06 October 2013

Macam beruk dapat bunga, macam sikudung mendapat cincin

Rakyat tahu yang kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang berbelanja secara membazir dan budaya ini sudah terbentuk hampir tiga dekad dahulu. Dari waktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri belanja untuk menyelenggarakan perbelanjaan seorang Perdana Menteri sangat besar dan semuanya itu dibayar dari wang rakyat.

Oleh kerana mereka tidak merasakan bagaimana susahnya rakyat berkerja dan membayar cukai maka mereka hanya membelanjakan wang rakyat itu mengikut hawa nafsu mereka masing-masing. Tidak ada perasaan bersalah dan tidak peduli dengan apa yang rakyat kata. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri mereka.

Baru-baru ini Dewan Rakyat di beritahu bahawa dalam tempoh tiga tahun sahaja belanja untuk perjalanan Perdana Menteri Najib dengan Jet Eksekutifnya memakan perbelanjaan sebanyak hampir RM100 juta. Hampir RM 30 juta setahun di bazirkan dengan membayar bill jet peribadi Perdana Menteri dan ini merupakan satu budaya yang sangat gila dan tidak masuk akal.

Kita tidak faham kenapa Perdana Menteri kita mesti menggunakan jet peribadi untuk terbang ke merata dunia. Kenapa tidak menggunakan penerbangan komersial MAS misalnya seperti lazim digunakan oleh banyak pemimpin negara lain. Perdana Menteri Singapura hanya menggunakan penerbangan SIA sahaja dan beliau boleh juga sampai kemana-mana dalam dunia ini.

Sejak Dr Mahathir sehinggalah Najib budaya Perdana Menteri terbang keseluruh dunia dengan kerapnya ini terbentuk dengan jelas, seolah-olah seorang Perdana Menteri itu mesti keluar negara setiap bulan. Ini masalah biasa bagi pemimpin yang baru dan datang dari negara yang baru menjumpai kehidupan. Ada seorang pemimpin kita yang berkata, membawa keluar seseorang dari kampung itu senang, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari orang itu sangatlah susah.

Ada juga perbidalan yang lain yang sesuai di gunakan untuk pemimpin-pemimpin seperti ini, iaitu 'seperti beruk dapat bunga'. kadangkala boleh juga di gunakan perbidalan 'macam sikudung mendapat cincin' dan beberapa perbidalan yang lain. Baginya menjadi Perdana Menteri itu merupakan 'privilege' untuk berbelanja sesuka hati mereka tanpa bertanggung jawab seolah-olah wang itu adalah wang datuk nenek mereka.

Malahan apabila sudah berhenti menjadi Perdana Menteri pun mesti juga naik jet kemana-mana seolah-olah dari kecil sampai ke tua mereka ini sememangnya naik jet ke mana-mana. Mereka sudah tidak boleh lagi terbang dengan penerbangan komersial dan cara perjalanan yang lain.

Mentaliti kekampungan inilah yang menjadikan kepimpinan itu tidak dihormati lagi dan akhirnya mereka ini menyalahkan rakyat kerana tidak menyokong mereka. Itu sebab diawal artikel ini saya mengingati seorang pemimpin yang berkata yang membawa keluar seseorang dari kampung itu senang dan mudah dilakukan, tetapi untuk mengeluarkan kampung dari diri mereka sangat susah.

Itulah keadaan kita yang sedang dipimpin dengan pemimpin seperti ini. Malunya kurang, adabnya tiada dan adatnya entah kemana. Tidak ada langsung usaha untuk meninggalkan nama yang baik apabila sudah tiada nanti. Setidak-tidaknya harimau pun mati ditinggalkannya belang.

14 comments:

Anak Nogori said...

Tuan Aspan,

Masihkah tuan teringat krisis yang dilakukan oleh UMNO terhadap Raja-Raja Melayu dua puluh tahun dahulu?

Waktu itu pimpinan UMNO mencerca Institusi Raja-Raja Melayu sebab kuasa & keluhuran Majlis Raja-Raja waktu itu boleh meletakkan UMNO dan pimpinannya kehilangan kuasa.

Perlembagaan Negara telah memperuntukkan kekebalan kepada Raja-Raja Melayu dan isu Raja-raja Melayu tidak boleh disentuh samada di dalam atau di luar Parlimen.

Peruntukan itu tidak boleh dipinda. Tetapi dalam keadaan terdesak UMNO telah melanggar segala larangan tersebut dengan berkonfrantasi dengan Raja-Raja Melayu melalui cercaan kemuliaan kedudukan Raja-Raja Melayu.

