UMNO adalah parti tua.
Penyakitnya pun penyakit tua. Ramai ahli-ahli UMNO cuba mencari pemimpin-pemimpin muda
untuk meremajakan parti itu tetapi penyakit yang sering menghinggapi orang tua
juga di hinggapi pemimpin muda dalam parti itu. UMNO adalah parti yang tidak
mengikut arus perubahan zaman dan parti itu adalah sebuah parti kekampungan
yang tidak mampu berubah dalam semua hal walaupun niatnya hendak berubah itu
nyata dan jelas.
UMNO tidak tahu apa yang hendak
di ubahnya. UMNO tidak tahu lagi apa yang baik yang perlu di lakukannya dan
lebih sedih lagi mereka tidak tahu pun mana yang baik dan yang buruk. Mereka
menyangka yang apa yang Najib lakukan hari ini adalah pembaharuan tetapi
sebenarnya tindakan Najib itu sebenarnya tidak menunjukkan yang UMNO sudah mula
untuk berubah.
UMNO mentadbir kerajaan seperti
mentadbir persatuan bola takraw dan mengambil keputusan tanpa bersandar kepada
dasar-dasar tetap yang telah di gubal. Apabila di rasakan ada satu pihak atau
kumpulan marah dan tidak berpuas hati semasa itu kumpulan itu akan di berikan
hadiah dalam berbagai-bagai bentuk dan cara. Selalunya akan di berikannya wang
sogokan di atas berbagai-bagai nama.
Najib mentadbir negara seperti
mentadbir khairat kematian. Apabila mendengar seseorang meninggal dunia Najib
akan memberikan bantuan khairat kematian dengan jumlah yang kecil. Bantuan akan
hanya tiba jika ada kematian. Bantuan itu tidak akan mendatangkan kemajuan
kepada keluarga si mati selain dari menggunakan wang itu untuk membeli kain
kapan mayat dan biskut semasa kenduri tahlil sahaja.
Maksud saya banyak perbelanjaan
itu di buat dengan keputusan ad hoc tanpa pelan yang konkrit yang akhirnya
membawa negara ke kancah pembaziran yang tidak terkira jumlahnya. Sebelum
pilihanraya dahulu, tiba-tiba jururawat mendapat bayaran ‘one off’ sebanyak
RM100. Lepas itu kita melihat Najib memberikan bantuan kilat kepada sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang memakan belanja berpuluh juta ringgitnya.
Kita bukan mempersoalkan jumlah
wang yang di berikan kepada sekolah Cina tetapi biarlah ia terancang dalam
pelan yang konkrit dan di rancang perbelanjaan itu dengan teratur dan tersusun.
Najib dan UMNO perlu ingat wang itu semuanya adalah wang rakyat bukannya wang
peribadi mereka. Pemberian bantuan itu mesti di rancang terlebih dahulu dan
jangan membantu secara adhoc kerana ia akan memudharatkan kewangan negara.
Baru-baru ini saya menyambut
beberapa rakan-rakan saya yang pulang dari mengerjakan rukun haji. Mereka
keseluruhannya merungut kerana seramai 800 orang istimewa telah di bayar oleh
kerajaan untuk mengerjakan rukun haji melalui IMDB. Mereka terdiri dari ketua kampung, imam dan bilal dan ketua-ketua masyarakat di beberapa buah kampung yang
selalunya adalah penyokong kuat kerajaan.
Tidak ada siapa yang marah jika
IMDB mendapatkan kuota Haji itu sendirian dari
Kerajaan Arab Saudi, tetapi kesemua bakal haji itu menggunakan kuota Tabung Haji yang banyak berkurangan
tahun ini. Najib tidak sedar yang ada lebih dari 70,000 orang Islam kita yang
sudah lanjut usianya masih belum dapat kesempatan untuk menunaikan ibadah Haji
itu, sedangkan mereka adalah di kalangan yang telah membuat simpanan sejak
puluhan tahun dahulu. Sempatkah mereka ini mendapat giliran untuk ke tanah suci
ini, sedangkan umur mereka semakin lanjut.
Saya mencadangkan supaya kumpulan
yang istimewa ini biarlah mendapatkan kuota
itu dengan istimewa. Jika masih hendak menggunakan kuota Tabung Haji mereka ini perlu mengikut
giliran dan utamakan mereka yang tua-tua yang telah lama menyimpan
berdikit-dikit sejak muda mereka.
Janganlah oleh kerana setengah
orang berada di koridor kuasa mereka mempunyai keistimewaan untuk melanggar dan
lompat giliran. Orang yang tidak menjadi ahli JKKK pun hendak menjadi tetamu
Allah juga. Bukannya orang kuat UMNO sahaja yang hendak mengerjakan ibadah haji
dan mencium batu hajarul aswad itu. Orang yang tidak ada dalam jawatankuasa
JKKK pun hendak juga merasa berada di Arafah dan berwukuf serta melontar semasa
tiga hari tasyrik itu.
