27 October 2011

Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.

Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing.

Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai.

Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya.

Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit.

Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini?

Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula.

Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu.

Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa ‘dunia’. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya.

Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek’.

Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan ‘one-off payment’ sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini.

Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan?

Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu.

Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam.

Jawapannya mudah: orang ramai tahu tujuan dan matlamat perhimpunan itu di adakan bermotifkan politik pihak berkuasa. Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam. Rakyat tidak lagi mudah dipengaruhi oleh politik desperate pihak tertentu dan membuang masa sahaja.

Pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu. Rakyat sudah tidak lagi mahu diperkotak katikan seperti dahulu lagi.

Enough is enough. Sekarang rata-rata orang berkata, ABU! (Anything but UMNO). Semuanya ini bukan salah sesiapa. Itu semua berlaku kerana salah laku perbuatan dan pemikiran UMNO itu sendiri.

21 comments:

Anonymous said...

saya setuju............masa masih ada untuk pemulihan jika mahu la.

Juraimi Zainal said...

Buat masa ini, dalam fikiran saya hanya lah utk menukar kerajaan shj... Berani buat berani tanggung... Tak perlu kita hurai mengapa & kenapa kerana ianya sudah lama tersemat dihati...

Anonymous said...

umno tetap umno, sampai kiamat pun takkan faham perasaan rakyat kebanyakan.

Anonymous said...

ABU or Anything But UMNO ... I Like

Anonymous said...

Dear Aspan Alias,

Your article is spot on!

It's time to change the BN Govt for a better Malaysia!

Power to the RAKYAT!

tuan ahmad zahidi bin tuan abdul rahman said...

artikel yg kritis...masa untuk berubah

Anonymous said...

artikel yg kritis...masa untuk berubah

Anonymous said...

Siapa yg memimpin negara sekarang sebenarnya?
Saya tengok macam takda pemimpin. LKAN menunjuk perbelanjaan negara tidak terkawal. Menteri dan pegawai kerajaan boleh berbelanja sesuka hati. Mungkin pemimpin2 ada share dalam salah urus tadbir perbelanjaan ini sebelum mereka jatuh.

Rakyat terutama orang melayu kena buat perubahan.

Zaidi said...

Pak Aspan,
Sekali lagi saya ingin mempertahankan tindakan pemerintah. LKAN itu hanya menunjukkan kelemahan kementerian berkenaan, bukannya menteri. Jika benar tentulah menteri sudah di dakwa. Sehingga kini tiadapun dakwaan maknanya tak cukup bukti atau memang tak ada kes. Yang lemah itu ialah jentera pentadbiran awam. Mereka yang tidak telus, tak ada tender terbuka. Kenapa tidak tegur KSU masing-masing kementerian? Mereka yang sain Borang Pesanan. Bukannya Pak Menteri. Lagipun menteri ANSWERABLE to the people. Kalau benarlah bini menteri pakai beg bertatah berlian sekalipun, itu hal peribadi. Ikut undang-undang tak ada larangan pakai beg mahalkan? Ramai pegawai kerajaan yang masuk kerja lambat, ponteng kerja, cikgu2 tuang kelas dan mengajar sambil lewa. Alih-alih menteri juga yang kena!

Tumpukan kritikan tuan-tuan kepada universiti yang bayar gaji JUSA A kepada pensyarah tua yang mengajar 3 jam seminggu aje! Kepada yang pencen kemudian dilantik kontrak pulak (dapat 2 gajilah tu!). Macam-macam penyelewengan. Kesianlah kat Pak Menteri. Kalau tak suka tak yah undi. Tapi kalau pegawai kerajaan lembab? Hancuss!

Anonymous said...

Mereka dah terasa bahang perbuatan mereka.Mereka akan kalah.Belajawan kali ini merupakan last fling mereka sebelum serahkan kuasa. Mereka punahkan ekonomi negara jadi apabila lawan mereka memerintah nanti ekonomi sudah pun terok dan alasannya pembangkang tak pandai memerintah. Itulah agenda jahat mereka.

