04 March 2009

Ibrahim Ali bukan "katak"


Kali ini saya ingin menyentuh tentang isu Ibrahim Ali, Ahli Parlimen bebas yang mewakili Pasir Mas, Kelantan yang akhir-akhir ini menjadi isu di kalangan pemimpin PAS dan juga pemimpin-pemimpin UMNO kerana serangan-serangan yang dilakukan oleh Ibrahim terhadap parti itu dan pihak-pihak yang lain.

PAS berpendapat bahawa Ibrahim patut berterima kasih kepada PAS kerana PASlah yang memberikan beliau kebenaran bagi Ibrahim menggunakan simbolnya dalam pilihanraya umum yang lalu yang membolehkannya ke Parlimen dengan kemenangan besar di Pasir Mas.

Cerita Ibrahim Ali katak kembali bergema dan orang ramai sudah mula bercakap tentang kemungkinan Ibrahim menyertai semula UMNO sudah menular dan ramai yang bertanya kepada saya tentang kebenaran berita itu.

Sebagai seorang sahabat kepada Ibrahim Ali sejak zaman kampus dahulu saya terpanggil untuk membetulkan persepsi masyarakat bahawa Ibrahim adalah katak dalam politik negara. Sebenarnya pemimpin pemimpin lain lebih katak daripada Ibrahim.

Kalau mereka katakan Ibrahim sebagai katak yang selalu bertukar parti, pemimpin lain seperti Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri serta Menteri-Menteri Besar dan yang lain-lain pun sama, seperti katak-katak yang melompat lompat selepas hari hujan.

Mereka-mereka bertukar-tukar taukeh dari Ghaffar ke Anwar dan selepas itu dari Anwar ke Pak Lah dan sekarang ramai menafikan mereka adalah orang Pak Lah untuk bersedia melompat ke Najib.

Sesungguhnya semua antara ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin dalam UMNO hari ini adalah katak. Apabila UMNO(Asal) dibunuh, semua ahli UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir telah lari menubuhkan UMNO(Baru) membawa jutaan ahli UMNO melompat ke parti yang baru ditubuhkan itu.

Antara yang ternama yang melompat seperti katak ialah Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak, Sanusi Joned, semua Menteri-Menteri Besar dan Menteri-Menteri serta semua pemimpin di semua peringkat.

Dr Mahathir yang ketika itu juga adalah Menteri Dalam Negeri tidak mahu menghidupkan UMNO(Asal) dengan menggunakan Akta Pertubuhan 1965 seksyen (70) kerana takut untuk mengadakan pemilihan parti sekali lagi.

Dalam keadaan itu Ibrahim tetap dengan usahanya untuk menghidupkan UMNO (Asal) dengan menyertai Parti Melayu Semanagat 46 dengan manifestonya yang utama untuk menghidupkan UMNO(Asal) jika diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya 1990 dahulu.

Ibrahim telah bersama-sama ke mahkamah dan akhirnya membawa ke pilihanraya untuk menghidupkan UMNO(Asal) dengan tujuan untuk tidak mahu melompat macam katak seperti Dr Mahathir dan pemimpin yang lain yang telah ada parti yang baru bernama UMNO(Baru).

Malangnya, rakyat memberikan mandat kepada parti baru yang bernama UMNO (Baru) untuk memerintah negara maka barulah Ibrahim melompat ke parti UMNO (Baru) ini mengikut jejak Dr Mahathir, Ghaffar, Anwar, Najib dan yang lain-lain yang telah melompat dahulu daripadanya.

Pada hakikatnya Malaysia telah mengalami pertukaran Kerajaan Pusat pada tahun 1990 lagi…hanya rakyat tidak sedar kerana nama keramat UMNO yang terlekat kepada parti baru yang bernama UMNO(Baru) itu.

Itulah sebabnya ramai orang Melayu tidak terperanjat dengan kelemah UMNO sekarang ini kerana pada pendapat mereka UMNO sekarang adalah UMNO tiruan; kerana barang tiruan memang tidak tahan lama dan cepat jahanam.

UMNO(Asal) diibaratkan Ziela(asal) seorang artis yang jelita, sedangkan UMNO(Baru) ibarat Ziela, orang Utan yang menjadi Maskot Tahun Melawat Malaysia 1991 yang diperkenalkan oleh Sabaruddin Chik.

Kalau ada yang belum tahu lagi perbezaannya, Ziela orang utan itu berbulu seluruh badannya sedangkan Ziela asal yang artis tadi tak nampak pula bulu-bulunya…mungkin ditempat-tempat tertentu sahaja kot.

