Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 Ex-offico dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar. Ketiga-tiga jawatan yang dimaksudkan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Dalam peruntukkan sekarang Kebawah Duli Tuanku telah dilucutkan kuasa melantik ini semasa krisis perlembagaan 1993 yang dicetuskan oleh UMNO pimpinan Dr Mahathir. Saya telah menulis isu ini acapkali didalam blog ini beberapa ketika dahulu untuk membayangkan kekesalan diri saya sendiri diatas tindakkan pemimpin UMNO semasa itu yang beriya-iya benar untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu termasuklah kuasa Raja-Raja Melayu untuk melantik 3 jawatan Ex-Officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri diseluruh Negara.
Tuanku Sultan telah bertitah yang Baginda tidak ada kuasa untuk menerima dan menolak nama sesiapa yang dicadangkan oleh PSC kepada Baginda kerana kuasa itu telah ditarik balek hasil dari krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu UMNO bertindak tanpa sebarang ‘mercy’ kepada Raja-Raja Melayu dan kata-kata pemimpin kita semasa itu sangat mengguris hati orang Melayu seperti saya yang tahu tidak ada Melayunya seseorang itu tanpa Raja yang berdaulat.
Saya sedang tercari-cari potongan-potongan akhbar yang boleh membuktikan perlakuan pemimpin-pemimpin kita semasa itu tetapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi. Saya pernah berucap dimerata-rata diseluruh negara membidas tindakkan UMNO ‘menderhaka’ kepada Raja-Raja Melayu tetapi seperti biasa saya menjadi mangsa kutukkan pihak pimpinan UMNO kerana kononnya saya dan ramai yang lain telah menderhaka kepada UMNO.
Sekarang UMNO baru merasakan betapa lemahnya mereka dan dimana-mana pimpinan mereka sedang berlindung dicelah ketiak Raja-Raja Melayu. Sekarang Najib baru merasakan betapa pentingnya Raja-Raja Melayu dan pernah berkata didalam perhimpunan agung UMNO yang lalu yang Raja-Raja masih ada kuasa untuk melantik pimpinan Kerajaan jika ada pihak yang akan cuba untuk mengambil alihnya. Tetapi beliau selaku Ketua Pemuda semasa itu bersama-sama berlegar keseluruh negara untuk mendapat sokongan untuk melakukan kepada pindaan perlembagaan itu.
Sekarang UMNO pula yang menuduh pihak pembangkang yang menderhaka sedangkan kuasa Raja telah menjadi tirus seperti tali gasing yang dilakukan oleh pindaan perlembagaan dicetusan oleh UMNO semasa itu. Kepada semua yang membidas saya tidak berapa lama dahulu elok berfikir; siapa yang durhaka kepada Raja-Raja Melayu….UMNO kah atau pembangkang?
Saya bergembira kerana Negeri Selangor akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Kebawah Duli Tuanku dengan nasihat Menteri Besar seperti sebelum pindaan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.
Rupa-rupanya Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan mereka adalah pihak yang mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika UMNO jujur dengan apa yang mereka katakan sekarang Negeri-Negeri yang ditadbirnya mengembalikan peruntukan itu kepada peruntukkan asal semasa perjanjian persekutuan ditanda tangani dahulu. Ikutlah contoh Kerajaan Negeri Selangor jika benar UMNO mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan bercakap manis dimulut sahaja ibarat menanam tebu dihujung bibir.
Setelah dululuskan oleh DUN Selangor pindaan ini nanti maka Negeri Selangor akan menjadi Negeri yang pertama yang telah sedar dan bertindak membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu. Didalam sidang khas itu wakil-wakil UMNO wajar memberikan sokongan kepada usul pindaan itu jika UMNO benar-benar telah berubah dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu seperti sebelum pindaan pada tahun 1993 itu.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Negeri Selangor diatas kejayaan saudara-saudari sekelian.
03 January 2011
02 January 2011
Isu SS Selangor - Hormati semangat Persekutuan.
Isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masih belum reda. Apa kesudahan terhadap isu ini belum lagi kita dapat jangkakan. Tetapi saya percaya isu itu akan dapat diselesaikan apabila setiap pihak yang terbabit itu kembali kepada kepangkal jalan dan selesaikan masalah itu dengan cara dan tata-cara perlantikkan dengan baik dan ikut cara dan semangat serta sistem bernegara yang lazim kita praktikkan.
