17 February 2013

Senator Xenophon tidak tahu di sini demokrasinya acuan sendiri

Seorang Senator bebas Australia Xenophon yang mendarat di Kuala Lumpur pada jam 6.40 pagi semalam ditahan oleh pihak Immigresen negara dan di hantar pulang ke Australia setelah ditahan selama 14 jam di lapangan terbang LCCT. Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan nama beliau dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang 'demokratik' ini.

Sesiapa pun yang mempunyai pemikiran yang sedikit waras akan faham yang penahanan beliau itu merupakan tindakan politik sempit dan sedikit sebanyak menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa yang negara kita tidak mengambil kisah tentang kewibawaan hubungan antarabangsanya. Kenyataan Hishamudin Hussein semalam membayangkan yang beliau mempunyai ‘diplomatic language’ yang begitu rendah dan memalukan.

Senator ini telah menjadi mangsa politik negara kerana bercakap benar tentang keadaan demokrasi negara kita. Kesalahan Senator ini sebenarnya sangat besar. Kesalahannya ialah kerana bercakap benar dan tidak mahu berbohong. Mungkin sebelum ini Senator ini belum memahami undang-undang negara ini. Beliau tidak memahami yang di negara ini bercakap benar itu adalah dicegah (forbidden). 

Berjuang untuk menghapuskan rasuah itu salah. Sesiapa yang memperjuangkan untuk diadakan pilihanraya bebas itu lebih salah sehingga ada seorang bekas Perdana Menteri menyarankan supaya di pinda perlembagaan supaya membolehkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilucutkan kerakyatannya. Senator ini mungkin menganggap demokrasi itu semuanya sama seperti yang wujud di semua negara maju yang lain di dunia ini.

Beliau tidak tahu yang Malaysia mempunyai demokrasi acuannya tersendiri. Sepatutnya Senator ini belajar tentang latar belakang demokrasi di negara ini sebelum berbuat apa-apa dalam negara ini.

Apa yang kerajaan Malaysia marahkan Xenophon itu mudah sahaja. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana komen beliau tentang cara Bersih di kendalikan oleh pihak berkuasa Polis Malaysia pada 28hb April tahun lepas. Xenophon berada di sini semasa itu untuk melihat sendiri bagaimana ‘rally Bersih’ itu berjalan. 

Xenophon sepatutnya jangan bercakap benar yang pihak Polis lah yang memulakan keganasan itu yang di mulakan dengan beberapa orang anggota Polis yang menyamar dan menjadi sebagai agen ‘provocateur’ bagi mencetuskan pertempuran di antara Polis dengan peserta rally itu..Di sini bukan tempatnya untuk memberikan pandangan yang adil. Di sini ialah tempat di mana hanya pihak kerajaan sahaja yang benar.

Kenyataan Xenophon yang memberikan kenyataan yang lebih dari dua ratus ribu peserta adalah salah. Xenophon sepatutnya memberikan angka yang sama seperti yang di berikan oleh Rais Yatim, iaitu 22,700 orang sahaja. Senator itu mesti juga memahami yang berjalan beramai-ramai ke tempat rally itu dianggap sebagai demonstrasi jalanan di sini. Kerajaan pimpinan UMNO mahukan semua peserta rally itu terbang dan terus sahaja mendarat  di tempat rally itu diadakan.

Sesiapa bercakap yang tidak di sukai oleh pimpinan UMNO itu dianggap sebagai musuh negara. Jika kita tutup tindakan rasuah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO barulah boleh datang ke sini. Sesiapa juga yang membawa berita yang anak seorang Perdana Menteri suatu ketika dahulu telah mengambil wang rakyat hampir RM2 billion itu amat salah kerana anak dan keluarga pimpinan BN di berikan keistimewaan menggunakan wang rakyat untuk menyelesaikan masalah perniagaan mereka.

Menjaga maruah dan integriti bukan perkara penting bagi pimpinan kita. Yang penting ialah kuasa dan kali ini kuasa itu mahu dikekalkan untuk menutup dan menjauhi segala kesalahan mereka di ketahui oleh rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa.

