30 April 2011

Hari kiamat sudah hampir : Dalil-dalilnya semakin jelas

Situasi politik negara semakin bergelora. Bermacam-macam isu yang berbangkit dan tidak ada tanda-tanda politik akan kembali berada di dalam keadaan ‘civil’ seperti yang kita lihat di negara-negara maju. Benar, tidak ada permainan politik yang bersih dan suci, tetapi tahapnya biarlah berpadanan dan ada sedikit ‘civility’ di dalam menguruskan perbezaan di antara pihak yang berbalah.

Perkara yang amat membimbangkan ialah permainan isu perkauman yang begitu tidak terkawal. Semakin hampir pilihanraya semakain panas isu yang dimainkan oleh pihak yang ingin mengekalkan kuasa yang selama ini dinikmati mereka. Untuk bercerai dengan kuasa itu peritnya seperti hendak memisahkan kulit dengan daging.

Sebenarnya yang merasakan peritnya dalam keadaan hari ini ialah pihak BN yang telah berkuasa sejak merdeka. Bagi parti-parti pembangkang mereka sudah merasakan keperitannya sejak lebih dari 5 dekad dahulu. Bukan sedikit pengorbanan pemimpin-pemimpin pembangkang ini dan ramai di antara pemimpin mereka telah meninggalkan kita secara ‘unceremonious’ dan tidak pun sempat melihat apa yang telah dicapai oleh parti-parti itu sekarang.

Keperitan itu pula sudah mula dirasakan oleh pihak parti-parti yang memerintah dan telah pun mengalami kekalahan di baberapa buah negeri kepada parti pembangkang. Apabila pembangkang berjaya mendapatkan kuasa secara demokratik maka BN telah mengelabah sehinggakan pemimpin-pemimpin yang sudah terlalu biasa dengan keenakan berkuasa begitu carca marba pandangan mereka.

Perlakuan mereka seolah-olah seperti hendak menghadapi hari kiamat. Di akhir umur dan usia dunia ini nanti memang manusia itu akan berada di dalam keadaan serba keliru. Apabila matahari sudah terbit dari barat segala itu merupakan tanda dunia telah terlalu hampir kepada kehancuran. Kalau hendak perbaiki keadaan kita jangan ditunggu matahari terbit dari barat.

Semasa itu tidak ada apa yang kita lakukan akan berdasarkan kepada rasional yang baik. Masing-masing menumpukan kepada usaha untuk menyelamatkan diri sahaja. Tetapi kiamat akan datang juga dan tidak lagi dapat dielakkan. Hendak berbuat baik pun sudah terlambat. Semuanya akan hancur dan binasa.

Tetapi kalau dikaji dari segi hakikinya sekarang ini pun banyak perkara yang melambangkan elemen terbalik sudah pun berlaku, ibarat matahari yang terbit dari barat.

Di dalam kitab-kitab dan ajaran ahli-ahli agama yang muktabar dalil-dalil kiamat itu sudah banyak kita lihat secara terang dan kesemuanya terbalik dari norma kehidupan biasa. Kaum lekaki (kaum Adam) di turunkan untuk menguasai pimpinan, kerana Hawa itu dilahirkan dari rusuk kiri Adam untuk di bimbang oleh Adam dan bukan untuk membimbing.

Hawa tidak dijadikan dari kepala Adam untuk dijunjung dan tidak pula dilahirkan dari kaki Adam untuk dijadikan pengalas. Hawa dijadikan dari rusuk kiri nya untuk dikasihi dan dibelai dan memahami masalah yang dihadapi oleh Adam.

Tetapi sekarang ini ramai kaum Hawa yang sudah berkuasa di sebalik dan belakang Adam. Hawa sangat berpengaruh dan ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkan laba dari pengaruh Hawa itu. Hawa sangat digeruni oleh banyak pihak. Jika Hawa tidak bersetuju maka Adam tidak akan mampu untuk membuat keputusan jika keputusan itu tidak digemari oleh Hawa. Sampan sudah dikayuh dari belakang.

Keadaan yang terbalik dari norma-norma kehidupan yang biasa tidak lagi susah untuk dilihat dalam kehidupan seharian kita. Ahli Agama yang muktabar selalu mengingatkan kita yang perkara-perkara yang ganjil yang berlaku tidak lagi dianggap ganjil di akhir zaman. Yang bathil nampak betul dan diterima umum sedangkan yang baik dianggap tidak baik dan ditolak oleh ramai.

Pengkhianat seperti perasuah dihormati dan dipertahankan sedangkan pihak yang cuba untuk keluar dari puak pembawa dalil ini akan di hina dan dinesta dan diketepikan oleh masyarakat akhir zaman. Tidak banyak orang tahu yang pembawa dalil ini ialah pembawa dosa kerana ianya bertentangan dengan kehendak syariat dan etika manusia yang beragama. Tetapi isu itu sudah menjadi perkara biasa dan tidak dianggap sebagai salah lagi.

Tetapi Tuhan juga berfirman yang dunia tidak akan kiamat selagi masih ada manusia yang berzikir kepadaNya walaupun seorang. Tetapi kepada mereka yang masih berzikir dan mengingatiNya dalam erti kata yang sebenarnya, mereka selalunya akan dihimpit oleh kebanyakan yang telah membudayakan kerja yang bertentangan dengan kehendakNya.

Tetapi yang salah sangat susah untuk dikesan kerana kesalahan itu sudah dibudayakan di dalam kehidupan ramai. Orang ramai lebih suka memberikan dokongan kepada pihak yang menipu dan membohongi mereka. Malahan jika kita membongkarnya mereka akan menuduh kita pula yang termakan bohongan pihak yang memusuhi mereka.

Ada orang yang sanggup melakukan sumpah laknat untuk meyakinkan keaiban yang dia sendiri berada dilokasi semasa berlakunya perkara yang aib itu dan dia berasa bangga kerana berjaya membongkar keaiban itu. Entah mana ilmu yang dia belajar saya pun tidak tahu.

Tuhan yang sentiasa menutupi aib umatnya tetapi umatnya pula yang sanggup bersumpah untuk meyakinkan yang dia bersama dengan orang lain yang dituduhnya melakukan keaiban itu. Semakin hari manusia semakin keliru dan menggunakan Agama untuk mengeluarkan keaiban orang lain dengan mengaku dia berada bersama semasa aib itu dilakukan.

Kerana apa ada orang yang sanggup melakukannya? Kenapa semasa bersama perkara itu ditutupi dan apabila tidak mendapat kerja sama untuk membolehkan mendapat laba maka segala keaiban yang di lakukan bersama itu dihebohkan.

Saya tidak tahu apa agama anutan orang ini, tetapi agama anutan saya menegah mengaibkan orang lain jika keaiban itu dilakukan di sebalik tabir yang terlindung.

Dosa tetap dosa. Biarlah penentuan itu berada di antara pelaku keiban itu dengan Tuhan sahaja. Kalau keaiban itu dilakukan di tempat yang terang barulah kita berwajib untuk melakukan tindakan seperti yang di lakukan oleh ‘ada orang itu’.

Tetapi apakan daya, ramai di antara kita berbangga untuk menjadi pembawa dalil hari kiamat itu dan mereka ini adalah di antara yang bergelar dan bernama. Itu piihan masing-masing.

27 April 2011

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara

Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak, PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukkan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin daripada PAS.

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik kotor dan mengambil alih pentadbiran negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti ‘multi-racial’ yang didominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara ‘real’ bahawa parti itu merupakan parti ‘multi-racial’. Jika DAP meletakkan calon Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang dilakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Vellu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya, orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukkan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan ‘soul-searching’ dan belum lagi menampakan ‘urgency’ untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan ‘dispositon’ sebagai peneraju kepada politik negara. Sebagai tunjang, pemimpin Melayu mesti menunjukkan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimen racist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.

Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.

Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada parti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai.

Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan.

26 April 2011

Betulkah BN sudah sembuh dari sakit? - Kalau betul baguslah

Bidasan pemimpin UMNO dan Perkasa terhadap MCA nampaknya bertambah ketara. Sebelum ini SPDP Sarawak meminta MCA jangan campur hal Sarawak. Beberapa ketika dahulu MCA bidas perkasa dan menganggap NGO politik Ibrahim Ali itu sebagai badan yang rasis. MCA seolah-olah parti gila talak. UMNO sudah lama menghadapi penyakit ini dan yang paling nyata ialah apabila orang Melayu sedang memandang PAS sebagai gantian kepada parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu.

Sekarang apa yang dinyanyikan oleh MCA, UMNO dan Perkasa tidak selunak dahulu kerana irama dan lagunya tidak seimbang lagi. MCA dalam erti kata hakikinya sudah tidak berapa seronok dengan UMNO tetapi apakan daya, parti itu mengharapkan UMNO untuk menjadi ‘defender’ nya di dalam situasi politik yang tidak menentu bagi parti itu sekarang.

Bagi MCA keadaan mereka ibarat sedang memegang ubi kentang yang panas, Sekejap dilepaskan, sekejap lagi dipegang. Bangsa Cina sudah beransur-ansur melupakannya dan orang Melayu pula sudah tidak percaya kepada MCA kerana sifat chauvinistik pemimpin-pemimpinnya. UMNO pula sibuk dengan masalahnya sendiri. UMNO nampaknya sudah tidak mampu untuk mengawal keadaan di dalam komponen BN itu sendiri.

Dalam pada itu orang Melayu sendiri telah ramai yang memalingkan muka mereka dari UMNO dan memandang PAS sebagai pilihan yang terhampir dengan mereka. Jalan yang paling mudah bagi UMNO dan BN untuk menutupi kelemahan mereka ialah dengan menuduh pihak lain sebagi rasis dan berbagai-bagai ‘superlatives’ yang lain yang dicopkan kepada pihak pembangkang.

Pihak pembangkang pula nampaknya ‘relaxed’ dan tidak mudah melatah. Memang pun sudah menjadi perkara yang hakiki yang akan menempa kejayaan ialah pihak yang tidak mengelabah apabila menghadapi dugaan penolakan orang ramai. Memang Tuhan pun jelas menunjukan kepada umat manusia ciptaannya hanya orang yang aman sahaja yang mudah di buka hijabnya.

Orang yang mengelabah tidak mudah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pihak yang mengalabah selalunya tidak akan membuat keputusan dengan baik. Banyak elemen-elemaen negatif yang bersifat maknawi selalunya akan memperngaruhi mereka yang mengelabah itu untuk membuat keputusan yang salah. Elemen-elemen itu bersukaria apabila puak yang di sesatkannya itu mengikut kehendak mereka supaya manusia menjauhi dari membuat keputusan yang baik dan benar.

Nun di Sabah keadaan tidak seindah yang kita nampak secara zahirnya. Rakyat Sabah sedang meneliti segala apa yang sedang berlaku di dalam parameter politik negeri itu. Musa Aman sedang hangat diperkatan dengan terlalu banyak isu-isu sensitif terhadap UMNO/BN di Sabah, lebih-lebih lagi tentang isu peribadi beliau yang bermacam-macam yang pasti akan menjadi isu hangat di dalam pilihanraya yang akan datang.

Perpecahan di kalangan parti-parti komponen pula di tokok dan di tambah dengan masalah ‘intra-party’ yang didahapi oleh parti-parti dalam komponen itu sendiri.

UMNO di dalam banyak bahagian-bahagian pula sedng menhgadapi ketandusan pimpinan kserana yang berjaya menduduki barisan kepimpinan di bahagian-nahagian itu terdiri dari mereka yang terpilih secara ‘illegitimate’ selalunya kerana pemainan politik ‘patronage’ yang di lakukan oleh MB-MB yang mengetuai Badan Perhubungan UMNO itu sendiri.

Pengerusi Badan-Badan Perhubungan selalunya masuk campur di dalam pemilihan bahagian dan selalunya mereka yang di sokong oleh Badan Perhubungan itu tidak bersesuaian dengan kehendak ahli di Bahagian-bahagian.

Jika seseorang pemimpin yang popular di bahagian-bahagian itu cuba mendapatkan kepimpinan bahagian itu mereka ini di anggap sebagai pencabar kepada kepimpinan Perhubungan dan mereka akan menjadi mangsa politik ‘patronage’ dari Perhubungan itu.

Maka kehadapanlah pemimpin yang tidak mendapat sokongan ramai untuk menghadapi pilihanraya umum atau kecil. Sesungguhnya di dalam banyak bahagian yang saya sedikit sebanyak tahu pemimpin yang sebenarnya berada di luar kepimpinan bahagian itu.

Secara tidak di sedari oleh pucuk pimpinan UMNO secara beransur-ansur telah putus ‘connectivity’nya dengan ahli-ahlinya. Kebanyakan cawangan-cawangan hanya ada pada nama tetapi tidak ada kegiatan kemasyarakatan yang di adakan oleh pimpinan cawangan-cawangan itu. UMNO hanya bergayut kepada kuasa kerajaan yang di pimpinnya dan tidak lebih dari itu.

Tetapi kita boleh melihat kemajuan di dalam MIC kerana parti itu lebih pragmatik di dalam usaha memperbaiki keadaan. Sekarang kepimpinan pusat parti itu sedang berusaha keras untuk membawa kembali pemimin dan ahli yang telah di pecat atau meninggalkan parti itu semasa Samy Velu memimpin dengan kuku besinya dahulu.

