16 November 2011

Rahim Thamby Chik, betul kah spekulasi saudara TR jadi PM?

Dalam sebuah akhbar harian perdana semalam, tentu ramai yang terbaca tentang kenyataan TS Rahim Thamby Chik (RTC), salah seorang dari kumpulan ‘Dato T’ yang dikenali dengan isu apa.

Bekas Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Menteri Melaka ini membuat kenyataan yang pihak pembangkang sedang membuat persiapan dan merancang untuk menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah, wakil BN UMNO dari Gua Musang sebagai Perdana Menteri jika keputusan pilihanraya memihak kepada pembangkang atau pembangkang mendapat kerusi sama banyak dengan BN.

Beliau (RTC) berkata yang beliau telah lama mendengar pelan pembangkang ini dan hanya sekarang beliau mendedahkan cerita ini kepada media dan orang ramai di Melaka dua hari yang lepas. Berita ini telah menarik minat ramai di antara mereka yang membaca postings saya dan menanyakan kepada saya samada berita tentang pelan pembangkang itu benar atau tidak.

Sesungguhnya saya tidak tahu menahu pelan pembangkang itu tetapi kita memahami sebagai parti yang halal untuk bergerak mereka berhak untuk melakukan apa-apa perancangan untuk negara yang di tawarkan kepada rakyat bagi kepentingan mereka (rakyat) jika di terima.

Apa yang dikatakan oleh Rahim itu memberikan satu pemikiran baru kepada rakyat dalam keadaan BN sedang terumbang-ambing sekarang ini. Selama ini rakyat tertanya-tanya siapa yang akan membawa perubahan jika pembangkang mendapat mandat di dalam pilihanraya nanti.

Kalaulah benar itu pelan yang ingin di lakukan oleh pembangkang, apa pula salahnya dengan pelan itu? Malahan reaksi yang saya dapat sejak semalam sangat memberansangkan kerana rakyat sedang dalam pencarian dan berita yang dispekulasi oleh Rahim itu menjadi spekulasi yang sangat diterima baik oleh kebanyakan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Yang tidak bersetuju dengan pelan itu hanyalah dari kalangan yang sedang enak dengan kepentingan peribadi di dalam UMNO dan BN sahaja. Tetapi jika ini dijadikan unjuran kepada rakyat serta yang memikirkan kepentingan kepentingan negara keseluruhan; ini adalah perkara yang sangat positif yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Lagi pun pembangkang hari ini tidak akan jadi pembangkang lagi jika benar seperti apa yang di spekulasi oleh RTC itu. Yang akan menjadi pembangkang selepas pélan itu dilaksanakan ialah BN dan UMNO. Lagi pun UMNO pun sudah mendapat sedikit pengalaman sebagai pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan sebentar di Perak sebelum di jatuhkan secara jahat di Perak dua tahun dahulu.

Walaupun Rahim secara peribadi telah memberikan reaksi yang negatif, ramai yang mengambilnya sebagai suatu tindakan positif. Rahim mengambilnya secara negatif itu bersebab; tentulah kerana kepentingan peribadi beliau dan parti beliau yang sudah sampai ketepian untuk jatuh dalam pilihanraya ini.

Ramai menerimanya secara positif kerana kepada mereka ini mungkin satu jalan yang terbaik untuk keluar dari kemelut kekeliruan yang sedang di hadapi oleh rakyat sekarang ini. Rakyat sedar yang pimpinan pada hari ini sudah sampai ketahap keliru yang tidak lagi mampu di selesaikan oleh mereka.

Keputusan yang ‘flip-flop’ pimpinan pada hari ini merupakan satu ‘attribute’ yang pasti bagi pimpinan yang lemah yang tidak memungkinkan mereka mengambil tindakan yang betul dalam semua hal. Sifat bermuka-muka dengan rakyat berbilang kaum itu terbitnya dari pimpinan yang tidak mampu menjaga ‘magnanimity’ sebagai pemimpin berbilang kaum.

Sesungguhnya rakyat sedang melakukan ‘soul-searching’ yang serius dan apa yang di spekulasikan oleh RTC dua hari yang lepas mungkin boleh mengurangkan suhu politik negara yang sedang berkecamuk pada hari ini. Mungkin apa yang di katakan oleh RTC itu adalah penyelesaiannya.

Tetapi itu terpulang kepada keputusan rakyat yang ramai untuk melakukannya. Bola sekarang berada di kaki rakyat dan mereka boleh mengarahkan tendangan kemana yang mereka kehendaki

Ingat, negara ini rakyat yang punya, bukannya harta pusaka UMNO atau BN.

13 comments:

Anonymous said...

Rahim Thamby bersikap negatif kerana takut kes rasuah dan kes rogol nya dahulu disemak semula olih Peguam Negara yg baru sekiranya Ku Li jadi PM.


