi masalah yang nyata. Kekalutan ‘intra-politic’ dalam UMNO terlalu meluas dan kegiatan tikam menikam diantara pemimpin dalam UMNO boleh dikatakan mustahil untuk dihentikan.

Sementalahan pula kegiatan mendekati rakyat oleh UMNO sudah tidak wujud lagi seperti dahulu. Pemegang jawatan dalam parti disetiap peringkat tidak melakukan kegiatan sosial yang boleh mendekati rakyat pengundi. Semuanya sudah berakhir dan menjadi nostalgia politik semata-mata.

UMNO dan BN akan hanya mampu untuk memenangi pilihanraya yang akan datang dengan kemenangan ‘marginal’ jika satu atau kedua-dua keadaan yang berikut berlaku;

Pertamanya jika PR tidak menurunkan calun yang ‘averagely’ mempunyai sisek-sisek politik didalam diri mereka. Diantara pemimpin PR mesti berani berkorban untuk menggantikan calun-calun yang tidak ada caliber dengan mereka yang boleh dibawa ketengah. Elok dipilih dari mereka yang sudah dikenali kerana itu akan memudahkan usaha menonjolkan mereka untuk ditatapi rakyat yang akan memili dan mengundi.

Faktor kedua yang memunghkin UMNO dan BN boleh memenangi pilihanraya dengan kemengan ‘marginal’ tadi ialah dengan menunjukkan kepada rakyat yang UMNO/BN itu serius dalam usaha melakukan transformasi seperti yang dilaung-laungkan oleh pucuk pimpinan UMNO.

Caranya ialah dengan menggugurkan ramai diantara mereka yang ada sekarang ini dan digantikan dengan muka-muka yang lain yang belum ada rekod rasuah dan salah guna kuasa. Jika boleh diambil dikalangan mereka yang belum pernah merasakan kedudukkan kerana dengan cara itu nama mereka mudah untuk ditonjolkan kepada rakyat yang sekarang sangat berhati-hati untuk memilih. Jika diturunkan lagi calun-calun yang tidak mampu menyelesaikan isu air untuk penduduk kawasan mereka maka jangan disalahkan rakyat lagi jika mereka menolak BN.

Masalahnya sekarang ini, pemimpin-pemimpin UMNO hanya menumpukan usaha untuk mengubah pandangan dan persepsi buruk rakyat terhadapnya, tetapi tidak mempunyai kudrat untuk berusaha mengubah dan membetulkan kekurangan dan keburukkan mereka sendiri. Sebenarnya rakyat bersedia untuk membetulkan persepsi mereka terhadap UMNO tetapi UMNO tidak mahu berubah kepada sikap yang baik.

Maka diNS kebarangkalian BN untuk terus memerintah dan PR untuk mengambil alih itu adalah seperti ‘touch N go’. Mana-mana pihak yang sanggup untuk berkorban dengan hanya menumpukan untuk meletakkan calun-calu yang diterima rakat, pihak itulah yang akan menjadi kerajaan diNS.

Jika kedua-dua pihak masih ingin menonjolkan diri sendiri sebagai calun yang baik tanpa bertanya kepada rakyat dahulu maka tidak mungkin kehendak parti-parti yang bertanding mampu untuk membuat telahan awal tentang siapa yang akan mentadbir negeri adat ini dapat dilakukan.

Yang sangat penting untuk kita akui sekarang ini, UMNO dan BN tidak boleh walaupun sedikit, menunjukkan sikap takbur seperti yang lazim dilakukan oleh mereka selama ini. Sebaleknya mereka mesti sanggup untuk berkorban semata-mata untuk kepentingan dan kemenangan parti.

Langit tidak terus-terusan cerah. Awam mendung kadangkala menyelubungi kehidupan kita. Seperti yang kita alami sekarang; kita dulu menyangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari.

21 September 2010

Menteri Besar NS - Giliran Kuala Pilah ?

Posting saya sebelum ini, yang mengisahkan bekalan air yang terputus setiap hari lebaran dikampong mendapat reaksi yang sangat besar dari pembaca khususnya bagi mereka yang tinggal atau berasal dari mukim dan kariah yang sama dengan saya.

Sebenarnya saya terpaksa menulisnya secara terbuka kerana kesiankan orang kampong saya dan kampong-kampong sekitarnya telah merasakan kepayahan dan keresahan sejak beberapa tahun yang lalu kerana kelalaian pihak yang berwajib untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka.

Pemimpin-pemimpin politik tempatan khususnya W/Rakyat yang merupakan ‘Law Makers’ diDewan Undangan Negeri sepatutnya memberikan fokus terhadap isu kemudahan asas untuk rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tidak menghadapi masalah air yang merupakan asas seseorang itu untuk hidup.

Mereka sebagai W/Rakyat sepatutnya membuat pemantauan terhadap isu sensitif ini dan mempastikan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pelaksana (pegawai kerajaan) ini disempurnakan sebagaimana yang telah didasarkan oleh pihak penggubal dasar diNegeri Sembilan.

Itulah sebabnya semasa saya berada dalam barisan pimpinan UMNO diKuala Pilah dahulu saya selalu memberikan pandangan kepada pemimpin-pemimpin ditempat saya supaya mencari pemimpin yang bersedia untuk memberikan tumpuan khusus untuk orang ramai dari memberikan tumpuan kepada bermain politik siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Oleh kerana terlalu ramai yang hendak menjadi pemimpin maka berlakulah budaya mengampu dan diampu dikalangan pimpinan dikawasan ini. Setengah yang tidak ada kepimpinan mengampu kepimpinan peringkat negeri dan mulalah pemainan politik wang yang tidak dapat dikawal sehingga kehari ini.

Menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian dalam tahun pemilihan mampu mengumpul wang sogokkan dari pihak yang tidak ada kepimpinan yang ingin menjadi pemimpin yang tidak ‘legitimate’. Sekarang ini menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian boleh menambah pendapatan dengan lumayan.

Akhirnya yang timbul itu hanyalah sampah sarap dan yang baik itu tenggelam dan hanyut debawa arus rasuah yang sangat ganas kemuara. Akhirnya yang sengsara adalah rakyat marhin dikampong-kampong seperti apa yang dihadapi oleh kampong-kampong yang saya tulis dalam posting yang lepas.

Ismail Lasim adalah Ketua Bahagian Kuala Pilah yang menjadi Ketua kerana budaya mengampu dan permainan politik wang yang keterlaluan. Ismail merupakan seorang yang hanya bergayut kepada pemimpin perhubungan. Siapa yang menjadi pemimpin perhubungan itulah ketua dan akan taat kepadanya asalkan sahaja beliau diberikan perlindungan politik peribadi beliau. Ismail akan sanggup meninggalkan mentor lamanya yang banyak berjasa dan berbudi kepadanya.

Apabila Ketua Perhubungan itu bertukar maka bertukarlah ketaat setiaannya kepada yang baru. Beliau disenangi oleh Mohammad dan itu yang penting bagi beliau. Kesejahteraan rakyat tidak dipedulikan kerana yang penting baginya ialah kemakmuran politik beliau secara peribadi.

Tetapi apa yang diharapkan oleh Mohammad tidak mampu dipertahankan oleh Ismail. Apabila Mohammad dibelasah oleh pimpinan bahagian-bahagian yang lain diNS Ismail Lasim membisu kerana beliau memang terkenal dengan permainan politik ‘play-safe’. Ismail tidak berani menegaskan pendirian apabila sampai keperingkat ini.

Rupa-rupanya Ismail mempunyai agenda sendiri; iaitu untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan mentornya Mohammad Hasan. Ismail menggunakan bekas pemimpin Bahagian Kuala Pilah untuk mendapatkan ‘connection’ bagi menjayakan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar yang merupakan matlamatnya yang ‘ultimate’.

Selepas ini kita akan dapat saksikan siapa yang main dan siapa yang kena mainkan. Ismail merupakan pilihan bagi pemimpin yang tidak sebulu dengan Mohammad Hasan. Sesiapa sahaja boleh menafikannya tetapi hakikat tetap hakikat.

Bagi Ismail beliau merasakan beliau telah dapat mengawal kepimpinan diKuala Pilah kerana beliau telah berjaya mengenengahkan pemimpin-pemimpin yang lesu yang akan hanya mengangguk dan mengiyakan segala kehendaknya. Diantara pemimpinan tempelan Ismail termasuklah Razi (ADUN Juasseh) Adnan Abu Hasan (Pilah) serta Abdul Samad (S Menanti).

Dalam pada Ismail berusaha untuk mendapatkan jawatan MB itu saya diberitahu yang Samad Ibrahim (S Menanti) pulak yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan tahun hadapan dan beliau pula mengambil giliran untuk duduk rapat dicelah ketiak Mohammad Hasan.

Ismail Lasim nampaknya menggunakan TS Abu Zahar Ujang untuk mendapatkan ‘connection’ dengan DS Najib dan juga mendapat dokongan Rais Yatim untuk tujuan untuk menjadi Menteri Besar. Saya dihujani dengan kedatangan kawan-kawan dari tempat saya memberi tahu cerita-cerita yang sangat ‘interesting’’ ini.

Ismail selain dari minatnya sendiri untuk menjadi MB ini, beliau nampaknya menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin NS yang ada dipusat untuk melakukan tekanan terhadap Mohammad Hasan dan Ismail bersedia untuk dipergunakan oleh kumpulan ini. Yang penting beliau mesti menjadi MB.

Seandainya Mohammad Hasan berjaya mengekalkan tempat beliau maka Ismail akan tinggal kesaorangan kerana Rais dan yang lain akan menukar kesetiaannya kepada Mohammad secara ‘instantaneous’.

Kalau kita melakukan kajian terperinci, maka munasabahkah pemimpin-pemimpin ini duduk berbaik-baik untuk berkhidmat kepada rakyat untuk mempastikan keperluan rakyat disediakan?

Mohammad dalam pada itu telah ‘membeli’ beberapa orang diKuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Bahagian-bahagian yang lain untuk memecahkan kekuatan musush-musuh yang ada dalam selimut beliau.

Beliau telah berjaya melemahkan ‘base’ Rais diJelebu dengan konspirasi beliau dengan Yunus Rahmat sehinggakan Rais hanya menang dengan 11 undi dalam pemilihan bahagian Jelebu apabila beliau ditentang oleh anak muridnya sendiri Yunus Rahmat.

Kali ini Samad Ibrahim akan menjadi ‘conduit’ beliau diKuala Pilah dan seorang yang benama Salim diJempol untuk melemahkan Lilah Yasin. Masing-masing memperalatkan dan diperalatkan dalam permainan poitik yang sangat getir diNS.

