19 February 2011

Happy Birthday YB Lim Kit Siang

Besok, 20hb Februari adalah hari jadi YB Lim Kit Siang (LKS), maka genaplah umur beliau 70 tahun. LKS merupakan seorang pemimpin politik veteran yang telah menempuh segala onak dan duri di dalam mengharungi politik tanahair yang telah banyak memberikan sumbangan kepada perjalanan siasah negara sejak lebih dari 40 tahun dahulu.

Itulah hakikat pengalaman bagi seorang ahli politik yang memperjuangkan ketelusan dan keunggulan demokrasi dan dalam perjalanan itu LKS telah dan akan berhadapan dengan berbagai-bagai dugaan peribadi yang jarang-jarang dialami oleh pemimpin pembangkang dalam sejarah perjalanan demokrasi di negara ini.

LKS tetap mendapat sokongan yang besar dari rakyat negara kerana keberaniannya untuk memperjuangkan apa yang beliau anggap benar. Kalau dahulu LKS mendapat sokongan dari kaum Cina sahaja tetapi kini bellau telah benjaya mendapatkan sedikit sebanyak sokongan dari kaum lain termasuk dari kaum Melayu yang merasa kecewa dengan tahap rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku didalam negara ini.

Walaupun saya seorang ahli UMNO saya wajar mengakui yang LKS adalah pemimpin yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam politik tanahair apatah lagi dalam keadaan dan situasi politik negara pada masa ini. Mungkin ramai akan mengkritik saya kerana memberikan pengiktirafan kepada LKS tetapi saya tidak boleh berbohong dengan menyangkal hakikat yang LKS adalah seorang pemimpin yang terkenal bukan sahaja di negara ini tetapi juga merintasi ‘geographical boundaries’ sehingga ke merata dunia ini.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘selamat hari jadi yang ke 70’ dan diharap sdr LKS akan terus berdaya untuk memberikan sumbangan untuk politik tanahair dan berusaha terus untuk memerangi rasuah yang besar yang sedang dihadapi oleh negara yang kita kasihi ini.

Walaupun saudara akan terus menghadapi dugaan besar dalam perjalanan politik saudara tetapi saya percaya saudara tidak akan mengalah dalam matlamat untuk mewujudkan demokrasi yang sebenarnya dan membersihkan negara dari penyakit merbahaya, iaitu rasuah yang keterlaluan sekarang ini.

Umur 70 tahun adalah umur yang masih muda bagi seorang pejuang yang terhindar dari melakukan kesalahan rasuah yang keterlaluan.

Akhirnya saya mengucapkan sekali lagi, ‘Selamat hari jadi kepada saudara Lim Kit Siang semoga saudara tidak berhenti dari menghidupkan politik negara kita yang kita kasihi ini.

18 comments:

Anonymous said...

Kenapa Kerajaan BN tidak hendak recommend anugerah kebesaran kpd beliau atau Kapal Singh for their contribution to the nation? This is what we call discrimination.

Anonymous said...

Sebelum Sept 1998 sebut saja nama Kit Siang, Karpal Singh dll meluat betul saya kerana pada fikiran saya, pemimpin2 DAP ini amat anti Melayu. Tapi selepas tarikh tersebut Mahathir telah membuat sesuatu yg membolehkan saya untuk bukan sahaja berjabat tangan tetapi memeluk mereka berdua. Begitulah hebatnya manusia bernama Mahathir ni.

bekas ahli umno

looes74 said...

Aspan,
Frankly, you should leave UMNO together with people like Sak to form a new political party. Just like David Owen did with the Labour Party
That would shook UMNO

http://www.youtube.com/watch?v=LU4GGcj-Ro4

jamine said...

Now I understand Aspan fairly well.

Aspan is a true Malaysian, an UMNO man and a BN voter. BUT he has human respect for others.

I wish many more UMNO man will be like Aspan, support the party and respect others as fellow democratic citizen.

Cheers Aspan and from now on I shall follow your writing and ideas everyday.

Anonymous said...

Aspan,
Please be a leader in UMNO. I shall follow BN from now on. That's the way an UMNO man should behave. i am beginning to like you bro!!


