Isu yang muda dan lama dengan
yang muda dan remaja menjadi isu penting dalam pemilihanan parti UMNO Sabtu
ini. UMNO yang kian mengempis sokongan dari rakyat kini mengeluarkan
seolah-olah semacam fatwa yang parti itu wajar di sarati dengan yang muda. Saya
bersetuju sebahagian nya dan tidak bersetuju sebahagian yang lain.
Di sana sini kita mendengar UMNO sepatutnya di
remajakan bagi menempuh zaman baru yang penuh mencabar kini. Apa dia remaja
itu? Adakah ia dimaksudkan parti itu dan pimpinannya mesti dipenuhi oleh mereka
yang remaja sahaja. Ada
pula yang berkata yang dewasa juga perlu dalam parti untuk mengimbangi
kedudukan kepimpinan parti. Adakah ini bermaksud hanya yang tua-tua sahaja yang
mesti berada dikepimpinan parti?
Kalau kita hendak meremajakan parti
dengan mengumpulkan orang muda-muda sahaja dalam parti dan kepimpinannya, cuba beritahu
kita apa yang mereka boleh melakukan perkara yang melebihi dari orang tua-tua
dan dewasa? UMNO selama ini sememangnya di penuhi oleh orang yang remaja tetapi
ia tetap jatuh sokongan dari orang ramai.
Mukhriz memberikan alasan
kejayaan merampas Kedah dari Pakatan Rakyat bukan isu yang kecil, maka beliau
sepatutnya berada di jawatan Naib Presiden. Mukhriz jadikan kemenangan di Kedah
itu sebagai penyebab yang beliau wajar di jadikan Naib Presiden partinya.
Tetapi perlu di ingat
pemimpin-pemimpin UMNO dahulu lebih besar kejayaan dan pencapaiannya. Malah
pimpinan dahulu telah berjaya merampas kuasa bagi seluruh negara pada tahun
1957 dahulu dan ramai di kalangan mereka yang mengusahakan kejayaan itu tidak
pernah menduduki jawatan Naib Presiden itu.
Sesungguhnya yang dimaksudkan
meremajakan parti itu ialah pemimpin yang boleh memahami kehendak rakyat semasa
mengikut kemahuan dan kehendak waktu sekarang. Itu yang dimaksudkan meremajakan
parti itu. Remaja tidak semestinya datang dari orang muda. Saya selalu
berbincang tentang isu ini, bukan untuk apa tetapi untuk keperluan sendiri
kerana saya perlu ‘keeping abreast’ dengan keadaan masa sekarang dan yang akan
datang.
Yang berumur lima puluh tahun tidak semestinya lebih muda
dari mereka yang dalam umur enam puluhan. Kenapa saya berkata begitu? Yang
menyebabkan seseorang itu tua atau muda bergantung kepada organ-organ seseorang
itu. Ramai yang sudah lama hidup menjangkau umur tujuh puluh tahun tetapi
organ-organnya masih muda dan berfungsi dengan baik. Organ yang terpenting
tentulah otak dan pemikiran.
Mereka yang mempunyai organ-organ
penting didalam tubuhnya yang masih muda dan berfungsi dengan baik itu lebih
baik dari mereka yang masih muda tetapi mempunyai banyak ‘dysfunctional organs’
dalam tubuhnya. Dalam kepimpinan kesihatan tubuh dan organ-organ dalam
kepimpinan itu amat perlu, terutamanya orang seperti otak yang membolehkan
seseorang itu berfikir dengan baik untuk meremajakan parti itu dan mana-mana
parti sekali pun.
Kesihatan tubuh dengan mempunyai
oragan-organ yang muda dan remaja amat perlu walaupun usianya sudah tinggi. Orang
yang muda tidak semestinya boleh meremajakan parti kerana ramai di kalangan
yang muda pada hari ini tidak mampu meremajakan parti dengan kelemahan
pemikiran mereka. Ramai yang muda masih tidak dapat mengakui bahawa agama kita
melarang kita bersikap rasis dan rasuah.