Orang yang tidak menjadi ketua
kampung juga ingin bertawaf dan ber sai di antara Safar dan Marwah itu. Orang
yang tidak bilal juga mahu mengalami menziarahi Rasullullah saw di Medinah
kerana menziarah makam Rasul itu serupa menziarahi baginda semasa baginda masih
hidup. Hendak menziarahi Rasul juga mesti menjadi orang kuat JKKK dan UMNO.
Tuhan dan agama orang PAS, PKR
dan DAP Islam juga ialah Allah swt. Allah itu bukannya Tuhan orang UMNO sahaja.
DIA adalah Tuhan semesta alam, dan Tuhan kepada semua makhluk. Kita tahu yang
lautan dan desiran ombak itu adalah berzikir terhadap Allah. Pokok dan pohon semua
berzikir kepada Tuhan tanpa henti-henti. Hanya setengah umat manusia sahaja
yang tidak mahu lagi atau terlupa untuk berzikir terhadapNya. Agama itu hanya
tempelan politik mereka sahaja.
Jika segala tindakan kerajaan itu
tidak mengambil kira semua perkara negara tidak akan melihat satu pentadbiran
yang matang kerana pemimpin bertindak mengikut kemahuan dan syahwat politik
masing-masing.
Itu semuanya perkara kecil
sahaja. Belum lagi kita sentuh isu perpaduan kaum dan agama yang sedang dalam
keadaan yang sangat merbahaya dan menakutkan. Belum lagi menyentuh tentang isu
pembahagian kekayaan negara secara ‘equitable’ yang menjadi teras pembangunan
ekonomi negara dan rakyatnya. Kalau kita dengar cakap-cakap dan kenyataan pimpinan
negara seolah-olah perancangan mereka itu adalah terbaik tetapi rakyat tetap
tidak terurus dengan betul.
Pendeknya negara sedang di
pimpinan oleh apa yang di sebut sebagai ‘faked leaders’ yang tidak berapa faham
di mana hujung dan pangkalnya kaedah pentadbiran kerajaan yang benar-benar
berkemampuan untuk melaksanakan semua perancangan baik yang telah di gubal itu.
Perancangan tetap tinggal
perancangan tetapi semua perancangan selama ini terbantut di peringkat
perlaksanaannya kerana perlaksanaan semua perancangan itu di kotori dengan
perlakuan rasuah dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin kita terutamanya
pemimpin utama negara kita.
Blog ini mengulangi, selagi tiada
tindakan berkorban dari mereka yang memimpin sekarang ini, tidak akan terjumpa
penyelesaian terhadap masalah negara ini. Kesemua pimpinan yang berada di dalam
UMNO itu wajar berundur dan berikan kuasa untuk seseorang atau kumpulan yang
lain yang tidak terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah mengendalikan
proses perubahan itu.
Rakyat sudah terlalu lama
menunggu dan perubahan masih juga tidak nampak akan tiba.
9 comments:
Najib membatalkn lawatan ke Manchester kerana ribut & tidak dpat menonton pasukan MU. Bumi sdg mengutuk seorg pemimpin Islam & tidak mengizinkn Najib ke sana. Kata org Cina....suwee atau sial...!
Pemimpin yg mengisytiharkan Islam agama resmi sepatutnya menunjukkn contoh & teladan terpuji. Najib sepatutnya bergegas balik ke tanah air mendengar perbahasan di Parlimen. Barack Obama pemimpin kuasa terbesar di dunia lebih bertanggong jawab dgn membatalkan lawatan ke Malaysia disbbkn isu bajet di negaranya. Obama tidak bole sesuka hati menggunakn bajet sekiranya tidak diluluskn oleh Senat. Alangkah tersiksanya rakyat negara ini mendpat seorg pemimpin yg lepas tangan & tidak bertanggong jwab !!
Semoga Allah lindungi dan selamatkan negara yang tercinta, Malaysia.
pemimpin cap ayam sama dengan barang murahan, walaupun tidak berkualiti tetapi pengeluaran secara besar-besaran dan dijual untuk menguasai pasaran.
Peminat cosplay Ng Yuk Tim - Polis Cepat tuduh dia ke Mahkamah kerana dia sendiri akui bunuh.....
Tapi
C/Insp Azilah Hadri and Kpl Sirul Azhar Umar kerana akui bunuh Altantuya......akan dibebaskan...
Inilah jenis Mahkamah Malaysia dengan Polis dan Hakim....
Adakah perlu kita sebut jenis Bangsa, agama Polis dan Hakim Negara bagi Kes besar macam Altantuya???
Beginilah Malaysia yang disokong Sultan-Agong......bigitulah jawapanya mengapa Singapura dipecat 60 tahun lalu......dan itulah sebab ALLAH rahmati negara Singapura dengan Kemewahan hidup dan Malaysia dengan Angangan, kemiskinan, sengsarra hidup!!...Faham tak jurang perbezaan ini dan sebabnya sekarang?? Kalau belum maka Balasan yang lagi teruk akan melanda Malaysia tak lama lagi...tunggu yah!!