Jhn steam

Anonymous said...

Aspan,

you will loose the trust from UMNO leaders but you gain respect from ordinary citizen like me and many others.

You are slowly but surely having followers and I am one of them.

hasan senapi, Kedah

Anonymous said...

lest we forget: a leaf from history i would like to share with the followers of this blog - correct me if im wrong aspan.

Circa 1987, shortly after the unexpected 'narrow victory' of the then President in the umno election, 11 brave men sought to nullify the result (and sought to hold afresh the presidential election). unexpectedly the whole party was declared illegal. all the men did was merely to restore the dignity of the party they love(d). one of the 11 is none other than aspan himself.

i have till this day found the turn of event post the petition as shrouded with mystery (especially when the chief justice then allowed full bench hearing on d appeal case yet he had been denied the opportunity to do so). somehow, someone was very, very adamant in not allowing that appeal to go thru.

aspan; when it comes to holding onto the principles, i take my hat off..

glasgow observer

syedhs said...

Aspan,

Saya tidak melihat PR sebagai pihak yang 'noble' dan pemerintah sekarang sebagai 'crook'. PR sebenarnya tidak mempunyai calon PM yang betul2 boleh diharapkan. Walaupun Anwar mungkin akan dibebaskan (saya tak tahu), tapi kalau itu yang berlaku dan dia jadi PM, dia sememangnya terhutang budi dengan Karpal & team dan dikhuatiri jadi macam kerbau dicucuk hidung. Perkara itu mungkin akan berlaku (dan sepatutnya berlaku).

Sepatutnya PAS kena play more role dalam hal ini tapi malangnya tidak nampak sangat calon PAS yang sesuai untuk mengisi kedudukan Anwar. PAS walaupun nampak gayanya lebih bersih dari rasuah dan sebagainya, tapi mereka mungkin agak lebih fokus kepada moral dan kurang pada pembangunan ekonomi. Saya mungkin salah, tapi ia kelihatan begitu.

PAS sepatutnya kena berani dan ketengahkan calonnya, walaupun mungkin ia akan upset partnernya especially PKR. Dan sebenarnya saya tidak nampak calon PAS lagi.. Ustaz Hadi Awang.. macam senyap aja. Kalau aruah Fadzil Nor yes, dia memang ada ketrampilan sebagai seorang PM..

Apa yang saya nampak yang beneficial untuk Malaysia ialah pada next GE, jumlah kerusi parlimen untuk PR akan bertambah lagi, jumlah negeri PR pun akan bertambah - mungkin tambah Negeri Sembilan dan Perak.

Ini adalah penting kerana PR masih ada mentaliti pembangkang - masih suka sangat berdemo dan menentang. Walaupun ada certain idealisme yang memang patut diperjuang, tapi kekadang rakyat tak suka gak kalau 'terlalu menentang'. Kalau kamu di pihak benar, orang akan nampak sebenarnya.. jangan terlalu menentang tapi cukuplah untuk dilihat...

Untuk next GE, status quo masihj diperlukan, kita harap BN akan betul2 wise-up dan PR akan betul2 shape-up.

Anonymous said...

Syedhs,

UMNO/BN ada ke calon layak jd PM

Anonymous said...

Adakah saya terperanjat dengan eulogy anda ke atasnya dan pada masa sama langsung tidak nampak walaupun sebesar biiji sawi kebaikan TDM ? Tidak sama sekali.

After all this is your blog.

Aspan Alias said...

syedhs,

Terima kasih sdr, kerana datang melawati blog ini dan memberikan komen yang saya hormati, tanpa menggunakan bahasa yang kasar dan berlembut dalam membahaskan isu.

Saya bersetuju dengan pandangan sdr yang jika PR di peringkat pusat mampu untuk memberikan tumpuan untuk menonjolkan program pembangunan alternatif PR akan lebih mendapat tempat di hati ramai.

Tetapi di akhir-akhir ini sudah mula menampakan kemunculan usaha itu dan sebagai satu barisan yang masih baru PR sudah mendapat kejayaan awal dengan sokongan yang agak besar.

