Keputusan pemilihan UMNO selesai sudah dan umum sudah tahu ke mana arah UMNO selepas ini dan ianya amat mengerikan.
Pendeknya keputusan yang kita lihat membayangkan betapa jumudnya UMNO dalam menentukan masa depan rakyat dan negaranya.
Saya selalu bercerita tentang dalil kiamat dalam tulisan-tulisan saya beberapa ketika dahulu.
Salah satu dalilnya ialah yang patut jadi pemimpin diketepikan dan yang tidak patut menjadi pemimpin ditegakkan.
Shahrir Samad dikalahkan, dan ramai lagi pemimpin yang sepatutnya menang tewas dengan teruknya.
Yang menggelikan hati ialah perwakilan memilih orang seperti Azeeez, ketua Putra yang berjaya mendapatkan tempat sedangkan Shahrir dan menteri-menteri gugur bergelimpangan seperti daun kering di waktu angin bertiup.
Menteri-menteri Besar semuanya kalah kecuali Musa Aman dari Sabah. Inilah kali pertama dalam pengalaman hidup bersama UMNO berlakunya keadaan seperti ini.
Siapa yang banyak menabur wang ringgit yang itulah yang menang dan orang seperti Shahrir yang tidak menabur tidak ada dalam ingatan perwakilan walaupun beliau adalah di kalangan hanya beberapa orang yang ada attribute seorang pemimpin dalan barisan Abdullah.
Kepada Shahrir, saya mengangkat topi dengan keputusan beliau untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri.
Sesungguhnya itu adalah pakaian pemimpin yang mengaku diri mereka sebagai demokratik.
Saya tidak nampak ramai pemimpin yang boleh melakukan tindakan yang mengikut semangat dan etika demokrasi seperti yang dibuat oleh Shahrir.
Apabila perwakilan tidak menerimannya untuk duduk dalam jawatankuasa tertinggi parti itu, maka adalah menjadi tanggungjawab moralnya itu untuk meletakkan jawatannya.
Shahrir tidak seperti Menteri-Menteri lain yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan boleh duduk dalam Jemaah Kabinet Negara walaupun orang ramai memandang jelek kepada mereka.
Sekarang perwakilan mahukan Azeeez, ketua putra UMNO itu untuk jadi pemimpin maka UMNO ambillah Azeeez itu sebagai pemimpin.
Bagi diri saya sebagai rakyat biasa dan ahli biasa dalam UMNO yang tidak bersetuju dengan kemenangan Azeeez ini boleh pilih haluan lain, mungkin dengan berdiam diri terus atau memilih wadah perjuangan yang lain.
Kita yakin bahawa ramai orang sudah mula bertukar wadah setelah keputusan diisytiharkan, tetapi mereka tidak lari daripada akidah perjuangan.
Bertukar parti bukannya menjadi kesalahan; yang tidak boleh bertukar Agama dan akidah kita.
Lagi banyak pemimpin bercakap tentang perubahan lagi teruk keadaan di dalam parti.
Mungkinkah perubahan yang dijanjikan Najib ini ialah untuk membawa orang seperti Azeeez dan beberapa orang lain yang berjaya dalam pemilihan dua hari lepas?
Kalau kita ingin melihat perubahan seperti yang dijanjikan oleh Najib itu, kita memang sudah melihat perubahannya.
Perubahan yang ketara ialah permainan politik wang secara terbuka walaupun etika pemilihan nampaknya ketat.
Perubahan yang lebih nyata ialah terkeluarnya pemimpin-pemimpin yang ada sedikit sebanyak kepimpinan dan digantikan dengan pemimpin-pemimpin bertaraf Pak Pandir.
Perubahan yang tidak kurang ketaranya ialah perwakilan tidak menilai kemahiran seseorang pemimpin itu tetapi memilih mereka yang selalu bercakap seperti Bung Mokhtar, Mohamad Aziz dan beberapa Anjing Sukom yang malas rasanya untuk menyebutnya.