Itulah sebabnya saya begitu takut jika pemimpin-pemimpin UMNO hari ini berkelakuan seperti Ziela Maskot Tahun Melawat Malaysia 1991 tadi.

Berbalik kepada Ibrahim Ali, saya tahu hati budinya, siapa yang rapat dan mengenali beliau, beliau bukanlah seperti katak yang dimomokkan terhadap beliau.

Bagi saya pemimpin UMNO yang lain adalah lebih katak. Sekejap belasah Raja-Raja seperti tahun 1993 dahulu sekejap lagi ampu Raja seperti apa yang berlaku di Perak.

Perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO dini hari tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai.

Kalaulah kita anologikan pemimpin UMNO seperti nakhoda kapal, anak-anak kapal seperti kita ini akan muntah-muntah diperlakukan oleh pemimpin-pemimpin kita….sekejap ke timur, sekejap ke barat dan entah mana-mana lagi nak dibawanya kita ini.

Semasa Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri setiap yang menunjuk garang sekarang ini semuanya mengampunya, dan apabila Pak Lah menggantikan Anwar pemimpin-pemimpin yang mengeji Pak Lah satu ketika dahulu ke hulu ke hilir mengampu pula Pak Lah.

Sekarang ini orang-orang Pak Lah dalam kabinet sudah mula mencari jalan bagaimana nak meyakinkan Najib bahawa mereka adalah orang Najib.

Menteri yang benar-benar orang Pak Lah sekarang amat marah kalau kita kata bahawa mereka orang Pak Lah.

Sekarang ini siapa yang lebih katak?.....Ibrahim Ali atau pemimpin-pemimpin UMNO hari ini?

Jawapannya ialah; semua yang ada di atas itu adalah katak-katak yang sedang melompat-lompat untuk masuk ke kumpulan yang berkuasa.

He he he…katak mengata orang lain katak! Lucu..lucu!


Sekian……………………………………………………………Aspan Alias

15 comments:

Unknown said...

Kalau tak silap saya Ibrahim Ali tidak pernah melompat parti semasa menjadi wakil rakyat. Dia hanya bertukar parti semasa tidak menjadi wakil rakyat atau ahli parlimen.

shahbandarmalakat said...

Pan terima kasih atas tulisan kau tu...dan nak tulis pasal Ibrahim ali tak pandai...tapi aden memang konal bonar...Masa dia di lantik jadi timbalan Menteri, di mana dia di anggap orang kepercayaan Dr. Mahathir ofis nya penuh dengan orang orang UMNO..tiap tiap hari muka Nuh Omar, Zain Badak,Budak Felda yg jadi taukey Puncak niaga, Menteri Afdal dari Sabah tu,ramai lah...tapi bila Ibrahim declared jadi ahli bebas mereka ini yg no satu kutuk...Ingat ..Ibrahim orang yg pertama tak setuju kepimpinan Dollah..Dia kalau nak rapat macam di rapat dgn TR, atau Mahathir lama dah dia boleh rapat tapi dia tahu Dolah hanya kaca yg bersinar bukan berlian macam Tr dan Mahathir( nampak tak aden bubuh nama Mahathir no dua selopeh TR, sebab Tr sanggup berkorban jadi kuli, mahathir jadi tuan macam cerita ,cerito yg kau selalu cerito dulu , kancil hariamu dan seladang buduh tu)...
Ibrahim memang suka tolong orang...bawa lah apa kes pun..anak belajar tak boleh biasiswa atau pinjamam? siapakan butir butir di pasti akan tehnyik satu surat kepada org berkenaan waaima PM kalau perlu kes itu untuk dapat perhatian PM...satu lagi rapo (keprihatinan) dia dgn rakyatnya di Pasir Mas...tak boleh challenge oleh orang lain...dimana dia berada dia sentiasa ingat...susah ke senang ke sama dgn rakyatnya...
Orang patut juga tanya, Ibrahim ini orang yg no satu rapat dgn Anwar..Ibrahim ,Sdr Osman Bakar dan ada satu lagi kawan mandi sama dalam sungai pasir salak...tapi Ibrahim dan Osman Bakar tak ikut Anwar ..kenapa?

