Tidak dapat saya berhenti untuk
menulis tentang isu perubahan yang sering di janjikan oleh UMNO dan Najib serta
Muhyiddinnya. Pemimpin-pemimpin utama UMNO khususnya Najib, begitu fasih dan
lancar menyebut istilah perubahan dan menyanyikan lagu transformasi dan sebagainya.
Fasih dan lancarnya menyebut tentang
perjuangan, perubahan dan transformasi itu sefasih seorang tok lebai membaca
ayat Yassin dan Al-fatihah. Lunaknya nyanyian mereka sama seperti Datuk SM
Salim menyanyikan lagu Pasir Roboh dan Sharifah Aini menyanyikan lagu Bunga
Tanjung.
Tetapi, mana dia perubahannya?
Sampai ke hari ini tidak ada perubahan dan tidak nampak kesan dari janji-janji
dan nyanyian lunak Najib dan barisan pimpinannya. Rupa-rupanya selama ini Najib
dan barisan kepimpinan UMNO hanya menyanyikan lagu-lagu sahaja tanpa menghayati
apa yang terkandung di dalam barisan lirik-lirik lagu yang penuh dengan makna
dan nilai kata-kata dalam lagu-lagu tersebut.
Mereka hanya tahu menyanyikan
lagu UMNO sahaja, dan mereka terus bersatu seperti kehendak lirik lagu itu.
Mereka bersatu dan berganding bahu seperti yang terkandung dalam lagu itu.
Mereka terus bersatu tetapi hanya semasa menyanyikan lagu itu sahaja. Selepas
itu mereka berpecah dan galakan untuk perpecahan itu dilakukan oleh pemimpin
besar dan ‘Warlords-Warlords’ dalam UMNO itu sendiri.
Sesungguhnya perubahan yang perlu
dilakukan itu melibatkan pucuk pimpinan sendiri. Ini ialah kerana
kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam UMNO itu adalah kesalahan yang dilakukan
oleh pucuk pimpinan itu sendiri dan jika tidak dilakukan perubahan diperingkat
kepimpinan itu, maka tiadalah perubahan akan berlaku dan terlaksana.
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan itu dilakukan terhadap
UMNO sendiri dan yang lebih besar ialah kesalahan terhadap rakyat dan negara.
Ramai yang tidak menyedari yang
pimpinan UMNO sejak dua dekad dahulu telah melakukan berbagai kesalahan
terhadap parti pimpinan mereka sendiri dan yang lebih menyedihkan lagi telah
melakukan kesalahan terhadap rakyat keseluruhannya. Kekurangan semangat
kenegaraan dan mungkin kekuatan dalaman mereka sebagai manusia yang bertuhan,
mereka telah melakukan jenayah moral terhadap negara keseluruhannya.
Serendah-rendah orang yang beragama seperti diri saya ini, mereka tidak sepatutnya
melakukan apa yang telah mereka lakukan.
Mereka tidak sepatutnya merelakan
rasuah bermaharajalela kerana hakikatnya jika berlaku tindakan rasuah maka
segala keputusan penting untuk rakyat dan negara tidak akan dapat dilakukan
dengan baik dan adil. Ini adalah kerana kepentingan peribadi mereka yang
berkuasa akan di selitkan sekali dalam apa-apa keputusan yang dibuat mereka.
Kita tidak tahu kenapa pemimpin
tidak menerima hakikat bahawa rasuah itu merupakan kerja yang paling kotor
kerana ia tidak kurang kotornya dari penjenayah rompakan dan sodomi, serta
salah laku yang lain yang sangat besar bahananya terhadap sesebuah negara,
apatah lagi negara yang mempunyai kepentingan Islam yang besar ini.
Sebenarnya apabila seseorang
pemimpin lemah di berikan tempat utama maka pemimpin-pemimpin seperti ini akan
menumpukan usaha untuk memperkuatkan diri mereka sendiri, maka segala
tindakannya akan berkait dengan keuntungan untuk dirinya sendiri.