Saya nampak ini sahaja yang belum nampak jelas tetapi sudah mula timbul sedikit demi sedikit.

TKasih syedhs

Anonymous said...

aspan
sebagai seorang yg masih mengaku ahli UMNO dan BN (maaf jika bukan), maka sy rasa menyampaikan ucapan pada LKS adalah tidak wajar. Kalau aspan seorang blogger utk masakan, bunga atau MLM, sy rasa wajar lah.
pernah kah aspan lihat N.ajis mengucapkan selamat pada Najib atau LKS mengucapkan selamat pada Tun atau sebaliknya. Mengapa begitu?
Sy faham akan seorang blogger yg inginkan 'neutral' , tp sy masih tak faham rational disebalik ucapan ini, melainkan provokasi kepada pihak tertentu. Ucapkan selamat pada LKS tidak akan langsung menukarkan mentaliti penyokong parti masing masing kepada lebih akrab atau lebih bertimbangrasa. bahkan akan menimbulkan kesan sebaliknya.
sy yakin aspan tahu ini semua. tp itulah yg saya hairan.

selamat berblogging.

syed mahmud

Anonymous said...

anon 20 February 2011 09:32:00 GMT+08:00

Saya bersetuju dengan pendapat sdra. malah saya juga tidak dapat melihat jasa-jasa TDm yang jenis bijik sawi ni.

2.yang saya nampak kemusnahan-kemusnahan kepada sistem kenegaraan yang telah dibuat oleh TDM selama 22 tahun menjadi PM. kemusnahan yang semakin hari semakin terbentang didepan mata menghapuskan apa jua kebaikan yang beliau buat.

3. Oleh itu tolong jelaskan apa dia jasa-jasa tDM yang kelas bijik sawi ni. maklumlah, bijik sawi ni kecik susah nak nampak kalau sebijik-sebijik.

wak jerman

Aspan Alias said...

glassgow observer,

I wish to correct just a bit of history. I wasn't one of the 11 men who went to the court on UMNO issue.

Pak Lah was the wone who wanted these men to bring the matter up to the court and the meeting was held at Pak Lah's house in Medang Kapas, Bukit Bandaraya.

i had nothing to do wth the 11 men.

Thanx

Aspan Alias said...

syed mahmud,

T Kasih. Itu lah bezanya nilai seseorang dengan seseorang yang lain.

Tidak ada apa masalah memberikan ucapan seperti itu sesema kita didalam masyarakat politik negara.

Kalau Nik Aziz tidak memberikan ucapan seperti itu kepada kita, hilangkag bisa jika ular menyusur akar?

Sikap gentleman itu adalah sikap yang baik dan jika orang lain tidak melakukannya kenapa kita mesti tidak melakukannya jika itu adalah sifat terpuji?

Anonymous said...

Wak Jerman,
Jasa TDM paling besar pd pandangan saya ialah mengubah perlembagaan pada tahun 1993 - mewujudkan mahkamah khas utk raja dan kuasa kelulusan 60 hari walaupun tanpa persetujuan raja. Jika hari ini ada sesiapa shj mengulangi apa yg TDM lakukan, nescaya seluruh UMNO bergendang mengutuknya sbg DERHAKA.

Aspan,
You get my respect and slowly I am getting addicted to your writing. Keep up good and rational thought (I do know your bro ex UM lecturer, now in UMT).

dn_i@ipoh

Anonymous said...

Tokoh berotak (brainy) dan gentleman seperti Aspan dan Dato Sak tidak akan dapat menjadi pemimpin UMNO. Sistem heirarchy dan budaya parti itu tidak akan membiarkan orang-orang seperti ini naik ke atas, dekat dengan Golden Goose, dekat dengan the milking cow.

Anonymous said...

"Jika hari ini ada sesiapa shj mengulangi apa yg TDM lakukan, nescaya seluruh UMNO bergendang mengutuknya sbg DERHAKA". SALAH.

Yang betul begini..."Kalau hari ini Presiden UMNO mengulangi apa yg TDM lakukan, nescaya seluruh UMNO menyokong dengan pertolongan RTM, TV3 dan Utusan". Banyak sangat Pak Turut cari makan.