09 November 2011

Perubahan berlaku secara natural. Tidak ada siapa boleh mengelak darinya

Beberapa posting saya yang lepas saya telah menulis secara simple and bersahaja tentang perubahan yang wajib dilalui oleh semua makhluk Tuhan. Itu adalah natural dan siapa yang hendak menafikannya silalah sekehendak hati. Tidak siapa boleh menghalang.

Walau bagaimana pun tentunya perubahan ini akan mengorbankan setengah pihak dan jika elemen pengorbanan tidak ada maka tidak akan adalah perubahan. Setiap makhluk sekecil atau sebesar mana pun akan melalui perubahan. Perubahan boleh berlaku dalam bentuk, fungsi dan rupa kepada sesuatu makhluk itu.

Struktur permukaan bumi ini berubah begitu besar jika dibandingkan dengan rupa strukturnya di antara sebelum dan selepas ‘ice-age’. Manusia sendiri berbeza dalam saiznya dari zaman dahulu kalau dibandingkan dengan manusia zaman sekarang.

Yang lebih pantas melalui perubahan ini ialah cara manusia berfikir termasuk orang Melayu khususnya dan rakyat negara keseluruhannya. Manusia di jadikan Tuhan dalam berbagai-bagai puak dan bangsa serta agama untuk masing-masing mengenali serta menghormati di antara satu kaum dan agama dengan yang lain.

Masing-masing telah pun menerimanya sebagai satu hakikat yang tidak dapat di alih dan dianjak lagi. Baik bangsa Melayu dan keseluruhannya beragama islam mahu pun bangsa lain yang di dorminasi oleh bangsa lain semuanya hidup dalam aman dan muhibbah dan masyarakat negara yang mempunyai toleransi yang tinggi.

Kita tidak akan mampu menafikan atau mengelakan perubahan berlaku termasuk kepada pemikiran kita semua. Perubahan tetap berlaku di setiap ketika dan masa. Sesiapa yang tidak mahukan perubahan maka mereka akan berada di takuk lama dan ketinggalan serta tidak akan dapat mensesuaikan keadaan semasa dengan mudah.

Politik dan pemikiran manusia juga tidak statik dan akan tetap bersama menempa perubahan itu. Parti Liberal Demokrat Jepun kecundang setelah rakyatnya berubah cara berfikir selari dengan kehendak semasa rakyat negara itu. LDP tidak sensitif terhadap perubahan kehendak dan selera rakyat Jepun dan parti yang memerintah lebih dari 5 dekad itu tidak ‘abreast’ dengan perubahan itu.

Akhirnya parti itu kecundang dan salah satu dari penyebabnya parti itu ditolak ialah kerana kegiatan rasuah yang berlebihan skalanya yang dilakukan oleh pemimpin parti itu. Walaupun rakyat telah memberi isyarat tentang kebencian mereka terhadap isu rasuah itu, LDP tetap terus menerus melakukan rasuah tanpa segan dan silu. Apabila LDP jatuh kecundang maka parti itu sampai hari ini tidak mampu bangun lagi.

Di negara kita perubahan ini juga jelas sedang berlaku tetapi pemimpin kita tidak begitu peka dengan kehendak dan kemahuan rakyat negara ini. Banyak dari kegiatan rasuah dan salah guna kuasa di pagari oleh akta-akta yang ketat untuk menjauhi rakyat dari mengetahui kegiatan haram itu.

Tetapi di zaman sekarang, rakyat akan tahu juga apa yang di selindungi oleh pihak yang berkuasa ini. Tidak mampu untuk memberikan bukti kerana wujudnya akta-akta yang menyekat apa-apa tindakan secara undang-undang, nampaknya rakyat sedang bersedia untuk mengambil tindakan pembersihan melalui pilihanraya umum yang akan datang.

Perubahan ketara ini jelas kita lihat dan rakyat faham usaha untuk membersihkan negara dari kerja dan tabiat yang tidak baik ini bukan satu kerja mudah kerana usaha yang baik akan sentiasa mendapat tentangan yang hebat dari kumpulan yang tidak mahu berubah. Tetapi yang nyata jika usaha untuk mencari kebaikan ini terus menerus di jadikan perjuangan setiap di antara insan yang sedar dan insaf ianya akan berjaya juga akhirnya.

