02 November 2011

A dead fish swims with the flow.

Saya telah menerima beberapa email dari mereka yang mengikuti tulisan saya bertanyakan samada saya boleh memberikan komen tentang perlantikan Nalla Karrupan sebagai ahli Dewan Negara. Nalla telah mengangkat sumpah petang tadi dengarnya.

Nama Nalla ini dikenali ramai kerana penglibatan beliau secara rapat dengan Anwar dan popular dengan persepsi ramai yang beliau pernah menjadi ‘tennis partner’ kepada Anwar Ibrahim. Beliau merupakan di antara orang yang paling hampir dengan Anwar semasa Anwar ada sikit-sikit kuasa dahulu.

Apabila Anwar di penjara dengar ceritanya beliau kehulu ke hilir mencari naungan baru dan cara yang paling senang bagi beliau ialah dengan bermain politik dan mengambil tindakan menyebelahi musuh-musuh politik Anwar dan membuka segala cerita sensitive tentang Anwar kepada khalayak ramai untuk menghampiri pihak yang berkuasa.

Secara peribadi saya tidak mengenali orang yang bernama Nalla Karrupan ini tetapi saya diberitahu beliau di gunakan oleh musuh Anwar untuk menekan sahabat lamanya itu. Tindakan Nalla itu tentulah akan dibayar dan perlantikan beliau ke Dewan Senate ini adalah satu dari cara memberikan imbuhan terhadap jasa beliau kepada pemimpin yang berkuasa dengan membidas Anwar secara terbuka.

Ramai lagi yang lebih layak untuk di lantik tetapi Nalla Karupan mempunyai kelebihan lain; iaitu mengampu dan melakukan perkara yang ‘amusing’ terhadap pihak yang memusuhi Anwar.

Orang seperti ini ramai di kalangan kumpulan yang hampir dengan Anwar dahulu. Kalau nak sebut seorang dua, diantaranya ialah bekas Setiausaha Politik Anwar Ezam Mohd Nor, Eskay, seorang lagi sahabat Anwar yang berpaling tadah sokongan kepada menyokong musuh politik Anwar.

Saya tidak dapat memberi komen yang detail terhadap Nalla dan mereka yang serupa sikapnya dengan Nalla ini. Tetapi cukup jika saya katakan mereka-mereka ini adalah kumpulan ‘cari makan’ dan membunuh karektor sahabat sendiri yang pernah memberikan nikmat kepada mereka ini adalah perkara biasa.

UMNO memang memberikan keutamaan kepada mereka yang jenis ini kerana ahli-ahli UMNO tidak mungkin menentang kerana ahli-ahli ramai dalam UMNO itu hanya di jadikan sebagai dahan bongkok tempat kera-kera liar meniti.

Orang seperti Nalla dan Ezam Mohd Nor ini memang ramai. Orang-orang seperti ini adalah ibarat ikan mati. Mereka ini hanya dan sentiasa berada ‘on the buttered side of the bread’ serta akan berenang seperti ikan mati. Ada perbilangan Inggeris yang sesuai untuk mereka ini, iaitu ‘dead fish swims with the flow’.

Kalau ditakdirkan pihak lain yang diberi mandat untuk berkuasa orang-orang seperti ini masih akan selamat kerana mereka bijak untuk menghampiri mereka yang mempunyai kuasa. Orang-orang seperti ini amat ramai di dalam UMNO. Orang-orang seperti ini akan akhirnya membidas UMNO dan BN serta pemimpinnya jika pihak lain yang akan berkuasa. Mereka akan lebih pandai dari pihak lain untuk membidas dan membinasakan UMNO apabila pihak lain pula yang akan berkuasa.

Saya mengatakan mereka sebagai ikan mati dan akan berenang mengikut arus sungai. Tetapi ada setengah pihak yang lain memberitahu saya yang mereka seperti ini merupakan ‘political prostitute’.

Bagi saya, perbilangan yang paling sesuai untuk mereka ini ialah ‘a dead fish that swims with the flow’ kerana mereka tidak akan mampu untuk berenang melawan arus.

Cukuplah komen saya setakat itu. Kalau komen lebih-lebih nanti ramai pula yang membidas saya dengan kata-kata nesta seperti anjing, babi dan sebagainya. Penyokong-penyokong UMNO garang-garang semuanya dan mereka amat fasih menyebut istilah-istilah kotor itu,; lebih fasih dari bertahmid dan menyebut perkara-perkara yang baik-baik.

16 comments:

Anonymous said...

Nampaknya jalan pintas untuk mendapatkan kedudukan dalam kerajaan BN ialah dengan keluar dan meninggalkan parti pembangkang dan kawan lama dan seterusnya membidas dan menyerang mereka habis-habisan.

Nampaknya BN masih belum yakin dengan segala aneka akronim yang pelik-pelik untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Maka BN memerlukan orang seperti Nalla Karrupan membantu mereka untuk memenangkan parti dalam PRU ke-13.

Tetapi saya tidak yakin Nalla akan ada apa-apa faedahnya kepada BN. Sebaliknya, perlantikannya akan hanya mengguris dan melukakan hati sebahagian besar orang Melayu kerana ada di kalangan mereka yang lebih berjasa dan layak diketepikan begitu sahaja.

Akhirnya yang dikejar (undi yang diharapkan dari Nalla) tak dapat dan yang dikendong (undi Melayu)berciciran.

Quiet Despair said...