Kita mesti kembali kepada asas, iaitu mengakui bahawa negara ini adalah negara Persekutuan (Federation) dan negara kita bukannya negara ‘unitary’ seperti Thailand dan negara jiran yang lain. Kita ada perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 2hb Februari 1948 dahulu semasa perjanjian ini ditanda tangani diantara negeri-negeri bersekutu dan bukan bersekutu. Perjanjian Persekutuan itu adalah untuk menggantikan Malayan Union (MU), dan Persekutuan itu diwujudkan untuk menggantikan usaha keparat British mewujudkan sebuah negara ‘unitary’ disemenanjung ini.
Jika kewujuddan perjanjian Persekutuan itu dibuat untuk menggantikan MU, kenapa pula kita sekarang hendak mentadbir negara ala MU itu? Kita sepatutnya memperkayakan semangat Persekutuan itu kerana terbukti dalam banyak negara Persekutuan yang benar-benar mengamalkan semangat itu telah mencapai kejayaan untuk memajukan negara dan rakyatnya.
Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan ini Negeri Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain mempunyai Lagislatifnya sendiri, kerana Selangor ada Dewan Undangan Negerinya sendiri. Selangor ada kerajaannya sendiri dan ada ketua kepada kerajaan negeri itu dan dianya dinamakan Menteri Besar yang dipilih diantara ahli-ahli Lagislatif yang dipilih oleh rakyat Selangor. DAN Menteri Besar itu ialah Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Ijok.
Bagi seorang rakyat yang menjunjung semangat Persekutuan ini, kerajaan persekutuan mesti mempunyai perhubungan dengan Selangor berlandaskan kepada semangat persekutuan dengan negeri Selangor, sebuah negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan mesti berhubung dengan Selangor dalam semangat itu dan kerajaan persekutuan mesti menghormati negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.
Jika kerajaan persekutuan tidak menghormati pandangan kerajaan negeri Selangor ianya bermakna persekutuan tidak menghormati rakyat negeri Selangor. Ini adalah ‘basic’. DiPutrajaya itu adalah Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan Pusat. Kedaulatan kerajaan Persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri yang berada didalam Persekutuan ini.
Sepatutnya kerajaan pusat mesti bertanya kepada rakyat Selangor dalam isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan ini. Cara untuk bertanya rakyat Selangor itu ialah bertanyakan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya yang mewakili rakyat Selangor seperti yang dipilih oleh mereka didalam pilihanraya yang lalu. Itu caranya yang patut dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin persekutuan jika benar menghormati rakyat yang telah membuat pilihan secara demokrasi.
Yang sepatutnya mengadap Kebawah Duli Tuanku Selangor itu ialah TS Abdul Khalid Ibrahim kerana Khalidlah yang sepatutnya menasihati DYMM Tuanku, bukannya dari sesiapa yang datang dari Persekutuan. Jika ada usaha dari kerajaan Persekutuan untuk menasihati DYMM Tuanku Selangor itu merupakan usaha yang cuba untuk memecah belahkan Raja dan kerajaan Selangor yang berdaulat.
Ketua Setiausaha Negara (Sidek Hasan) wajib menjaga dan menghormati kedaulatan Negeri Selangor dan mesti mengakui yang Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri yang berdaulat yang menganggotai Persekutuan ini. Hormatilah diri kita sebagai seorang rakyat negara Persekutuan. Ikut cara dan semangat Persekutuan itu. Negara kita bukan negara kominis.
TETAPI kenapa agaknya isu seperti ini berlaku? Pastinya kerana politik kepartian. Kalau itu sebabnya betullah kata banyak pihak ini merupakan usaha pemimpin parti yang berkuasa dari Putrajaya untuk memcahkan keutuhan kerajaan Negeri Selangor sebab pilihanraya akan tiba dan BN sedang berusaha untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan Selangor, negeri yang terkaya dalam Persekutuan ini.
Kalau itulah sebabnya saya tidak mahu melanjutkan komen ini. Perkara yang sama telah dilakukan diPerak dan hasilnya memudharatkan rakyat Perak. Bolehlah mendapat kuasa dengan ‘arm-twisting’ seperti ini tetapi ramai menjangkakan yang rakyat Perak akan memberikan pengajaran kepada pihak yang sudah hilang hidayah ini. Kata mereka yang PR akan kembali mentadbir dibangunan Setiausaha Kerajaan diIpoh.
Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang ‘gentleman’. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya.