Bagaimana mereka ini boleh
meremajakan parti jika masih bergelut dengan rasuah kerana mereka yang remaja
pemikirannya akan menerima kejahatan rasuah itu merupakan sikap yang sudah tua
dan jauh dari meremajakan parti. Jika pemimpin yang masih muda tidak memahami
keadaan dunia sekarang ini, itu bukan pemimpin yang remaja, kerana pemimpin
yang remaja akan memahami yang cara politik sekarang ini sudah berubah.
Saya terjumpa beberapa orang yang
tidak menerima orang itu dan orang ini sebagai pemimpin kerana mereka sudah
tua. Tetapi semasa saya bercakap dengannya saya tahu dia baru balik dari
hospital dan akan melakukan pembedahan hati kerana organ hatinya sudah tua
walaupun dia baru berusia lima
puluh empat tahun. Ia bemakna dia lebih tua dari pemimpin yang masih sihat walaupun
berusia enam puluh lima
tahun kerana dia ini mempunyai organ yang terlalu tua dan memerlukan
pembedahan.
Ada yang mengatakan orang itu sudah tua
walaupun sihat tetapi yang mengata ini sudah kehilangan giginya lebih dari
sepuluh batang. Oleh yang demikan siapa yang tua dan siapa yang remaja?
Tetapi organ yang terpenting yang
perlu untuk remaja ialah pemikiran dan jiwa walaupun jiwa itu bersifat maknawi.
Organ-organ yang remaja serta jiwa yang sentiasa bersih dan mampu berfikir dan melakukan sesuatu yang baik
kepada rakyat dan negara itu merupakan pemimpin yang sentiasa remaja walaupun
mereka sudah melampaui enam puluh tahun misalnya.
Ramai anak-anak muda masih dibuai
dengan cara berfikir lama dan ini menyebabkan parti-parti yang mereka pimpin
itu tidak remaja. Remaja atau sebaliknya kepimpinan itu terpulang kepada kemampuan
organ-organ penting seperti otak dalam tubuh kita itu mampu berfungsi mengikut
waktu dan zamannya.
Kalau di sabitkan isu ini dengan
UMNO, ia merupakan isu yang paling penting yang perlu ditangani oleh Pemudanya,
kerana yang muda-muda dalam UMNO tidak mempunyai pemikiran untuk meremajakan
partinya. Mereka lebih menumpukan bermain politik, aku orang ini, dia orang
itu. Walaupun muda mereka masih tidak mampu meremajakan pemikiran mereka jauh
sekali untuk meremajakan partinya.
Jika itulah alasan Mukhriz untuk
menjadi Naib Presiden UMNO elok kita fikirkan apakah benar itu matlamatnya
menjadi Naib Presiden itu? Apa bila orang bercakap tentang kerajaan parti
masing-masing bercakap tentang keremajaan parti, sedangkan baik dari pimpinan
tertinggi sehinggalah kepada kepimpinan terendah mereka masih berfikiran dengan
tindakan yang ‘outmoded’ yang tidak selari dengan kehendak rakyat dan negara
yang mereka kelolakan.
Pendeknya yang banyak umurnya
tidak semestinya tidak mampu meremajakan negara dan parti, dan yang muda pula
tidak semestinya mempunyai nilai dan kemampuan untuk meremajakan partinya atau
pun negaranya.
Jiwa yang remaja itu tidak
semestinya dipunyai oleh mereka yang baru dan muda umurnya. Apa yang berlaku
dalam UMNO sekarang tidak memungkinkan mereka meremajakan UMNO itu kerana
mereka masih mempunyai daya pemikiran tua yang di semai oleh UMNO itu sendiri.
Mereka masih memainkan isu
perkauman dan berbagai-bagai isu yang memecah belahkan rakyat, dan tindakan ini
sudah pastinya pemikiran yang kuno dan jumud, justeru ia amat jauh dari apa
yang dikatakan sebagai keremajaan parti dan negara. Seperti biasa ia hanyalah
retorik yang begitu kuno dan ‘outmoded’.