Bro Aspan

What is so surprising. What's one more.
Look around among the Senators. Only a handful have credibility and stature.
Well after all they are just rubber stampers. It's not like in the States where its the launching pad for presidency.

P.S. I don't like Nalla same as I don't like Anwar.
Sejujur dan seikhlasnya ketidak-sukaan (is there such a word) saya terhadapnya has nothing to do with him being in the opposition.
I dislike him when he first joined UMNO. To me he should just be a debater not an administrator or someone holding high office.
But I don't know how or inclined to sumpah seranah orang yang anti-UMNO. Tidak pernah dididik buat begitu.

Anonymous said...

Lepas ni kita akan dapat senator dari keturunan siam pulok.
Memanglah jenis ni jika naik basikal menurun bukit pun basikal dikayuh juga, sebab tulah yang kaya terlalu kaya yang miskin papakedana...

Setunggal said...

Yang melantik beliau ke Senate pun apa kurangnya. Gimana bisa dan cara gimana si bolih dilantik..!!

Tentunya Yang Berhormat bolih di panggil dgn nama YANG BANGSAT sahaja.

vinnan said...

'But I don't know how or inclined to sumpah seranah orang yang anti-UMNO. Tidak pernah dididik buat begitu.'

Aiya! the people learn from UMNOlah. Remember Adanan Yacob the MB of Pahang with hi 'F]]] your mak hand signal?

UMNO Dulu, Kini dan Selamanya.

Anonymous said...

True QD, perhaps except for the very few, the majority are no better than the goods sold at the Reject Shop. A few had their shelf live renewed when appointed as ministers.

Now, Nalla Karrupan has joined the crowd at the Reject Shop. He must have something extra that other rejects who have yet to be put on shelve don't have. Only Najib knows.

loveMyKris said...

'But I don't know how or inclined to sumpah seranah orang yang anti-UMNO. Tidak pernah dididik buat begitu.'

thats true about QD, as far as i know. even if our views are different. peace bro.

burn said...

sir aspan...
sorry for being off topic!
may i know your opinion on "seksualiti merdeka" that is making lots of huh hah right now.

suri said...

Tuan,

Mereka tidak lah terok Nala, Ezam dan Siam India. Mereka sayang ibu bapak mereka. Kawan mereka mainkan mereka dulu.

Anonymous said...

Tuan,

Saya masuk blok list tuan, Apa Yang Tersirat... kerjaan Selangot bagi RM5J.

Betul ke alasan yang di beri olehSabri, nampak dan memang bodoh alasannya.

Ayah saya beri duit, saya beli daging babi goreng dan arak , saya makan bersama dengan pelacur selepas sama sama entuk...

Ayah saya SALAH sebab tak bagitahu, jangan guna duit untuk beli daging babi goreng dan arak dan berzina.

Melawi

Borneo said...

Burn, Aspan tak minat isu Sensualiti Merdeka ini. Ianya tidak menguntungkan sahabat2 baru beliau. Mana mungkin beliau akan seghairah semasa promosi BERSIH atau semasa memperlekehkan HIMPUN. Agak2 lah bila bertanya. Hormat tuan tanah bro!

Anonymous said...

Teringin juga nak dengar Aspan mengamuk sakan bila anak perempuan Najib difitnah sepertimana Aspan mengamuk pada kawan2 lama di UMNO bila Marcus LGE difitnah. Biar menyokong ikut tajuk bro, jangan menyokong ikut kawan2. Janganlah dah dapat kawan baru, kawan lama di belasah memanjang.

Quiet Despair said...

Guys, don't be surpise if Siti Nurhaliza or D.J. Dave become a senator.
The Bai Islam is always in the reception committee at the airport, sending off and welcoming home our PM ever since Mahathir's time.
Macam takde kerja lain. Pandai dia ampu bodek.
The artistes have already a rep in Senator Jins Shamsuddin yang tak abis-abis cakap pasal film Bukit Kepongnya dalam lingo zaman purba ala Cathay Keris studio.
Cukup-cukuplah tu. Gelaran Tan Sripun dah dapat.
Actually Sakmongkol and Aspan are more than qualified to be Senators cum Ministers. But alas, they are too combative on UMNO.

albert magic said...

ahli ahli umno biasa dan termasuk lah ketua cawangan tak jealous ke nalla jadi senator ataupun memang tak teringin nak jadi senator

burn said...

borneo, i respect sir aspan personal point of view since the day i accidentally found his blog thru another blogger. i found his notes to be rational in most. i am a liberal type of person, open minded yet a little conservative in a certain way. for him to note or not on the opinion requested does not matter to me. he have his rights, and so as the peoples gathering for "seksualiti merdeka". anyway, i support bersih all the way!

Anonymous said...

Adakah "dead fish" itu termasuk jugak RUSLAN BIN HAJI KASSIM (Pak Oncu). Tentu sekali saudara mengenali Ruslan Hj Kassim luar dan dalam. Jika tidak ingin saya memperkenalkan yang Ruslan Kassim pernah satu masa menjadi penyokong tegar Anwar Ibrahim kerana sangat terhutang budi atas sebab menjadi kaya raya di zaman Anwar berkuasa. Setelah menjadi "dead fish" apa yang kini dilakukan oleh Ruslan Kassim tidak ada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh Ezam Md Nor dan Nalakaruppan sekarang. Bezanya Ezam dan Nala tidak ada hubungan kekeluargaan dengan saudara sementara Ruslan Hj Kassim adalah bapa saudara kodin anda sendiri. Ada berani nak kata Ruslan Hj Kassim "Dead Fish Swims with the flow?".