Pemilihan UMNO sudah berlalu dan
keputusan telah diketahui umum. UMNO masih dengan ‘packaging’ nya yang sama.
UMNO itu begitu ‘special’ sehinggakan ia tidak boleh di ubah pembungkusannya
dengan penampilan yang berbeza. Jika
dulu blog ini menyatakan dengan jelas yang UMNO dan rasuah itu ‘ibarat aur
dengan tebing’, selepas pemilihan yang lalu ia tetap dengan ‘packaging’ yang
sama, imej yang sama dan segala-galanya sama.
Satu lagi yang dapat kita
pelajari, ialah, Mahathir tidak sehebat dahulu. Dulu segala-gala kemahuannya di
turuti oleh ahli-ahli dan perwakilan UMNO. Kini Mahathir sudah tidak di endahkan
lagi oleh ramai pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Dr Mahathir tetap berfikir beliau
masih di ingati dan di jadikan pakar rujuk kepada parti.
Mahathir semakin hari semakin
mengecil sokongan dan ramai orang UMNO tidak mahu lagi mendengar segala apa
yang di katakan oleh beliau. Penyertaan Mukhriz dalam pertandingan Naib
Presiden baru-baru ini pada hakikatnya adalah penyertaan Dr Mahathir. Dalam
politik tentu bahasa politiknya sendiri dan tentulah kita cuba di yakini penyertaan Mukhriz
itu adalah di atas prestasi dan kemahuan beliau sendiri.
Dalam pemilihan kali ini seperti
juga pemilihan-pemilihan sebelumnya, ada pihak yang mempunyai pandangan yang
menggunakan mata hati. Mata-mata hati ini telah belajar acapkali yang mereka
dibelakang pemimpin utama itu bukannya pengikut pemimpin itu. Mereka hanya lah
penyokong dan penyokong ini boleh beralih pada bila-bila masa.
Jika benar Najib sebelum ini
adalah pengikut Dr Mahathir tidak akan ada usaha beliau untuk memberikan arahan
secara senyap dan menggunakan institusi tertinggi negara dan negeri untuk
mengekalkan ketiga Naib Presiden kesayangan Najib ini. Itu hakikat walaupun
Najib menafikannya. Najib tidak mahu lagi pimpinan lesu beliau di pengaruhi
oleh bekas ‘boss’nya itu. Najib tidak menghormati Dr Mahathir lagi walaupun
Najib telah ‘mencari makan’ begitu lama dengan Dr Mahathir.
Dr Mahathir ini Dr Mahathirlah.
Beliau terasa kesunyian kerana dalam tempoh tiga bulan sahaja orang yang
ramai-ramai mencium tangan beliau dahulu tidak kelihatan oleh kelibat mata
beliau. Malahan beliau tahu mereka yang mencium tangan beliau dahulu sekarang
sudah mencium tangan Abdullah Badawi pula. Mahathir sangat terasa yang beliau
sudah ditinggalkan oleh ramai yang ‘mencari makan’ dengan beliau dahulu.
Mereka-mereka itu sedang sibuk ‘mencari makan’ dengan Abdullah pula.
Abdullah juga merasakan
pengalaman ini juga. Tetapi Abdullah ini lembut orangnya dan beliau tidak
terasa sangat kesunyian dan sanggup menerima hakikat yang begitulah nasib
kebanyakan ahli dan pemimpin politik. Cantiknya Dr Mahathir atau Abdullah
Badawi itu hanyalah semasa mempunyai kuasa sahaja. Pemimpin utama ini selalunya
tidak sedar yang musuh atau yang akan menyakitkan mereka sendiri ialah
penyokong yang mengusung mereka ke hulu kehilir itu. Maklumlah Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa yang lebih besar dari Presiden AS.
Perdana Menteri Malaysia boleh menentukan siapa
yang hendak di penjara dan siapa yang hendak di keluarkan penjara. Semua
senjata dan hukum ada di tangan Perdana Menteri Malaysia ini. Jadi tidak lah
terkejut ramai yang hendak menjadi Perdana Menteri bukan kerana apa, tetapi
kerana kuasa. Itu jugalah kehendak orang seperti Anwar Ibrahim yang membawa penyokongnya
bersorak dan bertepuk tangan dalam majlis-majis ceramah politik beliau.
Semuanya itu kerana kuasa yang
boleh menentukan nasib masa depan semua orang dan ada yang mengaku seolah-olah
mereka boleh menentukan nasib semua orang selepas mati. Anwar sendiri merasakan pengalaman di
tinggalkan penyokong-penyokongnya. Yang ramai-ramai menyokong Anwar semasa
beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu pun sekarang mengeji Anwar
sampai tahap optima. Tetapi ramai melihat mereka itu pernah membawa tempurung
menadah dengan Anwar untuk membina kehidupan yang kaya raya.
Sekarang giliran Dr Mahathir pula
di tinggalkan oleh ramai. Begitu ramai yang berkata seminggu dua dahulu yang
mereka tidak mahu menyokong Mukhriz kerana Mukhriz adalah anak Dr Mahathir. Oleh
itu jika di pandang dari sudut yang berbeza Mukhriz tewas dalam pemilihan Naib
Presiden itu adalah kerana badi bapanya sendiri.
