Muhyiddin Yassin yang di
ura-urakan oleh sebahagian pimpinan UMNO untuk mengambil alih kepimpinan dari Najib
itu adalah seorang pemimpin yang lebih lagi tidak menggunakan alat untuk
berfikir (otak) anugerah Tuhan untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. Itu lah
sebabnya saya tidak berhenti-henti berkata bahawa siapa sahaja dalam kepimpinan
tertinggi UMNO itu adalah mereka yang tidak sempurna akal fikiran politik
mereka. Mereka tidak tahu apa yang baik untuk disebut dan yang sepatutnya dihindari
untuk terkeluar dari mulut seorang yang bercita-cita tinggi untuk mengambil
alih kepimpinan negara kita yang kita sayangi ini.
Saya terpaksa memberikan komen
terhadap kata-kata Muhyiddin di Johor semalam di mana beliau telah menjanjikan
BRIM akan di tambah menjadi RM1000 selepas ini. Beliau berkata jika menolak BN
dan UMNO itu merupakan penolakan terhadap rezki. “kalau hendak rezki yang
seribu itu terpaksa lah kekalkan kepimpinan BN dalam pilihanraya ini” kata
beliau lebih kurang kepada orang-orang yang menyambut ketibaan beliau dan di
siarkan dalam saluran-saluran TV arus perdana malam tadi. Mendengar kata-kata
ini membuatkan saya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut dengan taraf
pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri itu.
Kalau ini lah contoh kata-kata
seorang yang berselera untuk menjadi PM, beliau akan menjadi seekor tikus
membaiki labu. Tiada apa yang beliau boleh perbaiki dalam kerajaan malahan
beliau akan menjadikan nilai kepimpinan kerajaan bertambah buruk dan nesta
lagi. Ayat yang saya acapkali sebut dalam blog ini ialah sesiapa sahaja dalam
kepimpinan tertinggi UMNO itu merupakan jenis yang sama kerana mereka adalah
dari acuan yang sama. Acuan ini adalah acuan yang di bentuk oleh Dr Mahathir
sebaik sahaja beliau mengambil alih kerajaan pada 1981 dahulu.
Muhyiddin dalam keadaan tertekan beliau
telah berkempen dengan terang dan jelas serta di siarkan dalam media perdana
yang beliau melakukan pujukan secara rasuah dan ini merupakan satu tindakan
yang amat buruk dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan yang semakin hari
semakin lemah itu. Apa eloknya menggantikan Najib dengan Muhyiddin ini? Jika
Najib berkata kepada orang Cina dan rakyat “Lu tolong gua. Gua tolong lu”,
Muhyiddin pula ‘kalau hendak BRIM lebih besar undilah BN dan kekalkan kuasa BN’.
Ini kah jenis kepimpinan yang kita hendak letakkan harapan untuk
menjamin masa depan anak-anak dan generasi kita yang akan datang?. Pernahkah
kita mendengar kerajaan dan parti-parti di negara-negara maju menjanjikan wang
tunai kepada rakyat mereka jika mereka di pilih untuk memerintah negara?
Bagaimana kah caranya negara kita hendak menjadi negara maju jika mentaliti
pimpinan yang memerintah tidak lebih dari mentaliti pemimpin zaman kuno atau
zaman batu dahulu.
Apa yang menyebabkan mereka
sanggup melutut begitu rendah semata-mata untuk mendapatkan serta menguasai
kerajaan yang mereka telah lama menguasainya. Inikah dia hasil dari didikan
parti yang telah lama memerintah. Tidak kah mereka belajar dari kesilapan dan
kesalahan orang lain atau dari kesalahan diri sendiri yang begitu banyak mereka
lakukan itu? Baik Najib mahu pun Muhyiddin, mereka adalah dari kumpulan dan
bermentaliti yang sama, iaitu membeli perasaan dan undi rakyat dengan
menggunakan wang rakyat itu sendiri?