Anonymous said...

Tuan Aspan.... saya sebut Tuan, mengambil kata TDM nyanyokk tu baru sekejap ttg orang melayu,... Allah tidak akan mengubah nasib hamba nya jika hamba nya tidak mahu mengubah nya. Jadi kata kunci penting ialah UBAH UBAH UBAH..... Jika di pusingkan jadi HABU... jadi saya tambah, Hello, Anything But UMNO@ yang sama waktu dengan nya

Anonymous said...

bang...buka akaun twitter bang...dato ariff pun dah buka...tulisan bang mmg best...time to do in in 140 characters and spread the word....

nick said...

Pak,

At this juncture Malaysia and Malaysian really need ABU and honestly, going by the the previous and latest AG report, it's do or die for us all. The rampant abuses and corruption, to the tune of tens of billions (cumulatively now in hundreds of billions RM) is going to destroy Malaysia and all of us. And the only way to stop it and save all of us is to vote ANYTHING BUT UMNO (and of course any party or person closely associated with UMNO which is BN and BN candidates)!

The situation now is so critical that if we miss this chance of a life time, we might end up becoming Zimbabwe or maybe even North Korea. And if we do it right we might become a new south Korea or even maybe the next rising democracy that could rival even Singapore in our achievement. Malaysian surely have the necessary human capital to fly high. We only lack uncorrupted and good leaders these past few decades and of course we are to attached to the wrong party and bad people. We all should have learned our lesson well and make the right decision come the next GE since it would be asking the impossible to expect UMNO and BN to repent or to change since the corrupt just like a drug addict would never on their own give up their addiction. We have to force them to do it and we shall or rather "WE MUST vote ANYTHING BUT UMNO"!

Nick.

Budak Parit said...

Tuan umpama bunga melur yang mekar diperlimbahan(UMNO). Keharuman melur tidak dapat mengatasi kebusukan perlimbahan. Melur harus ditanam jauh dari perlimbahan supaya wanginya dapat dinikmati umat.. Fikirkan lah.

burn said...

kito patut asingkan ugama dengan politik. sebagai sebuah negara yang multi-racial, kenalah kito respek sesamo sendiri. tuduhan tuduhan yang dilemparkan secara buta tuli hanya untuk provokasi atas kepentingan diri sendiri. yang untung adalah segelintir, bukan kito semua. rakyat di jadikan sebagai benteng akhir bagi menpertahankan kepentingan mereka. yang mati katak, kito semua bukan mereka.

salam

Ikmal Hakim said...

Pas kena berhati hati dalam menangani isu NGO Melayu dan NGO Islam. Keadaan sudah ketahap kritikal untuk PAS. Sebagai antara jamaah dalam NGO Islam yang terlibat secara langsung dengan perhimpunan sejuta umat tempohari, saya terasa hati dengan layanan kepimpinan PAS kepada kami yang sebelum ini telah membuktikan bahawa kami sentiasa bersama PAS dalam memperjuangkan Islam. UMNO juga sebenarnya tidak mahu dilihat bersama kami kerana UMNO tahu dengan bersama kami akan menyebabkan pengundi Cina semakin marah. Sebab itu kami faham bila tiada langsung muka kepimpinan UMNO dalam perhimpunan tersebut. Akan tetapi, UMNO enggan bersama kami dan dalam masa yang sama UMNO tidak meperlekehkan kami sebagaimana kami diperlekehkan oleh kepimpinan PAS melalui blogger2 mereka. UMNO berjaya mengawal blogger2 mereka dari menghina kami malahan blogger2 UMNO ini kelihatan seperti mempromosikan perhimpunan ini walaupun mereka pun sebenarnya tidak berhajat untuk hadir.

