Demonstrasi jalanan bukan lagi
budaya politik menentang kerajaan pada hari ini. Zaman berdemonstrasi sudah
mula reda dan tidak mungkin menjadi perkara biasa lagi kerana rakyat sudah mula
terasa letih dengan demonstrasi jalanan. Penghakiman terhadap Anwar pada 10hb
yang lepas menunjukan dengan jelas yang penyokong Ketua Pembangkang itu tidak
lagi mempunyai keupayaan untuk mendapatkan sambutan ramai. Walaupun Anwar
sendiri telah menjelajah seluruh negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan
itu dibuat, sambutannya nampak sangat sudah berkurangan.
Semalam kumpulan mahasiswa yang
mewngadakan perhimpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak mendapat sambutan
dan brerakhir dengan penahanan pemimpin mahasiswa itu buat kedua kalinya. Jelas
mengadakan perhimpunan tidak lagi menjadi cara untuk mendapatkan perhatian umum
dalam politik hari ini.
Penjelajahan Anwar yang terakhir
ialah di padang Jalan Timur, Petaling Jaya pada 9hb februari, Petaling Jaya dan
kehadirannya tidak seramai yang diharapkan walaupun isu Sodomi 2 ini cuba
diperbesarkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Hanya 2000 orang sahaja yang hadir dan
jumlah itu tidak cukup untuk membina aura penentangan yang kuat terhadap
kerajaan. Tujuan untuk memindahkan pandangan orang ramai untuk mengkritik
sistem Kehakiman negara tidak berjaya sepenuhnya.
Jumlah 2000 orang itu adalah
terlalu kecil jika dibandingkan besarnya isu yang dibangkitkan oleh pemimpin
pembangkang termasuk Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa orang
pemimpin PAS seperti Mat Sabu dan yang lain. Pada tahun 1998 dahulu, ratusan
ribu manusia terus berbaris ke Seri Perdana di hari pemecatan Anwar sebagai
ahli UMNO pada malam itu juga. Jika ada yang masih merasakan yang aura sokongan
manusia di negara ini untuk Anwar jelas telah merudum dan tidak akan
kemana-mana selepas ini.
Walaupun Anwar tampil kedepan
sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan itu dimerata tempat dengan ucapan yang
berapi yang beliau tidak akan tunduk dengan tekanan politik terhadap beliau dan
ketiadaan beliau tidak menjejaskan usaha membawa rakyat mara ke depan menentang
kerajaan.
Sampai ke hari ini
pemimpin-pemimpin pembangkang masih lagi menjual isu yang sama dengan nada yang
sama yang sudah tidak menjadi isu lagi. Malahan setengah dari pemerhati politik
tanahair menjangkakan isu Anwar dengan pensabitan beliau dengan kesalahan
meliwat ini tidak akan pergi ke mana-mana dan ada yang mentafsirkan keadaan ini
menunjukan yang Anwar sudah beransur-ansur menjadi ‘spent force’ politik dan
dalam jangka masa yang pendek sahaja Anwar tidak akan mampu untuk membawa
penyatuan terhadap kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Sebab yang paling ketara sekali ialah
minat dan sokongan orang ramai telah mula pudar semenjak pertelingkahan di antara
pemimpin-pemimpin DAP dan PAS beberapa ketika dahulu hasil dari perbezaan dalam
sudut perjuangan parti-parti itu yang berbeza dan tidak sependapat dalam banyak
isu. Pertelingkahan terbuka pucuk pimpinan PAS dan DAP sesungguhnya membuatkan
penyokong PR dan mereka yang duduk diatas pagar telah meninggalkan minat mereka
untuk menyokong itu jauh kebelakang.
