30 November 2012

Memisahkan kuasa dari UMNO seperti memisahkan kulit dengan daging

Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan perhimpunan yang paling penting bagi UMNO kerana perhimpunan itu adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya ini. Perhimpunan kali ini menampakkan yang UMNO begitu tertekan dengan ucapan yang bergegar-gegar yang melambangkan perasaan kurang kepastian untuk mempertahankan kuasa yang ada kepada mereka itu..

Berbagai isu yang dilemparkan kepada pembangkang dengan kuat tetapi isu-isu itu jugalah isu yang pembangkang lemparkan kepada BN khususnya UMNO selama ini. UMNO nampaknya tidak tenang menghadapi cabaran demokrasi. UMNO membidas pembangkang seolah-olah penawaran pimpinan gantian di Putrajaya itu seperti melakukan jenayah, sedangkan negara ini memberikan peluang kepada mana-mana parti untuk menjadi kerajaan.Itu sebab diadakan pilihanraya setiap lima tahun sekali.

Seperti biasa UMNO menekankan yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu ditukar kerana UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Bagi UMNO apabila negara itu maju maka rakyat tidak payah menukar kerajaan lagi kerana kononnya rakyat akan menghadapi risiko yang tinggi jika kerajaan gantian itu tidak mampu melakukan apa yang BN telah lakukan.

Tetapi dalam pada itu Najib menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh tetapi hanya mengambil kemenangan Obama yang kekal menjadi Presiden buat penggal kedua itu sahaja. Najib patut mengambil iktibar dan rakyat mesti memahami yang politik ini adalah berdasarkan kepada keadaan sekarang dan masa depan rakyat dan negara. Rakyat AS telah menukar kerajaan puluhan kali walaupun negara itu adalah negara maju. Jika inilah alasan Najib untuk rakyat negara ini tidak boleh menukar kerajaan dan elok di batalkan sahaja pendaftaran parti-parti yang lain dari BN di negara ini.

Dalam pada itu kita telah nampak sikap ahli-ahli Parlimen BN pada hari ini kerana tidak hadir dalam persidangan hari ini kerana menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Mereka (ahli-ahli Parlimen BN) tidak bertanggungjawab kerana perhimpunan agung UMNO itu sepatutnya di hadiri oleh mereka yang menjadi perwakilan sahaja sedangkan ramai dari MP-MP BN itu bukan pun ahli-ahli UMNO atau perwakilan ke perhimpunan itu.

Berbalik kepada Perhimpunan Agung UMNO yang kita jelas terlihat ialah perasaan gusar dan takut jika rakyat mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang. Apa yang Najib gagal memahami ialah orang Melayu sekarang mahukan perpaduan Melayu dan kali ini berpadu di luar UMNO. Tetapi apa yang Najib mahukan orang Melayu ini tunduk dan menjadi bangsa yang ‘subservient’ kepada parti. Sepatutnya parti-parti politik lah yang patut ‘subservient’ kepada rakyat dan ahli-ahlinya.

Najib masih memaparkan politik memenjara pemikiran orang Melayu seolah-olah orang Melayu tidak boleh memandang parti lain dan apa yang orang Melayu patut lakukan ialah untuk sentiasa mengangguk dan mengikut sahaja apa yang UMNO mahukan walaupun rasuah yang terlampau yang pimpinan UMNO itu sudah tidak terkawal lagi. Negara kita adalah sebuah negara yang terlalu deras menuju kehancuran kerana rasuah yang sudah tidak terkawal kerana hampir kesemua pimpinan, terutamanya dalam kerajaan itu terlibat dalam kegiatan hina itu.

Pengakhir kata Najib dalam ucapan beliau tadi, beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan pimpinannya telah lakukan. Tidak pula beliau mengulas apa kesalahan-kesalahan yang UMNO dan beliau lakukan. Beliau meminta rakyat memaafkan UMNO dan kepimpinan parti atas segala kesalahan.

Najib tidak pula meminta maaf di atas semua salah laku rasuah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan. Jika rasuah adalah salah satu dari kesalahannya dan meminta rakyat memaafkannya ia sepatutnya pimpinan UMNO melakukan tindakan yang berani dan berjanji memulangkan kembali wang rakyat yang telah dibawa lari dari perbendahaaraan negara secara sistematik selama ini. Sementara memulangkan kembali harta rakyat yang di larikan itu UMNO sepatutnya berehat dan melakukan ‘soul searching’ yang intensif terhadap diri mereka.

Kalaulah ini dilakukan ia boleh menyejukkan hati rakyat yang sayangkan negara. Misalnya jika keluarga Dr Mahathir boleh memulangkan kembali wang rakyat yang hampir RM2 billion yang digunakan oleh anaknya untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dahulu ada juga lah nampak keinginan untuk bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat. Semasa Lemahn Bros di AS menggunakan wang kerajaan semasa kejatuhan ekonomi dunia dahulu, sekarang syarikat gergasi itu sedang beransur-ansur memulangkan kembali semua wang rakyat yang di gunakan untuk ‘bailout’ syarikat itu dahulu. Sudah sampai masanya Mirzan Mahathir mengembalikan kembali wang rakyat yang digunakan itu seperti apa yang dilakukan oleh Lemahn Bros itu.

Apa lagi kesalahan yang dimaksudkan oleh Najib yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO itu. Adakah isu komisyen Scorpene yang melibatkan ratusan juta itu salah satu dari kesalahan yang Najib memohon maaf? Bolehlah rakyat maafkan, tetapi pulangkanlah balik wang sejumlah itu kepada rakyat.

Bolehkah Najib menggunakan pengaruh beliau untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan untuk melayakkan beliau mendapat kemaafan? Ada lebih dari RM 7 billion wang royalti  yang sepatutnya dibayar kepada rakyat Kelantan. Itu merupakan kesalahan yang sangat besar terhadap rakyat negeri Kelantan yang mana 98% rakyat terdiri dari orang Melayu.

Inilah di antara ratusan isu yang sengaja dilakukan oleh pimpinan kita dan jika mereka mahukan kemaafan adalah elok UMNO duduk di kerusi pembangkang dan memperbaiki diri dan kembali mendapatkan mandat dalam pilihanraya yang akan datang jika rakyat bersetuju.

