Tidak ada lagi kita mendengar
yang baik di sebut oleh masyarakat tentang kerajaan yang ada pada hari ini.
Tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sekarang ini adalah
pilihan rakyat. Rakyat yang mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana parti dan
kerajaan yang lebih mantap dari yang ada, tetapi kenapa kerajaan itu tidak juga
berubah sampai kehari ini. Sejak merdeka sampai kehari ini kita ditadbir oleh
Perikatan dan selepasnya ditukar nama ke BN dengan jumlah keahlian parti yang
lebih besar di dalam ‘coalition’ BN itu.
Dalam dua pilihanraya yang lepas
kalau di pandang dari sudut kemampuan BN, pihak pembangkang sudah sepatutnya
menjadi pengganti kepada BN yang dianggap seperti parti yang tidak relevan
kepada rakyat dan negara. tetapi akhirnya BN tetap mendapat perhatian dan
diberi kuasa untuk menjaga mandat rakyat walaupun ramai yang amat menyesali
keadaan ini berlaku.
Bagi saya keadaan dan sistem yang
telah kita guna pakai membuatkan UMNO itu susah hendak di ketepikan. Apa
tidaknya? Dalam seburuk-buruk keadaan, UMNO tetap sebuah parti yang akan
memenangi kerusi terbanyak walaupun BN itu kalah dalam pilihanraya. Tidak ada
satu parti dalam Pakatan akan berjaya memenangi setidak-tidaknya satu kerusi
lebih dari UMNO.
Maka UMNO akan tetap di berikan
peluang untuk membentuk kerajaan. Mungkin keaadaan ini lah yang menyebabkan
UMNO begitu lalai dan tidak mahu berubah walaupun berjanji untuk berubah setiap
kali parti itu mengadakan perhimpunan agung.
UMNO terlalu lalai dalam semua perkara sehinggakan tidak ada pucuk
pimpinan sejak tahun lapan puluhan dahulu berusaha untuk mendidik kepimpinan
yang baik dalam parti itu.
Hasil dari keengganan untuk
berubah dengan jujur maka UMNO sudah tidak lagi memahami segala-galanya walaupun
dalam keadaan dan sistem politik dinegara ini parti itu akan tetap menjadi
parti yang memenangi jumlah kerusi yang lebih dari mana-mana parti samada dalam
BN mahupun dalam Pakatan Rakyat. Maka jelas sistem yang ada kini telah
mengorbankan rakyat yang tidak dapat pimpinan yang berusaha untuk kebaikan dan
terpaksa duduk dalam tekanan jiwa yang begitu hebat sekali.
Najib dan kerajaan kini sudah
tidak tahu lagi apa yang baik yang hendak dibuatnya. Saya percaya, baik Najib
mahu pun Muhyiddin dan lain-lain, ingin melakukan kebaikan, tetapi mereka tidak
tahu apa kah kebaikan hendak dilakukan selari dengan kehendak politik dan
negara semasa. Mereka sudah tidak tahu mengenali yang mana satu yang baik dan
yang buruk. Itu sebabnya kita melihat dan mendengar banyak perkara yang
dilakukan mereka walaupun untuk kebaikan tetapi hasilnya tidak nampak perkara
yang baik berlaku.
Hasilnya berlakulah polimik
politik di serata tempat tidak kira dikedai kopi atau di masjid dan surau. Kita
pun tahu oleh kerana perubahan itu hanya boleh dilakukan oleh kerajaan jika
pemimpin tahu apa dan cara untuk berubah itu. Maka tidak henti-hentilah rakyat
ramai berpolimik dan berbahas sesama sendiri yang tidak membawa apa-apa hasil
kepada negara. Oleh kerana masing-masing tidak tahu masalah sebenar maka
perbahasan tidak tepat dan sentiasa lari dari isu sebenar yang mereka tidak
memahaminya.
Buatlah pemilihan setiap bulan
untuk UMNO ini, keadaan tetap tidak berubah, kerana yang mengganti, yang ada
pun tidak faham apa yang hendak diubahnya. Tetapi ia tetap berlaku kempen-mengempen
diantara puak-puak dalam UMNO itu kerana mereka lebih mengejar kepentingan diri
dan politik keluarga masing-masing. Mereka masih menganggap memegang jawatan
yang besar dan glamor itu adalah ‘ultimate’ bagi mereka, tidak kira dari pihak
kerajaan dan pembangkang.
Oleh kerana perubahan tidak juga
akan berlaku jika diubah dan dianjak pimpinan dan parti mereka, maka inilah
yang membuatkan UMNO itu tetap menjadi parti yang memenangi kerusi terbanyak
dalam mana-mana pilihanraya umum di negara ini.
Bagi saya sekarang ini realiti
politik itu wajar diterima tanpa prejudis terhadap mana-mana parti dan pihak.
