27 February 2013

Penangguhan Pilihanraya: Alasan Najib tidak munasabah

Lagi lambat pilihanraya diadakan lagi kuat bukti yang penangguhan yang begitu lama itu adalah disebabkan ketakutan UMNO dan BN menghadapi kekalahan. Seperti yang disebut selalu di sini Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak dipilih sampai penghujung penggal pilihanraya. Selalunya mana-mana Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan itu tidak akan sabar-sabar untuk mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat yang terus dari rakyat.

Seorang Perdana Menteri itu mahu tahu sejauh mana sokongan orang ramai dan itulah yang menyebabkan semua Perdana Menteri sebelum Najib telah memanggil pilihanraya sejurus selepas mangambil alih jawatan itu. Ramai orang berkata Abdullah Badawi itu lemah dan tidak ‘effective’ tetapi apa pun orang kata terhadap beliau, Abdullah telah memanggil pilihan raya selepas empat bulan mengambil alih jawatan PM itu dari pemimpin yang boleh berjalan di atas air, iaitu Dr Mahathir Mohammad.

Abdullah telah mendapatkan ‘endorsement’ dari rakyat dan beliau telah mendapat mandat yag begitu besar, iaitu kedua terbesar selepas pilihanraya tahun 1955 dahulu. Dalam pilihanraya 1955 itu hanya seorang wakil Perikatan yang kalah iaitu Sulaiman Palestin di Pulau Pinang Selatan. Tetapi sehebat-hebat Najib seperti yang di war-warkan oleh UMNO pada hari ini, hendak memanggil pilihanraya pun takut dan tidak berani menghadapi risiko politiknya.

Beberapa hari yang lepas Najib memberitahu kita yang beliau sengaja  menangguhkan pilihanraya ini kerana hendak menunggu hasil Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang telah beliau lancarkan itu. Kalau begitulah alasan beliau maka pilihanraya mungkin tidak di adakan dalam tempoh empat atu lima tahun lagi kerana apa-apa program kerajaan yang baru itu akan hanya mendatangkan hasil, jika ada, selepas tempoh yang panjang.

Mengikut perlembagaan tempoh tamat penggal ini ialah 28hb April nanti. Tidak mungkin hasil transformasi ekonomi beliau itu akan kita dapati dalam masa sesingkat itu. Alasan itu amat dangkal sekali dan tidak boleh di terima akal walau pun kepada mereka yang buta huruf.  Najib lupa yang seorang insan itu mempunyai mata hati yang amat mudah untuk melihat siapa yang berbohong dan siapa yang di bohongi.

Apa yang diperkatakan Najib itu tidak siapa yang akan mempercayainya. Hanya kepada yang mahukan beliau berbohong sahaja yang akan memberikan anggukkan kepada kenyataan Najib itu. Isu sebenarnya ialah isu ketidak yakinan beliau terhadap sokongan ramai terhadap UMNO itu dan juga masalah yang mungkin beliau hadapi didalam UMNO itu sendiri.

Kemenangan besar adalah wajib bagi Najib perolehi tetapi harapan itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ramai rakyat telah membuat ketetapan di hati masing-masing untuk meninggalkan UMNO dalam pilihanraya ini dengan memberikan undi kepada pihak pembangkang. Saya selalu bercakap dan ramai lagi manusia telah menunjukkan apa yang bakal di hadapi oleh Najib jika beliau tidak dapat memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya nanti. Bagaimana Najib hendak mendapatkan kemenangan besar sedangkan untuk mendapatkan sedikit lagi sokongan untuk mendapat kemenangan kecil pun tidak akan dapat beliau perolehi.

Bagi saya Pakatan Rakyat hanya perlu untuk menjaga dan mengawal keadaan yang sedang memihak kepada mereka. Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan sedikit kesilapan dalam tindakan mereka menghadapi pilihanraya ini. Pakatan perlu ingat yang mempertahankan sokongan rakyat terhadap mereka sekarang lebih payah dari mendapatkannya. Mana-mana parti dalam PR jangan sekali melakukan kesilapan. Pakatan tidak boleh melakukan kesilapan yang di sengajakan atau pun kesilapan yang tidak di sengajakan.

Alasan Najib yang mengatakan penangguhan pilihanraya ini di sebabkan untuk menunggu hasil PTE beliau itu adalah bukti kukuh yang Najib tidak berkeyakinan untuk memenangkan BN dalam pilihanraya ini. Najib sedang berperang untuk mempertahankan kewibawaan palsu beliau di mata rakyat. PI Balasubramaniam telah kembali untuk membantu apa yang sedang dilakukan oleh Deepak dan lain-lain yang menuduh Najib dengan berbagai-bagai isu yang ganas itu. Isu terhadap Najib datang bertimpa-timpa.

