26 October 2013

Bajet 2014: Sabah, Sarawak adalah tali hayat BN, tapi dapat 'lopong' sahaja

Bajet 2014 yang di bentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia semalam, di katakan ramai sebagai ‘ritual’ biasa dan tidak memberikan apa-apa yang memberangsangkan kepada rakyat terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. Yang memberikan pujian seperti biasa hanyalah professor-professor yang manjadi  politikus ‘arm chair’ setiap kali bajet tahunan di bentangkan oleh Menteri Kewangan negara.

Banyak di antara perkara yang hendak dilaksanakan pun akan mula terlaksana pada tahun 2015 dan 2016 nanti. Saya sebagai orang kampung yang simple dan sebagai rakyat yang biasa sahaja tidak pun nampak apa-apa impak kepada kehidupan rakyat kecuali bagi mereka yang sudah sedia kaya raya sekarang ini.

Yang miskin-miskin masih lagi di nodai oleh BRIM yang tidak ada apa-apa ‘consequence’ terhadap kehidupan rakyat seperti kami di bawah-bawah ini. Oleh itu biarlah kami memberikan komen seperti orang biasa sahaja tanpa menggunakan istilah-istilah besar seperti yang di gunakan oleh pembentang bajet itu.

Tetapi yang saya dan ramai yang berhubung dengan saya berkata, ‘we are getting only the bones. No money, nothing It’s full of intrigues and figure juggling and let’s not shout about it!”. Itulah yang dapat saya susun kembali kata-kata mereka yang menghubungi saya dan itulah ‘summary’ yang dapat saya susun dari kata-kata rakan-rakan saya dari berbilang kaum kepada saya malam tadi.

Tetapi yang saya tahu Sabah dan Sarawak tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari apa yang kita jangkakan sebelum itu. Kedua-dua negeri yang sedang dalam keadaan tertekan dalam banyak hal tidak mendapat apa-apa kelebihannya walaupun dari kedua-dua buah negeri inilah kekuatan kerajaan yang ada pada hari ini.

Walaupun BN Sabah dan Sarawak menyumbang hampir 50 kerusi di Dewan Parlimen Persekutuan, sumbangan mereka itu tidak di hargai oleh pimpinan persekutuan dalam pembahagian belanjawan kali ini.

Walaupun di dalam bajet yang di dasarkan kepada lima teras utama itu di baca dengan kuat dan jelas, ia tidak perlu di laungkan lagi kerana ia merupakan ritual ucapan biasa yang kita dengar setiap tahun itu.

Bajet itu hanyalah premis yang paling sesuai untuk di minta sokongan dari ahli-ahli Dewan Rakyat untuk di luluskan untuk mengurangkan subsidi terhadap rakyat dan menambahkan beban rakyat semata-mata. Jelas dari pencukaian dan punca-punca lain kerjaan tidak mampu untuk memenuhi apa yang di perlukan oleh kerajaan itu maka kepada rakyatlah pimpinan pada hari ini untuk mencari sumber kewangan yang sangat-sangat di perlukan itu.

Seperti yang dijangkakan harga gula misalnya naik lagi dengan mengurangkan subsidinya dari kerajaan dan alasannya seperti biasa untuk mengurangkan kencing manis seperti yang di sebut oleh pembentang bajet itu.

Topik topik lain seperti penyediaan rumah mampu milik dan sebagainya itu adalah isu biasa bagi semua negara sedang membangun dan ia tidaklah membuatkan bajet negara kali ini berbeza dengan bajet-bajet sebelumnya dan bajet-bajet di negara membangun yang lain.

Yang jelas kelihatan ialah pengabaian terhadap negeri-negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak yang begitu nyata walaupun kedua-dua negeri itulah letaknya nyawa dan nafas BN sehingga pilihanraya yang akan datang.

Tidak ada apa-apa yang cemerlang kali ini, biarlah bajet ini mendapat pujian mereka dari ahli-ahli akademik yang begitu laris untuk di minta pandangan dan ulasan untuk di siarkan pandangan mereka melalui stesyen-stesyen TV arus perdana kita.

20 comments:

Anonymous said...

hasil minyak,gas, balak dll entah kemana macam pembangunan yg dijanjikan slama 50 tahun dan yg terkini gst - gasak sampai terduduk.Kaya raya lah menteri anak beranak...

Anonymous said...

sebelum ini pm kata ada berita baik utk borneo, tapi semasa belanjawan yang berbilion-bilion dibentangkan tak ada pun berita baik dan adil utk borneo.mungkin maksud 'berita baik' (al-kitab kristian) ini masih boleh digunakan negeri simpanan tetap.

nick said...

Pak,

I couldn't help but utter "WOW" when I hear the news that Najib is going ahead with GST, rewarding the Malays who voted for him with further measures to impoverish them. First with the increase of fuel price by a whopping 20 sen and now with sugar price increases 0f 34sen and implementing the "ever popular" GST despite the promises of doing none of those things.