Xenophon telah melanggar semuanya ini, maka terpaksalah beliau kembali ke negara beliau serta merta. Kalau setakat hendak sampai ke LCCT itu boleh lah. Xenophon  jangan sekali-kali datang ke sini lagi kerana jika beliau berada di sini beliau akan menjadikan negara kita ini tidak selamat lagi. Bercakap sahaja perkara yang tidak di sukai oleh pihak parti pemerintah, maka orang itu akan di kurung dan dijadikan ‘banduan’ sementara. 

Xenophon mesti memahami kenyataan yang rakyat Malaysia tidak akan bercakap tentang segala ketidak adilan tidak lama lagi, kerana mereka akan bertindak dan berusaha untuk menolak pimpinan dan parti yang sedang berkuasa ini dalam pilihanraya yang akan datang. Sesungguhnya kerajaan kita bukannya mengurung Xenophon atau sesiapa.  Sebenarnya mereka sedang mengurung diri mereka sendiri untuk mengelak diri mereka di kenali sebagai pemimpin otokratik yang berselindung di sebalik demokrasi acuan kita sendiri itu.

Setelah parti yang berkuasa sekarang sudah tidak diberi mandat lagi Xenophon boleh lah datang kembali ke sini. Semasa itu nanti barulah beliau boleh bercakap apa yang benar tanpa was-was. Bukannya lama untuk menunggu perubahan itu.

14 comments:

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Pemimpin UMNO gila sekarang ini dah ubah strategi, kononnya untuk merosakan hubungan antara parti PAS dan DAP dengan cara menggamit perpaduan di antara UMNO dan PAS.

Slogan bersatu mereka berbunyi begini.... Bersatulah kita dengan kerja-kerja seperti merompak, menyamun dan menjual hak rakyat dan segala aset rakyat di negara ini. Bersatulah kita dengan menindas kaum Melayu yang sekian lama dibodohkan oleh UMNO, bersatulah kita dalam rasuah agar anak bini dan kroni kita menjadi terlalu kaya dan bermewah dengan rasuah. Bersatulah kita dalam mengkhianati dan menggadai maruah bangsa Melayu asalkan kita sahaja yang senang lenang, Melayu lain, biarkan mereka menjadi barua kita dulu, kini dan selamanya......

Batu Ron95 tak mahu bersatu dengan Hassan Ale atau Nasya Senget ke?

Anonymous said...

Salam,

PSY apek Gangnam style itupun tak sangka yang upacara "yee san" pada tahun baru Cina kena panggil artis luar juga. Yang si bodo PM pun suka main paksa paksa orang. Mungkin lagi kecik, suka paksa orang masa main guli. Jangan-jangan main guli sorang-sorang bawah rumah. Ini yang buat Najib ni tak faham apa perasaan orang lain.

Lagi kecik, apa saja Pak Jib minta semua ada. Itulah sekarang, main mintak kat EPF, kat PERKESO,kat Tabung Haji, tabung sana sini, kat PETRONAS dan mintak semua itu semua ini, gara-gara politiknya.

Lain pula Kak Mah, masa kecik hidup tersangat kurang ekonomi, rumah kecik, mintak itu ini susah. Sebab itulah masa abad ke21 ini, Kak Mah beraya sakan dengan duit rakyat. Semua ada. Cakap apa saja dia mau. Pak Jib sedia membantu dan tandatangan.

Habislah kau Pak Jib, akhir malam, kita tak tahu apa yang kau lihat yang tidur sebantal dengan kamu dalam kelambu. Kah...kah...kah...

Berhati-hatilah para pengundi penyokong PR, baca Bismillah masa hendak pangkah PR, takut lambang BN macam lambang PR. Pak Jib, Kak Mah, Pak Taib Mamut semua mereka ini ada Bomoh remote control.

Sebab itulah kita lihat SPR ini, bukan macam SPR ....macam JKKKK UMNO pulak. Yang sebahagian polis tu, saya lihat macam kena pukau saja dan macam pondan mak nyah melihat gelagat samseng taik minyak pemuda UMNO bahlol di kampung.

Yang lebih hebat lagi tiupan bomoh Kak mah ini, Menteri Agama Islam pun cakap merapu macam dalam Alam Mistik. Umi Hafilda pun Pak Jamil Khir sangka Ustazah lepasan Al-Azhar Mesir.

