04 November 2011

Saya tidak percaya DS Rosmah membeli belah di David Jones. It's a low class shopping mall for her

“Anak saya tidak berada di Perth semasa persidangan CHOGM baru-baru ini dan anak saya tidak pernah membeli belah di sana” kata Najib lebih kurang seperti mana yang saya terbaca.

‘Apparently’ cerita ini di buat oleh sebuah akhbar berpengaruh di Western Australia dan Najib menafikannya melalui twitter beliau dan beliau berkata ini adalah fitnah yang sengaja di ada-adakan oleh akhbar tersebut.

Najib juga menafikan berita yang isteri kesayangan beliau Datin Seri Rosmah Mansor membeli intan berlian di Australia dan isteri beliau tidak pun pergi ke pusat membeli belah itu. Saya pun hendak juga tahu bagaimana akhbar tersebut tahu jumlah AUD60000 itu telah dibelanjakan oleh anak perempuan Najib.

Saya tidak tahu samada perkara ini benar atau pun tidak kerana saya tidak mengikuti perkembangan isu ini. Tetapi saya di minta untuk mengulas tentang isu yang di bawa oleh akhbar Western Australia ini.

Saya tidak berminat sebenarnya untuk mengulas kerana membeli belah secara besar-besar ini adalah satu persepsi yang sinonim dengan DS Rosmah ini dan saya tidak langsung mahu mengambil tahu tentang isu ini lagi. Kalau DS Rosmah dan anak perempuan beliau membeli belah sekali pun itu tidak menghairankan lagi bagi rakyat negara ini.

Saya tidak menjangka yang anak DS Rosmah boleh membelanjakan sejumlah wang yang begitu kecil di tempat yang dikatakan anak beliau membeli belah itu. Pusat membeli belah David Jones itu tidak lah sehebat pusat membeli belah di New York kerana tempat itu hanya lah pusat membeli belah yang biasa sahaja.

Kalau pun keluarga Najib hendak membeli belah mereka tidak akan membuat shopping di tempat itu. Pusat membeli belah itu tidak sampai ‘standard compliance’ bagi Rosmah atau anak beliau itu. Saya tidak percaya Rosmah atau anak beliau akan membelanjakan wang di sana kerana tempat itu tidak setaraf dengan kemampuan berbelanja untuk keluarga ini.

Tempat itu hanya untuk orang seperti kita membeli belah sahaja…tempat kita hendak membeli sepasang dua stokings, coli-coli serta seluar dalam dan panty wanita sahaja. Rosmah dan anak beliau tidak akan masuk kedalam pusat membeli belah yang tidak ada ‘standard’ itu. Saya yakin itu merupakan fitnah atau akhbar tersebut tidak tahu yang tempat membeli belah itu bukan setaraf dengan tempat-tempat DS Rosmah membeli belah.

Saya berpendapat untuk mempercayai Rosmah boleh pergi ke tempat shopping itu memang satu perkara yang mustahil. AUD 60,000 bukan jumlah untuk dikaitkan dengan DS Rosmah. Itu terlalu kecil bagi ahli keluarga ini.

Saya tidak percaya yang pusat membeli belah David Jones ini ada menjual tas tangan yang berharga AUD125,000 untuk di sesuaikan dengan ‘taste’ Rosmah dan mengaitkan beliau dengan barang murahan sebanyak AUD60,000 itu merupakan satu ‘insult’ yang besar terhadap wanita pertama negara kita itu. DS Rosmah tidak membeli belah dengan jumlah wang yang sebegitu kecil dan elok kita jangan percaya dengan berita ini.

Saya percaya DS Rosmah merasa terkilan dengan akhbar Western Australia yang mengaitkan sejumlah AUD60,000 sahaja. Jumlah itu hanya akan menjatuhkan air muka beliau sahaja.

Pendeknya saya tidak percaya dengan apa yang ditulis oleh akhbar tersebut. David Jones tidak setaraf dengan DS Rosmah. Kalau isteri dan anak-anak PM negara-negara lain membeli belah di David Jones saya percaya, tetapi tidak bagi DS Rosmah Mansor.

Wisma Putra patut membuat batahan terhadap akhbar tersebut dan katakan untuk DS Rosmah membeli belah di David Jones adalah mustahil kerana pusat membeli belah itu bukan tarafnya untuk wanita pertama kita membeli apa-apa pun.

16 comments:

pe'ie said...

Betul tu Aspan. Surat khabar australia itu patu di saman kerana menhina wanita pertama kita.

Tak kanlah Rosmah shopping sebanyak itu kan?

Sekurang-kurangnya 1 juta ringgit, baru padan dengan kekayaan beliau kan?

saji said...