Kita merasakan amat mual dan menjelekkan
mendengar kata-kata Muhyiddin yang mengatakan mengundi pembangkang itu adalah
mengundi untuk menolak rezki kerana hanya BN boleh memberikan BRIM kepada
rakyat. Dalam pada mereka ini berusaha
untuk mendapatkan sokongan rakyat mereka memalui proses berkempen itu dengan
menghina orang ramai seolah-olah hanya BN yang boleh memberikan rezki sedangkan
kita tahu rezki itu datangnya dari mana.
Itulah sebabnya janji-janji
Pakatan Rakyat itu lebih menepati kehendak ramai kerana dengan hanya menghapuskan
tol dan penghapusan PTPTN itu sahaja sudah jauh melebihi keuntungan dari
menerima BRIM seribu dua itu. Dengan hanya mendapatkan BRIM rakyat masih
terpaksa membayar kos pendidikan anak-anak serta perjalanan orang ramai yang
semakin hari semakin tinggi itu.
Dengan penghapusan bayaran tol
dan PTPTN ini sahaja sudah menguntungkan rakyat puluhan ribu ringgit jumlahnya
setahun. Lebih penting lagi rakyat tidak akan mendengar ungkitan-ungkitan
seperti yang dilakukan oleh Najib setiap malam melalui TV semasa melawat
seluruh negara sekarang ini. Beri rakyat sejemput tetapi di ungkit setiap malam
dalam ucapan-ucapan mereka setiap hari. Wang yang diberikan itu seolah-olah
wang Barisan Nasional, tetapi mereka terlupa wang itu adalah wang rakyat
sendiri yang tidak putus-putus membayar cukai kepada kantung negara setiap
tahun itu.
Sesungguhnya negara mesti bermula
dengan politik dan negara yang baru. Rakyat sudah tidak berdaya menahan cemuhan
dan penghinaan dari pimpinan setiap hari. Marilah kita berusaha mencari jalan
kearah pembaharuan ini. Kata Muhyiddin itu jelas membuktikan yang pemimpin UMNO mahu membuktikan bangsanya boleh dijual beli dengan wang ringgit mereka sendiri yang sejemput.
Kepada kedua-dua pimpinan UMNO ini orang Melayu rendah darjatnya.....beli undi mereka dengan empat lima ratus ringgit sahaja sudah cukup untuk memenangi pilihanraya.Pemimpin-pemimpin ini sudah hilang hidayah dan tidak pun merasakan yang orang Melayu sudah tidak mahu lagi di pujuk dengan wang ringgit. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bermoral dan berdisiplin dan faham tentang tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.
Kepada kedua-dua pimpinan UMNO ini orang Melayu rendah darjatnya.....beli undi mereka dengan empat lima ratus ringgit sahaja sudah cukup untuk memenangi pilihanraya.Pemimpin-pemimpin ini sudah hilang hidayah dan tidak pun merasakan yang orang Melayu sudah tidak mahu lagi di pujuk dengan wang ringgit. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bermoral dan berdisiplin dan faham tentang tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.
Kita mulakan pencarian ini dengan
menolak BN dalam pilihanraya kali ini. Insyaallah secara beransur-ansur kita
akan dapat memperbaiki mentaliti kerajaan dan rakyat pada masa-masa yang akan
datang.
Masanya pun sudah hampir tiba.
Lakukanlah pembaharuan itu tanpa was-was. Selari dengan usaha-usaha kita itu,
kita berdoa dengan intensif agar kita berada di dalam sepenuh keredhoan Allah
SWT.
It’s now or never.
27 comments:
Hanya orang bodoh saja yang ada dalam UBN.
Tuan,
Saya sealu membuat perumpamaan berikut mengenai roterik UMNO terutama ayat-ayat Muhyidin yang selalu kelas tertinggal keretapi.
Ugutan dan hantu yang UMNO selalu guna untuk memperbodohkan melayu adalah seperti berikut:
"REZEKI SECUPAK TIDAK AKAN MENJADI SEGANTANG JIKA PILIH PAKATAN. ILIH LAH UMNO, KAMI BAGI 2 GANTANG.
SEDANGKAN KEPERLUAN HARI INI ADALAH 5 GANTANG !!...KEMANA PERGI 3 GANTANG LAGI?...MASUK POKET PUAK-PUAK UMNO LA....."