Dengan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda Malaysia sudah pasti menjadikan Pemuda UMNO sebagai sayap yang tiada roh orang Melayu yang tulen dan ianya akan membawa pemuda ke arah lurah yang dalam dan menyemadikan UMNO di dalamnya.
Kadangkala saya cuba mematahkan jari untuk mengira berapa banyak dan jumlah wang yang ditabur dalam Perhimpunann Agung kali ini…tetapi tidak dapat jawapannya.
Kalau orang Arab Mekah dan Madinah berniaga dua bulan dalam setahun, orang-orang UMNO membuat bisnes tiga tahun sekali.
Saya diberitahu oleh beberapa orang perwakilan bahawa mereka mendapat tidak kurang daripada RM15,000 yang dikutip dari calon-calon yang bertanding.
“Dapatlah langsaikan baki tunggakan kereta saya di ‘finance company’ bang! Bukannya selalu, dia orang kebas lagi banyak bang!” kata salah seorang perwakilan kepada saya. Saya hanya mampu menjawab pendek, “oh gitu!”.
Saban tahun dalam Perhimpunan Agung parti Najib, Muhyiddin membuat ikrar untuk memperkasakan UMNO namun UMNO tetap menjadi bertambah lemah dan mempunyai masalah-masalah yang tidak terurai.
UMNO kini sudah dipandang sebagai makhluk perosak oleh orang Melayu dan rakyat jelata sehinggakan parti ini dengan pemimpinnya sudah dipandang rendah seperti anjing kurap yang melata.
UMNO dipandang seperti sampah-sarap yang bertaburan di tepi jalan dan rakyat menyampah serta jemu melihat pemimpin mereka.
Kepada Shahrir, saya sekali lagi mengangkat topi menghormati beliau dengan setinggi-tingginya.
Sesungguhnya beliau seorang pemimpin dan sebagai pemimpin tidak semestinya duduk di atas pentas.
Kita digalakkan sembahyang berjemaah kerana imam yang mengetuai jemaah itu tidak semestinya sampai doanya ke hadhirat Illahi; mungkin salah seorang jemaah yang ramai itu yang mampu bertawassul dan bertawajjuh kepada Tuhan dan Rasulnya dan doanya sampai ke arash untuk dimakbulkan Tuhan.
Begitu jugalah dengan kita dalam UMNO; Presiden UMNO itu hanya mengetuai jemaah ahli-ahlinya tetapi yang memperkuatkan parti adalah ahli yang ramai ini.
Dalam pemilihan tahun '87 hanya Tengku Razaleigh dan Rais Yatim sahaja yang meletakkan jawatan apabila kalah kerana itu adalah isi dan intiparti semangat demokrasi yang tulen.
Sebelum itu, pada tahun 1984 hanya Dato' Abdul Manan Othman sahaja yang tampil ke Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Pertanian apabila beliau tidak dipilih menduduki Majlis Tertinggi.
Pemimpin yang sanggup berkorban seperti ini sudah jarang-jarang kita jumpa; yang kita boleh jumpa dengan mudah ialah pemimpin yang sanggup mengorbankan perasaan dan harta benda rakyatnya.
Bukan tidak ada pemimpin yang berkualiti seperti ini dalam UMNO; hanya mereka diketepikan kerana tidak sesuai dengan pemerintah semasa yang fakir jiwa dan miskin perjuangan.
Percayalah pemimpin sebenar UMNO berada di luar barisan; yang ada di dalam barisan adalah cebisan-cebisan sampah-sarap yang tidak bernilai yang hanya membawa penyakit kepada masyarakat yang mereka pimpin.
Selagi semua pihak tidak berusaha untuk mencari pemimpin sebenar untuk UMNO, selagi itulah kita tidak akan menjadi ikutan rakyat ramai.
Jika UMNO gagal melakukan pencarian ini, UMNO akan tumbang menyembah bumi, dan masa itu nanti jangan disalahkan sesiapa; salahkan pemimpin yang perwakilan pilih dua hari yang lepas.