Apabila ini berlaku maka
unsur-unsur negatif seperti rasuah dan salah guna kuasa akan bertambah nyata
kerana keputusan yang dibuat mereka itu tidak tepat kerana kepentingan diri
mereka itu.
Itu sebabnya orang yang paling
sesuai untuk menjadi pemimpin utama negara ialah orang yang cukup serba serbi
kehidupan dan di tambah pula dengan manusia yang mempunyai nilai kepimpinan
yang baik tanpa rasuah dan tanpa niat untuk menjadi kaya raya di samping
menjadi pemimpin utama negara.
Hasil keadaan ini sedang kita
lihat sekarang dan unsur-unsur yang di sebutkan tadi menjadi budaya dan di
anggap halal oleh pimpinan UMNO. Sekarang rakyat tidak lagi mempercayai apa
pemimpin katakan dan rakyat juga tahu yang negara kita sedang tenat dalam segi
kewangan. Negara yang dianugerah Tuhan dengan segala kekayaan sudah hampir
muflis malahan dari segi teknikalnya bagi setengah pihak sudah pun bankrap.
Najib mungkin boleh bertahan
semata-mata kerana beliau memimpin UMNO, tetapi apa faedahnya kuat dalam UMNO
sedangkan beliau tidak dipandang tinggi oleh masyarakat, bukan sahaja
masyarakat tempatan malahan oleh masyarakat antarabangsa. Malah dalam banyak
hal negara kita dan pemimpinnya sekali menjadi bahan lawak dan jenaka yang
tertinggi.
Begitu hebat publisiti yang di
perbesarkan oleh media massa
milik kerajaan yang memuji perubahan dan transformasi dalam UMNO, tetapi tidak
pula ada transformasinya. Wanita UMNO misalnya masih diketuai oleh mak cik
Shahrizat dan ini menjelaskan hakikat, lagi kontroversi seorang pemimpin itu
lagi kuat kedudukannya.
Lagi tidak bermoral seseorang
pemimpin itu, lagi tinggi pangkat dan kedudukan yang mereka perolehi,
seolah-olah UMNO berlumba-lumba mencari pemimpin yang tidak semenggah menjadi
pemimpin mereka. Lagi ramai yang tidak mempunyai apa-apa moralnya lagi ramai
yang mendapat gelaran dari Datuk kepada Tun dan sebagainya.
Lagi rendah martabat, nilai dan
moral mereka, lagi hebat kedudukan sosial mereka. Bagi mereka yang bermoral dan
baik, tidak ada apa-apa ‘incentive’ untuk terus menjadi manusia baik kerana
masyarakat dan pimpinan menghormati mereka yang kurang dan rendah moralnya
kerana negara disarati oleh mereka yang kian hari kian merudum moralnya.
Akhirnya inilah yang kita warisi
dari pemimpin-pemimpin seperti ini dan saya berani mengulangai jika pimpinan
hari ini masih tidak mahu mengakui hakikat yang mereka tidak berkelayakan untuk
memimpin, selagi itulah kehancuran kepada negara dan segala sistem demokrasi
yang masih ada sedikit sebanyak lagi akan terhapus dan negara akan kucar kacir.
Najib bertanggungjawab untuk melakukan perubahan ini agar beliau tidak di umpat keji oleh rakyat dan generasi yang akan datang terutamnya semasa beliau sudah tidak berada di dunia ini lagi. Kerja merubah ini adalah tanggungjawab beliau. Ia susah untuk di ubah oleh pihak yang membangkang kerana entahkan bila pembangkang mampu untuk menjerat hati rakyat untuk memberikan mereka mandat memerintah negara.
Mereka masih lagi terkial-kial untuk mendapatkan kepercayaan rakyat, bukan oleh kerana siapa, tetapi oleh kerana sikap dan niat mereka sendiri yang dipersoalkan ramai. Suara-suara dalam PAS untuk mengkaji kembali kedudukan partinya dalam gabungan pembangkang itu merupakan pandangan dan suara yang sangat luhur dan jujur. tetapi jika parti itu masih mahu memikul beban yang tidak sepatutnya mereka pikul maka PAS bolehlah terus mengikat perhubungan dengan parti-parti lain dalam gugusan pembangkang itu. This is a free country.