10 comments:
Pak Pan,
Had kan hanya seorang anak mantan PM dlm satu masa. Kalau tak biar depa je pulun semua.
pilih la calon dah proven track recordnya.Yang confirm tak ble pilih
1)Hishamudin - byk rekod hancus.retorik lebih pd tindakan.bertanding lebih untuk diri sendiri bukan untuk rakyat
2)Isa Samad - tak payah ckp la.dia ni sptutnya tak bertanding
umno parti feudal...tuanya kerana tiada pelapis cuma yang ada pelapik saja, mudanya kerana wawasan sibapak 2020 keturunan sekalipun masih mereka memegang kuasa.itulah umno yang kebal undang2 punyai banyak pariah macai dan kroni untuk berjuang kepada mereka.
Adik!!! Kalau dah 56 tahun pegang tapok pemerintahan negara, nak remaja apade lagi. Dah kerepuk.... Sial dalam badan dah jadi badi hidup.
Malang Pak Kadok, nak remaja jugak, boleh. Dengan syarat, turunkan yang tua2 dah kaya raya. Berani ke perwakilan UMNO, Sabtu lepas sudah terbukti, tunggulah Sabtu dekat ni, semakin tualah lu UMNO. Tak berbau remajalah weh...
Mukhriz akan menyebabkan perpecahan dlm umno..kerana pengaruh mahathir yg selama ini telah mencacatkan umno khasnya dan org melayu am nya..
Kerana mahathir..melayu menolak umno..sehingga mahathir terpaksa untuk mengembangkan sayap umno ke sabah..untuk mendapat lebihan undi/penyokong untuk mahathir kekal berkuasa...JANGAN ada DNA mahathir dlm umno...jika ingin melihat umno relevan pada org melayu...
Kemasukan bangla,pakistan yg berjuta juta di malaysia adalah kontengensi plan pemimpin haprak umno yg di naungi mahathir untuk mengambil tempat org melayu yg keluar umno untuk menyertai pas dan pkr nnti....
Isunya bolehkah UMNO ditumbangkan.Cerita kroni, korup dah diulang ribu kali UMNO masih terus pilihan orang Melayu dan bumiputra.Cuba kome fikiau dan tanya kenapa gamaknya ?.Betul Sebab UMNO ni hebat.Kan...
Semua dah rosak bwah Najib. Sykt besar di bwah felda sudah listing & jadi bhd milik public. Pelabur kaya bole melambakkan modal di bursa take over sykt felda. Share KFC org Melayu sudah dibeli mr Lim. Saham MAS lingkup bangunan dah jual. Mcm2 benda pelik2 & kejadian menyayat hati milik Melayu kian pupus. Hutang, rasuah, boros, inflasi tak payah ckp la. Tengok perangai KJ sama je fe'el...tak de beza Pak Aspan. Turun temurun kroni dah bertimbun! pusing2 org tu jugak...yg pentingnya umno sendiri mengaku dah merosak byak...
meremajakan bn/umno adalah pembuktian amat kukoh bn/umno ini belum baligh.islam bangsa serta negara akan hancur jika membenarkan orang belum baligh memerintah.
kenapa umno tidak memainkan isu ekonomi orang melayu...berapa ramai yang sudah kaya raya dibawah tempurung umno.berapa ramai yang sudah menjadi jutawan politik berbanding melayu kebanyakan....inilah isu sebenarnya.
umno telah berjaya melonjakkan ekonomi orang Melayu.1.5 juta orang melayu kerja kerajaan.bayangkan seorang sis
wazah suami isteri bekerja 5 tahun gaji rm 5000x 2 ---rm10 000 sebulan.duduk di pekan kecil.now melaut besarnya rumah depa.kereta lebih 2 buah.berjuta orang melayu hidup senang .patut bersyukor dan sokong BN segera.beratus ribu now pergi umrah mekah.bersyukor Allah telah kurniakan pimpinan yg pandai,cekap dan mampu melakukannya
Post a Comment