01 November 2011

Sekali ombak memukul, sekali pantai berubah

Segala-galanya berubah mengikut waktu dan masanya. Dunia pun berubah apatah lagi makhlok-makhlok lain ciptaan tuhan yang Maha Esa itu. Yang tidak berubah hanya zat tuhan yang tidak bermula dan tidak berakhir.

Kalau kita iktikatkan tubuh badan kita sendiri sebagai alam yang kecil, kita sendiri nampak dan terasa perubahannya. Kalau dulu kita penuh dengan tenaga apabila sudah tua kita akan kekurangan tenaga dan kudrat itu secara beransur-ansur.

Dulu kita boleh berlari seratus meter dengan kepantasan 11.67 saat kini kita hanya mampu untuk melakukan larian itu dalam kepantasan 116.7 saat dalam seratus meter. Semasa mudanya kita berambut tebal dan berwarna hitam, tetapi kebanyakan di antara kita apabila tua rambut kita akan menipis dan beruban pula. Jadi rupa kita pun berubah dan semuanya berubah.

Itulah sebabnya agama kita pun memberikan kenyataan yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Dalam peperangan kita wajar bersiap sedia dengan peralatan peperangan yang moden dan tidak lagi menggunakan panah dan pedang.

Walaupun harganya mahal tetapi kita tidak boleh mengelak dari mempersiapkan alat persenjataan canggih dengan secukupnya. Itulah sebabnya rakyat marah kerana harga pembelian peralatan yang berharga RM1 billion, tetapi sebanarnya harganya tidak melebih RM300 million misalnya.

Pemimpin kerajaan pun berubah. Kalau dahulu pemimpin-pemimpin kerajaan bertungkus lumus untuk menyelamatkan wang rakyat dengan berusaha untuk membeli bekalan untuk kegunaan kerajaan sekarang ini pemimpin-pemimpin kita berusaha habis-habisan untuk membayar harga barangan setinggi yang boleh menggunakan wang rakyat untuk mendapat ‘kick backs’ dengan jumlah yang besar. Segala kos ini menggunakan wang dari pembayar cukai dari rakyat yang ramai.

Ada kementerian atau jabatan yang membeli beras yang berharga RM170 dengan harga RM1700 sekampit dan semuanya ini kerana mengisi poket pihak yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga rakyat yang rata-rata susah. Orang ramai boleh meneliti lapuran Ketua Audit Negara jika mahukan kepastian tentang apa yang saya katakan ini. Harga blender yang berharga rm400 dibeli oleh pihak kerajaan atau jabatan tertentu dengan harga melebihi seribu ringgit.

Perubahan ini adalah perubahan etika dan nilai kemanusiaan yang sudah terlalu jauh berubah dalam kepimpinan kerajaan di setiap peringkat pentadbiran. Rasuah…rasuah dan rasuah. Ini adalah kerana kekurangan tanggungjawab di kalangan pegawai-pegawai serta politikus yang tidak mempunyai perasaan dan pertimbangan terhadap rakyat yang bertungkus lumus mengisi kantung kerajaan kita.

Tetapi di sebalik perubahan yang tidak baik ini ada pihak yang juga berubah untuk kebaikan dan ingin melakukan sesuatu yang baik untuk negara. Ini juga adalah perubahan. Pihak yang sedar ini sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan dan sedang mengadu kepada rakyat tentang apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan yang sedang berhadapan dengan ‘mahkamah’ rakyat, iaitu pilihanraya yang akan datang ini.

Rakyat dari berbilang kaum dan keturunan sedang berusaha untuk mempastikan kerja hina yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa ini diberhentikan. Kerja ini bukan kerja yang mudah kerana tentangan dan reaksi pihak yang sedang memerintah ini adalah kuat. Segala media perdana dipergunakan untuk menangkis perbahasan yang dikemukakan oleh pihak alternatif ini.

Berbagai cara dan kaedah dilakukan oleh pihak yang sedang berkuasa untuk mengekalkan kuasa. Cara yang paling ampuh selama ini ialah dengan menaikan perasaan perkauman di kalangan rakyat. Orang Melayu dengan UMNOnya menggunakan cara menyemai perasaan benci dengan kaum lain. MCA pula dengan chauvinis Cinanya untuk mengumpulkan sokongan orang Cina terhadap parti itu. Begitu jugalah MIC yang memainkan isu Indianya untuk membawa sokongan kaum India terhadap parti itu.

