Perdana Menteri Najib merupakan
seorang Perdana Menteri yang berlagak seperti anak nakal. Seorang anak nakal
ini tidak akan faham masalah yang ada pada orang lain atau adik atau ibu bapa
mereka. Anak nakal selalunya kuat berbelanja, maklum sajalah wang ringgit itu
bukannya dia yang mencarinya. Dia hanya pandai berbelanja dan berbelanja tidak
kira di waktu baik atau waktu buruk.
Pembentangan bajet baru-baru ini
menunjukkan sikap berpura-pura Najib, yang dengan selamba beretorik dengan
slogan wasatiyah, dan berbagai-bagai yang lain yang melambangkan kerajaan
beliau berbelanja secara berhemah dengan wang rakyat yang ada. Tetapi di dalam
berslogan hebat itu beliau telah memperuntukan Jabatan Perdana Menteri dengan
peruntukan yang sangat besar dalam sejarah negara, iaitu sebanyak RM16.45
billion.
Bajet bagi Jabatan Perdana
Menteri pada tahun 2010 adalah RM11.88
billion, bagi tahun 2012 sebanyak 13.72 billion dan bajet bagi 2014 adalah RM16.45
billion. Peruntukan Jabatan Perdana Menteri lebih besar dari peruntukan
belanjawan Kementerian Pertahanan dan ini merupakan keadaan yang amat susah
untuk diterima oleh rakyat ramai.
Jabatan-jabatan penting di bawah
JPM tidak menelan belanja yang sebegitu besar. JAKIM hanya di peruntukan kurang
dari RM800 juta, dan Unit Implimentasi dan Koordinasi (ICU) tidak melebihi
RM400 juta. Agensi-agensi penguatkuasa di bawah JPM seperti Penguatkuasa
Maritim tidak pun sampai berbelanja sampai RM 400 juta.. Ini bermakna jumlah
yang RM14 billion itu hanyalah untuk kegunaan Pejabat Perdana Menteri sahaja.
Elok pembahas-pembahas di
Parlimen meminta Perdana Menteri memberikan pecahan terperinci terhadap RM14
billion yang lain itu. Persoalannya kenapa begitu mahal untuk menyelenggarakan
Perdana Menteri sekarang ini, sedang PM itu sendiri telah memotong banyak
perkara yang selama ini di belanjakan oleh rakyat sendiri.
Yang amat menyakitkan bagi rakyat
sekarang ini, pemimpin kita khususnya Perdana Menteri sendiri menunjukkan sikap
tidak mahu berkorban untuk rakyat seperti beliau sarankan rakyat untuk
berkorban. Dalam pada kita semua di potong segala subsidi seperti subsidi bahan
petroleum dan sebagainya, Perdana Menteri masih memberikan peruntukan yang
berlipat kali ganda jumlahnya dari peruntukan pada beberapa tahun sebelumnya.
Perdana Menteri masih lagi
mengelilingi dunia tanpa had dan berlegar di seluruh dunia hampir setiap minggu
dengan jet peribadi yang telah menelan belanja hampir RM100 juta sejak tiga
tahun yang lalu. Kenapa PM begitu boros sedangkan rakyat di mintanya berbelanja
secara berhemah dan berjimat cermat. Malahan bukan sahaja meminta rakyat
berjimat, segala subsidi yang telah dirasai oleh rakyat di tarik satu persatu.
Kenapa bersikap seperti ‘nangoi’
dan tidak mempunyai ‘finesse’ walaupun sedikit?. Kenapa tidak ada rasa malu
dengan mengkufurkan nikmat pemberian Tuhan melalui rakyat yang sedang dalam
kesusahan? Kenapa tidak langsung mempunyai ‘conscience’ dalam diri Perdana
Menteri dan Jemaah Menterinya? Kenapa?
Kepada Najib kami berseru,
berbuat baiklah sedikit. Bentuklah sedikit jiwa rakyat di dalam diri saudara
itu. Bersikaplah sebagai seorang yang mempunyai ibu bapa. Kenapa malukan nama
baik keluarga? Kalaulah PM Najib masih bersikap begini tidak payah hapuskan subsidi gula, sikap beliau sendiri akan menambah pesakit diabetes kerana kehidupan yang stressful rakyat sekarang ini.
Apakah benar kata-kata seorang
pemimpin kita yang lain, membawa keluar seseorang dari kampung itu adalah
mudah, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari dalam diri seseorang itu adalah
kerja yang sangat susah. Najib ini dikendongnya kampung itu kemana-mana.
Malahan beliau berbangga pula menunjukkan kampungnya itu di khalayak ramai dengan selamba sahaja.
Dalam dunia ini bukan Najib seorang memegang jawatan Perdana Menteri ini, tetapi PM yang lain itu tidaklah bersikap seperti si kudung mendapat cincin seperti sikap PM kita ini. Siapa yang membuatkan Najib menjadi begini? Siapa yang tahu?
Dalam dunia ini bukan Najib seorang memegang jawatan Perdana Menteri ini, tetapi PM yang lain itu tidaklah bersikap seperti si kudung mendapat cincin seperti sikap PM kita ini. Siapa yang membuatkan Najib menjadi begini? Siapa yang tahu?
Kenapa tidak ada langsung sifat
malunya? Kenapa? Hendak kita biarkan sahaja kah keadaan ini berterusan? Kenapa
UMNO dan BN tidak bertindak terhadap Najib yang sudah melupakan daratan ini?
Hentikanlah budaya 'vandalism' yang di amalkan oleh PM ini. Cara beliau berbelanja amat menakutkan kita. Beliau sudah menjadi seorang Maharaja dan tidak lagi pemimpin rakyat.