Congratulation to all Malays! You have been justly rewarded! Now, The government is going to tax you on every single purchases and on each and every services you use! The govt is taxing you for buying that pair of luxurious "selipar jepun" and that gourmet "roti canai" dish at your favorite warung, to be washed down with some expensive tap water. It's good to be Malaysian!

And of course to cope with the increase of cost of living, Najib is giving you a bribe..err..BR1M amounting to RM50/month which will get you about 23 ltrs of petrol that will last you about a day's travel in KL's worsening traffic jam or a kilo of not so fresh prawns. Yahoo...Happy days! Hidup Najib and let all other Malays die, that is! And don't tell me that you never expected Najib to do this! I hate to use the word "I told you so but"...Nasi dah jadi bubur!

Nick.

Anonymous said...

Harga barang naik pun tepuk meja..kena tambah cukai pun tepuk meja..itulah realitinya.Kami rakyat bawahan juga yang menanggungnya.Sedih.

Anonymous said...

Bajet besar utk pendidikan awal kanak2. Najib segan nak sebut Permata. Laki Najib.. mesti gembira..Permata dpat tambahan bajet lg...
Org Islam di negara ini lebih 58%. Peruntukan sek agama sekadar syarat utk repair sek agama rakyat yg mcm kandang kambing. SRK pula mendpat bajet besar....sayang pendidikan Islam makin tersisih...

Anonymous said...

Mail Sabri tak peka ke harga baja skrg berapa? Baja taik ayam pun sudah mahal. Najib hanya sekadar beri subsidi ala kadar sedangkan baja sudah berlipat ganda. Pokok sawit getah kena baja sekurang2nya 3-5 pusingan. Mana cukup org kg nak dpat hasil bagus? Apa jadi konsotium felcra, felda & risda utk bantu para pekebun? Ini semua temberang Najib nak bantu org kg. Dpat brim rm650 tak berbaloi nak beli baja..

rakyat sabah, shah alam said...

Pemimpin Sabah bodoh ba..dibayar oleh Najib sanggup terima saja apa najib bagi.

Anonymous said...

salam tuan,

saya telah mencadangkan beberapa langkah konstruktif (wah lagak bahasa akedemik kunun) dalam FB saya sebagai reaksi kita kpd bajet (bad-jib) yg boleh kita praktikkan ;

satu : mulai hari ni kita semua pakat2'menanam tebu di tepi bibir' supaya apa saja yg tawar melalui bibir mulut kita akan terasa manis. rujuk jab.pertanian mcm mana nak cacak batang tebu tu kat tepi bibir

dua : kita boleh menjadi 'pengguna separuh' contoh beli rumah separuh siap. pastu separuh lagi siapkan sendirilah, pegi mana2 pun separuh jalan saja selebihnya jalan kaki, makan minum pun separuh jugak...dan paling penting buat kerja pun separuh... lepas ni kita boleh beli kereta tanpa tayar atau pintu kerana yg itu kita pasang sendiri

ketiga : dicadangkan juga, kementerian kesihatan mengumpul air kencing pesakit2 kencing manis..untuk dikitar semula dan diproses jadi gula...kerAjaan bolehlah jual dengan harga yg baru naim ni...hasil untuk negara bertambah


sekian, mohon mencadang....

pok...pok.... ahli dewan tepuk meja


(Pakya)


satu lagi, saya ada menawarkan air tanpa gula.. AIR MATA BUAYA di sini

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8029

semutitam said...

sabah dan sarawak ha...hah...hah

Anonymous said...

tolong sambung.... jom kita gelak kat sabah sarwak ...ha...ha...ha

Anonymous said...

Tuan..kami org bebal...tak pndai pikir jauh..nl tanya tuan..m'sia eksport @ import gula tebu. Negara eksport mnyak sawit tp brapa harga sekilo mnyak msk gred paket runcit? Kata org lbih pndai..kita eksport petroleum gred tnggi,import gred rendah.. Musykil kmi org kampong tak educated ni. Kalu brg mkin mahal..jgn kata hidup d kuala lumpur...di kuala tregganu..kuala pilah..kuala sg baru..kuala behrang...pun sesak nafas ..gamaknye..

ahmadyaniDotCom said...

Saranan yang diminta sebelum ini dari orang ramai untuk buat bajet hanyalah 'mulut manis' sahaja. Saya tidak fikir saranan itu diguna pakai.

Bajet digubal 'sesama mereka' sahaja. Kemudian dikata bajet rakyat dengan alasan, saranan telah diminta dari rakyat.

Anonymous said...

Jgn bimbang rakyat Sabah dan Sarawak...anda akan dpt bajet serta merta dan lebih cepat doa anda dimakbul.. sepantas kilat saya jamin.. anda boleh pergi minta supaya wakil2 rakyat anda berhenti bernapas.. nescaya segala keinginan dan bantuan akan segera diperolehi.. lepas tu, pilih pemimpin yg berpenyakit kronik dan tua supaya lagi cepat beliau mati, bermakna anda akan dpt durian runtuh dan kemakmuran di kawasan anda.. jgn calonkan pemimpin muda dan cergas sbb lagi lambat beliau mati, segala peruntukan, beliau akan merembatnya tanpa satu sen pun anda dpt rasa..