Kalaulah BN mendapat kemaafan dengan segala kejahatan rasuah yang mereka lakukan, maka BN akan terus melakukannya setelah mendapat kuasa nanti. UMNO akan kembali meminta maaf dalam pilihan raya yang selepas PRU ini dan rakyat memberikan kemaafan lagi. Jika ini keadaannya maka BN akan lebih bebas melakukan kerja hina yang sudah menjadi kerja  biasa dan ‘normal’ bagi parti yang sudah lusuh ini.

Belum kita lihat sikap UMNO yang percaya kuasa hanya untuk mereka sedangkan itu adalah kuasa rakyat yang akan memberikan ketentuan siapa yang patut mentadbir kali ini. Tetapi pimpinan UMNO ini tidak mahu menerima yang partinya sudah lemah. Usaha UMNO untuk bertahan sudah terlalu kotor perlakuannya. Untuk memisahkan kuasa dari mereka (UMNO) tidak ubah seperti memisahkan daging dengan kulit.

Apabila mereka (UMNO) terfikir sahaja tentang kehilangan kuasa mereka menjadi separuh gila, sedangkan peralihan dan giliran kuasa itu adalah perkara lazim dalam demokrasi. Sesungguhnya UMNO lah yang gila kuasa sehinggakan mereka dan pimpinannya berkata mereka akan bertahan walau dengan cara apa sekali pun. Padahal kita bukan hendak memisahkan nyawa dari tubuh mereka. Kita hanya hendak melaksanakan demokrasi mengikut sistemnya yang ada dengan cara terbuka.

Kepada Najib beliau tidak payah bercakap seperti halilintar memecah bumi kerana berucap secara itu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang rakyat mahu melihat ‘content’ bukannya gaya berucap. Ia akan hanya menampakkan kelemahannya lebih jelas dari yang sudah jelas kita lihat selama ini.

Kata perpatah, ‘patah tumbuh hilang berganti’ Rakyat bukan saja-saja hendak mematahkan, tetapi rakyat mahu mematah atau mencatas pokok itu untuk ia bercambah dan rimbun daunnya serta lebat buahnya.

Kalau hendak sangat berucap bergegar-gegar itu, eloklah berbahas secara terbuka dengan Ketua Pembangkang. Ini tidak…bercakap bergegar-gegar seorang diri. Kalau bercakap bergegar-gegar tetapi tidak memberi mana-mana pihak menjawabnya orang itu adalah pemimpin yang lemah dan tidak berketerampilan sebagai pemimpin sebenar.

'A genuine leader does not wail and scream'.

29 November 2012

UMNO sekarang bersatu, tetapi hanya semasa menyanyikan lagu UMNO

Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.

Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.

TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.

Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.

Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahaja lah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan berbegar-gegar Presidennya itu.

Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.

UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.

Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.

UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.

Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah ditentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil daripada perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.

Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa-apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu.

28 November 2012

Beristighfar banyak-banyak semasa mendengar ucapan pemimpin-pemimpin UMNO dalam PAU kali ini

Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.

Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakkan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakkan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masakini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu di penuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa didunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu di selang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih.

Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara ‘head-on’ dengan kehendak agama dan negara.

Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan di samakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia.

Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu ‘desperate’ untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.

Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya.

Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih di harapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi ‘billionaire’ dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.

Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya.

Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang di seru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh di kotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu.

Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang ‘subservient’ kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain. 

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsya nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.

Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO di umumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.

Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini.

26 November 2012

Kalau Najib takut berdebat dengan Anwar, bagaimana kalau dengan saya aje?

Najib telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.

Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.

Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara ‘live’ melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh dilihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN, Al-Jazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh dunia.

Dalam perbahasan itu Najib boleh membuktikan keburukan Anwar dan Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat dunia tahu keadaan sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti jika semua manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.

Najib selalu berkata akhir-akhir ini yang beliau sahaja yang mampu melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan yakinkan kepada semua pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah terbuka untuk Najib membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan mencemuh Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.

Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang beliau tidak terlibat langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu lain seperti komisyen Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau dan telah terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.

Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang isu NFC tidak kena mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya. Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar selama ini dan akan berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agong UMNO pada 27hb November ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya melalui perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan dengan rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu fitnah semata-mata.

Najib sepatutnya menerima cabaran ini dengan senang hati dan tunjukkan semua program transformasi beliau itu adalah hebat dari mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang kehebatan program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan kita telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan itu akan menaikkan lagi imej dan ‘dignity’ beliau seperti yang beliau mengakui selama ini.

Najib boleh juga mengambil kesempatan ini untuk membuktikan yang kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan rasuah besar-besaran. Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan penerangan bagaimana rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau pergi.

Najib tidak perlu gentar berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar dan menolak cabaran ini, maka jelaslah yang Najib mempunyai banyak perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika Najib tidak mahu berdebat dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau menghadapinya, Najib boleh memilih siapa sahaja dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya saya pun berani dan tidak akan berundur jika mendapat cabaran dari pihak Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh golongan seperti ini.

Jika begitu keadaannya maka tidak payah kita berfikir panjang. Terus sahaja kita berikan sokongan kepada parti-parti pilihan selain dari BN dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini bermakna apa yang dituduh oleh rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada yang lain selain dari kebenaran belaka.

Apabila kebenaran sudah terbukti maka rakyat sepatutnya tahu apa yang hendak dilakukan dalam pilihanraya yang akan datang. Tidak payah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir untuk menyaingi media perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang ini.

Rakyat akan menggigit jari sepanjang hayat

Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang beberapa orang pemimpin UMNO mengakui yang UMNO memangnya telah melakukan kesalahan dan akan memulakan perubahan. Semalam semasa berjumpa dengan 1,500 wakil NGO di seluruh negara Najib mencadangkan supaya jangan mengubah kerajaan kerana perubahan boleh dilakukan oleh BN sendiri.

Kata-kata Najib ini seperti seorang pencuri yang telah mengaku salah tetapi menyeru supaya semua orang jangan mengunci rumah kediaman atau kilang-kilang mereka kerana mereka (pencuri-pencuri) telah berjanji tidak akan mencuri lagi. Kata-kata Najib ini sangat mengaibkan diri beliau dan UMNO itu sendiri. Dalam kepimpinan serta kenegaraan jika seseorang itu telah melakukan kesalahan dia akan berhenti dengan secara sukarela kerana itulah etika kepimpinan dalam sebuah negara yang berdaulat.

