Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim
berkata di Seberang Jaya dua hari lepas yang beliau telah memberikan arahan
kepada MB baru Azmin Ali, untuk membongkar semua perjanjian dan projek yang diluluskan oleh TS Khalid Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor
dahulu.
PKR akan membongkar semua nama-nama yang mendapat keuntungan dari semua projek kendalian Khalid Ibrahim dahulu kerana beliau mahu mempertahankan yang rakyat Selangor tidak tertipu dengan perbuatan bekas Menteri Besar yang beliau sendiri mencadangkan dahulu.
PKR akan membongkar semua nama-nama yang mendapat keuntungan dari semua projek kendalian Khalid Ibrahim dahulu kerana beliau mahu mempertahankan yang rakyat Selangor tidak tertipu dengan perbuatan bekas Menteri Besar yang beliau sendiri mencadangkan dahulu.
Di antara yang akan dibongkarkan
ialah projek Kidex, Perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan serta pembinaan
projek Langat 2. Beliau berkata setelah rakyat tahu keadaan sebenarnya baru lah
mereka faham kenapa PKR membuat ‘initiative’ Langkah Kajang dahulu.
Kenyataan Anwar ini merupakan
satu kenyataan untuk membina satu alasan yang kukuh untuknya bagi memberitahu
rakyat Selangor kenapa beliau bertindak mengadakan 'Langkah Kajang' dahulu untuk
menutup keaiban politik yang beliau telah lakukan terhadap Khalid. Khalid pula tidak
mahu tunduk terhadap tekanan terhadap beliau untuk berhenti dan memberikan kerusi
Menteri Besar itu kepada beliau atau isterinya sendiri.
Anwar sebenarnya telah memberikan
gambaran yang sekarang beliau berpuas hati dengan perlantikan Azmin itu,
walaupun Azmin tidak pernah dicalonkan oleh beliau atau PKR untuk mengganti dan
mengambil alih Khalid Ibrahim.
Dalam reaksinya Khalid Ibrahim
mengalu-alukan sesiapa atau mana-mana pihak termasuk SPRM untuk melakukan
penyiasatan keatas beliau dalam semua yang beliau luluskan semasa menjadi
Menteri Besar dan peguam beliau akan membuat kenyataan apabila sampai waktu
dan masanya nanti. Pendeknya Anwar telah memberikan isyarat yang beliau akan
mengarahkan Azmin untuk melakukan pembedahan terhadap pentadbiran TS Khalid
Ibrahim dahulu.
Kenyataan beliau (Anwar) itu
memberikan kefahaman yang beliau sedang berkuasa di Selangor dan Azmin itu
hanyalah Menteri Besar yang beliau boleh kuasai dan tentukan hala tuju
pentadbiran Selangor itu. Beliau memberitahu kita yang Azmin itu hanyalah
‘conduit’ kepada kehendak beliau sahaja. Ia juga memberitahu Khalid yang jika
beliau bersetuju untuk menjadi ‘conduit’ beliau dahulu, Khalid mungkin tidak
akan di ambil tindakan ke atas nya.
Isu ini akan menjadi
‘interesting’ dan kita mahu melihat sejauh mana isu ini akan berpanjangan
kerana Khalid memberikan ‘welcoming reaction’ terhadap kenyataan Anwar itu.
Siapa pun boleh menyiasat beliau termasuk SPRM, kata Khalid.
Bagi saya Anwar boleh lakukan
penyiasatan terhadap segala yang dilakukan oleh Khalid jika ia diperlukan dan
boleh memberitahu hasil penyiasatan beliau terhadap ‘salah laku’ bekas MB itu.
Semuanya terbuka untuk disiasat seperti penyiasatan yang dilakukan terhadap
beliau dalam isu sodomi beliau yang berturut kali itu. Kita perlu ingat yang
Anwar sendiri telah disiasat dan telah terbukti bersalah di atas tuduhan sodomi
itu. Sekarang beliau sedang berhadapan dengan perbicaraan di Mahkamah
Persekutuan pada 28 dan 29 haribulan Oktober nanti.