Siapa yang menjadi ‘sikitol’ dan siapa yang di’kitolkan’ sudah mula jelas dilihat dan ini merupakan permainan yang sangat merbahaya bagi kepentingan UMNO dinegeri yang beradat ini.

Dalam pada itu PR sedang menembusi banyak kubu UMNO kerana UMNO bergolak terlalu jelas. Jika pihak PR mampu untuk menunjukkan siapa yang akan menjadi MB yang ‘viable’ maka kemungkinan barisan ‘alternative’ itu akan berjaya menubuhkan kerajaan diNS adalah cerah.

Permainan ‘cah keting’ diKuala Pilah dan NS amat merbahaya ditambah pula dengan ketidak mampuan W/Rakyat pada hari ini berkhidmat kepada rakyat dan berani menentukan pendirian tegas dalam isu kepimpinan ini akan membawa kecelakaan kepada UMNO dan BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO giat membunuh politik mereka sesama meraka ibarat sel-sel kanser yang membunuh diantara satu dengan yang lain yang menyebabkan kanser yang ‘malignant’ yang akhirnya mematikan tubuh UMNO itu sendiri.

Saya amat dibenci oleh ramai pemimpin yang bermain politk secara ini semasa saya bergiat dahulu. Sekarang saya telah berjaya membuktikan apa yang saya katakan itu sudah menjadi kenyataan.

Baru sekarang mereka sedar (jika telah sedar) bahawa politik menggunakan wang itu tidak akan kekal kekuatannya.

Selepas ini kita mungkin dapat melihat apa yang berlaku dikawasan-kawasan lain diNS. Yang kita lihat sekarang ini hanya 10 peratus dari apa yang sebenarnya berlaku.

Persoalannya sekarang, mampukah Ismail mengambil alih jawtan yang dipegang oleh Mohammad Hasan, sedangkan beliau sendiri sudah mengalami sokongan yang begitu merosot diKuala Pilah? Mampu kah Ismail melakukan ‘kona baring’ dan meninggalkan Mohammad?

Sama-sama kita lihat. It’s going to be an interesting political affair in NS. Bet you. Kalau saya boleh bertanya kepada Mohammad; ingat ke tidak saya pernah memberitahu beliau yang Ismail bukan orang yang mempunyi ‘ allegiance’ terhadap sesiapa kecuali pada dirinya sendiri?

Tidak payahlah jawab; jawab kepada diri saudara sendiri. Itu sudah mencukupi.

20 September 2010

Raya yang tidak Raya - Tiada bekalan air.

Pada petang hari Raya yang kedua (sabtu 11hb) saya mengambil keputusan untuk kembali kekampong asal dimana saya dilahirkan untuk menziarah ibu saudara saya sebelah ibu dan bapa saudara disebelah bapa saya.

Sampai sahaja dirumah ibu saudara saya dikampong Sungei Jelutung saya dapati ibu saudara saya memang tidak sihat dan saya amat merasa sedih melihat kesihatannya yang tidak menentu. Isteri saya terus kedapur untuk membuat minuman teh untuk saya dan anak-anak serta minuman untuk cucu saya, Danny.

Malangnya dirumah itu tidak ada bekalan air sejak sehari sebelum Hari Raya dan kata ibu saudara saya itu merupakan perkara biasa disetiap Hari Raya. Saya tidak dapat membayangkan betapa susahnya ibu saudara saya dan keseluruhan penduduk kampong itu menghadapi hari lebaran setiap tahun.

“Tak taulah, macam mano nak mandi besok! Nak masak susah, nak mandi susah, mak cik tak sihat” kata ibu saudara saya sedih. Hanya tinggal sedikit untuk memasak air untuk membuat teh untuk saya didalam cerek yang tua itu.

Selepas itu, saya pergi menziarahi bapa saudara saya dikampong Bintungan yang tidak beberapa jauh dari kampong saya itu. Disitu juga saya dapati tidak ada bekalan air sejak 3 hari dan sepupu saya mengatakan, “Hari Raya ni mandi sekali sehari sahaja. Air tak cukup! Sebelum tidur, lap lap badan sikit-sikit saja”

Keluarga bapa saudara saya kata keadaan itu berlaku setiap tahun. Tidak pernah cukup air dan ini merupakan fenomena biasa. Dikampong-kampong bersebelahannya pun menghadapi masalah yang sama. Anak-anak dan cucu-cucu yang telah bersedia untuk bercuti raya agak lama kembali keKuala Lumpur , Seremban dan mana-mana kerana tidak cukup air.

Hanya setakat hendak mengingatkan orang-orang dikampong untuk bertanya, “sudah kah berjumpa dengan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kawasan itu yang kebetulan rumahnya hanya tidak sampai satu batu dari rumah saya itu?”

Saya juga hairan kenapa EXCO lantikkan Mohammad Hasan tidak ambil pusing tentang masalah ini sedangkan keadaan ini berlaku setiap hari raya? Jika beliau tidak dapat untuk melaksanakan tugas maka pada tahun hadapan anak-anak kampong tidak payah balek beraya dikampong, sebaleknya membawa ibu bapa, nenek dan saudara mara keKuala Lumpur, Seremban, Melaka dan mana-mana.

Jika tidak ada bekalan air bagaimanalah mereka dikampong itu untuk merayakan hari lebaran dengan anak-anak serta cucu-cucu masing-masing?Kita baru sahaja merayakan hari kemerdekaan yang ke 53 kalinya tetapi keperluan asas pun masih tidak mencukupi untuk rakyat dikampong saya dan kampong bersebelahan untuk menikmati kemakmuran dan kejayaan yang di gembar-gemburkan.

Orang kampong saya bukannya hendak membuat ‘proposal’ untuk membangunkan Tanah Lapangan Terbang Sungei Besi; hanya setakat mahukan bekalan air yang mencukupi untuk memasak dan membasuh sahaja.

Orang kampong saya bukannya hendak membida projek besar-besar seperti projek-projek yang diminta oleh syarikat-syarikat besar untuk membina laluan berkembar keretapi dengan harga melambung sehingga puluhan billion ringgit; hanya setakat bagi mendapatkan bekalan air untuk berwudhuk dan beribadah sahaja.

Orang kampong saya bukannya orang kaya raya yang mampu menghantar sepuluh juta ringgit kekotaraya London untuk simpanan; hanya setakat hendakkan air yang mencukupi untuk beraya dengan anak-anak serta cucu-cucu yang pulang berhari raya setahun sekali.

Tidak dapat dibayangkan jika ada kematian dihari raya itu; bagaimana orang kampong hendak mandikan jenazah? Tidak ke terfikir oleh pihak yang berwajib tentang perkara itu?

Itu sahaja pemintaan orang kampong saya. Saya berharap Mohammad Hasan akan melakukan sesuatu bagi orang kampong saya melalui EXCO lantikkannya yang setakat ini tidak tahu membuat sesuatu untuk saudara mara dikampongnya sendiri.

Bukannya apa. Orang kampong jangan diperlakukan sebagai tempat untuk menaikkan diri dan peribadi sendiri sahaja. Kapada ADUN yang juga EXCO lantikkan Mohammad itu, saya berpesan sebagai orang sekampong, tinggalkanlah nama, jangan tinggalkan belang.

Malu-malulah sikit! Lalu lalang setiap hari dengan berderebar didepan mata orang kampong tetapi bekalan air pun tak mencukupi. Jangan jadi seperti kaduk naik junjung, atau sikudung dapat cincin.

19 September 2010

Are we still ruled by Malayan Union?

The issue of Federalism was written by this blog almost a year ago and now this issue is raised by Anwar Ibrahim. Two days ago Anwar Ibrahim called on all Malaysian to observe that the Federalism must be restored to its equitable height. Before the 2nd of February 1948 the Peninsula of Malaya were made of individual states with individual rulers and administrations.

Each and individual states then was a nation by itself. If the Federation of Malaya was not formed, I am now the loyal Subject of Yang diPertuan Besar of Negeri Sembilan, the state that has been practicing Federalism long before other states got the tastes of it. The 4 Luak(s) and the Tanah Mengandung had been within the Federation of NS for centuries before the big Federation Agreement was signed in 1948.

In 1946 the British deceived and forced all the 9 Malay Rulers to surrender all their sovereignty to the British to form a Unitary Government called Malayan Union which was subsequently opposed by the Malays from all the states by the newly formed UMNO then (old UMNO), which congregated forty odd movements from the various states within the Peninsula, to heighten a move to dismantle the Malayan Union.

Malayan Union was formed to do away the boundaries between the individual states so as to a singular boundary and to set up one Unitary Nation and to reduce the Malay Rulers to a level of ‘Penghulu’-like level and functions.

The British realized that the brawny pressure from the Malays through this united Malay movement (UMNO) was hard to contain as it was supported in the open in all the state within the Peninsula. The Malays wanted London to return all the states to their respective sovereign rulers and the British felt that Malayan Union could not last any longer. As it was there was already active insurgency movement from the Chinese immigrants who were starting to move in the hinterland and the jungles against the British.

The movements by the MPAJ and groups like Angkatan Pemuda Insaf (API) and such were already active at that point of time. The British also realized that that they had to trust UMNO and to distrust other movements and groups as they were militants and some of the movements were having the propensity of allegiance towards Peking.

London in the end succumbed to the demands of Malays (UMNO) which was led by Onn Jaafar to dismantle Malayan Union and returned the various states to their respective rulers with their own self rule.

BUT the states had each and individual governments and they were independent from each other. While the states were independent from each other, UMNO from these states were a united movement and the party played gigantic role in getting tripartite negotiation between the Malayan Union, the Malay Rulers and UMNO to unite all the states within a Federation. By a Federation the unified states within the intended Federation would not sacrifice the position of the Kings (Malay Rulers) of the states.

In the end all these states merged into a Federation when the Federation Agreement was inked between the sates in 2nd of February 1948 and hence a new nation was born called the Federation of Malaya and this new Malaya became a protectorate country of the British until its independence in 1957.

The centre of administration for this new Federation was Kuala Lumpur and Kuala Lumpur became the Capital City of the Federation. If Malayan Union had the attributes of a Unitary Government, the Federation of Malaya was formally formed by a congregation of all the states with individual government and their own respective legislatives. All the individual states had their Executives headed by the Mentris Besar and Chief Ministers. As we were still under British protectorate the Mentris Bear and Chief Ministers were appointed by the British.

Hence one must recognize that the sovereignty of the state governments make up the sovereignty of the Federal Government. That is what we should be practicing here in Malaysia. Unfortunately the Malaysian and their ruling leaders without disrepute bastardize the onus of heightening the spirit of Federalism and shamelessly act like they are the rulers of a unitary government.

I hope Anwar is serious about looking on the Federalism issue if his party is accepted and given the mandate to take the mantle in place of BN. As for me I wish to insist the party to include this issue of Federalism as the main item in their election manifesto and if the elaboration on this issue is done through effective civic course by PR, a small percentage of voters increment towards the alternative coalition will be seen.