Tetapi perubahan sedang jelas berlaku. Rakyat sudah begitu jemu dengan permainan isu rasis dari parti-parti BN. Mereka sedar jika isu rasis ini berlarutan ianya tidak membawa negara dan rakyat kemana-mana..Yang untung hanyalah opotunis yang menjadi pemimpin kepada parti-parti tersebut dan keuntungan untuk ‘war lords’ dalam parti-parti dalam BN khususnya UMNO. Mereka yang membentuk perasaan orang berbilang kaum membenci di antara satu bangsa dengan yang lain tetapi di antara pemimpin berbilang kaum mereka bersatu untuk memperdaya orang ramai sambil membina kekayaan yang menggunung.

Parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mengikut kaum sudah mula ditolak dan keadaan ini telah kita lihat dalam pilihanraya yang lalu. Parti-parti yang berlandaskan kepada semua kaum sedang beransur-ansur mengambil tempat di hati rakyat. DAP. PKR dan Pas adalah parti-parti yang tidak berlandaskan kepada kaum tetapi untuk semua kaum, walaupun di antara parti-parti itu didominasi oleh sesuatu kaum.

Masing-masing parti sedang berusaha untuk membuktikan yang mereka mahukan penyertaan semua kaum kerana hanya parti-parti berbilang kaum sahaja yang akan kekal berpengaruh setidak-tidaknya bagi beberapa dekad yang akan datang.. Itulah sebabnya DAP sudah mula di terima oleh kaum Melayu dan parti itu pun mengambil sikap realistik dengan mengalu-ngalukan orang-orang Melayu untuk menyertai parti itu.

Bermacam-macam cemuhan terhadap DAP dan momokan terhadap parti ini sejak penubuhannya sudah mula ditolak oleh sebagaian orang Melayu. Tetapi bagi mereka yang faham pihak chauvinistik Melayu akan membabikan serta menganjingkan mereka yang tidak termakan dengan momokan pihak berkuasa itu. Saya yakin yang benarnya akan akhirnya timbul dan yang bathil akan tetap terbukti dihadapan rakyat.

Tetapi kesusahan merupakan makanan pihak yang berjuang. Tidak ada usaha yang baik itu akan mudah diterima oleh orang ramai apatah lagi dari kumpulan pemerintah yang sesama sendiri tergulung dalam kumpulan yang rakus dan tamak tadi. Berbagai nama dan gelaran yang buruk dilemparkan terhadap pejuang-pejuang ini. Nama dan gelaran-gelaran itu bermacam-macam bunyinya. Di antaranya anjing, babi, sial, bingai, celaka dan berbagai-bagai lagi.

Mungkin itulah sikap semula jadi bagi pihak yang akan hilang kuasa. Oleh kerana mereka sudah terlalu lama berkuasa mereka akan bersikap takbur dan garang sehingga membabikan serta menganjingkan orang lain itu sudah menjadi budaya bagi mereka. Membabikan serta menganjingkan orang lain itu adalah ‘attribute’ bagi manusia yang hilang pedoman dan tidak lagi berdaya untuk mempertahankan budaya yang baik yang sesuai dengan kehidupan manusia yang diberikan akal fikiran oleh Tuhan Maha Esa.

Tetapi panggilan ini tidak mematahkan semangat mereka yang sedang berubah kepada kebaikan. Mereka yang ingin membawa perubahan ini cekal dengan perjuangan mereka. Mereka diberikan oleh pihak yang memberikan sokongan membuta tuli kepada pihak yang rasuah ini tidak mungkin mencederakan mereka yang tulus untuk memperbaiki keadaan.

Tidak ada dalam sejarah perjuangan yang melalui jalan mudah melainkan jalan yang sukar dan berliku. Perkara yang pasti ialah, perubahan terhadap makhluk tetap berlaku dan perubahan itu berlaku secara ‘natural’.

