25 February 2013

Yang merosakkan tidak boleh membaikinya kembali

PI Balasubramaniam telah kembali ke tanah air petang semalam. Beliau di sambut oleh lebih kurang 50 orang di lapangan terbang KLIA. Beliau dikatakan telah kembali dari India di mana beliau dan keluarga telah menetap semasa menghilangkan diri dari negara ini.

Di antara yang datang menyambut beliau kembali itu ialah Seevarasa, seorang Ahli Parlimen PKR serta Cik Gu Bad dan beberapa wakil NGO. Tidak pula nampak kelibat Najib Razak atau Razak Baginda berada di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan Balasubramaniam itu. Dulu Bala ini menjadi orang penting dan Najib telah mengupah orang tengah untuk mencari PI ini, tidak kira malam atau siang. Ingatkan adalah Najib datang menyambut kepulangan Bala semalam.

Tetapi tidak ada pula liputan besar-besaran dari pihak media massa perdana seperti TV3 dan lain-lain. Dulu TV3 membuat liputan tentang akuan bersumpah kedua Bala ini secara besar-besaran tetapi kali ini apabila kembali menyatakan yang akuan bersumpahnya yang pertama yang betul dan benar, tidak pula di liputi oleh TV3 dan media perdana yang lain.

Bala telah bersumpah dengan kitab sucinya Bhagavad Gita yang akuan bersumpahnya yang pertama adalah yang benar dan akuan bersumpah kedua itu adalah yang tidak benar. Akuan bersumpah kedua itu adalah di desak oleh keadaan semasa itu kerana tekanan dan sebagainya yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah. Bala berkata apa yang telah diperkatakan oleh Deepak itu semuanya benar dan betul belaka.

Tetapi Bala akan mengadakan ‘road show’ nya tetapi tidak akan bersama Deepak kerana beliau akan melakukannya sendiri tanpa Deepak. Bala akan melakukan ‘road show’ nya tidak lama lagi dan akan membongkar segala-galanya berhubung dengan isu Altantuya dan berbagai-bagai lagi yang melibatkan Najib serta Rosmah.

Apabila di tanya oleh pemberita samada beliau tidak takut untuk melakukan pembongkaran isu ini, beliau berkata beliau tidak takut kerana beliau percaya yang tidak mungkin pihak itu membunuh lagi. Kepulangan Bala ini akan mengundang banyak lagi berita yang hangat di negara kita ini. Isu yang terlalu banyak sekarang ini akan bertambah-tambah banyak lagi dalam masa kita menghadapi pilihanraya ini.

Apa pun yang akan berlaku, yang pasti ia akan memberikan impak yang besar terhadap kewibawaan Najib dan keluarga tetapi ia juga membawa padah kepada pihak-pihak yang menyokong Najib dan pimpinan beliau. Sesungguhnya aura Najib tetap merudum dan aura buruk yang melekat kepada Najib itu akan membawa kejatuhan kepada parti dan kerajaan yang di pimpin beliau.

Itu sebab nya saya tidak dapat menidakkan hakikat yang UMNO sedang menghadapi isu yang tidak dapat di uruskan oleh mereka lagi. Tidak ada ruang yang tidak bermasalah dan tentunya keadaan ini akan menjejaskan segala urusan kerajaan dan imej negara. Bagaimana kerajaan hendak menumpukan usaha untuk membina negara sedangkan mereka sendiri sedang menghadapi masalah mereka sendiri.  Tidak mungkin mana-mana pentadbiran itu akan menjadi pentadbiran yang baik jika yang mentadbir itu sendiri mempunyai masalah sendiri yang terlalu besar.

Selalu kita berfikir bagaimana kah UMNO hendak memperbaiki diri kerana pimpinannya tidak tahu dan mengenali yang mana satu yang baik dan yang mana yang tidak baik. Mereka di tekan oleh budaya buruk yang telah terbina begitu lama oleh pimpinan UMNO sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.

Dr Mahathir telah menanamkan budaya dan kepercayaan yang membina negara ini ialah pembinaan bangunan yang tinggi-tinggi, jambatan yang terpanjang di dunia atau pun tiang bendera yang tertinggi dalam dunia dan sebagainya. Dr Mahathir telah membina pemikiran rakyat yang negara maju itu adalah negara yang rakyatnya yang kaya raya dan pembangunan fisikal yang boleh di jadikan tempat pelancungan.