Sekarang ini di kalangan kaum India tidak banyak lagi kekalutan kerana secara senyap-senyap parti itu telah melakukan transformasinya sendiri tanpa heboh-heboh macam kehebohan pimpinan UMNO dan program jom heboh anjuran TV3.

DAP dan PAS di sebelah pembangkang nampaknya ada ‘connectivity’ yang baik dengan orang ramai.Bermacam-macam tuduhan terhadap saya kerana mengakui sedikit sebanyak tentang apa yang baik yang ada kepada DAP dan juga PAS. Saya dikritik dengan keras oleh beberapa orang walaupun ramai yang menyokong pandangan saya.

DAP walau pun sebuah parti yang sedang berkembang baik parti itu tidak akan mengetuai pimpinan negara seperti yang di takuti oleh sebahagian kecil yang mengelabah tadi. Saya ada kecenderungan untuk menulis alasan saya yang DAP tidak akan menjadi pemerintah negara. Parti itu hanya berkehendakan kepada keadaan siasah yang realistic untuk negara yang dihuni oleh perbagai kaum ini.

Mungkin saya akan memberikan sedikit ulasan pendek tentang isu ini dalam posting saya yang akan datang. Tunggu.

25 April 2011

Siapa yang rasis?

Utusan Malaysia sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.

Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.

Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.

Penubuhan PAS juga adalah didasarkan kepada penyertaan orang-orang Islam dan tidak mengambil kira dari bangsa apa sekali pun, tetapi ianya di dominasi oleh bangsa Melayu sahaja. Sejak merdeka inilah cara dan pattern pengundian yang digalakan oleh Perikatan dan kemudiannya BN. Oleh kerana BN telah menikmati sokongan dari kaum Cina melalui MCA maka isu isu ini tidak timbul isu perkauman sedangkan cara mendapat sokongan itu adalah berasaskan kepada permainan poitik perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini oleh kerana orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap kita maka kita mainkan isu perkauman yang begitu menebal. Kejayaan DAP meraih sokongan itu dikatakan diperolehi dari isu prkauman yang dimainkan oleh DAP, tetapi kita sendiri telah lupa yang sokongan Cina terhadap BN selama ini adalah di asaskan kepada sentimen perkauman itu.

Pihak kita tidak mahu menerima yang kita adalah negara demokrasi. Itulah sebabnya blog ini selalu mencadangkan supaya kita berubah secara radikal dan bermula dari peringkat struktornya. Kita mesti memulakan politik baru seperi pemimpin dahulu melakukannya semasa mencapai kemerdekaan. Untuk melakukan itu ianya mesti ditaja oleh seorang pemimpin yang luar dari barisan kepimpinan hari ini, yang dihormati oleh semua kaum dan pihak. We must start the nation anew.

Barisan kepimpinan hari ini wajar berkorban kerana selagi pimpinan yang ada pada hari ini masih memerintah negara ini maka isu yang hangat ini akan bertambah hangat dan tidak akan ada kesudahannya. Kita selalu membuat komentar tentang politik negara hanya di dalam parameter politik di Semenanjung sahaja sedangkan nun di seberang lautan Cina merupakan wilayah yang mempunyai kuasa politik yang kuat dan bertenaga.

Jika semua pihak mahukan negara ini dalam keadaan aman kita harus mempunyai pemimpin yang berani tetapi di hormati oleh semua pihak. Kita tidak boleh dipimpin oleh mereka yang bermuka-muka kepada kaum-kaum…bercakap lain dan berbeza mengikut kaum apa yang ada di hadapan kita. Saya bukan mempertahankan DAP tetapi di dalam sebuah demokrasi tulin isu membidas parti yang sedang mendapat pengaruh itu adalah tidak betul.

Jika kita mahukan pengaruh kita bertahan setidak-tidaknya, kita wajar melakukan perubahan yang drastik. Jika kita benar sayangkan parti dan kerajaan yang ada mungkin memerlukan pengorbanan. Dahulukan nasib parti dari politik peribadi sendiri. Jangan pula kita lakukan perkara yang tidak bermoral seperti membunuh parti ini lagi semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Cukuplah setakat apa yang telah di lakukan 20 tahun dahulu.

Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita 23 tahun dahulu. Tun Salleh menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.

Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem politik demokrasi telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha kita untuk memperbaikinya.

Selalunya jika pihak yang takut kepada kekalahan, kekalahan itulah yang akan tiba. Kalau sebuah busut itu dianggap berhantu suatu hari itu busut itu akan berhantu. Jika kita mengelabah sangat dengan kemaraan DAP maka DAP lah yang akan menang kerana kita asyik dengan perasaan takut itu.

Kita jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan plihanraya maka elok kita ubah perlembagaan dan jangan di adakan pilihanraya lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.

Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Kita mesti ingat parti politik kita ini bukannya agama yang tidak boleh dibelakangkan oleh mereka yang tidak berkeyakinan kepada kita.

Setakat ini tidak nampak dan terbaca yang DAP membuat kenyataan anti Melayu dan anti mana-mana bangsa. Yang selalu kita dengar membuat kenyataan anti Melayu ialah MCA. UMNO pula selalu memperkecilkan kemampuan orang Melayu dengan meminta orang Melayu hanya menyokong mereka membabi buta. Benar atau salah UMNO mahukan orang Melayu menyokong mereka. Sekarang ditambah pula dengan sikap rasis yang ada pada Utusan.

24 April 2011

Pandangan Husam itu betul - PAS perlu diperkuatkan bukan dengan mengganti Hadi

Husam Musa ,ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata yang PAS tidak perlu melakukan perubahan dengan menggantikan Tok Guru Haji Hadi sebagai Presidennya. Sebaliknya PAS perlu memperkuatkan diri dengan menambah elemen kekuatan tambahan sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Husam mengambil pendirian untuk mempertahankan ketuanya apabila ketuanya itu dikritik oleh Aziz Bari penyarah terkemuka dari sebuah institusi pengajian tinggi negara kita. Husam berkata Haji Hadi hanya perlu diperkasakan, bukannya untuk diganti.

Pendirian husam ini sedikit sebanyak boleh melenyapkan khabar angin yang mengatakan beliau akan menawarkan diri untuk menjadi ketua kepada PAS dalam muktamarnya yang akan di adakan tidak lama lagi. Jika Husam jujur serta ikhlas, maka PAS akan menghadapi pilihanraya kali ini tanpa banyak masalah dalaman.

Tetapi jika diambil kira pengalaman yang lalu PAS mempunyai kelebihan dari segi disiplin dan susah hendak berpecah seperti yang dialami oleh banyak parti yang lain. Kalau berkocak di dalam PAS kocakannya tidak memercik keluar.

Kenyataan Husam ini merupakan ucapan yang bijaksana dan beliau menunjukan kematangan dengan bahasa politik yang baik. Di samping mempertahankan boss besarnya Husam sempat juga menyatakan apa yang patut Hadi perbaiki dalam mentadbir parti. Husam meminta Hj Hadi memberikan sedikir ruang kepada professional Islam bagi memperkasakan PAS untuk menjadi parti yang jika diizin tuhan akan memerintah negara.

Husam berkata lagi yang PAS telah dan sedang disertai oleh ramai cendiakawan dan professional Melayu Islam dan mereka boleh menjadi kekuatan kepada PAS sebagai sebuah parti alterntif yang diyakini orang ramai.

Ramai di kalangan orang Melayu sekarang ini ingin melihat PAS menjadi parti yang teratur dan tersusun siap dengan pemimpin lapisannya. Sekarang ini PAS juga adalah seperti UMNO yang tidak ada pemimpin pelapis yang viable. Yang dimaksudkan viable di sini ialah pemimpin pelapis yang mempunyai kekayaan ‘politcal spiritualism’; tidak semata-mata pemimpin yang pandai berkempen dan mendapat undi. PAS perlukan perubahan ini dengan cepat kerana parti itu merupakan parti yang akan menjadi pilihan alternatif yang otomatis jika UMNO tidak berupaya untuk berubah.

Setakat ini hanya PAS dan DAP sahaja yang mempunyai disiplin kepartian yang kuat. DAP dan PAS merupakan parti yang berseni dan ada sedikit sebanyak nilai politik yang diperlukan oleh rakyat yang serba maju sekarang ini.

UMNO mengaku sebagai parti untuk orang Melayu tetapi parti ini tidak tahu apa yang ingin dilihat oleh orang Melayu selain dari keinginan untuk melihat pembangunan material yang ekonmi yang baik untuk mereka. UMNO lupa kepada nilai serta budaya orang Melayu. UMNO lupa yang walaupun orang Melayu telah menempa pembangunan mereka masih mempunyai tata susila yang wujud dengan bangsa kita sendiri.

Misalnya orang Melayu tidak akan memberikan sanjungan kepada pemimpin yang di belengu dengan persepsi yang dia seorang yang selalu mengadakan ‘bed-side briefing’ misal kata. Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Husein Onn dan Dr Mahathir sendiri dipandang sebagai seorang pemimpin macho dan tidak nampak segelumit isteri mereka kedepan dengan begitu nyata. Itu lah sifat orang Melayu dan juga kepada mana-mana bangsa di dunia ini.

Nama isteri Lee Kuan Yew hanya di kenali semasa beliau meninggal dunia tahun yang lepas. David Cammeroon tidak nampak di bayangi oleh isterinya walau pun beliau adalah seorang pemimpin kuasa besar dunia. Untuk membuat teguran seperti ini bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan tetapi oleh kerana keadaan sudah terlalu jauh tersasar maka mahu tidak mahu terpaksa juga ditulis dan diperingatkan mana-mana pemimpin kita yang mereka sedang menjaga amanah rakyat.

Tugas yang diamanahkan rakyat ini bukan tugasan yang kecil. Ianya memerlukan pengorbanan peribadi yang tinggi. Lagi besar amanah yang diberikan lagi besar pengorbanan yang diperlukan. Lagi besar tanggungjawab dab jawatan yang diberikan rakyat lagi banyak nafsu dan kemahuan peribadi terpaksa dikorbankan. Lagi tinggi harapan rakyat lagi banyak perkara dan pantang larang yang wajib di ketepikan.

Kita tidak boleh membawa sekali keinginan peribadi seperti berglamor dan sebagainya itu yang mungkin merosakan kepimpinan, apatah lagi jika ianya dilakukan oleh isteri dan ahli keluarga kita sendiri.

Jika hendak berglamor lakukanlah setelah bersara. Saya menyebut isu ini kerana saya mendengar di mana-mana rakyat bercerita tentang isu ‘sampan dikemudikan dari belakang’ ini. Isu ini amat mempengaruhi situasi politik, terutamanya politik UMNO dan BN itu sendiri.

Di sinilah lebihnya PAS dan DAP. Pemimpin-pemimpin mereka tidak atau jarang-jarang bersama isteri mereka di dalam majlis-majlis. Kalau ada pun ianya amat berpadanan dengan keadaan dan situasi majlis-majlis tersebut. Sampai ke hari ini ramai yang tidak kenal dan mendengar nama isteri Nik Aziz, Guan Eng, Lim Kit Siang serta nama isteri-isteri Haji Hadi Awang.

Maka pengakhir bicara Husam telah membuat kenyataan politik yang betul. PAS perlukan kesatuan yang kuat di antara ahli-ahli dan pemimpin nya. Setakat ini PAS yang sudah berusia lebih dari setengah abad ini sudah melalui berbagai keperitan untuk mengekalkan kewujudannya. Maka perbalahan di antara pimpinan itu amat wajar dielakan.

Ingatlah kepada bermacam-macam dugaan yang di alami oleh pemimpin-pemimpin mereka. Puluhan di antara pemimpin mereka telah terperosok dalam penajara kerana hendak menegakan parti ini.

PAS amat wajar menjaga perpaduan kerana ini sahajalah parti yang berkedudukan sebagai ‘the closest alternative’ kepada BN sekarang ini.

22 April 2011

MCA, selesaikan masalah sendiri dulu - Jangan masuk campur hal Sarawak

MCA menuntut Taib Mahmud meletakan jawatan kerana tidak mendapat sambutan dari kaum Cina dan ianya jelas dengan kekalahan SUPP di dalam pilihanraya Negeri Sarawak 16 hb yang lalu. Seruan untuk bersara dari pemimpin rakan komponen sendiri ini menunjukan yang BN sedang berada di ambang kekeliruan yang nyata dan tidak dapat disorokan lagi.

MCA akhir-akhir ini sudah seperti ayam berak kapur. Kalaulah MCA itu sendiri merupakan parti yang di terima rakyat kenapa MCA telah kalah di enam belas kerusi di dalam pilihanraya yang lalu? Yang lucunya Gan Ping Sieu, Naib Presiden MCA tanpa malu dan segan mendesak Taib untuk berhenti kerana orang Cina tidak menyokong BN walaupun dengan sokongan dan kerja keras MCA dalam pilihanraya itu.

MCA sepatutnya membersihkan rumahnya sendiri dahulu. MCA sepatutnya menumpukan perhatian terhadap rakan kongsi dalam BN di Semenanjung sahaja. MCA tidak sepatutnya bercakap besar apatah lagi dalam keadaan sekarang, dalam mana orang Cina lebih berminat untuk bersatu di dalam DAP. Tidak kah Gan Ping Sieu terfikir yang kekalahan SUPP itu adalah kerana rakyat melihat MCA datang ke Sarawak untuk menyibuk dan membuatkan pengundi menolak SUPP.