Najib sepatutnya belajar apa dia kedaulatan itu. Apa dia negara yang berdaulat itu? Dari mana datangnya kedaulatan itu mesti difahami oleh beliau kerana beliau seorang Perdana Menteri, bukannya kerani kilang padi. Saya begitu hairan etika yang senang difahami itu pun Najib tidak dapat merasakan kepentingannya di dalam sesebuah kepimpinan kerajaan.

Apa perubahan yang Najib hendak lakukan melalui BN itu?

Apa yang dimaksudkan oleh Najib itu tentulah BN sedar yang kerajaan selama ini adalah kerajaan yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa. Menyedari itu BN tidak akan melakukan rasuah sebesar itu lagi. Maka adalah wajar bagi rakyat memberikan mandat itu lagi kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Satu lagi perkara yang BN mesti lakukan untuk berubah ialah dengan mengelak daripada menjadikan isu agama dan memainkan isu bangsa sebagai modal politik mereka. Inilah salah satu lagi yang akan diubah oleh BN, mungkin. Banyak lagi isu-isu buruk yang kita sama semua tahu dilakukan oleh BN tidak akan dilakukannya lagi. BN mahu berubah dan jangan ubah kerajaan. Tidak payah ubah kerajaan kerana BN yang melakukan kesalahan dan BN akan berubah menjadi parti yang baik untuk rakyat dan negara.

Satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah tidak lagi membiarkan isteri-isteri pemimpin mempengaruhi suami dalam pentadbiran kerajaan. BN juga mungkin tidak akan lagi membiarkan pemimpin-pemimpinnya menyeludup wang ratusan billion ringgit keluar negara untuk melarikan dari pengetahuan rakyat  ATAU  satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah untuk tidak mengambil komisyen besar dalam pembelian bekalan pertahanan negara. Tidak akan berlaku lagi pembelian scorpene dan mengambil komisyen yang ratusan juta ringgit.

BN tidak akan lagi mengambil tanah Felda yang sepatutnya dimasukkan 80,000 peneroka dan disenaraikan di pasaran saham untuk pemodal dan kroni yang besar-besar pimpinan dalam dan luar negara kita.

BN juga mungkin tidak lagi memberikan keistimewaan kepada anak-anak Mahathir dengan memberikan anak-anak Mahathir menyandarkan masa depan mereka kepada UMNO. Anak-anak Mahathir tidak payah lagi menggunakan UMNO sebagai modal untuk mereka berniaga dengan besar-besaran. Diharap juga BN tidak akan menggunakan wang Petronas bagi menyelesaikan masalah perniagaan anak-anak pemimpin seperti Mirzan Mahathir dalam jumlah berbillion ringgit.

BN akan berubah dan tidak akan lagi memberikan segala-gala peluang perniagaan kepada Syed Mokhtar dari laut ke darat dan dari darat ke udara seperti yang berlaku sekarang.

Mungkin inilah dia cara BN hendak berubah. Mengaku dengan segala kesalahan ini dan berpura-pura bertaubat dan diberikanlah lagi kuasa kepada mereka. Sekarang mereka benar-benar hendak berubah dan tidak mahu buat jahat lagi. Najib ke hulu dan ke hilir meminta sedekah sokongan rakyat untuk melakukan kebaikan dan tidak hendak buat zalim dan jahat lagi. BN sudah penat membuat jahat, sekarang masanya untuk berbuat baik pula.

Maka berikanlah sokongan kepada BN. Najib sudah berubah dan akan membuat baik pula sekarang ini. Najib ini seperti penagih tegar dadah yang berjanji tidak akan mengambil dadah lagi. Najib meminta rakyat jangan bagi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini kerana mereka (BN) sudah berubah dan berubah.

Dalam jiwa Najib sedang bergelora dan sentiasa menjerit, “tolonglah jangan undi PR…aku dah berubah…aku tidak akan takut kepada isteri aku lagi…akan tidak akan dengar nasihat Mahathir lagi….aku taubat....aku taubat”.

Tetapi boleh kah kita percaya semua janji-janjinya ini?

Jawapannya..jangan sekali-kali! Penagih rasuah dan kuasa tidak akan mampu berubah. Mereka akan tetap melakukannya apabila mendapat kuasa. Air mata yang meleleh dari bibir mata Najib hari ini adalah air mata buaya. Jika BN mendapat mandat lagi yakinlah harta kita akan menjadi harta UMNO. Najib akan meneruskan pemborosan terhadap wang rakyat dan negara. Saya hendak bertanya jika beliau melakukan pemborosan, apa yang kita boleh buat selama 5 tahun itu? Jawapannya…..tidak boleh buat apa-apa lagi.

Rakyat akan akhirnya menderita dan menggigit jari sepanjang masa. Sudah 55 tahun rakyat dikelirukan. Kita belajarlah untuk menjaga maruah diri dan jangan dikelirukan lagi. Percayalah!

25 November 2012

Akhir-akhir ini ramai pemimpin UMNO mengaku salah

Akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin BN berkata yang UMNO sudah pulih dan parti itu telah membetulkan kesilapannya. Kata mereka lagi yang UMNO akan berubah dan akan membetulkan kesalahannya. UMNO tidak akan lakukan lagi apa yang mereka telah lakukan selama ini. Oleh itu marilah menyokong UMNO sekali lagi kerana telah berubah. Begitulah lebih kurang kata-kata mereka di antaranya termasuk apa yang dikatakan oleh Najib dan Muhyiddin Yassin.

Dengan kata-kata itu ia memberi makna yang selama ini mereka mengaku UMNO dan BN telah membuat kesalahan dan UMNO telah mengakui apa yang dituduh oleh pelbagai pihak yang UMNO itu telah melacurkan politik dan siasah negara. Justeru UMNO sememangnya parti yang telah berdosa dan sekarang mahu bertaubat. Saya gembira dengan pengakuan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO yang lain yang UMNO telah melakukan kesalahan dan sekarang mahu bertaubat dan meminta diberi lagi peluang untuk memerintah kita rakyat yang sudah begitu lama dalam pencarian ini.