Jika Khalid di dapati bersalah
maka beliau akan menerima hukuman dari undang-undang seperti Anwar yang telah
dihukum oleh undang-undang apabila tersabit kesalahan beliau dalam isu sodomi
itu. Melakukan sodomi itu jika tidak lebih besar ia setara dengan kesalahan
rasuah dalam kepimpinan negeri dan negara. Buat masa ini Anwar telah didapati
bersalah tetapi Khalid belum lagi bersalah kerana penyiasatan belum pun
bermula.
Tidak semua manusia boleh
dikelirukan oleh sesiapa sekarang ini. Masa dan zaman sekarang tidak lagi
sesuai untuk mengelirukan sesiapa oleh sesiapa. Ramai yang mempunyai
‘apprehension’ untuk memberikan sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat kerana
mereka tidak mahu melihat Anwar terus menerus mengelirukan rakyat.
Kita tunggu apa kesudahan kes
rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan dan beliau elok menumpukan masa untuk
menjaga kesnya yang bakal tiba itu dari memberikan tumpuan untuk menuduh orang
lain salah mentadbir negeri Selangor. Isu yang beliau hadapi sekarang ini lebih
besar dari isu yang akan dihadapi oleh Khalid jika benar Khalid ada melakukan
kesilapan dan kesalahan.
Jika keputusan Mahkamah Rayuan
itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan maka Anwar tidak boleh lagi dijadikan
pemimpin yang relevan kerana isu moral seperti ini tidak membolehkan sesiapa
untuk mendekati kepimpinan mana-mana negara sekali pun.
Bagi Azmin, beliau tidak perlu
terburu-buru untuk mendendami Khalid kerana jika salah langkah beliau itu,
padahnya akan datang kepada beliau sendiri kerana Khalid mempunyai banyak ‘positive
traits’ dalam diri beliau. Jika beliau dikorbankan kerana perbezaan pendapat atau kerana
perlumbaan untuk berkuasa suatu hari nanti, kuasa yang ada kepada beliau itu
sendiri akan memakan diri beliau kembali. Semasa itu nanti tidak ada siapa yang akan
bersimpati terhadap beliau malahan rakan-rakan disekeliling beliau sendiri akan
membunuh karier politik beliau itu.
Jangan menjadikan musuh orang
lain sebagai musuh beliau kerana beliau mempunyai peluang yang amat baik untuk
mendapat sokongan dari semua pihak jika beliau berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk
berdendam kerana kuasa politik itu. Azmin mempunyai peluang dan kemudahan untuk
menjadi seorang pemimpin yang 'magnanimous' dan jika peluang ini tidak diambil
kesempatan oleh beliau maka apabila sampai masanya nanti kita sendiri akan melihat apa yang akan terjadi kepada beliau.
Yang penting Azmin perlu
mengambil sikap sebagai bapa kepada semua. 'Tampal segala yang koyak dan sambung
segala yang putus'. Akhirnya nanti semua yang berpecah akan bertaut dan itulah sebersih bersih nama bagi Azmin tinggalkan dalam sejarah politik beliau.
Seperti perlumbaan seratus meter,
bagaimana kita memulakan larian itu tidak penting. Yang penting kita sampai ke
garisan penamat dengan berjaya. Dalam kehidupan kita, apa-apa kebaikan dan
ubudiah kita itu adalah untuk saat kita diakhir hayat kita nanti, kita dihormati
oleh masyarakat dan jiran tetangga kita.
Akhirnya kita akan mati dalam
kalimah. Semua kerja baik itu adalah untuk mati dalam kalimah semasa akhir
kalam kita nanti. Untuk itu satukan semua pihak, yang terpenting sekali
ialah untuk mentautkan tiga tonggak utama dalam mentadbir sesebuah negeri yang
berdaulat, iaitu Institusi Raja, Institusi Legislatif serta Eksekutif itu.
Bermaaf-maafan dengan pemimpin
negeri yang lalu adalah sifat terpuji dan mereka yang tidak arif tentang ketuhanan
seperti saya ini pun mengakui yang itu adalah tuntutan yang hak. Tidak perlu
mendengar dan mengangguk dengan bisikan khatir yang sentiasa mahu melihat kamu
dan rakyat serta semua pihak berpecah-belah untuk kepentingan individu yang
lahap dan lapar dengan kuasa itu.
Ramai berada di depan kaca TV
tempoh hari dan semuanya mendengar semua sumpah yang dilafazkan oleh Azmin di
Istana Alam Shah Kelang dipagi Selasa itu.