Berhati-hatilah pejuang pimpinan PR, kita takut dengan asap kemenyan Kak Mah, berduyun-duyun nanti macam zombie pindah ke BN. Atau paling halus, mereka antara PR akan gado-gado nanti macam puak bahlol di Sabah.

Mengucap......banyak banyak baca Quran.

Nor Miswary Ramli said...

Salam Pak Aspan Alias,

Saya kira bukan malang utk Senator itu bila ini berlaku, ia sangat malang utk Malaysia.

Teruskan usaha pencerahan.

Nor Miswary b. Ramli (also know as Ramli DAP)

Anonymous said...

You forgot. In Malaysia, when BN leaders come out and give bare denial, that bare denial is the truth and nothing but the truth. Everyone in BN and the mainstream media will prostrate themselves before these BN leaders to worship their wisdom and treat as gospel, these bare denials.

UncleTaiko said...

Tuan Aspan Alias,

Sehari rase macam seminggu. Seminggu rasa macam sebulan. Sebulan rasa macam setahun. Ini bukan macam rindu kat kekasih. Ini adalah realiti untuk menyelamatkan negara. Cheers.....

Anonymous said...

pandangan yg sungguh tepat sekali...
tak sabar nak mengundi..
Inikalilah..

KODIANG said...

Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan Xenophon dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang 'demokratik' ini.Semua kabinet Jib takut kalah.Mereka bad losers!.Sesiapa yg mengancam kedudukan Kabinet Jib dan menteri UMNO/BN akan ditentang habis-habisan.

Mereka tidak tahu apa itu demokrasi.Yang mereka tahu apa demo nak kasi.... sebab itu Anak Jib dan Mudin dapat projek berbillion! Rakyat dapat ciput rm 500 utk belanja setahun pada pandangan Jib dan UMNO/BN.RM 500 tu dah banyak ! Madeiyy Kutty dg USD 44 billion itu sedikit.Begitu juga dg JIB rm 500 juta.Begitu juga Mudin bersengkongkol Mokhtar nak samun semua projek Gomen.

Xenophon ...do u know wht UMNO/BN leaders look like when their positions are being threatened ? They definitely would kick you out of Malaysia!


Kodiang...Hisapmudin, mu akan kalah di Johor.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Che Det wrote that the truth can be made to look like a lie

Anonymous said...

BN cannot lose power.

For decades many in position of trust, power and influence thought they are ABOVE the law and could do whatever they like and totally disregard the consequences of their actions.......it is a very serious matter and many are extremely worried of change of govt.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Kalau Senator Australia Xenophon ada RM900juta dan beliau seorang penipu, UMNO BN sudah tentu tidak akan halau beliau malah akan melindungi beliau.

Sesungguhnya Presiden Filipina, Benignio Aquino telah mendesak agar Amalilio diserahkan, tapi masih tetap dilindungi oleh kerajaan UMNO BN.

UMNO BN dari sejak dulu telah menolak kebenaran.

UMNO BN hanya kenal penipuan dan pembohongan.

Anonymous said...

Malang bagi malaysia mempunyai warganegara mcm tuan....

TONGKANG YAD said...

PEMIMPIN UMNO SEMUANYA SPESIS SAMA .BERMULA DARI MADEIYY KUTTY PERGI KE DOLAH KAKI DAN SEKARANG JIB DAN MUDIN...MEREKA PENIPU,PERASUAH,PENGEBAS PROJEK, PENTINGKAN ANAK-ANAK MEREKA,PEMBOROS, ,PENYAMUN,PENTINGKAN TEMBOLOK MEREKA,CAKAP BERDOLAK DALIH DAN BERMACAM-MACAM LAGI.

SUDAH SAMPAI MASANYA RAKYAT MESTI AJAR MEREKA DALAM PRU 13.


Tongkang Yad...tempat madeiyy dibesarkan...

Anonymous said...

Najib batu sebutir.

master said...

Najib patut ada plan B !! Sedang terang lagi bersuluh, dia akan disingkirkan Mahathir, Muhyiddin dan UMNO. Jangan jadi bodoh, dimalukan macam Pak Lah. Kalau terus jadi PM pun orang tak berapa respect dekat Najib dah.

At least exit with grace, make it huge. Make Mahathir scared, make Muhyiddin bite his own fingers, make Mukhriz pee pee.