31 December 2010

Selamat Tahun Baru - Kalau nak ubah....ubahlah!!

Kita akan meninggalkan tahun 2010 yang penuh pancaroba ini dan akan menapak ke tahun yang baru sekejap lagi. Malam ini Kuala Lumpur akan merayakan kedatangan tahun baru dan berbagai macam parti dianjurkan di beberapa lokasi di bandaraya untuk menandakan kegembiraan menyambut tahun 2011. Penganjuran parti-parti ini juga diadakan di banyak tempat di seluruh negara dan kita sedang melihat ramai anak-anak muda membanjiri pesta-pesta ini.

Pesta-pesta seperti ini memang lazim dianjurkan di mana-mana kota besar di seluruh dunia dan jutaan wang ringgit peribadi dan kerajaan dibelanjakan untuk menjayakan pesta yang sudah menjadi tradisi bagi setengah masyarakat dunia dan juga di negara ini.

Tidak kurang juga orang-orang seperti saya duduk di rumah dan menonton TV untuk melihat berbagai-bagai rancangan yang menarik yang diterbitkan oleh stesen-stesen TV kerajaan dan swasta negara kita. Seronok juga duduk di rumah dan menonton TV dan tidak payah berbelanja banyak untuk bersama-sama mereka yang berkemampuan tinggi untuk mengeluarkan perbelanjaan besar itu menyambut kedatangan tahun Masihi 2011 yang belum pasti baiknya kepada kehidupan masyarakat kita.

Kalau duduk di rumah pemikiran kita memang tidak boleh melupakan kejadian-kejadian yang mempengaruhi keadaan kita sebagai rakyat negara ini selama setahun yang lepas. Jika diimbau kembali, kita akan teringatkan kepada siasah negara yang telah menempuh berbagai-bagai cubaan dan dugaan yang memerlukan pertimbangan rakyat untuk memastikan kita semua hidup di dalam sebuah negara yang aman damai walaupun tidak mempunyai kekayaan yang melimpah ruah.

Lagi miskin kehidupan kita lagi kita ingin melihat negara aman damai dan ditadbir oleh pemimpin yang bertanggungjawab kepada kita semua dan kita juga mahu melihat pemimpin-pemimpin kita membayangkan kepada rakyat bahawa mereka berkemampuan untuk berkorban jika mereka tidak berkemampuan untuk menjaga hati rakyat dan negara.

Rakyat kita sepanjang tahun 2010 sedang di dalam pencarian dan sedang melakukan ‘soul searching’ yang serius kerana rakyat sedang berhadapan dengan senario politik yang memilukan. Rakyat terutamanya yang sudah berumur sedang merasakan kebimbangan tentang keadaan anak-anak mereka yang tinggal apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Walaupun pada hakikatnya Tuhan telah menjanjikan rezeki bagi setiap umat sejak 120 sebelum dilahirkan tetapi kita masih lagi tidak dapat mengelak daripada usaha secara syariatnya untuk memastikan kehidupan anak-anak dan generasi yang akan datang terjamin.

Pertembungan nilai dan budaya yang begitu ketara menambahkan kebimbangan dari hari ke hari dan dan minggu ke minggu. Sebagai ibu-bapa dan datuk nenek kepada cucu-cucu kita yang begitu comel-comel sekarang ini terfikir di benak kita apakah nasib akan menimpa mereka setelah mereka dewasa dan kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. Adat berkata yang tua-tua ini akan pergi dahulu dan tinggallah yang muda-muda ini untuk menempuh kehidupan yang masih jauh dan perjalanan masih panjang itu.

Saya memahami keadaan ini kerana bersama dengan mereka yang serius dan yang menhadapi keadaan yang telah saya katakan di dalam banyak tulisan saya. Saya tahu perasaan sebenar mereka yang di bawah-bawah ini kerana rungutan mereka selalunya diluahkan kepada orang-orang seperti saya ini.

Dengan politik yang tidak menentu sekarang ini, kerisauan mereka bertambah serius. UMNO sekarang sudah kehilangan kredibiliti yang teruk. PKR pula sedang menhadapi kekecohan dalaman. Pemimpin UMNO tidak lagi memimpin negara seperti yang sepatutnya. Kali ini kita tahu yang rakyat begitu serius untuk melihat perubahan berlaku kerana kita mahu mencari kepastian yang kita tidak lagi terjebak dengan politik yang begitu ‘deveiving’.

Rakyat sudah jelak dengan pengumuman lepas pengumuman tentang perkara-perka yang kononnya sebagai transformasi ekonomi dan politik dan berbagai-bagai yang sangat payah untuk difahami oleh rakyat. ETP (Economic Transformation Plan) misalnya telah diumumkan dengan begitu hebat tetapi akhirnya telah pun diumumkan oleh PM Najib yang projek permulaan kepada ETP yang digembar-gemburkan ini rupanya dengan melancarkan projek MRT yang berharga RM36 billion tidak termasuk kos pengambilan tanah dan sebagainya.

Apa semuanya ini? Kita mesti ingat rakyat sekarang sudah pergi sekolah sikit-sikit dan sudah boleh baca dan membaca. Nampak sangat yang ETP ini hanyalah untuk kumpulan-kumpulan yang sama dengan kos yang begitu tinggi. Tidak ada siapa yang berfikir dan serius akan percaya yang kos untuk membangunkan MRT boleh sampai ke harga yang begitu tinggi.

Tidak dapat sesiapa yang berfikir mampu untuk tidak mempercayai yang projek seperti ini adalah cara pihak-pihak yang rakus untuk mendapatkan kekayaan yang ratusan kali ganda. Tidak siapa yang tidak percaya yang melalui projek-projek seperti inilah rasuah yang begitu sistematik dilakukan. Kalau itulah contoh ETP yang dilaung-laungkan itu, maka matilah rakyat. Untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna maka ianya hanyalah ibarat mimpi di siang hari sahaja.

Rakyat sudah penat dengan perlakuan pemimpin-pemimpin kita yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ini. Jadi bagaimanakah kita hendak yakin bahawa pemimpin-pemimpin hari ini merupakan pemimpin yang boleh kita letakkan amanah dan keyakinan untuk menjaga generasi kita yang akan datang? Perbidalan Inggeris ada berkata, ‘if you cannot convince them, confuse them’. Agaknya itulah strategi pemimpin kita lakukan untuk mengelirukan rakyat dan mengambil kesempatan untuk menipu dan membelit rakyat sehingga kurus kering.

Sakit hati dan kepala memikirkan bagaimana pemimpin sanggup memberikan kekayaan kepada kumpulan-kumpulan yang sama dari dulu hingga sekarang dan menggunakan rakyat untuk menyokong mereka bagi mereka merompak dan memerah kita terus-terusan? Kebenaran tentang keburukan ini tidak difahami oleh ramai rakyat terutamanya di desa-desa kerana istilah dan ‘jargon-jargon’ besar dipergunakan oleh pemimpin pada hari ini, hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menyambung projek rampokan yang menhimpit rakyat ini.

Parti yang nampak serius dan masih ada disiplin pada hari ini hanyalah PAS bagi orang Melayu dan DAP bagi orang Cina. Itulah sebabnya ramai kaum Cina sanggup memberikan sokongan kepada PAS dan sudah ramai orang Melayu memberikan keyakinan kepada DAP. Bagaimanapun, BN cuba untuk memecahkan sokongan kepada PAS dan DAP tetapi saya menjangkakan bahawa usaha itu tidak akan berjaya setidak-tidaknya buat sementara waktu ini.

Kehilangan sokongan yang banyak terhadap BN bukan kerana kempen pembangkang yang kuat tetapi oleh kerana ‘testimonial’ BN yang tidak baik sejak 2 atau 3 dekad yang lalu. Penyakit berbahaya yang menghinggapi BN sejak sekian lama tidak ada siapa yang berusaha untuk menyembuhkannya, malahan setiap pemimpin pemerintah sudah dihinggapi oleh kuman dan virus penyakit ini secara menyeluruh.

Kita tengok sahajalah dahulu. Kita berharap dengan kedatangan tahun yang baru ini ramai di antara pemimpin pemerintah akan membuat resolusi, ‘tidak mahu rasuah!’ atau ‘kita bersihkan parti kita dari perasuah dan perogol di dalam kabinet dan pimpinan kita’ atau apa-apa pun niat yang baik untuk rakyat dan negara.

ATAU yang lebih baik lagi, ‘aku tidak akan bagi bini aku masuk campur dalam urusan negeri dan negara kita lagi.’, atau ‘bini mesti duduk rumah, tak payah keluar TV selalu, kerana rakyat dah menyampah ni’.

Ini semua cadangan-cadangan untuk resolusi tahun baru, jika berani untuk berubah. Kalau tidak berubah maka rakyat akan mengubahnya. Saya pun sudah hampir nak ‘surrender’ kerana tidak ada faedahnya menegur pemimpin bebal yang kita ada. Kalau rakyat nak ubah, ubahlah. Tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki keadaan.

Pokok dek kau lah jang ooi! Togah dek lonjak posok ketayap kek kopalo. Tak dapek den nak nolong eh doh.

30 December 2010

Tenang - Not too 'tenang'

The Tenang by-election scheduled to be held on the 30th of January is an acid test for BN’s claim of supremacy in Johor and for Najib personally. This state by-election will be a clear barometer and indicator to his popularity as the PM. Bear in our mind that Labis is a strong fortress for UMNO and BN and any diminution of winning majority is simply a no-go for BN in the forth coming GE.

As for PR leaders they admit that this constituency is a stronghold of BN and loosing with narrower majority is certainly an indicator that PR is already having the feel of its existence in this UMNO based state and will be the moral booster for the alternative coalition to look at Johor seriously in the next GE.

None of the PR leaders are taking on Tenang with winning optimism but all of them conclusively envision that a defeat with thinner majority is not an unworkable goal. They stay and remain as underdog and winning with however simple the majority will be taken as conquering success and the talk that BN is going to loose substantial number of seats both the Parliamentary and the state seats in Johor in the coming GE is not a fallacy or empty talk.

The issues that surround the election campaigners will be similar to issues debated currently in public places. Among the issues are DS Rosmah’s involvements in the national politics and administration, ETP, NKRA, racial issues, Intra-party problems within BN and numerous other relevant issues that relate to the daily life of Malaysians. In short this by election is the determinant of Najib’s and BN’s faith in future.

There are talks and gossips that Tenang is not as ‘tenang’ and the inroads made by PAS and PR are obvious, noticeable and quite invasive. BN may win but with thinner majority; and that is all the oppositions desire to proof in this by-election. Losing with narrower majority is as good as being a victor as this constituency is notably the among the strongest UMNO and BN stronghold in Johor.

The 2500 majority in the last GE was much narrower than the previous election (1999) when BN secured a majority of about 5000 votes. If BN is not able to at least preserve the 2500 majority this time around it simply means that BN is seriously loosing grasp in its own home and recognizable home turf. This election is also another test for MCA whether that party is still identifiable by the Chinese as the perception is that MCA is swiftly loosing grip of the Chinese support and heading for oblivion.

The acting UMNO head is facing encumbering problem to be accepted as a candidate as he is not local Tenang ‘boy’. Like the late Dato Sulaiman Taha, the acting heads hails from NS while most of the twenty branches are having preference for local ‘boy’ as their candidate. PAS on the other hand is fielding a young local lawyer who is well liked by the electorates in Tenang.

In actuality the most crucial votes are the Malay votes. This is much so as the propensity of the Chinese leaning towards DAP may leave only the residual support of the Chinese towards BN. These days the Chinese do not have any high regards for Malay leadership like they used to and for that reason they are now mounting pressure and demands to the extent that they want everything the Malays barely have. The huge vacuum of leadership is a real and God knows how UMNO and Malay leaders can address this serious issue.

BN has to be in tight control of the mind of the Malays within this constituency in order to make up a marginal win over PR (PAS) candidate …..And bear in mind that a slim win for PAS is a huge loss for BN, particularly in this constituency. So what is the actual initial judgment of the situation in Tenang?

Some people say it’s fifty-fifty. Let us wait until the 30th January, at about 10.30 PM. We should be able to get the answer by then.

29 December 2010

Jangan diperlekeh kuasa rakyat - nanti kecundang

Bagi setengah pihak rombakan kecil yang dilakukan oleh UMNO diperingkat perhubungannya memang mendapat sokongan dari banyak pihak. Mereka berpendapat mereka akan mudah untuk melalui pilihanraya umum ini dengan kejayaan yang lebih besar dari pilihanraya yang dulu. Rombakan ini juga akan memudahkan lagi rakyat membuat keputusan muktamad pihak mana yang mereka akan sokong.

TETAPI pihak yang bergembira yang saya maksudkan itu ialah pihak Pakatan Rakyat (PR) bukannya pihak kita. Penyokong-penyokong PR rata-rata memberikan sambutan hebat kepada rombakan yang dilakukan oleh UMNO kerana mereka telah mengetahui yang rombakan ini adalah rombakan yang sia-sia bagi UMNO.

Pemerhatian rakyat kepada UMNO dan BN masih tidak berubah kepada persepsi yang baik malah ramai dikalangan ahli-ahli UMNO hanya mendiamkan diri tanpa apa-apa respond kerana mereka kecewa dengan pengumuman yang dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO Malaysia baru-baru ini.