UMNO teleh arahkan puluhan laporan Polis dilakukan oleh orang Melayu melalui pertubuhan-pertubuhan politik dan individu dan kenyataan mereka semua berbaur hasutan untuk merendahkan martabat Raja-Raja Melayu.

Apakah nasib Raja-Raja Melayu difitnah dan dicerca sebegitu oleh pimpinan UMNO?

Sejak bila UMNO itu kaya dengan adat dan menghargai adat?

Anonymous said...

Berbelanja joli,ikut sukahati, melanggar undang2, ikut sukahati. Memutar kenyataan ikut sukahati. Menipu rakyat, ikut sukahati,guna harta kerajaan, ikut sukahati. Itulah faktor2 menarik dalam rebutan kuasa dlm pemilihan nanti....

Anonymous said...

Salam Pak..

Ada pun orang yang kekampungan itu amat tinggi sanggup bersusah dan berkorban demi perdana menteri kesayangan mereka..

jiwa kampung yang ada pada mereka ini wajar dikekalkan demi survival parti melayu itu...

Tinta Hitam said...

Pak Aspan Alias,

Pemimpin2 UMNO buat mcm tu sbb majoriti org2 melayu tak kisah mereka membazir begitu.Asalkan mereka dpt BR1M setiap tahun dan tambah pulak tu..

spectator said...

If he is not careful and still trusts Dr M and group, Najib is going to fall in disgrace. I give him just another 6 months.

Anonymous said...

Mahathir la punca segala kejahatan dan penyelewengan tahap dewa di malaysia...

Anonymous said...

Tuan,
Itu cuma cerita "oghang ghumah" PM saja. Cerita PM "yang sebenar" tu macamana?

Anonymous said...

Tuan,,

Congaknya mudah saja kenapa 30 juta setahun dibayar kepada syarikat yang uruskan. Ni seperti pejabat lain yang di audit oleh Auditor negara.

Auditor negara juga peras duit saja buat audit, tak ada tindakan susulan, lapuranyanya hanya penglipur lara. Sepatutunya perosak di hukum.

Anonymous said...

bro, terbang ke kedah utk menolong PAS dalam sg limau?


tolong ulas sedikit tentang Azizan dan wakil wannabe mat sabu..

Anonymous said...

Najib dibesarkn dgn penuh kemewahan. Dari kecil tadika hingga ke besar, dia dididik di barat. Sbb itu dia tak menyelami penat jerih org kg cari makan. Kalaupun dia melawat org kg di bendang, dia memakai bot & mengangkat kaki seluarnya menandakan dia kekok & belum cukup ikhlas. Dia pegang cangkul diberikan sarong tgn. Semlm pulak tarpapar gambar Najib menyerah 303 ekor lembu utk korban. Kira hebat la seorg pemimpin mengorbankan harta sejuta ringgit utk korban..
Islam mengajar kesederhanaan dlm setiap aspek kehidupan. Rasulullah menyembelih dua ekor biri2 sempena korban. Para Sahabat mengorbankan harta & jiwa berjuang demi menegakkan syiar Islam. Tetapi pemimpin kita yg sering dabik dada menegakkan Islam jauh tercicir dari landasan belanja semewah lavish style utk menunjukkan kehebatan seorg pemimpin di akhir zaman....

Anonymous said...

apa la... 100 juta utk jet pun mau bising ker? murah jer tuh 100 juta sajer!! hidup umno!!!

kenapa la tak ada orang check siapa ka syarikat yg maintain jet beliau? rasenyer pun ada citer jugak... syarikat milik tuh

bumi-non-malay said...

Beginilah rupa Malaysia akan tukar nama kepada Malaysia-Zimbabwe-Burma....kalau rakyat tak bangkit, bantah.......Hapuskan UMNO-BN

UMNO hanya tahu buat Zalim kepada rakyat yang lemah, tak ada senapang, mudah diperdayakan...Macam Kat Zimbabwe- Burma.....

Tunggu yah....hari yang sengit akan melanda Malaysia.....kalau kita kekalkan Sultan UMNO!!

Monkey Shooter said...

As Salam Tuan.

Pemimpin UMNO di negara ini dah tak kisah dengan rakyat. Mereka pun amat maklum yang rakyat memang dah terlalu menyampah dan muak terhadap mereka. Yang mereka perlu jaga sebenarnya adalah "running dog" dan yang utama Pengarah dan Timbalan SPR yang akan memenangkan mereka dalam setiap PRU. Tak percaya tanyalah Tun Mahatheer iaitu guru segala guru kepada Najeeb. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

this country needd a revolution at the end..gerenti punya!!!
atau tunggu saja imam mahdi dan nabi isa utk mengubah nasib manusia dan memimpin mereka di jalan yg benar