Selepas arahan dari Putrajaya, kini rakyat sedang berhadapan dengan isu berapa kah ‘settlement figure’ yang sebenarnya yang telah ditetapkan untuk penyelesaian diluar mahkamah diantara Tajuddin Ramli dengan MAS. Rakyat ingin tahu kerana semua wang yang terlibat dalam kes ini adalah wang rakyat. Tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuk parti-parti pembangkang kerana apa yang berlaku dalam kes ini adalah di sebabkan oleh kelemahan dasar dan perlaksanaan kerajaan.
Semasa Tajuddin mengambil alih MAS dalam proses perlaksanaan dasar ‘pengswastaan’ kerajaan dahulu, banyak pihak telah membuat kritikan terhadap kerajaan pimpinan Dr Mahathir tetapi maklum sajalah Dr Mahathir tidak peduli dengan pandangan ramai kerana beliau berkata pengswastaan MAS itu adalah satu perkara yang ‘necessity’ untuk dilakukan.
Pandangan pihak lain tidak perlu diambil kira. Entah apa sebabnya MAS yang begitu berjaya semasa itu hendak diswastakan sedangkan syarikat penerbangan kepunyaan kerajaan itu sangat maju dan MAS adalah diantara syarikat penerbangan yang ‘premium’ dipesada antarabangsa. Hanya Dr Mahathir sahaja yang tahu kenapa ianya dilakukan.
Kita semua tidak boleh ambil tahu dan lagi pun bekas PM itu sangat kuat sokongan terutamanya dari UMNO semasa itu. Sokongan kuat orang Melayu semasa itu di ambil sebagai kelemahan Melayu dan beliau boleh melakukan apa sahaja walaupun ia bakal merosakkan sebuah syarikat penerbangan yang begitu maju. Tugas orang Melayu khususnya dalam UMNO hanyalah untuk mengangguk sahaja. Apabila datang kerugian besar beliau juga mahukan kita semua mengangguk dan pertahankan kesalahan yang sengaja dilakukannya sendiri.
Begitulah yang berlaku dalam banyak hal pelaksanaan dasar yang tidak menentu itu. Begitu jugalah dengan isu NFC sekarang. Muhyiddin dan ramai pemimpin UMNO menyalahkan pembangkang sedangkan isu ini timbul setalah membaca lapuran Ketua Audit Negara bukannya ditimbulkan oleh pembangkang. Seperti juga dalam kes MAS ini, isu NFC ini bakal membawa padah kepada negara dan rakyat dalam bentuk kerugian wang rakyat.
Sekarang banyak suara yang kita dengar supaya Dr Mahathir memberitahu segala-galanya secara terperinci tentang isu MAS ini. Pertamanya kenapa perlu MAS di swastakan dan kenapa diberikan pengswastaan itu kepada Tajuddin. Kenapa berikan pengswastaan ini kepada Tajuddin yang tidak ada rekod dan pengalaman didalam pengurusan syarikat penerbangan?
Apabila MAS menghadapi kerugian besar maka kerajaan mengambil tindakan untuk melakukan ‘bailout’ terhadap syarikat ini dan mengambil balik MAS dengan membeli sahamnya yang harga yang sama iaitu RM8 sesaham. Lagi sekali rakyat terpaksa membayar segala kerugian ini.
Kerajaan mengambil tindakan mahkamah terhadap Tajuddin dan Tajuddin telah diarah untuk membayar kembali kepada kerajaan sebayak RM580 juta tetapi Tajuddin telah bertindak dengan membuat ‘counter sueing’ terhadap kerajaan sebanyak rm13 billion. Di sinilah persoalan besar timbul. Kenapa Putrajaya mengarahkan supaya isu inidiselesaikan diluar mahkamah. Ini persoalan besar dan pertanyaan banyak pihak ini merupakan satu soalan cupu mas yang bernilai berbillion-billion ringgit.
Adakah kerajaan sudah sedar yang pihaknya akan kalah didalam kes ini dan rakyat akan tahu cerita sebenarnya? Kenapa hendak diselesaikan diluar mahkamah? Kalau hendak selesaikan diluar mahkamah berapakah jumlah yang terlibat, dan siapa yang akan membayar siapa? Adakah tindakan ini semata-mata untuk melindungi nama-nama individu pemimpin yang terlibat mengambil kesempatan dalam proses pengswastaan ini?