Saya menulis ini bukan untuk apa,
hanya sekadar untuk meletakkan rekod secara bertulis kerana suatu hari yang
tidak berapa lama lagi apa yang saya catatkan ini akan diakui benar oleh semua
pihak. Jika saya sudah tiada lagi di dunia ini, dan apa yang saya catatkan hari
ini terbukti benar, jika ikhlas dihati hadiahkan saya dengan bacaan surah
Al-fatihah sahaja.
Itu sudah mencukupi untuk menenangkan roh saya dialam baqa’ nanti. Insyaallah.
Itu sudah mencukupi untuk menenangkan roh saya dialam baqa’ nanti. Insyaallah.
10 comments:
Truly sir, you have spoken the truth. If thro words and persuasion change cannot come about and the country will be in decline and ruins, then maybe the time has come for actions other than words...
UMNO takkan berubah selagi pemimpin tertinggi tak di tukar.takkan mereka2 ini buta keadaan sekeliling.tidak ada pemilihan UMNO yang bersih.takkan nak tunggu repot br nak bertindak.apa yg Najib canangkan hanya retorik semata2.Keputusan pemilihan pemuda dan wanita membuktikannya.
Mereka yang byk skandal dan naik atas dasar rasuah sebelum ini tetap dipilih.malah dengan majoriti lebih besar.samada ahli UMNO bawahan terlalu bodoh untuk menilai atau ......
Begitulah ahli-ahli Umno. Mereka buta dlm celek. Mereka celek dlm buta. Tahulah tn-tn mereka tidak tahu dan pandai untuk berubah. Yang hancurnya kita dlm negara di taklukki mereka yang tetap tidak amanah.
Tunggu pula sabtu nanti, pemilihan umno lagi. Perristiwa sama akan berlaku. Pemimpin lama tetap dipertahankan. Hancur nya negara kerana tiada perubahan.
umno tidak akan berubah, puak umno ini telah mewujudkan satu sistem politik feudal.Hanya rakyat punya kesedaran dan menolak segala bentuk amalan rasis,sentimen agama dan amalan rasuah yang akan mampu mengubah keadaan ini.
hebatnya mamak sudah menjadi bangsa melayu...di sabah apa kurangnya rumpun filipina,pakistan dan indon sudah mengaku sebagai bangsa melayu.peribumi asal sabah sudah jadi monoriti sebab mereka tetap bangsa KDM walaupun beragama islam.
pemilihan yang dibuat oleh delegasi yang lebih besar
Ini lah yg dinamakan istidraj...yakni, puak2 rasuah dan tiada moral serta maruah ini terus menerus memenangi pemilihan dan menjadi menteri dan hidup dng penuh kemewahan...Allah terus memberi rezeki kpd mereka dan pangkat dan kekayaan...supaya mereka terus lupa pada Allah....puak2 ni terus hanyut dan lupa kpd kuasa Allah...maka ketika itu Allah akan cabut nyawa mereka dalam keadaan mata mereka terbeliak terkejut!
Bangsa melayu juga yg menyebabkan species2 ini menang...kerana apa...kononya asalkan orang melayu memerintah dan bukannya bangsa asing...begitu cetek sekali pemikiran macai2 yg menyokong!!
Shahrizat jalil kekal dgn undi kukuh sbg ktua wanita. Cukup utk mntafsirkan sgala2nya...
Andai umno jatuh dan tinggal nisan.jgn kita tangisi dgn kehilangan itu kerana itu yg kita harapkan selama ini.
Mngharapkan mreka untuk mmbina identiti mlyu sangat jauh dan tersasar..
Mreka berebut untuk jadi pemimpin bukan untuk mmperjuangkan bngsa mlyu tapi untuk mengkayakan diri sendiri...
Najib telah mengarahkan jenteranya mengekalkan Naib Presiden yg lama.
Post a Comment