SUPP telah kalah di dalam 13 kerusi yang di tandinginya. SUPP hanya memenangi 6 dari 19 kerusi yang ditandinginya. Itu pun empat dari enam yang menang itu adalah calun SUPP dari kaum Dayak. Hanya dua calun Cina yang menang di atas tiket SUPP itu.

Sebagai rakan BN MCA tidak perlu menyatakan hasratnya secara terbuka. MCA sepatutnya berbuat seperti apa yang di lakukan oleh PM Najib dalam usaha untuk menurunkan Taib dari kepimpinan Sarawak seperti yang beliau janjikan dahulu. Bukankah PM Najib telah pun berjanji yang Taib akan turun dalam masa yang terdekat ini?

MCA sudah cukup memberikan masalah kepada BN. MCA yang sepatutnya mendapatkan sokongan kaum Cina untuk BN tetapi sebaliknya calun-calun MCA yang menang itu kesemuanya diturunkan kekawasan majoriti kaum Melayu. Jika MCA sedar tentang perkara ini parti itu tidak sepatutnya menyibuk untuk menyuruh orang itu dan ini berhenti, sedangkan parti itu sendiri sedang menghadapi kemungkinan mengalami apa yang di alami oleh Gerakkan.

Kita masih teringat apabila MCA dan Gerakkan telah menyalahkan UMNO kerana kekalahan banyak kerusi di dalam piihanraya yang lalu. MCA telah mengkritik UMNO dan meminta UMNO supaya memberikan peluang sama-rata kepada semua bangsa dan kononnya memberikan peluang istimewa untuk orang Melayu itulah yang meletakan negara tergulung kedalam negara yang terjerat dengan ‘middle income’ trap dan berbagai lagi.

MCA sepatutnya menegur pimpinan UMNO di dalam mesyuarat dan perjumpaan di antara pemimpin. Memanglah apa yang di sebut oleh MCA yang UMNO adalah penyumbang besar di dalam kekalahan BN di dalam pilihanraya itu. Tetapi tugas menegur parti yang berada di dalam komponen itu adalah terletak kepada komponen-komponen parti yang ada di dalamnya.

Keresahan MCA melihat kemaraan DAP sebagai parti idaman bangsa Cina itu menyebabkan parti itu membuat kenyataan yang bercanggah di antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain. DAP di sebaliknya pula telah secara beransur-ansur membuktikan yang parti itu merupakan parti yang mampu memerintah kerajaan sejak 2 tahun yang lalu.

Di Pulau Pinang parti itu telah berjaya mentadbir negeri itu dengan lebih baik dan ini tidak disukai oleh semua parti komponen BN kerana rakyat sudah tidak banyak lagi masalah apabila untuk berhubung dengan kerajaan negeri itu. Kebanyakan dari orang Melayu Pulau Pinang nampak bergembira dengan pentadbiran DAP. Ramai di antara Melayu tulin di Pulau Pinang yang saya kenali berkata, “Now it’s better than Gerakkan time. One can say anything to the contrary,I am extremely fascinated by the way the state is managed” kata seorang Melayu yang saya kenali begitu lama.

Hanya ahli-ahli UMO dari keturunan India Muslim (atau Mamak) sahaja yang sibuk berdemo kesana kemari mencari kesalahan DAP ibarat mencari kutu dalam rambut untuk menafikan kebaikan yang di lakukan oleh parti itu. Saya bukan orang pandai tetapi saya tidak nampak bagaimana BN boleh mengambil kembali pentadbiran P Pinang dalam pilihanraya yang akan datang.

Jika BN boleh mengambil kembali pentadbiran P Pinang melalui cara demokratik yang benar saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah walaupun saya merasakan di dalam hati saya yang itu hanyalah ibarat mimpi di siang hari. Di Pulau Pinang pemimpin UMNO yang aktif ialah Rizal Merican, Musa Sheikh Fadzir serta anak beranaknya dan semua orang yang sama rupa dengan mereka sahaja. Kebanyak yang Melayu yang berupa Melayu kesemuanya seolah-olah menolak atau tidak berminat dengan kita lagi.

MCA sepatutnya sedar, di Sarawak UMNO bukan pengerusi BN seperti di negeri-negeri lain Saya tidak bersama menyokong PBB, tetapi kita sekarang ini terpaksa memberikan pengakuan yang PBB telah memenangi kesemua 35 kerusi yang mereka tandingi baru-baru ini. Secara moralnya MCA atau pun UMNO tidak berhak untuk menghitam dan memutihkan politik negeri itu. Itulah sebabnya saya menunggu cara mana PM Najib hendak menuniakan janjinya yang Taib akan berhenti dan bersara tidak lama lagi.

Sebenarnya PBB boleh menentukan hendak ke kiri atau ke kanan. PBB boleh membuat keputusan samada untuk bersama BN atau sebaliknya. Malahan PBB boleh menetukan siapa yang jadi PM dan menurunkan mana-mana pemimpin BN jika mereka mahu. Isu rasuah dan salah guna kuasa terhadap Taib tidak menjadi kerana kaum pribumi samalah seperti orang Melayu di Semenanjung. Tetapi orang-orang Cina di Sarawak seperti juga di Semenanjung adalah kaum yang realistik dan berani menentukan apa yang meraka mahu.

Orang-orang Cina kata mereka tidak mahu kerajaan yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa, maka mereka belakangkan mana-ana parti yang di anggap mereka sebagai perasuah dan penyalah guna kuasa. Mereka kata 1Malaysia tidak relevan maka mereka menolak pihak yang memperkenalkan isu 1Malaysia. Sekarang ini cadangan Pemandu untuk mempastikan setiap rakyat memunyai akaun 1Malaysia mereka menolaknya kerana kerja itu adalah kerja membazir. Apa sahaja yang mereka tidak bersetuju mereka berani menzahirkannya di dalam peti undi semasa rakyat membuat pilihan.

Di sebaliknya orang Melayu memang sudah terdidik untuk hidup di kawal oleh orang yang lebih berkuasa. Dalam kontek politik pada hari ini sebenarnya Melayulah yang paling rasis. Ramai di antara kita memberi alasan kalau tiak undi UMNO Melayu akan hancur dan berderai. Di antara kita di berikan alasan yang untuik menjaga bangsa UMNOlah parti yang wajib disokong. Oleh kerana baik dan ‘senang runding’ orang Melayu itulah kita diperalatkan oleh pemimpin untuk kepentingan peribadi mereka.

Mereka berani rasuah kerana orang Melayu memang di anggap kaum yang akan mengundi mereka lagi kerana ‘terpaksa’. Sikap ‘patronizing’ pemimpin Melayu itulah yang menyebabkan pemimpin kita tidak takut melakukan kesalahan. Mereka beranggapan bangsanya boleh diperkotak katikan dengan alasan untuk menjaga bangsanya berkecai dan bepecah. Orang-orang Melayu sentiasa di ’ransom’ oleh pemimpin mereka sendiri.

Orang Melayu ditakut-takutkan oleh pemimpin mereka sendiri dalam UMNO yang Melayu hanya akan selamat di dunia dan akhirat dengan UMNO. UMNO di yakinkan seolah-olah lebih tinggi dari agama. UMNO tidak pula mendidik orang Melayu yang rasuah itu kerja salah malahan mereka beranggapan seolah-olah rasuah itu ada di mana-mana dan perkara itu adalah perkara biasa. Berkata benar tentang kekejian yang dilakukan oleh pemimpin UMNO itu sudah menjadi kesalahan.

Berkata benar dalam UMNO itu salah. Pemimpin-pemimpin UMNO seolah berkhutbah supaya melakukan apa suruhannya dan menjauhi segala larangan mereka untuk selamat di dunia ini. Orang Melayu tidak dibenarkan menggunakan akal. Orang Melayu hanya diminta menjadi burung balam; menganggok kesana dan kemari.

Itulah perbezaan ketara kaum kita dengan kaum Cina. Selama ini MCAlah yang menjadi badan siasah kepada bangsa Cina. Tetapi apabila MCA sudah dijangkiti oleh penyakit UMNO maka orang Cina memilih parti DAP untuk dijadikan badan siasah yang mewakili mereka. Orang Cina tahu apa yang mereka inginkan. Sebaliknya kita yang tidak tahu apa yang kita mahukan kerana sentiasa mengikut kemahuan pemimpin mereka yang ‘deceitful’ itu.

Itulah sebabnya UMNO semakin hari semakin mengurang sokongan dari rakyat terutamanya dari bangsa Cina. Orang Cina bukannya membenci UMNO. Saya yakin jika UMNO berubah barisan kepimpina yang ada ini dengan mereka yang lebih ‘reliable’ mereka akan kembali menyokong UMNO dan MCA. Tetapi pemimpin UMNO dan MCA tidak mahu berubah dan tidak akan berubah.

Setakat ini belum lagi nampak tanda-tanda perubahan itu, maka kita terima sahajalah badai dari kesalahan kita sendiri itu sehingga kita berubah. Dari pada kita memberikan fokus menyalahkan orang lain, elok jika kita melakukan introspeksi yang serius kenapa semakin hari semakin menirus sokongan mereka terhadap kita, seperti tali gasing; semakin kehujung semakin halus.

20 April 2011

Kalau kita gunakan identiti orang lain, sifat kita tidak sama dengan identiti yang asal.

UMNO yang baru ini sudah berusia 23 tahun 3 bulan. Sebagai sebuah badan siasah ianya masih muda lela. Tetapi jika di anolojikan sebagai sebatang tubuh ianya seperti tubuh orang tua, sakit di sini sakit di sana dan bermacam-macam penyakit yang di hadapinya. UMNO yang lama dahulu sempat juga hidup selama 42 tahun dan semasa matinya parti itu parti itu tidak ada penyakit banyak, hanya ianya mati di bunuh.

Kita boleh jadikan UMNO yang mati di bunuh itu sebagai tubuh manusia. Matinya UMNO itu di sengajakan dan ‘kad pengenalannya’ di ambil dan dipergunakan oleh orang lain dengan menggunakan ‘kad pengenalan’ orang yang sudah mati. Maka pemegang ‘kad pengenalan’ palsu itu memegangnya dan cuba untuk menyamar sebagai orang yang telah di bunuh yang bernama UMNO itu.

Tetapi hakikatnya orang itu bukan UMNO namanya, hanya dia menggunakan document yang palsu, maka kelakuan dan sifatnya tetap lain dan tidak akan serupa dengan pemegang asal document pengenalan diri itu. Pemegang kad pengenalan baru itu melakukan berbagai-bagai perkara yang salah dan tidak betul dan kepada sesiapa yang tidak tahu orang itu bukannya bernama sebagai yang tertulis dalam dokumen pengenalan diri itu bukannya yang asal maka nama kepada pemegang asal itu menjadi busuk.

Bak kata Dr Mahathir tidak beberapa lama dahulu, “UMNO is rotten up to the core”. Apa yang dikatakan oleh DR Mahathir itu benar, hanya beliau terlupa beliaulah yang mengambil kad pengenalan diri orang yang mati dibunuhnya itu untuk di gunakan oleh beliau untuk mendapatkan apa yang selalu di dapati oleh simati itu. DAN itu semua diwariskannya kepada kita sehingga hari ini. Beliau bukan sahaja mewariskan kad pengenalan itu kepada kita tetapi beliau mewariskan banyak elemen dan budaya yang buruk yang ada kepada pemegang kad pengenalan palsu itu.

Kalau kita memyamar sebagai orang lain kita tidak akan dapat bersifat seperti orang yang sebenarnya seratus peratus. Mesti tidak sama dalam banyak perkara. Rupa boleh di samakan tetapi elemen-elemen yang lain yang ada kepada orang yang asal itu tidak akan dapat ditiru dan disamakan dengan orang yang asal itu tadi.

Suaranya akan berlainan, cara berjalan akan berbeza dan cara makan akan berbeza kerana yang menyamar itu mungkin makan lebih lahap lagi dari yang tulin itu. Yang menyamar itu tidak akan dapat merasakan apa yang dirasakan oleh orang yang di samarkannya itu. Cubalah sekuat mana sekali pun dia tetap tidak akan dapat merasakan dan menghayati kebaikan dan masalah yang dialami oleh orang yang tulin itu.

Orang yang tulin itu orang baik tetapi yang menggunakan identitinya itu tentunya tidak baik. Kalau dia baik masakan dia menggunakan identity orang yang sudah mati untuk kepentingannya. Tidak menasabah yang menyamar itu orang baik.

Jadi menasabah kah UMNO itu akan sama seperti UMNO asal? Tidak menasabah. Kalau kita manusia yang baik kita akan berkata Adamlah nenek kita yang tertua dan itulah yang tulin dan asal. Jika kita sebenarnya ahli UMNO yang tulin kita akan mengaku yang Onn Jaafarlah Presiden kita yang pertama. Tetapi kepada ahli kepada UMNO yang menyamar ini mereka akan berkata Onn Jaafar jugalah Presidennya yang pertama tetapi bila disiasat rekodnya rupa-rupanya Presiden dan ahli yang peratama UMNO sekarang ini ialah Dr Mahathir mohammed.