I am personally energized over this issue as the spirit of Federalism has been squarely disregarded by the Federal leaders in power, without generous regards to the spirit of Federation. I have been deliberating the issue at length about a year ago to alert everyone that we were already wayward from the practice of Federalism as many states especially the ones ruled by the opposition are not respected by Putrajaya and this is a direct encroachment over the rights of independent subjects of those states.

The Federal power hunger leaders are frequently not respecting the sovereignty of the Rulers and the elected government of the states. The Federal government must accept the crude actuality that without those individual sates there wouldn’t be a Nation that we are proud with now.

Putrajaya is not a Colonial Master that can do anything with their own whim and fancies alike to the intentions of the British in setting up Malayan Union in 1946. Placing a Federal Development Director in the in the opposition controlled states is a clear demonstration of Malayan Union-like administration. By doing so, we are essentially not respecting the wishes of the electorates. The people in all these sovereign states have every right to choose which government through the elections. This is a form of colonialism of Putrjaya over the sovereign states.

There are many more examples to this. By disregarding the Petroleum Development Act of 1975 which was signed between PETRONAS, a Federal Government Company by Guarantee with all the individual states in 1975 is a despicable and contemptible act of neo colonialism.

We must be reminded time and again that these individual states are sovereign. They have their own Kings (Malay Rulers), they have their own Legislative Assemblies and they have their own Executives headed by Mentri’s Besar and Chief Ministers.

Every Agreement inked with any state within the Federation is an agreement between the Federal Government and the people of the state through their elected government. I suggest all Federal Leaders including the PM must spend a bit of time to read and digest every little thing in the Federation Agreement of 1948.

By doing so, it may help a bit in enhancing the ethics and moral our leaders. Maybe all individual rakyat must be compelled to take up a civic course with regards to the Federalism.

16 September 2010

PKR - Parti Peribadi Anwar Ibrahim/Azmin?

Semangat untuk kepentingan sesuatu pertubuhan dan negara itu merupakan sikap dan nilai yang tersangat penting jika kepimpinan dan ke’relevanan’ pertubuhan badan siasah itu untuk dipandang tinggi dan dihormati oleh orang ramai. Jika kedapatan banyak elemen untuk menjaga kepentingan diri dan individu masing-masing maka pertubuhan itu akan akhirnya menjadi tidak relevan dalam masa waktu yang panjang.

Dalam isu ini saya nampak sikap buruk yang ada dikalangan kepimpinan UMNO sejak 3 dekad dahulu sudah mula menular didalam PKR dan jika sikap itu sama, maka akhirnya PKR berkemungkinan besar menghadapi masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh UMNO sekarang.

Sikap kepimpinan yang tidak ‘magnanimous’ adalah penyebab yang asas dan besar yang menyebabkan sesuatu pertubuhan termasuk pertubuhan politik itu menjadi lemah dan tidak mampu bertahan dalam jangka yang lama. Kekuatan sesuatu parti politik misalnya adalah berdasarkan kepada asas dan landasan penubuhannya.

Penubuhan UMNO (yang asal) adalah kerana untuk menyatukan puluhan pertubuhan orang Melayu sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 2hb Februari 1948 dahuu. Kesemua perubuhan-pertubuhan orang Melayu yang wujud berkehendakkan penyatuan bagi tujuan mencapai kemerdekaan dari kuasa asing. Lain-lain perkataan UMNO (asal) itu wujud diatas niat dan maudhuk untuk bersatu.

Tetapi penubuhan UMNO (baru) adalah diatas perpecahan ahli dan pemimpin-pemimpinnya. Parti yang bari didaftarkan itu hanya diwujudkan diatas dasar untuk menyambung kerakusan seorang pemimpin yang sudah hampir hilang pengaruhnya untuk terus berkuasa dan tidak mengambil kira etika dan moral dalam melakukan penubuhan parti yang baru dan membiarkan parti yang telah menaikkan beliau secara peribadi ketahap yang tertinggi mati tanpa kubur.

Lain-lain perkataan UMNO (yang baru) itu wujud diatas perpecahan orang Melayu dan bukannya kerana ingin penyatuan umat Melayu. Apabila sesebuah parti seperti UMNO (baru) wujud diatas landasan perpecahan bangsanya maka parti itu sendiri tidak mampu bertahan sebagai parti yang dihormati dan disanjungi rakyat yang ramai.

Contohnya kepentingan peribadi dalam UMNO (baru) it uterus berluas-luasa dan tidak terkejut bagi mereka yang sentiasa berfikir kewujuddan PKR yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim apabila Dr Mahathir bertindak menyingkirkan belaiu dari semua jawatan Kerajaan dan parti pada tahun 1998 dahulu. Anwar disingkirkan dan beliau serta pengikutnya bertindak menubuhkan parti PKR yang sekarang menjadi tunggk utama dalam ‘coalition’ Pakatan Rakyat yang telah menukar wajah dan scenario politik negara sekarang ini.

PKR bersama rakan kongsinya telah sedikit sebanyak merasakan kuasa dan orang ramai beranggapan parti ini bersama PAS merupakan parti bagi orang Melayu untuk berlindung sebagai ganti kepada UMNO (baru) yang semakain hari semakin tenat itu.

Seperti seorang kanak-kanak PKR juga ada sedikit sebanyak mempunyai mirip ibu bapa mereka. Kanak-kanak itu juga melambangkan mirip dan perangai ibu bapa mereka dan itu adalah natural. Bak kata perpatah ‘bapak burik anak rintik’.

‘Bagaimana bentuk tuangnnya begitulah bentuk kuihnya’. Anwar Ibrahim adalah dari UMNO dan sudah biasa dengan cara UMNO mentadbir parti dan perasaan serta nilai yang sebati dalam UMNO. UMNO adalah tuangnya maka cara melaksanakan politiknya didalam PKR juga sudah terbayang jelas cara dan budaya UMNO.

Dalam pemilihan parti Keadilan Rakyat yang beliau menjadi pemimpin de factonya Anwar bertindak semacam beliau didalam UMNO semasa bersama pemimpin lain yang berada diatas dan puncak pimpinan semasa itu.

Anwar mempunyai sifat ‘limau masam sebelah’; memberi sokongan dan dokongan terbuka kepada Azmin dalam pertandingan yang bakal diadakan diperingkat Timbalan Presiden PKR menentang Zaid Ibrahim.

Inilah yang terjadi dalam sejarah pemilihan didalam UMNO dahulu. Presiden UMNO memihak kepada salah seorang yang menawarkan jawatan tertinggi didalam parti dan dengan kuasa yang ada kepada Presiden UMNO kuasa itu dipergunakan untuk menyokong dan berkempen untuk calun-calun tertentu. Akhirnya Perdana Menteri mendapat siapa yang beliau kehendakki tetapi tidak menjamin berkemampuan untuk bertugas dengan baik kepada rakyat dan pengganti kepda beliau.

PKR dengan kepimpinan bekas ahli-ahli UMNO itu nampaknya berpolitik secara UMNO juga. Sebagai pemimpin utama sepatutnya Anwar membiarkan ahli-ahli partinya memilih dengan bebas tanpa permainan politik yang merbahaya bagi parti. Anwar sudah banyak pengalaman yang dirasinya didalam UMNO maka jika beliau melakukan perkara yang sama dalam PKR maka PKR dalam jangka yang singkat akan menjadi UMNO yang terbaru.

Jika Anwar terus terusan memihak maka pemimpin yang naik dalam PKR akan tergulung dari mereka yang ditunjuk oleh pucuk pimpinan dan bukannya yang dipilih oleh rakyat.

Tidak salah jika Anwar ada ‘preferences’ beliau sendiri tetapi janganlah sampai berkempen dan berkumpul untuk menaikkan orang beliau kasihi secara terbuka. Akhirnya PKR akan mendapat pemimpin yang lemau kerana pemimpin yang baik dan berguna kepada parti akan tersisih. Akhirnya nanti parti ini akan mendapat pemimpin-pemimpin cacar marba yang tidak berguna kepada perjuangan seperti yang sedang dialami oleh UMNO.

Lihat sahaja UMNO; ianya sudah menjadi parti yang mudah ditekan oleh pihak lain dan melupakan perkara asas yang sepatut diperjuangan oleh mereka. Untuk mengambil hati semua pihak pemimpin utamanya terpaksa bermuka-muka dengan setiap pihak yang memberikan tekanan dengan tuntutan yang bukan-bukan.

PKR akan menentukan nasib masa depannya setelah berlalunya pemilihannya tidak berapa lama lagi. Jangan pula nanti tertubuh PKR (baru) seperti yang berlaku kepada UMNO.

15 September 2010

Toman (singkek) - dipakaikan mahkota sekalipun tetap Toman.

Dalam tulisan saya seminggu yang lepas saya telah menyebut tentang isu siapa yang mampu melakukan apa mengikut kemampuan masing-masing. Saya telah menyebut sebaris dua kata-kata Adat Perpatih yang difahami oleh semua yang mengamalkan adat itu.

Adat Perpatih merangkumi setiap keperluan kehidupan dan tentunya ia juga melibatkan sistem politik yang mengikut cara adat itu. Sesungguhnya sistem politik Pepatih sangat jelas diperkatakan dan jika difahami maksud yang tersirat didalammnya kita akan mudah memahami masalah yang sedang kita hadapi dan menyelesaikannya mengikut salur galur adat yang telah dipakai sejak turun temurun ini.

Ramai yang naik dengan cara yang tidak betul seperti membeli undi dengan tujuan untuk mendapat tempat yang baik bagi diri mereka. Mereka menjadi ‘social climber’ dengan wang ringgit atau dengan nama serta gelaran bapa atau ibunya. Adat ada menyatakan ; Kok naik biar berjenjang, kok turun biarlah bertangga. Maksud ayat ini kalau naik naik biar mengikut cara yang sesuai dan dengan sokongan yang sebenarnya dan jika jatuh biarlah terletak jangan terhempas.

Tetapi sekarang ada pemimpin yang naik tidak ‘berjinjang’ sebaliknya naik kerana menumpang pengaruh dan nama keluarga dan terus sahaja menjadi Ketua Pemuda misalnya. Jika kita naik tidak ‘berjinjang’ maka seseorang itu tidak tahu pahit maungnya untuk naik, justru pemimpin in jika samapai kepenghujungnya akan jatuh terhempas dan berkecai.

Jika kita ingin menjadi pemimpin biarlah kita mampu atau sesuai untuk diri kita; Kok coghodik (cerdik) maka boleh dibawak berunding. Maksudnya biarlah kita pilih orang yang cderdik supaya kita senang hendak berunding untuk penyelesaian terhadap apa-apa masalah yang kita hadapi.

