12 March 2007

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang (bahagian 6)

Jika ada pemimpin yang mempunyai perasaan rendah diri di kalangan jemaah kepimpinan, maka kesatuan ataupun sesuatu kumpulan itu akan beransur-ansur menjadi lemah.

Keadaan ini berlaku di dalam UMNO apabila ada beberapa orang pemimpin peringkat tertinggi yang bercita-cita tetapi ada perasaan rendah diri membuatkan mereka bertindak mengadakan konspirasi bagi membantutkan peningkatan kepimpinan seseorang pemimpin yang mereka sasarkan.

Antara beberapa orang pemimpin yang menjadi mangsa konspirasi ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang telah memperhambakan kehidupan beliau kepada negara.

Adalah ‘natural’ bagi Tengku Razaleigh menjadi mangsa konspirasi politik ini kerana beliau adalah seorang yang dianggap ‘d factor’ Perdana Menteri pada dekad tujuh puluhan dan akan menjadi penghalang kepada cita-cita kumpulan konspirasi ini untuk menaiki hieraki kepimpinan negara.

Tun Razak dan Datuk Husein merupakan Perdana Menteri yang datang dari keluarga aristokrat dan mereka merupakan pemimpin yang mempunyai magnamiti yang tinggi dan usaha untuk mengenepikan Tengku Razaleigh sukar untuk dilakukan semasa mereka menjadi Perdana Menteri.

Mereka memberikan tugas kepada Tengku Razaleigh, dengan sepenuh kepercayaan dengan memberikan Tengku Razaleigh ‘parameter’ yang luas bagi beliau membuat sesuatu keputusan dalam perkara-perkara yang ingin diputuskan oleh kabinet.

Bagi Ku Li pula beliau tidak mensia-siakan amanah Perdana Menteri dan kerajaan serta aspirasi UMNO dan BN untuk melihat negara mempunyai perancangan yang ‘reconciliatory’ bagi mencapai matlamat DEB lantaran memberikan keistemewaan kepada bumiputra di samping tidak mengabaikan bangsa-bangsa lain.

Tengku Razaleigh berada di mana-mana: dalam parti, dalam kabinet, dalam forum antarabangsa malah Tengku Razaleigh memang dipandang oleh dunia dan media antarabangsa sebagai seorang pewaris kepada kepimpinan negara.

Walaupun beliau merupakan Naib Presiden yang lebih senior daripada Dr Mahathir, sifat gentleman beliau memudahkan Dr Mahathir untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila Datuk Husein Onn mengambil alih kepimpinan negara setelah pemergian Tun Razak ke rahmatullah.

Di dalam UMNO Ku Li telah menduduki majlis tertinggi parti sejak tahun 1962 dan bekerja sepenuh masa untuk memperkuatkan UMNO di Kelantan yang takala itu tidak dipandang dengan sebelah mata oleh rakyat Kelantan setelah tewas di dalam pilihanraya umum 1959.

Apabila Datuk Husein mengosongkan kerusi naib presiden pada tahun 1973 untuk memangku jawatan Timbalan Presiden, Tengku Razaleigh dengan persetujuan Majlis Tertinggi telah dipilih untuk menjadi Naib Presiden.

Di sinilah bermulanya perasaan seorang atau beberapa orang pemimpin memendam perasaan tidak puas hati terhadap Tengku Razaleigh yang ketika itu berusia tiga puluh enam tahun.

Dalam pada itu Tengku Razaleigh tetap dengan usaha gigih beliau untuk melaksanakan dasar-dasar yang di putuskan oleh kerajaan dengan menumpukan usahanya untuk memperkukuhkan BBMB, PERNAS, serta berusaha menubuhkan PETRONAS yang kini menjadi syarikat gergasi dalam mana anak dan keluarga pucuk pimpinan kita mendapat kontrak yang nilainya berbillion ringgit itu.

Perasaan tidak puas hati ini menjadi lebih jelas pada tahun 1975 apabila pertandingan jawatan Naib Presiden menjadi begitu panas dan ‘competitive’.
.
Pada tahun itu oleh kerana ada isu yang agak besar ramai pemimpin-pemimpin besar telah menyertai senarai yang menawarkan diri untuk menjadi Naib Presiden.

Di antaranya ialah Dr Mahathir Mohammad, Jaafar Albar, Tan Sri Ghazali Shafie dan Dato’ Harun Idris dan seorang lagi nama yang saya sudah lupa bersaing di samping Tengku Razaleigh dan Abdul Ghaffar Baba sebagai penyandang untuk kerusi Naib Presiden.

Di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden itu Dr Mahathir telah berjaya mejadi Naib Presiden di samping Tengku Razaleigh dan Abdul Ghaffar Baba yang juga berjaya mempertahankan jawatan masing-masing.

Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan kedudukan nombor tiga dalam slot Naib Presiden dan penyokong-penyokongnya telah menuduh Perwakilan Kelantan yang diketuai oleh Tengku Razalegh tidak memberikan sokongan kepada beliau.

Dr Mahathir sendiri telah mengaku didalam ucapan beliau di kediaman Menteri Besar Johor semasa pilihanraya kecil Johor Baru pada tahun 1988 di mana Datuk Shahril telah bertanding dengan tiket bebas menentang calon BN.

Dalam ucapan itu Dr Mahathir telah menuduh Datuk Musa Hitam tidak mengenang budi kerana mengkritik beliau.

Dr Mahathir berkata, “Saya mengambil Musa kerana dia datang berjumpa saya selalu untuk nak naik. Yang layak sebenarnya ialah Tengku Razaleigh tetapi saya juga marah dengan Tengku Razaleigh sebab dia tak sokong saya semasa bertanding Naib Presiden dulu.”

Begitulah keadaan di dalam UMNO di peringkat tertinggi parti tetapi Ku Li tetap gentleman dan tidak mangambil hati dengan apa yang dilakukan oleh mereka yang menjadikan beliau seteru dalam barisan kepimpinan parti.

Insya-Allah, tulisan ini akan bersambung ...................................Aspan Alias.

4 comments:

Anonymous said...

memandangkan saudara pernah menjadi orang kuat semangat 46 sebelum dibubarkan, saya rasa elok saudara ceritakan bagaimana semangat 46 dengan begitu mudah dibubarkan dan majoriti ahlinya telah menganggotai umno baru. bagaimana semangat 46 yang dipimpin oleh tengku razaleigh yang dikatakan seorang ahli ekonomi diperbodohkan oleh dr mahathir dengan beberapa janji manis yang akhirnya ternyata kosong belaka. saya juga nak tahu bagaimana musa hitam yang terang-terang tidak menyukai tengku razaleigh boleh mengadakan pakatan segamat-gua musang setiakawan sehingga tercetusnya team B untuk menentang mahathir pada tahun 1987. tak kanlah manusia sebijak tengku razaleigh begitu mudah diperdayakan oleh musa hitam? yang peliknya musa tidak turut sama menyertai semangat 46, malah dia pula menjadi jaguh perpaduan melayu johor untuk mengembalikan semangat perpaduan orang melayu yang kian luntur lantaran perbuatannya sendiri. sekarang musa hitam kaya raya kerana pernah ditolong oleh mahathir untuk mendapatkan projek dengan petronas, apatah lagi dollah yang pernah menjadi orang bawahannya sekarang bergelar perdana menteri.

Amiruddin Azlan said...

quite an interesting article...bila nak sambung?...x sabar nak baca...

Hydrocodone said...

KD0bG6 The best blog you have!

JohnBraun said...

FyL6tO write more, thanks.