Persoalannya sekarang apa yang mereka telah taubatkan itu? Maaf-memaafkan sesama sendiri itu memang amalan orang mukmin. Tetapi tidak bermakna menjanjikan taubat itu sudah cukup untuk meneruskan penguasaan lagi terhadap rakyat dan negara. Apabila UMNO sudah taubat, parti itu sepatutnya direhatkan untuk melaksanakan apa yang mereka taubatkan itu. Jika RM ratusan billion wang rakyat dicuri dan diambil oleh pimpinan BN secara haram, ia memakan masa untuk melakukan proses pemulangan balik harta-harta curi itu kepada rakyat jelata.

Orang yang telah sedar dan bertaubat tidak boleh lagi melakukan apa-apa kesalahan yang terbesar terutamanya terhadap sesama manusia. Saya selalu katakan rasuah itu merupakan ketagihan tegar yang dihidapi oleh UMNO dan BN itu. Seperti penagih dadah yang hendak kembali berbuat baik dan menjauhi amalan mengambil dadah itu mereka sepatutnya duduk di dalam pusat-pusat serenti yang banyak di sediakan oleh kerajaan sekarang ini untuk beberapa lama yang wajar. Mereka dikawal dan dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan supaya merawat ketagihan itu dengan bersistem. Banyak cara untuk merawat penagih ini.

Ada juga yang berjaya dirawat dan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berbuat baik selepas keluar dari pusat pemulihan serenti itu. Tidak kurang juga yang kembali menagih dan kembali ke pusat-pusat serenti itu. Di dalam pusat-pusat serenti itu panagih-penagih ini akan diberikan bimbingan untuk menjadi insan yang baik dengan kelas agama dan memberikan mereka kegiatan riadah seperti bersenam dan sebagainya untuk memulihkan mereka kembali. Mereka ini perlu bimbingan dan ditunjukkan bagaimana untuk menjadi umat yang baik dan berguna untuk masyarakat dan negara, lebih-lebih lagi untuk agamanya.

Begitu jugalah dengan pimpinan-pimpinan UMNO. Seperti yang kita tahu salah satu dari salah laku pimpinan UMNO ialah rasuah. Rasuah ini merupakan salah satu dari penyakit ketagihan yang boleh merosakkan masyarakat dan negara. Rasuah sepatutnya dijadikan musuh nombor satu negara kerana banyak tamadun telah runtuh oleh kegiatan rasuah pemimpinnya.

Oleh kerana secara terus menerus UMNO telah melakukan ketagihan itu, maka UMNO patut berihat dan melakukan pembaik-pulihan supaya parti itu menjadi parti yang berguna kepada rakyat dan negara dan tidak lagi menjadi penagih rasuah yang telah hampir menjahanamkan negara kesayangan kita ini.

Maka tidak boleh lah UMNO sendiri mengisytiharkan yang mereka telah pulih dari semua penyakit merbahaya untuk manusia itu dan meminta terus memerintah negara ini seperti biasa. Penagih ini tidak semua yang baik dengan sendirinya. Selalunya ia perlu dibimbing dan diatur segala kegiatan kehidupan mereka. Maka UMNO perlu berihat dan memulihkan penyakit ketagihan ini. Kita tidak mahu penagih rasuah ini kembali melakukan rasuah seperti penagih dadah yang kembali menagih selepas keluar dari pusat serenti itu.

Tetapi yang pentingnya sekarang UMNO sudah mula sedar dan mengakui kesalahannya dan serangan terhadap pembangkang yang menuduh mereka (UMNO) itu rasuah sepatutnya di tarik balik dan di dalam hati meminta maaf kepada mereka yang membuat tuduhan yang benar itu.

Ramai pemimpin-pemimpin UMNO telah mengisytiharkan yang mereka telah berjaya memulihkan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu dan telah mengakui kesilapan dan kesalahan mereka. Mengakui kesalahan itu sudah cukup untuk mengakui yang pihak pembangkang adalah pihak yang benar dan kecenderungan rakyat untuk memberikan mandat kepada mereka (pembangkang) sepatutnya mendapat galakan dan sokongan dari orang ramai.

Buat sementara waktu UMNO biarkanlah mereka duduk berihat sambil memperbaiki diri mereka supaya parti itu pula yang akan menjadi parti alternatif kepada Pakatan Rakyat yang memerintah nanti. Jika Pakatan Rakyat melakukan kesalahan yang sama UMNO yang sudah pulih semasa dalam ‘political confinement’ itu boleh kembali dan menjadi UMNO yang bertenaga dan tidak lagi seperti dahulu. Mungkin semasa itu nanti UMNO akan menjadi bertenaga dan berseri-seri wajah pimpinan mereka setelah melakukan rawatan mereka selama beberapa tahun semasa menjadi pembangkang itu.

Maksud saya ini ialah, menjadikan negara ini sebagai negara demokrasi yang mempunyai sistem dua parti itu akhirnya akan memberikan kenaikan kepada rakyat. Semasa itu nanti baru lah rakyat sedar betapa nikmatnya jika kuasa itu sebenar-benar berada ditangan mereka dan bukannya di tangan ‘war lords’ UMNO seperti sekarang ini.

Rakyat yang bermaruah tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengawal hak mereka dengan wang sogokan atau bantuan seperti gigi palsu percuma, BRIM dan sebagainya. Rakyat tidak boleh memberikan hak kepada pihak lain setelah mendapat tayar teksi percuma dan sebagainya.

Harga diri rakyat itu lebih tinggi dari harga tayar dan bantuan BRIM serta pembayaran bonus satu setengah bulan gaji dan sebagainya. Sedangkan kucing belaan kita pun sekarang tidak makan ikan mentah lagi. Mereka (kucing) sekarang makan Friskies dan Whiskas yang dibeli dari pasaraya. Kucing pun tahu harga diri mereka.

It is our divine responsibility to get the mandate changed

BN, in particular UMNO is perennially in a state of hopelessness. There is still no hint that the coalition is regaining its lost support. Instead, it is losing reverence from the ordinary Malaysian. The veneration is so serious that citizens as young as school leavers do not have even a wink at that ailing party. They do not see UMNO as the party that can grant them hope for their future. While large numbers of these young citizens lean themselves towards the Opposition, some remain in abstention and are not inclined with any political party.

UMNO is losing grip over the young and thinking voters. UMNO has failed to keep abreast with the needs and aspirations of the young generation. Muhyiddin Yassin realizes this situation and he called upon all UMNO members yesterday to fight back the effective psychological war against BN by the Pakatan Rakyat, in particular by PKR de facto leader, Anwar Ibrahim.