Tetapi siapa pula yang akan menerajui kerajaan Selangor jika BN menang?? Noh Omar? Khir Toyo? Atau siapa? Oh! Ezam Mohd Nor? Kalau inilah nama-nama yang tersenarai ramai rakyat Selangor berkata biarkanlah negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat sepenggal lagi, sehingga BN boleh mencari pemimpin yang ‘viable’.
Buat masa sekarang BN, bagi pendapat mereka belum lagi berjaya mencari pemimpin yang diyakini rakyat Selangor. Jika permainan seperti ini diteruskan juga maka percayalah rakyat akan lebih menyampah kepada kita. Apabila rakyat menyampah dan menolak kita, kita juga yang terloncat kesana kemari macam cacing dalam kepanasan. Lepas itu salahkan orang lain pula.
“Tak payah nak ganti-ganti!” kata mereka.

01 January 2011
Berubahlah!! Jangan tak berubah!!
Kegagalan sesebuah negara untuk bertahan dengan kejayaannya selalunya adalah disebabkan kegagalan kepimpinan mengendalikan kejayaan yang telah dicapai. Itulah sebabnya kalau kita ikuti urutan sejarah yang lama dan yang baru kadangkala kita tidak percaya bagaimana sesebuah negara dan temaddun yang kuat dan gagah itu boleh jatuh dan lenyap ditelan zaman.
Punca kejatuhan sesebuah negara dan empire besar sebagai yang ditulis oleh sejarah adalah disebabkan kelemahan dalam menguruskan kejayaan itu dan kalau diteliti dengan halus ianya berpunca dari sifat kufur nikmat. Pimpinan dan negara yang telah mencapai kejayaan cemerlang selalunya tidak akan mengagak yang kejayaan mereka itu mungkin lebur kerana mereka sudah merasakan yang mereka sudah terlalu kuat dan tidak mungkin ada unsur-unsur yang akan menjatuhkan mereka.
Tetapi sifat takbur itu memang selalunya diakhiri dengan kejatuhan dan kemusnahan. Ini adalah hakikat yang susah untuk diterima oleh mereka yang sedang diulitkan oleh kuasa yang besar. Lazimnya yang akan menjadi kufur nikmat itu adalah dari kepimpinan yang tidak mempunyai pengalaman untuk membina kejayaan dan pencapaian itu. Mereka hanya pewaris kejayaan yang telah dicapai oleh pimpinan sebelum mereka.
Apabila mereka tidak mengalami penat lelah dan kepayahan untuk mencapai kejayaan itu, mereka akan mengendalikan kejayaan yang diwarisinya itu dengan rasa takbur dan ujub, maka apa yang akan menanti mereka hanyalah satu; iaitu kemusnahan kepada kegemilangan yang diwarisi mereka yang tak mungkin dapat dikembalikan jika kemusnahan itu datang bersama ombak penentangan yang begitu hebat.
Saya merasakan proses itulah yang sedang kita lalui sekarang. Pimpinan sejak 3 dekad yang lalu telah begitu takbur dan kufur dengan nikmat yang telah diwarisi mereka dari kepimpinan sebelum itu. Tunku, Razak dan Hussein telah mencipta kejayaan dan kegemilangan pembangunan negara dengan premis pembangunan yang melingkupi semua asas keperluan pembangunan negara dan rakyat.
Selepas sahaja tamat pimpinan Husein Onn, kejayaan yang telah dicapai melalui pembangunan express sehinggakan asas yang diwujudkan untuk pencapaian keharmonian kaum melaui ‘economic dan social engineering’ yang telah menempa kejayaan telah diubah kepada dasar ‘siapa cepat dia dapat’. Hasilnya salah satu dari kaum terbesar iaitu Bumiputra khususnya orang Melayu secara beransur-ansur ketinggalan dalam ‘glamour’ pembangunan yang pesat yang dibangga-banggakan itu.
Semangat membina pembanynan melalui ‘economic dan social engineering’ itu diabaikan kerana yang ‘priority’ bagi pimpinan-pemimpin kita ialah hendak melihat bangunan yang tertinggi didunia, jambatan yang panjang-panjang, pusat pentadbiran yang terindah dalam dunia, tiang bendera yang tertinggi serta gong yang paling besar dalam dunia yang terletak diangkasapuri dan banyak projek-projek glamour yang lain.