Segala usaha telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk memperbaiki UMNO serta menyedarkan ahli-ahlinya tetapi usaha murni ini masih tidak mendapat kejayaan.
Sekarang kita serahkan segala-galanya kepada Tuhan yang Maha Kuasa.
Lahaulawalaa quataillaabillah!!
Sekian………………………………………………….Aspan Alias
16 comments:
Pemimpin yang terpilih itu mencerminkan orang yang memilih itu sendiri.
Kalau yang memilih itu suka rasuah, mereka akan memilih pemimpin yang suka rasuah juga.
Dalam kumpulan samseng, samseng juga yang akan diangkat jadi ketua.
The first thing Azeez will contribute his "productive" idea in the Mesyuarat MT is by suggesting to get all the new members of MT including Najib and Mahyuddin to fly to the North Pole and do the parachute jumping 7 kali untuk "buang swei" just like what he did to the Mat Rempits.
That's the quality of Azeez as ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Lepas tu dia akan "bodek" menteri untuk dapatkan AP.
Betul tak,Saudara Aspan?
Shahrir is a man with great principle. I appreciate his stand. Personally, I think Shahrir should be in the cabinet. I think the delegates made wrong judgment on Shahrir and few others who do not qualify to be included in MT. What a pity.
There are few "crooks" in the new line-up of MT who should not be included.
Saya begitu keliru melihat lakunan Dr Mahathir Najib dan Muhyiddin dihari terakhir perhimpunan agung UMNO yang keparat ini.
Mahathir kata dia masuk semula UMNO kerana Pak Lah dah berhenti dan ini menunjukkan tindakkan beliau selama ini hanya tindakkan yang diasak oleh perasaan benci peribadinya kepada Pak Lah.
Yang saya hairan lagi kenapa Mahatnir sokong Najib kalau dia betul sayangkan negara?
Bukankah Najib menjadi topik utama diakhbar akhbar antarabangsa serta majallah majallah antarabangsa tentang penglibatan isteri beliau dalam pembunuhan altantuya?
Sesungguhnya Mahathir tidak peduli perkara-perkara moral ini asalkan kehendakknya dituruti.
Kita masih ingat pengakuannya tentang lapuran TS Haniff Omar IGP kita pada 1992 dulu yang memberitahu Mahathir yang Anwar telah melakukan sex diluar tabii.
Tetapi Mahathir tak ambil kisah kerana beliau tidak kisah moral buruk orang orang dibawahnya.
Beliau hanya mula marahkan Anwar kerana ada tanda-tanda jelas yang Anwar nak lawan dia.
Barulah beliau bertindak dan menggunakan issu sodomi Anwar ini untuk membunuh politik Anwar.
Kalaulah Anwar tidak tunjukkan nak lawan dia saya percaya Mahathir tak akan bertindak memecat Anwar.
Saya pening dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin ini.
Muhyiddin berikrar tidak akan belot kepada Najib dan akan setia membabi buta. Ini bermakna jika Najib melakukan apa apa kesalahan dia akan terus sokong Najib.
Lain-lain perkataan Muhyiddin hanya bercakap tentang isu peribadi semata-mata.
Apas nak jadi pada UMNO biarlah waktu menentukannya.
Apa yang nak diubah oleh Najib tu?
Bukankah UMNO dah jauh berubah?
Kalau dulu UMNO hanya menerima orang yang baik tetapi sekarang Azeez Rahim pun boleh jadi ahli MT.
Bagahal sungguh UMNO ni.
Bagaimana penerimaan rakyat terhadap UMNO? Allahuakbar!
Lindungilah kami dari pemimpin yang kotor yang dipilih semalam.
Tengku Adnan: Lack Of Umno Flags Part Of Concept Change
By Azril Annuar
KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) -- The lack of Umno flags during the Umno General Assembly was part of the changes Umno is instituting in the party, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said.
He told Bernama at the end of the five-day assembly that this year's concept was different from previous assemblies to reflect the party's transformation.
