06 September 2008

Najib berbohong di bulan Ramadhan

Najib hari ini mengakui yang ahli-ahli BNBBC akan ke luar negara untuk lawatan sambil belajar kononnya.

Saya telah mendengar berita ini 2 hari yang lepas dan berita yang saya dengar ialah untuk mengalihkan pandangan ahli-ahli Parlimen daripada direbut oleh pihak pembangkang khususnya PKR.

Kenyataan Najib itu amat membuatkan kita rasa terhina seolah-olah kita ini bodoh macam kambing atau macam lembu.

Kalau benar itu merupakan lawatan sambil belajar, kenapa ahli-ahli Parlimen hanya diberitahu pada hari Rabu di sebelah malam sahaja.

Seperkara lagi yang meragukan ialah, hingga ke saat saya menulis ini belum pun tahu ke negara mana lawatan sambil belajar itu diadakan.

Apakah itinerary lawatan tersebut dan yang lebih membuatkan kita rasa diperbodohkan ialah kenapalah lawatan tersebut diadakan pada bulan Ramadhan.

Tidak ada waktu lainkah hendak mengadakan lawatan tersebut? Tidak bolehkah lawatan itu diadakan pada bulan lain selain daripada bulan Ramadhan?

Kenapa lawatan itu ditetapkan pada 7hb hingga 16hb sahaja? Bagaimana boleh ditentukan jumlah hari lawatan sedangkan isi kandungan lawatan itu belum pun dilengkapkan?

Kalau inilah rupanya cara mereka membelanjakan wang rakyat maka tidaklah boleh disalahkan rakyat lagi jika tidak mahu menyokong UMNO.

Dengar perkhabaran yang terakhir lawatan ini adalah wajib disertai oleh ahli-ahli Parlimen.

Apa pun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan ianya tetap tidak dapat diterima oleh rakyat.

Mahal sungguh harganya untuk kekal berkuasa dan semuanya adalah tanggungan rakyat yang rata-rata hidup dalam keadaan tertekan.

Kita tidak habis-habis dibohongi oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri.

Kalau hendak berbohong pun janganlah nampak sangat…elok dibentuk sifat malu sikit-sikit Dato’ Seri! Jangan bikin malu pada diri sendirilah…cukup-cukuplah berbohong tu!

Di bawah ini ramai yang ketawa kerana bohong Dato' Seri itu sangat melucukan.

Inikah cara Dato’ Seri kalau nak berbohong dengan Datin Seri? Kalau inilah caranya mudah Datin Seri tangkap nanti! Gagap nanti! Hehehe! Lawak betul! Kelakar!!!

Macam lawak Hamid Gurkha! Jangan bohong Dato’ Seri…nanti batal puasa!!


Sekian…………………………Aspan Alias

05 September 2008

UMNO keseorangan?

Angin bertiup kencang tentang kemungkinan ada parti komponen akan bertindak meninggalkan BN yang sudah berusia 24 tahun ini.

Kalau benar ini berlaku adakah ianya mengejutkan kita semua? Jawapannya tentulah TIDAK.

Jika ahli-ahli UMNO sendiri tidak ada segan silu untuk mengundi dan menyokong parti-parti pembangkang terang-terangan masakan manusia yang tidak menganggotai UMNO berasa serba-salah untuk meninggalkan gagasan kita.

Jika orang-orang Melayu sendiri tidak mahu lagi menyokong kita bagaimana kita hendak mendapat sokongan daripada orang Cina dan India?

Mereka nampak yang pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sanggup melihat partinya tergolek masakan bisa kita harapkan bangsa lain untuk menyelamatkan kita.

Ramai berpendapat yang UMNO akan hancur lebur dalam pilihanraya yang akan datang dan ini adalah juga pendapat rakan-rakan kita daripada bangsa asing dalam komponen BN.

Jika itu keadaannya masakan mereka ingin melihat parti mereka turut hancur oleh kerana kelemahan UMNO, dan malahan mereka telah pun membuat kenyataan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab atas kekalahan BN dalam banyak kawasan.

Mereka telah lama melihat sikap dan perangai kita yang tidak dihormati oleh banyak pihak, tentulah mereka mahu menyelamatkan parti mereka daripada terhumban jauh bersama kita.

Abdullah dan Najib telah puluhan kali membuat kenyataan untuk memperkasakan parti kita, tetapi bagaimana ianya boleh dilakukan kerana yang berjanji itu adalah mereka yang telah hilang kredibiliti mereka secara total.

Hanya mereka yang kekurangan kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menerima dan percaya pada janji-janji yang mereka sendiri tidak faham tentang perjuangan mereka.

Mahu tidak mahu kita wajib menolak Abdullah dan Najib kerana mereka inilah yang membawa masalah kepada negara.

Parti-parti komponen melihat kepimpinan UMNO tidak mempunyai kredibiliti dan menganggap pemimpin-pemimpin UMNO sebagai liability sedangkan mereka menyertai BN dahulu adalah kerana kekuatan UMNO dan perjuangan Melayu yang begitu kuat semasa itu.