Kabarnya Shahidan Kasim telah menolak perlantikkan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan bagi negeri kecil itu dengan alasan yang beliau tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin perhubungan yang lemah, iaitu Isa Sabu. Suara Shahidan itu merupakan suara dari seorang yang berani dan tegas dengan pandangan beliau.

Tetapi didalam UMNO tidak ramai yang berani memberikan pandangan secara terbuka kerana telah terbenam didalam benak ramai ahli UMNO hanya bercakap belakang sahaja. Didepan pemimpin mereka hanya pandai mengangguk seperti burung balam tetapi mereka akan melakukan berbagai-bagai tindakkan yang boleh menghancurkan parti didalam pilihanraya nanti.

Masalah bagi kita kegembiraan bagi pihak lawan. Dengan pengumuman yang hanya dilakukan oleh Setiausaha Agung ini menunjukan yang Presiden Parti menganggap tindakan merombak kecil diperingkat perhubungan ini hanyalah untuk melepaskan batuk ditangga sahaja. Jadi dari sudut hakikatnya UMNO dan pucuk pimpinannya sendiri adalah pihak yang memberikan dukungan kepada Pakatan Rakyat (PR) bukannya kerana kekuatan PR itu sendiri.

Oleh sebab itu jika kita menghadapi kekalahan tidaklah boleh kita salahkan pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan; salahkanlah pucuk pimpinan sendiri. Itulah sebabnya saya tidak lupa untuk menegur pucuk pimpinan kita yang sudah terlalu jauh dari menterjemahkan perjuangan asal siasah mereka.

Kita selalu memberikan ugutan jika PR memerintah banyak agensi-agensi kerajaan akan dibinasakan oleh PR dan orang Melayu akan kehilangan segala-galanya.

TETAPI rakyat bertanya pula; siapa yang menjahanamkan agensi-agensi kerajaan dan GLC-GLC yang ada pada hari ini? Bukankah itu merupakan salah satu isu besar yang menyebabkan kehilangan keyakinan rakyat terhadap BN? Bukankah BN sendiri yang telah memperkudakan agensi-agensi dan GLC_GLC yang ada pada hari ini untuk kepentingan mereka yang tamak haloba itu?

Kita selalu menganggap orang lain akan berperangai seperti kita. Kita selalu berfikir orang lain juga akan melakukan apa yang kita lakukan. Apabila kita berperangai buruk, kita menganggap orang lain akan juga berperangai buruk.

Rakyat bukannya sebodoh itu. Rakyat sekarang mahu melihat kerajaan yang jujur dan transperan. Rakyat sekarang sudah faham bahawa negara ini mereka yang punya. Jika mereka merasa marah kerana ketidak sempurnaan pentadbiran negara mereka oleh mereka yang diberikan amanah itu mereka ada hak untuk mengganti dan menukarnya kepimpinan dan kerajaan.

Itu sebabnya saya sendiri ingin melihat pimpinan melakukan perkara yang baik dan ‘go back to basic’ kerana saya mempunyai sentiment yang tinggi terhadap UMNO yang sudah lama saya sertai. Itu sebab saya mengkritik dan membidas supaya kita tidak diambil alih oleh pihak yang lain. Tetapi jika itu kehendak rakyat maka tidak ada sesiapa yang boleh menahannya dari memberikan dukungan kepada pihakyang lain. Negara ini kepunyaaan rakyat. Kalau kita tidak berubah secara ‘total’ maka tidak salah lagi jika rakyat mengambil sikap membenci dan menolak kita dimasa depan.

Jangan mengonkong pemikiran rakyat yang sedang dalam pencarian. Kita mesti ingat jika kita sendiri sudah tidak betul bagaimana hendak menyuruh orang lain untuk membantu kita? Seperkara yang kita mesti ingat yang membuatkan rakyat sedang dalam pencarian ini disebabkan oleh kita sendiri.

Jadi adalah tidak adil jika kita membidas mereka yang dalam pencarian yang disebabkan oleh kelemahan kita. Kita yang menyebabkan mereka tercari-cari dan kebingungan kita pula yang membidas mereka….mana ada keadilannya? Rakyat adalah kuasa. Jika kita salah gunakan kuasa yang diberikan rakyat, mereka berhak untuk menariknya kembali.

Ini adalah hakikat. Jangan disoal-soal kuasa rakyat itu. Kesalahan banyak datang dari pihak kita.

28 December 2010

Jangan marah-marah dulu! - UMNO tidak akan berubah

Rombakkan yang dilakukan oleh UMNO bagi Perhubungan Negeri-Negeri diumumkan semalam. Rombakkan ini telah ditunggu dengan sabar oleh ramai ahli-ahli UMNO dan semalam saat yang ditunggu-tunggu itu sampai. Rupa-rupanya tidak ada rombakkan pun. Yang ada hanyalah ibarat menganjak dan mengalih anak-anak pokok jantan yang tidak mungkin menghasilkan buah. Pokok jantan selalunya memang rimbun daunnya tetapi tidak berbuah dan tidak berhasil.

Negeri Kedah merupakan Negeri yang sangat penting untuk UMNO membariskan pemimpin yang berimej baik dan diterima oleh rakyat Kedah sebagai barisan yang akan mengambil alih tempat Dato Seri Azizan dan kerajaan tajaan PAS disana. Jika barisan yang diumumkan itu merupakan dari kumpulan yang ditolak rakyat dahulu, berikanlah dalil-dalil bagaimana meraka hendak merampas kembali kuasa melalui pilihanraya umum nanti. Nampaknya macam jauh panggang dari api, atau bermimpi disiang hari sahaja.

Mereka pernah berkuasa tetapi oleh kerana kelemahan meraka jugalah mereka ditolak. Jika mereka telah ditolak bagaimana pula mereka hendak melakukan usaha untuk kembali diterima rakyat? Bashah merupakan seorang pemimpin yang menjadi isu diKedah, tetapi pucuk pimpinan masih memilih Bashah juga sebagai peneraju untuk mengambil alih kerajaan negeri Kedah dari PAS. Kawan saya dari Kedah memberi tahu saya, "habislah bro! habis!"

Begitu jugalah diPulau Pinang dan negeri-negeri lain yang nampaknya tidak ada perubahannya. Perubahan hanya diperingkat Timbalan Pengerusi tetapi mereka ini adalah dari kumpulan yang sama dengan imej yang sama dan karaktor yang sama. Jadi dimanakah yang dikatakan perubahan itu? Jika kita hanya menukar baju tetapi masih lagi dengan tubuh yang sama, bagaimana hendak mengatakan sudah ada perubahan diperingkat perhubungan?

DiTerengganu, rata-rata rakyat disana mengatakan yang penukaran Pengerusi Perhubungan dengan mengambil dan memilih Ahmad Said sebagai usaha untuk mempersiapkan BN disana untuk mengekalkan pilihan rakyat diTerengganu dalam pilihanraya yang akan datang tidak akan membuahkan apa-apa. Katalah apa yang tuan-tuan hendak dikatakan; dengan barisan kepimpinan yang baru yang diumumkan semalam Terengganu memang sudah hampir pasti menghadapi kekalahan.

Memang tidak sedap mendengar pandangan saya ini, tetapi dimana dia kebenaran untuk menafikan pandangan saya ini? DiPahang Adnan Yaakop adalah pemimpin yang telah melepaskan dua kerusi Parlimen diPahang dan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri. Tetapi beliau masih dikekalkan sedangkan ramai dibawah ini mengharapkan perubahan disana…tetapi tidak juga berubah.

DiPerak Zambri Kadir mengahadapi masalah dokongan dari Bahagian-Bahagian dinegeri tersebut, tetapi beliau tetap menjadi peneraju untuk mengekalkan kerajaan yang dirampas secara tidak demokratik itu. DiSelangor UMNO sedang mencari dan membelek-belek kesalahan kerajaan PR. Yang kecil diperbesarkan tetapi tidak pula berdaya membuktikan kepada rakyat yang dinegeri itu tidak ada berlaku rasuah mega semasa pimpinan BN dahulu.

Betullah Presiden Parti menjadi Pengerusinya tetapi Presiden parti sendiri menjadi bahan umpatan dimana-mana dan beliau tidak dapat hendak melenyapkan pandangan serong rakyat terhadap beliau. Jika ada yang bertaruh yang PR akan kekal berkuasa diSelangor banyak yang mengatakan mereka akan menang pertaruhan itu.

DiNegeri Sembilan PR hanya memerlukan 6 kerusi sahaja lagi untuk berkuasa, tetapi UMNO NS tidak ada perubahan langsung. Dalam pada itu rata-rata mengatakan yang DUN Pilah, Johol dan Juasseh diKuala Pilah akan jatuh jika pimpinan negeri masih tidak berubah. Nun diJelebu dikatakan ramai DUN Chennah akan gugur. Di Jempul katanya, Jeram Padang akan jatuh ketangan PR jika PR meletakkan calun Melayu disana.

Perpecahan yang dicetuskan oleh pimpinan negeri diJempul akan menambah ketenatan BN diJempul. Bagaimana dibahagian-bahagian yang lain? Jika NS tumpas maka tidak ralat lagilah rakyat untuk meletakkan kesalahan kepada pucuk pimpinan kerana tidak mempunyai kekuatan untuk mencari ganti yang ‘viable’ bagi NS.

Hanya Melaka sahaja yang dikatakan akan mengekalkan semua kerusi BN yang dimenanginya dalam pilihanraya umum yang lalu. Tidak keterlaluan jika ada mereka yang memberikan pandangan yang Johor akan kehilangan beberpa kerusi Parlimen kepada PR. Jika Johor yang dikatakan sebagai kubu UMNO dapat ditembusi PR maka jika panjang umur kita semua, kita akan melihat kejatuhan pihak kita dimana-mana diseluruh negara.

Tentu ramai yang membenci saya dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, saya tidak mampu untuk membohongi diri saya sendiri. Dulu blog ini pernah membuat telahan yang PR akan memenangi 75 kerusi Parlimen diSemenanjung ini. Ramailah yang menghentam saya dan menuduh diri saya sebagai pengkhianat kerana mereka tidak mendapat pandangan yang mereka ingin mendengarnya dari saya. Tetapi apabila keputusan disiarkan secara terus menerus, terbukti sebanyak 81 kerusi Parlimen diSemenanjung dan 1 kerusi diSarawak telah tumpas ditangan PR. Kerusi yang jatuh melebihi dari apa yang blog ini ramalkan.

Kali ini saya akan memberikan imbasan mengikut kajian saya yang serba tidak sempurna ini; BN keseluruhannya akan memenangi tidak lebih dari 100 kerusi diseluruh negara. Itu pandangan saya dan saya tidak berhajat untuk membawa sesiapa untuk mempercayainya.

Sekarang barulah ramai yang bertanya kenapa UMNO tidak mampu mencari pemimpin yang dihormati ramai untuk memimpin perhubungan negeri-negeri? Jawapannya ialah; kita tidak melakukan perubahan serta mengenepikan pemimpin yang tidak senonoh semasa budaya itu belum merebak. Sepatutnya dari dulu lagi pucuk pimpian mesti mengenepikan seorang demi seorang jika mereka melakukan kesalahan.

Sepatutnya dahulu lagi pucuk pimpinan patut membuang pemimpin ibarat makan tebu; busuk seruas dibuang seruas. Tetapi dibiarkan keseluruhan batang tebu itu busuk, maka nak mencari ruas yang boleh dimakan sudah tidak ada lagi. Nak dibuang pula sebatang tebu tidak ada pula yang akan memimpin. Maka UMNO kini terpaksa menggunakan juga ruas-ruas tebu yang busuk itu. Bak kata anak-anak muda sekarang, ‘nasib lu lah brader’.

Itu sebabnya saya tidak segan dan silu menyalahkan kepimpinan 3 dekad dahulu. Beliau tidak mula membuang ruas-ruas tebu yang busuk itu secara beransur-ansur. Kerana apa? Sebab nak mendapatkan sokongan untuk berkuasa dengan lama. Hasilnya apa? Kita semua menjadi mangsa. Bila dah hilang keyakinan rakyat salahkan semua orang lain. Beliau tetap tidak bersalah. Seorang pemimpin UMNO memberitahu saya petang semalam, "UMNO sudah hilang hidayah sebenarnya, hanya Tuhan mampu menyelamatkannya".

Sama-samalah kita lihat nanti. Doakan supaya pandangan saya ini salah. Jika pandangan saya ini salah saya sendiri akan mengadakan kenduri kesyukuran yang kecil mengikut kemampuan saya. Jika saya tidak mampu hendak mengadakan kenduri, insyaallah saya akan menghantar sesikat dua pisang dimana-mana masjid dalam keriah saya.

Jangan kutuk saya dulu. Tengok keputusannya dahulu sebelum mengkritik saya. Kalau nak mengata saya juga, suka hati ‘hang’lah.

26 December 2010

Gerak yang benar hanyalah gerak dari Tuhan

Saya telah ditanya oleh salah seorang yang mengikuti apa-apa yang saya tulis didalam blog saya sejak beberapa ketika dahulu samada saya sedar atau pun tidak yang suara saya adalah suara yang terlalu ‘dissident’ dan tidak mungkin sesiapa berani mengikuti dan mengambil pandangan saya untuk dilaksanakan oleh mereka yang bertanggungjawab.