Dia bukan keluar dari Umno...Di nyak keluar pasal sifat dengki oleh orang..Bahagian pasir Mas tidak di pecah dua macam tempat lain, hanya berapa cawangan tambahan di masuk/ atau di keluarkan..bahagian tetap intact...macam mana boleh di buat begitu rupa sehingga bahagian yg punya ketua bahgian yg sah di lantik melalui mesyuaratagung tiba tiba jadi bahagian yg ketuanya jadi ketua penaja...mesti tak kena dan ambil orang lain pula jadi ketua Penaja mana boleh... bukan bahagian yg baru..Dalam kes bahagian yg baru pun , katakan di pecah dua, sepatutnya lah ketua yg asal ambil satu bahagian dan timbalan satu bahagian yg satu lagi...bukan macam tu Pan?
Zeila ..itu cerita evergreen dari kau ..sekali kali patut cerita pasal kancil harimau dan seladang dan cerita kisah Arwah Datuk Mansur..bagi Den tak boleh lupa Datuk Mansur..idea dia lebih baik dari Mahathir,,,Den ingat bila dapat biasiswa MARA dulu...kepada kami semua dia kata " kalau kamu gagal nanti, bila jumpa saya saya kan ludah muka kamu"...ingat ayam senawang?...masa tu orang tak mahu beli processed chicken tapi Datuk Mansyur lah yg introduced..malang orang belum terima konsep itu.. tapi hari ini...semua processed chicken..tak ada bulu macam zeila hahhah

Anonymous said...

Brother, Datuk Ibrahim jika masuk UMNO tidak boleh dianggap beliau melompat kerana beliau tidak tinggalkan UMNO. Beliau dipecat dari UMNO.
PAS tidak boleh kata Ibrahim gunakan Parti itu untuk kepentingan beliau semata-mata kerana beliau gunakan simbol PAS.
PAS juga perlu ingat, kalau tidak oleh kerana Datuk Ibrahim menyertai pilihanraya 2004 sebagai calun Bebas di Pasir MAS kerajaan PAS Kelantan patut dah jatu dan BN yang memerintah.
Pendeknya Datuk Ibrahim ada banyak jasa pada PAS

Anonymous said...

Buruk-buruknya Ibrahim Ali, belum kita dengar dia rasuah. Cantik-cantik Najib, JJ, Muhyiddin, lagi-lagi Muhammad Taib dan yang lain-lain kita tahu mereka perasuah besar.

Orang rasuah adalah penghisap darah rakyat yang merenjiskan keringat membina negara.

Jika negara diperintah oleh Najib atau Muyidin dan Mat Taib saya bersumpah, saya serta keluarga tidak akan mengundi BN lagi seperti PRU PRU yang lalu.

Tobat kami tak undi lagi BN..........Kasim and co

Anonymous said...

UMNO bau taik
Pemimpinnya bau kentut.....Bekas ahli UMNO.

pakbelalang said...

Pan,

Kau cakap dengan kawan baik kau Zahid Hamidi supaya tolonglah jangan adakan perarakan menonggang motosikal dalam perhimpunan Mauludur Rasul. Tak kini pada tempatnya. Gila punya idea. Tak ada akal ke ?

Anonymous said...

Sejak Dr Mahathir memimpin kita, hancur segala-galanya dan kita yang menanggung peninggalannya yg berpecah belah ini.

Kalau Mahathir jujur dia tidak akan melakukan apa yang beliau telah lakukan.

Sekarang ini anaknya pulak nak jadi pemimpin..Astaughafirullah!

Anonymous said...

For whatever Datuk Ibrahim is worth, he is much better than any leader in the MT UMNO...titik.

Anonymous said...

D Ibrahim ada 40 peratus temberang, tapi ahli parlimen UMNO dan menteri-menterinya 99 peratus temberang.

pakbelalang said...

Mahathir had done a good job for the country, period. Make no mistake about it. We simply cannot deny this fact.

Yes, when you are a leader you cannot be expected to be perfect in whatever decisions you make. You will definitely face failures along the way. That's human!

Saya tidak mudah lupa jasa bakti yang dicurahkan oleh Mahathir selama beliau mentadbir negara. Saya tidak akan sekali-kali menafikan sumbangannya yang begitu besar ertinya kepada saya.
Saya bersyukur, bersyukur dan bersyukur dapat pemimpin seperti Mahathir.
Saya tidak taksub dengannya. Saya rasa adalah tidak adil kita mencacinya dengan bahasa-bahasa yang kesat sungguhpun kita tidak sehaluan dengannya.

pakbelalang said...

Kalau dah 900 aduan kes rasuah dilaporkan dan tindakan tidak dapat diambil maka tak payahlah disiasat langsong semua kes rasuah dalam pemilihan pencalonan UMNO.

To be fair to Lembaga Disiplin, I think it is just impossible to investigate all the cases in hand considering time factor and other administrative constraints.

Saya rasa kes rasuah dalam UMNO dah sampai ketahap penyakit barah stage 4. Dah tak boleh dirawati lagi hanya menunggu mati.