Percayalah, selagi UMNO dipimpin oleh mereka berdua ini, selagi itulah usaha untuk memperkuatkan UMNO dan mengekalkan kerjasama antara parti-parti komponen tidak akan dapat dilakukan.

Kalau Abdullah dan Najib terus kekal dalam pimpinan kita, ada dua badai yang akan melanda kita: Pertamanya kita akan kalah dalam PU13 nanti dan kita akan menjadi parti pembangkang yang lemah.

Keduanya, bangsa Melayu akan hilang identitinya. Apabila kita hilang identiti maka kita akan hilang segalanya.

Kita akan hilang Raja-raja Melayu, kita akan hilang negara kita dan kita tidak akan dipandang lagi oleh mana-mana bangsa di dunia ini.

Walaupun Melayu tidak akan hilang di dunia ini, tetapi saya khuatir MELAYU AKAN HILANG DUNIANYA.


Sekian……………………………Aspan Alias

04 September 2008

Khabar angin subur, kerajaan bertambah lemah

Isu 16 September yang dikatakan hari Anwar akan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat pusat, kencang bertiup di mana-mana di seluruh negara.

Kita tidak putus-putus diselubungi oleh berita-berita yang belum tentu kesahihannya dan ini melumpuhkan semangat rakyat yang sudah mual dengan cerita-cerita politik yang tidak keruan…dan ini benar-benar membawa ketidakstabilan kepada negara.

Orang ramai tidak mempersoalkan samada cerita Anwar ini betul atau tidak; yang saya persoalkan ialah khabar angin ini hanya bertiup kencang jika tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan itu terlalu rendah.

Sebaliknya jika kerajaan itu diyakini sepenuhnya oleh rakyatnya maka khabar-khabar angin seperti ini tidak akan begitu mudah merebak ke seluruh negara.

Orang ramai percaya banyak lagi cerita yang tidak tentu salah benarnya akan tersebar dan ini akan meruntuhkan kerajaan dengan kadar yang sangat cepat.

Contohnya jika seorang anak gadis kelihatan selalu memakai pakaian yang membuka auratnya dan selalu pula berpoya-poya dengan lelaki maka khabar angin yang mengatakan gadis ini dirogol sangat mudah dipercayai.

Itulah sebabnya jutaan rakyat termasuk saya sendiri telah meleter supaya Abdullah dan Najib berundur secara terhormat supaya tidak mudah elemen-elemen yang buruk boleh masuk ke dalam pemikiran rakyat.

Tetapi malangnya kedua-dua pemimpin yang lemah ini telah berpakat untuk mengadakan pelan peralihan kuasa yang karut-marut itu.

Bagaimana rakyat dapat memberikan keyakinan jika kuasa dipindahkan daripada seorang yang lemah kepada seorang yang fasik.

Lagi pula, bila pula masanya ahli-ahli UMNO dapat menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih pemimpin yang mereka yakini?

Pemimpin-pemimpin hari ini tidak ada tugas lain, selain daripada mengelirukan rakyat yang sudah begitu jemu melihat pemimpin-pemimpin yang jumud dan tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada rakyat yang mereka pimpin.

Saya hanya dapat memadankan muka-muka mereka yang mengangkat dan menyokong pemimpin-pemimpin ini sehingga mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang tidak pernah layak untuk duduk di tempat yang sangat panas itu.

Selagi pemimpin-pemimpin kita tidak faham tentang masalah yang dihadapi, selagi itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan.

Bagaimana Abdullah dan Najib hendak menyelesaikan masalah sedangkan mereka tidak tahu apa masalah yang ada di hadapan mereka.

Itu sebabnya mereka mesti meletakkan jawatan…jika boleh hari ini juga.


Sekian……………………Aspan Alias

02 September 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Today is the second day of Ramadhan Al-Mubarak, the holiest month for us Muslims.

It’s the month of sacrifice; to sacrifice all our unreligious obsessions and greeds for the sake of Allah and the month where Muslims are urged to intensify their prayers and submissions to God the Almighty.

Ramadhan is also the month when all Muslims like us are encouraged to work out introspections to ourselves and to repent, for all misdeeds we commit especially towards fellow human beings irrespective of race and religious faith.

To the fortunate this is also the month to pay tithes to the poor as we Muslims believe what we earn and secure are not necessarily all for us.

We believe we are just the medium of God to dispense some to the needy and those who within the Asnaf, who are fit to receive assistance.

I hope the sense of sacrifice should be inspired and practiced by our big UMNO leaders and do the sacrifices, may be by resigning and withdrawing from positions which have been their important tools to vandalize our beloved party.

Conversely, some may have to be brave enough to go head on with these obstinate leaders for the sake of the country and the people and this is also part of the sacrifices a good Muslim can do in this month of Ramadhan.

The War of Uhud and many other wars in Islam happened in this month of Ramadhan and there were many and numerous incidences in history of our religion where important going-ons were in this holy month.

Changing for the better would be done in this month of mubarak as the long history of Islam have proven to everyone that drastic changes happened in the month of Ramadhan.

I do hope and pray that the actual changes in our leadership should at least start to move within this holy month and we can joyously celebrate the Hari Raya Aidilfitri…hopefully and God willing.


Thanks …………………….Aspan Alias