Jadi bagaimana nak ‘reconcile’ situasi yang bercanggah ini? Boleh tolong beritahu saya macam mana hendak melakukan ‘reconciliation’ itu? Masalahnya saya bukan orang pandai untuk mencari ‘point of reconciliation’ itu.

Mungkin ramai yang pandai mencarinya. Kalau mereka tidak dapat cari mereka mungkin mampu menjawabnya dengan cara loyar buruk seperti biasa yang kita dengar.

Kalau loyar buruk mereka tidak laku mereka akan memaki hamun dengan mencarut dan membidas tanpa ulasan yang betul. Selalunya itulah yang saya dapat.

19 April 2011

Bila pilihanraya umum? - Bila pula Taib akan bersara?

Bayang atau tanda-tanda pilihanraya umum akan di adakan belum lagi nampak. Kemenangan 2/3 BN di Sarawak Sabtu lalu belum boleh memberikan ilham bila PM Najib akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihanraya yang ke-13. kekuatan pembangkang bertambah sedikit lagi dengan memenangi 8 kerusi tambahan jika di campur dengan satu kerusi bebas yang dimenangi oleh George Ladung. Sekarang sudah ada 16 kerusi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sarawak, bumi kenyalang ini.

Janji BN yang menggunug mesti sedikit sebanyak di tunaikan dahulu sebelum membubarkan Parlimen, setidak-tidaknya rakyat ingin bukti yang Najib boleh menguruskan Taib untuk meninggalkan politik dan terus bersara. Itu merupakan isu yang paling besar yang dijanjikan oleh Najib di dalam pilihanraya negeri Sarak yang ke-10 itu. Kalau hendak ditunggu janji yang lain mungkin lambat untuk dilaksanakan. Tentunya pengundi di Semenanjung ingin menyaksikan setidak-tidaknya sebahagian dari janji Najib itu dapat dilaksanakan dulu sebelum mengadakan PRU ke13 ini.

Menjanjikan untuk membina jalanraya di kawasan Nangka misalnya akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibuktikan; itu pun jika janji itu benar-benar hendak dilaksanakan. Untuk menjanjikan pembekalan api letrik dan air kepada 6000 lagi rumah panjang entah bila akan terlaksana. Hanya yang boleh dilaksanakan dengan cepat ialah janji untuk menggantikan Taib dengan penggantinya yang belum kita tahu siapa. Ingat, ini janji Najib.

Najib telah berjanji yang Taib akan turun. Maka rakyat akan tunggu. Jika Taib tidak turun maka pilihanraya umum tidak boleh dipanggil lagi kerana itu sahaja janji yang boleh dilaksanakan dengan cepat dan pantas. Tetapi persoalannya bolehkah Najib menyuruh Taib berhenti? Adakah telor kejantanan Najib untuk berbuat begitu? Setahu ramai Najib adalah pemimpin yang tidak mudah memuktamadkan keputusannya dan sentiasa bermain-main dengan keputusan yang diambilnya sendiri.

In the first place, adakah hak Najib untuk melakukan apa yang beliau janjikan itu? Bila bercakap kapada media, beliau seolah-olah sangat berkuasa dan boleh mengenepikan Taib dengan senang. Sekarang rakyat mahu lihat samada Najib ini bertelor ataupun tidak. Betulkah Najib akan dihormati oleh Taib dan PBB jika Najib meminta Taib meletakan jawatan untuk meyakinkan rakyat terutamanya di Semanjung yang beliau boleh ‘menokok dan mengurangkan’ dalam politik Sarawak?

Najib mesti ingat yang Taib nyata kuat dalam partinya kerana kesemua 35 calun PBB yang diturunkan beliau menang dalam pilihanraya itu, sedangkan Najib tidak sekuat mana dalam UMNO kerana ramai calun kita dri UMNO telah tersungkur bergelempangan dalam pilihanraya yang lalu? Takut-takut Taib akan berkata kepada Najib yang membawa makna, “you take care of your ailing party first before you poke your nose into my strong party. Please stay away from our affair and go and smoke cigar. Pergi main jauh-jauh sir. We are okay, and we have done extremely well here”.

Itulah bahayanya jika kita pandai-pandai menjanjikan orang ramai bila orang lain itu akan bersara. Rakyat sedang menunggu bila PM Najib akan melaksanakan janjinya yang satu ini.

Orang Sarawak tidak begitu kuat berjanji tentang persaraan Taib ini. Yang kuat memberikan janji ini ialah PM Najib. Kita tunggu! Bak kata perbilangan Inggeris, ‘seeing is believing’.

Siapa yang bersalah - kita atau orang lain? - bhg 2 (akhir)

Banyak kali saya menulis tentang masalah yang sebenarnya dihadapi oleh UMNO parti yang menunjangi BN. Sebagaimana yang saya sebut semalam UMNO di peringkat akar umbi dari segi teknikalnya telah mati dan tidak berfungsi. Kenapa keadaan jadi begini saya mempunyai pandangan dan telah pun saya tulis agak kerap kali dalam isu ini.

Kekuatan UMNO di peringkat akar umbi dahulu bukannya hidup dengan sendirinya. Kekuatannya letak di atas kesungguhan pemimpin-pemimpin cawangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mendekati rakyat. Pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan mendapat galakan dari barisan pimpinan Bahagian-Bahagian dan kerjasama di antara pimpinan Bahagian sesungguhnya amat rapat.

Cawangan-cawangan mengadakan berbagai-bagai aktiviti parti yang melibatkan ahli-ahli dan orang ramai di cawangan dan kariah masing-masing. Tetapi semuanya itu sudah menjadi sejarah kerana cawangan-cawangan hanya mempunyai satu aktiviti dalam setahun; iaitu untuk mengadakan mesyuarat agong cawangan. Itu pun lebih dar 60 peratus mesyuarat itu tidak mendapat korum yang cukup untuk mesyuarat itu. Bagaimana minit-minit mesyuarat ditulis sama-sama kita tahu bagaimana mereka lakukan. Itulah UMNO sekarang ini.

Oleh kerana UMNO menegah mana-mana ahli membawa kes perbalahannya ke mahkamah maka banyak di antara cawangan yang bermesyuarat tidak mencukupi korum itu di biarkan sahaja dan di anggap sebagai sah. Maka ketua-ketua cawangan tidak mengambil isu sah atau tidak sahnya cawangan di sisi undang-undang sebagai perkara penting.

Semuanya ini adalah hasil dari kepimpinan yang tidak ‘legitimate’. Ramai di antara pemimpin cawangan dan bahagian itu mendapat jawatan melalui kuasa wang ringgit. Apabila mereka yang mendapat jawatan dengan kuasa wang ringgit ini mereka menjadi pemimpin yang keliru.

Budaya mencari rezki dalam parti inilah yang menyebabkan sikap pemimpin-pemimpin cawangan hanya bergerak jika digerakan dengan wang ringgit. Jika hendak mengumpulkan ahli terpaksa menyewa bas dan kereta untuk membawa mereka ke tempat program parti itu dan sudah kemestian juga diberikan elaun untuk berada di tempat keramaian itu.

Penyakit dan budaya ini sudah tidak lagi dapat diperbaiki kerana budaya membeli undi dengan wang ringgit itu akhirnya membuahkan keadaan yang melemahkan parti. Ramai ketua-ketua bahagian yang rapat dengan saya mengakui yang mereka tidak dapat menggerakan kerja parti kerana semuanya itu memerlukan wang ringgit yang banyak. Setiap pergerakan mesti ditolak dan dikuatkan dengan wang. “Mati saya macam ni!” kata seorang ketua bahagian dari Selangor. “Semuanya duit, duit, duit” sambungnya lagi.

Oleh kerana permainan politik wang yang sudah tidak terkawal maka mereka ini jugalah yang memilih pemimpin-pemimpin di peringkat pusat yang juga bermain dengan wang ringgit. Ada setengah pemimpin memenangi jawatan MKT demgam berbelanja jutaan ringgit sedangkan mereka bukanlah jenis dan contoh yang baik untuk menduduki kerusi tertinggi yang menentu arah tuju serta dasar parti.

Sharil Samad yang boleh kita anggap mempunyai kepimpinan tidak berjaya menduduki MKT kerana tidak membeli undi-undi perwakilan. Saya pernah bertanya kepada beberapa orang perwakilan kenapa tidak memberikan Sharil undi sedangkan beliau adalah seorang tokoh yang baik dalam parti. Mereka menjawab, “Saya tak undi Sharil, sebab apabila bersalam dengan kami tapak tangannya licin saja bang!. Dia tak hulur, macam mana nak undi dia. Saya bagi undi kepada Azeeez Rahim sebab sampai juga sikit-sikit dia punya duit. Nak jadiperwakilan dulu bang banyak belanja keluar. Kenalah cari balek duit tu”

Bayangkan perwakilan boleh memilih Azeez Rahim dari Sharil. Bagaimana kita hendak ‘reconcile’ keadaan ini? Sampai bila pun kita tidak dapat nak memberikan rasionalnya kenapa perwakilan memilih Azeez dari Sharil. Jika saya menjadi perwakilan, walaupun saya tidak begitu setuju dengan Sharil, saya akan tetap mengundi beliau kerana beliau mempunyai kepimpinan yang terserlah, setidak-tidaknya beliau di terima rakyat di kawasannya Johor Baru.

Tetapi kepimpinan bukannya menjadi perhitungan perwakilan kita. Mereka hanya memberikan pertimbangan kepada siapa yang paling banyak ‘mengulurkan’ wang ringgit. Ada perwakilan yang telah dapat mengumpulkan kutipan dari mereka yang bertanding sehingga puluhan ribu ringgit jumlahnya. Maka inilah yang UMNO dapat dari budaya buruk yang sudah tertanam begitu lama ini.

Oleh kerana itu orang Melayu bertanya, “inikah jenis dan kualiti pemimpin yang hendak kita letakan kepercayaan untuk masa depan anak-anak dan cucu mereka?” Tetapi pimpinan UMNO tetap tidak menyedari masalh ini. Itulah sebabnya jika kalah pilihanraya orang Melayu yang ramai ini dipersalahkan, bukannya pemimpin yang tidak tulin tadi.

Jika benihnya tidak baik bagaimana hendak mendapat pohon yang baik dan berbuah dengan baik? Jika dari atas rasuah politik bermaharajalela bagaiman kita hendak mengharapkan pimpinan di bawah tidak rasuah? Makanan yang baik ialah makanan yang di masak sendiri bukannya makanan yang dibeli dari luar.

Apabila pemimpin-pemimpin rasuah tidak akan ada lagi keputusan yang baik yang datang dari pimpinan. Itulah formula yang tepat, Seperti pelajaran matematik, jika tidak diikuti formula yang betul jawapannya tidak akan betul.

Percayalah, rakyat sudah hilang keyakinan kerana tidak mempercayai ketelusan kepimpinan kita. Sakit hati mendengar komen seperti ini, tetapi apakan daya, yang benar itu tetap benar yang salah itu tetap salah. Tidak adil jika kita mendesak dan memaksa rakyat untuk menyokong kita. Kalau kita tidak mahu berkorban untuk menolak rasuah dan bermain politik wang itu. Jangan kita mengharapkan rakyat mahu mengorbankan masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka semata-mata untuk kita terus melakukan kesalahan moral dan jenayah terhadap mereka.

Kelemahan inilah yang dilihat dengan jelas oleh kaum lain, maka mereka sudah tidak lagi menghormati kita. Mereka tidak percaya lagi yang kita mampu memperbaiki diri kita lagi. Pada pandangan mereka kita sudah terlalu jauh menyimpang yang tidak mungkin berpatah balik. Kita tidak boleh mengharapkan bangsa lain boleh dipujuk dengan retorik seperti bangsa kita.

Malahan ramai di antara orang Melayu pun sudah tidak lagi termakan dengan retorik pembangunan dan bermacam pelan pembangunan yang di umumkan pemimpin kita. Ramai di antara cerdik pandai Melayu telah berpindah haluan dengan menyokong PAS kerana mereka sudah jemu dengan kesalahan yang tidak kunyung diperbaiki.

Rakyat sedar yang segala pelan mega pembangunan itu akhirnya membebankan mereka dengan peningkatan kos kehidupan yang sekarang pun sudah tidak mampu ditahan oleh rakyat yang ramai.

Rakyat sedang dalam keperitan. Mereka bukannya buta mata. Mereka bertanya kenapa seorang yang miskin, apabila mendapat jawatan politik itu dengan sekelip mata manjadi manusia yang kaya-raya.

Kita tidak payah meminta rakyat memberikan bukti rasuah itu, kerana rakyat tahu apa yang dilakukan mereka. “We know what they did last summer” kata seorang kenalan yang begitu serius membahaskan isu kepimpinan ini.

Saya tidak memerlukan sesiapa percaya dengan pandangan ini. Hanya saya berharap sesiapa yang tidak bersetuju itu hanya mengingati apa yang saya kata ini. Suatu hari akan sampai bukti kebenarannya. Ia akan sampai, kalau tidak cepat, lambat. Sampai tetap sampai. Insyaallah.