Perubahan cara pemikiran rakyat di negara ini kian menampakan perubahan. Kita boleh lihat dengan jelas yang isu ungkit mengungkit pihak yang berkuasa itu sudah tidak di terima oleh kebanyakan rakyat lagi. Rakyat tidak merelakan negara mereka ditadbir oleh perasuah walaupun parti itu menggunakan apa yang di lakukan untuk rakyat sebagai isu kempen seperti yang dilakukan oleh mereka setiap pilihanraya di adakan.

Rakyat tahu sekarang yang apa-apa yang diberikan oleh pemerintah hari ini adalah dari wang kutipan cukai rakyat termasuk cukai dari pemimpin dan ahli pembangkang. Wang ringgit tersebut bukannya wang BN atau pun wang UMNO. Malahan yang menjadi isu sekarang ialah UMNO gagal menguruskan wang rakyat dengan baik kerana kegiatan elemen rasuah yang berlaku di mana-mana kerajaan pimpinan BN UMNO itu.

Rakyat tahu BN tidak boleh menggunakan isu bantuan gigi palsu serta pembiayaan sekolah kanak-kanak sekolah sebagai alasan untuk meneruskan sokongan terhadap parti pemerintah yang rasuah di setiap peringkat pentadbiran. Rakyat sekarang berkecenderungan untuk memberikan mandat untuk mentadbir wang mereka yang ada di dalam kantung kerajaan itu kepada pihak lain yang telah terbukti secara relatifnya lebih baik dari yang di uruskan oleh BN selama ini seperti yang terdapat di negeri-negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat.

BN boleh menafikan sekehendak hati mereka tetapi hakikatnya kerajaan yang di tadbir oleh kerajaan oleh parti-parti alternatif kepada BN itu adalah lebih telus dan baik. Perubahan yang baik ini adalah satu lagi bukti yang saya sebutkan sebagai perubahan yang sedang berlaku secara natural ini.

Perubahan cara berfikir dan persepsi rakyat kita sedang melalui proses perubahan yang sangat natural dengan keadaan dunia tanpa sempadan sekarang ini. Rakyat sudah tidak lagi menerima isu-isu yang rasis yang di mainkan oleh parti-parti dalam komponen. Isu rasis sudah ketinggalan zaman. Rakyat lebih berminat untuk hidup berdamai tanpa di halang oleh sentimen perkauman yang menebal.

Rakyat tahu sentimen perkauman ini dimainkan oleh parti-parti dalam BN semata-mata kerana kepentingan politik UMNO, MCA dan MIC kerana parti-parti ini adalah parti rasis. Perubahan ini membuatkan BN dan parti-parti di dalamnya menjadi tertekan kerana mereka sudah terlalu biasa dengan kuasa yang sekarang ini memberikan mereka untuk melakukan segala-gala yang bertentangan dengan tuntutan semasa iaitu untuk berada di bawah pentadbiran kerajaan yang mengikut ‘rule of law’, beretika, menghormati pandangan individu, serta kerajaan yang ‘magnanimous’ dan demokratik yang tulin.

Rakyat juga sudah mula sedar apa yang dikatakan oleh UMNO yang nasib bangsa dan agama kita hanya boleh selamat jika kerajaan terus di tadbir oleh UMNO, seolah-olah parti itu sedang cuba memesongkan kita dari menyembah yang hak kepada yang bathil. Pengakuan UMNO sebagai hanya pihak yang boleh menjamin masa depan manusia di negara ini adalah satu tindakan takbur dan sombong.

Masakan parti yang rasuah itu boleh diperakukan sebagai pihak yang hak dan mendapat keredhoan Tuhan? Masakan pihak yang di dukong oleh media massa seperti Utusan yang sentiasa memutar belitkan isu-isu penting rakyat itu boleh kita anggap sebagai pihak yang benar?

Masakan pihak yang melindungi kerja hina rasuah melalui akta-akta ketat itu boleh di yakini sebagai pihak yang baik dan adil serta boleh diberikan mandat terus menerus? Masakan pihak yang menjadi pembawa dalil-dalil hari kiamat boleh di katakan pihak yang benar? Tidak mungkin mereka yang cuba meyakinkan rakyat untuk membenarkan perkara yang salah dan menyalahkan yang benar itu boleh di berikan keyakinan.

Kita mesti berfikir dan membuat keputusan samada pihak yang sentiasa berjaya menyambung kekuasaan mereka dengan memecahbelahkan pemikiran rakyat itu masih wajar diberikan mandat untuk mentadbir kita semua? Sampai bila kita rela dipecahkan dan diperintah kerana kepentingan tempolok mereka semata-mata? Tidakkah kita terasa diperbodohkan tanpa henti-henti sejak 30 tahun dahulu sampai kehari ini?