Bermula dari pengswastaan inilah MAS sudah menjadi syarikat penerbangan yang begitu kerdil dari pandangan industri penerbangan antarabangsa. Kini MAS hanyalah menjadi ulam dan makan kepada mereka yang sedang mengambil kesempatan ke atas kelemahannya. Kalau tidak masakan syarikat Air Asia yang hanya sedang menunggu untuk ‘bungkus’ boleh mengambil alih pegangan sahamnya yang terbesar didalamnya?
Siapa yang pandai sangat dalam Khazanah Nasional yang boleh merelakan keadaan ini berlaku? MAS ibarat seorang perempuan yang lemah yang boleh diperlakukan oleh ‘bapa-bapa ayam’ untuk dijadikan pelacur bagi kepentingan ‘bapa-bapa ayam’ yang sedang mencari makan dengan apa sahaja cara ini waimma melampaui batas-batas moral dan agama anutannya.
Sekarang Dr Mahathir tidak mahu bertanggungjawa apabila diminta berbuat demikian. Dia menyatakan yang beliau bukan mengetuai MAS dan tidak ada sebab untuk berbuat demikian. Ini merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab sedangkan keputusan pengswastaan itu telah melalui persetujuan kabinet yang beliau menjadi pengerusinya. Betullah beliau tidak bertanggungjawab tetapi beliau mesti mengambil ‘accountability’ terhadap kes ini.
Saya telah menyebut isu ‘accountability’ ini banyak kali. Dr Mahathir perlu belajar untuk mengambil ‘accountability’ dari kepimpinannya. Lagi pun beliau akhir-akhir ini terlalu banyak membuat komen terhadap pihak lain maka elok Dr Mahathir menjawab persoalan terhadap kredibiliti kepimpinan beliau sendiri.
Di Korea apabila lima orang banduan lepas lari dari penjara, maka yang bertanggungjawab ke atas kelemahan itu adalah ketua pengarah penjara negara itu. Tetapi menteri dalam negerinya meletakkan jawatan kerana mengambil ‘accountability’ terhadap kejadian itu. Begitulah tinnginya nilai etika kepimpinan negara tersebut. Tetapi disini dalam sibuk mengaku yang kita sebuah negara yang akan masuk ke dalam kumpulan negara maju tidak lama lagi, sikap tidak mengambil ‘accountability’ ini masih menjadi budaya kepimpinan negara kita.
Bagi saya, isu penyelesaian isu MAS diluar mahkamah ini perlu dilakukan secara terbuka. Rakyat sudah jemu dengan perlakuan pimpinan BN sejak dua tiga dekad dahulu. Lepas satu isu besar, akan timbul lagi isu yang lain yang tidak henti-henti.
Sampai bila pimpinan kita bersikap seperti ‘bapa ayam’ yang melacurkan rakyat untuk kepentingan wang ringgit dan harta benda untuk keluarga mereka. Kalaulah Utusan sanggup membantu rakyat untuk membetulkan keadaan ini, alangkah baiknya. Tetapi akhbar itu sedaya upaya menutupnya dari pengetahuan rakyat yang ramai.
Sekarang ini terpulanglah kepada rakyat samada mahu terus menjadi mangsa ‘bapa-bapa ayam’ ini atau melakukan sesuatu dari ‘hegemony’ dan cengkaman ‘bapa-bapa ayam’ ini.
Satu lagi isu yang nyata, UMNO tidak mungkin kembali kepada parti perjuangan. Parti ini hanya merupakan parti sebagai modal peniagaan bagi sekumpulan kecil pemimpin-pemimpinnya.
29 comments:
Kasar sgt bahasa 'bapa ayam'
Bro, maaflah. Terkasar sedikit kali ini. Kadang-kadang terlajak juga.
Maaf
uigygbynm
saudara AA, memang amat sesuai bahasa yang digunakan, cirit mahathir pun bereceran merata rata. Masih tidak sedarkan diri asyik merapu dengan hal politik negara. Harap mahathir muhasabah diri dan lebihkan beramal untuk hari akhirat.
Sdr Aspan,
Suatu waktu dulu sewaktu proses mengswastakan MAS ini ke tangan Tajuddin, banyak pandangan yang menyatakan Tajuddin ini sekadar "proxy" kepada Mamak Kutty. Dan tentulah dengan status sedemikian Tajuddin mempunyaia akses yang cukup besar untuk melakukan segala2nya berkaitan MAS ini.