‘Kok bodoh disuruh arah’. Tetapi apabila peranan wang ringgit menjadi cara untuk menaikki tangga kepimpinan maka kedapatanlah orang yang sepatutnya menjadi orang yang disuruh arah itu menjadi orang yang menyuruh arah pula. Maka tempanglah pentadbiran dan rosaklah siasah sesuatu masyarakat dan negara itu.

Bagi yang pekak dan tuli tugasnya ialah untuk membakar meriam, tetapi diberi pula tugas yang lain yang tidak sepadan dan sesuai dengan tugasnya bagi seorang yang pekek dan tuli itu tadi.

Jika ada tugasan untuk menghembus lesung, tugas itu sepatutnya diberikan kepada yang buta kerana habuk dan dedak yang dihembus itu tidak memudharatkan mata mereka yang sudah sedia buta.

Jika seseorang yang tepok itu gunanya untuk menjaga jemuran kerana menjaga jemuran itu tidak memerlukan mereka yang cerdik atau mereka yang pantas berjalan kehulu dan kehilir.

Jika perbilangan ini diikuti, maka tidaklah kita berhadapan dengan kepimpinan yang lesu dan tidak ada kebijaksanaan.

Apabila tugasan dan tanggungjawab diberikan kepada orang yang tidak sesuai maka kepimpinan tidak akan mendapat penghormatan dan dokongan anak-anak buah yang kita pimpin. Kalau kita dipilih menjadi penghulu sedangkan kita tidak sesuai dengan jawatan itu maka kata-kata penghulu tidak akan diindahkan oleh anak-anak buah dan kita tidak akan mendapat penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi.

Apa yang disebut sebagai, ‘kata penghulu kata penyelesaian, kata kadhi kata hakikat’ itu tidak akan terlaksana kerana yang memegang jawatan penghulu dan kadhi itu dipegang oleh orang yang tidak secocok dan sesuai dengan tugasan yang diberikan.

Inilah keadaan yang berlaku kepada kepimpinan siasah kita sekarang ini yang telah membawa padah yang buruk kepada kita rakyat jelata ini. Kita dipimpin oleh orang yang tidak sesuai kerana kebanyakkan yang memimpin itu tidak banyak bezanya dengan kemampuan orang-orang seperti saya dan saudara-saudara semua.

Itulah sebabnya ramai rakyat tidak menghormati kata-kata pemimpin seperti Najib dan Muhyiddin dan seluruh barisan diatas itu. Maka tidak adalah apa yang dikatakan, ‘Kato penghulu kato ponyolosaian, kata kato kadhi adolah kato hakikat’ itu. Kalau kata-kata penghulu atau ketua seperti PM tidak dihormati maka hilanglah arah dan hilanglah hidayah daripada pemimpin atau penghulu itu tadi.

Apabila ketua tidak mendapat penghormatan dari orang ramai maka itulah tandanya pemimpin itu sudah menjadi pemimpin yang ditolak rakyat ramai. Apabila berlaku situasi itu maka pemimpin itu terpaksa melepaskan sahaja jawatan yang dipegangnya kerana nama baiknya tidak mungkin pulih semula.

Kalau kita bertanggunjawab kepada bangsa dan masyarakat kita, jangan takut untuk berkorban. Jika UMNO sudah tidak bermaya untuk melindungi masa depan orang Melayu, serahkanlah tanggunjawab itu kepada pihak yang bersungguh untuk memperjuangkannya. Setidak-tidaknya UMNO harus memberikan dokongan kepada pihak lain utnuk membantu mendokong usaha untuk memperbaikki bangsanya.

Ku Nan, Khairy, Nazri dan Khaled tidak payah membuat kenyataan yang merupakan kenyataan untuk berbalah. Wujudnya premis yang baru untuk perjuangan nasib Melayu itu mesti bersebab. Masakan PERKASA boleh hidup dengan sendirinya jika tidak ada sebab-sebab yang kuat untuk wujud. Takkanlah Ku Nan tidak mengkaji sedalam-dalamnya kenapa orang ramai sudah mula memalingkan pandangan dan perhatian kepada PERKASA dan badan-badan NGO yang lain dan sedikit demi sedikit melupakan UMNO.

Orang ramai bukannya bodoh untuk memindahkan sokongan tanpa sebab-sebab yang kukuh. Kepada Ku Nan, Khairy, Nazri dan Khaled kita mengharapka buat sesuatu yang membangun untuk parti supaya parti kembali dihormati tanpa bersusah payah mengkritik pihak yang berjuang untuk mengisi kekosongan yang tidak lagi dilakukan oleh UMNO.

UMNO tidak perlu mengajak PERKASA untuk bersama-sama takut untuk menyuarakan yang patut disuarakan kerana tidak mahu mengecilkan hati bangsa lain. Hentikan kepura-puraan dan kembalilah kepangkal jalan perjuamgan kita.

UMNO jangan menjadi penghalang kepada pihak yang bertenaga untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Kalau saudara sudah tidak bermaya lagi untuk memperjuangkan bangsanya adalah dicadangkan supaya menarik diri dari kepimpinan parti; jangan bawa parti hanyut bersama saudara-saudara.

Saudara mesti ingat rakyat sudah tidak ada rasa ralat lagi untuk mengubah haluan perjuangan mereka kerana mereka mempunyai ‘alternative’ yang ‘viable’ untuk mentadbir negara. Dalam proses pembangunan sesuatu bangsa dalam semua bidang, perubahan wajar dilakukan. Jika pimpinan tidak mahu berubah kepada wadah yang baik maka biarkan rakyat yang berubah dengan meneruskan proses pencarian kepada keutuhan politik dan pembangunan negara dalam semua bidang.

Tindakkan memomokkan parti lain sudah tidak diterima lagi oleh rakyat. Kali ini rakyat serius untuk memilih pihak yang lebih diyakini. Itu adalah hak rakyat untuk menentukan masa depan mereka.

Negara ini bukan pemimpin-pemimpin yang punya: ianya kepunyaan rakyat. Sebagai penutup saya ingin memberikan pandangan; biarlah kita pilih orang yang bersesuaian dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat agar perangai dan penampilan mereka tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

Ingat kepada satu lagi kata-kata orang tua-tua dahulu; Seorang Raja itu kalau dia menjadi tukang sapu sampah sekali pun ia tetap Raja kerana darahnya, tetapi kalau toman (singkek) diletakkan mahkota dikepalanya pun ianya tetap toman.

14 September 2010

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

UMNO dan PERKASA sedang berkelahi untuk mendapatkan sokongan dan kasih sayang orang Melayu. Masing-masing menuduh diantara satu dengan lain dengan menyelar diantara satu pihak dengan pihak yang lain. Masing-maing menunjolkan ‘ke-relevanan’ masing-masing dan mengatakan pihak yang lain tidak menjalankan tugas memberikan harapan untuk orang Melayu.

Saya melihat seperti dua orang isteri yang sedang bermadu, menuduh diantara mereka tidak pandai menjaga suami dengan baik. Setakat ini saya belum lagi berhajat untuk memadukan isteri saya tetapi saya belajar dari rakan-rakan saya yang sedang dimadukan oleh suami masing-masing.

Sejak dari dulu orang Melayu memang dimadukan dengan bangsa asing tetapi mereka bermadu dalam keadaan yang baik dan aman. Orang Melayu adalah isteri yang tua tetapi isteri tua ini tidak pernah mengungkit-ngungkit apa yang suami berikan kepada isteri yang muda.

Isteri tua selama ini bukannya hendak bahagian yang samarata, tetapi selama ini isteri tua hanya berkehendakkan pembahagian yang ‘equitable’ bukannya ‘equal’. Tetapi konsep ‘equitability’ ini sudah disalah fahami oleh isteri-isteri yang lain dan adalah menjadi lazim isteri-isteri muda ini berkehendakkan bahagian yang lebih.

Isteri-isteri yang menuntut bahagian yang ‘equal’ atau samarata ini memang tidak patut. Isteri tua berasa hati kerana suami yang dikahwininya begitu lama itu telah hidup bersamanya lebih lama dan telah melalui berbagai dugaan untuk mentadbir keluarga dengan baik.

Tiba-tiba datang isteri-isteri yang baru memadukan mereka menuntut segala harta benda pencarian suaminya dibahagi-bahagikan samarata, maka isteri yang tua pun naik angin dan berang. Isteri tua ini bersedia untuk berbagi-bagi tetapi bukannya pembahagian yang ‘equal’ tetapi secara ‘equitable’.

Penat lelah isteri tua mesti dihormati. Sebahagian besar harta yang ada pada suami itu adalah hasil dokongan dan penat lelah semasa bersama isteri yang tua itu. Pembahagian mestilah ‘equitable’ dan adalah tidak adil jika pembahagian dibuat dengan konsep ‘equal’.

Itulah sebabnya kita telah mendapat fomula yang baik apabila DEB dilancarkan. Orang bukan Melayu telah berkurun berniaga dan mereka telah maju begitu jauh dalam bidang itu. Oleh kerana imbangan kekayaan diantara orang Melayu/Bumiputra tidak seimbang maka terjadi perdaduhan kaum. Justru kerajaan telah mencapaian persetujuan untuk pembahagian harta kekaya negara secara ‘equitable’ dan bukannya merampas hak Bukan Bumiputra untuk diagih-agihkan kepada Bumiputra.

Program ‘economic reengineering’ telah berjaya dan dengan program ini jugalah rakyat bukan bumiputra bersama-sama membesarkan kek ekonomi untuk mencapai matlamat pegangan ekuiti bumiputra ketahap 30 peratus. Dan ini merupakan pembahagian secara ‘equitable’ bagi membolehkan orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bukan bumiputra.

Tetapi semua keindahan kesepakatan ini sudah pudar. Oleh kerana kelalaian pihak tertentu maka DEB itu diketepikan walaupun tempoh 20 tahun itu belum lagi tamat semasa itu. Sedikit demi sedikit orang bukan Melayu terutamanya generasi muda sudah mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan menganggap itu sebagai ‘zero sum game’ yang hanya akan meletakkan negara kedalam apa yang disebut oleh ahli-ahli ekonomi (kononnya) pada hari ini sebagai negara yang terperangkap dengan kelembapan pembangunan ekonomi.

Pihak ini lupa yang semasa DEB dalam perlaksanaannya negara telah maju dengan kadar yang sangat memberangsangkan. Tidak guna perkembangan ekonomi negara terlingkung didalam angka peratusan yang tinggi jika ada pihak yang masih tercicir yang akhirnya membawa kemudharatan kepada keselamatan politik dan sosial negara.