PM kita ni lebih berlagak sebagai ketua bukan sebagai pemimpin.Sebagai ketua beliau hanya tahu memberi arahan
Kepada orang bawahan atau rakyat tanpa mengambil kira pandangan,permasalahan serta kesukaran mereka.jika beliau merasakan bahawa beliau adalah pemimpin,beliau akan lebih perihatin terhadap rakyat.ibarat seorang bapa yang mempunyai sebuah keluarga yang besar akan berusaha dan berkorban untuk menjamin keselamatan dan kesenangan keluarga.Bapa yang bertanggungjawab rela tidak makan asalkan keluarganya tidak kelaparan tetapi sikap PM dan jemaah menteri adalah sebaliknya.Mereka kekenyangan,rakyat mengikat perut.Mereka hidup bermewah-mewahan sedangkan rakyat disarankan berjimat cermat.Adakalanya kita terfikir,apakah PM dan jemaah menteri ini bersikap seperti sesetengah penjawat awam yang hanya memikirkan soal gaji dan keistimewaan tanpa mengambilkira peranan dan tanggungjawab mereka atau dalam bahasa mudahnya 'janji cukup bulan aku dapat gaji,orang lain pergi mampuslah'...
Pak,
Masalah UMNO dan para pemimpinnya bukan hanya terhad pada kegagalan mengenal pasti kedudukan hujung dan pangkal tugas pemimpin bahkan lebih teruk lagi mereka semua telah secara "bersatu hati" gagal untuk menbezakan diantara perkara yang Halal dan haram. Dan yang memnjejaskan keadaan negara, UMNO juga gagal membezakan kedudukan kerajaan sebagai pengurus sahaja dan bukan pemilik harta benda khazanah negara.
Justeru itu kita dapat melihat para pemimpin UMNO dan para ahli2 UMNO berperangai samseng seolah2 mereka adalah Si Qarun yang menyangka bahawa harta dan kuasa ditangan mereka di Malaysia ini adalah milik mereka sejak azali dan bukannya sebagai pinjaman dari Allah dan bertanggungjawab sebagai pemegang amanah sahaja, bagi pihak rakyat Malaysia.
Najib tergamak menggunakan 100 juta wang rakyat utk melampiaskan nafsu bermegah2nya (tetapi sanggup pula menyusahkan rakyat dgn menaikkan harga petrol dan gula) diiringi oleh pihak UMNO yang bertindak melampau memijak perlembagaan negara dan memperkudakan undang2 negara utk melindungi jenayah rasuah mereka. Ini merupakan bukti yang amat nyata bahawa Najib dan UMNO tidak layak untuk memimpin negara ini samada dari segi hukum agama mahupun undang2 negara.
Adakah kita sebagai orang yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad dan beriman dgn ajarannya MASIH lagi mahu menyokong mereka2 in DEMI Ketuanan Melayu and "Asobiyah" dan membelakangkan agama dan negara? Masih Islam kah kita jika masih lagi menyokong jenayah, penindasan dan kezaliman para pemimpin UMNO ini? Siapakah Nabi kita dan apakah agama kita sebenarnya, wahai orang2 melayu? Jangan nanti bila di alam barzah, lidah kita kelu tanpa jawapan akan pertanyaan malaikat disebabkan kita utamakan kesetiaan parti melebihi hukum agama dan keadilan!
Nick.
Biar sempurna macam mana sekalipun undang-undang digubal dan dipinda jika hanya akan dijadikan pelapik kaki oleh pemimpin, sudah tentu tidak akan menjanjikan keadilan kepada sesiapa pun didunia ini.
SPRM kata bidang kuasanya hanya lah menyiasat sesuatu kes rasuah atau salah kuasa & kemudian menyerahkan fail siasatan kepada pihak lain utk tujuan pendakwaan. Dan, SPRM kata banyak kes2 telah disiasat & diambil tindakan. Kalau menyiasat sesuatu kes, tentu ada kos & byak kos yg terlibat. Sudah tentu kos ini duit rakyat. Ish ish ish.... Kemane pulak lesapnya fail2 SPRM? Tak kan lah AG pulak yg menyorok fail2!
Mail Kayuh, aku berminat bercakap dgnnya, dia pandai berhujah lebih bijak dari menteri2 Najib yg dikenali kurang cerdik.
Satu hari bertempat di pondok gersang pinggir sawah, aku sengaja menjolok Mail dgn kata2 Melayu semakin maju.
Mail Kayuh tidak bersetuju dgn pendapatku. Lalu menjawab sambil berlalu" Kalau orang Melayu masih mengharap kpd Umno, tunggulah hilanglah Melayu kerana Melayu,"
"Kenapa engkau kata begitu Mail?" tanya saya.
" Selama 25 thn lebih kita merdeka, siapa perintah Melayu? tetapi kita masih ketinggalan" sambil berjalan kearah basikalnya.
"Hey!!! tolong celek sikit, bukan China bukan India perintah kita, Melayu penipu perintah kita" sambil mengayuh laju basikalnya ke arah rumahnya.
Mail meninggalkan aku yang menyebabkan aku tersenyum puas, menandakan Mail Kayuh lebih tahu dan cerdik dari menteri Najib
Post a Comment