Like any UMNO leader, Muhyiddin blames Pakatan Rakyat for the desolation and anguish of the people towards UMNO and BN. UMNO does not accept that the party is facing dwindling support because of party’s own transgressions on the people and the country since at least three decades ago. Malaysians have been very kind towards BN, and have allowed them (BN) to govern the country ad infinitum since independence of the federation in 1957.

To all Malaysians, let us all come to terms that our support have been taken for granted and we have seen the misdemeanors committed by the BN leaders without qualms to the extent that the country have lost all attributes of a democratic nation. BN is the host of all mischievous accounts of financial scandals that milked the country dry. Our National debt stands at more than RM502billion, which was just at RM230 billion when Najib assumed the Premiership in 2009. Now, the national debt is almost 54% of our GDP, nearly reaching the 55% of the legislative ceiling allowable for the country to contain debts.

Let us be alerted that the figure does not include the loan and debts of the Off Budget Agencies which stands at RM120 billion. By adding these figures together, our country is in actuality indebted of RM620 billion. This is far above the allowable limit as legislated by the parliament. In reality, our national debt is now more than 65% of our GDP. It is a frightening state of affairs, indeed.

I am hopeful that each and every responsible citizen will address this worrying state of affairs of our nation by getting the mandate changed to another ruling party, which we hope to be more responsible and accountable towards our beloved nation. The leaders of the other party are not perfect, but as I have often stated, the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional.

We must not forget that it is our democratic responsibility for our country to do away with the higgledy-piggledy leaders of UMNO and BN. This can no doubt be achieved through a united stand against the hegemony of UMNO.

23 November 2012

Perwakilan UMNO ditegah membuka mulut

Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan bermula 27hb November ini. Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agong jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.

Ini adalah budaya biasa dalam UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah ditentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah ditugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain daripada itu, perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti.

Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan UMNO (B) pada tahun 1988 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan diikuti dengan tepukan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan.

Itulah sebabnya UMNO yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah dipenjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya diarah untuk memberi kutukan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan.

Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak ditutupi. Mereka ini adalah dari golongan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P. Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu.

Tetapi dalam pada menyanyi lagu P Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahyul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak di dalam UMNO itu. Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agong seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu. Dalam Perhimpunan Agong itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan dirasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.

Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agong orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya ‘buat tidak tahu sahaja’ tentang apa yang berlaku di dalam UMNO. Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar.

UMNO adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya dididik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan disertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.

Inilah kejayaan UMNO yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera disisihkan.

UMNO lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu dididik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik, UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.

Jangan mengrkitik UMNO kerana UMNOlah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu yang semua negara di dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik daripada yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.

Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri dibayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada UMNO.

Kepada UMNO kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti.

22 November 2012

'Orang kenyang jangan diajak berjuang'

Apabila musim pilihanraya datang, setiap parti dan pihak-pihak NGO bergiat memberikan dokongan kepada parti yang mendapat ‘preference’ dari mereka. Walaupun pertubuhan-pertubuhan itu adalah pertubuhan NGO, sampai pilihanraya mereka juga terlibat dalam proses mengamalkan demokrasi mengikut cita rasa masing-masing.

Pihak pembangkang juga mendapat perhatian dari NGO-NGO ini dan mereka tidak teragak-agak untuk menentukan sikap dan pegangan politik mereka secara terbuka. Pihak pembangkang sendiri ke hadapan dan memberikan penerangan sambil merapati rakyat bagi mendapatkan sokongan dalam pilihanraya kali ini.

Sebaliknya UMNO dan BN menggunakan NGO-NGO sebagai ‘vehicle’ untuk parti itu apabila menghadapi rakyat untuk mendapatkan kehadiran yang ramai. Jika UMNO sendiri mengadakan program ia tidak mendapat kehadiran yang ramai dan keadaan ini adalah keadaan biasa di seluruh negara.

Seperti yang selalu saya sebut UMNO tidak bergerak di peringkat cawangan dan rakyat sudah merasa terasing dan jauh dari parti itu sedangkan pembangkang sentiasa dilihat berada di hadapan mata mereka dengan kegiatan pendekatan rakyat mereka. Cawangan-cawangan UMNO sudah hilang kemahiran mendekati rakyat dan parti itu terpaksa menggunakan tenaga Presiden atau Timbalannya untuk merempuh setiap kawasan di seluruh negara dengan persediaan yang begitu mahal.

Lima puluh peratus dari cawangan-cawangan UMNO tidak mendapat cukup ‘quorum’ dalam setiap mesyuarat agong cawangan-cawangan parti itu. Oleh kerana perlembagaan parti itu mencegah isu undang-undang dan perlembagaan parti dibawa ke mahkamah maka terselamatlah UMNO itu daripada terbatal pendaftarannya oleh ROS.

Peruntukan perlembagaan yang mencegah isu dan masalah parti ke mahkamah maka disiplin dan etika kepimpinan di peringkat cawangan telah jatuh dan ini merupakan salah satu sebab kenapa parti itu menjadi lemah dan tidak bermaya di cawangan-cawangan di seluruh negara.

Di peringkat nasional dan kerajaan pula, hutang negara tidak terkawal kerana sejak Najib mengambil alih kerajaan Persekutuan telah menambah hutang negara kepada lebih dari RM520 billion dari hanya RM230 billion semasa pentadbiran Abdullah Badawi dahulu. Najib berkata negara kita masih dalam kadar berhutang yang rendah kerana ia belum lagi mencapai ketahap 55% dari GDP kita.

Ini amat mengelirukan kerana jumlah hutang yang disiarkan kepada rakyat tidak termasuk RM120 billion hutang melalui ‘off budget agencies’ dan ini adalah satu kesalahan moral yang besar kerana tidak diberitahu keadaan dan status yang sebenarnya tentang hutang yang ditanggung oleh rakyat sekarang ini. Saya ingin menulisnya sedikit masa lagi tentang isu ini apabila saya telah melengkapkan datanya setidak-tidaknya secara kasar untuk pengetahuan ramai. Sesungguhnya negara kita sedang berdepan dengan hampir 68% hutang negara, dan keadaan ini amat membimbangkan kepada sesiapa yang serius dalam hal kenegaraan.