Encik Hasnul ini menasihati saya supaya berhenti sahaja memberikan pandangan kerana pandangan saya memang tidak disukai oleh mereka yang berkuasa atau pun oleh mereka yang mengampu kumpulan yang berkuasa. Hasnul mengganggap yang saya adalah seperti anjing menyalak bukit; sampai bila pun bukit itu tidak akan runtuh ataupun bergerak. Bukit itu akan tetap ditempatnya walaupun banyak anjing yang menyalak kepadanya.

Kepada Hasnul saya hanya mampu memberikan jawapan yang ringkas terhadap persoalan yang saudara timbulkan tadi.

Bagi saya yang penting ialah untuk saya mengeluarkan pendapat saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya tidak boleh dipengaruhi oleh mereka yang mempunyai pemikiran lain dari pemikiran saya kecuali jika mereka boleh membuktikan yang pandangan mereka itu benar dan pandangan saya adalah pandangan yang salah.

Walaupun saya adalah dari kumpulan yang kecil, saya tetap yakin yang suatu hari nanti pandangan saya ini akan diakui benar apabila sampai masanya. Jika suatu hari nanti segla pandangan saya diakui benar, apa yang saya minta jika ikhlas, untuk menghadiahkan saya surah Al-fatihah kalau saya sudah tiada lagi didunia ini.

Salah satu firman yang saya temui ialah; ‘selagi masih ada yang berzikir kepada ku walaupun seorang dunia tidak akan kiamat.’Begitu jugalah dalam perjuangan. Jika masih ada segelintiran manusia yang berusaha dengan cara apa sekali pun untuk melakukan apa yang sesuai untuk membetulkan keadaan yang tidak baik dalam parti saya UMNO ini, selagi itulah UMNO akan selamat dan tidak berkecai sampai hancur.

Jika saya digerakkan untuk melakukan apa yang saya lakukan pada hari ini saya rela menerima apa sahaja risiko yang bakal saya hadapi dihari muka. Lagi pun saya memang sudah tiada apa-apa kerana saya sudah hilang segala-galanya sehinggakan saya sudah tidak ada apa-apa yang akan hilang lagi, dan saya tidak pernah menyesal dengan keadaan ini.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Hasnul kerana rupa-rupanya ada insan yang ikhlas memberikan saya nasihat secara peribadi dan ingatan saudara itu akan saya kenang sehingga akhir hayat saya.

Apa yang berlaku disekeliling kita tidak semestinya perlakuan yang baik. Tuhan telah membuktikannya melalui apa yang telah diafa’alkannya. Cuba kita ingat kembali apa yang dihadapi oleh Nuh alaihissalam. Nabi Nuh telah menyeru manusia diseluruh dunia untuk menuju kearah kebenaran dan meninggalkan kebathilan.

Selama 800 tahun Nuh telah berkempen untuk kebaikkan tetapi seruan Nuh tidak diambil indah oleh semua umat manusia, kecuali seramai 81 orang sebagaimana yang digambarkan oleh setengah ulamak yang muktabar yang mengikuti jejak Nuh alaihissalam.

Malahan Nuh telah ditertawakan oleh semua orang dan memangil Nuh sebagai orang gila apabila Baginda membina bahtera ditengah padang pasir yang kering kontang. Semua umat semasa itu mengejek Nuh dan mempersendakan Baginda dengan kata-kata hina dan nesta. Tetapi Nuh tetap dengan tugasannya, terus membina bahtera ditengah padang pasir yang kering kontang itu.

Akhirnya kebesaran Tuhan telah dinyatakanNya secara terang-terang. Apabila air bah yang begitu besar tiba, maka hanya yang 81orang itu sahaja yang terselamat dengan kehendak Tuhan dan seluruh umat yang mengejek-ngejek Nuh itu hanyut ditenggelami oleh bah yang begitu besar termasuklah anak dan isteri baginda yang tidak menerima seruan Nuh untuk menuju kearah jalan yang benar dan diredgoi Tuhan.

Apa yang berlaku kepada Nuh ini merupakan iktibar yang besar dan kita wajar mengakui yang kumpulan yang besar itu tidak semestinya kumpulan yang benar. Demokrasi berkata, ‘majority rules’ itu jika dipandang dari sudut hakikatnya tidak semestinya betul. Yang betul hanyalah apa yang diafa’alkan oleh Tuhan Maha Pencipta itu.

Tentulah apa yang dikatakan oleh Nuh itu lebih benar dari apa yang dikatakan oleh pemimpin politik yang tidak tentu arah perjuangannya. Masing-masing mempunyai pandangan masing-masing. Hanya yang membezakan pandangan-pandangan ini ialah samada pandangan masing-masing itu didasarkan kepada keredhoan tuhan kita.

‘Tidak bergerak sezahrah pun tanpa gerak aku!’; itulah salah satu firmanNya. Jadi apa masalahnya untuk saya menerima sahaja apa yang digerakkanNya untuk saya lakukan dengan sebaik mungkin?

Tugasan masing-masing telah ditentukan oleh yang MAHA ESA. Saya menerima sahaja apa yang sepatutnya saya lakukan. Wallah hualam.

RM400 untuk peneroka - termakan tak umpan kali ini?

“FELDA akan memulakan pembayaran bonus sebanyak RM400 bagi seorang peneroka dan ini menjadi satu lagi ‘tip’ yang plihanraya umum sudah menjelang” kata salah seorang pemeroka yamg saya kenali semasa menghadiri majlis persandingan sepupu saya disalah satu rancangan Felda diGemas hari ini.

Pengundi dari peneroka Felda mempunyai pengaruh besar setidak-tidaknya dalam 50 kawasan Parlimen di seluruh negara. Felda akan membayar kurang sedikit dari RM100.1 juta untuk maksud ini dan pembayaran akan bermula pada awal 2011 ini dipejabat-pejabat Felda dirancangan-rancangan tanah itu diseluruh negara. Berita ini rupa-rupanya memang sudah keluar melalui punca berita alternatif.

Saya tidak akan mendapat apa-apa berita dari media letronik dan cetak perdana kerana saya sudah hampir 6 tahun tidak menengok TV dan membaca akhbar perdana kerana saya mempunyai kurang keyakinan terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media perdana. Kalau pun saya melihat rancangan berita TV selalunya saya akan menonton rancangan berita itu setelah setengah jalan rancangan itu berlalu untuk mengikuti berita-berita sukan yang terkini.

Jika pasukan bola Kelantan mengalah pasukan NS didalam pertandingan akhir Piala Malaysia dengan keputusan 2-1 atau 3-1 misalnya media perdana tidak akan dapat mengubah jumlah gol yang diperolehi oleh mana-mana pasukan itu, dan berita itu adalah berita benar dan tidak dapat diubah oleh editor-editor TV atau akhbar-akhbar perdana itu. Dalam akhbar-akhbar perdana ada 2 lagi berita yang pasti benar; iaitu keputusan Empat Nombor Ekor dan waktu sembahyang 5 waktu itu. Selain dari itu saya terpaksa berfikir samada berita yang tersiar itu benar atau sebaliknya.

Memberikan ‘hand-out’ seperti ini merupakan amalan yang telah menjadi budaya oleh pemerintah untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya umum. Dengan pemberian ini adalah diharapkan ianya akan memberikan ‘advantage’ kepada BN kerana RM400 ini boleh dijadikan umpan dan bahan ungkitan dalam kempen pilihanraya umum nanti. Tentunya pihak pemerintah mengharapkan ‘budi’ ini akan digantikan dengan undi. Jika ini dianggap sebagai ‘budi’ maka BN berpendapat ianya akan memberikan kekuatan kepada UMNO dan BN dilima puluh kerusi parlimen dalam mana terdapat tanah rancangan Felda yang luas, khususnya ditiga buah negeri, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.

Persoalannya bolehkah RM400 itu menjadi umpan yang efektif untuk tujuan memenangi PRU 13 ini?

Dalam sinario politik yang dahulu umpan seperti ini boleh memastikan sokongan kuat dari peneroka, kerana krisis keyakinan terhadap kepimpinan tidak begitu nyata. Tetapi jika itu masih menjadi senjata untuk memikat hati dan sokongan dari peneroka sekarang ini ianya merupakan tindakkan yang tidak lagi membawa bekas kepada mereka.

Peneroka sekarang tahu yang RM400 itu bukannya datangnya dari sumber lain tetapi sumbernya adalah dari peneroka sendiri. Peneroka sekarang telah terbuka minda mereka hasil dari ‘exposure’ anak-anak mereka yang bekerja bertaburan diseluruh pelusuk negara dan mereka bukan lagi mudah diumpan secara begini. Mereka seperti juga masyarakat lain tetap mahu melihat kepimpinan yang bertanggungjawab tanpa ada unsur rasuah dan salah guna kuasa yang keterlaluan.

Mereka tahu yang mereka tidak boleh membiarkan pimpinan melakukan sesuatu yang membebankan rakyat dan mereka tahu bahawa apa yang dilakukan pada hari ini mempengaruhi keadaan dimasa yang akan datang. Mereka tahu juga selain dari kenyataan yang sumber RM400 itu datangnya dari mereka sendiri mereka juga tidak boleh dibeli dengan harga RM400 untuk memberikan kuasa selama lima tahun yang belum tentu ada kebaikkannya. RM400 itu jika dibahagikan dengan lima tahu bermakna mereka hanya mendapat RM80 bagi setahun untuk membiarkan pimpinan yang tidak diyakini untuk memerintah.

Itulah sebabnya blog ini selalu mengingatkan bahawa yang penting bukan RM400 itu; yang penting ialah untuk melihat kepimpinan yang bersih dan amanah dan tidak dipengaruhi oleh unsure-unsur kebathilan dalam pentadbiran kerajaan yang memerintah.

Mereka juga sedar yang mendapat keuntungan dari usaha dan penat-lelah mereka ialah Felda. Tidak ada sesiapa patut menafikan yang Felda perlukan keuntungan untuk mentadbir tanah rancangan yang begitu luas tetapi peratusan keuntungan kepada peneroka itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan apa yang diperolehi oleh Felda. Berbillion keuntungan yang diraih oleh Felda itu adalah terlalu tinggi jika kita baca dari segi matlamat penubuhan Felda itu dahulu.

Matlamatnya ialah untuk memberikan tanah dan kebun untuk mereka yang tidak bertanah. Maka jika keuntungannya menjadi begitu besar adalah lebih wajar peneroka diberikan lebih menufaatnya dari Perbadanan Felda itu sendiri.

Jika Felda sudah terlalu besar tidak bolehkah Felda membeli hasil mahsul ladang-ladang peneroka ini dengan harga yang lebih baik dari harga belian sekarang ini? Kenapa membeli hasil peneroka terlalu rendah dari harga yang ditawarkan oleh pembeli luar dari Felda?

Kita bukan mengkritik dengan semborono sahaja. Tetapi peneroka sepatutnya telah mendapat lebih dari apa yang apa yang mereka dapati sekarang ini jika dibandingkan dengan apa yang telah dicapai oleh Felda (Perbadanan). Penat lelah peneroka selama ini telah memberikan keuntungan yang begitu besar kepada Felda dan berbillion wang peneroka telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan negara yang tinggi kerana terselit elemen penyalah gunaan dana peneroka oleh pimpinan negara kita. Sesungguhnya penerokalah yang lebih berbudi kepada Felda dan kerajaan dari Felda berbudi kepada peneroka. Budi peneroka bukan RM100.1 juta tetapi berbillion-billion kepada kerajaan.

Sampai bila kah budaya memberikan ‘hand-outs’ semasa pilihanraya ini? Kenapa kita tidak mendapatkan sokongan dari dasar-dasar dan pencapaian kerajaan yang dianggap baik dan berjaya dan disukai mereka? Para peneroka ini tahu yang RM400 ini bukanlah jalan penyelesaian yang muktamad kepada permasalahan yang dihadapi mereka. Mereka juga sebenarnya terlibat dalam memperkatakan isu-isu nasional dan pujukan dengan wang RM400 itu tidak dapat membetulkan apa-apa persepsi buruk terhadap kepimpinan negara dan kerajaan. Mereka akan lebih berkeyakinan kepada anak-anak mereka yang sudah dewasa yang sedang bekerja disetiap pelusuk tanah air dalam menentukan sikap mereka dalam sesuatu pilihanraya.

Sampai bila rakyat dijadikan seperti ikan didalam sungai: diumpan dengan cacing, apabila ikan termakan umpan dan melekat dimata kail, ikan itu akan belah dan digaramkan untuk dimasak bagi hidangan seorang dua.

23 December 2010

Padan muka aku

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasisa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sajana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelaran keperongkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM 500 juta ditawarkan dengan harga RM 1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disisni semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi. Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang akan memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggunjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua!

22 December 2010

Nasib kaulah jang!!!

Peruntukkan perlembagaan yang memberikan keistimewaan kepada Bumiputra memang ada. Itu nyata. Setiap rakyat tahu peruntukkan itu wujud. Hanya pihak yang tidak ada kejujuran sahaja yang akan menafikannya. Berdasarkan kepada peruntukkan itu kerajaan pernah mewujudkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) sejak awal tujuh puluhan dan telah ditamatkan pada tahun 1990 dan digantikan dengan dasar pembangunan jangka panjang negara.