Kepudaran hidup dalam keadaan hormat menghormati diantara puak-puak dan kaum-kaun negara amat jelas dirasakan. Perasaan cemburu diantara satu kaum dengan kaum yang lain sudah sampai ketahap yang membimbangkan.

Bak kata saya awal-awal tadi sikap cemburu diantara orang Melayu dengan bukan Melayu sudah dilihat secara terbuka; ibarat pergaduhan diantara isteri-isteri yang bermadu. Dasar dan fomula ‘equitability’ yang telah membawa banyak kebaikkan selama ini tidak lagi mampu dipertahankan oleh Najib yang dalam anolgy kita sebagai suami yang sudah tidak berlaku adil.

Najib hanya pandai berpura-pura diantara madu-madunya kerana kelemahannya sebagai ketua keluarga. Akhirnya Najib ini akan menjadi seperti Jamil didalam cerita Madu Tiga dalam mana Jamil telah dikejar oleh semua isteri-isterinya yang bermadu dan beliau terpaksa terjun keSungai untuk menyelamatkan diri dari serangan isteri-isterinya.

Kalau kita saksikan filem Tiga Abdul pula Najib yang sepatutnya menjadi Abdul Wahub, nampaknya hanya mampu untuk menjadi Sadik Sigaraga. Sadik Sigaraga akhirnya menjadi bankerap. Segala hartanya dan diri beliau sendiri terlelong kerana mendengar penasihat yang gilakan ‘commission’ dalam segala hal. Terlalu ramai penasihat yang memegang watak sebagai Kasim Pentalon disekeliling Sadik Sigaraga ini.

Dalam plot Tiga Abdul ini kita sedang menanti kedatangan watak Abdul Wahub yang bijaksana akan melakukan pembahagian harta yang adil dan saksama. Kita sudah jemu dengan kelakuan Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang tidak pandai menjaga diri mereka, apatah lagi untuk menjaga harta benda untuk keluarga dan orang ramai.

Kita faham yang plot yang baik seperti kedatangan watak Abdul Wahub itu datangnya diakhir cerita filem itu. Apabila datang watak Abdul Wahub itu nanti akan amanlah keluarga yang besar itu tadi dari dipunah ranahkan oleh watak seperti Abduk Wahab dan Abdul Wahib serta watak Kasim Pentalon dan Sadik Sigara tadi.

Najib sudah tidak berdaya untuk menolak tuntutan isteri tua tadi dan membuatkan iateri muda yang baru hendak mendekati dan berjinak-jinak dengan pembangunan ekonomi sudah mula rasa terasing.

Maka madu-madu yang merasa terasing ini bertindak memperotes dengan menggunakan PERKASA untuk membuat tuntutan keadilan yang kita sama-sama lihat dan dengar sekarang ini.

Sampai bila perkelahian diantara madu-madu ini tidak siapa yang mampu untuk membuat telahan. Kalau pun ada telahan-telahan yang kita dengar ialah keluarga yang besar yang diketuai oleh najib ini akan berpecah belah dan membinasakan segala keutuhan yang kita semua telah merasakn dahulu.

Setakat ini, itulah yang menjadi telahan banyak pihak. Jika telahan ramai itu benar-benar akan berlaku, kita tidak boleh menyalahkan pihak lain. Kemungkinan besarnya kesalahan dan kekhilafan itu berada dipihak kita jika kita mampu melakukan introspeksi terhadap diri kita sendiri dengan jujur.

UMNO tidak boleh memandang PERKASA seperti musuh kerana kewujuddan badan NGO itu adalah kerana kelemahan UMNO itu sendiri. Kepada T Adnan, Khaled Nordin, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, elok kamu semua berfikir barang sejenak sebelum tidur; berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Itu kata agama kita.

Setakad ini hanya PERKASA sahaja yang berani menimbulkan isu Melayu kerana UMNO sudah tidak bermaya lagi untuk memperjuangkannya. Pemimpin yang terlalu kenyang selalunya tidak mampu untuk bekerja secara effektif lagi kerana berat badan yang terlalu berlebihan. Pemimpin UMNO seperti Najib dan Muhyiddin sudah ‘mati pucuk’ dalam perjuangan. Bak kata orang tua-tua dikampong saya, ‘ghoso eh ado, tapi kojo tak sudah’ (feeling horny but with no power).

Kepada Ibrahim Ali, teruskan perjuangan sehingga selesai. Jangan pula menjadi lemah apabila disorongkan jawatan besar oleh pihak-pihak yang tertentu dan meninggalkan PERKASA seperti yang saudara lakukan terhadap PAS yang telah memnyambung suara politik saudara sehingga keDewan Parlimen.

Kalau saudara berpindah randah lagi maka orang ramai akan meminta saudara membuka mulut lebar-lebar kerana hendak melihat lidah yang ada didalam mulut saudara itu jenis apa; lidah manusia atau lidah biawak.

Sekarang ini Ibrahim sedang manjadi sebutan ramai. Jangan bertukar haluan lagi. Suarakanlah suara Melayu yang adil dan berwibawa. Ibrahim, tinggalkanlah nama yang baik. Jangan memilih untuk meninggalkan harta dan pangkat yang besar. Kita pun bukannya muda lagi kan?

Kita masih ingat kata-kata ini; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ibrahim jangan meninggalkan belang. Tinggalkanlah nama.

13 September 2010

Perbalahan UMNO/ PERKASA membunuh diri masing-masing.

Lanjutan kepada apa yang saya tulis dalam ‘posting’ saya semalam saya sukacita memberikan pandangan peribadi saya terhadap apa yang sedang berlaku diantara UMNO/BN dengan PERKASA.

Dengan selaran yang dilemparkan kepada PERKASA dan pemimpinnya Ibrahim Ali, dengan sendirinya PERKASA nampak sebagai satu NGO yang digeruni oleh BN dan UMNO.

Jika tidak geruni masakan PERKASA dijadikan ‘target’ selaran oleh pemimpin UMNO dan MCA. UMNO menunjukkan garangnya dengan kenyataan-kenyataan Ketua Pemudanya, Khairy yang tidak habis waktu dan masa membidas Ibrahim Ali dengan ‘name calling’ yang saya anggap keterlaluan datang dari seorang yang mempamirkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang hebat.

Tindakkan pemimpin UMNO dan BN memutuskan untuk berputus arang dengan PERKASA sudah pasti memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada kejatuhan UMNO dan seterusnya BN.

Masalahnya jika kesemua pemimpin-pemimpin UMNO bersatu untuk menjauhkan PERKASA, mungkin UMNO boleh memberikan ‘consequence’ yang ‘negative’ terhadap PERKASA, tetapi hakikatnya ada dikalangan pemimpin besar UMNO memainkan jari-jaru kecil mereka dengan memberikan sokongan sencara senyap-senyap kepada PERKASA; baik dari moral dan belanja penyelengaraan badan NGO yang berbau politik itu. Kos untuk bergerak untuk PERKASA bukannya kecil.

Tetapi untuk menyalahkan UMNO menyelar PERKASA juga tidak wajar kerana UMNO benar-benar terjejas dengan apa yang dilakukan oleh NGO itu. Akhirnya UMNO ditempatkan diposisi yang tersepit, tetapi UMNO sebagai sebuah parti tentulah terpaksa menentukan sikap dengan kehadziran badan yang dipelopori Ibrahim Ali ini.

PERKASA dengan ‘attribute’ dan penampilan sebagai kumpulan ‘ultra’, telah menjadikan MCA rakan kongsi pemimpin UMNO dalam politik dan perniagaan itu merasa terancam telah menyalahkan UMNO kerana membiarkan PERKASA menjadi perkasa, maka MCA juga memberikan reaksi yang sama ‘chauvinistic’ dengan PERKASA untuk mendapatkan dokongan dari bangsa Cina.

Seperti UMNO, MCA juga mempunyai masalah yang besar dengan bangsa yang dipimpinnya. Orang-orang Cina lebih cenderung untuk memberikan dokongan kepada DAP. DAP yang selama ini dimomokkan dengan imej negatif oleh media massa sudah tidak lagi mempunyai masalah untuk diterima rakyat terutamanya bangsa Cina.

Malahan orang Melayu juga sudah mula menerima parti ini sebagai parti yang tidak seburuk yang dimomokkan oleh pemimpin BN dan media massa sejak berdekad yang lalu. Malahan dalam isu PERKASA yang mana MCA begitu vokal menyebabkan MCA pula dianggap sebagai parti yang sangat ‘chauvinistic’; melebihi DAP.

Malahan usaha yang dilakukan oleh DAP untuk meletakkan beberapa calun Melayu diperingkat Parlimen dan Dun-Dun diseluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang telah dapat mengambil hati ramai pengundi-pengundi Melayu. Dalam keadaan orang Melayu yang sedang tidak berpuas hati terhadap MCA, sedikit sebanyak kompromi dari DAP mereka (Melayu) akan memberikan dokongan kepada DAP dengan agak mudah.

Apa kah kemungkinan yang akan berlaku kepada PERKASA? Didalam sesuatu pergaduhan yang menag juga akan merasakan kesakitannya. Bagi PERKASA ianya akan hanya membantu mengurangkan undi BN dengan pergaduahn secara terbuka ini.

PERKASA sedang melakukan apa yang kita tidak terkejut dilakukannya; iaitu untuk berdedia meletakkan calun-calun dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai diantara pemimpin-pemimpin PERKASA sedang membuat ‘sampling survey’ untuk menilai samada mereka akan mendapat sokongan orang ramai jika mereka meletakkan calun-calun bebas menetang BN dan PR dalam pilihanraya yang akan datang.

Dalam politik negara kita selalunya calun-calun bebas hanyalah merupakan calun perosak undi melainkan calun itu ada keistimewaan khusus yang boleh membawa kemenangan kepada mereka. Dalam sejarah adalah nama seperti Cik Gu jabar dari salah satu kawasan DUN yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri diatas keistimewaan nama beliau dan tiket bebas.

Beliau hanya boleh menang diatas tiket bebas dan beliau telah tewas dalam pertandingannya buat penggal yang keempat apabila beliau bertanding dengan tiket parti PEKEMAS. Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat tidak akan memilih mana-mana calun bebas kerana calun bebas akan hanya dianggap sebagai pengacau kepada parti-parti yang serius bertanding.

Dr Mahathir pun kalah didalam pertandingan untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu walaupun telah menjadai Perdana Menteri selama 22 tahun, apa tah lagi jika beliau bertanding diatas tiket bebas dalam pilihanraya umum misalnya.

Jika ada pun yang berkemampuan untuk dipilih sebagai calun bebas dikalangan yang ada pada hari ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah diGuaMusang bagi UMNO dan Anwar Ibrahim diPermatang Pau dari PKR.