Hentikanlah budaya 'vandalism' yang di amalkan oleh PM ini. Cara beliau berbelanja amat menakutkan kita. Beliau sudah menjadi seorang Maharaja dan tidak lagi pemimpin rakyat.
10 comments:
Hanya kebangkrapan negara akan menamatkan semua ini.Pada masa itu kita akan tahu menteri mana yang akan bertahan dan menteri mana yang akan lari dengan harta yang sudah dirompak selama ini.sabarlah rakyat...masa itu akan tiba jua..
Kemboja sebuah negara miskin yg banyak sejarah berdarah. Satu ketika pemimpin, golongan profesional dan pegawai Kerajaan mengamalkn rasuah & menindas rakyat. Kemuncaknya rakyat tidak puas hati ditindas & dihimpit kemiskinan. Lalu rakyat keluar beramai2 memberontak & membunuh golongan profesional ini. Sehingga ini Kemboja lambat membangun kerana kekurangan tenaga profesional. Jgn hendaknya sejarah Kemboja ini berlaku di Mlsia. Tetapi jika umno dibiarkan bermaharaja lela menindas & rasuah, maka sampai masanya rakyat akan menghukum apa cara pun...
Harga gula sudah naik bila subsidi dikurangkn.. Harga minyak masak jugak naik bila Najib umumkn pengurangan subsidi setengah billion konon nak stabilkan harga. Kenaikan gula & minyak masak hanya menguntungkn taikun2 gula spt Syed Mokhtar & sykt MSM yg dimiliki FGV. Kenaikn harga barang kawalan ini sudah tentu dipikul oleh Rakyat jelata. Harga gula & minyak naik,, maka harga brg2 berkaitan akan naik spt milo, roti, makanan dll.
Apa Najib tau kesusahan Rakyat? Tau ke dia masih ramai Rakyat merempat mencari rezeki kais pg makan pagi? Tau ke Najib berapa ramai peraih berlonggok di tepi pantai menanti nelayan pulang ke pantai? Sedarkah Najib berapa ramai anak2 Melayu di Putra Jaya yg hanya membawa rm1 ke sekolah & anak2 tidak bersarapan? Tahu kah berapa ramai pesara Kerajaan & swasta hidup bwah kemiskinan? Itu belum lg ckp pemandu teksi, pekerja kilang, sykt dll..
Najib megah sombong mendabik dada umumkan pendapatan perkapita sudah meningkat. Mane dia dpat angka pendapatan Rakyat sudah rm3,500?
Bloger umno pun sudah gelar si Najib ni sewel! Kalau Pak Aspan kata Najib lupa daratan atau kufur nikmat, maka jawabnya dua2 betul...!!!
Elok sesekali si Najib ni jadi bilal melaungkan azan mengajak berjemaah supaya dia sedar tanggogjawab seorg pemimpin adalah satu amanah yg amat berat...
Malang nasib Malaysia mendapat PM macam ni...dia lahir saja ke dunia ini dengan 'silver spoon'. Tak pernah rasa lapar (kecuali masa puasa hidup penuh mewah. Bajet tinggi ni dia nak gunakan untuk kayakan kroni dia, menanam sokongan agar dia terus berkuasa untuk terus menjahanamkan negara ini. Lancxx punya Najib.
sri hartamas
Yang sedihnya rakyat masih tidak sedar....
Tuan2. Inilah perangai anak orang kaya. Mana pernah rasa susah. Dari kecil dah dibelai dengan duit. Lihatlah apa jadi pada anak2 orang kaya yang x sedar diri sekeliling kita. Pada rakyat sumer, belajar2lah ikat perut..... Sambil tue doakan pengikut syaitan yang dikenali insaf dan sokong pakatan kerana pemimpin mereka x akan sedar selagi duit di tangan mereka.
jangan salah anggap rakyat sebenarnya sudah sedar..tengok sajalah peratus undi popular
tapi sistem yg sedia ada tak membenarkan rakyat dapat apa mereka mahu
salam Tuan A+,
setiap apa yang berlaku sebenarnya berpunca daripada kesilapan kita sendiri. kita mestilah mengoreksi diri apabila berlaku sesuatu musibah ke atas diri kita dengan tidak hanya menyalahkan orang lain dan begitulah halnya apabila negara kita mendapat musibah diberikan barisan kepimpinan seperti diatas. sama-samalah kita bertanya kepada diri kita apa kesalahan yang telah kita (rakyat) lakukan (atau generasi sebelum kita) sehingga Allah menurunkan musibah dengan memberikan pemimpin seperti ini kepada kita. cari dulu puncanya di dalam diri kita dan untuk manusia seperti diatas hanya kematian saja yang mampu menamatkan nafsu tamak melampau seperti mana pengajaran yang Allah telah berikan keatas manusia2 tamak pada setiap zaman seperti firaun, qarun, hammam dan seangkatan dengannya. ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi adalah senjata senyap yang paling ampuh yang ada pada setiap rakyat yang dianiaya. oleh itu jika kita telah sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan selama ini ayuh sama-samalah kita bersegera bertaubat kepada-Nya dan janganlah pula takut untuk berusaha mengubah keadaan dan berdoa agar musibah ini segera diangkat dari terus menimpa rakyat negara ini.
walaupun nampak nyata keburukan yg dilakukan oleh penguasa tapi amat menghairankan masih ada lagi yg memberi sokongan, betul lah pengundi dan penyokong UMNObn memang bodoh...teramat-amat bodoh...
Setepat tepatnya..terutama bangsa ku....MELAYU yg menipu kawan berbangsa lain...sungguh memalukan.
Post a Comment