Itulah hakikat tipu muslihat UMNO untuk memperdayakan orang melayu. Dan itulah juga maksud tawaran-tawaran yang datang dari Muhyiddin.
Zack
assalamualaikum..tuan,
segala yg diberi oleh BN..ambil dan undi tetap undi Pakatan Rakyat..dah muak..dah nak termuntah dah dengan pelbagai hal yg dilakukan oleh Ameno dan BN ni.cukuplah..."INIKALILAH..!!"
Dikabarkan penerimaan BR1M 2.0 makin merosot kerana penyokong PR menolaknya.
Aden awal-awal lagi dah ambek ,simpan buat tambah boli kobou ,bertambah kobou Den !.
BN bagi BRIM kat rakyat cam suruh rakyat minta sedekah. Ramai2 pi ambil kat dewan dan beratur panjang2. Kalau ikhlas nak bagi, masukan dlm account saja ataupun poskan cek kat rumah. Mudah dan tak payah guna dewan dan tak perlu berbaris panjang.
Muhyiddin belajar dari PAU dalam th 90an di mana dia membeli undi perwakilan UMNO dg rm 1000 setiap perwakilan. ketika itu dia nak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
Cara yg lapuk diguna pakai oleh TPM Muhyiddin.Dia memancing undi PRU 13 dg BRIM.Muhyiddin tidak boleh berfikir lagi!.Muhyiddin juga penyamun tarbus. Dia menggunakan Syed Mokhtar untuk mengangkut kekayaan negara.Mokhtar adalah kroni Muhyiddin.Dia sukakan Mokhtar yg tidak lulus SPM itu.Mokhtar akan ikut apa saja telunjuk Muhyiddin.
Muhyiddin juga satu acuan dg Najib.Guru mereka adalah Tok Chai Tongkang Yad,Seberang Perak alok Stak, mamak kutty Kerala.
Muhyiddin dengar nasihat ini. Apa saja duit rakyat ,rakyat akan ambil.itu duit rakyat! itu bukan duit bapa Muhyiddin.Itu juga bukan duit UMNO/BN.Rakyat akan bagi balik apabila mereka menolak UMNO/BN dalam bulan March nanti.lepas ni ko kena duduk kerusi pembangkang di parlimen Muhyiddin!
JB-Ghani othman akan kalah
Rakyat perlukan sistem yg berkesan dari kerajaan supaya rakyat tidak rasa tertindas. BRIM bukan satu sistem yg berkesan , ianya lebih kepada sogokan kecil untuk mempertahankan kuasa.Bila dapat kuasa golongan penguasa akan SAPU DUIT RAKYAT secara besar2an. Banyak bukti dan kes yg mengesahkan senerio ini.
UMNO telah memperlihatkan warna sebenar (the true colour) pada diri mereka sendir. Sifat2 perihatin, penyayang, peka & simpati terhadap rakyat selama ini adalah warna luaran sahaja.
Kini jelas kelihatan semakin hari UMNO telah berani bertindak diluar dari sifat2 yg tersebut diatas seperti merasuah pengundi2 dengan BR1M, mengugut rakyat, memainkan resentment terhadap sesuatu kaum & agama malah telah berani mengupah samseng2 untuk tujuan provokasi.
Tamaddun sejarah keluhuran UMNO telah musnah... Kini UMNO hampir2 kearah pemerintahan Namrud, Firaun, Shah Reza Pahlav dan yg sewaktu dengannya.
Wallahualam..
Mahyudin dan najib jangan dibeza2kan kerana kalau buat ujian DNA keputusan ujiannya sama dgn najib. keputusan DNAnya seperti berikut.
1. Didapati ada unsur2 pemikiran dan belit Mahathir
2. Didapati ada unsur2 perasaan yg sama dengan Mahathir seperti rasa cemburu yg berlebihan dengan saingan politik dan saingan ini mesti dibunuh kerjaya politik walaupun saingannya itu sangant berguna kepada rakyat.
3. Didapati ada unsur2 kelakuan macam Mahathir kerana bercakap ikut suka tanpa mengira pertimbangan2 morel politik.
4. Didapati unsur2 yg sama antara Mahyudin dan Najib dari segi angan2 dan didapati mimpi pun sama macam cerita LABU LABI.