Jadi jika PERKASA bercita-cita untuk meletakkan calun bebas didalam pilihanraya nanti ianya hanyalah mimpi disiang hari. Bagi saya PERKASA mesti kekal sebagai NGO yang memperjuangkan apa yang sekarang dilalaikan oleh UMNO. Jika itu pendirian kekal PERKASA maka NGO itu akan menjadi NGO yang mempunyai ‘consequence’ yang penting untuk menentukan siapa yang akan berkuasa selepas ini.

Bagi PERKASA ianya patut tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan orang Melayu seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dulu dulunya. Hanya sekarang ini sahaja UMNO dan pimpinan sudah merasa takut untuk memperjuangkan bangsanya. Pemimpin UMNO sekarang penuh dengan kepura-puraan; depan orang Melayu cakap mereka berlainan jika mereka bercakap dihadapan bangsa asing. Ini merupaka ‘indication’ jelas yang pimpinan UMNO sudah tidak lagi ‘berpelir’ dan sentiasa berada didalam keadaan was-was dalam menentukan arah tuju perjuangan mereka.

Bagaimana tidak was-was jika pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mempunyai isu-isu besar masing-masing. Bagaimana hendak menyuruh anak berjalan betul jika mereka sendiri berjalan benkang bengkok. Masakan seseorang itu mampu berjalan lurus diatas jalan yang bengkok. Sebaliknya tidak ada sesiapa pun boleh berjalan bengkok diatas jalan yang lurus.

Kita tunggu sahaja apa yang akan UMNO lakukan kepada ahli-ahlinya yang menjadi orang-orang kuat PERKASA ini. Mungkin UMNO kena tunggu arahan dari MCA dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakkannya terhadap PERKASA. Khairy mungkin terpaksa tunggu arahan Wee Ka Siong dulu.

11 September 2010

PERKASA atau UMNO? - Kedua-duanya salah

UMNO/BN akhirnya mengambil ketetapan bahawa mereka tidak mahu berkompromi dengan lagak laku PERKASA dalam politik negara kita. Ramai pemimpin UMNO telah membuat kenyataan selari dengan pemimpin BN yang lain dan nampaknya mereka sudah hilang segala kesabaran menghadapi tekanan PERKASA.

Mereka anggap PERKASA telah memerosotkan sokongan rakyat berbilang kaum terhadap coalition parti-parti yang memerintah. Selagi BN tidak mengambil sikap berpisah secara formal terhadap NGO politik Melayu ini selagi itulah UMNO khususnya dan BN amnya akan terjejas dalam menghadapi rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Dalam hari-hari terakhir ini ramai pemimpin UMNO telah menyelar Ibrahim Ali secara terbuka. Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO yang nampaknya sebagai suara yang mewakili BN terang-terang menyatakan bahawa Ibrahim Ali akan menghadapi calon UMNO selain daripada calon PAS di Pasir Mas.

Kerusi yang sekarang diduduki oleh Ibrahim setelah memenangi kerusi tersebut hasil daripada understanding dengan PAS dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang Ibrahim Ali sudah meninggalkan rakan yang memberikan beliau tempat di Parlimen dengan banyak alasan yang hanya beliau sendiri yang tahu.

Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz merupakan antara pemimpin UMNO yang merasakan kepahitan dengan wujudnya PERKASA yang dianggap mereka sebagai tempat dan ‘syurga’ bagi mereka-mereka yang kecewa dalam politik.

MCA terutamanya pemimpin utama mereka Chua Soi Lek dan Ketua Pemudanya dari awal telah menyelar Ibrahim dan PERKASA dan meminta UMNO mengambil sikap yang betul terhadap kehaziran PERKASA dalam politik tanah air.

Tindakkan ‘ultra’ Melayu PERKASA merupakan elemen yang amat merbahaya bagi BN kerana ianya telah jelas menjauhkan orang bukan Melayu dari memberikan sokongan kepada BN selagi BN tidak menunjukkan sikap penentangan terhadap PERKASA.

Hanya Dr Mahathir yang merupakan penaung kepada pertubuhan PERKASA yang mempertahankan NGO itu kerana Dr Mahathir beranggapan yang UMNO telah gagal membawa penyatuan kepada ahli-ahli UMNO dan kebanyakkan ahli-ahli PERKASA itu adalah terdiri dari Ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati terhadap parti itu.

Pemimpin pembangkang juga memberikan komen-komen tentang isu perbalahan diantara BN dan PERKASA dan perselisihan faham diantara Melayu PERKASA dan Melayu UMNO. PKR mempersoalkan kenapa Dr Mahathir memberikan sokongan kepada PERKASA sedangkan UMNO menengahnya.

Difahamkan Najib telah membisikkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN supaya menjauhkan diri mereka dari PERKASA kerana PERKASA telah jelas merosotkan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan memberikan masalah kepada BN keseluruhannya. Khairy terpaksa menyelitkan dirinya dibawah ketiak Wee Ka Siong untuk dilihat relevan sebagai pemimpin BN dan bukannya pemimpin Pemuda kepada UMNO.

Yang lebih menjadi tanda tanya kenapa Muhyiddin senyap sepi dan ramami telah menganggap beliau sedang menunggu giliran untu menjadi PM jika Najib ter[paksa menuruti tekanan kuat dari beberapa pihak yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

Dalam hal ini jangan dipersalahakan kepada Najib seorang kerana segala-galanya adalah kesilapan bersama. Mereka bersama-sama berada didalam kabinet dan Majlis Tertinggi Parti dan keputusan yang diambil mestilah dianggap sebagai keputusan bersama dan semuanya mesti ‘accountable’ terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh parti dan kerajaan.

Jika Najib terpaksa pergi seluruh kepimpinan yang diatas itu waib pergi kerana segala keputusan parti diputuskan oleh semua yang ada didalam MT itu dan selutuh anggota kabinet.

Selagi tanggungjawab tidak terlaksana ‘collective’ selagi itulah BN dan UMNO akan hilang pengaruh sedikit demi sedikit dan akhirnya akan hanya menjadi bahan bacaan para sejarawan yang akan datang seperti ramai yang membaca sejarah kewujuddan UMNO sehinggalah parti itu dibiarkan mati oleh Dr Mahathir dahulu.

Soi Lek mengakui bahawa orang-orang Cina telah memilih untuk memberikan sokongan kepada DAP salah sebuah rakan kongsi Pakatan Rakyat. MCA dan GERAKKN hanya mampu untuk meraih sebanyak 20 peratus sokongan orang Cina sekarang ini. Soi Lek menyalahkan PERKASA kerana kemerosotan sokong orang Cina terhadap BN sedangka PERKASA hanya wujud selepas MCA sudah hilang sokongan pada pilihanraya yang lalu.

Salah menyalahkan diantara parti-parti komponen serta PERKASA menyebabkan BN dan Melayu tidak menyokong UMNO seperti yang pernah mereka lakukan dahulu. Lain pulak keadaannya dengan bangsa India. Perpecahan dalam MIC yang begitu teruk telah menambah wakil India dialam Parlimn dan DUN-DUN dibeberapa buah negeri.

Kaum India ada wakilnya dalam banyak parti seperti MIC, PKR, DAP, PPP dan sebagainya. India berpecah tetapi wakilnya didalam Parlimen bertambah, maka orang Melayu merasakan untuk cenderung menyokong PAS dan PKR kerana mereka boleh menam,bah perwakilan Melayu didewan –dewan Lagislatif negara.

DAP juga boleh mengambil kesempatan untuk menurunkan beberapa muka dari kaum Melayu dalam pilihanraya yang akan datang. Jika ini terjadi Melayu juga mampu untuk menambah wakil mereka diParlimen jika mereka merasakan yang UMNO sudah tidak ada moral lagi untuk mewakili Melayu dalam Parlimen.

Bagaimana pula dengan reaksi PERKASA? Bagaimana pula Ibrahim Ali? Bagaimana ahli-ahli PERKASA yang kebanyakkannya adalah ahli-ahli UMNO? Adakah UMNO akan mengambil ahli-ahli PERKASA menjadi calum UMNO jika ada yang layak dan diterima pengundi? Atau adakah PERKASA akan meletakkan calun sebagai calun bebas dan mampukah untuk memenangi sesdikir kwerusi?

Bagaimana pula jika IbrahimAli bertindak bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas diatas tiket bebas bersama UMNO dan PAS? Jika PERKASA benar-benar disisihkan oleh UMNO bagaimana pula prestasi UMNO dalam pilihanraya nanti jika PERKASA meletakkan calun sendiri?

Jika PERKASA meletakkan calunnya bagaimana pula pendirian Dr Mahathir? Adakah Mahathir akan menyokong calun PERKASA dan kita mesti ingat yang Mahathir berkemampuan untuk keluar parti jika kehendaknya tidak ditunaikan.

Dr Mahathir tidak boleh menafikan yang beliau mahukan Muhyiddin untuk menjadi PM dan mampukah Muhyiddin menaikki tangga menjadi PM jika Najib ditolak oleh rakyat.

Wajar kita kupas dalam sehari dua lagi.

09 September 2010

Hari Lebaran; Kesempatan untuk bermaaf-maafan.

Kepada saudara mara, rakan dan taulan, jiran tetangga serta semua yang mengikuti blog ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Marilah kita bermaaf-maafan diatas segala kesalahan dan kekhilafan diantara kita semenjak setahun yang lalu.

Sesungguhnya kita adalah bersaudara seagama dan sebangsa dan tidak ada pihak yang boleh memisahkan kita. Perselisihan memang tidak dapat dielakkan kadangkala kerana kita ini manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang tersendiri.

Bak kata adat;

Tak ado keroh nan tak joroneh,
Tak ado kusut nan tak solosai,
Tak ado buruk nan tak baik,
Carik-carik bulu ayam,
Akhirnyo bercantum juo.

Pada rakan-rakan yang dalam perjalanan jauh kekampong pandulah kenderaan anda dengan cermat. Jika kepenatan berhenti rihat, jika mengantuk tidur bak barang sekejap. Yang penting kita sampai kedestinasi kita untuk bertemu ayah bonda dan saudara mara kadim kita dengan selamat.

Sodap sodap kuih korio,
Sodap laie sambal bolado,
Kalau kito bosuko rio,
Jangan lupo pado yang dah tiado.

Kalau ada sumur diladang,
Dapek kito menumpang mandi,
Kalau ado umur nan panjang,
Minggu dopan kito jumpo lagi.

Kepada komentar-komentar seperti Quiet Despair, Red Alfa, Mahaza, schenker, mo, kluangman, nick, dinturtle, flyer 68, bat8 dan ramai yang lain, saya seisi keluarga mengucapkan kapada anda sekeluarga Selamat Hari Lebaran. Maaf zahir dan batin.

SALAM AIDIL-FITRI!