Lihatlah rakyat sungai limau skrg ini.. mereka berpesta, segala rezeki dicurahkan dari langit semahunya..diingatkan juga, pilih pemimpin yg sudah tua dan x larat nak bawa telor pun lagi bagus.. piap jer mamat ni.. anda akan mendapat rahmat..

Anonymous said...

KITALAH MELAYU , CINA DAN INDIA YANG KESIAN.

Anonymous said...

SAPO SURUH PILIH DEMO TU...HA HA HA

mickgoviind said...

The Reality of the Budget 2014 to Sabahans.

Sabah already have to endure 33 years of discrimination and disenfranchisement through the Cabotage Policy which is the main cause of higher cost of living in Sabah and this is acknowledge by none other than Najib himself in this same speech. With the GST, the government is actually squeezing the Sabah people twice. Once through the Cabotage Policy and second through the GST – still you have a Chief Minister who is also the Minister of Finance saying the budget is good.http://suarasabah.wordpress.com/2013/10/27/the-reality-of-the-budget-2014-to-sabahans/

ben said...

Nak tanya sikitlah Tuan Aspan. Berapa power spec Tuan sekarang. Ada kah Tuan melakukan checking terhadap spect Tuan. Saya tanya ni sebab Tuan nampak Rosmah tu lain dari kimi yg ramai-ramai ni nampak. Besok Isnin, kedai spec buka. Pergi check power sepect Tuan betul betul.

Anonymous said...

Ben..tuan aspan tu berkias...dalammm makna tersirat tu...hehehe..

Anonymous said...

ada jugak yg nk backing laki najib...serabut perut aku...

Anonymous said...

Kerajaan menyatakan bahawa GST adalah suatu bentuk percukaian yang baik dan efisien dan wajar dilaksanakan di Malaysia, ianya telah pun dilaksanakan di 160 negara di seluruh dunia. Ini memang benar.
Tetapi ada sesuatu yang kerajaan sorokkan dari pengetahuan rakyatnya. 160 negara yang melaksanakan GST tidak mengenakan cukai pendapatan yang tinggi berbanding Malaysia. Di Malaysia, kerajaan akan tetap melaksananya cukai pendapatan yang tinggi dan juga melaksanakan GST pada masa yang sama. INI AMAT MEMBEBANKAN RAKYAT. Sudahlah rakyat terpaksa membayar berbagai cukai seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai kenderaan bermotor, cukai import dan lain-lain bentuk cukai yang membebankan rakyat.
Kenapa cukai pendapatan tidak dapat dikurangkan walaupun kerajaan sudah melaksanakan GST? Ini jawapannya, menurut Dr Veerinderjeet Singh, (Pengerusi Taxand Malaysia Sdn. Bhd) hutang negara berada pada paras tertinggi dan itu adalah suatunya sebab kenapa kerajaan tidak boleh mengurangkan cukai pendapatan di Malaysia ini. Kerajaan berhutang terlalu tinggi dan perlu sedaya upaya untuk menjelaskannya sebelum negara menjadi muflis.
Ini bukan isu politik, ini isu salah guna kuasa dan kita harus sedar bahawa negara ini kaya dengan hasil buminya. Kita mempunyai minyak dan gas, hasil hutan, pertanian dan sebagainya. Ke mana ratusan bilion ini pergi? Kita wajar melihat siapa yang menguruskan kewangan negara selama kita merdeka. Mereka ini yang menguruskan dan membelanjakan wang ini tetapi masih tidak mencukupi dan terpaksa melaksanakan cukai bentuk baru yang akhirnya rakyat terpaksa membayar lebih untuk memastikan negara ini tidak jatuh diambang muflis.
Negara seperti Singapura dan Brunei lebih 10-15 tahun maju berbanding dengan negara kita Malaysia, kenapa? Kerana mereka tiada UMNO di situ, mereka menjadi begitu kuat dari segi ekonomi kerana mereka menguruskan ekonomi tanpa perlu ada sistem korni seperti yang diamalkan oleh negara Malaysia. UMNO merompak beratus bilion wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk mengurus ekonomi negara, UMNO merompak beratus bilion wang pembayar cukai dan kini apabila UMNO tersepit, mereka mencari jalan yang mudah dengan memperkenalkan GST kononnya sebagai tali penyelamat negara ini.
Kita tidak boleh menumbangkan UMNO di pilihan raya, kerana mereka pandai menipu, kita tidak boleh menumbangkan mereka di jalan raya kerana keseluruhan jentera kerajaan seperti polis dan tentera bersama-sama mereka. Kita hanya boleh berdiam diri dan melihat sahaja.
Inilah bala yang Allah telah turunkan kepada kita, supaya kita belajar daripada kesilapan mak ayah datuk nenek kita yang memberi undi kepada UMNO untuk terus memerintah negara ini untuk ke 100 tahun yang akan datang.
Semoga generasi yang akan datang dapat belajar dari kesilapan ini dan bangkit memperbaiki setiap kelemahan yang telah kita cipta di zaman pemerintahan UMNO di Malaysia.
https://www.facebook.com/CILAKAUMNO