Rahim terlepas dari pertuduhan kes rasuah dan rogol sebab mahathir saja. AG hanyalah pak turut dan kena dengar cakap Mahathir. Kalau Mahathir tak beri greenlight untuk dakwa Anwar dulu, berani ke AG Malaysian nak dakwa Anwar seperti tak beraninya mereka mendakwa Rafidah kerana mahathir tak bagi greenlight. Inilah malaysia.

Jadi kalau Ku Li jadi PM, harap suruh AGnya semak balik kes rasuah dan kes rogol Rahim Thamby.

albert magic said...

sebenarnya rtc ni jealous kerana kumpulan tersebut tidak mempelawa beliau untuk dijadikan pm

Anonymous said...

Rahim is a unreliable man but his speculation is true,it's very nice to hear.

I am praying hard if that be the truth.


salin mat

body builder said...

Ini berita baik!

saji said...

AA

Saya sokong Ku Li jadi PM jika benar insiden lampu padam di PWTC yang memenangkan TDM ketika lawan Ku Li dulu

Zaidi said...

Pak Aspan
Ini sudah bagus, jika TR jadi PM, TunM mesti tak suka dan keluar UMNO?
Eh..lupa pulak..bila TunM masuk UMNO? Eh..lupa pulak..dulu kan TunM presiden UMNO..wal hasil balik asal.

Quiet Despair said...

The ball is really in Ku Li's court.
He should state categorically he wants to be the next PM.
As things stand, he is flip-flopping. Don't know which side he's on.
Criticizing UMNO yet pledging his support to the party and will help in BN victory in the coming GE.
What's wrong in telling us the rakyat whether he is the third force or in the opposition camp.
He will get the support if he declares the stand.
He's really got noting to lose.
Try for the last time to become PM which is his life-long dream.
If he loses, fine. That means he tried his best.
No point registering Amanah as NGO. Surely a person of his calibre do not want to become another no teeth NGO leader.
As it is now, Najib will again be our PM.
Don't hope for Hadi or Anu-War or LGE as the future PM.
Support for them is waning.

P.S. Bro Aspan, please advise him to make a stand.
I look forward to see you and Bro Sak as Ku Li's candidate for MP.

Anonymous said...

Kalau BN menang lagi, saya dan keluarga akan berhijrah.. kami dah meluat dan menyampah!

Adie.

musafirdidunia said...

Saya amat suka jika betullah apa yg dispekulasikan oleh RTC @ Maharaja Seks tu. Bagus lah kalau PR bertindak menjadikan TR sebagai PM Malaysia jika mereka menang dln PRU 13 nanti, sekurang kurangnya tidaklah lagi rasa semak dihati kalau Najib, Muhyuddin, Hishamuddin atau Nazri dalam pemerintahan Malaysia. Masing masing mereka bolehlah bersiap untuk menjawab tentang penggondolan harta rakyat di mahkamah kelak! Jangan lupa untuk dipelawa Dato Saifuddin Abdullah dan Dato Dr. Siti Zaharah sama joint kerajaan baru PR.

Anonymous said...

Tuan Aspan
Saya berdoa semoga Allah menjaga Malaysia ni dari segala kerosakan, kehancuran, kemungkaran dan segala yang manusia tak suka buat tapi kerana nafsu, mereka masih melakukan nya tanpa memikirkan hak yang empunya.

Kita doa la Allah bagi yang terbaik dari semua segi kepada Malaysia terutama dari kehancuran akidah oleh mrk yg di beri amanah atau mrk yang mmg berniat begitu.

Sesungguh nya janji Allah itu benar dan kita berdoa yang terbaik. Janji Allah itu nanti sangat tak terhingga dan ternilai

aminnnnnnnn....

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara Aspan,

Orang ni nak masuk dalam senarai winable candidate la tu...kes video tiga T tak berapa menjadi kut..

jangan layanlah bro..dah jadi picisan dia ni..

Anonymous said...

yang menentukan ialah Allah swt, kalau ada jodoh dan rezeki....ku li ada lah pm kita tahon depan....I syAllah

Ramli Mohd Yunus said...

kenapa lah mereka bincang pasal nak jadikan TR PM tu depan RTC ni..bincanglah sulit sulit sikit..bincang di mogadishu ke..di benghazi ke..tak payah pun pakai baju kalis peluru..baju biasa aje..

tapi jangan la lupa bawa YB Zulkifli Nordin, pasal dia pakar dalam segala pakar..tuan aspan boleh komen lah pasal kehebatan loyer Zul ni..sakmangkol pun kenal dia mungkin..

satu aje..jangan bagi tahu Ezam Md Noor tu..nanti dia bawak 6 kotak pula..excess luggage pulak nanti..