Hari ini hari bantai (mantai), besuk Hari Raya.

Esok adalah Hari Raya Aidilfitri, dan hari ini dinamakan hari bantai. Hari bantai itu adalah hari yang terakhir berpuasa dan hari umat Islam membeli lauk pauk untuk menyambut Hari Raya yang menjelang.

Dikampong-kampong hari bantai ini adalah hari yang sangat menghiburkan dalam mana penduduk setempat melakukan penyembelihan kerbau dan lembu untuk bekalan kepada orang-orang setempat bagi memasak sop (rebusan)dan rendang, dan suri-suri rumah membakar lemang serta memasak ketupat.

Rendang daging dan ayam juga merupakan masakan yang lazim dimasak oleh suri-suri rumah dan ibu-ibu kita bagi merayakan Hari Raya yang mulia ini. Sudah menjadi tradisi yang anak-anak yang berkerja dibandar-bandar balik kekapong untuk merayakan Hari mulia ini dengan ibu bapa dan sanak saudara yang terdekat.

Hari bantai ini juga merupakan hari yang paling sibuk dijalan dan lebuh raya. Warga kota balik kekampong halaman dengan membawa kuih muih serta barang-barang keperluan untuk ibu bapa dikampung.

Dibandar pula mulai lengang, hanya sebahagian kecil warga kota yang tidak balik kekampong seperti saya kerana ketiadaan lagi ibu bapa untuk untuk merayakannya bersama.

Ini merupakan tahun kedua saya dan anak-anak tidak pulang kekampong sejak kembalinya ibu yang amat saya sayangi menghadap tuhan yang Maha Esa. Sudah dua tahun saya merayakan hari raya hanya berama anak-anak diSubang Jaya sendirian.

Sejak dua tahun ini juga saya adik beradik tidak lagi mendengar ibu yang selalunya sibuk mengatur segala-galanya untuk kami, baik dari atur-cara lawatan diHari Raya serta makan minum kami.

Selalunya kami adik-beradik dengan anak-anak isteri masing-masing akan berkumpul dirumah ibu kami didalam hiruk pikuk anak-anak masing-masing dan saya masih tidak dapat melupakan bagaimana ibu saya melayan dan bergurau dengan cuc-cucunya yang melebihi 30 orang serta cict-cicitnya yang seramai 3 orang itu.

Tiada lagi ibu yang mengasing-asingkan lauk pauk untuk kami adik beradik untuk dibawa pulang kerumah masing-masing sesudah dua tiga Hari Raya berlalu. Bagi diri saya semenjak ketiadaan ibu saya Hari Raya tidak memberi apa-apa kepada saya.

Sebagai anak yang sulung saya tidak dapat melupakan zaman-zaman kami membesar didalam tanggungan ibu seorang. Dialah ibu dan dialah bapa yang membesarkan kami tanpa mengenal siang dan malam sejak kematian bapa saya awal tahun 1966 dahulu.

Ibu saya bukanlah calang-calang ibu yang telah membesarkan kami dengan penuh kesabaran melalui dan merintasi halangan kemiskinan sejak kematian bapa yang yang masih muda semasa itu.

Hujan tidak menghalang, panas ditidak menghambat ibu untuk bekerja mencari rezki disawah dan diladang peninggalan datuk saya semata-mata untuk mempastikan kami adik beradik mendapat pelajaran sebagai bekal hidup untuk kami.

Setiap tahun dihari bantai inilah hari dalam mana ibu saya sibuk mengaturkan segala-galanya untuk anak-anak dan cucunya. Dihari ini jugalah ibu saya membakar lemang sambil dibantu oleh adik perempuan dan adik-adik saya yang lain.

Sejak tiadanya ibu saya dan sebagi abang yang tua kepada adik-adik, sedikit sebanyak saya sudah merasakan bagaimana rasa kasih dan sayang kepada adik-adik serta anak-anak saudara saya yang begitu ramai.

Tetapi saya tidak mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh almarhum ibu bagi menzahirkan rasa kasih sayang itu. Itulah sebabnya saya sentiasa mengingati ibu kami yang amat kami kasihi itu lebih-lebih lagi dihari seperti hari ini.

Tetapi sekarang, saya hanya menumpang gembira melihat rakan-rakan dan teman-teman yang masih bergembira beraya dan meraikan hari lebaran bersama ibu bapa kesayangan mereka. Bagi saya semua itu sudah berlalu.

Ibu saya pernah menasihati anak-anak saya; “kalau kau masih beribu dan berbapa ingatlah kepada mereka sentiasa seperti ibu bapa kau meningati uwan ini. Jangan lalai dan jangan hidup untuk melepasi pucuk masing-masing!”

Apabila sudah tidak beribu lagi, barulah saya menyedari yang selama ibu masih hidup, rupa-rupanya saya tidak ubah seperti anak kecil walaupun kami sudah berjanggut dan bermisai.

Patut pun ibu saya pernah mengatakan kepada saya, “Walaupun rambut kau sudah beruban, gigi kau sudah tanggal dan kau sudah beranak dan bercucu, emak pandang kau masih seperti anak-anak kecil. Kau akan merasakan apa yang emak rasakan.”

Sekarang itulah sebenarnya yang saya sedang rasakan. Saya hanya mampu berdoa agar roh ibu da bapa ditempatkan dibarisan roh orang-orang yang terampun dan beriman. Kalaulah ibu masih ada, tentunya tidak ada perasaan yang saya alami sekarang ini.

07 September 2010

Adat Perpatih: Digulung sekecil kuku, dibentang seluas alam.

Setiap manusia itu ditadbir oleh Agamanya (jika dia beragama), budayanya, adatnya kerana manusia itu dijadikan tuhan berpuak-puak dan berbilang kaum dan agama. Dalam ‘diversity’ yang berbeza inilah Tuhan menuntut kita memahami serta menghormati diantara satu kaum dan puak dengan kaum dan puak yang lain.

Seandainya Tuhan mewujudkan satu kaum dan Agama yang ‘homogeneous’ yang mempunyai satu rupa dan sifat nalurinya maka tidak adalah perjuangan bagi manusia hidup didunia ini dan tidak ada pun makna kita hidup dialam maya ini.

Jika kita kaji perbezaan kaum-kaum dan kabilah diantara manusia itu sangat memberi makna hidup dalam perjuangan seperti tuntutan Agama kita. Oleh kerana satu-satu kaum itu mempunyai ‘attribute’ yang berbeza maka kemampuan mereka pun berbeza mengikut kelainan kemampuan yang diasaskan kepada ‘attribute’ yang berbeza tadi.

Perbezaan diantara satu suku kaum juga merupakan satu perkara yang hakiki yang diturunkan oleh Tuhan semesta alam ini. Didalam satu suku kaum itu perbezaannya mungkin terlihat dari adat-adat, kebudayaan serta cara mereka mentadbir kehidupan mereka mengikut kaedah yang telah dipakai sejak berkurun dan berabad itu.

Orang jawa dan Minangkabau mempunyai adat dan resam mereka yang berbeza walaupun kedua dua puak ini adalah dari satu rumpun bangsa yang besar. Pada asasnya kedua-dua puak ini menjalankan kehidupan sebagai bangsa melayu yang mempunyai banyak persamaannya tetapi kedua puak ini ada perbezaan dari segi adapt resamnya yang agak ketara. Perbezaan-perbezaan inilah yang menuntut kefahaman diantara satu dengan lain dan menghormati adat dan resam yang dipakai sejak turun temurun.

Perbezaan adat resam ini mempunyai matlamat yang satu iaitu untuk masyarakat hidup dala aman dan damai menikmati kemakmuran dan hidup salin mengasih diantara satu dengan yang lain.

Orang minang contohnya berbeza dari kepercayan adat dan resam orang lain. Kebanyakannya ditadbir kehidupan mereka oleh Adat Perpatih dan kebanyakkannya diantara mereka ini dilinkungi oleh adat ini. Adat perpatih luas dipakai oleh rakyat di NS dan sedikit diNegeri Melaka yang bersempadankan dengan NS. DiMelaka itu adat Perpatih ini masih kuat dipakai oleh orang yang tinggal dalam kawasan Naning yang termasyor dalam sejarah Melayu kita.

Kedua-dua puak yang menjalankan adat Perpatih dan adat Temenggung itu hidup didalam keadaan aman dan bersama walaupun mereka dilindungi oleh adat dan cara kehidupan yang berbeza.

Adat Perpatih menitik beratkan hormat menghormati diantara satu puak dengan puak yang lain. Saya tidak mampu untuk membuat satu ‘tehakik’ yang jelas kerana saya tidaklah alim didalam menyuarakan segala ‘detail’ tentang adat yang murni ini. Mungkin suatu hari nanti ada pihak yang lebih arif tentang adapt ini boleh memberikan penerangan lengkap kerana adapt ini sangat syhdu dan memberikan kehidupan yang sagat rasa tersusun dan teratur jika difahami dan dipraktiskan.

Tetapi kita boleh memetik kata-kata yang bernilai yang sangat baik untuk difikirkan dan dilunaskan dalam kehidupan seharian apatah lagi bagi rakyat NS seperti diri saya ini.

Malahan Adat Perpatih merangkumi segala sistem pertadbiran kehidupan rakyat dan jika terlunas cara hidup beradat yang diadatkan ini ianya adalah sistem lengkap yang mampu memberikan petadbiran kawsan dan luak kita.

Sistemnya amat demokratik. Sistem pemilihannya lebih demokratik dari demokrasi yang kita pakai. Anak buah (orang ramai) dalam satu-satu suku itu akan memilih Buapaknya. Maknanya Buapak dipilih oleh anak-anak buahnya didalam suku itu.

Buapak memilih Lembaganya dan seterusnya Lembaga memilih Undangnya. Undang yang Empat yang terpilih oleh Lembaga masing-masing memilih Rajanya yang dipanggil Yamtuan Besar yang berdaulat.

Bagi kawasan-kawasan yang tidak terlingkung didalam Luak yang Empat itu namanya Tanah Mengandung yang mana ianya dibawah naungan Yam Tuan Besar dari Seri Menanti.

Sistem ‘arbitration’ juga wujud dengan jelas didalam Adat Perpatih yang diadatkan. Perbalahan dikalangan anak-anak buah akan diambil tahu oleh Buapak dan seterusnya kepada Dato Lembaga. Perbalahan tentang tanah pusaka misalnya selalunya diselesaikan oleh Dato Lembaga dan keputusannya adalah adil muktamad.

Perkelahian diantara anak buah akan dirujuk kepada Buapak yang dihormati oleh anak-anak buah sesuatu suku itu dan itulah amalan sejak turun temurun. Walaupun sekarang ini adalah zaman moden yang mana persengkitaan dirujuk kepada Mahkamah civil namun masih ada lagi yang mengamalkan penyelesaian mengikut adat yang melingkungi mereka.