Tidak beranikah kita untuk menolak pihak yang memecah belahkan kita selama ini? Kita masih ada jalan yang sangat baik dan ampuh untuk melakukan perubahan ini, iaitu melalui peti undi.

Perubahan pemikiran ini sudah bercambah setiap masa dan detik tetapi ianya perlu di pertahankan dan di tambah kekuatan ‘force’ perubahan ini bukan untuk sesiapa tetapi untuk rakyat yang ramai juga.

Rakyat perlu membuktikan yang mereka adalah tuan yang sebenarnya dan berhak untuk menentukan siapa yang hendak diberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dan rakyat serta melindungi harta benda rakyat ini dari di curi dan di rompak oleh perompak-perompak kolar putih negara.Tidak kah kita sayang kepada harta rakyat dengan membiarkan di curi dan diferaidkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab?

Jawapan hanya boleh di berikan oleh rakyat sendiri. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan mereka yang telah merompak harta kita kerana kita yang memberikan kuasa kepada mereka untuk merompak kita. Selama ini kita yang memberikan mereka kemudahan untuk memecah belahkan kita sambil merompak dan mencuri harta-harta rakyat.

Perubahan pemikiran serta nilai beradaban rakyat sahaja yang akan memberikan jawapan yang sebenarnya semasa pilihanraya yang akan datang. Rakyat boleh memilih di antara mereka yang sudah sebati dengan sikap pencuri dan mereka yang sedang berusaha untuk memberhentikan kegiatan yang tidak bermoral itu.

Tepuk dada tanyalah selera.

6 comments:

Borneo said...

Saya kurang bersetuju dengan pendirian tuan melainkan persetujuan tuan untuk membiarkan rakyat buat pilihan. Kekadang pencuri dimata kita tetapi negarawan dimata orang lain.Bukan salah mata kita atau mata orang lain cuma hati hati bila menepuk dada.

IbnAbdHalim said...

Salam,
Masalahnya majoriti pendukung UMNO sendiri sudah dimandom akal fikiran mereka dan tak dapat hidup tanpa UMNO. Mereka sangat sukar diubah kerana telah terlalu lama diberi ubat tidur oleh parti. Majoriti mereka ibarat ayam daging. Tak boleh hidup sendiri. Setelah sekian lama diperbodohkan namun mereka tetap bersama parti. Kedaifan mereka kais pagi makan pagi tidak menjadi persoalan. Sehelai pelikat atau batik sudah mencukupi. Bagaimana hendak mengeluarkan mereka dari kebekuan minda? Itu persoalannya. Pemimpin memang selesa dengan keadaan ini. Bahkan itulah strateji yang dijanakan mantan PM ke 4 untuk terus berkuasa.

Zaidi said...

Pak Aspan,
Pembaca blog ini terbahagi 2 kelompok besar, kelompok pertama merasakan kelompok kedua (BN/UMNO) sebagai anggota yang sudah "kebas" dan tidak merasakan cubitan mesra rakyat. Kelompok kedua (BN/UMNO) merasakan kelompok pertama itu tiada kerja lain selain dari mencubit-cubit mereka itu. Pak Aspan sendiri amat rajin mencubit-cubit kelompok kedua dan adakalanya cubitan itu menjadi ketilan yang menyakitkan tetapi masih lagi mesra. Kalau cubit tak merasa, apa lagi yang hendak dibuat? Mungkin kena usaplah tu..

Anonymous said...

Saya dok tunggu komen sdr.Aspan berkaitan dengan projek lembu Sharizat dan kondo RM10 juta!!!

Anonymous said...

Firstly my apologies to you because my comment has nothing to do with your posting.

Sak has been running a series of postings on the impending listing of Felda Golden Venture Bhd. of which he is very sceptical and passes scathing remarks as it will not benefit the thousands of Felda settlers.

What baffles me is since the last one he appears to be very quiet or simply lying low for whatever reasons. Perhaps you can enlighten me.

burn said...

one only need to see, read, listen, feel and understand on issues that's happening everyday. yet, as said before, ""bn umno" have this sickness syndrome that have already glued to them for a very long time... a sickness call, a "deny syndrome". rakyat tidak diperbodohkan, just that, some are not willing to open themselves up to see and know the differences. an old pakcik use to say this to me during my early days. wait and see, one day, "melayu" will freak out. true enough, it happened. it means, they have woken up!

salam...