Matlamat DEB hanya satu; iaitu untuk membina perpaduan rakyat melalui beberapa proses yang dipersetujui oleh semua kaum dan pihak. Isu ini telah selalu ditulis didalam blog ini setahun dua yang lalu dan tidak payah lagilah diulangi inti parti dasar itu.

Yang saya nak sentuh sedikit pada hari ini ialah tentang ‘special rights’ untuk orang Melayu dan Bumiputra itu, yang berkisar disekeliling perlaksanaannya dan definasi Bumiputra yang disebutkan acap kali oleh banyak pihak itu. Saya merasa amat tertekan mendengar dan melihat dasar yang semolek itu telah disalah definasikan oleh pemimpin yang bertanggunjawab dan dasar itu telah disalahgunakan selama ini yang hanya memberikan munafaat kepada hanya bumiputra yang tertentu dan teristimewa sahaja.

Saya merasa kesian melihat Bumiputra yang ramai-ramai ini menjerit-jerit memberikan sokongan tetapi mereka yang ramai-ramai ini jugalah yang telah menjadi mangsa dari ketidak jujuran pimpinan selama ini. Pemimpin kita begitu obses dengan pembangunan fisikal yang keterlaluan sehinggakan Bumiputra tidak dapat menjangkau kepantasan itu dan terus ketinggalan sampai kehari ini.

Yang merasakan nikmat yang tidak terhingga ini hanya segelintir kroni dan ‘bumiputra’ yang istimewa sahaja mengendalikan projek-projek besar seperti projek infrastruktor yang memakan belanja wang rakyat ratusan billion ringgit jumlahnya.

Lebih malang lagi orang Melayu, selain dari terpaksa bersaing dengan Bukan Bumiputra, mereka terpaksa bersaing dengan semua agensi-agensi kerajaan serta semua ‘public companies by guarantee’ yang sekarang dipanggil sebagai GLCs.

Kita telah lupa asas penubuhan GLCs ini. GLCs ini diasaskan penubuhannya untuk mengumpul dan membina herta kekayaan bagi pihak Bumiputra yang selama ini belum terjangkau untuk bersaing dengan pihak-pihak lain. Tetapi syarikat-syarikat ini melaksanakan tugas mereka sebagai entiti perniagaan untuk bersaing dengan Bumiputra. Kalau dalam kontek dasarnya semua GLCs telah gagal melaksanakan tanggunjawab mereka untuk memenuhi dasar-dasar yang ditetapkan itu.

Kejayaan GLCs hanya satu; iaitu untuk meningkat dan membina ego CEO dan pengurusan mereka hingga terbentuk pegawai-pegawai yang diamanahkan itu menjadi kumpulan elitis yang tidak lagi berdiri dibumi dan tidak berpayung dan langit yang dijunjung. Malahan ada diantara CEO GCs yang ada telah mampu untuk menjadi manusia yang ratusan juta nilai harta peribadi dan terbang dengan ‘executive jets’ keseluruh antero dunia.

Segala budaya ini dibiarkan terbina sehinggakan mereka menganggap syarikat yang mereka urusankan itu sebagai syarikat peribadi mereka. Rungutan ini memang telah kita dengari sejak pertengah 80 han dahulu tetapi kelalaian pucuk pimpinan semasa itulah yang menyebabkan budaya buruk ini mengembang tanpa batasan hari ini.

CEO-CEO ini mengambil kesempatan diatas nama Bumiputra sedangkan mereka adalah bumiputra yang ditugaskan secara moralnya untuk membantu bumiputra yang ramai-ramai masih terkial-kial untuk membina perniagaan dan kehidupan seperti yang dirancang didalam dasar kerajaan itu.

“Bumiputra-Bumiputra’ istimewa inilah yang menikmati segala keistimewaan kerana mereka merupakan Melayu baru yang hampir dengan pimpinan yang berkuasa dan Bumiputra yang lain masih ditakok lama berjuang untuk hidup dengan disaingi oleh ‘Bumiptra-Bumiputra’ istimewa ini selain dari taukeh Cina yang besar-besar.

Setiap kali projek-projek besar terutamanya projek infrastruktor akan diperolehi oleh kumpulan-kumpulan yang sama secara bergilir-gilir dan tidak ada peluang untuk syarikat-syarikat lain untuk berkembang maju. Yang terakhir ialah syarikat Gamuda-MMC yang dipunyai oleh dua kumpulan manusia berpengaruh dinegara ini telah diberikan projek raksaksa MRT yang bernilai RM40 billion.

Melalui projek ini pemerasan terhadap wang amanah rakyat dilakukan secara sistematik.

Rakyat dipujuk untuk mempercayai yang MRT itu akan menjana pendapatan sebanyak RM42 billion ringgit setahun dengan tujuan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dengan berselindung disebalik pendapatan RM42 billion yang digembar gemburkan itu. Tidak ada manusia yang berkemampuan berfikir akan mempercayai kos pembangunan projek infrastruktor itu akan sampai ketahap RM40 billion.

Tetapi pandangan seperti yang saya utarakan ini tidak akan diterima kerana banyak pihak terlibat dengan kepentingan masing-masing akan mempertahankannya dengan bermacam-macam alasan. Orang pandai-pandai akan tahu cara untuk meyakinkan yang projek ini diwujudkan diatas kejujuran walaupun disebaliknya ianya merupakan usaha mengelirukan rakyat yang sangat sistematik. Tetapi lambat laun ianya akan diketahui juga oleh pembayar cukai bagaimana mereka dikelirukan oleh pihak yang tamak haloba ini.

Sejak dari pentadbiran Dr Mahathir lagi kumpulan yang sama sahaja yang mendapat faedah dari projek-projek gergasi seperti ini saolah-olah semua rakyat yang jembel seperti kita ini hanya ditugaskan untuk mendukung pentadbiran ini semata-mata untuk kepentingan kumpulan-kumpulan yang sama. Kita rakyat yang dibawah ini disifatkan mereka sebagai anjing buruan untuk mengejar dan mengepung kijang utuk tuannya.

Tuannya mendapat semua daging-daging yang pejal-pejal sedangkan anjing buruan itu hanya mendapat tulang yang dilemparkan kepada anjing-anjing buruan untuk direbut diantara anjing-anjing buruan itu. Anjing-anjing buruan itu akan bersukacita mendapat menggigit tulang-tulang itu akan terus taat membantu tuannya memburu binatang buruan yang lazat-lazat untuk dimakan.

Itu sahajalah gunanya ahli-ahli UMNO dan BN ini. Lagi kuat mereka disokong lagi hebat perlakuan yang sangat bedebah ini. Lagi banyak kita dibohongi lagi kuat kita menyokongnya. Bak kata orang dikampung saya, ‘nasib kaulah jang!!!’

19 December 2010

Jika benar bagai dikata, beranilah untuk berubah - Rakyat (Melayu) dalam pencarian.

Selama kita hidup tentulah kita telah melalui dan mengalami banyak pahit manis kehidupan yang telah menjadikan kita dewasa. Orang tua-tua berpesan, ‘jadikan alam yang terbentang luas ini sebagai guru’. Apabila disebut ‘Alam’ maka ianya membayangkan betapa besarnya ilmu yang kita perolehi jika kita berfikir dan menjadikan pelajaran untuk diri kita.

Apabila kita cuba untuk menjangkau kebesaran alam ini kita lama kelamaan akan merasakan betapa kecilnya diri kita ini. Kita akui yang alam ini merupakan kenyatan wujudnya Tuhan yang Maha pencipta itu. Itulah sebabnya jika insan yang bersifat baharu seperti kita ini cuba menghampiri kealam keTuhanan kita akan merasakan kenyataan; lagi kita hampir kepadaNya lagi kita merasakan betapa kecilnya diri kita. Semakin kita hampiriNya kita akan merasakan yang kita semakin kotor dan hina disisi Yang Maha Suci dan Mulia itu.

Kedua-dua dalil tadi membayangkan betapa Maha besarnya DIA dan MAHA sucinya DIA yang tidak ada sesuatu perbandingan denganNya. DIA tidak memerlukan munafaat dari kita kerana DIA adalah ‘net giver’ segala munafaat dan nikmat.

Maka yang kita perlu lakukan ialah mentauhidkanNya dan lahirnya kita semua adalah untuk semtiasa berzikir dan bertahmid, memuji dan mengtauhidkanNya secara intensif. Oleh kerana dituntut untuk mentauhidkanNya maka kita telah disediakan tata cara hidup bersyariat dengan hukum hakam yang jelas. Semuanya itu adalah elemen-elemen tauhid kerana tidak ada syariat serta hukum hakam maka tidaklah kita mengikuti agama yangh Maha suci ini. Ikut segala suruhanNya dan jauhi segala laranganNya itu merupakan bukti tauhid kita kepadaNya.

Kita diberikanNya Agama untuk kita hidup dengan cara civil yang diredhoiNya. Maka Agama tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai Addin atau cara hidup yang dituntut Nya.

Jika itu merupakan Addin ianya bermakna yang segala tindakkan kehidupan kita itu mesti selaras dengan segala ‘do’s and don’ts’ yang telah disyariatkan. Kita semua tahu apa yang disuruh dan ramai yang boleh melakukan suruhanNya. Tetapi yang paling susah selalunya ialah untuk mengelak dari apa yang dilarangNya. Susahnya untuk mengelak dari melakukan apa yang dilarangnya itu ialah kerana semua yang dilarang itu merupakan perkara-perkara yang enak dimakan dan sedap dirasa.

Salah satu contohnya ialah rasuah. Menerima rasuah apatah lagi yang besar-besar tentulah perkara yang sangat enak dimakan dan sedap dirasa. Apabila kita menerima rasuah dan menjadi perasuah tegar, segala perlaksanaan tugas untuk rakyat dan negara, mereka akan mengambil kesempatan untuk menerima rasuah. Rasuah itu tentulah datangnya dari wang rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan setiap tahun dan setiap keuntungan dari perniagaan rakyat contohnya.

Maka kita diingatkan oleh agama kita yang memakan rasuah itu ada sama seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Jika kita mengambil berat tentang salah laku ‘sodomy’ kenapa pula kita yang mengisukan sodomy itu tidak menerima persepsi yang dosa rasuah itu juga sebagai dosa yang terbesar. Mana agama yang mengatakan yang dosa rasuah itu adalah lebih kecil dari dosa melakukan sodomy?

Kita wajar menerima hakikat yang jika kita terutamanya kepada pimpinan negara melakukan rasuah itu merupakan tindakkan yang bertentangan dengan cara hidup atau addin dalam Islam atau mana-mana agama sekali pun. Jika rasuah benar-benar berlaku tidak ada contoh yang pelaku rasuah itu akan dapat menghindarkan dari pengetahuan umum. Apabila masyarakat sudah mengetahui wujudnya perlakuan rasuah itu maka mahu tidak mahu kita terpaksa menghadapi ‘retribution’ dari perlakuan itu.

Jika kerajaan dan pemimpinnya yang melakukan rasuah itu maka bentuk 'retribution’ yang diterimanya ialah kehilangan keyakinan dan kepercayaan rakyat seperti yang dialami oleh kerajaan dan kepimpinan kita pada hari ini. Secantik dan sebaik mana pun perancangan yang diumumkan oleh kerajaan rakyat tidak akan memberikan keyakinan kerana mereka tahu yang dalam perancangan yang baik itu pasti ada unsur rasuah didalam proses perlaksanaannya.Rakyat mahukan kerajaan yang boleh diyakini.

Rakyat tidak mahukan kegiatan rasuah itu! Rakyat sudah serik dan jelak dengan rasuah yang dilakukan disetiap jabatan kerajaan baik dari kakitangan yang terendah, sampailah keperingkat yang tertinggi. Rasuah memang membawa bencana kepada semua temaddun kalau kita kaji dengan teliti. Jika berlaku kekecuhan dalam pemilihan siapa yang akan memimpin kita, maka rasuah adalah salah satu elemen yang menjadi penyebabnya.

Rakyat sudah sampai ketahap membenci mana-mana pihak yang melakukan rasuah itu. Pemimpin kita selama ini telah mengambil kesempatan diatas kesetiaan rakyat terhadap mereka. Rakyat tidak mahu lagi ditipu terus-terusan seperti yang masih berlaku pada hari ini.

Kejatuhan sesuatu kepimpinan itu mesti ada ‘immediate cause’nya. Jika Abdullah Badawi diisukan dengan pentadbiran keluarganya, nampaknya Najib tidak akan dapat mengekang apa yang diisukan oleh terlalu banyak pihak yang pentadbirannya adalah pentadbiran laki bini. Bagaimana hendak melenyapkan isu yang amat merbahaya ini? Dimerata-rata corok dan sudut negara kita orang ramai menggosipkan isu ini.

Salahkah mereka bercerita tentang isu ini jika Najib tidak berusaha untuk memperbaikki keadaan ini? Takkan salah lagi rakyat. Kita perlu ingat negara ini rakyat yang punya. Orang akan berkata jika ahli keluarga pun tidak mampu ditadbir, bagaimana hendak mentadbir negara yang mempunyai rakyat seramai hampir 30 juta ini? Bukankah itu soalan yang lojik dan relevan untuk keutuhan negara dan bangsa mereka?

Jika ramai rakyat menolak Abdullah Badawi kerana isu keluarga, adalah natural bagi rakyat akan menolak Najib dengan isu laki bini tadi. Jika berlaku tindakan rakyat menolak kepimpinan dalam peti undi nanti, salahkah rakyat lagi? Takkanlah dalam kemelut politik seperti ini yang benar hanya pemimpin dan yang salah hanya rakyat.