Kita boleh lihat unit amal PAS
tidak lagi menampakkan kehadiran mereka dalam setiap ceramah PKR mahu pun DAP
sejak kebelakangan ini dan dari psikolojinya sahaja ia telah meranapkan aura
sokongan terhadap mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat itu. Pemimpin yang masih
bergelora dengan kenyataan dan kritikannya terhadap kerajaan BN sekarang ini
hanyalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja dan tidak ada kecenderungan
pemimpin Melayu Islam yang kedepan secara ganas untuk membawa dan menyambung
kerja buat Anwar dahulu.
Dengan merudumnya aura Anwar
sejak akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah
menunjukan keletihan mereka untuk meneruskan perjuangan mereka. Ramai di antara
pemimpin mereka yang bercakap dengan saya mengakui yang perjuangan untuk
mempertahankan Anwar sudah tidak boleh diteruskan lagi. Isu mempertahankan
Anwar itu sudah berlarutan keterlaluan dan stamina untuk meneruskannya sudah
tiada lagi.
Rakyat sedang menghadapi isu-isu
yang lebih menekan kerana isu terlalu banyak yang di lemparkan kepada pihak BN
dan kerajaan. Mereka tidak lagi menganggap isu Anwar sebagai isu yang
terpenting kerana dikalangan UMNO dan rakyat sendiri sedang berlaku pergolakan
besar menentang kepimpinan Najib dan sekutu-sekutunya dalam parti itu.
Rakyat lebih cenderung untuk
melihat perubahan dalam UMNO dan mereka berpendapat mereka mempunyai peluang
besar untuk membetulkan parti-parti dalam BN dari memperjuangkan nasib Anwar
seorang itu. Mereka mempunyai keyakinan yang jika UMNO dan BN mampu membawa
perubahan kepimpinannya maka tidak mungkin Pakatan boleh menempa kemajuan lebih
dari apa yang mereka capai dalam pilihanraya yang lalu.
Pilihanraya 2014 adalah peluang
terakhir bagi Pakatan Rakyat untuk menjejak kaki di Putrajaya dan peluang itu
telah berakhir dengan masalah-masalah intra-parti yang berlaku dalam gugusan longgar
Pakatan Rakyat itu. Pakatan Rakyat tidak boleh lagi bergembira dengan
kemenangan undi popular 52 peratus yang mereka perolehi dalam PRU yang lepas.
Itu sudah menjadi sejarah kerana tidak mungkin persahabatan yang terjejas di antara
PAS dengan DAP itu akan mampu mempertahankan undi popular 52 peratus yang
mereka capai pada PRU 2014 yang lepas.
Kekuatan PR itu telah tercapai
semasa itu, kerana diwaktu pilihanraya 2014 sedang berlaku perpaduan di antara
parti-parti dalam PR begitu kukuh dan jitu. Sekarang ia tidak lagi begitu. Jika
masih ada dikalangan pimpinan PR percaya yang mereka akan lebih kuat selepas
Anwar dipenjara, itu adalah seperti ‘mimpi di siang hari’ semata-mata.
Memomokan sistem kehakiman yang
keterlaluan yang dilakukan pihak pembangkang jelas telah menjadikan ramai yang
berasa mual dan tidak mahu lagi menyokong tindakan mereka. Membawa isu
konspirasi politik juga sudah menjadi perkara yang basi dan ramai yang sudah
menjemukan selera rakyat untuk berjuang bersama pembangkang.
Pembangkang hanya akan menjadi
bertambah kekuatannya jika tindakan perubahan yang dilakukan oleh UMNO sekarang
ini tidak berjaya dan mereka yang berada dalam barisan kepimpinan hari ini
masih berkuasa semasa menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Hakikat ini
benar, jika masih lagi barisan kepimpinan hari ini berada dan berkeliaran di
Putrajaya semasa kita menghadapi pilihanraya nanti, itu bermakna UMNO dan BN
sememangnya menempah kekalahan dihadapan rakyat.
Itu sahaja peluang yang ada bagi
pembangkang untuk mengekalkan kekuatan yang sebanyak sedikit telah hilang
sekarang ini.