Kita mahu dipuji oleh dunia luar walaupun mengorbankan rakyat kita sendiri. Kita hendak jadikan semuanya menjadi elemen pujian dan kita merasa bangga dan angkuh apabila mendapat pujian itu. Tetapi rakyat Bumiputra hanya memandang dari jauh kejayaan pembangunan pesat negara. Semasa itu jugalah ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ disetiap bank dan jabatan serta kementerian ‘unceremoniously’ ditutup kerana unit-unit itu yang menyemakkan usaha untuk melaksanakan pembangunan fisikal yang besar.
Sekarang kita telah mendapat pembangunan fisikal yang pesat. Tetapi kita ingin bertanya satu soalan pokok; ‘at what cost?’
Dalam ‘obsession’ kita hendak melihat pembanguna fisikal yang besar untuk ditontoni oleh pemimpin seluruh dunia kita telah membelanjakan wang rakyat seperti Petronas tanpa had dan tidak siapa yang boleh menyoalnya. Dalam kegilaan mahu membangunkan bangunan yang tinggi-tinggi secara ‘express’ kos pengendalian projek telah melonjak dengan begitu tinggi melalui rundingan terus dan kos pembangunan telah dimasukkan kos ‘kick backs’ yang jumlahnya begitu besar.
Lanjutan dari budaya pembangunan yang baru ii maka terselitlah elemen rasuah yang kini sudah sampai ketahap yang tidak terkawal lagi. Kita sudah kufur kepada nikamat yang dianugerah Tuhan. Budaya ini membesar dan berkembang pesat. Tidak lama lagi akan dibangunkan pula bangunan setinggi 100 tingkat untuk menyaingi dan melawan bangunan berkembar PETRONAS yang suatu ketika dahulu merupakan bangunan tertinggi didunia.
Kita adalah rakyat yang mempunyai kekayaan yang luar biasa anugerah dari Tuhan. Itulah sebab agaknya kita boleh membayar segala kerugian yang jumlahnya ratusan billion ringgit dengan mudah dan rakyat membenarkannya pula.
Tetapi dengan jumlah pembaziran dan kebocoran wang yang begitu besar itu menyebabkan kerugian kepada rakyat yang marhin dibawah. Sejak kerajaan membawa pembangunan yang pesat dan cepat anak-anak kita tidak lagi mendapat biasiswa dan penajaan pelajaran dengan mudah lagi. Ibu bapa yang ingin melanjutkan pelaran anak-anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran terpaksa naik turun pejabat kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang dulunya mengeluarkan biasiswa seperti meminta sedekah kepada wang ringgit pembayar cukai.
Dalam pada itu pemimpin-pemimpin kita melaungkan kejayaan yang negara kita akan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Kenapa mereka tidak malu melaungkan itu semua? Jawapannya ialah mereka tidak tahu dan perihatin terhadap kesusahan ibu bapa dan penjaga anak-anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.
Lagi kuat laungan kejayaan lagi susah ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang tertentu. Pada hal jumlah keperluan untuk pembiayaan pelajaran anak-anak kita yang miskin bukannya banyak sangat. Jumlahnya adalah lebih kecil dari jumlah wang pembayar cukai yang dicuri oleh pemimpin melalui projek-projek raksaksa yang diberikan kepada kroni-kroni eksklusif yang hampir dengan orang yang berkuasa.
Budaya material yang tidak terbatas ini telah meruntuhkan banyak institusi demokrasi seperti Badan Kehakiman, sistem perundangan, polis dan telah membina budaya rasuah yang pesat dikalangan pelaksana dasar, iaitu pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat awam dari yang tertinggi sehinggalah keperingkat bawahan.
Gejala buruk ini mesti dihentikan, kerana ianya mungkin menjadi salah satu penyebab kehancuran kepada kejayaan dan pencapaian pemimpin-pemimpin terdahulu. Kalau tidak tahu membina kejayaan, setidak tidaknya jagalah kejayaan yang telah diwarisi dari pemimpin-pemimpin terdahulu.
Selamat Tahun Baru dan kita berusahalah untuk membina ‘ambience’ politik yang baru bagi kita dan negara kita.

UTUSAN : membantu memperkuatkan DAP.
Issue MP Serdang Teo Nie Ching menjadi isu hangat hinggakan Utusan Malaysia menjadikannya sebagai berita muka depan akhbar harian tersebut baru-baru ini. Teo dikatakan memakai baju-T dan seluar sport yang agak ketat dan juga dituduh mencemarkan ‘sanctity’ agama islam kita.