18 April 2011

Siapa bersalah - kita kah atau orang lain?...bhg 1

Utusan Malaysia menyarankan supaya jangan dipedulikan kaum Cina kerana tidak menyokong BN dalam mana-mana pilihanraya akhir-akhir ini. Betul kah dan bijakkah saranan itu? Apa kah yang boleh kita dapat dengan menyarankan seruan yang bersifat perkauman itu? Kalau kita tidak mendapat penghormatan dari kaum Cina, apakah kesilapan kita sebenarnya? Sudahkah kita kaji dan melakukan ‘soul searching’ kenapa keadaan sebegini berlaku?

Kalau dahulu kaum Cina memberikan kita sokongan yang sangat kuat kenapa sekarang mereka tidak lagi memberikan dukongan seperti yang pernah mereka berikan mereka dahulu? Adakah itu kesilapan mereka atau kesilapan itu datangnya dari kita sendiri? ‘There must be a cause for a cause’. Mesti ada sebab yang besar kenapa kita sudah kehilangan sokongan dari mereka.

Ugutan dari Utusan baru-baru ini bukannya perkara baru. UMNO sendiri sewaktu keadaan lemah menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan kembali orang Melayu. Kalau saya kaji dari komen yang saya dapati melalui blog saya ini, saya banyak mendapat komen rasis yang datangnya dari penyokong BN, seolah-olah negara ini hanya orang Melayu yang punya.

Jika dahulu Cina mengakui yang orang Melayu merupakan kaum pribumi yang mesti dibantu semasa DEB dahulu kenapa sekarang mereka sudah tidak lagi menghayatinya? Kalau dahulu kaum Cina mengakui yang meningkatkan penyertaan Bumiputra di dalam bidang ‘commerce’ dan ‘industry’ merupakan tanggungjawab bersama untuk mempastikan kita mencapai ‘natinal unity’ kenapa mereka tidak lagi mempunyai semangat itu?

Elok kita buat olahan bagaimana semasa pemerintahan 3 PM negara yang pertama dahulu kesatuan di antara kaum lebih baik dari keadaan selepas itu. Kita tidak boleh hanya menjerit dan memaki mana-mana pihak tanpa mengambil tanggungjawab terhadap sebahagian dari kesalahan atau kesilapan itu. Ini adalah isu keyakinan terhadap kepimpinan dan negara yang pada asasnya adalah kepimpinan Melayu.

Asas penubuhan Perikatan dan selepas itu BN semua parti yang mewakili semua kaum berada di dalam komponen itu. Asasnya adalah untuk dipertanggungjawabkan kepada parti-parti yang mewakili kaum-kaum itu untuk menarik sokongan terhadap BN melalui sokongan kaum mereka terhadap parti mereka. Kaum Cina mempunyai MCA dan Gerakan di dalamnya da India diwkili oleh MIC. BN Sarawak kaum Cina diwakili oleh SUPP dan Bumiputra Sarawak diwakili oeh PBB.

Di anatara kaum-kaum Bumiputra Sarawak dulu ada PBDS yang mewakili kaum Dayak dan ada parti-parti yang mewakili kaum Iban dan sebagainya. Malah semua kaum diwakii di dalam komponen BN itu dan itulah kekuatan yang di alami oleh BN selama ini dan komponen itu menjadi komponen yang kuat.

Tetapi oleh kerana kelalaian pimpinan BN terutamanya parti yang menunjangi BN itu, iaitu UMNO (Melayu) itu sudah sampai ketahap kufur nikmat yang tidak dapat disorokan lagi maka secara beransur-ansur keyakinan rakyat berbilang kaum terhadap UMNO, MCA dan PBB dan yang lain mula terhakis.

Kekuatan BN semasa dulu adalah di dasarkan kepada kejujuran dan ketelusan untuk menjaga rakyat yang berbilang kaum dan inginkan pembelaan itu. Rakyat tidak mempersoalkan tentang keluhuran komponen itu diwujudkan dan rakyat faham bahawa semua pemimpin semasa itu merupakan pemimpin yang menumpukan kepada pembangunan rakyat dan negara bersama dengan niat untuk mencapai penyatuan kaum yang berbagai.

Kerajaan BN dan rakyat faham dan berkeyakinan terhadap kepimpinan semua ketua-ketua parti dan pemimpin-pemimpin ini tidak banyak dipersoalkan oleh ahli-ahli yang menganggotainya.

Apabila semangat untuk menumpukan sepenuhnya kepada rakyat sudah terhakis maka rakyat pun merasakan mereka sudah tidak lagi menjadi penting kepada kerajaan dan pimpinan yang ada. Segaka dasar-dasar yang cantik-cantik tinggal sebagai dasar sahaja tanpa perlaksanaan yang betul. Segala keputusan yang penting-penting hanya dibuat secara unilateral oleh pihak yang memerintah dan meminta rakyat menerimanya bulat-bulat.

Segala keluhan rakyat tidak sampai kepengetahuan pucuk pimpinan kerana pimpinan yang di peringkat pertengahan tidak ada kepimpinan dan takut untuk menyuarakannya kepada pimpina yang tertinggi. Sejak 3 dekad yang lalu kerajaan hanya memusatkan pembangunan fisikal yang tidak banyak memberikan keuntungan secara direct kepada rakyat yang ramai. Pimpinan berpendirian yang pembangunan negara (nation building) itu hanya pembangunan fisikal dan ekonomi semata-mata.

Kita lupa yang pembangunan fisikal itu hanyalah merupakan sebahagian kecil dari ‘ingredient’ untuk pembangunan negara (nation building) itu. Itulah kita dapati sekarang ini yang pembangunan yang ‘lop-sided’ ini telah membawa padah kepada negara terutamanya terhadap matlamat utama kita, iaitu pencapaian penyatuan rakyat dan kaum itu tadi.

Pimpinan kita telah mengambil kebaikan dan sifat ‘senang berunding’ rakyat berbilang kaum ini sebagai kelemahan rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka. Perasaan tidak senang hati ini bukan sahaja di alami oleh orang Cina tetapi juga di alami oleh orang-orang Melayu.

Orang Cina merasakan parti mereka MCA dan Gerakkan di Semenanjung ini tidak lagi sebuah parti yang baik kerana terlalu banyak perkara-perkara yang tidak menyenangkan mereka. Meeka pun berpecah belah di antara mereka. Tetapi oleh kerana orang Cina ini merupaka satu kaum yang realistic dan praktikal maka mereka bertindak untuk bersatu di luar MCA dan Gerakkan dan mereka memilih untuk bersatu di dalam DAP.

Orng Melayu pula merasakan UMNO sudah tidak lagi seperti UMNO yang dahulu maka mereka bertindak untuk bersatu di luar UMNO dan memilih PAS dan sebahagiannya menyertai PKR. Ramai di kalangan orang Melayu merasakan amat susahuntuk bersatu di dalam UMNO kerana tidak tahan dengan budaya baru anutan pimpinan UMNO dan setengah ahli-ahlinya.

Mereka menganggap UMNO tidak lagi parti nationalis yang menyebabkan mereka menyertainya dahulu, tetapi UMNO sudah menjadi parti kapitalis yang seolah-olah parti untuk ‘the rich and the famous’ semata-mata. UMNO sudah dipersepsikan oleh rakyat sebagai parti taukey-taukey sahaja….tidak ada lagi kemelayuan dan semangat nationalis di dalamnya.

Sekarang ini dari segi teknikalnya UMNO sudah mati kerana di cawangan-cawangan parti ini tidak ada lagi kegiatan kepartian yang berjalan. Jika di peringkat akar umbi sudah tidak berfungsi dan seolah-olah sudah mati bagaimana ianya boleh menyuburkan dan merendangkan pohonnya? Kita perlu ingat cawangan-cawangan UMNO sekarang ini tidak ada langsung kegiatan untuk menunjukan kehaziran mereka kepada rakyat ramai. Bagaimanakah mereka hendak menjalankan tugas dengan baik di peti-peti undi semasa pilihanraya nanti?

Sebaleknya rakyat lebih nampak kehaziran parti-parti pembangkang yang tidak putus-putus mendekati rakyat di kampong-kampong. Tetapi kita sentiasa mengambil sikap negatif. Apabila rakyat lebih hampir dengan parti-parti lawan kita kita mula menuduh kita difitnah dan sebagainya dan tidak pula senang hati dengan sokongan parti lawan. Pemimpin-pemimpin di cawangan-cawangan merasakan sokongan di dalam pilihanraya itu hanya untuk UMNO dan BN sahaja dan parti-parti lain tidak berhak untuk mendapatkan sokongan itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagaian-Bahagian dan cawangan-cawangan hanya perlu memeluk tubuh dan mendapat sokongan rakyat secara otomatik…betulkah cara itu?

(bersambung)……………….

Kita menang, tetapi undi merosot - Dapatkanlah sokongan yang 'legitimate'

BN telah berjaya mengekalkan mandat 2/3 di dalam pilihanraya negeri Sarawak, sabtu lalu tetapi terpaksa berpuas hati dengan kehilangan 8 lagi kerusi ke tangan pihak yang bertentangan. BN juga telah kehilangan banyak undi kalau dikira dari segi jumlah undi yang dibuang untuk pembangkang.

Pada keseluruhannya keputusan itu boleh di simpulkan yang BN bertambah lemah sedang PR bertambah kekuatannya dengan memenangi 7 lagi kerusi dan satu kerusi melalui calon bebas. BN tidak selayaknya merasakan yang mereka itu masih sekuat dahulu.

Tumpasnya hampir keseluruhan calun dari SUPP kecuali enam dari 19 yang dipertandingkan itu membayangkan bahawa rakan kita Cina di Sarawak ingin bersatu di bawah DAP. Kecundangannya Presiden SUPP George Chan merupakan tamparan yang sangat hebat kepada BN khususnya SUPP. Di antara 6 kerusi yang dimenangi oleh SUPP, 4 daripadanya adalah calun Dayak di kawasan majoriti Dayak. Keempat-empat itu ialah Opar (Ranum Mina), Bengoh (Dr Jurip Susil)dan Simanggang (Francis Harden |Hollis), Engkilili (Dr Jonical Rayong Ngipa). Ini bermakna SUPP hanya mempunyai 2 calunnya yang menang dari kaum Cina.

Nasib SUPP adalah sama seperti nasib Gerakkan dan MCA di semenanjung kerana Cina mahu bersatu di luar parti traditional mereka dan memilih DAP sebagai payung perjuangan mereka. Kalau trend ini berterusan makan pada masa yang singkat sahaja kaum Cina akan mempunyai hanya satu badan siasah yang mewakili mereka, iaitu DAP.

BN juga telah mengalami penghakisan sokongan dari beberapa kawasan yang di dominasi oleh kaum Iban dan beberapa kerusi yang di dominasi kaum ini yang dimenangi oleh BN telah ,mengalami kemerosotan majoriti yang ketara, terendah di dalam sejarah pilihanraya Sarawak. Sekarang jelas sokongan dari kaum Iban tidak lagi boleh diambil ‘for granted’ lagi.

Apa pun analisa yang kita lakukan, hanya DAP dan PKR sahaja yang menapak kehadapan di dalam pilihanraya ini dengan penambahan bilangan perwakilan mereka di dalam DUN Sarawak. PBB hanya kekal dengan 35 kemenangan, sedangkan rakan komponennya SUPP, SPDP dan PRS mengalami kemerosotan bilangan kerusi yang mewakili mereka di DUN Sarawak.

Kata perbilangan, ‘lulus jarum lulus kelindan’. Hanya kata-kata politik sahaja yang akan menafikan kemaraan sokongan kepada PR di Sarawak, tetapi pada hakikatnya Pakatan Rakyat sedang secara tangkas sudah mengambil tempat semaian bagi melebarkan pengaruh mereka di bumi kenyalang itu.

Walaupun BN telah memenangi 55 kerusi tetapi dari jumlah undi yang dipungut oleh BN sangat jauh merosot jika di bandingkan dengan pilihanraya 2006 dahulu.

Dari hampir 700 ribu pengundi yang keluar membuang undi, jumlah yang diperolehi oleh DAP dan PKR jika dicampurkan hampir 300 ribu (termasuk yang di perolehi oleh SNAP) sedangkan jumlah yang diperolehi oleh BN melalui 55 kerusi yang dimenangi mereka hanya dalam lingkungan 370 ribu sahaja. Angka ini melambangkan yang BN sedang mengalami kemerosotan undi yang ketara dan tidak pula kita tahu cara mana masalah ini mampu diatasi.

Imej BN kepada mata rakyat tidak boleh dinafikan sedang menurun. Hanya BN mendapat kelebihan infrastruktor dan kekuatan kewangan sebagai pihak yang memerintah sahaja yang membawa kemenangan kepada mereka di dalam pilihanraya tersebut.

Tentunya BN pusat tidak boleh mendabik dada yang kemenangan di Sarawak boleh dijadikan ukuran yang BN sudah kembali pulih dari kemurungannya sejak akhir-akhir ini.

Kita mesti mengingati kembali sejarah yang masih baru dalam ingatan kita; dengan hanya beberpa kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihanraya 2004 dahulu dinegeri-negeri Kedah, Trengganu dan Selangor mereka telah mampu menguasai negeri-negeri tersebut dengan mudah pada tahun 2008 yang lalu.

Kalau di Semenanjung kita menjadikan kejayaan kita mempertahankan kerusi-kerusi dalam pilihanraya kecil kita boleh menganggap kita telah kehilangan kerusi-kerusi di kawasan yang penting di Sarawak jika kita anggap pilihanraya di negeri itu sebagai pilihanraya kecil di 71 kawasan secara serentak.