Dan bila MAS berada dalam kedudukan genting hasil "cerdiknya" pengurusan golongan ini, Mamak Kutty The Gang cuba untuk mencuci tangan dan membiarkan Tajuddin sendirian. Tajuddin tersepit bila Dana Harta membuat tuntutan mahkamah dan satu2nya cara yang boleh menyelamatkan keadaan ialah mendedahkan segala yang tertutup selama ini dimahkamah.
Tindakan Tajuddin yang seakan telah sanggup " alang2 seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan " ini mula menakutkan pihak lain yang terbabit. Segalanya akan terbungkar jika penyelesaian dilakukan melalui mahkamah. Oleh itu tindakan untuk menyekat dari perkara berkenaan perlu dilakukan agar segala tembelang dan mainan kotor berkaitan MAS ini tidak terbongkar.
Dalam kes MAS ini..ianya merupakan satu pakatan para penyamun2 yang bertindak untuk meraih keuntungan peribadi segera melalui saluran politik. Dan jalan penyelamatnya ialah mereka cuba untuk selesaikan kes ini juga melalui kuasa politik.
Inilah padahnya bila penyamun di hakimi perompak. Wakil perompak dalam UMNO ini menjadi perantara agar kes berkenaan selesai di luar mahkamah supaya rakyak Malaysia tidak terus didedahkan dengan skandal2 umpama NFC itu yang semakin menghimpit UMNO BN ketika ini.
Pada siapa lagi perompak nak anugerahkan projek kalau bukan kepada penyamun dan sahabat handai yang seangkatan ?. Malangnya dalam kes MAS ini..perompak dan penyamun bersengketa untuk selamatkan diri masing2. Jalan selamat...selesaikan di luar mahkamah.
Bijak ! Bijak Si Nazri !. Rajin benar yer menjadi orang tengah !!! Awak menteri hebat laa !!!
Jom sokong UMNO BN ramai2 biar Felda pula punah & lingkup !!! MAS adalah contoh klasik UMNO BN memang BOLEH ! BOLEH MELINGKUP NEGARA & KHAZANAH RAKYAT !
pak aspan,
ini hakikat setengah pemimpin melayu kita, tak perlu anda minta maaf. mereka tidak faham kehalusan bahasa dalam menegur dan berbicara. ini bukan zaman pak kadok atau pak pandir tapi perangai setengah pemimpin melayu kita maaf cakap macam orang betul2 pandir
Memang Dari raja raja ke rakyat jelata..BN ni seakan macam bapak ayam yang sanggup melacurkan semuanya demi kepentingan kroni kroni mereka
Memang Benar BN seolah olah macam bapak ayam sanggup melacurkan raja raja dan rakyat jelata Demi kepentingan kroni kroni mereka,walaupun kasar tapi tepat pada ayat yang digunakan. Keep it up Sir Aspan
Salam kasih.. Pak Aspan. Tahniah atas analisis berani dan bernas. Sefaham saya, Mahathir adalah seorang pemimpin berego tinggi dan bersifat sangat autokratis. Beliau bijak menanam rasa inferior kepada musuh politik termasuk orang Melayu. Sebab itu, Melayu dituduh malas dan cepat lupa. Musuh politik dibunuh secara gila dengan segala fitnah yang tak pernah terfikir dalam sejarah bangsa...
Anda tahu siapakah "bapak" kepada segala "bapak bapak ayam" ini ?.
Istilah "bapak ayam" atau "ibu ayam" ni biasanya dirujuk kepada mereka2 yang diperas ugut menjadi pelacur atau "tokey" kepada para pelacur di bawah perlindungan mereka. Golongan bapak ayam ni menikmati keuntungan berlipat hasil sengsara dan derita orang lain iaitu pelacur2 yang sebahagian mereka terpaksa melacurkan diri kerana "paksaan".
Di Malaysia negara tercinta kita ini, ada satu manusia "bapak ayam" yang merupakan "bapak" kepada segala "bapak ayam" yang lain yang kerjanya memerah keringat rakyat melalui cara halus menggunakan saluran politik. Kehadiran ramai "bapak ayam" ini dalam parti berslogankan "Dulu. Kini & Selamanya" ini menjadi2 sekitar 80 an bila parti asal diharankan, juga atas usaha "bapak" kepada "bapak2 ayam" ini.