Kita bernasib baik kerana kita ada Petronas untuk menyelamatkan keadaan kita. Petronas juga pernah menjadi penyelamat kepada anak seorang pemimpin tertinggi negara yang telah kerugian dalam perniagaan perkapalan dahulu. Petronas pendeknya bukan sahaja dapat menyelamatkan kantung kerajaan tetapi juga menjadi penyelamat kepada individu-individu berpengaruh dalam UMNO itu. Kerajaan kita dijadikan modal perniagaan oleh mereka yang berkuasa dan berpengaruh ini. Negara kita ini sekarang kepunyaan kumpulan elitis dalam UMNO dan kerajaan sahaja.

Tetapi sampai bila kita hendak bergantung kepada nasib seperti ini? Rakyat berkehendakkan nasib kita bergantung kepada kewibawaan pimpinan tetapi jika begini cara Najib mentadbir negara dan bercakap perkara yang tidak benar, maka kita tidak akan mendapat jaminan atau setidak-tidaknya mendapatkan harapan yang cerah untuk masa depan negara dan generasi kita.

Tetapi isu-isu seperti ini memang sudah menjadi pengetahuan dan menjadi isu perbincangan rakyat di merata-rata tempat di negara ini. Tetapi masih lagi ramai yang tidak mahu menerima hakikat yang keadaan ini akan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang bankrap pada suatu hari nanti jika pimpinan kita tidak mahu mengambil berat tentang isu ini.

Kita memahami sebab kenapa pimpinan kita tidak mengambil berat tentang perkara ini. Ia disebabkan negara kita belum pernah melalui keadaan bankrap ini dan pimpinan kita bercakap dengan takbur yang kita akan menjadi negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti. Tetapi pimpinan kita terlupa yang banyak negara kaya yang telah bankrap kerana kelalaian pimpinan mereka mengambil tahu betapa seriusnya risiko negara jika perkara seperti ini terus berlaku.

Itulah sebabnya rakyat terpaksa bertanggungjawab dengan keadaan ini kerana rakyatlah yang selama ini memberikan mandat terlalu lama kepada BN dan UMNO ini sehinggakan mereka (UMNO) telah merasakan yang segala-galanya adalah kepunyaan mereka dan tidak lagi hak rakyat.

Saya pernah menulis tentang isu ini lama dahulu. Kerajaan yang bertanggungjawab dan mesra dengan rakyatnya tidak akan melakukan sesuatu tanpa membawa rakyat ramai terlibat dalam membuat keputusan. Dulu-dulu nya rakyat akan diberitahu melalui kursus-kursus sivik jabatan penerangan di setiap kampung melalui urusan JKKK di setiap daerah dan mukim jika apa yang kerajaan ingin lakukan itu melibatkan rakyat ramai.

Tetapi sekarang perkara ini tidak dilakukan lagi sejak pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Itu sebabnya kerajaan sekarang terputus hubungan dengan rakyat dan pimpinan akan hanya timbul semasa waktu menghampiri pilihanraya sahaja. Setiap projek yang melibatkan rakyat diselia dan dipantau oleh ICU di Jabatan Perdana Menteri dan setiap Jabatan yang melaksanakan projek-projek rakyat itu dilakukan dengan serius dan dengan bermaruah.

Tetapi perkara ini tidak mungkin mampu dilakukan oleh pimpinan sekarang ini kerana setiap projek yang melibatkan rakyat telah dilibatkan elemen kronism yang besar dan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan imbuhan ala kronisma. Rakyat tidak diberitahu dan dimaklumkan banyak perkara sebelum satu-satu keputusan kerajaan itu kerana unsur rasuah dan salahguna kuasa sentiasa wujud dalam setiap projek yang melibatkan rakyat ramai ini.

Perkara ini sudah berlaku hampir tiga dekad maka anak-anak yang masih muda tidak lagi tahu tentang cara mentadbir yang baik kerana lahir sahaja mereka di dunia ini mereka telah melihat budaya ini yang sudah berkembang terlalu jauh dan tidak dapat di lerai lagi. Itu sebabnya ramai terutamanya yang muda-muda tidak memahami apa yang orang seperti saya, yang masih sihat, melihat perlakuan ini dengan begitu sedih dan menyayat hati.

Itu jugalah sebabnya saya kembali bergiat setelah berehat begitu lama, setidak-tidaknya untuk memberitahu apa yang salahnya dalam negara kita mengikut perspektif demokrasi dan pentadbiran yang sebenarnya. Berjaya atau tidak matlamat dan impian saya ini cerita lain. Yang pentingnya mesti ada pihak yang berusaha untuk melakukan pembaik-pulihan kepada negara yang sudah begitu uzur dalam setiap bidang kehidupan bernegara.

Mungkin kejayaannya akan sampai semasa kami tidak ada di dunia ini, tetapi saya pasti ia akan sampai. Jika kejayaan ini hanya tercapai setelah kami tidak lagi hidup di dunia ini hadiahkanlah saya dengan bacaan Al-Fatihah dan itu sudah mencukupi. Rakyat wajib melakukan perubahan secepat yang mungkin dan pilihanraya kali inilah kesempatan yang keemasan untuk melakukannya tanpa berlaku pertumpahan darah seperti yang berlaku di banyak negara di dunia ini.

Rakyat perlu melakukan introspeksi yang serius dan jangan pedulikan apa yang orang lain kata. Jangan mengajak orang yang kenyang untuk berjuang kerana mereka yang kenyang tidak akan berdaya bersusah-payah untuk bersama kita. Mereka yang hidup di dalam ‘comfort zone’ sekarang ini, mereka akan hanya menyokong apabila kita mendapat kejayaan kelak. Itu biasa.

“Orang kenyang memang susah untuk bergerak kerana kekenyangan mereka itu”.

21 November 2012

Najib tidak boleh samakan buah epal dengan bacang

Najib masih menyanyikan lagu lama dengan dendangan yang lama. Najib seorang yang sangat terdesak dan kata-katanya pun sangat tidak bernilai sebagai satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata dan ucapan seorang pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib terpaksa menggunakan ‘testimonial’ orang lain untuk mendapat kepujian dan pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan ‘testimonial’ sendiri bagi meyakinkan rakyat.

Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti.

Najib mengambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh pandangannya itu. Rakyat AS telah memberikan ‘continuity’ kepada pentadbiran Barack Obama dari Demokrat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini dan rakyat Malaysia perlu mengikut contoh itu dan memberikan sambungan pentadbiran kepada Barisan Nasional. Mendengar ucapan beliau itu, ramai termasuk diri saya hampir jatuh dari kerusi kerana hendak menyamakan beliau sebagai Barack Obama dan beliau tidak nampak bagaimana AS telah melakukan perubahan acapkali dalam pilihanraya Presiden di negara itu.