Azman Idris, pengerusi jawatankuasa masjid Taman Cheras Jaya pula berkata yang kehadziran Ahli Parlimen Serdang itu untuk bersama-sama melakukan senamrobik dikawasan letak kereta masjid tersebut tidak ada apa-apa masalah dan tidak menjejaskan kesucian agama islam kita.
Saya berpendapat itu bukan masalah yang besar asalkan sahaja auratnya ditutup. Jika ketatnya seluar itu menjadi isu, itu hanyalah merupakan isu yang kecil. Kita tidak boleh mengharapkan seorang beragama lain untuk memenuhi seratus peratus tata-cara memasukki kawasan masjid. Perempuan Melayu islam pun ramai yang memakai pakaian ketat didalam kawasan sekitar masjid.
Saya bukan hendak mempertahankan Ahli Parlimen ini tetapi saya beranggapan isu yang disiarkan oleh Utusan itu semata-mata isu politik kerana Teo adalah ‘law-maker’ dari DAP. Pihak kita seolah-olah sudah bangkrap idea dan sedang mencari-cari kesalahan pihak lain seperti mencari kutu dikepala. Kita suka mengintai-intai kesalahan orang lain, tetapi dalam kita tertunduk-tunduk mengintai itu kita tidak sedar punggung kita sendiri penuh dengan tahi. Orang ramai melihat dan menyaksikan tahi-tahi yang masih basah dan kering berpalitan dipunggung-punggung kita. Baunya bukan kepalang busuknya.
Jika kita benar-benar hendak menjaga kesucian agama yang kita anuti, kita mesti mengelak dari hasutan iblis dan syaitan untuk menerima rasuah dan jangan menyalah gunakan kuasa dan menekan rakyat. Kalau nak jaga kesucian agama kita mesti menolak pemimpin yang melakukan perkara sumbang seperti melakukan sodomy dan merogol contohnya.
Tidakkah Utusan tahu yang terlalu ramai pemimpin kita yang merobek kesucian agama kerana melakukan rasuah yang dianggap oleh agama sebagai memakan daging saudaranya sendiri? Kenapa tak jadikan ini sebagai isu besar oleh Utusan?
Kita ada isu-isu besar seperti ini yang kita sedang hadapi dan kes Teo bersenamrobik dengan ahli-ahli keriah masjid ini merupakan isu yang tidak sepatutnya dijadikan isu langsung. Tidak ada sebab kenapa Utusan nak tarbiahkan islam dengan begitu kuat kepada Teo Nie Ching sedangkan akhbar ini tidak menegur ramai diantara yang memimpin kita melanggar dan melangkah kesucian islam?
Semasa Junjungan Muhammad mentadbir Madinah dahulu, baginda melakukan segala urusan pentadbiran negara dimasjid dan perlu diingat diMadinah itu ramai juga rakyat yang bukan beragama islam yang ditadbir oleh Muhammad saw. Yang bukan beragama islam pun berinteraksi dikawasan masjid diMadinah.
Utusan tidak perlu menjadikan ini sebagai isu walaupun akhbar ini adalah kepunyaan UMNO. Jika Utusan melakukan juga ianya menunjukkan betapa rendahnya pemikiran editor akhbar itu kerana menjadi alat propaganda pihak-pihak yang tertentu sahaja. Kata setengah orang macam ‘lebih sudu dari kuah’ lagaknya.
Itu pun yang menyebabkan akhbar itu tidak lagi diyakini dan memberikan impak negatif kepada UMNO dalam banyak isu yang disiarkan olehnya. Sekarang ini nampaknya orang Melayu sendiri merasa malu dengan tindakkan propaganda kita yang songsang dan akhirnya DAP juga yang mendapat sokongan simpati kerana sikap kita yang mencemari semangat islam itu sendiri.
Saya cadangkan tidak usah kita panjangkan isu ini kerana ianya mungkin menjatuhkan kredibiliti kita sendiri. Tetapi kalau ada pihak yang hendak juga untuk menjadikannya sebagai isu politik ramai yang tidak akan bersama kerana kita tahu sebabnya.
Pandai-pandailah memilih isu untuk dijadikan isu politik bagi merendahkan pembangkang ini. Yang pentingnya kita jangan ‘bikin malu’ bak kata orang Cina.
Tandakan cakap saya ini; Teo Nie Ching akan mendapat majority yang lebih besar didalam pilihanraya umum nanti jika beliau dipilih lagi sebagai calun. Saya percaya Teo mesti berterima kasih kepada Utusan. Hanya Teo tidak zahirkannya sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)