Kita mesti mengakui hakikat yang kita sedang kehilangan banyak kerusi serta sokongan. Malu juga untuk berbangga-bangga dengan kemenangan itu kerana kita tahu yang kemenangan BN itu adalah disebabkan kempen sokongan yang kuat melalui kuasa wang dan kuasa eksekutif kerajaan semata-mata.

Kekuatan pengaruh sebagai pihak yang memerintah kerajaan itu ditambah pula dengan dukongan media massa cetak dan letronik seperti TV3, RTM dan yang lain-lain itu lah yang membolehkan BN mencapai kemenangan itu.

Kalaulah pertandingan itu diadakan di ‘even playing ground’ belum pasti kita akan mencapai kejayaan itu. Pendeknya kita harus mendapat sokongan secara ‘legitimate’ sebelum kita mengaku sebagai pihak yang hebat dan kuat.

17 April 2011

Sarawak Election - Congratulations to all.

Let us all congratulate every quarter involved in the Sarawak State Election. I wish to extend and wish BN congratulations for the huge victory and managed to secure the 2/3 majority that the ruling party was dying to attain. BN won 55 seats and that is comfortable by numbers. BUT BN Sarawak ceases to be the Fixed Deposit for national BN from now on.

Let us not neglect to congratulate DAP for being able to double its representation in the State Legislative to 12 in total. Bear in mind that it’s 100 percent jump and no one should deny that the party‘s existence in the Hornbill state is an existence with huge consequence.

PKR too has tripled its numbers to 3 and George Lagong cleverly snatched another seat from BN with an Independent ticket. PKR and George too deserve big praise for their performances.

The Election Commission (EC) merits commendation for successfully conducting the State Election with great success and as the EC Chairman admitted that this election was the most successful election ever conducted by the EC so far. The police too had provided the security of the State Election very well and the IGP gave his heartiest praise to all his men on duty during the 10-day campaign period.

Throughout the 10-day intense campaign period, there had not been any annoying incidence that would have stained the election process and that reflects the maturity of Sarawakian from both sides of the divide. The people too deserve approbation for participating in the election in orderly conduct.

Of course every quarter has to loose some and gain some. AND that is normal in any democracy.

Thank you.

16 April 2011

Selamat mengundi kepada rakyat Sarawak - mana-mana parti boleh diundi.

Kepada rakyat Sarawak, diucapkan selamat mengundi dan melaksanakan tanggunjawab kepada negara. Satu undi itu penting untuk menentukan masa depan negeri dan negara kita.

Satu undi mungkin boleh menentukan samada jatuh atau bangunnya parti-parti yang bertanding untuk mendapatkan kepercayaan dan mandat rakyat. Yang penting bagi kita rakyat, undi yang satu yang ada kepada kita itu merupakan undi yang sangat berharga.

Untuk membawa nilai yang sebenarnya kepada undi kita itu, kita harus dan wajar berfikir dahalu sebelum membuang undi. Jika kita mengundi setelah kita berfikir dengan semasak-masaknya , siapa yang kita undi itu merupakan tindakan yang wajar.

Kita tidak payah memekik an menjerit memberikan sokongan kepada mana-mana pihak. Yang penting kita sempurnakan tanggungjawab kita dengan mengundi secara senyap-senyap kerana undi kita itu adalah rahsia yang tidak boleh diketahui umum.

Apabila undi telah dikira kita akan tahu siapa yang diberikan mandat itu, maka semua pihak wajib menerima keputusan dengan baik dan gentleman. Untuk menolak kepimpinan kita tidak payah melakukan apa yang dilakukan oleh rakyat di negara-negara Arab yang melakukan kekecohan untuk menurunkan kerajaan yang memerintah, tetapi cukup sekadar melakukannya secara demokrasi yang berhemah dan teratur di dalam peti undi.

Malam ini kita akan mengetahui siapa yang berjaya dan kepada yang tertewas sewajarnya pula menghulurkan tangan dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan lawan kita. Itulah demokrasi. Rakyat mempunyai hak yang mutlak untuk menurunkan atau menaikan mana pihak untuk mentadbir negeri dan negara mereka.

Sesungguhnya semua parti yang bertanding itu merupakan parti-parti yang halal dan tidak menjadi kesalahan memberikan sokongan kepada mana-mana parti itu. Dalam sejarah negara kita hanya Parti Komunis Malaya (PKM) sahaja yang diharamkan dan tidak boleh bergiat dalam siasah negara.

Kita akan tahu samada benar apa yang dilaporkan oleh setengah pihak yang pilihanraya di Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang sengit.

Betul kah laporan yang mengatakan PR dan SNAP sudah pasti memenangi 27 kerusi dan BN sudah pasti memenangi 26 kerusi, dan yang selebihnya itu adalah kerusi-kerusi yang ‘up for grab’? Kita akan dapat keputusan muktamad pada malam ini. Kita tidak payah lagilah membuat spekulasi tambahan.

Hanya tinggal kurang dari 12 jam sebelum keputusan yang pertama akan diumumkan.

15 April 2011

SUPP 'desperate' - Mungkin kah BN Sarawak akan mengalami apa yang dialami oleh Parti Berjaya?

Di dalam pilihanraya Sarawak, pengundi Cina menjadi pengundi penting untuk kedua-dua belah pihak. Sejak 3 tahun yang lepas orang Cina telah menunjukan kecenderungan untuk menyokong parti alternatif dan telah dibuktikan mereka di dalam kesemua pilihanraya-pilihanraya kecil sejak 2 tahun yang lalu. Di dalam piliharaya Sarawak kali ini SUPP yang menjadi badan politik mewakili kaum Cina di Sarawak merasakan kepanasannya kerana kecenderungan orang Cina Sarawak untuk mengundi parti Alternatif mereka, DAP.

DAP yang telah pun menunjukan kemampuan untuk memerintah di Pulau Pinang dan juga memerintah bersama parti komponennya di empat negeri yang lain telah menunjukan kemampuan untuk menarik sokongan orang Cina di dalam pilihanraya Sarawak kali ini.

“Panas! Panas!” kata seorang sahabat saya dari Miri yang sudah kembali ke Sarawk untuk mengundi esok hari. “Sekarang SUPP terpaksa melakukan gertak menggertak terhadap pengundi Cina dan ini menunjukan yang mereka sudah desperate” kata Low yang sudah membayangkan kepada saya beliau akan berubah kali ini dan mengundi DAP atau mana-mana parti alternatif.

Apa yang dikatakan oleh Low ternyata benar dengan apa yang berlaku di satu kawasan DUN, Dudong dimana Tiong Thai King, Naib Presiden SUPP telah menggertak pengundi Cina dengan mengatakan yang UMNO akan masuk ke Sarawak jika BN Sarawak hilang kuasa 2/3 dalam pilihanraya ini. Selama ini UMNO gagal untuk bertapak di Sarawak kerana BN Sarawak kuat. “Kalau kita tidak mahu UMNO, BN Sarawak mesti menang 2/3” kata Tiong dalam kempennya.

Tindakan ini nyata tindakan ‘derperate’ seperti yang dikatakan oleh sahabat saya Low dari Miri itu. Kenapa pemimpin sebuah parti komponen bertindak membenihkan perasaan benci terhadap UMNO di kalangan orang Cina sedangkan UMNO adalah tunjang belakang kepada BN?

Yang lebih ‘gila’ lagi Tiong mengingatkan pengundi Cina, jika SUPP tidak diwakili di dalam kerajaan negeri lagi, maka MCA dan Gerakkan akan masuk dan mengambil tempat di Sarawak. Tiong menggunakan apa sahaja cara walaupun terpaksa bercakap melakukan ‘sabotage’ terhadap parti komponennya sendiri. Menaikan isu dan sentimen perkauman merupakan cara SUPP untuk menyelamatkan parti itu dari ditolak oleh pengundi khususnya parti SUPP.

Kenapa perkara seperti ini berlaku? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah disebabkan tiada cara lain bagi SUPP untuk mendapat sokongan kaumnya. Parti itu terpaksa main kotor terhadap komponennya sendiri semata-mata untuk nampak relevan kepada kepada kaum Cina di Sarawak.

Mengikut berita terakhir ini, PR telah berjaya membawa aura perubahan lebih-lebih lagi di hari yang terakhir ini. BN sedang menghadapi dugaan yang terbesar yang belum pernah di alami oleh Sarawak sejak mencapai kemerdekaan dalam Malaysia sejak 1963 dahulu.

Sekarang ramai pemerhati politik sedang tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu; adakah BN Sarawak akan menerima nasib parti Berjaya di Sabah pada tahun 1985 dahulu? Di Sabah semasa itu ramai di antara pemimpin-pemimpinnya telah menubuhkan PBS secara tergesa-gesa parti PBS untuk menumbangkan Berjaya pimpinan Harris Salleh dalam pilihanraya negeri itu.

Gerakan perubahan telah berlaku begitu kuat sehinggakan Harris Salleh sendiri telah kecundang kepada Kadoh Agundong di Tenom dengan majoriti yang agak besar. Walaupun Dr Mahathir secara terbuka dan ‘decisive’ telah memberikan sokongan kepada Berjaya, parti itu tetap kecundang di tangan parti baru, PBS pimpinan Pairin Kitingan.

Rakyat Sabah tetap tidak berganjak pendirian menentang Berjaya walaupun Dr Mahathir telah berikrar untuk berenang dan tenggelam bersama Berjaya. Seperti biasa Dr Mahathir membiarkan sahaja Berjaya yang telah tewas dengan teruknya hanyut dan tenggelam dan beliau berenang bersama PBS sehinggalah PBS keluar dari BN pada tahun 1990 dahulu.

Jika dibuat penelitian yang halus di dalam pilihanraya negeri Sarawak ini keadaannya tidak memustahilkan apa yang terjadi kepada Berjaya akan juga terjadi kepada BN pimpinan Taib Mahmud.

Kita tunggu sahaja berita itu besok malam. SPR telah berjanji yang semua keputusan pengundian akan diketahui sebelum tengah malam.

13 April 2011

Demokrasi perlu diperkayakan dengan semangatnya sekali

PM Najib mengakui yang pilihanraya di Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit di dalam sejarah negeri Sarawak. Walaupun keseluruhan jentera persekutuan datang ke Sarawak, sambutan terhadap BN nampaknya jelas berkurangan. Rakyat jelas menampakan penolakan terhadap BN dengan mengeksploitasi isu Taib Mahmud dan isu ini merupakan isu yang sangat mujarab bagi parti-parti pembangkang, iaitu PR dan SNAP.

PM Najib berkata apa yang diperlukan BN hanyalah ‘simple majority’ dan kemenangan 2/3 itu merupakan bonus bagi BN. Kenyataan PM Najib ini memberikan bayangan bahawa BN memang sedang menghadapi jalan sukar untuk mengekalkan sokongan rakyat. Sekali gus PM Najib sudah mengakui yang Sarawak tidak akan lagi menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN lagi dan tidak ada satu negeri pun dalam negara ini menjadi kubu mutlak bagi BN.

Pengakuan pemimpin nombor satu negara merupakan satu pengakuan yang jujur. Untuk mengakui nya bukanlah satu perkara yang mudah, melainkan sudak tidak ada lagi sebab untuk menafikannya. PM Najib tentunya mempunyai asas yang kukuh untuk berkata seperti ini kerana beliau telah berkampong di Sarawak sejak beberapa hari yang lepas.

Yang menarik untuk diolah ialah apa kah natijahnya dari keputusan kemangan mudah bagi BN di dalam pilihanraya di negeri Sarawak ini? Kemenangan 'simple majority' bagi BN bermakna pembangkang mampu untuk memenangi setidak-tidaknya 30 kerusi dari 71 kesemuanya. Jumlah 30 itu merupakan lonjakkan 400 peratus kemaraan pembangkang di Sarawak. Jika ini benar-benar berlaku, ia akan memberi kesan yang besar terhadap landskap politik negara terutamanya dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Kemenangan pembangkang di dalam banyak kawasan di Sarawak akan pasti membantutkan semangat UMNO dan BN di semenanjung yang mereka rasakan telah kembali kearah pemulihan keyakinan rakyat terhadapnya. Selain dari memberikan impak negative terhadap kepimpinan Taib di Sarawak ianya juga memberikan impak yang sama kepada Najib dan barisan kepimpinan BN di peringkat persekutuan. Elok kita berikan ‘emphasis’ yang kehilangan keyakinan kepada pimpinan persekutuan bukan sahaja terhadap Najib tetapi juga terhadap keseluruhan kepimpinan BN khusunya UMNO.

‘Accountability’ ini tidak seharusnya di tanggung oleh Najib semata-mata tetapi dibebankan juga kepada keseluruhan barisan kepimpinan kerana ‘accountability’ itu wajar ditanggung secara ‘collective’ oleh semua di antara mereka dalam kepimpinan negara.

Bagi parti-parti pembangkang mereka akan lebih bersemangat dan berkeyakinan dan selalunya jika seseorang atau sesuatu pertubuhan itu mendapat semangat yang tinggi ianya akan memberikan impak yang baik kepada usaha mereka. Semangat pembangkang di Sabah juga akan meningkat dan di Sabah juga masalah kepimpinan Musa Aman bukan kecil. Tidak menghairankan jika Sabah juga akan menghadapi masalah penolakan besar jika tidak di ambil kira perasaan rakyat terhadap pucuk pimpinan di negeri itu.