Jadi sementara menunggu UMNO "mati kejung" dan tiada ubat lagi yang boleh dirawat untuk memulihkan UMNO maka untuk menahan dari kesakitan yang amat teruk kita bagi je lah "morphine" kat perwakilan UMNO supaya mereka khayal hingga UMNO menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mati Melayu !!
Mati Melayu !!
Mati Melayu !!

Itu yang akhirnya kita kehendaki!
inna lillah hiwain naa illaa hiraa jiuun !!!

pakbelalang said...

Saya nak "warning" Pak Lah dan cabinetnya supaya jangan mengambil keputusan terakhirnya sebagai Perdana Menteri untuk hapuskan penggunaan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Jika cabinet bertindak menghapuskan penggunaan Bahasa Inggeris, maka ini adalah satu tindakan yang amat malang sekali di buat oleh cabinet Pak Lah.Jelas ianya akan memperlihatkan keputusan yang paling haprak dan HP6. The "mother of all haprak and HP6 decisions made by Pak Lah's cabinet".

Cabinet mungkin akan dianggap telah termakan jarum dan diperalatkan oleh segelintir manusia yang berdemonstrasi menentang dasar PPSMI.

Penentang dasar PPSMI telah mengemukakan hujah-hujah yang sungguh lemah untuk dipertimbangkan oleh cabinet menghapuskan PPSMI.Ianya tidak akan memberikan faedah kepada anak cucu kita dan hanya akan membantutkan perkembangan ilmu, daya saingan dan nilai ekonomi untuk anak cucu kita terutama sekali apabila mereka berhajat untuk "berhijrah" mencari rezeki dalam dunia globalisasi tanpa sempadan.

Saya ingin memberi contoh bagaimana beribu jururawat Filipino dapat berkerja dinegera Timur Tengah dan Europa dan mendapat rezeki yang lumayan untuk dibawa pulang ke negara mereka dan dapat meningkatkan kehidupan seluruh keluarga mereka? Itu baru hanya jururawat sahaja. Bagaimana pula engineer, docktor, architect, saintis dan lain-lain professionals yang belajar dalm bahasa Inggeris di negara mereka seperti Philipines, India, Singapura, Hong Kong dll.

Saya ingin utarakan soalan diatas ini kepada Hassan Ahmad dan pejuang-pejuang Bahasa Melayu serta "kawan-kawan seangkatan dengan mereka yang beria-ria berdemonstrasi tempoh hari" dan yang bukan "monyet dan berok" untuk menjawabnya.

Anonymous said...

mari minum teh tarik lah pan, syok sikit, apa macam kat ehsan esok.

pakbelalang said...

I quote here extract of Q & A made by K J in the NST today:-

Q: Has it been difficult being probably the most maligned person in the country for the past few years? They blame you for everything, from choosing candidates in the general election to your business dealings. And a lot of it is from Umno circles.

A: Of course, it starts from people within Umno who view me as a threat. It's internally generated, then it goes out.

Of course, it is very difficult to pursue a political career in the way that I have been maligned in the past three or four years.

The fact that I'm still here and willing to offer my services indicates that I am someone who, despite everything, is willing to stay in the game.

Because what I am doing is right and truth is on my side. That keeps me going because I know the allegations are not true.

comment:

Nobody views him as a threat. The fact remains he had taken the fullest advantage of his father-in-law's position to promote his political career and at the same time trying to create business empire through manipulation and unethical means.

A good example, is the ECM Libra business transaction which the whole world knew it was a scandal of the first order manipulated by him and his associates particularly Kalimullah, the former idiotic NST chief editor.

Secondly, everybody knew that he was manipulating government policies to his advantage by planting his so-called "Oxpod Street Network" controlling the 4th Floor of PM Dept. causing the whole Dept. implementing "haprak and HP6" policies.

He was not telling the truth and not doing the right thing and as a result of his behaviour it affects not only his credibility but also of his father-in-law.

He does not deserve to be elected as Ketua Pemuda. It is a mistake if youth members elect him. He had caused a lot of damage to UMNO during the PRU12 elections. That is the truth and the whole truth.

The perception of the people seems to be that he calls the shot for whatever decisions made by the Prime Minister, his father-in-law and as such making Pak Lah as if he is a "dungu" Prime Minister.

Anonymous said...

pan,

kes umno diharamkan dah jadi kenangan.. tak usahlah ungkit cerito lamo.. den ponah terdongar yang ekau dan geng geng lain yang membawo UMNO ke mahkamah dulu.Botolke Pan, ceritolah sikit