Tetap jika pemimpin kita masih menyebelahi ahli keluarga yang dipandang remeh oleh rakyat maka pemimpin kita mesti bersedia untuk diketepikan oleh rakyat. Ingat, negara ini rakyat yang punya. Bukan kepunyaan isteri anda atau isteri saya. Imej seperti ini tidak akan mampu ditutupi dengan isu pembangunan semata-mata dengan pengumuman NEM, NKRA, ETP NKREA. PTP, TTP, PPT, NPE, PPN, AMN, KPN, KOAM, LLN, PTPN, KTM dan entah apa bala yang lain.

Rakyat tetap memerhatikan kejujuran dan kesetiaan pimpinan kepada agama dan negaranya. Sebagaimana yang disebutkan awal-awal tadi kita yang beragama ada tata-cara dan addin yang selalu disebutkan oleh ulamak kita termasuk beberapa pemimpin UMNO yang mahu dipanggil ulamak.

Kejemuan yang dialami oleh rakyat terhadap persepsi rasuah inilah yang menyebabkan rakyat sudah ramai yang berpindah keyakinan kepada parti-parti pembangkang. Kepada orang Melayu yang Islam mereka berpindah kepada PAS sebagai usaha pencarian untuk hidup dalam situasi politik yang menampakkan kecenderungan untuk melihat politik dan siasah negara bersandar sedikit sebanyak kepada cara Islam yang dikatakan sebagai addin tadi.

Kita sebaliknya menerpa kepada mereka yang sedang dalam pencarian ini kerana kejemuan mereka terhadap kita. Kalau kita hina dan pandang remeh terhadap usaha pencarian mereka untuk membawa mereka kembali kepada kita adalah hampir kepada mustahil kerana mereka lari dari kita yang mereka anggap sebagai pihak yang lalai dalam melaksanakan addin sebagai yang diinginkan oleh mereka.

Dinegara-negara yang maju seperti diSwitzerland rakyat yang terlalu mementingkan kebendaan, masyarakatnya telah lama merasa tertekan kerana 'social dan material demands' yang terlalu tinggi. Itulah sebabnya mereka sedang mencari ketenangan dengan memanggil dukun dan pawang siam untuk pencarian mereka. Bagi kita orang Islam sesiapa sahaja yang boleh memberikan ketenangan kepada kehidupan, mereka akan mengikut pihak itu, dan dalam kontek kita mereka mengikuti PAS kerana ada unsur-unsur keagamaanya sebagai sumber untuk santapan naluri mereka.

Samada salah atau benar itu Tuhan sahaja yang tahu tetapi yang penting kita perlu akui mereka (orang Melayu) sedang dalam pencarian. Jangan salahkan mereka kerana kita terlalu mementingkan material untuk sekelompok oportunis semata-mata, justru mereka mengalihkan pandangan mereka kearah yang lain. Masa akan menentukan kebenaran yang saya tulis ini.

Itulah sebabnya saya ulangi bahawa kita perlukan perubahan seratus peratus, baik dari segi kepimpinan dalam parti yang memerintah. Kita tidak boleh dengan hanya mentadbir sentiment semata-mata tetapi juga dari segi rupa bentuk dan struktor parti itu. Kalau ini masih tidak dilakukan dalam jangka masa yang singkat UMNO dan BN ini akan menjadi bahan bacaan sejarah semata-mata.

Pengakhir kata, berkata dan bertindak berani serta mengakui segala kesalahan kita merupakan satu-satunya jalan untuk dilakukan jika benar bagai dikata yang anda sekalian sayangkan UMNO itu.

Jadikanlah alam yang luas terbentang ini sebagai guru.

16 December 2010

Tidak ada rombakkan kabinet - pilihanraya dulu.

Desas-desus tentang rombakkan Jemaah Menteri Negara nampaknya mulai surut dan desas desus tentang pilihanraya umum nampaknya mengambil tempat dimana-mana kita berjumpa kumpulan rakyat yang bercakap dimana-mana. Nampaknya ramai pemimpin-pemimpin Bahagian-Bahagian sedang tuirun naik dari tempat masing-masing berulang alik keKuala Lumpur untuk melobi untuk menjadi calun atau untuk menyambung panggal mereka yang sekarang masih menjadi YB-YB.

Saya dipanggil minum petang oleh seorang dua yang sedang turun naik keKuala Lumpur bertemu dan melakukan segala usaha agar pucuk pimpinan memberikan mereka peluang untuk bertanding lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Ada diantaranya sedang mencari sumber kewangan untuk persediaan mereka jika dipilih menjadi calun oleh pucuk pimpinan.

Jika kita lihat dari kenyataan-kenyataan Perdana Menteri serta pemimpin-pemimpin yang lain pandangan setengah pihak yang pilihanraya akan sampai tidak lama lagi itu ada kewajarannya. Lagi pun Najib belum lagi ‘legitimize’ sokongan rakyat kepada beliau walaupun beliau telah menjadi PM selama dua tahun. Mandat yang ada pada hari ini adalah mandat untuk kepimpinan Abdullah Badawi dahulu.

Sebelum ini ramai telah menelah yang pilihanraya umum kali ini akan dijalankan serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak yang mesti dilakukan selewat-lewatnya pada bulan Jun yang akan datang dan tidakkan mengadakan pilihanraya umum serentak dengan pilihanraya negeri itu memang tindakkan yang lojik dan baik walaupun tidak boleh menentukan kemenangan yang memuaskan.

Apakah yang menarik dan menjadi perhatian ramai dalam pilihanraya umum yang akan datang ini?

Banyak yang menariknya. Pertamanya pemerhati politik samada pemerhati tempatan atau luar negara melihat pilihanraya kali ini merupakan perjuangan ‘survival’ untuk BN keseluruhannya. DiSemenanjung Malaysia 81 kerusi Parlimen telah jatuh ketangan pembangkang dan 2 kerusi diSarawak telah dimenangi oleh DAP, iaitu Bandar Kuching dan Sibu.

Jika diandaikan pembangkan masih mampu bertahan untuk mengekalkan kemangan dikerusi-kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihanraya umum yang lalu maka kekalahan dikerusi-kerusi Parlimen diSarawak kali ini akan memeritkan lagi kesakitan yang akan dihadapi oleh BN. Banyak pihak telah memberikan perincian tentang situasi diSarawak ini, dan apa yang didengar tidak menyenangkan kita.

Dikatakan yang beberapa kerusi Parlimen diBandar-bandar dan ‘Sub-urban’ diSarawak akan jatuh ketangan DAP dan parti-parti pembangkang yang lain. Walaubagaimana pun dikawasan pedalaman BN masih boleh bertahan kerana pembangkang tidak akan mampu untuk berkempen kerana kepayahan perhubungan dikawasan-kawasan tersebut. BN akan menggunakan kuasa seperti yang dilakukan mereka dalam pilihanraya-pilihanraya yang dulu dengan menghalang semua usaha pihak pembangkang untuk mendekati masyarakat pedalaman.

Pihak berkuasa tidak akan membenarkan juruterbang-juruterbang yang diupah oleh pembangkang untuk terbang kekawasan pedalaman dan inilah senjata BN yang paling ampuh untuk mengekalkan kawasan-kawasan dipedalaman ditangan mereka. Pendeknya wlaupun kawasan pedalaman ada elemen penentangan, penentangan itu tidak akan sampai keamana. Maka ‘conclusive’lah pandangan setengah pihak yang BN hanya mampu untuk bertahan dengan menggunakan kuasa secara ‘undemocratic’.

Tetapi dikawasan-kawasan bandar kita difahamkan yang kerusi-kerusi parlimen dan DUN akan mudah jatuh ketangan pembangkang kerana BN berhadapan dengan isu peribadi Taib Mahmud yang begitu hebat diperkatakan, bukan sahaja diSarawak, tetapi juga diSemanjung ini.

Jika benar yang 9 lagi kerusi parlimen diSarawak jatuh ketangan pembangkang maka jumlah 11 kerusi jika dicampurkan denga dua yang sedia ada maka representasi BN diDewan Palimen akan lagi berkurangan.

Sabah juga akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen ketangan pembangkang. Masalah diSabah juga berkaitan dengan imej Ketua Menterinya Musa Aman yang diabaikan oleh pimpinan kita sebegitu lama. Saya dikatakan oleh banyak pihak Sabah akan kehilangan sekurang-kurangnya 7 kerusi Parlimen dan jumlahnya mungkin bertambah lagi jika masalah dikalangan komponen disana tidak dapat diselesaikan dengan cepat.

Bagaimana dengan keadaan diTerengganu? Tidak ada siapa yang mengatakan yang BN akan mampu bertahan disana dengan kemelut berpuak-puak diantara dua ‘war lords’ Ahmad Said dan Idris Jusuh. Siapa kah batang tubuh yang boleh menjadi ‘reconciliatory leadership’ dinegeri ini? Yang ada hanya Ahmad Shabery Cheek yang beliau sendiri menghadapi tentangan dari ramai pengundi diKemaman kerana beliau tidak begitu berpijak kebumi nyata. Difahamkan 4 kerusi Parlimen akan jatuh ketangan pembangkang kali ini.

Pahang akan kehilangan 4 kerusi mengikut pihak yang membuat lapuran ini, dan Johor juga akan kehilangan 4 atau 5 kerusi lagi. Inilah yang patut diberikan tumpuan dahulu sebelum memanggil pilihanraya umum yang akan datang.

Kehilangan 1 atau 2 kerusi diPerak, Kedah, P Pinang mungkin akan membuktikan telahan setengah pihak yang kita akan berhadapan dengan ‘hung parliament’ itu sudah hampir menjadi kenyataan. Jika terjadi apa yang dikatakan itu maka dari saat itu akan bertukarlah landskap politik tanahair kita ini.

Inikah yang dimaksudkan oleh PM Najib sebagai transformasi politik yang selalu beliau perkatakan itu. Masing-masing jawablah sendiri.

15 December 2010

Berbanggalah jika sanggup berkorban

Setelah berfikir dan bertelaah mengenai apa yang kita hadapi dalam BN khususnya UMNO, kita tidak akan dapat menafikan yang parti ini terpaksa menumpukan usaha mereka untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpinya sendiri dari memberikan tumpuan kepada masalah rakyat yang kian hari kian ‘complicated’ ini.

Kalau kita kaji secara ilmiah dan terperinci masalah yang dihadapi ini ialah masalah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri dan tidak ada pun masalah yang dilakukan oleh ahli-ahli biasa yang menjadikan tahap keyakinan rakyat kepada UMNO itu merudum.

Yang melakukan rasuah adalah pemimpin-pemimpinnya. Yang menyalahgunakan kuasa juga adalah perlakuan pemimpin-pemimpin yang diberikan kuasa. Lagi besar pangkat dan jawatan mereka lagi besar masalah yang diberikannya kepada parti. Tetapi yang diminta menyelesaikan masalah seperti tanggungjawab untuk memenangkan parti didalam pilihanraya adalah ahli-ahlinya. Gunanya ahli-ahli dibawah ini semata-mata untuk menjuarakan orang atasan untuk mereka leka ber’glamour’ serta hidup bermewaha-mewahan diatas kesusahan ahli-ahli dan rakyat dibawah.

Kalau menang pemimpin-pemimpin yang bersorak, jika kalah ahli-ahli yang dipersalahkan kononnya tidak setia kepada parti dan berbagai-bagai macam tuduhan yang dilemparkan kepada orang-orang dan ahli-ahli dibawah. Pendeknya yang bersalalah hanyalah orang bawahan dan tidak orang atasan.

Apabila pemimpin membuat perancangan rakyat khususnya ahli-ahli UMNO tidak diberikan penjelasan seperti apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan pre-Mahathir. Dulu dulu rakyat akan diberitahu apa-apa perancangan kerajaan melaulai pegawai-pegawai penerangan Daerah yang merupakan tali perhubungan penting diantara kerajaan dengan rakyat.

Kini Pegawai Penerangan Daerah (PPD) menghabiskan masa dengan bermain carom sahaja kerana mereka tidak diberikan tugas penyebaran dasar-dasar kerajaan melalui kursus-kursus sivik yang lazim dibuat semasa itu. Ada pihak memjawab dengan mengatakan yang rakyat boleh mengambil tahu melalui internet kerana setiap kementerian dan jabatan ada web sitenya sendiri.

Masakan nenek saudara saya yang berumur 85 tahun itu tahu untuk Melayari internet, sedangkan orang dibandar pun tidak semuanya pandai untuk melayari web site kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan. Perhubungan secara 'direct' merupakan kaedah yang paling berkesan kerana dengan perhubungan terus itu kerajaan akan dapat mengenal pasti masalah dan cara berfikir orang diluar bandar, tempat pergantungan sokongan kerajaan yang terkuat.

Apabila orang-orang ramai ditemuai secara terus mereka akan merasakan yang mereka tidak ditinggalkan diatas segala keputusan kerajaan dalam mengambil sesuatu keputusan besar khususnya berhubung dengan keputusan yang melibatkan kehidupan mereka. Mereka akan merasakan yang mereka dibawa bersama untuk membuat keputusan dan mereka tidak akan menyalahkan pihak kerajaan jika ada apa-apa kesilapan dalam perlaksanaannya..