Dr Mahathir sendiri tidak tahu yang pembangunan negara (nation building) bukan setakat pembangunan fisikal yang hebat dan besar tetapi juga membina mentaliti yang mempunyai kelas yang baik secocok dengan keadaan waktu dan zamannya. Sikap dan mentaliti orang ramai sudah punah ranah kerana isu ini tidak di bina oleh Mahathir yang memerintah kita selama 22 tahun. Malahan sikap dan mentaliti yang baik dahulu sudah terhapus dan nilai budaya kita telah terhakis dengan begitu teruk sekali.

Tidak ada salahnya untuk sesiapa membina ‘empire’ perniagaan yang besar-besar tetapi apa yang salahnya rakyat telah terbina satu persepsi yang kekayaan itu hanya boleh di perolehi dengan melakukan peniagaan yang bersifat ‘monopolistic’ seperti yang di bina oleh Dr Mahathir dan semua pemimpin yang mewarisi kepimpinan beliau sehingga ke hari ini.

Kita boleh saksikan yang Syed Mokhtar itu tidak ada apa yang boleh di banggakan kerana beliau mendapat sokongan dari pihak kerajaan melalui pengaruh Dr Mahathir untuk mendapatkan segala-galanya tanpa bersusah payah seperti ‘corporate captains’ yang lain. Segala kepunyaan rakyat yang ada di laut dan di darat di berikan kepada Syed Mokhtar dan sekarang sedang mengintai untuk mengambil alih Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pula.

Tidak ada perniagaan yang beliau bina sendiri dan di perbesarkan. Syed ini hanya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan apa yang sudah sedia terbina. Budaya ini sudah tertanam dalam benak rakyat kita dengan begitu dalam sekali. Apabila seseorang itu mendapat memiliki harta dan kepunyaan rakyat, orang sebegini di anggap sebagai orang yang berjaya.

Itulah sebabnya untuk memperbetulkan keadaan ini tidak mungkin boleh dilakukan oleh kumpulan yang membinanya. Oleh yang demikian adalah wajib dan penting sekali untuk merubah pimpinan negara secara ‘total’ dan menyeluruh.

Ada seorang rakan saya mempunyai pandangan yang ‘conclusive’ terhadap UMNO sekarang ini. Beliau berkata, “If you want to break anything, give  it to UMNO, and if you want to make it worst give it to UMNO to fix it back”.

Sampai ke hari ini saya teringat dengan kata-katanya itu.

12 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah! Semakin PRU dianjak, insha Allah, akan semakin terdedahlah keaiban para penentang Ilahi ini, yang mana, yang sedihnya, adalah daripada mereka yang mewarisi Islam secara keturunan. Lantas, jelas kini dan sewajarnya sekalian kita ambil iktibar untuk mengubah keadaan ini sama sekali pada PRU ini, kealpaan para penguasa zalim lagi rakus ini terhadap janji-Nya, di mana kebenaran syariat-Nya serta keadilan-Nya terhadap semua makhluq akan diserlahkan walaupun golongan kafir, munafiq dan seumpamanya benci. Semoga pendedahan demi pendedahan Bala Subramaniam pada hari-hari mendatang ini akan benar-benar mengejutkan sekalian kita yang masih bermimpi di siang hari untuk bingkas bangkit dan berjihad, insha Allah. Teruskan!!!

Terima kasih dan salam jihad.

PUPPETS said...

ASSALLAMUALLAIKUM... BANG ASPAN...MELIHAT PERKEMBANGAN MUKTAKHIR INI RAMAI YANG KIAN TERTANYA TANYA. MUNCULNYA INDIVIDU INDIVIDU DI SAAT HAMPIRNYA PRU BERSIFAT SEJENIS SENJATA AMPUH...PERTANYAAN YANG BERMAIN MILIK SIAPAKAH SENJATA ITU..SIAPA PEMBEKALNYA...SIAPA SEBENARNYA AKAN UNTUNG DENGAN PEMBEKALAN SENJATA INI...SIAPA PULA YANG BAKAL TERPERANGKAP DENGAN MAINAN POLITIK...

Anonymous said...

Deepak,bala,altantuya,flora ong. Nama2 ini akan tercatat dlm sej kejatuhan umno dan bn. Nak jadikan cerita. Bkn pas atau anwar.

Ibni Ismail said...

Salam Tuan,

Berhati hati bila bermain main dengan ular terutamanya di tahun ular ini. jangan sampai biarkan ular yang pernah membelit diri sendiri ini membelit lagi kelak jadi bahan gelak penonton. Ular yang dah pernah makan keliling ini tetap akan makan keliling jua.

Anonymous said...

salam,
Permainan tinggi politik masa kini begitu terserlah.Bagaimana Deepak boleh sebebas-bebasnya meroyan dan meracau menganggu kedudukan najib dan rosmah?