5. Didapati mereka berdua ada persamaan dari segi merendah2kan pola pemikiran rakyat. mereka menyangka dengan 500 ringgit rakyat akan gembira macam mereka(najib dan mahyudin) dapat duit 5 juta ringgit.
6. Keputusan juga menunjukkan ada DNA lembu sikit2 mungkin ada termakan sikit2 duit penyelewengan NFC keluarga Shahrizat Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Just discovered this blog a month ago and has been following since then.
It's very good blog to read. Congrats
Bang,
Pagi ni, buka TV, nengok berita stesen Rais Yatim, Tajuk utama akhbar.
Mula2 sotkabar Berita Hairan. : SPR akan gazetkan daftar pemilih pada 22 Februari.
Tetiba jer ada satu berita lain di muka surat lain dalam Berita Hairan. : Mengikut bancian, RAMAI RAKYAT MALAYSIA yakini SPR telus dan adil!
Nasib baik saya tak termuntah!!
Salam,
Untuk santai-santai sila lihat video ini :
http://www.youtube.com/watch?v=W7FShXnDX0Q&feature=player_embedded#!
Apakah rakyat Malaysia masih lagi percaya dengan penyamun-penyamun UMNO baru ini?
Duit untuk BR1M itu sebenarnya hak rakyat. Tapi UMNO kata duit BN? Terang-terang di siang hari merasuah rakyat.
Kalau rakyat nak fikir, apa Rm500 boleh selesai beban rakyat seharian?
PR kata turun harga minyak. Konsep ini barulah boleh di katakan menolong mengurang beban rakyat. Sebab kalau kos minyak tinggi, maka secara ekonomiknya harga barang lain naik. Sebab apa, Malaysia adalah negara pengeluar minyak, bukannya pulau Madagascar. Dahlah Petronas/Petron di kuasai oleh penyamun.
Saya khawatir, kalau di takdir Najib menang lagi sekali ini, tunggulah, Malaysia akan menuju kehancuran seperti Greece dan naik setingkat lagi macam Korea Utara.
Lihatlah nanti, Najib akan menunjukkan taring sebenarnya dan Kak Mah akan menjadi Queen Control dalam kerajaan secara halus dan nasib AI dan pejuang PR dan nanti kita tidak akan tahu apa akan jadi.
Rakyat mesti faham akan kuasa yang diberi dalam pilihanraya.
habis pakat tunjuk baik... cis.. jgn ingat rakyat bodo..... dlu boleh r nok tipu... beri lah apa saja rakyat ambik.. kalau undi belum tentu bn.. jgn ingat orang ramai g kat mu ambik brim sokong mu... lama doh 55thn dekat nok mampussssss baru nok tunjuk baik ke rakyat... rasuah halal dalam puok ni.... konon tolong rakyat... sudahlah.... puas doh kena tipu. serik doh wei... kih.kih.kih...
Salam Pak Aspan,
Di Negara kita masih ramai lagi orang2 yang bodoh yang mengikut telunjuk pemimpin umno,kalau kita nasiihatkan mereka,mereka tak akan sekali-kali mendengar cakap kita,sebab kat kepala otak hanya ada umno.
Pertanyaan saya...bole ke PR menang dlm PRU ni,sedang kita tahu pihak umno akan gunakan pelbagai strategi jahat untuk kekalkan kuasa mereka.
Bagaimana kah kita hendak mengatasi perkara tersebut...saya risau silap2 haribulan umno akan tetap berkuasa lagi..
Ada juga kalangan berpendidikan tinggi Melayu yang masih yakin bahawa hanya UBN yang betul2 layak untuk memerintah negara ini. Makna nya dari kalangan berpendidikan tinggi ada juga yang bodoh. Hahaha.. Melayu oh Melayu.
Br1m nak naik Rm1000 ke? TPM ingat org lain bodoh kot. yg dpt bukan semua org...sy kena cukai bebyk...tak dpt pun...coz pendapatan lebih had yg ditetapkan...pemikiran TPM @ umno nie dah jadi otak lembu dah nie...dah x tau nak fikir BR1M tu hanya utk sebilangan org yg memang menyokong membuta tuli aje...TPM oi ingat tu duit ko ke! Entah2 dok kebas duit kwsp yg disimpan utk hari tu...klu betul sy haramkan duit yg dikebas tu...ckp aje pinjaman kwsp tp x pernah tunjukkan bila dan berapa nak byr tetiap bulan...