Alam dan manusia tetap berubah mengikut waktu dan masanya. Bak kata perbilangan, sekali ombak memukul sekali pantai berubah. Apabila perubahan digerakan untuk berlaku ianya tidak akan dapat ditahan oleh sesiapa. Ia akan tetap berlaku.

12 comments:

Anonymous said...

salam tuan aa,

..nak tambah sikit,

"...DAN YANG MELAKUKAN SEGALA PERBUATAN MUNGKAR LAKNATULLAH YANG TUAN CAKAP ITU ADALAH 99.9% ORANG MELAYU/ISLAM DAN YANG SANGAT MENYEDIHKAN PEMUDA PAS@MELAYU@ISLAM TAK SIBUK PULAK...INI ELTON JOHN YANG DISIBUKANNYA"

Zaidi said...

Pak Aspan,
Siapapun yang membaca laporan Ketua Audit Negara akan mendapati bahawa prosedur perolehan kerajaan sememangnya ketinggalan zaman. Pembida sebenarnya boleh meletakkan bidaan "real-time" dan masing2 pembekal boleh menawarkan harga terbaik masing di dalam lelongan awam asalkan spesifikasi masing2 itu terlepas. Sebab itu penilaian teknikal diasingkan daripada bidaan harga. Jadi tapisan 1 ialah tapisan spesifikasi dan tapisan 2 ialah harga. Yang hairannya teguran Audit Negara sering membanding dengan harga pasaran tunai. Tapi tidak pernahpun dikeluarkan arahan supaya Pegawai Perolehan melampirkan laporan berkaitan harga semasa barangan di dalam pasaran (Google kan ada!). Ringkasnya, boleh salahkan ahli politik, tapi salahkan juga KSN dan KSU yang tidak turun padang kecuali padang golf ikut Pak Menteri. Perkasakan Perkhidmatan Awam dengan memulas telinga KP2 dan KSU2 yg diam seribu bahasa sehingga kini. CUEPACS tolong cakap sikit pasal integriti perkhidmatan awam ini. Jangan asyik mintak bonus aje!

saji said...

Sdr Zaidi

Zaman saya bekerja dengan Kerajaan dulu 1977- 1984, kebanyakan pembelian barangan atau peralatan termasuk bahan2 binaan yang sering diperlukan oleh Kementerian dan Jabatan Kerajaan diperolehkan atau di'procure'kan secara KONTRAK PUSAT atau CENTRAL CONTRACT, yang mana harganya ditentukan melalui sistem TENDER TERBUKA yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan. Di mana Kemeterian2 dan Jabatan2 Kerajaan yang memerlukan barangan tersebut hanya perlu mengemukakan dokumen LOCAL ORDER kepada KONTRAKTOR PEMBEKAL yang dilantik.

Bagi saya, PEROLEHAN pembelian barangan CARA CONTRACT PUSAT merupakan cara Kerajaan UMNOBN sebelum era matan PM, TDMahathir mendapatkan harga pembelian barangan yang kompititif, selain mengelak proses perolehan pembelian barangan oleh Kementerian2 dan Jabatan2 Kerajaan secara pembelian terus atau direct purchase atau tender tertutup atau close tender atas alasan seperti keperluan mendadak, terdesak dsb yang harganya dan spesifikasinya boleh dimanipulasikan,dan mengelak urusan memanggil tender sendiri atau mencari sebutharga atau quotation di kalangan Kementerian2 dan Jabatan2 Kerajaan yang mengambil masa yang lama dan boleh dimanipulasikan. Memang ada kelemahannya sana sana sini yang saya tidak perlu jelaskan, tetapi, pada saya, ia boleh diperbaiki.

Tidakkah sistem pemerolehan pembelian barangan cara KONTRAK PUSAT di atas perlu dikembalikan bagi mengatasi masalah pembelian barangan di kalangan Kementerian2 dan Jabatan2 Kerajaan dengan harga barangan yang berganda2 tinggi seperti dilapurkan oleh Ketua Audit Negara ke belakangan ini? Atau, ia sudah ketinggalan zaman?

burn said...

i do not want to say much on why certain goods went skyhigh! certain of this product can go as high as 50% to 150% after marking-up. reason was, gomen have create a middleman to block direct business with the first party. this middleman know nuts about the products, yet, they were given the authority to take charge. instead of using the seller invoice, they will issue theirs. the seller will still need to go to the first party to trained the people on how to use the product. when this product reach the first party, they too need to mark up on their side to make profit. so to sum it up, it will make the product become expensive. this product is use daily. if the first party are able to go directly, am sure the cost will be lower. this experience was related from my business friend. the middleman only need to have a small office to run the show. he do nothing, everything is prepared by the seller for the first party, all he need to do was, to issue his own invoice with his signature.