Macam mana PI.Bala begitu senang melepasi Imigresen walaupun sudah ada waran tangkap ke atasnya?.Bagaimana jabatan risik PDRM boleh terlepas kemasukan Bala yang akan membawa BALA pada Najib dan Rosmah.

Permainan Kotor politik UMNO ini begitu jijik dan memualkan kerana makcik2 yang bertungkus lumus meninggalkan anak laki membantu kaunter BRIM di merata pelusuk negeri , tidak tahu yang mereka ini adalah alat parti memerintah yang akan merosakkan generasi yang akan datang dengan permainan politik yang begitu jahat.

Jentera pilihanraya UMNO/BN nampaknya sudah bersedia walaupun sudah kepenatan kerana terlalu lama berperang sehinggakan askar2 sudah banyak yang mengeluh serta peluru sudah kehabisan..akhirnya kelambatan pembubaran parlimen sekaligus dengan SENJATA TERKINI INI samada dirancang atau sebaliknya sudah tentu akan menyusahkan jentera pilihanraya untuk berdepan dengan rakyat.

Barangkali Mahathir ada mempunyai rancangan terakhirnya iaitu memaksa najib turun dan muhyiddin akan mengambil alih kerana waktu untuk merealisasikan konspirasi ini menepati tekaan kerana semakin lewat parlimen dibubarkan semakin mudah kerja kotor mahathir ini akan berjaya,

Putra Bala said...

Bala sedang menunggu Najib dan UMNO.Bermula dari 1980an hingga ke hari ni,telah banyak berlaku Bala dan kerosakan.Boleh dikatakan semuanya tidak boleh dibaiki kembali...Bala betul-betul telah menghimpit UMNO dan UMNO lagi tertekan akan keadaan bala yg menimpa.Pemimpin UMNO sedang tenat,stress dan tidak akan akan kebah-kebah kerana PRU 13 telah menjelma!


Putra Bala

Anonymous said...

moses kata:saya bersetuju dgn pendapat PUPPETS. Dr itu berwaspada lah kepada mereka yg berkaitan. ABCD dan ABU tetap bersama saya walaupun lepas ne BALA atau DEEPAK memberitahu yg lain pulak. Terima kaseh

Anonymous said...

Koh Tsu Koon baru sebut tadi bagi pihak umnooo, sebentar tadi:

WA-SA-TI'AH!

(Idop mau sederhana maaaa!)

Yg ekstreme tu sapa? Bukankah berghaim ahlee? Atau Latook Tee?

Bukan?

Anonymous said...

Akan ditimpa "BALA" bagi manusia yg memanggilnya pulang. Demikianlah, apabila manusia menyangka kuasa itu boleh diperolehi dgn "mengundang bala".

Jack Cheow said...

Ini kalilah, saya cadangkan:-

Tangkap ini (Madey A/l Iskander Kutty) pasal Kekayaan dia mencatat RM 1,250Billions, dengan duit haram begitu banyak mampu utk selesaikan semua Hutang Negara yang sebanyak RM 650biilions.

Selepas banyak, wang sebanyak tu boleh buat banyak program tu kebajikan rakyat. Bayangkan masa tu sampai. So skrg semua orang sepatutnya tahu apa tujuan Si Madey bersungguh sungguh menpertahankan UMNO di peringat Persekutuan.

Sangat jelas lagi terang yg sang-kutty ini sgt takut kepada Individual bernama Anwar Ibrahim yg akan sebagai (PM-7 Malaysia) tak lama nanti.


*** Membujur Lalu , Melintang Patah ***

Ini Kalilah....

BEKAS KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN said...

Kepulangan BALA mengundang lagi bala kpd Najib dan Rosmah Mansur! Juga BALA kpd Madeii bila BALA dan JEE PAK bergabung.Najib tidak boleh buat derrkk saja ! Madeii nasihat kpd Najib buat tak kisah.Buat muka sardin Jib!. Madeii ketika ini pun lagi Bala Imsonia telah melanda dirinya. Meroyan Madeii di mana dia nak sumpah Al-Quran.Bukan sumpah lagi malah junjung Al-Quran...begitulah BALA dah datang kpd pemimpin-pemimpin UMNO.Lagilah BALA, UMNO/BN akan kalah dari risikan tentera dan polis!


Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian

Anonymous said...

Saya juga menyokong usul ini..
Ikhtiarlah...
Usahalah...
Carilah jalan...asalkan dapat kita benamkan mamak kutte ni...
Sebelom dia masuk menyembah Allah.