Jika keyakinan terhadap kepimpinan Najib berkurangan maka BN terpaksa melakukan apa yang sepatutnya. Dalam situasi ini kesetiaan Najib kepada parti dan negaranya akan diduga dengan hebat.. Banyak pihak akan memerhatikan beliau samada beliau berkesanggupan untuk melakukan pengorbanan terhadap parti dan negaranya dengan mengundurkan diri dari tugas mentadbir parti dan negara.

Demokrasi bukan sahaja di ukur dari sudut siapa menang dan siapa yang kalah semata-mata. Yang lebih penting dari isu siapa menang dan siapa yang kalah itu ialah semangat demokrasi itu sendiri. Jika seseorang itu betul-betul mempunyai semangat demokrasi yang tinggi ianya tidak akan merasa segan dan silu untuk mengundurkan diri semata-mata untuk menyelamatkan telapak perjuangan bangsanya.

Jika seseorang pemimpin yang sudah tidak mendapat sokongan yang bulat maka ianya akan mengundurkan diri kerana dalam demokrasi dia mesti menerima yang jika dia tidak mengundurkan diri partinya akan di tolak pengundi.

Husein Onn merupakan seorang yang tegas mengamalkan demokrasi. Beliau boleh meneruskan kepimpinan negara dengan masa yang lebih lama lagi kalau beliau hanya mengambil demokrasi sebagai pihak yang menang sahaja. Apabila beliau dicabar oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai presiden UMNO pada tahun 1978 beliau menang dengan majoriti yang sangat besar kerana Hj Sulaiman hanya memperolehi 125 undi sahaja dari perwakilan seramai 1300 orang.

Husein sebaliknya mengumunkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pada tahun 1981. Kerana apa? Sebabnya beliau menghormati semangat demokrasi itu. Beliau sedar walau pun beliau memenangi pertandingan itu dengan jumlah undi yang sangat besar, beliau sedar sokong ahli UMNO terhadap beliau tidak lagi sebulat sebelumnya. Maka beliau bertindak mengundurkan diri untuk mempastikan ahli-ahli partinya bersatu di bawah kepimpinan yang baru.

Berbeza dengan sikap Dr Mahathir yang mengatakan ‘walaupun saya menang satu undi saya masih menjadi PM’ kerana Mahathir tidak mengambil semanagt demokrasi itu sebagai elemen yang penting untuk mempastikan partinya bersatu. Malahan beliau selanjutnya berkata jika beliau kalah sekalipun beliau masih boleh menjadi PM jika mendapat sokongan Dewan Parlimen.

Taib sepatutnya sudah merasakan yang beliau sudah berhadapan dengan banyak pihak dalam BN sendiri untuk beliau mengundurkan diri. Jika beliau telah mendapat ‘signal’ itu dari awal lagi dan bertindak mengundurkan diri maka beliau akan di anggap sebagai orang yang menghormati demokrasi tulin. Tetapi sebaliknya beliau terus mengambil sikap mempertahankan diri dengan mengira undi dalam demokrasi itu.

Sekarang oleh kerana beliau tidak mahu menghormati semangat demokrasi itu maka demokrasi itu sendiri akan menolak parti yang dipimpinnya untuk terus memerintah. Samada rakyat berjaya untuk menolaknya belum kita ketahui lagi. Kita tunggu sahaja dua tiga hari lagi untuk mendapatkan jawapannya setelah semua undi dikira pada 16hb yang akan datang.

Jika kita dengar kenyataan PM Najib yang sekarang BN telah menurunkan ‘target’nya kepada hanya memenangi ‘simple majority’ dalam pilihanraya Sarawak, maka itu sudah menjadi petanda yang BN sudah tidak mempunyai keyakinan untuk menang besar dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini.

Sebab apa? Jawapannya ialah kerana Taib dan ramai di antara pimpinan parti pemerintah tidak mahu menghayati semangat demokrasi itu. Maka demokrasi itu sendiri akan memaksa mereka untuk menghormatinya.

Wassalam.

12 April 2011

Banyak juga dapat pelajaran dari politik Sarawak.

PM Najib cuba mengelak menjawab soalan bila Taib Mahmud akan berundur. Beliau hanya menyatakan perancangan peralihan kuasa itu memang ada tetapi akan diberitahu kemudian apabila waktu yang sesuai sampai. Bila kah waktu yang sesuai itu akan tiba tidak siapa yang tahu.

Dalam tulisan saya sebelum ini saya ada mengatakan yang penantian untuk Taib berhenti ini ibarat menunggu hari kiamat. Kiamat akan pasti tiba tetapi belum tentu bila masanya. Taib pula memberitahu yang beliau akan turun dalam ‘beberapa tahun’ lagi dan meminta anak-anak muda bersabar.

Dari banyak-banyak isu yang ada di hadapan mata, isu bila Taib akan bersara adalah isu yang paling hangat. Isu lain sudah tenggelam dan semua pihak khususnya yang membangkang telah mendesak Taib supaya berhenti serta merta. Isu pilihanraya di Sarawak ini sudah menjadi kronik kerana tidak ada siapa yang mahukan Taib lagi. Rata-rata rakyat mahukan Taib berhenti secara terhormat untuk menyelamatkan BN dari terhempas berkecai.

Sekarang ini seluruh pemimpin tertinggi UMNO dari Semenanjung berada di Sarawak, untuk menyambung mana yang putus dan menampal mana yang koyak. Saya khuatir kehadziran ramai pemimpin UMNO di Sarawak ibarat tikus membaiki labu. Keadaan yang berlaku di Sarawak adalah di sebabkan sikap ‘arrogant’ pemimpin-pemimpin BN sendiri.

Seluruh ahli jemaah kabinet negara berada di Sarawak untuk membantu BN dan situasi kritikal ini tidak pernah di alami oleh Sarawak selama ini. Perasaan takut menghadapi kekalahan amat di rasakan. Walk-about yang di lakukan oleh Najib dan pemimpin lain jelas tidak berkesan lagi kerana denyutan nadi rakyat Sarawak yang inginkan perubahan.

Sekarang tidak boleh di pastikan lagi samada wang yang berbillion untuk di gunakan bagi memancing undi itu dapat mengekang perasaan inginkan perubahan itu. Satu persoalannya sekarang; apa kah pelajaran yang kita perolehi dari apa yang sedang berlaku di Sarawak ini?

Pertamanya, ialah pemimpin tidak dibenarkan lagi berkuasa terlalu lama. Taib telah duduk di puncak kuasa selama 3 dekad sehingga beliau telah sampai ketahap seorang yang buta mata hatinya. Taib sedang begitu berang kerana desakan terhadap beliau untuk meletakan jawatan datang dari senua pihak termasuk di kalangan pimpinan PBB sendiri secara senyap-senyap.

Dalam tempoh 24 jam selepas Najib mengatakan yang proses peralihan kuasa akan datang, Taib telah mengeluarkan kenyataan yang beliau akan meletakan jawatan dalam masa beberapa tahun lagi.

Jika ‘beberapa tahun’ yang dimaksudkannya itu ialah 5 tahun, ianya bermakna yang beliau akan hanya berhenti semasa pilihanraya 2016. Kedua-dua kenyataan dari Najib dan Taib itu tidak ada kepastian tentang bila peralihan kuasa itu akan berlaku. Ini membosankan rakyat yang mendengarnya.

Kita pasti boleh belajar dari keterlanjuran Taib mentadbir negeri sebegitu lama telah membina satu sikap berani melakukan rasuah dan salah guna kuasa secara terang-terangan. Bagi Taib yang penting beliau berkuasa dan apa sahaja yang di lakukan oleh ahli kabinetnya tidak menjadi apa kepada beliau. Malahan di mana-mana negara sekali pun jika pucuk pimpinannya berkuasa terlalu lama, undang-undang dan etika tidak lagi menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan apa-apa kesalahan.

Kita juga mendapat pelajaran yang wang dan harta yang bertimbun itu juga boleh membutakan mata hati pucuk pimpinan. Taib memang mempunyai imej sebagai seorang yang kaya raya dengan harta yang bertimbun-tyimbun. Dengan wang itu lah beliau boleh mempengaruhi keadaan sehinggakan pucuk pimpinan yang sepatutnya bertanggungjawab kepada rakyat pun tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap Taib.

Sokongan dan dukongan dari pucuk pimpinan pun boleh diperolehi dengan harta yang bertimbun itu. Setakat ini sekuat mana pun badan penguat kuasa tidak berani melakukan penyiasatan ke atas Taib. Misalnya MACC tidak mengambil masa yang lama untuk menyiasat kes Teo Beng Hock, tetapi sehingga hari ini perlakuan Taib dan kabinetnya tidak pun di dekati oleh Suruhanjaya ini. Kepada Taib segala-galanya dia yang punya.

DAP dan PAS mendapat banyak pelajaran dari apa yang berlaku di Sarawak serta negeri-negeri lain yang rasuah menjadi perkara dan fenomena biasa. Mereka memanfaatkan apa yang berlaku di negeri-negeri yang rasuah berluas luasa dengan memperbetulkan mereka sendiri. Mereka lebih serius dan menjaga kerajaan-kerajaan negeri yang mereka tadbir dengan lebih telus dan secara relatifnya lebih bersih.

Di P Pinang yang ditadbir oleh DAP bersama rakan komponennya telah menunjukan prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan pentadbiran sebelumnya. Jika berdekad-dekad yang lalu kerajaan-kerajaan tempatan di negeri itu sentiasa berada di dalam defisit sekarang ini kerajaan tempatan di negeri itu telah mengalami surplus yang sangat memberansangkan dan ini merupakan bukti yang ketirisan perbelanjaan selama ini yang menyebabkan defisit itu.

Di Kelantan dan Kedah jarang-jarang kita mendengar kes-kes rasuah yang melibatkan RM berbillion-billion. Dalam satu kes PKFZ sahaja kita mendengar yang penyalah gunaan kuasa dan rasuah telah melibatkan jumlah RM 12 billion. Itu baru satu kes sahaja. Bagaimana kes-kes yang lain?

Ada di antara pemimpin seperti Menteri Besar (bekas) yang telah dikaitkan dengan Pembinaan rumah yang melebihi RM 20 juta. Ada pula pemimpin yang telah menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal yang melibatkan jumlah RM 1.5 billion. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai rasa malu dan mengambil wang rakyat dengan selamba sahaja. Dalam pada itu bercakap pula tentang bersih, cekap dan amanah. Entah mana letak cekapnya dan dimana bersihnya tidak siapa yang tahu. Yang sudah pasti, tindakan itu adalah tindakan yang tidak ada amanahnya.

Bagaimana kita hendak menafikan yang contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan P Pinang itu patut dipuji. Bagaimana kita hendak menafikan yang pentadbiran Negeri Selangor lebih telus dan relatifnya lebih bersih dari pentadbiran dahulu?

Mungkin kepada penggiat politik semborono akan marah kepada pandangan saya ini, tetapi sebenarnya pentadbiran seperti inilah yang kita mahu lihat dilakukan oleh BN. Untuk mendapatkan kualiti pentadbiran ini yang pasti perlu ialah pandangan yang berani, tetapi kepada mana-mana orang yang berpandangan berlainan itu akan di anggap sebagai pembangkang pula.

Tetapi penokong BN tidak mahu menerima hakikat kebaikan pentadbiran P Pinang dan Selangor semata-mata kerana politik, malahan mereka tidak begitu gemar dengan pentadbiran yang baik itu. Mereka tercari-cari kesalahan pimpinan Selangor dan P Pinang seperti orang mencari kutu dalam rambut yang tebal. Yang pasti di Pulau Pinang khususnya jika kerajaan sekarang berjaya sekali lagi mendapat mandat dari rakyat negeri itu, mandat itu sudah semestinya di perolehi dari ‘merit’nya sebagai kerajaan dan pentadbiran yang baik.

Justru itu kita berharap agar kerajaan-kerajaan BN yang mentadbir negeri-negeri yang ditadbirnya jadikan cara DAP di P Pinang, PAS di Kedah dan Kelantan serta PKR di Selangor sebagai contoh bagi memperbaiki diri kita sendiri. Jika kita boleh melakukannya maka kita akan terus mendapat mandat lagi selepas PRU nanti.

Setelah mendengar kata-kata Taib Mahmud yang beliau akan berundur beberapa tahun lagi, teringat pula saya kepada Hosni Mubarak dari Mesir semasa beliau mendapat tekanan rakyat untuk berundur. Hosni meminta rakyat bersabar dan berjanji tidak akan bertanding lagi untuk menjadi Presiden Mesir, walaupun telah berkuasa selama 30 tahun.

Akhirnya beliau tunduk dan meninggalkan Cairo serta Istana yang di diaminya selama tiga dekad itu. Taib patut mengambil tauladan Hosni ini; meninggalkan jawatan untuk kebaikan rakyat dan negara khususnya bagi keselamatan dan perpaduan rakyat Sarawak.