Di antara Parti Republican dan Demokrat, mereka ini telah bertukar-tukar dan bergilir-gilir mentadbir negara kuasa dunia itu sejak negara itu merdeka 200 tahun dahulu. Najib sepatutnya tahu yang Presiden Jimmy Carter adalah dari parti Demokrat dan Presiden George W. Bush dan George Bush (senior) adalah dari Republican. Tidak tahukah Najib yang Presiden Bill Clinton dan Obama adalah dari Demokrat? Rakyat AS telah menukar parti-parti memerintah negara itu bergilir-gilir puluhan kali sejak kemerdekaannya dahulu.

Sebaliknya di negara kita, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, our great Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan sekarang Najib semuanya dari Barisan Nasional. Rakyat Malaysia belum pernah melakukan perubahan ini. Jika benar-benar hendak jadikan rakyat AS sebagai contoh kita mesti lakukan perubahan sekarang sebagaimana yang selama ini dilakukan oleh rakyat negara ‘Uncle Sam itu’.

Rakyat AS ada sebab untuk mengekalkan pentadbiran Obama kali ini seperti mana kita ada sebab untuk mengubah pentadbiran kita di Malaysia ini. Malahan Obama hanyalah merupakan Presiden dari parti Demokrat yang kedua selepas Clinton dalam beberapa dekad ini yang berjaya mengekalkan pentadbiran mereka buat kali kedua berturut-turut. Selain daripada itu, setiap Presiden dari parti Demokrat hanya mentadbir satu penggal sahaja.

Oleh itu Najib tidak perlu untuk menempel kejayaan orang lain untuk mencapai kejayaan sendiri. Pimpinan kerajaan sekarang elok elakan dari melihat AS dalam situasi ‘double Standard' kerana UMNO selalunya melihat AS sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan sebagai sebuah negara demokrasi yang tidak boleh kita ikuti. Mahathir berkata kita tidak boleh mengikut jejak AS kerana kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Kenapa kali ini pula dipuji rakyat AS kerana mengekalkan Obama sebagai Presiden buat penggal kedua?

Najib patut bergantug kepada kewibawaan sendiri. Tidak payah menumpang kewibawaan Obama. Bagi Najib untuk menjadikan Obama sebagai ‘equation’ dalam politik beliau ia merupakan satu perkara yang agak terlalu jauh dari yang sepatutnya. Jangan kita hendak samakan buah epal dengan bacang.

Di antara buah epal dengan buah bacang amat jauh perbezaannya. Buah bacang ini sangat kuat baunya dan boleh dihidu dari jauh. Baunya itu memeningkan kepala kita.

Kebenaran itu tidak akan 'kuning dek kunyit dan tidak lemak dek santan'

Seperti biasa Dr Mahathir akan mencelah apabila isu yang membabitkan Anwar berada di hadapan kita. Tetapi Dr Mahathir masih seorang ahli politik dan beliau boleh memberikan komen sesuka hati beliau. This is a free and democratic country. Beliau boleh kata apa yang beliau suka. Hanya Dr M yang selalu marah-marah bila ada yang mengkritik beliau semasa mentadbir negara dahulu.

Semua yang baik itu datangnya dari Dr Mahathir dan semua yang salah itu datangnya dari pihak lain termasuk yang datang dari Tuhan seperti hukum hudud dan syariat-syariat Islam yang tidak secocok dengan kemahuan beliau. Dr Mahathir ialah seorang yang boleh berjalan di atas air. Beliau seorang yang berani mempersoalkan hukum Penciptanya sendiri.

Pada beliau (Dr Mahathir) ada hukum-hukum dari Tuhan itu yang tidak betul dan beliau cuba mengelirukan orang ramai khususnya orang Islam yang hudud yang cuba diperjuangkan oleh PAS itu adalah hudud PAS, bukannya hukum agama. Bagi Dr Mahathir hudud itu adalah undang-undang potong tangan dan itu adalah satu pengetahuan yang amat cetek bagi seorang pembesar negara yang agamanya adalah Islam.

Tetapi Dr Mahathir ini dianggap oleh setengah dari pengikut membuta tuli beliau sebagai seorang negarawan sedangkan beliau masih seorang aktivis politik UMNO. Saya merasakan Dr Mahathir tidak akan mencapai taraf seorang negarawan kerana sudah terlewat untuk mendapatkan gelaran itu. Negarawan tidak bersikap seperti Dr Mahathir. Belaiu tidak ‘magnanimous’ dan amat susah bagi beliau untuk menjadi sebagai seorang yang bertaraf negarawan.

Dalam isu siapa menjadi PM jika PR memang dalam pilihanraya ini sememangnya kita telah mengagak yang Dr M akan mengkritik DAP kerana menyokong Anwar untuk dijadikan sebagai PM. Alasan Dr Mahathir yang DAP menyokong Anwar menjadi PM itu adalah kerana DAP ingin mengawalnya (Anwar). Tidak ada baiknya DAP ini dan Dr M masih menjadi seorang aktivis UMNO yang cuba memomokkan DAP itu sebagai parti yang merbahaya kepada Melayu. Tetapi kita hendak buat macam mana? Dr Mahathir sememangnya merasa resah jika Anwar menjadi PM. Sebabya semua orang faham.

Dr Mahathir selalu menganggap orang lain termasuk Anwar itu sama seperti sikap beliau yang pendendam. Bagi Dr Mahathir hanya beliau sahaja yang boleh melakukan kekalutan tetapi pihak lain yang tidak seperti beliau dianggapnya sama seperti sikap dan sifat beliau.

Kita mesti tahu yang DAP berdiri tegas kepada keputusan permuafakatan yang telah wujud yang Anwarlah yang akan menjadi PM jika PR memenangi pilihanraya nanti secara ‘outright’. DAP hanya mengingatkan rakyat yang mereka (DAP) tidak mahu memungkiri janji. DAP tidak mahu bersikap seperti UMNO yang selalu tidak menghormati apa yang dijanjikan dengan rakan-rakan di dalam BN.