Itu sebabnya jangan berdendam
sampai ke tulang kerana orang kita dendami itu mungkin menjadi penyelamat
kepada yang berdendam itu. Dr Mahathir sepatutnya sedar yang beliau dikerumuni
oleh ramai pengampu dahulu kerana beliau ada kuasa, boleh membuat sesiapa kaya
raya dalam sekelip mata dan boleh menjatuhkan sesiapa juga dengan sekelip mata.
Dalam kes kekalahan Mukhriz itu,
tidak dapat di elakkan dari persepsi yang kalah itu sebenarnya adalah Dr
Mahathir. ‘The ultimate looser is Dr Mahathir’. Ia bukan sahaja kalah dalam
undian atau bilangan sokongan tetapi yang lebih besar ialah kekalahan dalam
mempertahankan imej atau status sebagai seorang yang sepatutnya menjadi
negarawan.
Dalam keadaan yang begitu suntuk
bagi beliau sekarang ini, beliau tidak ada masa lagi untuk membina status
negarawan untuk beliau. Jika ada pun pihak yang hendak mengukuhkan status
beliau sebagai negarawan pemimpin yang memberikannya ialah pemimpin yang
mewarisi kepimpinan beliau. Tetapi yang mewarisi kepimpinan beliau adalah dari
penyokong-penyokong beliau dan bukannya dari pengikut beliau.
Pak Lah bukannya pengikutnya,
tetapi sekadar penyokongnya sahaja. Begitu juga Najib yang hanya menjadi
penyokongnya selama ini dan tidak pernah menjadi pengikutnya. Baik Pak Lah mahu
pun Najib mereka menyokong Mahathir sementara mendapat kuasa, sama seperti
Mahathir sendiri bertahan di bawah Hussein Onn sementara menjadi Perdana
Menteri.
Mahathir sepatutnya telah membina
pimpinan dan bukannya kumpulan yang dijadikan penyokong untuk politik beliau
semata-mata. Akhirnya negara tidak berkepimpinan dan beliau sendiri menerima
padah oleh kerana tindakan penyokong-penyokong beliau sendiri yang kini sudah
merasakan diri mereka sebagai pemimpin yang turun dari langit.
Mungkin Mahathir perlu kembali
kepada ‘basic’ dalam pemikiran dan tindakan beliau, iaitu memberikan tumpuan
untuk membetulkan keadaan dan bermula dari punca masalah yang kita hadapi
sekarang. Jika ada orang dan pemimpin yang beliau kenali sebelum lahirnya
barisan pimpinan hari ini, mungkin beliau akan terbela maruah beliau yang kini
pasti akan di calarkan oleh mereka yang sedang merasakan berada dilangit.
Rujuk kembali kepada pemimpin
dalam parti yang beliau telah sisihkan dan korbankan bagi kepentingan negara
dan tidak kurang pula untuk menjaga kepentingan imej dan status beliau sebagai
seorang yang dianggap sebagai negarawan.
Selesaikan masalah dari punca
ianya datang. Insyaallah jika di izin Tuhan ia akan mengamankan jiwa beliau
(Mahathir) terutamanya dalam usia beliau sekarang. Sebelum membersihkan negara
elok kita sendiri melakukan introspeksi dan bersihkan jiwa kita sendiri dahulu.
Yang penting sekarang ialah
negara dan bagi Dr Mahathir kesempurnaan hidup dalam persaraan itu akan
memberikan lebih ketenangan kepada beliau. Lagi pun jika beliau bersama
melakukan pembersihan ini, ia merupakan pembersihan kepada kekotoran politik yang
beliau telah lakukan dahulu.
Mahathir perlu membuang jiwa
kecil dalam dirinya itu. Beliau perlu bersama-sama melakukan perubahan dengan
memindahkan kuasa dari barisan kepimpinan yang ada kepada seorang yang
berkelayakan walaupun mungkin orang itu tidak pernah berada di dalam pemikiran
beliau.
Kadangkala orang yang kita benci
itulah yang boleh menjaga nama baik kita di saat kita sedang menghampiri
penghujung hayat ini. Kepada penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu dahulu
akhirnya akan meninggalkan kita, kerana mereka juga tidak mempunyai jiwa besar
dalam diri mereka.
Bak kata perpatah, biduk berlalu
kiambang bertaut. Itulah masa dan saat yang paling bahagia bagi diri kita.
11 comments:
Dah terlewat sangat dah.
Darah Mamak yang mengalir dalam Badan dah buat perang ainya macam tu.
Tinggal balasan Tuhan je.
Nak chakap apa orang kedah lebeh2 lagi melayu kubang pasu...semuanya makan duit rasuah yang dirasuahkan olih Mamakkuty ( pengakuan olih Mahathir Sendiri)tak sangka ye, rasuah ni haram kan sanggup orang kubang pasu (ahli Umno ) pakai songgkok putih berserban makan duit rasuah....Hoi HARAM...