Kalau rakyat sudah tidak mahukan beliau lagi, kenapa mesti dia mesti tunggu? Takkanlah ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Menang kalah di dalam pilihanraya itu adalah isu yang lain. Yang penting Taib telah gagal untuk membina ‘spiritualism’ yang baik bagi politik negari itu.

Jika sesungguhnya Taib sayang kepada rakyat dan negerinya, berundur itu merupakan pengorbanan besar bagi Sarawak dan rakyatnya.

11 April 2011

Isu Taib - Tiada beban batu digalas

Seperti apa yang telah dikatakan oleh blog ini dan banyak blog yang lain serta pandangan dari banyak pihak, Taib Mahmud ini lebih banyak membawa masalah kepada BN dari membawa kebaikan dalam pilihanraya di bumi kenyalang ini.

PM Najib terpaksa berkerja keras untuk meyakinkan rakyat Sarawak yang Taib akan bersara tetapi sampai kehari dan saat ini Najib selaku Pengerusi BN kebangsaan tidak dapat memberikan tarikh yang muktamad bila Taib akan bersara dan meninggalkan politik Sarawak.

Lebih malang lagi Najib tidak lagi memberi tahu rakyat siapa yang akan menggantikan Taib. PR telah siang-siang lagi memberi tahu siapa yang akan menjadi Ketua Menteri jika PR memenangi hati rakyat dan mendapat mandat dari mereka. Setidak tidaknya rakyat sudah tahu siapa yang akan menjadi KM jika barisan pembangkang memenangi pilihanraya ini.

Situasi yang tersepit seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika kepimpinan BN dapat merasakan apa yang berdenyut di dalam nadi rakyat kerana terlalu lemah untuk membuat keputusan yang drastik untuk meredakan perasaan marah rakyat terhadap Taib. Kelalaian pimpinan BN menyelesaikan isu ini menyebabkan keadaan begitu genting bagi BN dan jika berlaku penolakan rakyat jangan dipersalahkan rakyat.

Sentimen yang kuat dengan BN memang nyata, tetapi oleh kerana Taib masih berkeliaran dalam BN maka rakyat sudah hilang sabar kerana rakyat telah memberikan signal sebegitu lama kepada BN supaya Taib mesti bersara. Tetapi malangnya BN masih lagi meletakkan Taib sebagai calun dan ini merupakan ‘spoiler’ yang amat ketara kepada BN yang pada pandangan setengah pihak sedang berada seperti telor di hujung tanduk.

Kalau benar seperti yang dikatakan oleh PM Najib yang BN ada pelan peralihan kuasa belioau mesti menghebahkan kepada rakyat siapa yang akan menggantikan Taib dan bila peralihan itu akan berlaku. Kedua-dua isu ini adalah isu yang sangat penting kerana jika rakyat percaya dengan janji Najib itu, tetapi apabila sampai masanya orang yang akan menggantikan Taib itu serupa dengan sikap dan perangai Taib maka rakyat akan mengalami kekecewaan lagi.

Rakyat Sarawak ingin tahu siapa dia yang akan menggantikan Taib kerana ini isu penting. Jika beliau digantikan dengan orang yang tidak diyakini oleh rakyat maka rakyat akan terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk menggantikannya. Sampai bila rakyat hendak diperdaya dengan janji yang tidak jelas ini.

Isu masa pun penting. Rakyat nak tahu bila kerana ini adalah isu penting. Rakyat tidak mahu pemimpin berjanji seperti menanti hari kiamat. Kita tidak tahu bila hari kiamat. Tiada siapa yang boleh memberi tahu sesiapa bila hari akan kiamat. Jelas kedua-dua isu ini merupakan isu yang di sebut-sebut oleh mereka dari Sarawak yang saya kenali.

Kalau Najib benar-benar telah ada calun penggantinya, nama pemimpin itu mesti diumumkan sekarang (sebelum hari mengundi) bagi rakyat membuat penilaian.

Jika kita serius untuk memanangi pilihanraya ini dengan senang kedua-dua isu ini wajar diselesaikan sekarang. Sepatutnya Taib tidak di turunkan lagi sebagai calun. Jika Taib tidak diturunkan sebagai calun keadaan yang kita hadapi ini tidak akan seberat sekarang.

Seperti juga rakyat di mana-mana negara, kesabaran mereka ada hadnya. Jika sudah melampaui batas sempadan kesabaran itu maka kita tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi terutamanya pihak parti pembangkang. Kita selalu menyalahkan parti pembangkang kerana kesalahan kita sendiri. Kita tidak pernah bersalah tetapi rakyat membenci kita.

Sambutan yang diberikan terhadap perjumpaan dan rally politik di antara BN dan PR malam tadi di Bandaraya Kuching menampakkan dengan jelas betapa jauhnya perbezaan di antara sambutan kedua-dua belah pihak. Rakyat berduyun-duyun memenuhi ceramah besar-besaran PR sedangkan ceramah umum yang dihadziri oleh PM Najib tidak mendapat sambutan. Semuanya adalah kerana penolakkan rakyat terhadap Taib.

Rakyat tidak mahu lagi mereka di jadikan seperti dahan bengkok, untuk kera-kera meniti membaham buah-buah yang lebat itu. Rakyat tidak mahu lagi di perlakukan seperti kerbau di sawah; di paksa membajak tetapi hasil padinya di makan oleh tikus-tikus gemuk yang lapar di kepuk padi. Secara beransur-ansur rakyat sudah tahu yang negara ini mereka yang punya, bukan kepunyaan pemimpin-pemimpin.

Rakyat sudah mual dengan sikap kepimpinan yang menggunakan media untuk memperkecilkan pihak lain sedangkan isu yang besar tentang mereka begitu jelas dilihat oleh rakyat segenap lapisan.

PM Najib nampaknya tidak ada masa yang mencukupi untuk memberitahu rakyat perancangan beliau untuk Sarawak kerana masa beliau ditumpukan untuk mempertahankan Taib yang sudah tidak lagi disukai oleh rakyat negeri itu.Itulah sebabnya banyak negara menjadi kacau bilau kerana pimpinan yang sudah tidak diterima masih lagi bergayut kepada kuasa.

Pengakhir kata, Najib hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk menyelesaikan masalah ini. Najib perlu melakukan tidakkan yang berkesan. Kita berharap Najib akan mengambil keputusan muktamad kerana selalunya Najib amat popular dengan sikapnya yang selalu berubah-ubah dan tidak muktamad.

Keadaan BN begitu kritikal, kalau tidak masakan PM berkubang selama enamhari untuk mendekati terus rakyat yang sudah hilang keyakinan terhadap Taib.

Memanglah, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam hal Sarawak ini kesalahan datang dari kita sendiri. Jangan sekali-kali menyalahkan orang lain. Ingat, negeri Sarawak itu rakyat Sarawak yang punya, bukannya Najib atau Taib Mahmud.

Jangan di nafikan hak rakyat Sarawak untuk memilih siapa yang mereka mahu. Kita tidak boleh terus-terusan memenangi pilihanraya kerana ‘intrigue’ politik, tetapi mesti memenangi jiwa rakyat dengan ‘merit’ yang ada kepada pemimpin-pemimpin kita.

Kita perlu akui Taib tidak lulus dalam ujian NKRA politik yang dilaungkan oleh Najib. Kalau Najib luluskan juga Taib dalam NKRA itu maka elok diketepikan sahaja ‘acronym-acronym’ yang begitu banyak yang dianjurkan oleh PM Najib kita.

Seperkara yang wajar diakui; BN Sarawak sudah hilang hidayahnya. Jika hidayahnya masih ada masakan Taib masih lagi mengetuai BN negeri itu?

10 April 2011

Jangan persendakan manifesto pihak lawan.

Kempen pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah sampai ke tahap panas. Sehari dua ini isu manifesto PR di jadikan isu besar sehingga Perdana Menteri dan Timbalannya mengambil isu ini sebagai isu yang tidak terlepas dari lidah mereka derngan memandang remeh dan mencemekkan usaha keras PR untuk keluar dengan manifesto yang mereka mampu melaksanakannya.

BN menganggap manifesto yang di paparkan oleh PR tidak realistik dan boleh membuat negara kita bangkrap dan sebagainya. Hanya manifesto BN sahaja yang benar-benar baik dan boleh melakukan perubahan yang membangnkan umat khususnya rakyat Sarawak yang akan mengundi pada 16 hb yang akan datang.

Pihak kita meminta orang ramai jangan percaya dengan janji PR dalam manifesto mereka kerana PR belum lagi dan tidak pernah melakukannya. Kata mereka, BN lah yang telah terbukti selama ini membangunkan rakyat dan negara dan PR tidak lagi mempunyai rekod mentadbir negara. Saya tidak berapa setuju untuk mengatakan yang PR tidak mampu melaksanakan manifesto mereka jika mereka di berikan kuasa kali ini.

PR belum diberikan peluang untuk memerintah di peringkat Persekutuan. Memanglah mereka belum dapat membuktikan keampuhan mereka untuk mentadbir. Tetapi sedikit sebanyak bukti boleh ditunjukan untuk menyatakan yang PR mampu mentadbir jika kita lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Hanya pihak kita sahaja yang tidak mahu menerima hakikat ini kerana sebab-sebab politik.

Selama ini semua kerajaan tempatan di Pulau Pinang sentiasa mengalami defisit, tetapi sejak hampir 3 tahun PR mentadbir negeri itu kebanyakan kerajaan tempatan di negeri itu telah mengalami surplus yang agak besar. Maka nyatalah yang selama ini defisit yang di alami semasa BN memerintah P Pinang adalah kerana ketirisan pentadbirannya. Memanglah orang BN terutamanya dari UMNO tidak suka dengan komen saya ini tetapi saya bukan untuk mengampu sesiapa, tetapi saya hanya hendak mengampu kebenaran semata-mata.

Sebaliknya BN pula yang mengelabah dengan keadaan ini dan terusan bertindak tercari-cari kelemahan kerajaan negeri untuk di adakan demonstrasi di sana sini di negeri itu. Dulu kita juga yang mengatakan demonstrasi hanya di lakukan oleh pihak yang desperate. Jadi dengan tindakan demonstrasi yang di lakukan oleh UMNO dan BN di P Pinang dan Selangor itu benar-benar menampakan ‘attribute’ UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang 'desperate'.

Jika UMNO dan BN terus-terusan mengadakan demo di jalanan maka tidak hairanlah jika parti itu terus sahaja menjadi pembangkang kerana sifatnya seperti pembangkang itu ada di kalangan pimpinan dan ahli UMNO di Selangor.

Saya akan di hentam kerana pandangan ini tetapi saya lebih suka untuk bercakap apa yang sebenarnya ada di dalam pemikiran saya kerana bercakap lain dari apa yang terkandung di dalam pemikiran itu akan menjadikan kita rasa bersalah.

Saya tahu manifesto PR itu boleh dilaksanakan jika diberikan oleh rakyat untuk melakukannya. Apa yang dilakukan oleh pemimpin kita untuk memperkecilkan usaha PR rakyat itu memanglah perkara biasa kerana mereka takutkan kuasa yang ada di tangan akan jatuh kepada pihak lain jika rakyat percaya dengan manifesto PR itu. Oleh itu mereka (pemimpin BN) akan memperkecilkan segala kandungan di dalam manifesto PR itu.

Kalau kita ingat di dalam manifesto BN Sarawak di dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu, isu untuk membina jalan raya dan mengadakan kemudahan air dan letrik untuk semua rakyat sentiasa ada. Jika benar manifesto itu dilaksnakan dahulu masakan sesudah Taib memerintah selama 30 tahu isu membekalkan api dan air itu masih ada di dalam manifesto sekarang. Sepatutnya isu itu sudah tidak ada lagi di dalam manifesto sekarang kerana sepatutnya air dan api sudah selesai dari dahulu lagi.

Sepatutnya sekarang ini manifesto BN mengandungi isu-isu yang lebih berdaya maju, bukannya masih terkongkong dengan isu infrastuktor yang kecil-kecilan seperti api dan air serta jalan raya kampong dan sebagainya. Taib dan BNnya telah diberikan tempoh selama 30 tahun. Takkanlah air dan api masih menjadi kandungan penting di dalam manifesto BN sekarang ini.

Ini sahaja telah membuktikan yang BN juga merupakan pihak yang telah banyak tidak mengotakan janji-janji yang terkandung di dalam manifesto pilihanraya-pilihanraya yang lalu.

Tetapi banyak yang tidak ada di dalam manifesto BN telah dilaksanakan dengan begitu terang-terangan, seperti Menteri-Menteri Kabinet yang mempunyai mansion-mansion besar yang bernilai puluhan juta ringgit di Sarawak. Ketua Menterinya bergaya dengan Rolces Royce, sama dan setaraf dengan kereta yang membawa Raja-Raja Melayu. Lain yang dijanjikan di dalam manifesto lain pula yang dilakukannya.

Kita baca sahaja manifesto-manifesto parti-parti yang bertanding itu dan kita buat penilaian masing-masing. Yang penting kita mesti mengundi dengan penuh tanggung jawab dan pemilihan mestilah berpaksikan kepada menjaga politik negara dan tidak lagi ada pemimpin yang memferaidkan harta rakyat seperti yang dilakukan mereka selama ini.

Sesiapa pun boleh kita undi. Negara ini negara demokrasi. Rakyat berhak menaikkan atau menurunkan mana-mana peimpin dan parti yang mereka suka.