Adat yang diadatkan itu adalah bersendikan syarak dan Islam. Kita ikuti perbilangan adat yang mendasarkan kepada kehendak Muhammada saw.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi,
Kata sama seiya, lenggang sama sehayun,
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni,
Terjun sama basah, melompat sama patah,
Beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing,
Setitik pantang hilang, segaris berpantang lupa,
Mendapat sama laba, cicir bersama rugi,
Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.

Asas perbilangan ini adalah kepada sabda Junjungan Besar kita yang bermaksud; 'Jadikanlah diri kamu sekalian seperti kelakuan dua belah tangan iaitu membantu saudara kamu yang sakit dan jangan jadikan diri sekelian terbelengu seperti dua mata dan dua telinga yang hanya melihat dan mendengar sahaja kesakitan saudara kamu'.

Adat Perpatih juga menerima hakikat bahawa setiap manusia itu ada gunanya dan berfungsi mengikut kemampuan dan yang telah ditetapkan azali. Tidak ada yang tidak berguna dalam masyarakat kerana setiap insan seperti yang dinyatakan oleh agama dan adat adalah sama disisi Tuhan. Ikuti beberapa baris lagi perbilangan yang indah didengar;

Kok dio malin (alim) hondakkan doanyo,
Kok dio coghodek (cerdik) toman borunding,
Kok bodoh disuroh arah,
Kok buto pengombuih (penghumbus) losong,
Kok dio pokak pembakar meriam,
Kok tepok (tempang) menjago jemuran,

Disini kita boleh menyaksikan bahawa setiap insan itu sudah ditentukan kebolehan masing-masing dan tugasan sudah dibahagi-bahagikan.

Tidak ada sesiapa yang rendah dan tiada siapa yang tinggi diantara kita. Hanya kita sahaja yang meletakkan diantara kita tinggi rendah nya kita dalam masyarakat. Telah pun disebut yang adat itu diadatkan untuk menjaga maruah semua pihak.

Tidak ada sesiapa didalam lingkungan adat itu tersisih dan disisihkan. Menghormati adat itu adalah menghormati semua; Kalau datang nampak depannya, kalau pergi nampak belakangnya. Dalam adat perpatih tidak ada sesiapa yang disisihkan dari masyarakat perpatih itu tadi.

Sesungguhnya adat perpatih ini sangat luas yang meliputi semua yang dikehendakki dalam kehidupan. Untuk menulis tentang adat ini adalah mustahil dalam masa dan ruang yang sekecil ini.

Kesimpulannya, kok digulung selebar kuku, kok di bontang seluas alam. Adat tetap berjalan dengan kuat kuasanya sepanjang adat itu masih diadatkan. Selagi ‘tak tertimbus parit yang asal, selagi tak patah kalam nan tunggal’ adat tetap berjalan.

Adat ini tetap berjalan bersama-sama dengan masyarakat yang tidak terlingkung dalan adat ini. Adat ini tidak mengganngu gugat pihak yang lain selama ini dan sampai bila-bila seperti yang kita sama-sama telah lihati.

Adat ini juga berpesan kepada anak buah; ‘jangan mombawak cupak gantang kito ko nogori orang lain’. Maksudnya ialah untuk menjauhkan sentuh-menyentuh dan mencabuli kuasa orang lain dan sebagainya.

04 September 2010

Kalau Mahathir kata saya salah, salahlah saya - Ling Liong Sik

Kes rasuah yang melibatkan Tun Ling Liong Sik ini adalah kes yang sangat penting diikuti oleh semua rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Kes ini akan memerikan dua badai; samada untuk benar-benar sebagai tindakkan jujur untuk membeteras rasuah atau permainan politik pihak tertentu untuk meletakkan kesemua kesalahan kepada Tun Ling Liong Sik (LLS) seorang.

Apabila segala-galanya telah diselesaikan oleh Mahkamah maka semua akan tahu apa sebenarnya yang terselindung dari rakyat selama ini. Kes TLLS ini akan pasti diikuti dengan terperinci oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Kes ini sangat penting kerana ianya akan melibat pandangan masyarakat tempatan dan antarabangsa bahawa ketidak jujuran kepimpinannya akhirnya akan diketahui umum juga akhirnya.

Apabila sudah dapat dinilai oleh orang ramai maka barulah rakyat tahu apa yang diperkatakan oleh pihak yang mengkritik pimpinan dahulu banyak benarnya dari yang kurang benar. Isu rasuah memang isu yang terlalu hebat dipersoalkan rakyat selama ini dan sekarang isu ini sudah menghampiri keadaan yang segala-galanya akan terbongkar dengan sendirinya.

‘Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru’. Sekuat mana pun usaha untuk melindunginya dari pengetahuan rakyat, ia akan tetap akan terbongkar akhirnya. TLLS telah berkata diluar Mahkamah semalam, “jika Mahathir kata saya bersalah maka bersalahlah saya”.

TLLS walau bagaimana pun mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada bekas PM kita itu, Dr Mahathir kerana bersetuju untuk menjadi saksi kepada perbicaraan ini. Dr Mahathir setkat ini tidak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan peribadinya terhadap isu perbicaraan TLLS ini.

Jumlah wang yang terlibat dalam pembelian tanah ini merupakan kes yang sudah pasti melibatkan ramai yang lain dari TLLS. Ianya melibatkan keseluruhan ahli-ahli Jemaah Kabinet Negara. Apa yang pasti ianya merupakan tindakkan yang tidak ada kejujuran dari individu-individu yang terlibat.

Dari segi moral demokrasinya, semua ahli Jemaah Kabinet mesti ‘accountable’ terhadap kes ini kerana ianya adalah keputusan kabinet. Ramai diantara Jemaah Menteri semasa itu masih berada didalam kabinet sekarang ini dan jika kes sebegini berlaku dinegara maju kesemua ahli Jemaah Menteri itu akan meletakkan jawatan.

Semasa TLLS berhadapan dengan PAC beliau telah memberitahu PAC bahawa yang melakukan pemantauan keatas penilaian tanah tersebut diketuai oleh PM sendiri, iaitu Dr Mahathir.

Mengikut kata Zaharah Shaari, Ketua Setiausaha Kementerian pengangkutan semasa itu, TLLS sedar bahawa jika pembelian tanah itu didasarkan kepada ‘Land Acquisition Act 1960, sebanyak RM600 juta wang rakyat boleh diselamatkan.

Zaharah memberi tahu yang TLLS sudah berbincang dengan Dr Mahathir tentang isu harga tanah ini. Disini sudah nyata bahawa apa yang dikatakan oleh TLLS itu merupakan indikasi yang dalam kes ini bukan beliau seorang bertanggunjawab tetapi ramai lagi yang patut dipersalahkan.

Sekarang TLLS memohon kepada Mahkamah untuk bertindak untuk membuat ‘declassification’ terhadap semua minit-minit mesyuarat kabinet dan ‘post Cabinet’ yang berkaitan dengan isu PKFZ ini. TLLS menuntut supaya semua minit-minit in di’ declassify’ bagi mempertankan dirinya dari pertuduhan ini diMahkamah.

Melakukan pertuduhan kepada seorang pemimpin besar seperti TLLS ini merupakan satu tindakkan yang sangat besar risikonya walau pun ramai orang termasuk diri saya ingin melihat apa sebenarnya yang berlaku sehinggakan berbillion ringgit wang oenat jerih rakyat disonglap begitu sahaja. TLLS adalah seorang ‘TUN” dan tentunya beliau merasa terkilan kerana dibawa keMahkamah kerana kesalahan ramai yang lain.

Jika beliau membawa ramai yang lain bersamanya untuk terlibat dalam kes ini pun, tidak ada siapa yang boleh menyalahkan TLLS. Dengan kata-kata beliau semalam jelas menunjukkan kepada kita yang beliau telah dijadikan kambing hitam dalam isu ini.

Dalam kes TLLS ini telah membuktikan apa yang blog ini pernah menulis; jika memerintah, ikut aturan yang ada. Kita tidak boleh mengambil keputusan peribadi semata-mata kerana kepentingan peribadi yang berkehendakkan kekayaan yang terlalu berlebihan. Kerajaan kita tidak boleh ditadbir mengikut nafsu sendiri, Negara ada peraturan dan amatlah menjijikkan jika pemimpin mentadbir negara seperti mentadbir persatuan sepak takraw.

Pertuduhan telah dibuat dan dari sekarang ianya telah terdaftar diMahkamah. Hanya kita dibawah-bawah ini mahukan pengadilan dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab. Jika ramai lagi yang terlibat, adalah lebih adil jika kesemua yang terlibat diadili oleh Mahkamah yang bebas dari tekanan politik dan eksekutif.

Jika LLS seorang yang bertangjawab biarlah beliau seorang yang mendapat penghakiman, tetapi jika ramai lagi yang melanggar undang-undang didalam isu ini kesemuanya wajib menghadapi apa yang sepatutnya mereka hadapi.

Kata orang tua-tua, ‘limau jangan masam sebelah’ kerana jika ‘limau masam sebelah’ ianya adalah satu tindakkan yang tidak adil. Kesemua yang terlibat mesti dihakimkan kerana jika tidak dihakimkan rakyat lagilah yang menanggung derita permainan rasuah yang hina ini.

Kepada LLS saya memohon supaya beliau menghadapinya dengan sabar dan tenang. Ini melibatkan wang rakyat dan jadikanlah pengalaman ini sebagai pelajaran yang wang rakyat itu adalah wang rakyat. Jangan kita persendakan rakyat sampai kesebigini jauh. Rakyat pun ramai yang sudah pergi sekolah yang tinggi-tingi; tidak seperti saya yang hanya bersekolah atap.

Mari kita ingatkan kita sesama kita; rasuah itu adalah musuh kepada ummah dan ianya sangat merbahaya kepada keamanan dunia. Ianya lebih bahaya dari penagihan dadah. Jika sudah merasa wang rasuah yang besar seseorang itu tidak akan dapat berhenti dari melakukanya berterusan. Ketagih rasuah lebih buruk akibatnya. Ianya tidak ada kesudahannya.

Semua pihak mesti memerangi rasuah ini seperti kita memerangi pengaruh zionis sebagaimana yang disebaut-sebut oleh pemimpin-pemimpin parti politik kita. Kalau kita hendak menjadikan ‘equation’ dengan bahaya zionis, pengaruh rasuah adalah lebih merbahaya dari pengaruh zionis itu kepada negara kita.

Tidak ada amalan yang lebih buruk dari rasuah. Agama kita pulak mengingatkan kita yang memakan rasuah itu seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Itu yang saya diajar. Tak tahu pulak kalau ada yang boleh menyanggah pendapat ini.