Jika enggan bersama kami maka apa perlunya kalian menghina kami? Menuduh seolah2 kami ini menjadi talibarut UMNo adalah satu penghinaan yang secara tidak langsung menimbulkan perspektif yang melambangkan keperibadian parti yang kalian sokong. Apakah satu kesalahan bila kami menjemput NGO berteraskan melayu yang selama ini dilihat menyebelahi UMNO menyertai perhimpunan tersebut? Apakah PAS memang mahu memisahkan diri dari kami sepertimana PAS memisahkan diri dari NGO2 berteraskan melayu? Secara peribadi (bukan mewakili NGO2 berteraskan Islam),saya lihat PAS amat takut mendekati kami seperti keadaan sebelum ini semata mata kerana hendak menjaga hati pengundi bukan islam terutamanya pengundi cina (saya membacanya sebagai penyokong DAP). Semoga saya salah dalam hal ini.

Apabila anda semua berbondong bondong bersatu hati menyertai BERSIH ataupun mempromosikan BERSIH (seperti yg tuan buat di blog tuan ini),kami tidak mahu terlibat tetapi kami juga tidak sabotaj urusan tuan dan rakan2 tuan jauh sekali dari memperlekeh usaha tuan. Kami juga tidak sekali menuduh tuan dan saudara2 yg lain menjadi pak turut kepada Pakatan Rakyat. Kami menghormati pendirian tuan dan dalam masa yang sama saya amat berharap tuan dan saudara2yang lain juga menghormati pendirian kami. Tidak perlu tuan tuduh & memperlekehkan kami dengan menganggap kami ini seperti tali barut UMNO. Saya amat menghormati Saudara Sayuti Omar (MSO Melayu) yang dilihat tidak setuju tetapi menghormati kami malahan cuba untuk mendamaikan hati kami yang terlibat.

Semoga selepas ini kita akan lebih saling memahami dan hormat menghormati. Maaf jika bahasa saya menyinggung tuan.

marobbuka said...

En. Ikmal Hakim, yang jelas saya lihat HIMPUN dibuat berdasarkan kpd laporan kononnya Jeff Ooi dari DAP dan kepimpinan DAP berhajat utk meletakkan Kristian sebagai agama rasmi di negara ini jika mereka menang. Ini penipuan! Itu sebab perhimpunan kamu gagal menarik minat orang ramai utk datang memberikan sokongan. Kerana isu murtad yang kamu perjuangkan adalah isu politik, bukan lagi isu agama. Kalau kamu nak betulkan orang-orang yang hampir murtad ini (walaupun tidak ada bukti), kamu kena tanya dgn pihak berkuasa mengapa Lembaga Zakat tak tolong orang-orang Muslim yang pergi minta tolong di DUMC itu? Lagipun, jika kamu baca beberapa pendapat ulama' muktabar, murtad tidak boleh dihukum dgn hukuman dunia. Ianya menjadi hak Allah swt untuk menghukumi manusia yang berpaling dari agamaNya di Akhirat nanti. Ada kamu sebut pendapat2 ulama' ini dalam perhimpunan kamu?

halim said...

marobbuka, saya setuju dengan komen2 anda.

Anonymous said...

Zaidi,

Anda perlu belajar apa itu kebertanggungjawaban (accountability). Menteri-menteri adalah bertanggungjawab ke atas apa jua salah laku yang terjadi dalam kementerian masing-masing dan bukan passing the bucks kepada pegawai-pegawai awamnya.

Ini bezanya dengan menteri-menteri di luar negara. Mereka akan meletak jawatan jika kementeriannya berhadapan dengan masalah besar yang menjadi kemarahan orang ramai.

Suara Akarumbi said...

Pak Aspan,
Sekarang ni kalau kita cakap sammpai berbuih mulut kita pun mereka ini tidak akan ambil tahu. Saya percaya rakyat yang faham kedudukan semasa akan menghukum kerajaan yang bongkak ini pada PRU akan datang,Insyallah.

man said...

lawak komen en zaidi. U said that the clerk that get lower salary have to be responsible for all of the losses instead of menteri menteri yang gajinya semua atas RM 10000. That's what u want to say.. Right? Pathetic your thinking.