Sekarang semuanya ini sudah lama diabaikan oleh pucuk pimpinan kita. Kepimpinan akan mengumumkan perancangan-perancangan tanpa bertanya kepada orang bawahan khususnya UMNO. Dulu-dulu, segala keputusan yang melibatkan rakyat ramai akan diberitahu kepada UMNO dahulu dan selepas itu kepada Dewan Legislatif untuk diluluskan. Kaedah itu seolah-olah sudah menjadi SOP (Standard Operating Procedure) dalam melaksanakan segala apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan.

Jadi tidak hairanlah jika apa yang dilakukan oleh kerajaan, jika pun baik masih mendapat bantahan dari rakyat apatah lagi dari politikus-politikus murahan yang ada dimana-mana. Apabila mendapat tentangan kerajaan tidak tahu cara untuk menyelasikannya kerana elemen perhubungan dan komunikasi telah dianggap satu perkara yang remeh sahaja.

Kerajaan tidak mahu menerima hakikat yang perhubungan secara bersemuka itu merupaka kaedah yang paling effektif dalam menyampaikan maklumat secara ‘detail’ kepada rakyat jelata, terutamanya kepada mereka yang tinggal diluar-luar bandar. Bagaimana kerajaan hendak mendapatkan sokongan jika orang yang sepatutnya memberikan sokongan itu tidak diberikan pemahaman secara terperinci tentang apa yang kita ingin lakukan?

Kepada PM Najib, fakir-fikirkanlah pandangan ini. Mampukah saudara mengembalikan nilai kepimpinan seperti yang dialami oleh kita dizaman pre-Mahathir dahulu? Kalau tidak mampu eloklah berkorban dan memanggil dan memberikan tugas itu kepada sesiapa yang mampu untuk melakukannya.

Barulah tersurat makna ‘berkorban apa saja’ secara tersirat. Jika pengorbanan saudara dan rakan-rakan saudara itu membawa faedah kepada negara bukankah saudara akan berbangga diatas pengorbanan saudara itu?

Kita bina politik dan negara yang baru

Tuduhan PAS terhadap BN yang BN akan merampas kuasa setalah PR mengepalai pentadbiran kerajaan selepas pilihanraya yang akan datang dinafikan sekeras-kerasnya oleh TS Muhyiddin Yassin hari ini. TS Muhyiddin menjawab yang apa yang diperkatakan oleh salah seorang Naib Presiden PAS merupakan spekulasi untuk memburukkan imej BN dan UMNO dengan membina persepsi orang ramai yang BN tidak akan menghormati kehendak rakyat dan tidak demokratik.

Dalam isu ini saya tidak menyalahkan PAS atau pun UMNO. PAS tentunya mengeluarkan kenyataan seperti ini sebagai respon kepada kenyataan Najib Sabtu lepas yang mengatakan jika BN tidak menang parti-parti lain tidak boleh menang. Apabila seorang Presiden Parti yang memerintah berkata begitu tentulah PAS teringat kepada permainan UMNO yang begitu licik pada masa-masa yang lepas dalam mana PAS banyak kali tersungkur kerana politiking yang tidak ‘gentleman’ dari pihak kita.

Sebelum UMNO menghadapi masalah keyakinan rakyat dulu memang telah melakukan banyak perkara yang memberikan kesusahan kepada PAS untuk berjaya dalam pilihanraya. Tetapi apabila UMNO sudah mula difahami oleh rakyat, dan rakyat pula sudah mula berfikir sebelum memberikan sokongan maka barulah PAS dan pembangkang yang lain menjadi parti-parti yang menjadi ‘alternative’ kepada mereka. Malahan ini lah kali pertama PAS mendapat kerusi yang begitu banyak dalam Dewan Parlimen, lebih banyak dari PAS berada didalam BN diantara 1974 hingga 1978 yang lalu.

UMNO pula kini sedang mencuba untuk berubah walaupun segala usahanya diwas-wasi oleh rakyat tentulah marah jika PAS membuat tuduhan yang mereka anggap melulu itu. Mereka (UMNO) telah membuktikan jika kekalahan mereka tidak banyak maka mereka akan melakukan tindakkan yang dianggap coup de tat seperti apa yang berlaku diPerak. Tetapi UMNO tidak mampu melakukannya dinegeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan kerana kekalahan UMNO adalah terlalu besar.

Jadi jika rakyat mahukan PAS memerintah maka mereka harus memberikan sokongan kepada parti itu secara besar-besaran. Begitu jugalah jika UMNO mahu setabil dalam kerajaan-kerajaan negeri maka UMNO wajar memdapat sokongan yang besar. Itulah sebabnya mana-mana pihak jika boleh mahukan representasi sekurang-kurannya dua pertiga didalam Dewan-Dewan Legislative dinegeri-negeri.

Banyak pihak telah membuat ramalan yang kita akan menghadapi ‘hung parliament’, tiada parti yang akan mendapat kemenangan mutlak dan ianya akan membawa kita kepada lanskap politik yang baru dan memaksa kita untuk melakukan politik baru dinegara kita. Jika perpaduan rakyat (national unity) masih lagi menjadi agenda kita maka seperti yang saya beulangkali menyatakan kita terpaksa memulakan ‘negara baru dan politik yang baru’ dan ianya bukan kali pertama berlaku dinegara kita ini.

Keadaan selepas pilihanraya 1969 dahulu telah menyaksikan pemimpin-pemimpin kita telah kembali kemeja rundingan dan setiap ketua kaum duduk bersama-sama dan membina politik baru berdasarkan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dengan sedikit ‘adjustments’ disana sini.

Untuk melakukan ini ianya mesti dilakukan oleh pemimpin Melayu yang dihormati yang tidak tercemar dengan menerima rasuah secara sistematik atau pemimpin yang dikemudikan oleh ahli keluarga atau kelemahan-kelemahan yag lain. Ia perlu diketuai oleh seorang Melayu kerana negara ini mesti diteraskan kepada bangsa Melayu dalam segala bidang.

Jika kita masih tidak mahu melakukannya sekarang, sebelum kita menghadapi pilihanraya ini, maka kita akan menghadapi kesulitan politik yang tidak dapat dibayangkan pada hari ini. Yang pastinya tidak akan ada parti yang akan mendapat sokongan yang mutlak dan akan membawa negara kepada ‘animosity’ yang sangat merbahaya.

Jangan ditunggu sehingga ‘nasi sudah menjadi bubur’. Lakukan apa yang patut dilakukan sekarang. Jika ini dilakukan barulah boleh kita katakan transformasi politik seperti yang diretorikkan oleh DS Najib sejak akhir-akhir ini.

BN boleh disifatkan sebagai kereta berjenama yang terlalu tua. Kos untuk 'Maintainance'nya terlalu mahal kerana acap kali masuk 'workshop' kerana selalu rosak. Jika dilakukan 'overhaul' terhadap kereta tua ini maka kereta tua yang berjenama ini bolehlah berfungsi agak lama sedikit. Apabila di'overhaul' tentulah banyak 'spare-parts' yang diganti dengan yang baru...bukan gitu?

Buat masa ini elok DS Najib berhenti mengumumkan satu lepas satu perancangan yang setakat ini belum nampak lagi perlaksanaannya secara ‘organic’ oleh rakyat jelata.

13 December 2010

Pendedahan Wikileaks tidak penting - Persepsi rakyat lebih ditakuti

Dengan cerita-cerita terbaru yang kita dengar khususnya tentang pendedahan Wikileaks tentang persepsi Singapura terhadap kepimpinan negara kita serta keyakinan yang tuduhan keatas Anwar itu benar, menjadi topik panas yang sedang dimainkan oleh banyak pihak untuk mengambil kesempatan untuk ber‘politicking’ yang sensasi.

Pandangan Singapura terhadap kepimpinan kita itu memang dijangka kerana negara itu memang sebuah negara yang mempunyai hubungan ‘hate love’ sejak dari dulu lagi. Singapura memang dari dahulu memerhatikan kita dalam semua perkara. Singapura memang mempunyai 'diplomatic complication' dengan Malaysia dan politik Singapura memang tidak boleh berfikiran luar dari pemikiran Lee Kuan Yew.

Kita diMalaysia tidak payah untuk mendapatkan maklumat dari Singapura bagaimana pemimpin kita melaksanakan tanggungjawab. Itulah sebabnya didalam pilihanraya yang lalu BN tunjangan UMNO itu hampir tumpas dan sekarang ini belum lagi nampak bayangan yang BN akan lebih diterima rakyat kali ini.

Saya telah menulis tentang pimpinan yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi yang telah mengheret rakyat untuk berpecah belah dengan membelah perpaduan yang kita nikmati sebelum ini. Bagi rakyat, mereka sudah jelak dengan keadaan ini. Wikileaks juga melaporkan yang Anwar memang melakukan apa yang pertuduhkan keatas beliau.

Anwar bukannya seperti pemimpin DAP atau PAS yang tidak mempunyai kontroversi peribadi yang besar. PAS dan DAP tidak mempunyai pertuduhan yang begini besar seperti yang dialami oleh Anwar. Samada Anwar bersalah atau sebaliknya bukan menjadi persoalannya tetapi sebagai seorang yang dianggap pemimpin setidak-tidaknya oleh pengikut beliau, Anwar wajar memahami hakikatnya seseorang yang menghadapi persepsi seperti yang beliau alami tidak boleh menjadi ketua kerajaan negara, terutamanya negara kita ini.

Anwar sepatutnya bersara dan berikan kepimpinan kepada sesiapa yang mampu menggantikan beliau. Anwar tidak wajar membawa negara dan rakyat dalam keadaan serba salah dan berterusan meminta rakyat menyebelahi beliau untuk menyelamatkan politik peribadi beliau.

Kita sepatutnya memberikan fokus untuk membina negara secara politik dan pembangunannya, bukannya menumpukan masa untuk mempertahankan beliau dari tuduhan yang beliau hadapi sekarang. Beliau sepatutnya berehat sementara beliau menyelesaikan masalah undang-undang yang beliau hadapi. Jika beliau didapati tidak bersalah maka barulah beliau kembali aktif dan bolehlah menggunakan premise PKR sebagai landasan untuk perjuangan beliau. Rakyat sedang menghadapi masalah yang lebih besar yang lain dari masalah peribadi Anwar sendiri.

Kalaulah ‘law makers’ dari PKR menumpukan usaha membina politik dan lebih ‘condusive’ ianya akan lebih membawa munafaat kepada negara dan rakyat. Ahli-ahli Parlimen dari PKR dan PR perlu memainkan peranan untuk mencari kepimpinan negara yang sebenar-benarnya ‘viable’ dan tidak semestinya dari PR untuk mentadbir rakyat yang dahagakan kepimpinan sekarang ini dari memperjuangkan masalah peribadi Anwar semata-mata.

Malahan usaha mencari kepimpinan yang ‘viable’ ini bukan sahaja perlu dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen PR malahan ahli-ahli Parlimen dari BN sendiri. Dengan keadaan yang kita saksikan pada hari ini ramai berpendapat yang BN tidak akan mampu untuk mencari penyelesaiannya kerana msing-masing hanya menjaga kepentingan peribadi dan tidak berani untuk menerima risiko dari perjuangan sebenarnya.

Mereka lupa jika mereka tidak mampu mencari kepimpinan yang diterima rakyat, kedudukkan mereka sendiri tidak boleh dijamin selepas pilihanraya umum yang akan datang. Bagi saya siapa sahaja yang berani melakukan perkara yang drastik dengan niat dan bertujuan untuk memperbaikki masa depan negara merekalah yang akan menjadi pemimpin-pemimpin dimasa hadapan.

Kita mendengar rungutan dari ‘law makers’ dari kedua-dua belah pihak kerana tidak berpuas hati dengan politik hari ini, tetapi mereka hanya mengeluh dan tidak berbuat apa-apa. Setakat mengeluh sahaja tidak akan membawa apa-apa perubahan yang kita harapkan. Mengeluh merupakan dosa besar dan mana-mana ibu bapa yang memahami hakikat dosa mengeluh itu, mereka tidak akan lupa untuk menasihati anak-anak didikan mereka untuk tidak mengeluh.

Bukankah kita semua tahu yang perjuangan yang paling besar ialah melawan diri kita sendiri? Perjuangan untuk melawan nafsu nafsi sendiri itu merupakan perjuangan kita sehingga kita menutup mata diakhir kalam nanti. Itu pun tugas kita yang asas sebagai manusia yang diberikan oleh tuhan untuk menjaga kerahsianNya? Bukakah Tuhan telah mewujudkan Iblis untuk kita lawan habis-habisan sehingga keakhir hayat? Bukankah itu adalah dugaan seumur hidup kita? Jika kita masih terdampar dihadapan kebatilan, tidak berani berjuang sebagaimana yang dituntut itu melambangkan keingkaran kita untuk tunduk kepada perintah Tuhan? Masakan kita berani mendiamkan diri dan hanya melihat sahaja kebatilan yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memimpin kita kearah kebenaran itu?

Masalah yang kita hadapi sekarang bukan masalah kecil. Kita tidak boleh mengatakan setiap tuduhan terhadap kepimpinan kita sebagai fitnah dan bertujuan untuk menghancurkan kita. Kita perlu bertanya kepada diri kita samada apa yang diperkatankan oleh pihak lain itu benar atau sebaliknya?