Tetapi isu yang bakal di hadapi oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO tidak kurang ganasnya. Jika Muhyiddin mengambil alih sekali pun isu terhadap beliau pun bukannya kecil. Begitu juga isu terhadap lain-lain pimpinan kanan UMNO sekarang ini. Mereka terlalu kaya dengan isu-isu negatif dan tidak siapa pun dikalangan pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu tidak mempunyai isu yang tidak mempunyai moral untuk mentadbir negara. Mereka, seperti yang saya selalu katakan itu, adalah dari acuan yang sama.

Pendeknya formula yang paling baik untuk menyelamatkan negara dan kerajaan kita ialah untuk melakukan perubahan dan kita tinggalkan pentadbiran dan politik yang tersangat menghimpit pemikiran rakyat yang dahagakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seperti UMNO ini.

Jika benar Najib seorang yang bertanggungjawab beliau tidak akan melakukan apa yang sedang beliau lakukan hari ini. Inilah dia hasil dari didikan kepada petualang politik negara khususnya orang Melayu Dr Mahathir Mohammad.  Kata perpatah, ‘keruh air di hulu maka keruh dihilir’. Kekeruhan politik negara bermula dari permainan politik Mahathir selama 22 tahun dan budaya politik kini masih di pengaruhi oleh isu Dr Mahathir.

UMNO tidak akan kekal sebagai UMNO parti orang Melayu tetapi ia akan terus menjadi parti untuk segelintiran Melayu yang tamak kuasa dan mempunyai mentaliti ‘migrant’ yang tidak akan dapat di tanggalkan dari imej ini buat selama-lamanya.

Kita tidak tahu bagaimana lagi UMNO hendak menyelamatkan diri mereka untuk masih menjadi parti yang relevan untuk rakyat yang terlalu dahagakan pimpinan yang telus dan jujur untuk menempa hari muka yang mencabar.

17 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan,

Lihat betapa pondannya Pak Jib jika di bandingkan ddengan Gillard, PM Australia

Rujuk YouTube :

http://www.youtube.com/watch?v=FbJQEL32J2Q


Pak Jib, ada beranikah debat LIVE dengan Abg Anuar di TV?

Kenya ada banyak bagus dmeokrasi dia. Pak Jib, auta saja demokrasi kamu itu.

http://www.youtube.com/watch?v=i89bSa88dOE

Ketika negara lain (kecuali Korea Utara kominis), semakin maju kearah dmeokrasi, Pak Jib, semakin menuju ke zaman Firaun.

Ini buktinya : http://www.youtube.com/watch?v=Qz7AdoZn03I

Orang ramai tidak lupa apa yang sudah kamu buat Najib!!!!


Anonymous said...

Selepas dihina dengan teruk, Paklah telah dilihat rapat dengan Najib. Kita dapat saksikan perkara ini berlaku sewaktu BN berdepan dengan Bersih 2. Geng minoriti dalam Pesaka telah menunjukkan taring, dan Paklah telah hadir menemani Najib ketika himpunan berlangsung.

Sewaktu Bersih2, mereka bukan berlawan dengan pembangkang, tetapi Najib/Isham berdepan dengan himpitan Perkasa-Pesaka. Ternyata provokasi yang tercetus sewaktu Bersih 2 adalah 'kerja orang dalam'!

Maka sewaktu berdepan dengan Bersih 3, Isham telah beri media-blackout kepada beberapa individu dalam Pulis!

Saya nampak Paklah sedang bergabung dengan Najib kini. Ku Li sedang buat selamba. DSAI dalam PR sudah kata siapa calun PM jika PR menang adalah tak penting!

Bila Najib lengahkan PRU, maka tahulah Mahadeyy bahawa dia sudah kelihatan berseorangan.... disish oleh kesemua musuhnya yang nampaknya sedang mula NAK bersatu!

Anonymous said...

World economy can help.....an economic growth with increase in commodity price will get BN across the line with a small majority.

During the 80s & 90s economic growth, every leader in the world is doing well, including dictators.....any Tom, Dick and Harry could be a good economic manager/PM.

Checkmate said...

penangguhan Pilihan raya disebabkan PTE ke? Ke Najib nak PRU 13 di adakan pada Mei 13 2013?,ini sebagai mengingatkan rakyat terutamanya kaum Cina dan India, racial riot akan berlaku.

UMNO tidak segan silu mengungkit pemberian BRIM dan kemajuan negara Malaysia disebabkan oleh jasa besar UMNO/BN .

Di seberang sana Madeiiy akan memukul gendang serta mengungkit-ungkit jasa UMNO yg telah banyak berjasa kpd Rakyat Malaysia! Semua TV Perdana dan tabloid akan diarah fokus tentang peranan jasa UMNO.

Mungkinkah apa yg diperkatakan di atas akan menjadi kenyataan??

SPR ketika ini mula menempatkan pengundi-pengundi Pendatang Asing yg telah mendapat MY KAD dari pemberian Madeiyy, mamak tongkang KERALA utk jadi pengundi baru.

Checkmate ...Najib!