Percayalah..selagi "bapak" kepada segala "bapak ayam" ini tidak disembelih, selagi itulah kegiatan memerah khazanah dan hasil negara Malaysia tidak akan berakhir. "bapak" segala "bapak ayam" ini hakikatnya dah pun dipenghujung usia namun nafsu serakah mengatasi "bapak2 ayam" muda. Dan realitinya seekur "bapak ayam" yang telah tua memang keras dan liat dagingnya.
Apa pun pastikan semua bapak ayam ini disembelih dalam GE 13 akan datang. Humbankan reban dan sangkar tempat bersarangnya bapak2 ayam ini jauh2. Lebih baik menyimpan atau memelihara ayam2 kampung dan daging yang dah tentu akan menguntungkan kita berbanding menyusahkan diri menyimapan "bapak2 ayam" jenis yang dimaksudkan Pak Aspan ini !
Harap2 kita boleh berkenduri rendang "bapak ayam" lepas GE 13 nanti ! Jom kita kepung dan tangkap "bapak2 ayam" ni ramai2 untuk dikendurikan ! Dah lama dah oiii korang jadi "bapak ayam".
just why the goverment wants to buy over Mas at $8 per share from TR is beyond logic. we leave it to Tun M to answer.We make some we lose some,he said. I am a lay man and i dont know about all the figures but i equate it with Proton buying back all proton cars for the same price we paid when we first bought it a number of years ago.How ah Tun M boleh ke? Doing national service to the rakayat mah. Bodoh punya buisness man.
A vote for BN will make our nation closer to a Bankrupt Nation. Let's work together to make sure the end of BN.ABU is the answer.
Salam AA,
1.Tolong tengok2kan projek Hospital Shah Alam yang tak siap2,tapi byk turun naik mahkamah pasal projek tu dapat ke kerabat istana
2.Khabarnya masa 'power grab' di Perak 3 thn lepas,tandatangan istana berharga beberapa ribu hektar kawasan pembalakan dihutan Grik
Sila kategorikan jenis2 ayam,bapak dan ibunya sekali.
Surogate
Biasanya ini macam kira.
Patut bayar RM580 juta.
Tajudin boleh jimat 33.3%, iaitu RM193 juta. UMNO dapat RM193 juta dan kita dapat RM193 juta juga.
Ruginya kita ialah RM386 juta.
Kalau cam tu,bolehlah diberi kpd Mamak gelaran:Bapak Ayam Pencen.
Sekarang sahlah dasar penswastaan MM adalah utk mengenyangkan dirinya,keluarganya,saudara-maranya,rakan2 dan golongan elit UMNO/BN.Sekarang yg mengeluh kepayahan adalah rakyat biasa kerana 50% harta,duit negara berada ditangan elit2 UMNO dan BN.Tidak boleh diragui lagi,90% dari RM1trillion,yg berada diluar negara adalah kepunyaan elit2 UMNO/BN.
Tiada pilihan dan jalan lain,melainkan menyingkirkan BN dari Putrajaya utk mendapatkan kembali duit/harta negara yg dirompak mereka.
Selamatkan Msia utk generasi rakyat Msia yg akan datang.
The writing is on the wall for Msia to emulate Greece.We are very close to the edge of economic destruction.When the country's oil dries up,it will be too late to save our beloved country.Indonesia learns the hard way and we should avoid similar tragedy befallen our nation.
Let's vote for a change of govt to salvage whatever is left for the benefits of all Msians,regardless of race.
Salam Sdr Aspan dan Pengunjung Blok.
Skrip pengswastaan ini akan terus diulangi selagi kerajaan sekarang memerintah.Hanya kadangkala panjang sikit(melalui beberapa ransaksi/coup out)dan kadangkala ringkas/pendek.Sekarang generasi kedua mengambilalih menggunakan skrip yangsama sementara si "Senior" jadi "Coach"dibelakang. Sebabitulah situa akan berbunyi dari masa kesemasa.Perangai kerajaan beli dengan harga mahal dan menjual dengan harga murah telah menjadi adat bagi kerajaan ini dan perbezaannya akan ditampung dengan wang rakyat(yangmana sipenerima subsidi kerajaan(kataanya))
Jom sama-sama kita tukar kerajaan...myi
First time Koin dengar pekataan bapa Awam. Ada ke perkataan itu? Selalu dengar ialah perkataan ibu ayam.