Apa yang didedahkan oleh Wikileaks terhadap kepimpinan kita itu mesti kita bandingkan dengan apa persepsi diri kita sendiri terhadap pemimpin-pemimpin kita. Salahkah Wikileaks jika diperkatakannya yang pemimpin kita rasuah dan terlibat dengan itu dan ini kerana sesungguhnya itu pun persepsi rakyat terhadap kepimpinan kita sekarang.

Saya ingin mengulangi sekali lagi…’we have to start the nation anew’ seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita semasa mereka membentuk negara dan sistem politik kita dahulu. Jika tidak dilakukan sama-samalah kita tengok yang negara kita tidak akan berupa sebuah negara yang merdeka lagi. Jika keadaan itu sampai maka amat susah bagi kita untuk membinanya kembali.

Yang akan menanggung kebebalan kita sekarang ini adalah anak-anak dan cucu kita dimasa hadapan. Percayalah.

12 December 2010

Ampu mengampu - cara mencapai kejayaan

Saya diminta oleh salah seorang yang mengikuti tulisan saya untuk menulis tentang budaya MENGAMPU dan ‘consequence’nya kepada parti-parti, samada yang memerintah atau pun yang membangkang. Zainal Ali telah berjaya meyakinkan saya bahawa budaya ini memang telah menjadi penyakit didalam UMNO dan juga kepada parti PKR dan mengikut beliau kedua-dua parti ini mempunyai sindrom mengampu yang seolah-olah tidak dapat dikawal khususnya oleh pucuk pimpinannya.

Hasilnya, parti-parti ini mempunyai ‘attribute’ yang sama dan ianya sudah tentu membawa hasil yang negatif kepada kesihatan parti-parti tersebut. Lazimnya jika budaya ampu mengampu itu menjadi keterlaluan, ianya akan merosakkan persatuan, Institusi dan ianya akan merebak dan membawa kerosakkan kepada negara.

Dalam UMNO ‘the good and quantifiable leaders’ sudah tiada lagi. Kebanyakkan pemimpin kita menaikki tangga sosial dan politik melalui proses-proses ampu mengampu dan tidak kena mengena dengan kemampuan yang telah terbukti. Itulah sebabnya parti yang memerintah ini sudah kehilangan kudrat untuk mencari pemimpin yang berkebolehan dalam mentadbir negara dengan betul.

Siapa sebenarnya yang suka mengampu dan siapa pula yang suka diampu itu?

Pengampu itu ialah orang yang tidak ada keyakinan diri.DAN orang yang mengampu-ngampu ini sebenar tidak ada ‘kesetian’ kepada sesiapa terutamanya kepada kepada negara. Mereka ini hanya mempunyai kesetiaan dan perjuangan untuk kepentingan peribadi mereka sahaja dan sifat mengampu ini selalunya akan disaluti dengan kepura-puraan yang sangat menebal. Mereka ini akan menunjukkan kesetian semata-mata untuk memngambil hati mereka yang diampu terutamanya jika yang diampu itu mempunyai kedudukkan dan pengaruh yang boleh memberikan keuntungan kepada yang mengampu itu.

Selalunya yang mengampu ini merupakan kumpulan yang boleh dianggap sebagai ‘very good supporter and a very bad enemy’. Katakan DS PM sedang bertentangan pendapat dan pandangan dengan seorang yang lain sipengampu akan bersama-sama bermusuhan dengan orang yang bertentangan dengan PM itu malah mereka akan lebih garang dan kuat pukulan terhadap orang yang bertentangan pendapat dengan Najib itu.

Kenapa begitu? Jawapannya ialah, Najib mempunyai kuasa eksekutif yang besar dan jika Najib pus hati dengan tindakkannya si pengampu itu Najib yang termakan ampu itu akan memberikan apa-apa yang dikehendakki oleh sipengampu itu….mungkin nak jadi calun, mungkin mereka mahukan kuasa yang ada pada Najib itu untuk memberikan sokongan kepada ‘proposal’ projek-projek beliau yang telah dikemukakan kepada mana kementerian atau jabatan dan sebagainya.

Sipengampu itu selalunya tidak mempunyai tulang belakan yang kuat dan oleh kerana mereka mengampu maka segala apa yang sepatutnya diberikan kepada orang yang benar-benar berkemampuan yang tidak mengampu itu akan ditingglkan begitu sahaja. Oleh kerana ramai yang mengampu maka pemimpin yang diampu itu tadi akhirnya akan hanya nampak sipengampu-pengampu tersebut dan individu yang kebih berkemampuan itu akan terlepas pandang dari pemimpin yang termakan ampu tadi.

Apabila sipengampu-pengampu ini mendapat tempat dan menaikki tangga kejayaan kerana ampuannya yang berterusan maka mereka akan mengharapkan orang lain akan mengampu mereka pula. Maka akan timbullah kepimpinan yang lebih lemah dari pemimpin yang mahukan ampuan tadi, maka secara tidak disedari parti atau pertubuhan yang mereka anggotai itu akan menjadi lemah dari masa kemasa. Jenis itulah yang mempunyai kedudukkan pada masa kini dan budaya mengampu itu sudah tidak terkawal lagi.

Justru itu kumpulan yang memimpin akhirnya terdiri dari mereka yang mengampu dan yang suka diampu. Mereka ini lah yang sedang memegang kuasa pada hari ini.Ramai diantara yang ada pada hari ini adalah pengampu-pengamopu yang besar suatu ketika dahulu. Mereka mendapat kedudukkan yang tinggi kerana mengampu Dr Mahathir dahulu. Tetapi dengan kedudukkan tinggi yang mereka perolehi dari Dr Mahathir dulu dipergunakan untuk membelasah Dr Mahathir kembali juga kerana hendak mengampu pimpinan yang sedang berkuasa pada hari ini.

Pendeknya pengampu-pengampu ini merupakan parasit kepada kepimpinan negara. Tetapi apakan daya pimpinan lebih senang dengan ampuan yang sangat-sangat mereka perlukan kerana kelemahan mereka sendiri.

Kepada Zainal Ali, saudara tidak payah mempunyai daya pemikiran yang betul untuk menaikki tangga kejayaan. Yang perlu untuk saudara hanyalah kemahiran mengampu sahaja. Sekarang sudah terjawab persoalan kenapa ada pemimpin yang sepatutnya sudah berhenti masih berada diatas dan kenapa mereka yang tidak disangka-sangka boleh menaikki tanga kejayaan politik mereka. Semuanya adalah kerana budaya mengampu.

Saudara Zainal Ali, Setakat itu sahajalah yang saya dapat menjawab pertanyaan saudara itu.

09 December 2010

Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam

Hari ini saya ingin menyambung apa yang saya tulis sebelum ini dan saya rasa ianya tidak akan begitu panjang, Hanya ingin menjawab persoalan yang ditanya oleh kenalan dan ahli-ahli politik yang agak serius tetapi tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi jika seseorang itu faham masalah tetapi tidak terfikir cara dan kaedah penyelesaiannya.

Inilah yang paling menyedihkan kerana penyelesaiannya itu ada tetapi tidak siapa pun mahu mengambil jalan itu kerana ianya memerlukan pengorbanan dari pimpinan yang ada pada hari ini. Sebenarnya masalah yang timbul asalnya adalah dari keyakinan rakyat terhadap pimpinan itu sendiri.

Tetapi jika pimpinan itu sendiri yang ingin melakukan perubahan itu maka ianya tidak akan dapat diterima kerana mereka sudah terlalu biasa dengan kuasa dan budaya kepimpinan yang mereka lalui itu. Pimpinan yang selama ini tidak meyakinkan jika berbuat sesuatu perancangan, bagaimana baik pun tidak akan lagi diterima rakyat ramai.

Itulah sebabnya krisis kepimpinan merupakan penyebab utama kenapa parti-parti pemerintah dimana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan tersungkur didepan mata rakyat yang mereka pimpin selama ini. Itulah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh UMNO dan kebanyakkan parti-parti komponen didalam BN; baik MCA, GERAKKAN, UMNO , MIC dan lain-lain parti diTimur Malaysia yang menganggotai BN itu.

BN ibarat seorang tua yang sedang sakit. Seseorang tua yang sakit selalunya memerlukan pujian untuk memberikan keyakinan semangat untuk sembuh, tetapi orang yang melihat sipesakit itu boleh menjangkakan samada sipesakit itu mampu untuk sembuh atau sebaliknya bergantung kepada jenis penyakit yang dihinggapinya.

kebanyakkan pemimpin-pemimpin parti yang besar didalam BN sedang dihimpit oleh krisis keyakinan oleh ahli mereka sendiri. Penghijrahan kaum Cina kepada DAP membuatkan pemimpin MCA terperangkap dengan isu perkauman untuk menarik perhatian kaum Cina dan seterusnya mendapat sokongan Cina kepada MCA.

Apabila pemimpin MCA memainkan isu perkauman untuk mengajak bangsanya memberikan sokongan kepada MCA maka pemimpinnya memainkan isu perkauman yang akan ditentang pila oleh orang Melayu. Apa orang Melayu mendengar isu-isu perkauman dari MCA ini maka mereka akan melemahkan UMNO dan akan terus menuduh pemimpin mereka tidak mempertahankan keistimewaan bangsa Melayu mereka. Akhirnya BN itu akan beransur-ansur menjadi lemah kerana anggapan orang Melayu tidak mampu dipertahankan oleh UMNO parti yang mereka sokong selama ini.

Itulah sebabnya dari 3.3 juta ahli UMNO seramai sejuta ahli UMNO sendiri memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang didalam kotak tempat mengundi itu. Baki jumlah itu pula tidak mengambil kira mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi. Jadi besarnya jumlah keahlian parti itu tidak memberi faedah kepada UMNO malahan keahlian yang besar itu lebih membawa beban kepada parti tertua negara ini.

Kita sebut dahulu tentang barisan kabinet yang akan diumumkan oleh PM Najib tidak lama lagi. Ramai merasakan beberapa orang disebut untuk dibesarakan. Rais Yatim memang satu nama yang rakyat sudah tidak memandangnya lagi kerana sudah terlalu lama mendudukki Jemaah Menteri negara.

Rais yang menjadi isu hangat berhubung dengan isu ketidak telusan dalam kementerian yang diketuainya memang sepatutnya menjadi orang pertama untuk dibesarakan. Dikawasan beliau sendiri beliau tidak dapat menguasai sokongan pengundi-pengundi diJelebu kerana masalah beliau dengan pemimpin-pemimpin tempatan disana.

Nor Mohammed Yaacop juga adalah seorang lagi ahli Jemaah Kabinet yang dikatakan sudah patut berundur sebelum nasi menjadi bubur. Entah apa sebabnya Nor Mohammad masih didalam barisan Kabinet lagi sedang isu terhadap beliau memang jelas susah untuk diperbaikki dari persepsi pengundi yang buruk sejak akhir-akhir ini.

Nazri Aziz memang sudah menjadi nama yang membawa liabiliti kepada parti dan kerajaan dan blog ini tidak berminat untuk membuat ulasan terhadap beliau ini kerana persepsi dan keyakinan ramai terhadap beliau memang sudah jauh jatuh dan beliau akan hanya membawa nasib buruk kepada kabinet negara kita. Hanya membuang masa sahaja menghabiskan masa untuk menulis tentang pemimpin ini.

Ada beberapa orang yang lain lagi yang sepatutnya faham dan perlu berhenti sebelum diberhentikan. Jangan marah kepada pimpinan kerana tidak disambung jawatan ‘glamourous’ itu. Ingat dan berterima kasih kepada apa yang telah mereka perolehi semasa pentadbiran Dr Mahathir, zaman rasuah mula berputik dengan pantasnya. Malahan persepsi kerajaan yang rasuah ini bermula dari zaman itu. Tidak mungkin rasuah bermaharajalela sampai ketahap ini hanya dalam masa 5 tahun pemerintahan Pak Lah dan 2 tahun pemerintahan Najib.

Sekarang ini siapa yang akan dibawa masuk oleh PM Najib kedalam kabinet? Adakah yang akan mengambil alih yang dibesarakan itu lebih baik dari yang ada? Bukankah jika dipilih dari yang ada sekarang ini, mereka juga adalah juga dari kumpulan yang terlatih dari kumpulan budaya yang sama. Mereka akan mengambil giliran untuk melakukan amalan yang sama kerana itulah yang mereka lihat dan praktikkan oleh siapa juga yang mendapat kuasa dalam kerajaan.

Mungkin Mukhriz Mahathir boleh diberikan percubaan untuk mengetuai mana-mana Kementerian yang sesuai, asalkan sahaja beliau itu lain dari Dr Mahathir dari segi pemikiran dan sikapnya. Nampaknya beliau boleh dibawa bersama. Saya tidak memberikan tentangan jika Khairy Jamaluddin diberikan tugas salah satu dari kementerian yang ada diatas sifat beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ramai yang akan tidak seronok dengan pandangan saya ini tetapi kalau dibandingkan dengan salah laku pemimpin yang lain maka menyenaraikan nama Khairy bukanlah menjadi perkara yang ganjil dan asing. Hanya Khairy perlu menjadi lebih matang dan tidak meletakkan hidung didahi jika diberikan tempat dalam barisan kabinet yang baru itu. Saya yakin beliau boleh memperbaikki diri beliau. Yang beliau perlukan hanyalah diberikan kesempatan.