AA

Sesiapa terpingin nak jadi Senator kena kumpul sejuta sahabat buat demontrasi di hadapan kedutaan Australia

Anonymous said...

kanggaroo betul akhbar western australia ni!!! Ada ka patut depa 'insult' kita punya first lady dengan meng 'associate" kan kunjungan bikmama ke tempat murahan gitu.....

mns said...

letih la macam ni, simpan duit banyak2 dari kecil hingga jadi No 1 di katakan shoping tempat sebegini.

man said...

hahaha. very sinikal... that was the reality happen.

Anonymous said...

Apparently the newspaper has made a miscalculation for whatever motive it has against DS Rosmah and her daughter.

It hasn't really done its homework. It should learn from Dr. Novandri.

Zaidi said...

Pak Aspan
Seperti biasa, Kak Ros nak beli apa itu dia punya pasal. Anak Kak Ros nak pergi mana itu dia punya pasal. Kak Ros dan anak pergi mana dan beli apa itu depa punya pasal. Yang menjadi pasal kenapa kita cari pasal. Esok Kak Ros beli ayam pun nak masuk blog Pak Aspan. Anak Kak Ros masak tose pun kena masuk blog.

Tak kelas kita bincang pasal Kak Ros dan kawan2nya. Itu umpama kita dalam perahu menyanyikan "Luncai terjun dengan labunya!". Marilah kita bincang jika anak Melayu kampung belajar Sains dalam BM dan anak Melayu bandar belajar Sains dalam BInggeris, markah siapa lebih tinggi? Tentulah anak Melayu yang ibu dan bapanya mengawasi pelajaran dan memberikan bantuan seperi tuition dan lain2. Lepas tu anak Melayu kampung dapat A1 dalam Fizik tetapi Bahasa Melayu dan anak Melayu bandar dapat Fizik A2 tetapi bahasa Inggeris, anak siapa dapat biasiswa pergi Universiti Oxford?

Jadi isu Kak Ros - samada fizikalnya, emosinya, wajahnya dan tutur katanya, biarkan Pak Jib yang "handle".

Quiet Despair said...

That story is an insult to Rosmah.
She must be fuming mad.
If it is Bergdorf Goodman, Neiman Marcus or at least Macy's in The US, it's okay.
Or Harrods or the Parisian boutiques in Fauborg St Honore or in the 5th arrondisement of Paris, will be an honor for her.
Ini David Jones and in Perth at that. Kalau Sydney tahanlah sikit.

Anonymous said...

Nasib baik rakan2 UMNO tak salahkan LGE kerana fitnah anak najib macam kuncu2 LGE salahkan UMNO dalam hal marcus. Jgn kita ikut bab2 tuduhan sesuka hati ini.

Anonymous said...

Bila Khairy menyambung tweet rakan rakan dgn komen buah pala ganti buah dada, mengamuk tuan tidak terhingga sampaikan tuan menyeru agar Khairy jadilah lebih dewasa. Saya setuju dengan seruan tuan itu.

Bila anwar menyambung tweet rakan nya dan komen antara lain bermaksud anak najib itu lambang keborosan, apakah tuan berani menghentam anwar dan nasihatkan anwar agar jadi lebih dewasa dalam keadaan dia sepatutnya dah dewasa pun?

Ha ha tak mungkin dan pasti tak tergamak nak hentam taukeh.

Anonymous said...

anynomous 18:31, jadilah lebih dewasa... 2 contoh yang awak beri tu tak boleh dibandingkan langsung. Satu berkenaan keceluparan dan kelucahan dalam penggunaan perkataan, manakala satu lagi ialah teguran atau kritik.

Anonymous said...

Anon 17:53,

Anda baru bangun dari tidur ke berhubung isu anak LGE ni?

Mungkin anda tak pernah dengar apa tah lagi kenal siapa Dr. Novandri, Khairy Jamaluddin dan blogger-blogger yang hentam anak LGE.

Mungkin juga anda tak tahu wujudnya UMNO Online.

Pergi mandi dulu.

Setunggal said...

Samada fitnah atau tidak, Najib sepatutnya menyaman paper itu, kerana orang Malaysia memang terkenal dengan saman-menyaman.

Busuk Punya Olang! said...

David Jones punya sweater aku masih simpan smpi skrg. Tu bukan padang permainan Rosmah! Agak2lah kalau nak berkokok cerita tentang Hajjah Rosmah kita ;)

loveMyKris said...

Lucu cerita ni Aspan. Tempat2 boring seperti Perth ni mana si Rosmah nak pandang. Terpaksa ikut sebab bini PM kan. Untuk orang kampung macam Pak Lah ok lah.

Anonymous said...

apalah org lain buat fitnah kita MESTI ikut sama. Biarkanlah mereka dgn santapan harian mereka.

dah nak dekat Aidiladha ni, 5hb ada tutup suluk.