Jangan salahkan bapa ayam (pinjam perkataan Tuan Aspan) saje.Ayam-ayam should also shoulder the blame kerana biar diri mereka diayamkan.
Setuju sgt bapa ayam ni ditangkap dan dihumban bersama-sama cukong-cukongnya.
Betul ke bapa ayam memeras ugut mangsanya ? Ada bukti ?
Anda baca di http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12685 dan anda boleh kenal kepala bapa ayam ini.
Bapa kepada segala bapa2 ayam di Malaysia ini kini meniti saat2 untuk disembelih saja. Semuga panjanglah umur kepala bapa2 ayam tanpa jangkitan hawar dan sempat lalui saat2 disembelihkan nanti.
Sdr pembaca,
Selesaikan kuiz berikut:
Tengku Abd Rahman = Bapa Kemerdekaan , Tun Abd Razak = Bapa Pembangunan, Tun Hussin Onn = Bapa Perpaduan, Mamak Kutty = Bapa ???
Kalau gelaran MM Bapak Ayam,tentulah Pak Lah perlu digelar Bapak Ayam Berak Kapur,PM sekarang Belaan Ibu Ayam dan parti BN,Cap Ayam.Barulah ngam.
DEWAN BLACK OUT:
Kekuatan mamak itu hanya pada sentimen perkaumannya,maka Melayu yang lemah dengan senangnya diperbodohkan supaya ketua BAPAK AYAM dan ahli puaknya dapat untung dari perpaduan palsu itu.Dulu jika suatu dewan itu BLACK OUT maka kita akan tahu siapa yang dapat majoriti.Sekarang semua itu hanya kenangan silam yang mungkin tidak akan berlaku lagi.
PERKASA ATAU PERKOSA :
Kononnya hendak "PERKASA"kan perpaduan tapi sebenarnya hendak PERKOSA rakyat supaya rakyat sentiasa bermimpi dalam kerugian dibawah pimpinan UmNgOk bN.
BAPAK AYAM :
Betulah Tuan Aspan Alias, saya setuju dengan gelaran BAPA AYAM kepada puak-puak ini.Bapak ayam mana pandai dalam bidang perniagaan,hanya bapa ayam sahaja yang untung dan pelacur mana yang tidak rugi dilacurkan.
Ha ha ha.
Betul tu QD..aku 100% setuju...itu ayam-ayam yang bagi Vote ke Parti Bapak Ayam patut kena juga..ha ha ha.
Yang terkena always Itik-itik yang sereban degan Ayam-ayam tersebut ..ha ha ha.
bro aspan,
u kena tanya tun daim dalam soal ini kerana tajuddin ramli adalah salah seorang dari kumpulan yang dikenali sebagai 'budak-budak daim'. yang lain ialah halim saad(renong group - uem), wan azmi wan hamzah (land and general), rashid hussain (rhb) dan shamsuddin yang lari ke afika selatan tu.
tun m tidak tahu sangat kerana daim dah goreng dia banyak sangat!
Anon 13.16
Hahahaha
Ada macam-macam ayam. Ada ayam pencen, ayam ketuk, ayam belanda dan ayam serama. Dalam kandang ayam ada juga angsa dan itik serati.
Pergilah kat Felda, punyalah banyak.
Agaknya golongan ayam mana yang paling disukai oleh bapa-bapa ayam?
Tuan Aspan takde sebut tentang ibu ayam. Tentu ada ibu ayam main peranan kalau ada bapa ayam. Ya kan.
Tapi yang paling saya suka ialah ayam serama (cute dan saya pernah bela) dan Jalil Ayam. Hahaha
john brown
The names you mentioned are also Mahathir, Daim and Anwar's men. Remember they were a powerful triumvirate once.
And Anwar has this MCKK boys network. One favorite rich taiko of his has since died.
Anuwar is no angel, Mr Brown. So if he comes to power, you can expect the same ruse to happen.
They are still thriving and making a name for themselves in Africa, Sri Lanka etc.
sekarang org umno lobi gila2 nak jadi calon bn. menang nanti bolehlah jadi Bapa Ayam Baru.
Pengkhianat bangsa tidak harus diberi muka.Rakyat akan sembelih bapa bapa ayam ini sekor sekor
Post a Comment