Depa di UBN semua serupa saja. Modus Operandi depa, merasuah, mencuri dan membohong. Kalu tk buat mcm ni lama dah depa lenyap, sbb depa tahu masih ada org Msia, terutama org Melayu dn India akan termakan. Maklumlah golongan ni saja yg boleh diperdaya sbb telah dibodohkan oleh mrk selama ni. Org Cina, mrk pandai dn tak merempat mcm kita. Patutnya sbb kita org Melayu yg perintah lebih 50 thn, yg pandai2 dn kaya2 tentulah org Melayu juga, bukan mcm skrng ni kita adalah golongan 80% rakyat yg miskin dgn pendapatan bawah rm1500 sebulan. Maka sedarlah wahai bangsaku. Tk serik2 ke?
It so important that we educate our people as we don’t want to go down the pathway as so many pinnacle nations that have preceded us. I think particularly about ancient Rome. Very powerful. Nobody could even challenge them militarily, but what happened to them? They destroyed themselves from within. Moral decay, fiscal irresponsibility. They destroyed themselves. If you don’t think that can happen to Malaysia...look at our national debt.. is double of the national income and is rising..
Lari sikit dari tajuk..xpa nooo......
Tanya sama najib apa sbb goyah,
Nti najib jawab Bendd nk kalah,
Apa sbb klah sbb kaki rasuah,
Apa sbb rasuah sbb xde maruah,
Sbb apa xde maruah sbb mmng
Are ready for free education????Are you ready for low price fuel???are you ready for No Toll????? yesssssssssssss.......JOM TUKOR....
Salam Tuan Aspan,
Datuk Mahfuz Omar ada bukti SPR, umno tipu!
Saudara AA dan para blogger
Kita semua harus tanya kita sendiri soalan berikut, "Are you ready for a govenrmant which practices good govennace?" Saya percaya jawapannya adalah "Yes!, Yes! and Yes!".
Salam.
Observer
Muhyiddin beranggapan beliau bercakap di hadapan ahli-ahli UMNO yang sememangnya bermentaliti rendah, dan memang pun pemimpin UMNO ni teramat suka bila rakyat boddo (sebutan stail Ustaz Azhar Idrus). Ini langkah kebelakang dalam memajukan rakyat yang rata-ratanya Melayu untuk bergerak kehadapan.
Salam
Wahai penyokong tegar UMNO,
Jangan ditipu umno lagi, lihat bukti ini.
Ada di satu kampung tu... anak saudara jemput kenduri kahwin siapa pun tak pergi sebab satu kampung pergi mesyuarat Umno cawangan dari pagi sampai ke petang... siapa pun tak berani berganjak sebab takut pada ketua wanita cawangan...
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Jutaan kemaafan kerana begitu terlewat mengikuti artikel ini. Juga, jutaan terima kasih di atas pendedahan ini serta tahniah kepada sekalian rakan-rakan pengulas.
Justeru, dengan kenyataan TPM sebegitu, seperti yang pernah saya sebutkan pada beberapa ulasan sebelum ini, para dajjal United Mungkarat Number One inilah sebenarnya O K U. That's why, elok benar kita menyatakan "NO!!!!!!!!!!" kepada para sekutu Fir'aun Malaysia ini dik hasrat jijik bagaikan najis mughalazah kononnya mereka (macam ucapan Muhyiddin) itulah tuhan yang mengurniakan rezeqi kepada kita ... Oleh itu, rasanya tak keterlaluan untuk kita simpulkan, mengundi mereka (UBN) yang dah teramat "corupt" ini silap-silap haribulan, bakal menjerumuskan kita kepada "MURTAD"; oleh itu, adakah kita sekalian sanggup menggadai kesucian aqidah kita semata-mata memperoleh kurnia yang teramat rendah harganya itu?
Terima kasih dan salam jihad.
Post a Comment