Anonymous said...

salam.
mahathir tengah buat kira-kira macam mana nak pancung najib..kerana rosmah adalah liabiliti besar untuk BN dan Mahathir & son & friends..dia begitu angkuh dan yakin dia masih boleh spin dan bodohkan org umno macam dulu..tapi kali ni dia silap..rakyat dah tahu kejahatan dia dan sikap kepura-puraan kononnya dia ni org baik2 tak suka menonjol diri dan nama..poorahh.

Zaman reformasi anwar & co berjaya mengajak rakyat menyumpah mahathir hanya dengan sebaran hardcopy dan flyers serta rakaman pita ucapan2 roadshownya..tapi kini tak susah dah tekan ENTER je..semuanya JELAS dan TERBUKTI..

Saya ingin melihat kejahatan mahathir dapat dibuktikan secepat mungkin kerana dah tak tahan tengok perangai buruknya suka menonjol diri dan ENTER FRAME macam Malaysia dia yang punya..

Anonymous said...

Pak Aspan, kenapa gelabah? kalau dah yakin sangat-sangat parti pujaan & pemimpin luhur Pak Sak akan menang pd PRU13 nanti apa yg nak di takutkan? sabar...sabar... tak lari gunung dikejar... lambat laun takdir akan menentukan betapa hebatnya "dalang" bermain wayang.

Anonymous said...

Sdr-Saya sangat senang dengan tulisan tn.Syabas

Anonymous said...

Ku li patut join pr. Heran masih subahat dgn umno penipu.
Bekas 46 gm

Anonymous said...

Hello,

Just to pump up our spirit in kicking out UMNO from this great country, I would like to request from my dear Aspan to share this awesome video clip in your blog. This is the song of our people. Your people. Us. Let it be heard through the entire inter web. Song from Yasin entitiled "REFORMASI"

http://www.youtube.com/watch?v=VGSQfwr476k

Ini kalilah!! We, Malaysian, support you Dato'. Keep us informed. And for that, action taken on your behalf is met with my deepest gratitude.

Regards,
DesaKweng Fella.

UncleTaiko said...

Pak Aspan,
Saya rasa tertanya-tanya, adakah benar bagi negara-negara comanwel mana kerajaan yang menang pilihanraya akan diberi mandat selama 5 tahun untuk memerintah tetapi sekiranya pilihanraya seterusnya diadakan kurang dari 5 tahun pemerintahannya maka baki waktu pemerintahan yang selebihnya itu akan dibawa ke hadapan sebagai bonus untuk memerintah walaupun parlimen sudah pun terbubar secara automatik. Kalau betul perkara seperti ini wujud maka pilihanraya bukanlah pada April 2013.... jauh lagi Pak Aspan. Mohon Pak Aspan dapat berikan sedikit pencerahan untuk kami yang kurang ilmu ini.

Anonymous said...

Ridhuan Tee CUCUK orang India

Anak Semi-Value menjawab dengan beri katadua kepada Ridhuan Tee utk mohon maaf dan jugak mengugut MIC akan keluar BN

Berahem Ahlee kata Anak Semi-Value cari publisiti dan umumkan Ridhuan Tee tak perlu mohon maaf kepada orang India

Tapi Ridhuan Tee buat selamba dan dia mengajar RACE RELATION di UPNM lagik!

Apa yang kita bakal saksikan???

(13 May 1969 orang2 cina dikatakan main api terhadap perasaan orang2 Melayu. Adakah 13 May 2013 orang2 India akan dijadikan 'kambing hitam atau korban' wayang politik umno??)

Anonymous said...

Bang, ini ker sebab Najib tangguh PRU 13?

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17081-bn-kalau-nak-menang-kena-umum-calon-pm-baru

Bukan ker sudah kompom Noh Omar akan ganti Najib jadi PM selepas PRU 13? Kan Najib sudah GANTI DIA di Selangor??

Bukan?

Kah Kah Kah...

Anonymous said...

IDRIS JALA telah berjaya memperbodohkan Najib bila konsep GTP dijual 100% kpd rakyat. rakyat sedar perkhidmatan Najib belum ada kpd rakyat kecuali sebut GTP dan jual logo 1MALAYSIA sahaja.Tak laku pun apa yg Najib jual, rakyat yg takmampu berfikir sahaja yg beli , yg boleh fikir sikit2 pun tak mau beli.

Anonymous said...

Tukar topik sikit. Heran mcmana sabah kena ceroboh geng sulu di sabah. Bknkah scorpene di sabah? Susah2 hantar geng perkasa lwn geng sulu. Berahim jd panglima perang.

rashid said...

Lu cakap mende mamat....yg sedang mngelabah tu sepupu kau ..najib & pk mntua kau..mahdey....tu yg jalang...eh2..dalang

rashid said...

Is najib or any other person in BN leaders can be a GOOD economic manager..our country utang now rising to 500billion...tak pernah susut pun..u no why...bocor..!!! Some of it is your mom..dad..even your money...you want to bring in dick..tom.. harry pulak....

rashid said...

sory bos...brahim xleh pegi sbb belum jumpa mancis nk bakar bible aritu...lgi pon dia kn semput, darah tinggi...tngah sebok buat kuali beraircond nk ampu najib...kn..kn