Apakah Mahathir akan melihat kerosakan demi kerosakan dalm umno?. Beliau sendiri mengakui terpaksa hulur pulus rm200.00 kepada perwakilan untuk mengundinya. Itu bukan rasuah ker?.
Dengan menjahanamkan Anuwar dan membelai yang lain dengan harapan menjadi pagarnya, alih-alih pagar makan padi.
untuk memulihkan keadaan, Mahathir patut berbaik semula dgn Anuwar. Akui kesilapannya memfitnah Anuwar begitu dahsyat yang hanya berlaku di Malaysia. Malaysia boleh di kategorikan negara pelik bin ajaib sebab berlakunya pertikaian kalimah ALLAH, fitnah liwat, tanpa gempa bumi bangunan runtuh...
mamak gang nam style memusnahkan melayu secara total....melayu sebelum merdeka bukanlah majoriti mutlak tetapi setelah segala rumpun indonesia, rumpun filipina, rumpun india pakistan mengaku dirinya melayu dan disitulah kemusnahan berlaku.adakah kita ini malaysia atau melayu sebenarnya.
Tun M ada peluang untuk menjadi negarawan dunia. Tapi dia lebih berminat untuk 'buat kecoh' dalam negara ini sahaja. Apakah dia sedar atau masih tidak sedar 'kekecohan' yang selalu dia timbulkan itu sudah tidak diambil peduli oleh orang lain.
Tuan Aspan,
Ha Ha Ha. Baru dia tahu langit ni tinngi atau rendah.
Nasihat tuan yg sangat releven kpd yg empunya nyawa.
Moga2 beliau dapat membetulkan balik hubungan dgn pemimpin(saingannya)pada zamannya atau selepas sikit yg terkeluar dari saf kepimpinan Negara kerana sikapnya dulu.
Itulah sebaik baik akhir hayat kita.
Nas
mamak di malaysia jgn di beri peluang berpolitik..kerana mereka ini miniroti..hanya menumpang nama melayu..jika di biarkan akan merosakkan melayu dan malaysia..
Anon 02:52, memang betul mereka ini minority...lulus x kemana pun tapi dapat jawatan lebeh2 lagi orang politik kalangan mamak kuty yang ada,selain spesis cina yg suka beri rasuah ialah Mamak yang mengaku MELAYU,tapi yang bodoh2 melayu ni suka ambil rasuah dari mamak ini, ni yang jadi masaalah.Wahai orng melayu sedarlah dan ingatlah siapa yang membantu Portugis menjatuhkan kerajaan MELAYU Melaka? bukan kah bangsa Mamak Mahathir!!!!
Apakah mesejnya..
apakah mesejnya TUHAN brfirman..
brfirman dsetiap permulaan surah..
tiap2surah brmula dgn RAHMAN & RAHIM
prmulaan RAHMAN & RAHIM..
bermula dgn RAHMAN & RAHIM..
mula br'PUNCA' dgn RAHMAN & RAHIIM..
\
Apakah signifikannya RAHMAN & RAHIM?
apakah nilai hakiki RAHMAN & RAHIM itu?...PEMURAH & PENYAYANG????
\
Yessssss!!!
PEMURAH & PENYAYANG
jd lah hamba ygPEMURAH & PENYAYANG
jdlah insan ygPEMURAH & PENYAYANG
pemimpin ygPEMURAH & PENYAYANG!
rakyat ygPMURAH & PENYAYANG!!
\
Kita kembali kpd "PUNCA" brmula dgn "PUNCA" sbnr2 sbnr2 sbnr7 KBNARAN drp "NYA"..RAHMAN & RAHIM "NYA"itu.
\
RAHMAN & RAHIM itulah lambang CINTA ygPEMURAH ygPENUH KASEH & SAYANG yg dpt meLEGAkan meMAAFkan & mengAMPUNkan dgn penuh keRELAan & penuh sepenuh2 keINSAFan..
\
Hanya hamba2 yg brJIWA RAHMAN & RAHIM..yg brNAFAS RAHMAN & RAHIM shj yg mampu & dpt memiliki jiwa peribadi yg sgt2 dikagumi lg dihormati krn mrk TIDAK sesekali mmiliki "NIAT" w.pon sekelumit demi kpntinganDIRI..
\
Berjiwa RAHMAN & RAHIM mnjdkan 'roh' hamba2"NYA" itu terbang tggi yg meletakkan kpntingan/AMANAH ummat & rkyat ditempat yg terATAS sekali..sprti yg diWASIATkan oleh nabi SAW "ummati ummati UMMATI"..
\
Itulah sbnr2 hakikat hakiki RAHMAN & RAHIM itu..
Disitulah..The "ABUNDANCE POWER" of PEACE LOVING GIVING & SHARING..
The ABSOLUTE answer for everyONE n everything..
Pak Aspan
Trust me, Dr M, Daim, Sanusi, et al will be back with a vengeance.
As slm..ALlah saja yg menentukannya sama ada mahu d berikan taufiq dn hidayat kpd beliau ....
Hmkaziz-
Post a Comment