Dr Mahathir tidak mahu meneruskan jawatan Ketua Menteri Sabah itu digilir-gilirkan di antara kaum suatu masa dahulu. Sekarang UMNO menjadi Ketua Menteri secara berpanjangan dan ini merupakan pelanggaran yang ‘head-on’ dengan rakan-rakan komponen dalam BN di Sabah itu sendiri. Dr Mahathir telah memungkiri janji beliau dengan Parti Berjaya Sabah semasa PBS sedang berusaha menumbangkan Berjaya pada tahun 1985 dahulu. Dr Mahathir telah berikrar untuk berenang dan tenggelam dengan Berjaya dalam pilihanraya negeri semasa itu.

Tetapi apabila Berjaya tewas Dr Mahathir tidak mahu tenggelam bersama Berjaya. Dr Mahathir terus berenang dan Berjaya terus tenggelam. Sekarang Berjaya hanya tinggal pada namanya sahaja. Parti itu sudah tidak wujud lagi sekarang ini.

Apa yang disebut oleh DAP yang memberikan sokongan kepada Anwar itu merupakan peringatan kepada ramai yang DAP bukan sebuah parti yang dengan mudah memungkiri janji seperti UMNO dan Dr Mahathir lakukan terhadap rakan-rakan komponennya sendiri. DAP menjaga dignitinya sebagai parti yang telus dan tidak mudah lari dari komitmen yang telah dibuatnya. Sebenarnya di sinilah kekuatan DAP jika siapa yang ingin tahu.

Saya percaya jika ada apa-apa perubahan kepada perjanjian itu, tentunya ia akan dibincang dengan rakan-rakan kongsi dalam PR dan tidak membuat keputusan secara unilateral seperti UMNO lazim lakukan terhadap rakan komponen mereka.

Lagi pula itu adalah tanggungjawab PR untuk mengendalikannya dan UMNO termasuk Dr Mahathir tidak payah bersusah-payah untuk masuk campur dalam isu ini. Dr Mahathir mesti ingat BN sendiri mempunyai masalah dalam yang hebat khususnya di dalam UMNO itu sendiri. Di bawah ini ahli-ahli dan penyokong pemimpin-pemimpin mereka di dalam UMNO sedang bertembung di antara satu dengan lain. Orang Presiden tidak sebulu dengan orang-orang Timbalan Presiden dan berbagai-bagai lagi perkara yang tidak baik untuk BN sedang berlaku di dalamnya.

Dr Mahathir tentu tahu perkara yang serius ni sedang berlaku di dalam UMNO kerana beliau ada banyak saham dalam perpecahan partinya dan perpecahan Melayu selama ini. Dr Mahathir sememangnya tersohor dalam memecah-mecahkan orang ramai dan itu merupakan ‘forte’ beliau dalam kehidupannya. Itulah kemahiran beliau yang paling nyata dan tidak ada siapa yang boleh menandingi beliau dalam bidang memecah-belahkan pihak lain termasuk puak-puak di dalam partinya sendiri. Kemahiran beliau itu masih dipraktikkan oleh beliau sampai akhir kalam beliau nanti.

Secara jelas Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang lemah dan akan tenggelam jika semua pihak bersatu dan berpadu menentang sikap beliau itu. Itulah sebabnya UMNO dan rakyat berpecah-belah kerana jika rakyat tidak berpecah tidak mungkin beliau boleh mentadbir kerajaan dan pemikiran rakyat selama 22 tahun termasuk sikap dan nilai orang Melayu itu sendiri.

Bagi saya sikap ‘gentleman’ DAP itu wajar dipuji kerana parti itu tidak mahu memugkiri janji kepada rakan sekomponen mereka. Itu sebab Dr Mahathir tidak mungkin selari dengan DAP sampai bila-bila.

Maka UMNO akan menggunakan isu kafir mengkafir terhadap sesiapa yang menyokong DAP. Ramai pemimpin dan penyokong UMNO menyifatkan saya yang menyertai DAP sebagi kafir. Tetapi saya tahu siapa diri saya. Saya hanya bertukar wadah, bukannya bertukar aqidah.

Saya adalah seperti seekor ikan yang hidup dalam lautan yang masin, tetapi saya tidak masin. Apabila kita mampu untuk bertawajjuh dan bertawassul secara terus-terusan, saya tidak akan kuning dek kunyit dan tidak akan lemak dek santan. Saya tidak kurang Melayunya dan tidak tercalar agama saya.

Kerja dan tugas untuk menentukan kedudukan seseorang di sisi Tuhan adalah hak Allah SWT semata-mata bukannya hak orang UMNO yang sudah koyak rabak nilai kesahsiahan mereka. Koyak mereka sudah tidak boleh ditampal lagi. Putus mereka pula sudah tidak boleh disambung-sambung.

Itulah keadaan UMNO sekarang ini. Bodohnya tidak boleh diajar, cerdiknya tidak boleh diikut.

20 November 2012

Ibrahim Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri

Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM. Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.

Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA.

Ini merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-duanya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung.

Tetapi keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada minggu ini. Isu siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh dahulu kerana yang penting permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan serta merta selepas PRU ini. Kita mempunyai perlembagaan jelas yang seorang PM itu sepatutnya dipilih di antara ahli-ahli Legislatif yang mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun dengan satu undi.

Walau bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi PM kepada Anwar jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di dalam perlembagaan sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di dalam Dewan Legislatif Parlimen maka dialah yang menjadi Perdana Menteri negara ini selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Selama ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui ‘convention’ dan bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dari mana-mana parti sekali pun asalkan ia mendapat sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun dengan kelebihan ‘simple majority’.

Di atas dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Bung Mokhtar, Mohamad Aziz  mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili apa-apa parti atau sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan datang. Yang perlu mereka mendapat sokongan majoriti di dalam Parlimen.

Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga mempunyai peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang kalau tidak silap saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap seorang diri selalu kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah orang gila dan tidak layak menjadi ahli Parlimen.

Oleh itu semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri sekarang ini tetapi menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan UMNO di pihak pembangkang. Saya secara peribadi pun hendak sangat mendengar ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi kerusi pilihanraya Pagoh dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Untuk menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui pengalaman menjadi pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai seorang pemimpin. Di negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih tempat setiap pilihanraya. Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana partinya menang dalam pilihanraya tetapi penggal yang berikutya mereka menjadi pembangkang kerana partinya kalah dalam pilihanraya yang berikutnya.

Keadaan itu adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di negara ini.