Tidak ada pihak yang boleh membetulkan keadaan hari ini. Contohnya jika kita
mahu menyelesaikan masalah perkauman, kita perlu memilih DAP sebagai alternatifnya
tetapi hasilnya DAP tetap dengan kecinaannya. Maka tidak wajar kita memilih
mana-mana pihak yang lain jika kita tahu masalah yang dicontohkan sekarang,
iaitu perkauman tidak dapat diselesaikan oleh parti-parti alternatif. Tidak
akan ada pihak yang mahu mengalih dan menganjak yang ada jika yang
menggantikannya itu tidak juga dapat menyelesaikan isu pokok dalam negara iaitu
perpaduan kaum.
Blog ini selalu memberikan ‘input’
tentang apa masalah yang ada. Itu sebabnya blog ini percaya agar dimulakan
negara baru dan memberikan seorang yang berpengalaman untuk menerajui dialog
diantara semua kaum dan mengambil serius tentang perpaduan kaum yang sedang
menjadi masalah besar kepada kita sekarang ini.
Kita perlu mengakui, apa yang
sedang berlaku dalam parti UMNO saat ini semata-mata politiking yang besar
dalam mana pihak-pihak yang terlibat sedang berusaha untuk mengelirukan
pimpinan-pimpinan yang sedang berusaha untuk menaiki tangga dan tahap
kepimpinan dalam parti. Entah siapa yang memerangkap dan siapa yang
terperangkap dan permainan setiap pemimpin yang memegang jawatan penting dalam
UMNO itu.
Struktur asas UMNO dan kepimpinannya
wajar dilakukan dalam masa yang terdekat jika tidak mahu melihat kebinasaan
kepada UMNO. Banyak orang berkata hendak berbuat baik itu susah, tetapi jika
pimpinan besar UMNO menerima hakikat yang pengorbanan terhadap kepentingan
peribadi mereka itu juga merupakan kerja baik terhadap negara. Terlalu banyak
di sebut oleh rakyat tentang kelemahan Najib dan Muhyiddin.
Tetapi jika Najib benar-benar
mahukan berbuat jasa kepada negara, beliau sepatutnya melakukan tindakan yang
‘unorthodox’ dengan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang boleh berbuat
kebaikan dan perubahan. Jika Najib melakukan perkara ini maka beliau akan
dianggap sebagai penyumbang besar keada kepentingan negara dengan pengorbanan
yang benar dan jelas yang dilakukan dihadapan mata rakyat yang ramai.
Bagi seorang pemimpin utama yang
tidak berjaya membuat kebaikan, kelemahan ini akan dapat ditutupi dengan
mengaku kelemahan dan menyerahkan kuasa untuk pembaikan negara itu kepada
sesiapa yang berkemampuan. Orang ramai tidak akan mengambilnya sebagai
kekalahan, tetapi sebaliknya rakyat akan menerima pimpinan yang sebegini
sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kerana memberikan kepimpinan itu kepada
mereka yang lebih berkelayakan. Itu merupakan sumbangan besar kepada negara dan
akan dikenang rakyat buat selama-lamanya.
7 comments:
Terimalsh hakikat...BN rules..ok..jangan mare..nanti cepat tua
Sebaik2 perubahan, tingkahlaku.
Seburuk2 perangai, menipu.
Sejelek2 ucapan, mengampu.
Sehebat2 UMNO,merayu.
Sekuat2 Melayu, kena tipu.
Seangkuh2 menteri, merapu.
Pak Aspan, kebyakan org Melayu pertengahan dah mual dan bosan dgn gelagat pemimpin umno. Hanya org kg saja yg memuji Najib. Mcm mane si Najib nak buat national recon kalau org bukan Melayu tak due respect kpd pemimpin umno yg perasuah? Berapa ramai perasuah dilantik jadi memimpin organisasi itu dan ini? Najib tak kan turun kerana dia sendiri leka dan kena kelentong org kiri kanannya. Najib hanya akan turun kalau penyokongnya menjadi belot!!
kalau najib pencen sapo nak ganti? kan semua pemimpin tu pelapik, hanya sorang jer yg pelapis..habis?
Salam Tuan.Massalahnya Najid nak serahkan kepada siapa kuasa memimpin mengantikan beliau?.Kalau nak harapkan Muhyidin,rasanya lagi teruk dari najib.Unless ada pemimpin muda yg boleh mengantikan mereka.Mungkin UMNO akan berubah.
Pak Aspan
Hanya seorang sahaja dari UMNO yang mampu menggantikan Najib. Nama beliau ialah YM Tengku Razaleigh Hamzah.
Utk menjaga imej UMNO orangnya juga patut ambil alih pimpinan Negara. Saya setuju jika Ku Li di beri satu jangka masa 4-5 thn utk peralihan cara pentadbiran Negara ikut persepsi beliau.
Pru 14 nanti bolehlah rakyat pilih parti beliau atau PR.
Nas
Post a Comment