"There are actually many flags around. Just look around you. The delegates were complaining because they did not understand the change of concept that we're making this year," said Tengku Adnan.
Several delegates had complained that there were hardly Umno flags in this year's assembly.
comment:
Alahai. Inikah qualiti perwakilan yang menghadiri persidangan UMNO. Nampak benar macam IQ mereka rendah. Perkara remeh macam ni pun dibangkitkan. Adakah mengibarkan beratus bendera UMNO akan meningkatkan image UMNO yang dah setengah "kojol"?
Patutlah apabila nama-nama pemimpin yang diistiharkan menang didapati ada yang patut layak menang tapi tak menang dan yang tak layak menang tapi menang. Rupanya ada Bahagian yang menghantar perwakilan yang haprak dan HP6 tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana intan diantara pemimpin yang bertanding.
Mereka mungkin datang dengan satu niat sahaja iaitu hendak "PAU" pemimpin-pemimpin yang bertanding supaya mereka balik dari persidangan poket berkepuk-kepuk penuh dengan "WANG EMAS DINAR".Dapatlah belanja sakan!!
Heavy Duty For Khairy
By Syed Azwan Syed Ali
KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) -- Perhaps it is fair to say that the foremost challenge facing Umno Youth after its elections, is changing the negative perception about the movement from within and outside the party.
This definitely includes the negative perception of its leader Khairy Jamaluddin, who was constantly booed by the delegates each time his name was mentioned at the party's general assembly which ended, here, today.
"People think that he won because of money politics. This perception is difficult to avoid," political observer Assoc Prof Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman told Bernama today.
Many political observers also see this negative perception posing as a bigger challenge for Umno and Barisan Nasional (BN) when they face the opposition in three by-elections simultaneously -- Bukit Gantang in Perak, Bukit Selambau in Kedah and Batang Ai in Sarawak -- on April 7.
Khairy was issued a warning by the Umno Disciplinary Board for breaching the party's code of ethics involving money politics.
Nidzammuddin said what was important now was for Khairy to overcome the negative perception about him.
"Khairy is under tremendous pressure.
Political analysts feel that Khairy needs to really work hard to change the negative perception about him because traditionally, the head of Umno Youth will be appointed as BN Youth chief.
If he doesn't change, Khairy will be just a 'village champion', they say.
-- BERNAMA
comment:
KJ is a goner.I don't think he could ever recover his badly dented credibility.
It is ground zero chance for him to mend his evil deeds politically.
The perception about him being a bad boy or budak hitam has long being in the minds of the rakyat since the day his father-in-law became the Prime Minister. Not only just after he was being found guilty of corrupt practice by the UMNO Disciplinary committee.
It is already being imbibed in the minds of the rakyat he is one the culprits who destroyed UMNO and could not be easily forgiven or be erased in their minds.
He will definitely be just a "JAGOH KAMPONG".He will be snubbed by other youth wings of BN component parties as well as the opposition parties.
If UMNO desperately wants to get back the confidence of the rakyat KJ must not be involved in any political activities at all from now onwards, period.
I would suggest the right course of action for UMNO to deal with KJ's problem is to get him out of sight by sending him to further his studies just like Fairus of PKR.
Then only UMNO will stand a good chance to revive its image without him being around spoiling the whole exercise of changing the party's fate.
Believe me, this is the only option available for Najib to strengthen the party's image in the eyes of rakyat.
Every leader up there is looked down upon by the rakyat, not only KJ.
If Khairy is looked low upon by the BN and Malaysian, DS Najib is looked upon as a criminal by international community for not going out clean in the issue surrounding him especially so in the case or Altantuya.
DS Najib tidak berani hendak mengambil tindakkan undang-undang seperti menyaman akhbar-akhbar dan majallah-majallah antarabangsa yang mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya ini.
So, everybody is a liability to the country's leadership image.
Sebenarnya seluruh kepimpinan itu patutnya berhenti sahaja dari jawatan masing-masing.
Jangan dihalalkan perkara yang haram dan jangan diharamkan perkara yang halal.