Ramli Mohd Yunus said...

Sdra Aspan,

Maaf kerana melencong sikit dari tajuk. Nalla angkat sumpah jadi Senator petang ini, ada jemputan tak. Ini pemimpin besar ni..

Katanya yang akan jadi tukang apit adalah Ezam Md Noor dan Zulkifli Nordin, betul ke..kalau betul memang kena lah pada orang nya.

albert magic said...

tuan aspan, kalau tak ada kickback macam mana nak cari duit pergi mekah

Anonymous said...

saudara aspan, kickback yang diperolehi ats tanggungan Rakyat dikira HARAM ke HALAL...???

Quiet Despair said...

albert magic

Astagfirullah.Takkanlah ada yang pergi Mekah dengan duit haram. Pergi USpun nak pi dengan duit halal.

saji said...

Sdr Anon 16:16:00

"Saudara aspan, kickback yang diperolehi ats tanggungan Rakyat dikira HARAM ke HALAL...???"

Jika kickback diambil daripada satu transaksi pembelian barangan menggunakan wang awam tanpa proses tender terbuka atau Islamnya lelongan awam, ia bercanggah dengan hukum Jual Beli Lelong Islam yang didasarkan kepada sebuah Hadis sahih Nabi Muhamad SAW yang dikaitkan dengan satu peristiwa yang menceritkan Nabi pernah melelong sebuah pelana (kuda) dan sebiji cawan fikir miskin untuk mendapatkan harga paling tinggi. Cukup saya katakan di sini bahawa, kakitangan awam yang membuat pembelian barangan untuk Kementerian atau Jabatan Kerajaannya tanpa melakukan proses tender adalah golongan yang menolak Hadis.

Anonymous said...

Saudara saji, terimakasih la sebanyak2nya atas penjelasan kemusykilan yang ako timbul tadi...maka kesimpulannya HARAM...apa kah kejadahnya membelanjakannya (atau tidak) ke atas urusan haji adalah sama sekali tidak diterima oleh Tuhan, gitu?

Busuk Punya Olang! said...

Dalam sejarah Islam, kebanyakan ulama' serta Sultan2 Bani Uthmaniyyah pun tidak pergi mengerjakan haji. Sultan2 itu tidak diketahui apa sebabnya (nak dikatakan x mampu, mustahil!), tapi jika ulama'-ulama' tidak dapat menunaikan fardu haji kerana tidak berkemampuan. Jadi di zmn skrg, ada pula yg pergi beribadah di Tanah Suci dgn duit haram, apakah Tuhan menerimanya? Kita semua tahu apa jwpnnya.

Utk isu ini spt yg diutarakan oleh En. Aspan dalam entri ini, saya tak hairan. Saya sendiri ada kawan yang dikurniakan kontrak secara terus dari Kementerian Pertahanan. Ya, kami berkawan. Tapi dari segi prinsip, saya tidak menyukainya. Beliau boleh 'show-off' dgn VW Scirocco barunya tapi bak kata Shania Twain,"That don't impress me much!" ;-)

saji said...

Sdr 16:49:00

Jawapan yang tepat ialah, ibadah haji yang menggunakan duit kickback atas tanggungan Rakyat adalah sah jika berjaya menyempurnakan segala rukun hajinya, tetapi perbuatannya lagha-tak dapat apa2 pahala.

Kalau ikut pandangan seorang Prof keturunan Pakistan luar negeri dalam satu seminar "Syariah Construction Contrct" di UIAM tak lama dulu, umat Islam kena asingkan akaun antara pendapatan yang mereka perolehi daripada sumber haram seperti duit kick yang kita bincangkan ini dengan yang diperolehi daripada sumber halal, dan pastikan duit daripada sumber haram itu tidak melebihi 40 peratus.

...SAJI