Razali Ibrahim mungkin satu lagi nama yang agak baik dari pandangan umum. Sekarang ini beliau adalah Timbalan kepada Ahmad Shabery Cheek yang namanya agak berada didalam ‘border line’ untuk digugurkan atau dikekalkan. Tetapi jika beliau dibersarakan maka UMNO tidak akan menghadapi apa-apa kerosakkan kerana beliau hanyalah sebagai ‘passenger’ didalam barisan yang ada pada hari ini. Jika beliau digugurkan beliau tidak akan memberikan apa-apa ‘negative consequence’ kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Saya rasa kalau ada pun yang baru untuk dinaikkan, nama saya yang saya sebutkan tadi sahaja yang ada yang berpotensi. Siapa lagi? Dan nama-nama yang saya sebutkan untuk digugurkan itu juga adalah nama-nama yang paling menesabah untuk dibersarakan. Siapa lagi yang lain? Mungkin Noh Omar. Tetapi siapa pula yang hendak mewakili Selangor dalam barisan kabinet negara? Tiada….!

Begitulah peritnya kesusahan yang bakal dihadapi oleh Najib dalam penysunan semula barisan kabinet negara. Tetapi apakan daya. Itu sahaja yang kita ada. Kalau untung sabut ia akan timbul, kalau untung batu tenggelam. Bak kata mat-mat rempit, ‘nasib lu lah PM’.

Tetapi untuk memperbaikki kepimpinan UMNO isu penukaran Pengerusi Perhubungan UMNO itu wajar dilakukan sekali gus untuk memberikan keyakinan baru kepada rakyat. Tetapi persoalannya sama. Nak dibuang yang ada siapa pula yang akan mengambil alih? Contohnya diNS Mohammad Hasan perlu digantikan tetapi siapa yang boleh memikul tanggungjawab itu? Tetapi kalau tidak ditukar yang hampir pasti UMNO akan kalah lebih banyak kerusi lagi. Yang ada disisnya hanyalah TS Isa nyang terbukti telah membawa 100 kemenangan semasa UMNO dalam keadaan teruk dahulu.

Siapa pula nak ketuai UMNO Selangor? Adakah Noh Omar. Jika Noh mengambil ali elok kita jangan letak calun terus dalam pilihanraya yang akan datang. Dr Zamri diPerak sedang bermasalah untuk mendapat dokongan dari ketua-ketua Bahagian. Tetapi ketua-ketua Bahagian pun bukan ada yang boleh memikul serangan dari pembangkang yang ada pada hari ini.

Kedah, Pahang, P Pinang dan juga Johor bagaimana? Ramai pemerhati politik diJohor berpendapat sebanyak 8 kerusi Parlimen akan jatuh. Itulah yang didengar merata-rata disana. Pendeknya, kita jangan hanya pandai nak membuang sahaja. Pimpinan kena pandai mencari gantinya juga.

Itulah hasil UMNO yang nyata hasil dari permainan politik yang tidak baik yang dilakukan oleh pimpinan sejak hampir 3 dekad yang lalu. Jangan marah-marah dengan pandangan saya ini. Berfikir sedalam-dalamnya sebelum melompat memarahi saya atau orang-orang seperti saya.

Takut-takut saya akan buktikan apa yang saya katakan itu benar belaka. Kalau tak benar tak apa. Jika tidak benar maka baiklah masa depan UMNO itu.

Rombakan Kabinet dan rombakan pengerusi perhubungan - Itu PM Najib punya hak

Saya geli hati dan saya anggap kelakar apabila ada beberapa kawan-kawan rapat yang bertanyakan siapa yang akan terlibat dalam rombakkan Kabinet yang akan diumumkan oleh Najib. Saya tidak dapat menjawab kerana saya bukannya PM. Sepatutnya PM sahaja yang tahu dan bukan orang-orang seperti saya yang tidak ada apa-apa ini; yang duduk dirumah yang hanya menunggu giliran untuk dipanggi tuhan sahaja.

Tetapi saya tahu yang kabinet pasti berubah dan itu adalah perkara yang biasa. Setiap PM akan merombak barisan kepimpinannya lebih-lebih lagi untuk memaparkan kepada rakyat corak dan kualiti kabinet beliau untuk menghadapi rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Siapa yang beliau akan lantik bukannya kerja dan tugasan kita.

PM akan memilih siapa sahaja yang beliau rasakan perlu duduk bersama beliau dalam Jemaah Menteri negara. Apabila perlantikkan sudah dibuat barulah rakyat akan menilai samada pilihan beliau itu meyakinkan rakyat atau pun sebaliknya. Kita sama-sama tahu politik ini adalah ‘game of perception’.

Jika rakyat merasakan kabinet Najib itu baik maka rakyat tidak akan menolaknya dan akan memberikan kerjasama dengan baik untuk kemajuan dan kesejahteraan negara. Jika pilihan beliau itu masih ada imej rasuah dan kebarangkalian untuk terus menerus mengamalkan rasuah maka rakyat akan memberikan penilaian mereka didalam peti undi PRU 13 yang akan datang. Ini negara demokrasi dan biarkan demokrasi mengambil tempatnya seperti yang termaktub dalam sistem kenegaraan kita.

Yang nyata sekarang Najib tidak boleh memilih secara semborono sahaja kerana didalam sistem demokrasi rakyatlah yang mempunyai kuasa memilih serta bersetuju atau tidak dengan pilihan PM itu.

Katakanlah masih ada nama-nama dan muka-muka yang sedang dipersoalkan oleh rakyat didalam kabinet yang bakal dirombak ini maka Najib pasti akan menghadapi masalah yang amat rumit dalam pilihanraya yang akan datang.Jika pilihan PM itu ditolak rakyat maka ianya merupakan penolakkan rakyat kepada PM itu sendiri.

Kini rakyat sedang menanti rombakkan yang dijanjikan oleh Najib terhadap pimpinan UMNO Perhubungan disetengah negeri-negeri. Ini sahaja sudah cukup untuk dijadikan ‘acid test’ terhadap kemampuan Najib membezakan diantara kemahuannya sendiri dengan kemahuan rakyat. Najib perlu bertemu dengan ‘point of conciliation’nya supaya ianya mampu mengimbangi diantara kehendak rakyat dan kehendak beliau sendiri.

Bagi pandangan saya secara peribadi hanya Melaka sahaja yang mempunyai kemantapan dari segi kepimpinan UMNOnya. Saya tidak mengenali Ali Rustam tetapi kita akuilah yang beliau merupakan seorang yang telah berjaya mengendalikan UMNO dinegeri Melaka dengan baik dan saya ucapkan tahniah kepada beliau.

Dinegeri-negeri lain penyusunan semula amat diperlukan. Tetapi masalah lain pula yang timbul. Oleh kerana UMNO selama ini tidak mempersiapkan kepimpinan yang berwibawa, untuk mencari gentian kepada mereka yang sedang berkuasa hari ini bukan satu usaha yang mudah.

Sebesar-besar keahlian UMNO, parti ini telah gagal untuk membuahkan barisan kepimpinan yang berwibawa kerana sudah menjadi sikap kepimpinanegeri yang hanya memilih kepimpinan yang tidak boleh dibawa ketengah kerana kepentingan politik peribadi mereka. Mereka tidak mahu meletakkan mereka yang berbeza pendapat dan yang cerdas untuk bersama-sama duduk mengendalikan parti dan kerajaan-kerajaan negeri mereka.

Akhirnya inilah yang kita hadapi dan PM Najib mempunyai tanggungjawab yang tidak dapat dibayangkan beratnya. Apabila ‘personal politik’ menjadi agenda utama bagi pengerusi-pengerusi perhubungan ini, mahu tidak mahu kita terpaksa menghadapi politik yang saya jangka pasti menghadapi kegetiran ini.

Rombakkan kepada kabinet dan UMNO Perhubungan ini akan menjadi penentu kepada nasib UMNO dan BN diSemenanjung ini. Pemilihan ahli-ahli Jemaah Kabinet negara yang bakal dilakukan itu amat kritikal. Nasib kita bergantung besar kepada rombakkan kabinet dan rombakkan kepada UMNO perhubungan dinegeri-negeri.

Selama ini kepimpinan telah memandang remeh tentang keperluan membariskan kepimpinan yang baik dan bersih kerana terlalu fokus kepada pembangunan fisikal negara dan pemimpin terlalu sibuk dengan mencari kekayan dan ‘social climbing’ untuk ‘glamor’ masing-masing. Apabila sudah sampai ketahap ini barulah hendak menghuraikan kekusutan yang sudah sampai ketahap kritikal ini.

Sejak hampir 3 dekad dahulu pimpinan kita sibuk dengan membangunkan pembangunan secara fisikal dengan bangunan tertinggi didunia, jambatan yang terpanjang diAsia, tiang bendera yang tertinggi didunia, bangunan pentadbiran kerajaan yang terindah didunia dan semua yang terbaik dan paling ‘best’ didunia ini. Yang terabai ialah pembangunan nilai kehidupan dan cara kita semua berfikir. Apabila cara berfikir itu salah maka segala persepsi terhadap segala-galanya akan berubah. PM Najib juga terjebak dengan mentaliti ini dengan membangunkan Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat ini. Tidak kurang rakyat yang menyampah dengan cadangan ini.

Walaubagaimana pun masih ada sedikit masa untuk Najib menumpukan kepada dua isu penting ini. Saya mencadangkan supaya najib memberikan tumpuan kepada penyusunan politik dan berehat dari mentadbir negara. Berikan pentadbiran negara kepada Muhyiddin dan Najib perlu tumpukan kepada membuahkan politik baru untuk negara. ‘Infact we must start the nation anew’

Tunku Abdul Rahman pernah bercuti untuk menumpukan kepada politik tanah air dan tugas mentadbir negara diberikan kepada Timbalannya semasa pilihanraya umum 1964 yang lalu. Tunku kembali selepas berjaya memenangi pilihanraya umum selesai dengan mendapat kemenangan yang besar.

Siapa pula yang patut bersara dan siapa pula yang patut menyertai barisan kabinet yang baru ini? Pengerusi perhubungan mana yang patut berhenti dan siapa pula yang patut mengambil alih? Itu hak PM Najib. Persoalan yang ada ialah samada beliau menggunakan hak beliau mengikut selera dan kehendak rakyat ramai.

Sudah terlalu panjang tulisan ini, elok kita sambung dalam posting saya dua hari lagi.

TGNA - sihat walafiat

Tok Guru Nik Aziz kembali sembuh setelah mengidap sakit demam seketika dan gambar yang terakhir beliau boleh didapati dalam blog Sayuti Omar. Gambar terakhir itu diambil semalam selepas beliau mengimamkan sembahyang Asar dimasjid yang berada didalam kawasan rumahnya.

Kegeringan sebentar Tok Guru Nik Aziz dihebohkan oleh setengah bloggers dan saya tidak tahu apa niat sebenar isu itu dihebuhkan. Tetapi sekilas ikan diair sudah tahu kita jantan betinanya. Yang lebih menyibuk ialah blog-blog yang anti PAS dan Nik Aziz tetapi tidak siapa dapat menghalang mereka dari menghibuhkan isu kegeringan Tok Guru sehari dua itu kerana masing-masing sedang terperangkap dengan politik jembelan setengah pihak.

Saya sendiri malam tadi memanggil orang-orang yang rapat dengan Tok Guru dan mereka mengatakan yang Mursyidul Am PAS itu sakit sedikit seperti juga orang-orang yang muda-muda ini menghadapinya sekali-sekala. Tetapi politik yang ‘lebih sudu dari kuah’ ini yang terlalu sibuk dengan isu itu; bukan kerana ‘concern’ terhadap kesihatan Tok Guru itu tetapi kerana beliau adalah orang politik.

Ada blogger yang mengatakan TGNA sedang tenat dihospital Kota Bharu dan ada pula yang membayangkan yang PAS akan kehilangan seorang pemimpin yang dihormati. Cara mereka menulis itu seolah-olah mereka tahu bila TGNA akan meninggal dunia; lebih dahulu dari Tuhan sendiri. Mungkin ramai yang marah kepada saya kerana menulis dan menegur sesiapa yang terlalu ‘excited’ itu tetapi saya tidak akan mengambil pusing terhadap kritikkan itu.

Hanya yang saya ingin mengingatkan semua; tidak akan sampai maut sebelum ajal. Biarlah dan serahkanlah penentuan sesorang untuk kembali kealam yang kekal itu kepada Tuhan dan elok kita lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai hambanya yang bersifat Baharu ini, iaitu sentiasa mentauhidkan Tuhan secara istikomah. Tidak payahlah untuk cuba mengambil alih kerja Tuhan kerana tugasan kita masih banyak yang kita tidak selesaikan lagi.

Kepada To Guru saya mengucapkan selamat kembali bertugas dan diharapkan TGNA akan berada didalam sepenuh keredhoan Tuhan senantiasa. Seandainya saya sampai keKota Bharu sehari dua ini saya akan pergi menziarahi TGNA, seorang individu yang saya sangat hormati itu.

Saya mengenali beliau sebagai individu yang tidak tertipu dengan tuntutan sosial yang lazim dialami oleh ramai pemimpin-pemimpin kita dan isteri-isteri mereka.

TGNA is never a social climber. He is a leader.