More M'sians Suffer From Hypertension
JOHOR BAHARU, March 29 (Bernama) -- Adult Malaysians generally are unaware they suffer from hypertension...and the statistics keep rising.
comment:
Yes, agreed. Lebih-lebih lagi apabila kita telah dihidangkan oleh perwakilan UMNO dengan kemenangan pemimpin-pemimpin yang haprak, HP6 dan perasuah.
Pengsan dibuatnya, kawan !!
Proposal To Allow Group A Teachers Join Politics Gets Mixed Response
KUALA LUMPUR, March 29 (Bernama) -- The proposal by Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein to allow group A teachers to be involved in politics has met mixed response from various quarters.
Some were all for it while others were against the idea fearing it would affect teaching and students as some teachers might be influenced by the opposition.
comment:
I am not in favour. The tendency for these teachers to neglect their profession is great. We simply cannot compare the situation 30 or 40 years ago where teachers were regarded as true nationalists to fight against the British. But now the social environment is totally different.I am afraid they might focus their involvement in politics for material gains rather than truly wanting to champion the rakyat.Nowadays the perception is that there is a lot of opportunity
to be gained materially, if you are directly involved in politics.
Looking at the background of the present Malay teachers especially in the rural areas I can safely say that they are more inclined to be symphatizer of the opposition parties.
Tidakkah kita rasa takut meletakkan harapan masa depan kita kepada DS Najib dengan Rosmah disisinya?
Saya amat takut. Pompuan ini akan rosakkan negara kita.
Saudara ku Aspan,
Sudahlah! sdr ashik berjuang sedangkan orang lain sibuk mengumpul wang!
Tidak ada makna bercakap pada orang UMNO; nak bercakap sdr mesti ada wang.
Orang seperti kita mesti ambil sikap biak pii...depa duk hisap darah kita depa akan disokong juga.
Dulu sdr ada kata yang UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.
Apa yang sdr kata tu betui dah!!!
Jadi kita nak buat apa la nii brother??
Saya hanya luahkan rasa simpati saya pada sdr.
Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-6;
Najib Razak
-azienmat-
(03 April '09)
Sdr Aspan
Kalau boleh, kajikan dan dedahkan jenis 304 perwakilan yang mengundi KP itu. Tak payah butir peribadi. Ha nya lingkungan umur, pekerjaan, tahap pelajaran, dari kampung/ bandar ke.
Dema undi orang yang di dapati rasuah politik wang. Dema ni jenis merbahaya. Akan lingkup negara di buat nya nanti.
Kalau kita tahu lebih fasal dema, mungkin kita boleh nasihat orang politik saperti itu yang kita jumpa. Nasihat saja, bukan tomah. Moga2 kurang jenis ni masa depan.
UMNO dah cantik molek.
Cuma kita kena cari pemimpin yang benar-benar bermaruah.
Inilah masaalahnya. Yang salahnya ialah ahli UMNO yang menghidangkan pemimpin yang haprak dan HP6 untuk memimpin kita.
Mengapa setengah daripada kita masih lagi "pekak, buta dan tuli" tidak dapat menilai yang mana pemimpin yang boleh memertabatkan bangsa dan agama?
Semuanya ini adalah kerana perwakilan yang diberi hak mewakili 3 juta ahli-ahli UMNO tidak dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jujur.
Mereka telah menyelewang kerana jati diri mereka lemah akibat disogok dengan wang rasuah yang begitu lumayan untuk di tolak.
Akhirnya UMNO dapat pemimpin "pariah" yang rasuah dan pentingkan diri mereka sendiri.
Apabila perwakilan haprak, maka hapraklah pemimpin yang dipilih. Merekalah yang jadi petualang bangsanya sendiri. Mereka tidak malu. Mereka sungguh menjijikkan.
Bertaubatlah kalau mereka sedar yang mereka tidak amanah. Pintu bertaubat masih terbuka besar. Allah memang penyayang lagi mengasihani!!
salam bini muda dato azeez lawa ooooo
Post a Comment